Anda di halaman 1dari 7

Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, 23000 Dungun, Terengganu. TBA 1020 KERTAS CADANGAN: AMALAN GURU PENYAYANG 1.

0 PENDAHULUAN

Pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kecaknaan (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid merupakan aset yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

2.0

TUJUAN Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

3.0

KONSEP

3.1 Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kecaknaan (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. 3.2 Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

3.3 Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

4.0

OBJEKTIF: 4.1 Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru.

4.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah 4.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah asset kepada sekolah 4.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.

5.0

TARIKH PELAKSANAAN: Sepanjang Tahun

6.0

KUMPULAN SASARAN Semua murid SK Kuala Jengal

7.0

KAEDAH PELAKSANAAN

7.1 Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut; 7.1.1 Mengalu-alukan kehadiran murid 7.1.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee 7.1.3 Memberi penghargaan kepada murid 7.2 Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH SEUNIT 1 x RM 150.00 12 x RM 50.00 JUMLAH RM 150.00 RM 600.00 RM 750.00

BIL PERKARA 1 Banner Mengalu-alukan murid 2 Kek (Hari Lahir Pelajar) JUMLAH BESAR

9.0

SUMBER KEWANGAN Unit Bimbingan dan Kaunseling

10.0 PENUTUP Disediakan oleh: Disahkan oleh:

................. ....

...........

(SUBIYAMIN B SULAIMAN) Guru Penolong Kanan HEM SK Kuala Jengal

(ZAINUDDIN B MOHD NOR) Guru Besar SK Kuala Jengal

LAMPIRAN A

PANDUAN AKTIVITI GURU PENYAYANG Aktiviti Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut;

BI PROGRAM AKTIVITI L 1. MENGALU- a. Guru mengalu-alukan ALUKAN murid di pintu pagar KEHADIRAN sekolah MURID i. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru ii. Semasa murid datang ke sekolah iii. Semasa murid pulang dari sekolah

KAEDAH i.Menyambut kedatangan murid;

PERSONALIA

Barisan kepimpinan sekolah dan a. Penampilan guru yangsekumpulan guru yang kemas dan ceria diatur oleh b. Bersikap mesra,pihak berbudi bahasa danpentadbir menghormati murid sekolah c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid

ii. Membuat sapaan a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah Contoh: pagi datang masuk selamat selamat jemput

b. Lambaian pulang Contoh: selamat pulang jaga diri baik-baik jumpa lagi c. Bertanya khabar Contoh: apa khabar hari ini? dah makan belum? ke

iii.

Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah Contoh a. Membetulkan tali leher b. Mengenakan butang baju dll

iv. Membuat publisiti/promosi mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah dengan menyediakan kain rentang Contoh: Kehadiran Anda Impian Kami b. Guru mengambil peduli terhadap murid semasa di sekolah i. Semasa di bilik darjah ii. Semasa di kantin/dewan makan iii. Semasa aktiviti kokurikulum iv. Semasa perhimpunan Interaksi Guru (rapport) i. Penampilan guru kemas dan ceria sepanjang masa ii. Bersikap mesra dan menunjukkan rasa hormat kepada murid iii. Membuat sapaan iv. Mengambil berat dan prihatin terhadap murid Semua guru

BI L 2.

PROGRAM MENTOR MENTEE

AKTIVITI 1. Pelaksanaannya bertujuan untuk; i. Membangunkan sahsiah diri murid ii. Membina jati diri murid iii. Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid 2. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut; i. Sesi ramah mesra ii. Sesi makan bersama 1.

KAEDAH Guru dengan penuh rasa kekeluargaan melaksanakan aktiviti mentor mentee.

PERSONALIA MENTOR Guru terpilih MENTEE Semua murid

2. Strategi pelaksanaannya; i. Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas mengikut kesesuaian sekolah ii. Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan diselaraskan dalam jadual waktu harian. 3. Pengisian semasa perjumpaan; i. Membuat sapaan

iii. Meraikan hari lahir iv. Bimbingan hala tuju hidup v. Lawatan/ziarah keluarga vi. Sesi perkongsian masalah

ii. Menyemak dan prihatin latar belakang mentee iii. Membimbing mentee mengatasi masalah iv. Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya v. Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah diri 4. Tugas guru yang dipilih sebagai mentor hendaklah disenaraikan sebagai salah satu tugasnya di sekolah 5. Aktiviti didokumentasikan 6. Menyediakan profile setiap mentee

BI L 3

PROGRAM

AKTIVITI

KAEDAH

PERSONALIA Semua guru termasuk pentadbir sekolah

PENG Memberi penghargaan i. Guru meraikan murid HARGAAN dan pengiktirafan kepada dalam suasana gembira, MURID murid melalui; rasa hormat, rasa dihargai dengan penuh kasih sayang Aktiviti meraikan murid; i. Hari lahir murid ii. Sambutan hari kanakkanak iii. Perayaan-perayaan utama mengikut kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas termasuk perayaan utama di Sabah dan Sarawak ii. Antara kaedah yang boleh digunakan; a. Mengumumkan ucapan selamat melalui pembesar suara sekolah Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema sambutan Contoh: Lagu Hari Lahir Lagu Perayaan Utama c. Menghantar kad ucapan Contoh: Kad Hari Lahir Kad Hari Perayaan Aktiviti meraikan murid boleh dilaksanakan semasa perhimpunan atau di dalam bilik darjah.

b.

Anda mungkin juga menyukai