Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN INKLUSIF MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN ________________________________________________________________

KOD KURSUS : HBEF3503 TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF SEMESTER : JANUARI 2013

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

SITI LORENA BINTI EDMUND 720917125282001 720917-12-5282 0198089621 sitilorenaedmund@yahoo.com

KERTAS KERJA PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN INKLUSIF UNTUK MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUN FUAD 2013

1. 0

Pengenalan

Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dengan memasuki kelas, mengikuti silibus pelajaran dan pengajaran dan pembelajaran aliran perdan. Pendidikan Inklusif adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal dan diajar oleh guru biasa. Murid akan di inklusifkan secara sepenuh masa atau separa masa di dalam kelas yang dirasakan sesuai dengan kebolehan mereka. Kertas kerja ini mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sek. Keb. Tun Fuad, Kunak, Sabah. Menyedari pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Maka ia memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Walaupun banyak isu berbangkit namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Oleh yang demikian objektif kertas kerja ini adalah ingin merungkai permasalahan yang berkaitan dengan perlaksanaan program inklusif dan merangka satu Program Integrasi Pendidikan Inklusif yang berkesan. Permasalahan yang timbul biasanya berkait dengan kekeliruan peranan yang dihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Kertas kerja ini diharap dapat mengupas isu apakah peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh guru, ibu bapa, sekolah dan pihak luar dalam menjayakan program inklusif yang berkesan di sekolah. Program integrasi ini akan menempatkan murid bermasalah pembelajaran dalam kelas biasa yang akan disertasi oleh seorang guru pendidikan khas (guru damping) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif dari Jabatan Pendidikan Khas.

Melalui pelaksanaan program ini diharap guru-guru kelas dan guru mata pelajaran akan yang terlibat dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Melalui program ini murid-murid berkeperluan khas dapat didik untuk belajar bersama-sama dengan rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. Program Integrasi Pendidikan Inklusif Sekolah Kebangsaan Tun Fuad bertujuan untuk membantu sistem pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas untuk cemerlang dalam semua aspek samada dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Mereka yang berpotensi diberi peluang untuk mengikuti silibus pelajaran kelas perdanadan diberi pendedahan untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keberkesanan pendididikan inklusif dalam membentuk murid-murid dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan negara agar mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

2.0

Rasional

Pendidikan inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program Integrasi Pendidikan Inklusif ini akan memastikan : i. ii. iii. iv. v. Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. Peluang berinteraksi antara murid-murid berkeperluan khas dengan murid-murid lain. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. Memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas menyesuaikan diri dalam masyarakat. vi. Menerapkan nilai-nilai murni antara murid-murid berkeperluan khas dengan murid-murid lain.

3.0

Matlamat Program Integrasi Pendidikan Inklusif bertujuan menjadikan murid-murid

berkeperluan khas sealiran dengan murid-murid normal di sekolah biasa. Program integrasi ini merujuk kepada percampuran (mainstreaming) murid-murid pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran dengan murid-murid normal di kelas dan sekolah perdana. Muridmurid berkepeluan khas yang berpotensi diberi peluang mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing). Mereka juga akan diberi pendedahan dan persediaan untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah bersama-sama murid-murid lain. Melalui program ini juga murid-murid berkeperluan khas akan berpeluang untuk menyertai pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kelas normal. Pengalaman pembelajaran ini akan memberi mereka peluang untuk menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

4.0

Objektif

4.1

Memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menerima pengajaran, Pembelajaran mengikut silibus kelas perdana serta menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama- sama murid-murid normal.

4.2

Memberikan pendedahan kepada murid-murid berkeperluan khas yang berpotensi untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

4.3

Dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat.

4.4

Menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.

4.5

Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.

5.0

Kumpulan Sasaran

Seramai dua orang murid-murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira akan diintegrasikan ke kelas yang sesuai dengan kemampuan mereka. Murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Murid-murid berkenaan akan ditempatkan di kelas biasa untuk belajar bersama murid-murid lain agar mendapat pendedahan dan

pengalaman berkaitan kurikulum kelas perdana dan persediaan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ibu bapa murid akan dimaklumkan mengenai proses pemilihan murid untuk program ini. Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

6.0

Keperluan Logistik Dari segi keperluan logistik dan sumber bantuan pembelajaran untuk murid-murid

khas tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar yang telah dibuat oleh pihak terlibat. Setiap kelas inklusif akan mendapat khidmat guru pendamping dari yang bertindak sebagai guru pembantu atau pembimbing. Penyesuaian ini adalah untuk keberkesanan dan membantu murid-murid bermasalah pembelajaran semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru pendamping akan bertanggungjawab kepada murid-murid khas dan akan sentiasa berada bersama-sama sepanjang waktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

7.0 7.1

Garis Panduan Perlaksanaan Program Integrasi Pendidikan Inklusif Peranan Dan Tanggungjawab Guru Besar i. ii. Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan khtisas pendidikan inklusif iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif program

iv.

Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah

program

v.

Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid program pendidikan inklusif di sekolah

vi.

Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah

vii.

Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusif

7.2

Peranan dan Tanggungjawab Guru Penolong Kanan Pendidikan i. ii. Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif iii. iv. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah. v. Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid program pendidikan inklusif di sekolah. vi. Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah. vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusif

7.3

Peranan dan Tanggungjawab Guru Kelas i. ii. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa iii. iv. v. Menerima kemasukan murid berkeperluan khas Membuat penilaian Membuat laporan prestasi murid berkeperluan khas

7.4

Peranan Guru Mata Pelajaran i. ii. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa iii. iv. v. Menerima kemasukan murid berkeperluan khas Membuat penilaian Membuat laporan prestasi murid berkeperluan khas

7.5

Peranan dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing) i. ii. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif Merancang dan mata pelajaran iii. Mengenalpasti kesediaan murid berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra inklusif iv. v. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di pra inklusif Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru

vi.

Membimbing murid berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas Pendidikan Khas semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana

vii.

Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada murid berkeperluan khas selepas pengajaran dan pembelajaran di aliran perdana

viii.

Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan penempatan ke Program Integrasi Pendidikan Inklusif

7.6 i.

Peranan dan Tanggungjawab Murid Berkeperluan Khas Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) ii. iii. iv. Tiada masalah tingkah laku berat Bersedia belajar di kelas aliran perdana Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik

7.7

Peranan dan Tanggungjawab Rakan Pembimbing i. ii. iii. Menerima kehadiran murid berkeperluan khas dalam kelas Rakan Pembimbing Menjadi role model

7.8

Peranan dan Tanggungjawab Ibu bapa i. ii. iii. iv. Memberi sokongan moral terhadap murid berkeperluan khas Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusi

7.9

Pencalonan

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi murid berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas yang dikenalpasti boleh : i. ii. iii. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana Bersosialisasi Menduduki peperiksaan awam

7.10

Pra Inklusif di kelas pendidikan khas

Pra Inklusif merupakan penempatan sementara murid berkeperluan khas sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek : ii. iii. iv. Kurikulum perdana Masa pembelajaran Asas kemahiran

7.11 1.

Mesyuarat Jawatankuasa Inklusif Melantik Jawatankuasa Program Integrasi Pendidikan Inklusif Pengerusi: Guru besar

Naib pengurusi: Guru penolong kanan kurikulum Setiausaha: guru pendidikan khas Ahli jawatankuasa: i. ii. iii. iv. Guru kelas Guru mata pelajaran Guru pembimbing (guru pendidikan khas) Guru bimbingan dan kaunseling

2. 3. 4. 5.

Menetapkan kelas yang sesuai berdasarkan pencapaian murid berkeperluan khas. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa. Merancang dan membina instrumen penilaian Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi murid berkeperluan khas dalam program pendidikan separa inklusif

7.12 i. ii.

Pelaksanaan Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

iii.

Murid berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di Program Integrasi Pendidikan Inklusif.

7.13 i.

Penilaian Penilaian murid berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian formatif dan sumatif dari aspek:

ii. iii. iv. v.

Tingkah laku Sosial Akademik Murid-murid berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program pendidikan inklusif.

vi.

Murid berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.

8.0

PENUTUP

Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan dan meningkatkan keberkesanan pendidikan inklusif di sekolah perdana. Mengubah sikap untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah bagi memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Oleh yang demikian kelas inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang.Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah penting. Sebagaimana sedia maklum murid-murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, kerjasama semua pihak dan usaha gigih sangat diperlukan. Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional seperti guru-guru mata pelajaran, guru kelas, guru pembimbing dan pihak pentadbir serta ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas.

Pelaksanaan Program Integrasi Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pendidikan Inklusif ini memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.

Disediakan oleh :

---------------------------------SITI LORENA BINTI EDMUND Sek.Keb. Tun Fuad, Kunak