Anda di halaman 1dari 6

Mengangkat Pesakit dan Usungan

Pengenalan

Mengangkat dan pemindahan pesakit adalah salah satu kemahiran yang kritikal daripada yang mudah hingga yang lebih kompleks. Penyelamat utama adalah dipertanggungmenyelamat mangsa daripada kecederaan yang lebih teruk pada masa yang sama melindungi diri sendiri daripada kecederaan yang tidak dijangka.

Sebelum mengangkat dan mengusung pesakit yang tercedera penyelamat perlu memikirkan beberapa faktor utama bagi memastikan pesakit selamat dan dalam keadaan baik. Antaranya ialah : Stabil pesakit stabil atau tidak. Cara yang terbaik untuk mengangkat pesakit Alat yang sesuai untuk digunakan Cara mengalih pesakit dari posisi duduk kepada baring atau sebaliknya sebelum dimasukkan ke dalam ambulans. Mengapakan kita perlu mengikut teknik dan cara pemindahan pesakit? Ini adalah kerana untuk memastikan ia lebih selamat dan berkesan dan preserbe life. Selain itu juga ia dapat mencegah daripada kecederaan/kesakitan yang dialami oleh pesakit menjadi lebih teruk/parah disebabkan teknik pemindahan yang salah. Disamping itu juga cara pemindahan pesakit yang betul dapat menggalakan pemulihan pesakit dan dapat mengurangkan kesakitan yang di alaminya serta mengelakan kecedaraan kakitangan.

Pertimbangan sebelum mengangkat pesakit semasa kecemasan. Kebakaran atau bahaya kebakaran Bahan letupan atau bahan-bahan berbahaya Ketidakupayaan untuk melindungi pesakit dari bahaya Ketidakupayaanuntuk mengakses pesakit lain yang memerlukan penjag Situasi lain yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kecederaan Tidak menyediakan penjagaan menyelamatkan pesakit atau kedudukan nyawa disebabkan oleh lokasi

Prinsip mengangkat pesakit

1.Pertimbangkan berat pesakit bersama-sama dengan berat usungan atau peralatan lain yang sedang dijalankan dan menentukan sama ada bantuan tambahan diperlukan.

2. Mengetahui keupayaan fizikal dan batasan anda. Tahu keupayaan gabungan anda dengan pasangan anda. Jika benar-benar perlu, anda boleh meminta penonton untuk membantu. Anda dan atau pasangan perintah, anda tidak mesti yang

bertanggungjawab

memberi

pengamat.

3. Angkat

tanpa

memulas. Elakkan

sebarang

gerakan

berayun

apabila

mengangkat

4. Kedudukan kaki lebar bahu anda selain dengan satu kaki sedikit di hadapan yang lain.

5. Berkomunikasi dengan jelas dan kerap dengan pasangan anda. beritahu pesakit apa yang anda akan lakukan terlebih dahulu.

PEMINDAHAN PESAKIT

Pemindahan pesakit boleh dilakukan dengan berbagai cara. Antaranya ialah: Seorang pembantu (single helper) Dua orang pembantu (double helpers) Menggunakan penggusung (stretcher)

Seorang Pembantu (Single Helper) Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan berbagai-bagai

cara.Antaranya ialah: o Kaedah dukungan (Cradle Lift) kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit yang ringan terutama kanak-kanak dan bayi. o Bergandingan dengan pesakit (Human Crutch) Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh berjalan atau mengalami kecederaan sebelah anggota bawah. Mangsa berjalan beriringan dengan pembantunya. o Mendukung di belakang atau encang (Pick a back) Mangsa memanjat sambil memeluk belakang pembantunya.Tangan pembantu mengampu kedua belah anggota bawahmangsa. Mangsa berada di dalam keadaan sedar. o Dukung di bahu atau usungan bomba( Firearm Lift) Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan kepala mangsa condong ke bawah manakala badannya berada di atas bahu pembantunya.

o Usungan merangkak Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau sedar di tempat yang sempit. Mangsa menyangkut kedua belah tangan di leher pembantunya. Pembantu akan merangkak sambil mengheret mangsa. o Usungan menarik Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa. Tumpangkan tangan mangsa di bahagian ketiak. Tarik mangsa secara berundur ke belakang. o Menarik menggunakan blanket Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah bucu di bahagian kepala mangsa. Tarik blanket secara berundur ke balakang.

Kaedah Dua Pembantu o Duduk di atas dua tangan (two hand seat) Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya sambil duduk di atas tangan pembantunya. Kedua-dua pembantu menggunakan sebelah lengan masing-masing sebagi tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang lagi sebelah mengampu belakang mangsa. o Mengusung berekoran atau berbuntut. Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak mangsa dari

arah belakang mangsa. Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang dengan muka mengadap ke belakang mangsa sambil memeluk kedua-dua bahagian lutut mangsa. o Duduk di atas tiga tangan (three hand seat)

Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk mangsa. Sementara sebelah tangan lagi mengampu belakang mangsa. o Duduk di atas empat tangan (four hand seat) Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat duduk mangsa. Mangsa akan memeluk bahu pembantu-pembantunya. o Mengangkat menggunakan kerusi Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala pembantu-pembantu mengangkat kaki kerusi. Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara usungan beriringan atau secara berekoran.

Usungan Menggunakan Penggusung ( Stretcher) Pengusung Gantian ( improvise stretcher) o menggunakan kain blanket atau selimut tebal dan diangkat di keempat-empat bucunya. o o Menggunakan empat atau lima kain anduh yang diikat di dua batang kayu. Menggunakan dua buah guni yang ditebuk buntutnya. Kemudian dimasukkan dua batang kayu dalam guni itu. o Menggunakan dua kain sarung yang dimasukkan dua batang kayu di dalamnya. o Menggunakan tiga atau empat kain baju kemeja. Masukkan dua batang kayu di dalam baju-baju tersebut dan kemudian dibutangkan kancingnya.

Jenis stetcher Wheel stretcher Portable Scoop Flexible Basket Flexible Stair chair Long backboard Short board