Anda di halaman 1dari 36

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PENGENALAN

Penyata kewangan sesebuah firma berguna kepada kumpulan pengguna dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk menilai prestasi firma tersebut. Penggunapengguna penyata kewangan biasanya terdiri daripada pihak dalaman dan luaran syarikat.

Pengguna Dalaman Pihak dalaman mewakili pihak pengurusan yang menggunakan penyata kewangan untuk membuat analisis dan perbandingan prestasi setiap jabatan atau perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini penting untuk tujuan

perancangan dan pengawalan.

Kesatuan sekerja juga merupakan pengguna penyata kewangan firma. Prestasi syarikat akan memberi petunjuk kepada persatuan sekerja tentang kadar pembayaran gaji dan imbuhan adakah selari dengan pencapaian syarikat bagi sesuatu tempoh masa. Maklumat ini akan digunakan dalam proses perundingan atau tuntutan bayaran gaji.

Pengguna Luaran Pihak luaran juga berminat untuk mendapatkan maklumat kewangan sesebuah firma. Pihak-pihak seperti pemegang syer, pemegang debentur, bakal pelabur, syarikat kewangan ,pemiutang mahupun pesaing berminat untuk meneliti prestasi kewangan syarikat. Pemegang syer pastinya memerlukan maklumat kewangan syarikat untuk mengetahui keberuntungn syarikat dan peratus pembayaran dividen atau perkembangan perniagaan. Bagi pemegang-pemegang debentur pula ingin memastikan kebolehan syarikat untuk membayar faedah dan kemampuan syarikat membayar balik debentur. Maklumat kewangan juga berguna kepada bakal-bakal pelabur yang ingin membuat pelaburan baru untuk memilih syarikat yang boleh memberi pulangan pelaburan yang tinggi.

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


Syarikat-syarikat kewangan dan syarikat kredit juga sentiasa mengikuti perkembangan prestasi kewangan syarikat untuk menilai kedudukan syarikat tersebut sama ada mampu membayar balik pinjaman atau untuk meluluskan pinjaman baru. Pemiutang-pemiutang juga berminat untuk melihat kecairan modal kerja syarikat, adakah syarikat mampu bayar liabilitinya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan pesaing-pesaing dalam industri yang sama akan sentiasa menggunakan maklumat kewangan syarikat untuk membuat perbandingan dengan prestasi mereka.

Matlamat penyata kewangan adalah untuk memberi gambaran sebenar mengenai kedudukan kewangan sesebuah syarikat termasuklah kedudukan kewangan semasa, prestasi masa lampau dan prospek masa hadapan. Oleh kerana itulah, laporan penyata kewangan hendaklah menuruti konvensyen pendedahan penuh (full disclosure) yang telah ditetapkan dalam Financial Reporting Standards (FRS) oleh Malaysian Accounting Standards Board (MASB). FRS telah menetapkan maklumat-maklumat minimum yang perlu dilaporkan dalam Penyata Tahunan sesebuah syarikat.

Sumber utama maklumat yang digunakan untuk membuat analisis termasuklah : 1. penyata pendapatan 2. kunci kira-kira 3. penyata aliran tunai 4. nota kepada penyata kewangan 5. kaedah perakaunan yang digunakan 6. keputusan-keputusan kewangan yang telah dibuat 7. laporan juruaudit 8. data kewangan untuk tahun sebelumnya untuk perbandingan

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


ANALISIS KEWANGAN

Dalam bidang kewangan, analisis nisbah adalah suatu teknik yang boleh digunakan oleh penganalisis kewangan atau sesiapa sahaja bagi mengesan prestasi dan kedudukan kewangan sesebuah organisasi perniagaan. Sebagai contoh, nisbah semasa syarikat membolehkan penganalisis menentukan sama ada sesebuah syarikat itu berupaya membayar obligasi jangka pendeknya apabila ia matang.

Terdapat banyak lagi nisbah-nisbah kewangan lain seperti nisbah semasa di atas yang membolehkan kita mengukur pencapaian satu-satu syarikat, namun ia boleh member makna sekiranya aktiviti perbandingan dapat dijalankan ke atas nisbah-nisbah ini. Antara teknik perbandingan yang boleh dilakukan adalah analisis arah aliran dan analisis keratan rentas.

KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan ialah Analisis Perbandingan dan Analisis Nisbah.

ANALISIS PERBANDINGAN

Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu :

1. Asas Intera Syarikat

- data-data dalam syarikat itu sendiri dibandingkan

dengan item-item yang serupa tetapi dalam tahun yang berlainan. 2. Asas Antara Syarikat - item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain dalam tahun yang sama sama ada syarikat itu merupakan syarikat subsidari dalam satu syarikat induk industrinya tetapi secara individu. 3. Asas Purata Industri - perbandingan dibuat dengan purata industri di mana syarikat itu beroperasi. Contoh Syarikat A (syarikat barangan elektrik) dibanding dengan angka industri dari pelbagai syarikat pengeluar barangan elektrik. atau syarikat yang sama

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara melintang.

Analisis

menegak

menganalisis

komponen

atau

item

dalam

penyata

pendapatan dan kunci kira-kira menggunakan peratusan yang relatif. Bermaksud , setiap item dibandingkan dengan satu item asas dalam penyata pendapatan contohnya jualan bersih dan dalam kunci kira-kira item dibandingkan dengan jumlah aset bersih.

Analisis melintang (analisis arah aliran) pula membuat perbandingan data-data laporan kewangan dengan menggunakan satu tahun tertentu sebagai tahun asas perbandingan. Contohnya, peratus pulangan atas jualan tahun 2002 dan tahun 2003 dibandingkan dengan peratus tahun 2001 yang dijadikan tahun asas perbandingan.

ANALISIS NISBAH

Analisis nisbah digunakan untuk menunjukkan hubungan antara satu kuantiti dengan kuantiti yang lain. Hubungan ditunjukkan dalam bentuk peratus, kadar atau nisbah. Analisis nisbah boleh dibahagikan kepada : 1. Nisbah Kecairan 2. Nisbah Keberuntungan 3. Nisbah Mampu Bayar

NISBAH KECAIRAN

Nisbah kecairan mengukur kemampuan jangka pendek sesebuah syarikat untuk membayar hutang atau obligasi-obligasi mereka yang sudah cukup tempoh dan untuk memenuhi keperluan tunai yang tidak dijangka. Selain itu, ia juga menilai kemampuan firma membayar liabiliti jangka pendek dengan aset mudah tunai. Ia membolehkan penganalisis mengukur keupayaan sesebuah syarikat membayar liabiliti semasa apabila ia matang. Nisbah-nisbah kecairan yang biasa digunakan ialah nisbah semasa dan nisbah cepat. Daripada segi prinsip, syarikat yang

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


mempunyai nisbah lebih daripada 1.00 disifatkan sebagai berkemampuan memenuhi tanggungan atau liabiliti semasanya. Nisbah Semasa Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek. Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa. Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek. Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah semasa firma melebihi 1. Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk menjelaskan tuntutan semasanya. nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa dengan liabiliti semasa juga disebut nisbah modal kerja. ia digunakan untuk menilai kecairan syarikat atau kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka pendek. Nisbah semasa yang tinggi menunjukkan kemampuan syarikat membayar hutang jangka pendeknya dalam tempoh kurang daripada 12 bulan. Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa

Contoh: Nisbah Semasa = Aset Semasa = Liabiliti Semasa 816762 340416 = 2.40 kali

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut mempunyai aset semasa 2.40 kali ganda daripada liabiliti semasa. Ini bermakna
5

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


syarikat menyediakan RM 2.40 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula. Baki bagi pembayaran semula adalah RM 1.40 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.

Nisbah Cepat Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk menampung liabiliti semasa. Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui

pengecualian nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item; bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap, dan pembelian secara kredit. Oleh itu ianya mengambil masa untuk mendapatkan tunai.

Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.

nisbah cepat menunjukkan hubungan antara tunai, sekuriti boleh pasar dan penghutang bersih dengan liabiliti semasa.

ia menunjukkan kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka pendeknya dengan cepat atau serta merta. Formula : Nisbah Cepat = Aset Semasa - Inventori Liabiliti Semasa

Contoh: Nisbah Cepat = Aset Semasa Inventori Liabiliti Semasa = (816762 583908) = 0.68 kali 340416

Bedasarkan kepada pengiraan diatas didapati nisbah cair kurang daripada 1 yang membawa maksud jumlah asset yang boleh ditunaikan adalah

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


kurang daripada liability semasa. Syarikat mempunyai baki RM 0.68 bagi setiap RM 1 liabiliti yang dituntut.

Nisbah ini adalah berada pada tahap kecairan yang kurang baik.

NISBAH PENGURUSAN ASET

Nisbah Pengurusan Aset boleh digunakan bagi mengukur keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam mengurus aset syarikat. Secara amnya, pengurusan yang berkesan dan cekap menjamin pengeluaran atau keuntungan syarikat yang setimpal dengan jumlah aset yang dimiliki.

Nisbah-nisbah utama dalam kumpulan nisbah pengurusan aset ialah: Pusing ganti aset tetap Pusing ganti jumlah aset Pusing ganti inventori Tempoh pungutan purata Pusing Ganti Aset Tetap Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan sesebuah syarikat menggunakan aset-aset tetap dalam menghasilkan jualan.

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap =

Jualan Aset Tetap

Contoh: Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih Jumlah Aset Tetap = 270900 = 7.51 kali 360510

Pengiraan diatas menunjukkan syarikat ini mempunyai pusingan ganti asset tetap sebanyak 7.51 kali yang memberi maksud setiap RM 1 aset tetap memberi sebanyak RM 7.51 jualan dapat dijanakan.

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pusing Ganti Jumlah Aset Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untuk menjana hasil jualan.

Pusing Ganti Jumlah Aset =

Jualan Bersih Jualan Aset

Contoh: Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih Jualan Aset = 2709000 1182000 = 2.29 kali

Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini memperolehi jualan sebanyak 2.84 kali lebih besar daripada asetnya. Setiap RM 1 yang dilaburkan dalam asetnya menghasilkan RM 2.84

Pusing Ganti Inventori Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan. Lebih tinggi, lebih baik, kerana firma tidak menyimpan stok berlebihan. Nisbah ini mengukur secara puratanya berapa kali inventori dijual dalam satu tempoh tertentu (biasanya 12 bulan satu tempoh perakaunan) Nisbah pusing ganti yang tinggi menunjukkan kekerapan syarikat membeli inventori baru dan ini bermakna jualan adalah baik. Ini juga menunjukkan kecukupan inventori dan kecekapan pengurusannya. Jika jumlah inventori yang disimpan adalah kecil, pengurusan dianggap baik.

Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual / Jualan Inventori

Contoh: Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual / Jualan Inventori


8

= 1625400 583908

= 2.78 kali

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Berdasarkan kepada pengiraan diatas, syarikat tersebut mempunyai nisbah pusing ganti inventori yang tinggi. Nisbah yang tinggi disebabkan penjualan

produk syarikat yang laris atau syarikat tidak menyimpan banyak inventori yang daripada segi menyimpan. Kadar ganti stok dalam tahun berkenaan ialah 2.78 kali. Dengan kata lain, stok dipegang selama 2.78 hari sebelum dijual. Tempoh Pungutan Purata Mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan. Ia menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada pelanggan atau akaun belum terima. Kebiasaannya nisbah tempoh kutipan purata yang rendah dianggap baik kerana ini menunjukkan syarikat berjaya mengutip semula akaun-akaun belum terima dalam jangka masa yang pendek. menunjukkan purata bilangan hari untuk mengutip hutang. Tujuannya untuk menilai keberkesanan polisi kredit dan polisi pengutipan yang diamalkan oleh syarikat. Polisi pengutipan dianggap berkesan jika purata tempoh kutipan sama atau hampir sama panjang masanya yang dibenarkan dalam syarat jualan kredit

Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima Purata Jualan Sehari Contoh: Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima = Purata Jualan Sehari 111108 7421.918 = 14.97 hari

Berdasarkan kepada pengiraan di atas, syarikat tersebut

mngambil masa

selama 14.97 hari bagi memungut akaun-akaun belum terima. Syarikat ini perlu menjelaskan liabiliti syarikat dari semasa ke semasa secara tunai.

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

NISBAH LEVERAJ

Memberi gambaran keupayaan sesebuah syarikat dalam memenuhi obligasinya kepada mereka yang member pinjaman. Selain itu, nisbah ini juga mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan modal pinjaman syarikat.

Ia wujud apabila sesebuah syarikat menggunakan hutang atau pinjaman sebagai salah satu sumber pembiayaannya. Tetapi, semakin banyak hutang, semakin tinggi risiko syarikat tidak dapat menjelaskan faedah pinjaman terutamanya sewaktu kegawatan ekonomi. Nisbah Hutang Nisbah ini mengukur sejauh mana aset firma dibiayai melalui hutang. Komponen hutang terdiri daripada segala liabiliti semasa dan hutang jangka panjang.

Nisbah ini juga dikenali sebagai hutang kepada jumlah asset yang memberitahu berapa peratus modal hutang yang digunakan bagi membiayai jumlah aset syarikat. Jumlah aset merangkumi jumlah asset semasa dan jumlah aset tetap.

Secara praktikalnya, semakin tinggi peratus modal hutang, maka semakin besar syarikat dibebani oleh belanja kewangan. Dengan kata lain, lebih rendah nisbah ini, lebih baik kepada pemiutang syarikat kerana mereka akan menerima lebih perlindungan jika berlakunya pelaburan syarikat.

Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset

Contoh: Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset = 612276 1182000 = 51.80%

10

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


Berdasarkan pengiraan di atas didapati bhawa nisbah syarikat tersebut adalah 51.80 %. Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat, ia masih berhutang sebanyak 51.80 sen. Nisbah Hutang / Ekuiti Nisbah ini membolehkan penganalisis mengukur nisbah pembiayaan yang dating daripada hutang dan ekuiti. Nisbah yang rendah menjamin lebih perlindungan kepada pemiutang.

Nisbah ini juga menjelaskan menjelaskan kedudukan modal hutang dan ekuiti. Kebiasaannya, nisbah yang melebihi 1.00 dianggap berisiko tinggi kepada pelabur kerana syarikat berhutang terlalu besar.

Nisbah yang rendah menunjukkan pelaburan yang besar kepada pemilik syarikat. Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti Jumlah Ekuiti

Contoh: Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti Jumlah Ekuiti = 612276 569714 = 1.07

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut adalah 1.07 kali lebih besar daripada ekuiti. Ini menunjukkan syarikat banyak berhutang jika dibandingkan dengan modal yang disalurkan olehpara pemegang saham.

NISBAH KEBERUNTUNGAN

Nisbah keberuntungan digunakan untuk mengukur hasil atau keupayaan operasi sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. Nisbah yang berkaitan dengan keberuntungan adalah :
11

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


Nisbah Margin Untung Bersih Dikenali juga sebagai pulangan atas jualan. Mengukur peratus untung bersih yang diperolehi bagi setiap jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan setelah ditolak dengan semua belanja firma. Nisbah ini mengukur keupayaan syarikat daripada segi mengurus dan mengawal perbelanjaan syarikat yang mempunyai kesan secara langsung ke atas keuntungan syarikat. Ia juga digunakan untuk mengukur peratusan setiap ringgit hasil bersih daripada jualan bersih bagi suatu tempoh. Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih Jualan Contoh: Nisbah Margin Untung Bersih =

Pendapatan Bersih = 116487 = 4.30% Jualan 2709000

Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak semua belanja-belanja yang terlibat adalah 4.30 peratus. Dengan perkataan lain, daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 4.30 sen Secara ringkasnya terdapat beberapa faktor yang menentukan kejatuhan dan kenaikan margin untung ini iaitu faktor: Harga Kos Jualan Nisbah Pulangan atas Aset (ROA) Dikenali juga sebagai pulangan atas pelaburan. Ia mengukur kadar keuntungan daripada setiap wang yang dilaburkan ke atas aset. Ia juga digunakan untuk mengukur keberkesanan / keefisienan perniagaan

menggunakan asetnya untuk menjana jualan. Semakin tinggi nisbah, semakin baik kerana menunjukkan keuntungan. Selain itu ia menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan asset

Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih Jumlah Aset


12

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


Contoh: Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih = Jumlah Aset 116487 1182000 = 9.86%

Pengiraan tersebut menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset-aset perniagaan ialah 9.86% Nisbah Pulangan Ekuiti Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan syarikat ini menjana keuntungan pemegangsaham syarikat. Para pemegang saham syarikat ingin nisbah pulangan ekuiti yang tinggi kerana ini menunjukkan syarikat berjaya menjana keuntungan cukup supaya diagih-agihkan di antara mereka.

Antara komponen-komponen ekuiti syarikat termasuklah: Keuntungan tertahan Saham keutamaan Saham biasa

Keuntungan tertahan dianggap ekuiti kerana ia adalah sebahagian daripada keuntungan syarikat yang tidak diagihkan balik kepada pemegang saham. Keuntungan ini ditahan oleh pihak pengurusan syarikat bagi tujuan pelaburan dan pengembangan syarikat. Ia mengukur keberuntungan syarikat secara keseluruhan.

Nisbah Pulangan Atas Ekuiti =

Pendapatan Bersih Jumlah Ekuiti

Contoh: Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = Jumlah Ekuiti 116487 569724 = 20.45%

Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah 20.45 % iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak RM 20.45
13

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


NISBAH NILAI PASARAN NISBAH HARGA PEROLEHAN mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding dengan perolehan sesaham syarikat. ini menggambarkan penilaian pelabur terhadap perolehan syarikat pada masa akan datang NISBAH PASARAN KEPADA BUKU ANALISIS ARAH ALIRAN

Dalam analisis arah aliran, penganalisis boleh membuat perbandingan nisbah daripada suatu jangka waktu dengan nisbah daripada suatu jangka waktu yang lain. Sebagai contoh, seseorang penganalisis itu boleh membuat perbandingan dengan mengambil nisbah semasa sesebuah syarikat bagi tahun 2013 dan dibandingkan dengan nisbah semasa syarikat bagi tahun 2012.

Dengan membuat perbandingan ini, penganalisis akan dapat menilai sama ada terdapat perubahan keupayaan syarikat ini ketika membayar obligasi jangka pendek antara tahun 2013 dan 2012. Perbandingan ini boleh juga dipanjangkan jangka waktunya lebih dari 2 tahun. Dengan membuat perbandingan menggunakan jangka waktu yang lebih panjang, ia membolehkan penganalisis melihat hala tuju pencapaian syarikat bagi suatu jangka masa yang lebih lama.

ANALISIS KERATAN RENTAS

Bagi teknik ini, penganalisis membandingkan nisbah-nisbah syarikat dengan syarikat lain daripada industri yang sama. Sebagai contoh, nisbah semasa sesebuah syarikat yang beroperasi dalam industri makanan dibandingkan dengan nisbah semasa syarikat yang juga beroperasi dalam industri makanan.

Selain daripada itu, teknik analisis keratan rentas juga membolehkan penganalisis membuat perbandingan di antara nisbah syarikat dan nisbah industri.
14

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


Nisbah industri ditentukan dengan mengambil purata nisbah kesemua syarikat yang beroperasi dalam sesebuah industri.

ANALISIS DU PONT

Antara aspek-aspek yang member kesan ke atas nisbah pulangan ekuiti mengikut analisis Du Pont ialah:

Pengawalan perbelanjaan syarikat Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan mengawal perbelanjaan syarikat, nisbah margin untung bersih akan digunakan sebagai proksi.

Pengurusan aset-aset syarikat Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan asset bagi menjana jualan, nisbah pusing ganti jumlah asset akan digunakan sebagai proksi.

Pengurusan laveraj hutang syarikat Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan leveraj syarikat, nisbah pengganda ekuiti akan digunakan sebagai proksi.

Hubungan nisbah-nisbah ini dengan nisbah pulangan ekuiti boleh diringkaskan dengan persamaan berikut:

Nisbah pulangan ekuiti = nisbah margin untung bersih x nisbah pusing ganti jumlah asset x nisbah pengganda ekuiti

Nisbah Pulangan Ekuiti = Pendapatan Bersih x Jumlah Jualan x Jumlah Aset Jumlah Jualan Jumlah Aset Ekuiti

15

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

CONTOH ANALISIS NISBAH KEWANGAN Nisbah Mudah Tunai (Nisbah Kecairan) - mengukur keupayaan syarikat menjelaskan liabiliti semasa (jangka pendek) apabila dituntut.
Jenis Maksud Pengiraan Jawapan Nisbah Semasa Menilai tahap kecairan firm dan kebolehan syarikat untuk membayar hutang jangka pendek

Aset Semasa Berdasarkan kpd


pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut mempunyai aset Contoh: semasa lebih tinggi RM 816 762 daripada liabiliti semasa. Ini bermakna RM 340 416 syarikat myediakan RM 2.40 aset semasa = RM 2.40 kali bagi tujuan pembayaran semula. Baki bagi pembayaran semula adalah RM 1.40 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.

Liabiliti Semasa

Nisbah Cepat

Kemampuan firm untuk membayar hutang jangka pendek dengan cepat tanpa bergantung pada stok akhir

Bedasarkan kepada pengiraan diatas didapati nisbah cair Liabiliti kurang daripada RM 1 Semasa yg mbawa maksud jumlah aset yang Contoh: boleh ditunaikan 816 762- 583 adalah kurang daripada liabilitI 908 semasa. Syarikat RM 340 416 mempunyai baki RM 0.68 bagi setiap RM 1 = RM 2.40 libiliti yang dituntut. Nisbah ini adalah berada pada tahap kecairan yang kurang baik tanpa bergantung pada stok akhir

A. S Stok Akhir

16

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


Nisbah Pengurusan Aset (Nisbah Aktiviti)

- mengukur kecekapan syarikat mengurus aset.


Jenis Pusing Ganti Stok Akhir Maksud Mengukur kekerapan purata (kali) stok akhir syarikat dijual dalam tempoh tertentu Pengiraan Jawapan

Kos Barang Berdasarkan kepada Dijual pengiraan diatas, syarikat


tersebut mpunyai nisbah pusing ganti stok akhir yang tinggi. Nisbah yg tinggi Contoh: disebabkan penjualan RM 1 625 400 produk syarikat yang laris. Kadar ganti stok dalam RM 583 908 tahun berkenaan ialah 2.78 kali. Dengan kata lain, stok = 2.78 kali dipegang selama 2.78 hari sebelum dijual.

Stok Akhir

Tempoh Pungutan Purata

Mengukur kekerapan purata (kali)penghutang dapat dikutip dalam suatu tempoh tertentu

Penghutang Berdasarkan kepada


pengiraan di atas, syarikat Jualan tersebut mngambil masa Bersih/360 selama 14.97 hari bagi memungut akaun-akaun Contoh: belum terima. Syarikat ini perlu menjelaskan liabiliti RM 111 108/7421.91 syarikat dari semasa ke semasa secara tunai.

7 421.918 = 14.97 hari Mengukur sejauh mana Jualan Bersih Pengiraan diatas

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap asset tetap firma dapat menunjukkan syarikat ini Jumlah A.B.S (Aset Bukan mbantu mhasilkan mempunyai pusingan ganti Semasa) pendapatan asset tetap sebanyak 7.51 Contoh: kali yang memberi maksud setiap RM 1 aset tetap RM 270 900 memberi sebanyak RM 7.51 RM 360 510 jualan dapat dijanakan.

Nisbah Pusing Ganti Jumlah Aset

Penggunaan jumlah asset digunakan untuk menilai kemampuan firm untuk mgendalikan kesemua demi mhasilkan pendapatan

=7.51 kali Jualan Bersih Berdasarkan kepada


pengiraan di atas Jumlah Aset menunjukkan syarikat ini memperolehi jualan Contoh: sebanyak 2.84 kali lebih besar daripada asetnya. Setiap RM 1 yang 17

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


RM 2 709 000 dilaburkan dalam asetnya
menghasilkan RM 2.84

RM 1 182 000 =2.84 kali Nisbah Pengurusan Hutang (Nisbah Mampu Bayar) - mengukur keupayaan syarikat untuk meneruskan operasinya dalam jangka masa panjang.
Jenis Maksud Pengiraan Jawapan atas didapati bahawa nisbah Nisbah Hutang Mengukur peratusan jumlah aset yang diperolehi melalui pembiayaan hutang

Jumlah Liabiliti Berdasarkan pengiraan di Jumlah Aset hutang adalah 51.80%.


Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat, ia masih berhutang sebanyak 51.80 RM 612 276 x sen. 100

Contoh:

RM 1 182 000 = 51.80%


Nisbah Hutang/Ekuiti Petambahan Jumlah L.B.S Berdasarkan pengiraan di menunjukkan hutang atas didapati bahawa nisbah Jumlah Aset jangka panjang semakin hutang/ekuiti adalah banyak digunakan 48.20%. Ini menunjukkan Contoh: untuk membiayai hutang syarikat pada masa syarikat panjang semakin banyak RM 569 714 x digunakan untuk membiayai 100 syarikat.

RM 1 182 000 = 48.20% Nisbah Keuntungan - mengukur prestasi syarikat dalam mhasilkan pulangan drpd jualan dan pelaburan.
Jenis Maksud Pengiraan Jawapan margin untung kasar Nisbah Margin Menilai kemampuan Untung Kasar pihak pgurusan mgawal pbelajaan operasi dan mendapatkan keuntungan daripada jualan

Untung Kasar Nisbah ini menunjukkan Jualan Bersih daripada jualan sebelum
ditolak semua belanjabelanja yang terlibat adalah 4.82 peratus. Dengan RM 130 500 x perkataan lain, daripada 100 setiap ringgit jualan,

Contoh:

18

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


RM 2 709 000 perniagaan memperoleh = 4.82%
Nisbah Margin Untung Bersih (Pendapatan Bersih) Mengukur peratusan setiap ringgit hasil bersih daripada jualan bersih bagi suatu tempoh tertentu untung kasar sebanyak RM 4.82 sen margin untung bersih

Untung Bersih Nisbah ini menunjukkan Jualan Bersih daripada jualan selepas
ditolak semua belanjabelanja yang terlibat adalah 4.30 peratus. Dengan RM 116 487 x perkataan lain,daripada 100 setiap ringgit jualan, RM 2 709 000 perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak = 4.30% 4.30 sen

Contoh:

Nisbah Pulangan Mengukur keuntungan Untung Bersih Pengiraan tersebut Aset firm secara menunjukkan kadar Jumlah Aset keuntungan yang diperolehi keseluruhan daripada penggunaan asetContoh: aset perniagaan ialah 9.86%

RM 116 487 x 100 RM 1 182 000 = 9.86% Untung Bersih Berdasarkan kepada
pengiraan di atas Jumlah Ekuiti menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah 20.45 % Contoh: iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan RM 116 487 x pulangan sebanyak RM 100 20.45

Nisbah Pulangan Mengukur jumlah Atas Ekuiti pulangan yang diperoleh bagi setiap ringgit yang dilaburkan

RM 569 724 =20.45%

19

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


BATASAN DAN KELEMAHAN ANALISIS NISBAH

Walaupun analisis penyata kewangan banyak memberi menfaat kepada pihak-pihak berkepentingan sama ada luaran atau dalaman, analisis ini juga mempunyai beberapa kekangan atau kelemahan. Antaranya :

1. apabila perbandingan dibuat antara satu firma dengan satu firma yang lain, pastinya setiap firma mempunyai perbezaan dari segi penggunaan pelbagai kaedah untuk menilai serta mempersembahkan item-item dalam penyata kewangan. Misalnya untuk penilaian inventori, ada syarikat menggunakan kaedah MDKD dan ada yang menggunakan kaedah MKKD menyebabkan nilai inventori akhir tidak dapat dbandingkan dengan tepat.

2. data penyata kewangan yang digunakan sebagai asas pengiraan dinyatakan pada nilai kos sejarah dan bukannya pada nilai semasa. Ini bermakna keputusan yang akan dibuat untuk tindakan pada masa akan datang adalah berdasarkan kepada prestasi lepas.

3. penyata kewangan mengandungi banyak data yang diperoleh melalui anggaran contohnya peruntukan hutang ragu dan susutnilai. Ini

mengakibatkan pengiraan menjadi tidak tepat.

4. bagi syarikat yang mempunyai pelbagai subsidiari pastinya setiap subsidiari menjalankan perniagaan yang berbeza dengan syarikat lain. Oleh itu nisbah seperti pusing ganti inventori adalah tidak selaras.

5. masalah kemanusiaan juga membataskan pemilihan nilai-nilai untuk dianalisis dan penilaian dalam membuat keputusan pastinya tidak sama.

6. kesan perubahan harga juga memberi kesan ke atas penilaian analisis.

7. firma yang berlainan akan mempunyai pola pemilikan aset yang berbeza walaupun dalam industri yang sama, contohnya syarikat yang menyewa

20

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


bangunan dan memiliki bangunan sendiri. Nilai aset juga mungkin tidak dapat dibandingkan sekiranya sebuah syarikat itu telah membuat penilaian semula aset pada tahun tersebut tetapi syarikat yang dibandingkan belum membuat penilaian semula asetnya pada tahun yang sama. KEWANGAN PERANCANGAN DAN RAMALAN KEWANGAN Perancangan dan ramalan kewangan berperanan menentukan keperluan kewangan firma di masa hadapan. Proses perancangan dan ramalan kewangan memerlukan penyediaan Proforma Penyata Pendapatan, Proforma Lembaran Imbangan dan Belanjawan Tunai.

Tujuan penyediaan membuat ramalan berkenaan jumlah akaun-akaun seperti akaun belum terima, inventori, akaun bayar dan akaun-akaun yang lain meramal jumlah keuntungan atau kerugian dan juga keperluan pembiayaan membuat perbandingan samada objektif syarikat telah dicapai atau tidak membuat perbandingan antara jumlah yang diramal dengan jumlah sebenar yang sudah dicapai untuk tindakan pembetulan bagi menyakinkan pemberi pinjaman dengan meneliti keupayaan syarikat membayar balik pinjaman bagi pelabur memastikan syarikat menghasilkan pulangan positif ke atas pelaburan mereka penting bagi mewujudkan sebuah perniagaan kecil pelabur atau peminjam ingin melihat perancangan kewangan membantu peniaga mengurus perniagaan dengan lebih berkesan; mengemudi perniagaan jauh dari masalah yang menghalang kejayaan Kesilapan peniaga gagal untuk mengumpul dan menganalisa data kewangan yang asas

Analisis keseluruhan sesebuah syarikat / perniagaan memerlukan beberapa maklumat penting untuk meningkatkan atau membaiki sesuatu perniagaan. Kebiasaannya analisis menggunakan ringkasan kewangan yang utama: penyata pendapatan (penyata untung rugi), kunci kira-kira dan penyata aliran tunai.
21

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Penyata pendapatan penting untuk menunjukkan prestasi perniagaan sepanjang tahun tersebut. Daripada penyata ini, gambaran tentang pulangan pelbagai sumber setelah ditolak semua perbelanjaan akan diperolehi. Kunci kira-kira merupakan maklumat yang penting untuk membandingkan perubahan yang berlaku tahun ke setahun ataupun untuk beberapa tahun. Penyata aliran tunai pula dapat membantu analisis dengan menunjukkan punca-punca dan kegunaan tunai sepanjang tahun. Ianya juga dapat membantu bila keperluan tunai diperlukan.

PENYATA PROFORMA Diwujudkan di awal perancangan perniagaan Merupakan jangkaan pendapatan perniagaan Bertujuan untuk memberi keyakinan kepada bakal pelabur dan peminjam untuk membolehkan perniagaan dimulakan

PROFORMA PENYATA PENDAPATAN Memberikan gambaran perniagaan bagi tempoh tertentu Membandingkan perbelanjaan dan pendapatan Menyatakan keuntungan bersih atau kerugian bersih
Keuntungan bersih = pendapatan perbelanjaan (Kerugian bersih)

PENYATA ALIRAN TUNAI

Penyata aliran tunai merupakan satu penyata yang menunjukkan aliran masuk dan aliran keluar kesetaraan tunai. Dengan melihat penyata ini, kita mendapat maklumat mengenai faktor-faktor yang menyebabkan perubahan baki tunai syarikat dari tempoh awal hingga tempoh akhir sesuatu laporan kewangan. Terdapat tiga elemen penting dalam penyata aliran tunai, iaitu:

22

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

a) Aliran tunai daripada aktiviti kendalian merupakan aktiviti utama pengeluaran hasil perusahaan dan aktiviti lain, selain dari aktiviti pelaburan dan pembiayaan. b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan Aliran masuk dan keluar tunai daripada pemerolehan dan pelupusan aset jangka panjang, serta pelaburan lain. c) Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan Aliran masuk dan keluar tunai daripada aktiviti yang menyebabkan perubahan saiz dan komposisi modal ekuiti dan pinjaman perusahaan.

Penyata kewangan syarikat perlu:

a) Membentangkan maklumat mengenai asas penyediaan penyata kewangan dan dasar perakaunan tertentu yang dipilih dan digunakan untuk urus niaga dan butiran penting.

b) Mendedahkan maklumat yang dikehendaki oleh piawaian perakaunan yang tidak dibentangkan di mana-mana tempat dalam penyata kewangan.

c) Menyediakan maklumat tambahan yang tidak dibentangkan pada muka penyata kewangan, tetapi ia perlu bagi pembentangan yang saksama.

Borang Penyata Aliran Tunai

Jadual menunjukkan contoh belanjawan aliran tunai. Semua aliran masuk tunai yang diunjurkan daripada kedua-dua punca, iaitu lading dan bukan lading dicatatkan pada 13barisan yang pertama. Oleh sebab pendapatan dan perbelanjaan bukan lading juga mempengaruhi kedudukan tunai sesuatu perniagaan berbentuk lading, butiran tersebut harus dimasukkan dalam Penyata Aliran Tunai. Setiap jenis pendapatan yang dijangkakan harus dijumlahkan untuk tahun berkenaan dan diisi

23

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


pada ruangan jumlah yang terdapat pada boring tersebut, dan jumlah ini kemudiannya dibuat mengikut bulan bila pendapatan tersebut diterima.

Sekiranya jumlah aliran masuk tunai untuk bulan tersebut adalah lebih besar daripada jumlah aliran keluar tunai, jumlah ini boleh digunakan untuk membayar sebahagian atau semua hutang jangka pendek yang baru dibuat pada awal tahun. Baki tunai akhir untuk bulan tersebut dimasukkan sebagai baki tunai awal untuk bulan berikutnya. Proses ini berulang untuk bulan seterusnya.

PROFORMA LEMBARAN IMBANGAN

Dikenali sebagai lembaran imbangan yang memberi gambaran ringkas tentang kedudukan kewangan sesebuah firma. Data yang ditunjukkan dalam kunci kira- kira merupakan ringkasan harta yang dimiliki dan hutang yang ditanggung oleh organisasi. Perkara asas yang dilihat dalam kunci kira-kira ialah asset, liabiliti dan ekuiti pemilik. KKK menyenarai semua milik syarikat iaitu aset syarikat, semua obligasi iaitu liabilitinya, dan semua pelaburan pemilik iaitu ekuiti pemilik. KKK ini disediakan sekurang- kurangnya sekali setahun. Kunci kira- kira menggunakan beberapa konsep penting iaitu Aset, Liabiliti, Nilai Bersih dan Analisis Nisbah.

i.

Aset Aset boleh digunakan dalam dua cara.

Aset boleh dijual untuk mencipta tunai. Aset boleh digunakan untuk mengeluarkan barangan yang boleh dijual bagi menghasilkan pendapatan tunai pada masa hadapan.

Terdapat 2 jenis aset iaitu: a) Aset Semasa Termasuk tunai di tangan dan baki akaun simpanan. Aset semasa yang lain ialah Akaun Belum Terima yang tempoh matangnya kurang dari setahun,

24

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


inventori, pelbagai pembayaran pendahuluan (prepaid expenses), dan lainlain aset seperti hasil tanaman yang akan dijual. Akaun Belum Terima mewakili jumlah hutang yang masih belum dibayar oleh pelanggan-pelangan dari pembelian yang lalu yang mana ianya terhasil kerana pelanggan telah diberi kemudahan pembelian secara kredit. Inventori pula adalah stok barangan yang akan dijual atau stok barangan modal yang akan digunakan untuk proses pengeluaran pada masa hadapan. Pelbagai Pembayaran Pendahuluan (prepaid expenses) merupakan bayaran yang telah dibuat terlebih dahulu terhadap barangan atau perkhidmatan yang digunakan. Barangan atau perkhidmatan tersebut belum digunakan lagi tetapi pembayaran telah dibuat, seperti bayaran pendahuluan terhadap sewa bangunan, mesin atau insurans. Lain-lain aset termasuklah hasil syarikat / perniagaan yang akan dijual, pelaburan seperti pembelian saham dan bon syarikat lain. Aset-aset ini pula mudah dijual dan ditukar kepada tunai dengan mudah. b) Aset tetap Aset ini kurang cair dan tempoh hayatnya lebih dari 10 tahun. Jika dijual, aset ini akan memberi kesan kepada masa hadapan perniagaan. Contohnya tanah, bangunan kekal, dan peralatan. Aset ini digunakan untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan. Umumnya semua aset tetap kecuali tanah mengalami susut nilai dan perlu dicatatkan perbelanjaan susut nilai . ii. Liabiliti

Liabiliti ialah satu tanggungan atau hutang yang dibuat oleh perniagaan daripada orang lain. Ia menunjukkan tuntutan seseorang atau sesuatu perniagaan luar terhadap satu atau lebih aset perniagaan. Liabiliti boleh dibahagiakan kepada dua kategori bergantung kepada tempoh hutang atau pinjaman itu dibuat.

Terdapat 2 jenis liabiliti iaitu: a) Liabiliti semasa - Liabiliti semasa merupakan tanggungan kewangan yang akan matang atau yang akan dibayar dalam tempoh satu tahun daripada tarikh kunci kira-kira itu dibuat. Contoh liabiliti semasa ialah Akaun Belum

25

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


Bayar (account payable) bagi barangan atau perkhidmatan yang dibeli secara kredit dan jumlah penuh pokok bagi mana-mana pinjaman jangka pendek. Di antara bayaran yang termasuk dalam kategori ini ialah inventori, bekalan (supplies), dan peralatan yang dibeli secara kredit dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh kurang dari setahun.

Nota Perlu Bayar (notes payable) ialah pinjaman jangka pendek yang memerlukan pembayaran secara bulanan. Pembayaran pokok bagi pinjaman akan disenaraikan sebagai liabiliti semasa kerana ia menunjukkan

tanggungan tunai yang akan dijelaskan.

Nota

Terakru (acrued

notes)

merupakan

akaun

individu

yang

perlu

ditanggung oleh firma perniagaan. Ianya dikira secara agregat seperti upah (wages payable) dan cukai (taxes payable). b) Liabiliti Jangka Panjang Merupakan pinjaman untuk membeli tanah atau apabila tanah digunakan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman membeli tanah atau membina bangunan. Tempoh pembayaran balik

biasanya melebihi 10 tahun. Pembayaran pokok untuk tahun tersebut dan bunga yang terakru akan disenaraikan sebagai liabiliti semasa, dan baki pinjamannya dimasukkan ke dalam liabiliti jangka panjang. Ada juga juga

liabiliti jangka panjang yang tempoh pembayaran balik cuma di antara 7 hingga 10 tahun. Kebanyakan liabiliti jenis ini digunakan untuk membeli jentera dan baka ternakan. Lain-lain contoh liabiliti jangka panjang ialah gadaian (morgages) rumah, dan lain-lain pinjaman jangka panjang dari individu, bank, dan lain-lain institusi kewangan.

iii.

Nilai Bersih

Nilai bersih menunjukkan baki jumlah wang yang dimiliki oleh pemilik perniagaan sekiranya semua aset dijual dan semua liabiliti dibayar pada tarikh kunci kira-kira. Nilai bersih diperolehi dengan:

26

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Nilai Bersih = jumlah aset - jumlah liabiliti

Nilai bersih ialah wang sendiri yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan tersebut, dan nilai itu dicatatkan sebagai liabiliti kerana ia merupakan tuntutan pemilik terhadap perniagaan tersebut. Nilai bersih juga dinamakan ekuiti pemilik. Nilai bersih berubah jika terdapat perubahan pada nilai aset, penerimaan harta pusaka, atau aset yang dijual pada nilai lebih rendah dari nilai bukunya dalam kunci kira-kira. Peningkatan nilai bersih biasanya disebabkan oleh penggunaan aset untuk mengeluarkan tanaman dan ternakan, dan keuntungan daripada pengeluaran ini digunakan untuk membeli aset-aset baru atau mengurangkan liabiliti. Walau

bagaimanapun proses penambahan nilai aset dalam sektor pertanian mengambil masa yang panjang dan menjadi salah satu sebab mengapa kita membandingkan kunci kira-kira pada awal dan akhir tahun iaitu untuk mengkaji kesan pengeluaran tahunan terhadap nilai bersih, nilai aset dan nilai liabiliti. Nilai bersih perniagaan hanya berubah jika pemilik menambah modalnya sendiri dalam perniagaannya (menambah nilai bersih), atau mengeluarkan modal untuk memenuhi perbelanjaan untuk sara hidup keluarga (mengurangkan nilai bersih), atau jika perniagaan mengalami kerugian (mengurangkan nilai bersih). Kebanyakan urus niaga

perniagaan hanya berubah kandungan aset dan liabiliti tetapi tidak nilai bersihnya.

Dalam perakaunan: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

iv.

Analisis Nisbah

Kunci kira-kira kerap dianalisis dengan menggunakan analisis nisbah untuk mengkaji kedudukan dan kekukuhan kewangan sesuatu perniagaan. Kebanyakan institusi kewangan akan menggunakan analisis nisbah daripada kunci kira-kira untuk menentukan kekukuhan kedudukan kewangan pelanggannya.

27

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


Terdapat 3 jenis nisbah iaitu: a) Nisbah semasa Nisbah semasa digunakan bagi menentukan kecairan perniagaan dan menunjukkan perkaitan di antara aset semasa dengan liabiliti semasa.

Nisbah Semasa = Aset Semasa/Liabiliti Semasa

b) Nisbah modal bersih Nisbah modal bersih digunakan untuk mementukan kemampubayaran syarikat. Ketidakmampubayaran berlaku jika nisbah modal bersih kurang daripada satu, kerana jika perniagaan dibubarkan, hasil yang diperolehi daripada jualan aset tidak cukup untuk membayar semua liabiliti. Sebenarnya nisbah modal bersih sesuatu perniagaan ialah satu. Penurunan yang sedikit dalam jumlah aset boleh menjadikan perniagaan tersebut secara teknikalnya tidak mampu membayar segala hutangnya. Nisbah modal bersih yang meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan kekukuhan perniagaan syarikat tersebut.

Nisbah modal bersih = jumlah Aset/Jumlah Liabiliti

c) Nisbah hutang ekuiti Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara modal yang dipinjam dengan modal yang dimiliki. Nisbah ini dikira dengan menggunakan persamaan berikut:

Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersih

Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti bererti semakin kukuh kedudukan kewangan syarikat, kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan jumlah liabiliti. Sekiranya nisbah hutang-ekuiti bersamaan satu, bererti

pemilik perniagaan menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan, manakala 50% lagi dipinjam.

28

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

BELANJAWAN TUNAI Belanjawan tunai merupakan satu jadual yang menunjukkan anggaran tunai masuk dan tunai keluar bagi sesuatu tempoh. Satu perancangan berangka (kuantitatif) yang menunjukkan penerimaan dan pembayaran tunai yang dijangka serta baki tunai di sepanjang tempoh tertentu. Belanjawan tunai digunakan oleh perniagaan untuk menguruskan tunai iaitu sebagai alat kawalan dan perancangan tunai. Belanjawan tunai salah satu cara untuk merancang dan mengawal tunai bagi; 1. membantu pihak pengurusan mencari sumber tunai sekiranya berlaku kekurangan tunai perniagaan. 2. membolehkan pihak pengurusan merancang penggunaan tunai jika berlaku lebihan tunai perniagaan. 3. membuat perbandingan amaun sebenar dengan amaun belanjawan.

Kepentingan Belanjawan Tunai :-

1. Menunjukkan keupayaan tunai perniagaan bagi menjalankan operasi perniagaan pada masa akan datang. 2. Merancang dan mengawal pembayaran dan penerimaan tunai. 3. Menganggarkan penerimaan tunai agar strategi jualan dan polisi pemberian kredit yg tepat dapat dilaksanakan. 4. Merancang pembelian aset bukan semasa dan merancang pelaburan jika terdapat lebihan tunai. 5. Membolehkan tindakan awal diambil untuk menghadapi kekurangan tunai. 6. Membolehkan pihak bank mendapat panduan untuk mempertimbangkan permohonan pinjaman. 7. Menunjukkan jangkaan punca penerimaan dan jenis pembayaran tunai. 8. Menunjukkan keupayaan tunai sesebuah perniagaan sama ada mampu membayar hutangnya atau tidak
29

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


9. Membantu perniagaan mengawal penggunaan wang dan membelanja wang mengikut keutamaan 10. Membolehkan perniagaan membandingkan pendapatan dan perbelanjaan sebenar dengan anggaran yang telah dibuat

Cara menyediakan belanjawan tunai yang mudah

Belanjawan tunai disediakan dengan format berlajur seperti di bawah:

Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2011 Butir Jan RM Baki awal Penerimaan Feb RM Mac RM

Jumlah(a)

Pembayaran

Jumlah(b)

Baki akhir

Panduan Penyediaan

a) Mulakan dengan baki awal wang tunai(jika ada)

30

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


b) Catatkan semua anggaran tunai pada setiap bulan.Campurkan baki awal tunai dengan semua anggaran tunai pada sesuatu bulan untuk mendapatkan jumlah(a) c) Catatkan semua anggaran pembayaran tunai pada setiap bulan.Jumlahkan anggaran pembayaran untuk mendapatkan (b) d) Tolakkan (a) dengan (b) untuk mendapatkan baki akhir tunai pada sesuatu bulan.

PENUTUP

Kewangan merupakan aspek penting dalam pentadbiran sesebuah negara demi memastikan setiap peruntukan dan perbelanjaan sesebuah syarikat khususnya dan sesebuah negara umunya diselia dan dikawal dengan cekap, berkesan dan mematuhi setiap aspek dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan

Persekutuan menjadi garis panduan tentang proses dan prosedur pentadbiran kewangan dalam membentuk negara Malaysia sebagai negara demokrasi. Secara keseluruhanya, prestasi atau kestabilan aliran tunai sesebuah syarikat akan menyumbang kepada perancangan belanjawan negara. Dasar Belanjawan

merupakan satu perancangan tahunan yang mempunyai kepentingan tersendiri untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan yang adil dalam rangka kewangan yang mantap. Ia mengandungi perancangan ekonomi, kewangan dan sosial untuk pertumbuhan berterusan serta menjamin agihan kekayaan negara dengan adil.

31

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

LAMPIRAN

32

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

33

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

34

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

35

RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


BIBLIOGRAFI

Shaari Isa (1997). Perakaunan Teori Dan Praktis. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustala

Arahan Perbendaharaan. (1998). Percetakan Nasional Berhad.

Kementerian Kewangan.

Kuala Lumpur:

http://mymemory.translated.net/t/Malay/English/definisi%20kunci%20kira%20kira

http://cgnarzuki.com/?page_id=36

http://zantasir.tripod.com/Index.htm

http://nyong75.wordpress.com/junior-bankers/316-2/penyata-pendapatan/

http://www.cikgusila.com/2011/04/tugasan-2-tingkatan-5-spm-2011.html

36