Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA (IPBA)

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA.

PENYERTAAN PASUKAN-PASUKAN FUTSAL IPBA,


DALAM,
PERLAWANAN FUTSAL (OPEN) FRENSTER 12,
ANJURAN KOLEJ KEDIAMAN 12,
UNIVERSITI MALAYA.

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan dari
Pengarah IPBA, bagi 3 pasukan futsal IPBA (seperti dalam Lampiran 1) bertanding
dalam Perlawanan Fustal (Open) Frenster 12 yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman
12, Universiti Malaya.
1.2 Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran IPBA untuk membayar yuran
penyertaan bagi memasuki perlawanan tersebut.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memantapkan pasukan futsal IPBA bagi menghadapi KAGUM Permainan pada
bulan April 2008.
2.2 Menambah pengalaman dan keyakinan pemain apabila didedahkan dengan banyak
perlawanan.
2.3 Memahami dan dapat mempraktikkan segala teknik permainan futsal yang dipelajari
ketika latihan di IPBA.
2.4 Mengeratkan lagi semangat berpasukan dalam pasukan IPBA yang bertanding.
2.5 Mengeratkan hubungan pelajar-pelajar IPBA dari berbagai-bagai kursus yang
menjadi wakil dalam setiap pasukan.
2.6 Menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara pelajar-pelajar IPBA dengan
komuniti pelajar di Universiti Malaya.
2.7 Menyemarakkan lagi budaya bersukan dalam kalangan pelajar-pelajar IPBA.
3.0 MAKLUMAT PERLAWANAN

Maklumat tentang perlawanan ini adalah seperti berikut:

Nama Perlawanan :Futsal (Open) Frenster 12.


Tarikh : 23 – 24 Februari 2008
Hari : Sabtu - Ahad
Masa : 9.00pagi – 1.00ptg
Tempat : Kolej Kediaman 12, Universiti Malaya.

4.0 PENYERTAAN

Para peserta yang terlibat ialah dalam kalangan pelajar-pelajar IPBA yang terdiri dari pelajar
yang berbagai jenis kursus. Terdapat 3 pasukan yang akan menjadi wakil IPBA iaitu seramai
27 orang pelajar, yang mana setiap pasukan mempunyai 9 orang ahli yang terdiri daripada 8
orang pemain dan seorang pengurus pasukan (seperti dalam Lampiran 1).

5.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

Struktur jawatankuasa bagi penyertaan perlawanan ini adalah terdiri dari ahli-ahli Majlis
Perwakilan Pelajar yang bertanggungjawab menyediakan pasukan-pasukan futsal tersebut
yang dinaungi oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), IPBA (seperti dalam Lampiran 2)

6.0 JADUAL PERLAWANAN

Segala jadual dan susun atur perlawanan adalah tertakluk kepada penganjur, iaitu pihak
Kolej Kediaman 12, Universiti Malaya.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan bagi perlawanan ini adalah seperti dalam Lampiran 3.

8.0 PERTIMBANGAN

Kami amat mengharapkan jasa baik dari pihak tuan sekiranya pihak tuan dapat
mempertimbangkan supaya permohonan kami ini dapat diluluskan, seterusnya mencerahkan
lagi masa depan sukan di IPBA. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.
8.0 PENUTUP

Diharapkan kertas kerja Penyertaan Pasukan-Pasukan Futsal IPBA dalam Perlawanan Futsal
(Open) Frenster 12 ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan
dan seterusnya meluluskan penyertaan ini.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

……………………….. ..………………………
(Taiebah Mohamad Sagir) (Mohd Hanif b. Mohd Mahpot)
Setiausaha Agung Kehormat, MPP IPBA Naib Yang Dipertua 1, MPP IPBA

Disokong oleh,

…………………………..
(En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA.

Diluluskan oleh ,

….……………………
(Dr. Mohd Sofi Bin Ali)
Pengarah,
Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa
Kuala Lumpur.
LAMPIRAN 2

STRUKTUR JAWATANKUASA,
PENYERTAAN PASUKAN-PASUKAN FUTSAL IPBA,
DALAM,
PERLAWANAN FUTSAL (OPEN) FRENSTER 12,
AJURAN KOLEJ KEDIAMAN 12,
UNIVERSITI MALAYA.

PENAUNG
Dr. Mohd. Sofi b. Ali
(Pengarah IPBA)

En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman


(Ketua Jabatan
Hal Ehwal Pelajar HEP,
IPBA)

Majlis Perwakilan Pelajar IPBA


(MPP IPBA)

Pasukan-Pasukan Futsal
IPBA
LAMPIRAN 3

Anggaran perbelanjaan untuk penyertaan pasukan futsal IPBA dalam Perlawanan Futsal (Open)
Frenster 12, Universiti Malaya.

Perkara Anggaran perbelanjaan

- Yuran penyertaan Satu pasukan = RM100

3 pasukan = RM100 X 3
= RM300

- Makanan dan minuman (2 hari) RM100

JUMLAH KESELURUHAN RM400

Pengesahan anggaran perbelanjaan.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

……………………….. ..……………………

(Taiebah Mohamad Sagir) (Mohd Hanif b. Mohd Mahpot)
Setiausaha Agung Kehormat, MPP IPBA Naib Yang Dipertua 1, MPP IPBA
Disokong oleh,

…………………………..
(En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA.

Disahkan oleh,

……………………………
(Dr.Mohd Sofi Bin Ali)
Pengarah,
Ins. Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa

INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA

KERTAS KERJA
PENYERTAAN PASUKAN-PASUKAN
FUTSAL IPBA,
DALAM,
“PERLAWANAN FUTSAL (OPEN)
FRENSTER 12”,
ANJURAN KOLEJ KEDIAMAN 12,
UNIVERSITI MALAYA.
DISEDIAKAN OLEH:

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA.

Anda mungkin juga menyukai