Anda di halaman 1dari 2

IPBA/T/14/100/122 Jld 10 (19)

30 Disember 2008

Encik Ng Ping Loong


Pengurus Pemasaran Dan Sukan
Syarikat Nestle House
No. 4, Lorong Persiaran Barat
P.O. Box 385, Jalan Sultan
46918 Petaling Jaya
Selangor

Tuan,

PENGHARGAAN SUMBANGAN UNTUK KEJOHANAN OLAHRAGA


TAHUNAN 2008 INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA
ANTARABANGSA (IPBA) KUALA LUMPUR

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perguruan Bahasa-Bahasa


Antarabangsa (IPBA) Kuala Lumpur telah menerima sumbangan
daripada pihak tuan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan 2008 yang
telah dijalankan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 10 April 2008


Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Padang Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa
(IPBA)

3. Sehubungan itu, sukacita pihak Institut Perguruan Bahasa-Bahasa


Antarabangsa (IPBA) memaklumkan bahawa pihak kami telah menerima
sumbangan seperti berikut :
i. Minuman MILO
500 cawan x 2 kali x 1 hari = 1000 cawan

ii. Baju T untuk AJK Pengelola, Panel, dan Pembantu Program


Baju T berkolar untuk AJK Pengelola, Panel, dan Pembantu Program =
60 helai

Segala kerjasama dan sumbangan tuan dalam hal ini amat dihargai dan pihak
kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(SATINAH BINTI SYED SALEH)


Timbalan Pengarah,
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa,
Kuala Lumpur