Anda di halaman 1dari 19

Bahan-Bahan

2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray) 2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu) sedikit garam 7 cwn tepung gandum(di ayak)

ceri merah secukupnya-potong kecil2 ** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja) Cara-Cara 1. 2. Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.

3. Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C. 4. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising..siap!

Bahan-Bahan

250 gm mentega 3/4 cawan gula aising 1 sudu kecil esen vanilla 1 biji kuning telur 250 gm cornflakes(ramas2 sikit) 2 cwn tepung naik sendiri Mangkuk kertas secukupnya

Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil Cara-Cara 1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.

2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla. 3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je. 4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau. 5. 6. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 20 minit. Biarkan sejuk di redai biskut.

Bahan-Bahan: cawan Mentega 2 Cawan Tepung Gandum 1 Cawan Tepung Jagung 2 Biji Kuning Telur Sedikit Perwarna Hijau Sedikit Perasa Pandan Sedikit Gula Halus (ditabur ke atas biskut yang telah masak) Untuk Inti: 1 Cawan kurma (Dicincang /dihiris halus) Cara: 1. Ayak bersama tepung gandum dan tepung jagung. 2. Masukkan mentega dan kuning telur, gaul sehingga sebati. 3. Kemudian masukkan perwarna hijau dan perasa pandan, gaul lagi sehingga rata. 4. Ambil sedikit adunan dan masukkan sedikit kurma cincang di dalamnya. Setelah itu bentukkan seperti ulat bulu. 5. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit. 6. Setelah sejuk taburkan gula halus di atasnya. Tambahan: Adunan hendaklah dibentuk kecil-kecil kerana aduanan akan kembang apabila dibakar.

Biskut Nestum Terbaikkkk Resepi : Maria Sumber : Hana memoris Bahan : 250 gm butter 100 gm kismis (ganti ngan cchip) 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung 3 cawan nestum 1 cawan gula caster 1 biji telur 1 sudu teh esen vanila Cara membuatnya : 1. Pukul butter dengan gula hingga putih. 2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati 3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati 4. Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165'c(ikut oven).

Bahan A

260 gm butter 150 gm gula caster 1 sudu kecil esen vanila

50 gm serbuk badam Bahan B


300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh) 50 gm tepung kastard 50 gm susu tepung

40 gm tepung jagung Bahan Hiasan


Coklat masakan - cairkan cara double boiler

Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut Cara- Cara 1. 2. 3. Pukul bahan A hingga berkrim Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut Canai dan terap dengan acuan yg di sukai

4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak 5. 6. 7. 8. Sejukkan biskut atas redai Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler Golekkan biskut ke dalam breadcrumb Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Bola Kristal


Bahan 250 gm tepung gandum 125 gm gula halus 125 gm minyak sapi pewarna..merah ..kuning dan hijau Caranya: 1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. 2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau. 3. Bentukkan adunan saperti bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar. 4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180C selama 20-25 minit. 5. Bila dah sejuk taburkan gula halus. 6. Simpan dalam balang kedap udara.

Resepi Biskut Bunga Cina


Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) ) 100gm mentega/marjerin 90gm gula caster/halus 1 biji telur (A) 2 cawan tepung jagung 1 cawan tepung ubi/kanji ceri merah utk hiasan (potong kecil2) Cara-cara 1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang. 2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati. 3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper) 4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati 5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td 6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi) 7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). 8. Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk. 8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya.

Resepi Biskut Jantung Hati


Bahan-bahan: 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung beras 1 cawan tepung jagung 1 cawan kelapa kering dalam tin 1 cawan gula halus 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik 1 biji telur - dipukul hingga kembang Mentega secukupnya Cara Menyediakan: 1. Campurkan kesemua tepung dengan kelapa dan gula. 2. Uli dengan mentega hingga lembut. 3. Masukkan telur, gaul rata dan sebati sehingga membentuk doh. 4. Canai doh terap atau bentuk ikut suka. Bakar hingga masak.

Resepi Biskut Buah Kana


Bahan-bahannya: 90 g gula aising 150 g mentega/marjerin 1 biji kuning telur 1 camt vanila 170 g tepung gandum } diayak 100 g tepung jagung } 1/2 camt serbuk penaik} jem secukupnya Cara-caranya 1. Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata. Bubuh bahan ayak. Uli perlahan menjadi doh. 2. Kemudian ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan buah kana yang sudah ditaburi sedikit tepung. 3. Ketukkanacuan dan atur biskut atas loyang pembakar yang disapu marjerin. 4. Bakar pada 185 C selama 20-25 min atau hingga masak. 5. Biarkan suam dahulu sebelum disapu jem diatas permukaan biskut tadi.Kemudian tangkupkan biskut yang telah disapu jem diatas sekeping lagi biskut.

Resepi Biskut Cornflakes Madu


Bahan-bahan ( 50-60 biji ) 4 cawan Cornflakes cawan madu cawan mentega Papercup secukupnya Sprinkles sebagai hiasan Ceri (sebagai hiasan - ikut suka) Cara-cara 1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. 2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk. 3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi. 4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu. 5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Resepi Biskut Kacang Tanah


Bahan-bahan ( 100 biji ) 1 gelas marjerin 1 gelas gula halus 1 gelas tepung gandum 2 gelas tepung jagung 1 gelas kacang tanah (dikisar) 1 biji telur 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh esen vanila Cara-cara 1. pukul marjerin dan gula sampai kembang 2. masukkan telur. kacau hingga rata 3. masukkan tepung jagung, tepung gandum, kacang, baking powder dan esen vanila. kacau hingga sebati 4. jika adunan terlalu lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan sesuai untuk dicanai. 5. canai adunan dan terap mengikut bentuk kesukaan anda. 6. sebagai hiasan letakkan biji kacang dan sapukan kuning telur atas setiap adunan yang telah diterap. 7. bakar 180C selama 15-20 minit

Resepi Biskut German


BAHAN-BAHANNYA : 125 gram mentega berkualiti tinggi 125 gram tepung kentang 80 gram tepung halus 40 gram gula aising, diayak Secubit garam CARA MEMBUATNYA : 1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. 2. Ambil sedikit adunan ( guna 1/2 camca besar ), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. 3. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap. 4. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit. 5. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Resepi Biskut Jagung


Bahan-bahan: 90gm gula aising (su guna 70gm shj) 150gm butter @ marjerin 1 biji kuning telur 1 tsp esen vanilla 170gm tepung gandum 100gm tepung jagung 1/2 tsp baking powder Jem secukupnya (boleh guna jem strawberi) Cara-caranya. 1. Ayak tepung gandum,tepung jagung dan baking powder. 2. Pukul gula aising,butter dan telur sehingga sebati. 3. Campurkan esen vanila dan kacau rata. 4. Kemudian campurkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. 5. Simpan didalam bekas kedap udara sementara membentuknya. 6. Bakar 180'C selama 20 minit. 7. Sapukan jem pada biskut ketika ia masih panas dan tangkupkan dua.

Resepi Biskut Kurma


Bahan-Bahan : 175 gm mentega 126 gm gula ising 50 gm tepung jagung 75 gm majerin 2 biji kuning telur 30 gm susu tepung 350 gm tepung gandum Bahan Hiasan : Kurma Manik warna Kuning telur Cara menyediakannya : 1.Pukul mentega,majerin dan gulasehingga lembut. 2.Masukkan telur,tepung jagung,susu tepung dan gaul sehingga sebati. 3.Akhir sekali masukkan tepung gandum.Jadikan dok dan terapkan dengan bentuk rama-rama. 4.Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan hirisan kurma dan taburkan manik warna untuk lebih menarik. 5.Bakar pada suhu 180oC selam lebih kurang 15 hingga 20 mint.

Resepi Biskut Lemak


Bahan-Bahan: cawan lemak sayuran cawan mentega 50 gm gula aising 1 biji telur cawan serbuk santan 235 gm tepung berserbuk penaik 90 gm tepung jagung 3 sudu besar jintan manis Cara: Putar lemak sayuran bersama mentega, gula aising dan telur hingga ia sebati. Masukkan serbuk santan bersama tepung berserbuk penaik, tepung jagung dan jintan manis. Uli adunan hingga menjadi doh. Canai doh 5 mm tebal. Kemudian potong doh segi empat menyerong. Buat hingga habis adunan. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 20 minit.

Resepi Biskut Mama Carey


Bahan A 200gm mentega 100gm gula kaster 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanila

Bahan B - di ayak 260gm tepung gandum / red rose 50gm tepung jagung 50gm tepung susu Aising Hiasan 1 biji putih telur 90gm gula icing 1 sudu besar tepung jagung Hiasan : Coklat emulco / manik hundred thousand Cara-cara : 1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul hingga sebati. 2. Masukkan ke dalam bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit. 3. Canai dan terap dengan acuan berbentuk hati atau disukai. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. 4. Bakar biskut setengah masak selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan paipkan aising hiasan, tabur dengan manik atau gunakan lidi kecil yang dicelup ke dalam coklat emulco dan buat lorekan diatas permukaan aising tadi. 5. Bakar semula selama 15 minit hingga masak. 6. Membuat Aising : Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik. Masukkan ke dalam piping bag dan paip ke atas permukaan biskut.

Resepi Biskut Manggis


Bahan-bahan: 250 gram mentega 100 gram gula castor 380 gram tepung gandum, di ayak 3 sudu makan tepung jagung, di ayak 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanilla Sedikit gajus, di bakar 1 biji telur, di kocok utk di sapu atas biskut Pewarna ungu Pewarna hijau Cara membuat: 1. Dengan menggunakan senduk kayu, pukul mentega sebentar. 2. Masukkan gula, kuning telur dan vanilla. Gaul hingga sebati. 3. Kemudian masukkan kedua-dua jenis tepung sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga adunan menjadi rata dan sebati. 4. Ambil setengah cawan adunan dan warnakan hijau. Ini untuk membuat tampuk dan tangkai manggis. 5. Lebihan adunan di warnakan ungu.

Resepi Biskut Warna-warni Rangup


Bahan-bahan: 3 1/2 cawan tepung jagung } diayak 1 cawan mentega 1/2 cawan gula halus 2 biji kuning telur 1 sudu kecil esen vanilla sedikit sugar strands } hiasan Cara membuat: 1. Kacau mentega dan gula halus hingga sebati. 2. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau rata 3. Masukkan tepung jagung dan diuli 4. Canaikan adunan dan terapkan bentuk yg anda suka 5. Sapukan kuning telur di atasnya 6. Kemudian hiaskan di atasnya dgn gula urai warna warni 7. Bakar di dalam ketuhar hingga masak kemudian sejukkan atas rak

Resepi Biskut Sampan


Bahan-bahan 125 gram mentega 75 gram gula halus 2 biji kuning telur 200 gram tepung gandum ( saya guna tepung rose)1 sudu teh esen vanilla

Inti: 1/2 cawan kismis hitam @ campuran buah kering 1 cawan kelapa kering 10 biji ceri merah-potong kecil 10 biji ceri hijau-potong kecil1/2 cawan susu pekat

Cara Satukan mentega dan gula,pukul hingga kembang. kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul tepung sedikit demi sedikit. Untuk inti, gaul semua bahan-bahan kecuali ceri. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan sampan. Tekan dengan jari.Kemudian masukkan inti.Letakkan ceri merah dan ceri hijau ke atasnya dan bakar hingga masak.