Anda di halaman 1dari 19

1

ME 2534 MODUL 1 SUMBER DAN ORIENTASI

Objektif

Mengenalpasti kumpulan sumber tempatan tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Mengenalpasti kumpulan sumber asing tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Menunjukkan perbezaan orientasi bagi setiap kumpulan sumber. Menjelaskan perbezaan orientasi di antara pelbagai kumpulan sumber.

Latar belakang

Pada hakikatnya sejarah Malaysia bagi tempoh di antara T.M. 1400-1641 adalah diungguli oleh kebangkitan keagungan dan kebesaran Empayar ataupun Kesultanan Melayu Melaka yang wujud mulai awal abad kelima belas hingga awal abad keenam belas Masehi dahulu (kira-kira 1400-1511). Keagungan dan kebesarannya memang sudah termasyhur dan terbukti. Ertinya ia memang merupakan suatu kebenaran

sejarah, walaupun ada juga beberapa penulis yang sama ada jahil tentangnya ataupun mempunyai motif politik penjajahan yang sangat ketara, telah cuba memperkecilkecilkannya ataupun memomok-momokannya. Disebabkan keagungan dan

kebesarannya itu, maka kedudukan dan sejarah pertempatan maupun kerajaan-kerajaan yang wujud sebelumnya di Malaysia ini menjadi samar dan seolah-olah tidak penting lagi pun sumber sejarah kerajaan-kerajaan awal itu juga terlalu kurang. Dalam

keadaan yang demikian itulah maka B.W. Andaya dan L.Y. Andaya menyatakan menyatakan kebanyakan sejarawan beranggapan bahawa disebabkan kurangnya maklumat, maka sejarah Malaysia amnya, ataupun Tanah Melayu khususnya hanya bermula sejak tertubuhnya Empayar Melayu Melaka mulai awal abad kelima belas dahulu. Anggapan ini sebenarnya tidaklah tepat malah ketinggalan zaman. Pelbagai maklumat tentang sejarah Malaysia sebelum kemunculan Melaka itu, sama ada yang bertulis atau pun berbentuk artifek arkeologi, menunjukkan bahawa sejarah Malaysia sudah bermula lama sebelum kewujudan empayar tersebut. Maklumat-maklumat

tersebut telah menggambarkan adanya pertempatan, bandar, kota, malah kerajaan lama di Semenanjung, Sarawak dan juga Sabah. kronologi, pertempatan atau Namun dari segi tertib tarikh, atau tersebut tidaklah terus

kerajaan-kerajaan

berkesinambungan dengan Empayar Melaka. Malah kerajaan-kerajaan itu dikatakan ada kaitan dengan kerajaan-kerajaan atau empayar-empayar awal seperti Funan di Vietnam, Srivijaya di Sumatera dan Majapahit di Tanah Jawa. Empayar Melaka

(1400-1511) pula telah muncul setelah keruntuhan empayar-empayar tersebut sehingga ia, sedikit sebanyaknya dianggap pula sebagai pewaris terutamanya bagi Srivijaya. Ini memang ada kebenarannya samada disebabkan oleh hakikat geopolitik maupun perkembangan, perubahan dan penyebaran unsur-unsur sosiobudaya, agama, adat istiadat dengan kepercayaan dalam lingkungan alam Melayu itu. Dengan kemunculan Melaka, bererti bermulalah satu episod baru yang lebih besar dan cergas dalam pergerakan sejarah Malaysia berbanding dengan zaman atau tahap-tahap yang telah lalu. Dalam pada itu hakikat wujudnya pertempatan mahupun kerajaan-kerajaan awal di Malaysia sebelum Empayar Melayu Melaka tidaklah boleh dinafikan lagi. Dan penulisan Sejarah Malaysia secara amnya haruslah bermula dari tahap tersebut dan bukannya terus dengan sejarah Melaka ataupun sejarah orang-orang asli dan kedatangan orang-orang Melayu dari daerah asing dan luaran dari alam Melayu ke Tanah Melayu ini. Tentang Empayar ataupun Kesultanan Melayu Melaka itu sendiri, memang jelas ia mempunyai suatu kedudukan yang unggul dan istimewa dalam sejarah Semenanjung Tanah Melayu dan Malaysia khasnya dan Kepulauan alam Melayu dan rantau Asia Tenggara ini amnya. Sebenarnya kemunculannya pada penghujung kurun keempat belas dahulu telah banyak membawa perubahan dalam sejarah Tanah Melayu Malaysia khususnya dan rantau Asia Tenggara ini secara amnya. Bagi Tanah

Melayu/Malaysia, dengan kejayaannya mencipta sebuah empayar kelautan yang menguasai seluruh negeri-negeri di Tanah Melayu (termasuk Patani) dan beberapa buah kerajaan di pantai timur Sumatera, bererti buat pertama kali Tanah Melayu telah disatukan di bawah suatu kuasa yang berwibawa. Bagi Asia Tenggara pula empayar Melaka itu telah menjadi suatu kuasa politik dan ekonomi yang tiada tandingannya di rantau ini.

Sumber Tentang Melaka

Oleh kerana keunggulannya itu, didapati pelbagai penulisan telah dihasil untuk mencatatkan sejarah dan perkembangannya. Penulisan itu telah menjadi sumber bagi pengkajian ke atas pelbagai aspek empayar tersebut. Secara luasnya sumber itu boleh dibahagikan kepada sumber yang dihasilkan oleh orang-orang luar dan oleh orang tempatan. Namun cara yang lebih tersusun ialah dengan melihatnya daripada sudut kumpulan sumber itu sendiri sama ada yang berbentuk tempatan (khususnya Melayu) mahupun asing (Portugis, Cina, Belanda dan Inggeris.) Namun tidaklah semua sumber itu telah menggambarkan keadaan sejarah Melaka itu dengan sikap yang objektif lagi seimbang dengan keadaan yang sebenarnya. Kita dapati sumber yang awal yang

dihasilkan oleh sejarawan tempatan seperti Tun Seri Lanang, juga penulisan orangorang Portugis dan kemudiannya Belanda, secara umumnya telah memberikan gambaran yang lebih objektif dan seimbang tentang Empayar Melayu Melaka itu berbanding dengan pelbagai karya pentadbiran-cum-sejarawan British dan seorang dua penulis atau sejarawan tempatan mutakhir yang menulis atau menyentuh tentang Melaka itu.

Sumber Tempatan Terawal

Satu-satunya sumber tempatan terawal yang khusus membicarakan tentang Empayar atau Kesultanan Melayu Melaka itu ialah Sulalatus Salatin, atau yang secara terjemahan popularnya dikenali sebagai Sejarah Melayu. Disebalik pelbagai

kontroversi dan pelbagai versinya pula, Sejarah Melayu tetap merupakan penulisan

tempatan yang terutama bagi sejarah Kesultanan Melayu Melaka itu. Secara umumnya ia memuatkan tentang asal usul dan jurai keturunan raja-raja Melayu Melaka, penubuhan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang seterusnya berkembang menjadi sebuah empayar kelautan yang agung dalam konteks zaman itu, kedatangan kuasa Barat yang pertama iaitu Portugis yang seterusnya memerangi dan menaklukinya, kejatuhannya di tangan kuasa Portugis itu dan seterusnya beberapa percubaan wariswarisnya untuk merampas semula bandar Melaka daripada kuasa tersebut. Di samping susur galur asal usul, jurai keturunan dan perkembangan politik ini, Sejarah Melayu juga memuatkan pelbagai unsur-unsur lain seperti sosiobudaya, ekonomi, keagamaan dan jua yang secara umumnya boleh ktia sebutkan sebagai unsur-unsur kesusasteraan. Dengan kandungan yang demikian pengarangnya telah menjadikan sejarah Melayu sebagai suatu sumber yang berbentuk budaya atau tamadun Melayu yang berpusat di Melaka. Sebagai sebuah pensejarahan yang berbentuk demikian, penulis/pengarangnya mencuba menggabungkan keseluruhan entiti alam dan tamadun Melayu itu ke dalam satu entiti yang berpusatkan empayar Melayu Melaka yang berteraskan keunggulan bangsa Melayu Melaka itu sendiri. Dari entiti pusat inilah seluruh kegiatan dan gerakan yang menggambarkan keunggulan bangsa, bahasa alam dan tamadun Melayu itu dipancarkan. Dengan demikian kita melihat di dalam Sejarah Melayu itu catatan atau gambaran tentang kehandalan, kepintaran serta kebijaksanaan dan keberanian pemimpin, tokoh-tokoh atau orang-orang Melaka seperti Tun Perak, Hang Tuah, Tun Mai Ulat Bulu, Hang Isap, Tun Biajid, Tun Telani, Menteri Jana Putera, Tun Mutahir, Raja Ahmad dan Bendahara Tepok dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam pelbagai situasi dan dipelbagai tempat. Mereka jarang kalah, apatah lagi mahu mengalah vis-a-vis keadaan keadaan atau tokoh yang mereka hadapi atau mencabar mereka. Mengenai keagungan dan kemakmuran Melaka itu

sendiri, Sejarah Melayu itu memberikan gambaran sejak tahap awalnya, iaitu semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah, seperti berikut:

Maka negeri Melaka pun besarlah, dan jajahannya pun makin banyaklah; yang arah ke barat hingga Beruas Ujung Karang, arah ke timur hingga Terengganu. Maka masyhurlah pada segala negeri di bawah angin datang ke atas angin bahawa negeri Melaka itu terlalu besar, lagi dengan makmurnya; dan rajanya daripada bangsa Raja Iskandar Zulkarnain maka sekalian rajaraja datang ke Melaka mengadap baginda maka segala dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya datang ke Melaka, terlalu ramainya bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala dagang Arab dinamainya Malakat, yakni perhimpunan segala dagang, dari kerana banyak pelbagai jenis dagang ada di sana; tambahan segala orang besar-besarnya pun sangat saksama. Dan pada zaman awal pemerintahan Sultan Mahmud Syah, dikatakan bahawa, orang Melaka pada masa itu, rata-rata berkapal segala yang bermodal.

Sedikit sebanyaknya gambaran yang demikian itu menampakkan bahawa empayar Melaka itu memanglah sebuah empayar yang masyhur makmur aman dan gagah.

Sumber Portugis

Sebenarnya gambaran yang demikian juga dapat kita lihat secara umumnya dicatatkan oleh para penulis/sejarawan Portugis setelah mereka menguasai Melaka mulai tahun 1511. Ini tidaklah menghairankan kerana mereka menulis hampir dengan peristiwa yang mereka tuliskan dan ada kemungkinan juga telah menggunakan sumber-sumber tempatan sama ada yang bertulis ataupun lisan. Tome Pires misalnya telah datang ke Melaka pada tahun 1512 iaitu tidak berapa lama selepas Melaka ditakluki oleh bangsanya setahun yang lepas. Beliau telah menetap di situ sehingga tahun 1515 dan
6

dalam tempoh tersebutlah beliau telah menghasilkan sebuah karya berjudul (terjemahan) The Suma Oriental of Tome Pires: An Account of the East, From The Red Sea to Japan, Written in Malacca and India in 1512-1515 yang menyentuh tentang Melaka, beliau telah membahagikan penulisan/catatannya kepada lima subjudul; 1. Sejarah awal sejak pembukaan hingga 1511. 2. Negeri/kawasan-kawasan berhampiran termasuklah bandar Melaka dan sempadannya iaitu daripada Kuala Linggi ke Kuala Kesang; lain-lain ialah, Selangor, Manjung, Beruas, Muar, Singapura, Rokan, Pahang,

Minangkabau, Kampar dan Tongkal. 3. Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka menyebut sistem pentadbiran yang teratur yang bertujuan melicinkan perjalanan pentadbiran negara. Selain diri raja/sultan yang mempunyai kuasa mutlak dan berkedudukan tertinggi yang menjadi tunggak pentadbiran (i) paduka raja (ii) bendahara (iii) laksamana (iv) temenggung (v) syahbandar = 4 orang semuanya, iaitu satu bagi setiap kumpulan terpenting, misalnya bagi kumpulan Gujerat. 4. Perdagangan pedagang-pedagang yang datang itu termasuklah dari Kaherah, Makkah, Aden, habsyah, Kilwa, Malindi, Ormuz, Parsi, Rum, Turki, orang-orang Kristian daripada Armenia, orang-orang Gujerat, Chaul, Dahhol, Goa, Deccan, Malabar dan Keling, saudagar-saudagar dari Orissa, Ceylon, Benggala, Arakan, Pegu, Siam, orang-orang dari Kedah, orangorang Melayu, Pahang, Patani, Kemboja, Champa, Cochin China, orang Cina, Leueos, Brunei, Lucoes, Tanjung-pura, Laue, Banka, Lingga, Maluku, Banda, Bima, timur, Madura, Jawa Sunda, Palembang, Jambi, Inderagiri, Tongkal, Kappatta, Minangkabau, Siak, Arqua, Aru, Bata [k?],

Pasai, Pedir, Maldives. Kemudian disebutkan juga tentang barang-barang dagangan serta sistem percukaian dan pemunggahan dan penyimpanan barang yang teratur. 5. Pendudukan Portugis menyebut tentang kemenangan Portugis menakluki Melaka kerana, our Lord had ordained that the (sultan) should pay for the great treason he had committed against our people. Juga tentang usaha pihaknya untuk memulihkan pentadbiran dan perdagangan antarabangsa Melaka.

Pemulihan itu adalah penting terutamanya kerana hakikat dan potensi ekonominya. Pires mengatakan bahawa orang tidak dapat mentaksir nilai Melaka, yakni dari segi keagungan dan keuntungannya. Melaka adalah kota yang wujud untuk barang dagangan, lebih layak daripada mana-mana kota di dunia ini. Dan barang siapa menguasai Melaka berupaya pula menjerut leber kota Venice. Sebelum itu Pires yakin bahawa Melaka adalah sangat penting dan menguntungkan sehingga tiada tandingannya di dalam dunia.

Pensejarahan Tome Pires ini telah menjadi rujukan asas bagi penulis/sejarawan Portugis yang lainnya seperti, Duarte Barbosa (The Book of Duarte Barbosa, diterjemah dan diedit oleh M. Longworth Dames, 1918-21) yang dikatakan tidak pernah melawat Asia Tenggara atau Melaka sebelum mahupun selepas beliau menghasilkan penulisannya; Manoel Godinho de Eredia (Eredias Description of Malacca, Meridonial India and Cathay, diterjemah dan diedit oleh J.W. Mills) yang lahir dan bergiat di Melaka. Fernao Lopez de Castanheda (History) yang telah

membuat penyelidikan dan melawat tempat-tempat kejadian peristiwa-peristiwa yang

dicatatkan seperti India, Melaka dan Maluku; Braz (Alfonso) de Albuquerque ( The Commentaries of the Great Alfonso D Albuquarque); Diego de Couto (Decada). Oleh kerana itu pandangan mereka itu pada asasnya ada pelbagai persamaannya dengan pandang Tome Pires. Barbosa misalnya mencatatkan Melaka itu sebagai sebuah

pelabuhan yang makmur, kaya dan perdagangan yang pesat serta terdapat banyak emas. Melaka adalah antara negara yang termewah dan terkaya dalam dunia. Eredia pula mencatatkan adanya undang-undang yang teratur dengan berdasarkan undangundang Islam dan adanya susun-lapis masyarakat yang berkelas-kelas yang mempunyai fungsi atau tugas masing-masing dalam menghadapi dan mengendalikan

empayar/pelabuhan Melaka yang mewah, makmur lagi masyhur itu. Catanheda juga mencatatkan tentang betapa makmurnya Melaka dan betapa para saudagarnya kayakaya belaka dan mereka mengukur harta kekayaan masing-masing dengan emas bahara.

Soalan Dalam Teks

1. Sumber awal manakah yang secara umumnya telah memberikan gambaran yang lebih objektif tentang Empayar Melaka? 2. Apakah satu-satunya sumber tempatan terawal yang khusus membicarakan tentang kesultanan Melayu Melaka?

10

3. Apakah yang cuba digabungkan oleh pengarang Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)? 4. Kuasa manakah yang telah menakluki Melaka sejak T.M. 1511? 5. Apakah judul penulisan tome Pires yang telah menjadi rujukan kepada para penulis Portugis yang lain? 6. Beberapa penulis Portugis mencatatkan bahawa Melaka adalah.

Demikian juga D Albuquerque dalam Commentaries itu, antara lainnya mencatatkan tentang adat istiadat, perdagangan dan perkembangan Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan yang makmur serta mewah dan sebuah empayar yang kuat. Melaka juga menjadi pusat perkembangan Islam di Asia Tenggara.

Sumber Belanda

Sebagai yang termaklum penguasaan Portugis ke atas Melaka telah berakhir pada tahun 1641 iaitu apabila ia telah dapat dikalahkan oleh sebuah lagi kuasa Barat, iaitu Belanda dengan dibantu oleh kerajaan Johor. Dengan itu Melaka jatuh pula ke bawah kekuasaan Belanda. Berikutan dengan itu orang-orang Belanda juga telah Antaranya ada juga yang telah

menghasilkan beberapa sumber tentang Melaka.

10

11

diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Khoo Kay Kim, telah menyenaraikan

beberapa buah terjemahan itu yang antaranya termasuklah Valentijn yang berjudul Descriptions of Malacca itu. Setakat yang berbentuk terjemahan karya beliau ini

boleh dianggap sebagai sumber Belanda yang terpenting tentang Melaka. Ia lebih lengkap daripada beberapa catatan yang lain yang sebahagian besarnya merupakan laporan semasa pegawai-pegawai tadbirannya (termasuklah gabnor) mengenai keadaan semasa penguasaan Belanda itu. Sebenarnya gambaran Valentijn tentang sejarah

Melaka mempunyai beberapa persamaan yang jelas dengan apa yang ditulis oleh orangorang Portugis dahulu. Umumnya beliau mencatatkan tentang Melaka sebagai sebuah Kesultanan Melayu yang makmur dengan perdagangan yang meluas di peringkat dalam negeri dan antarabangsa. Melaka juga mempunyai jajahan takluk yang merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan beberapa negeri di bahagian Sumatera Timur. Bandar Melaka adalah sebuah pusat perdagangan yang sibuk dengan pelbagai dagang dan senteri membanjirnya sepanjang waktu. Sistem pentadbirannya juga

teratur dan struktur pentadbiran itu terutama dan peringkat terpenting nampaknya didasarkan kepada struktur ataupun hiraki kemasyarakatan Melayu Melaka yang wujud pada ketika itu golongan/bangsa raja menjadi pemerintah, pembesar menjadi pentadbir, rakyat biasa menjadi pembantu-pembantu pentadbir dan Iasykar. Namun mobiliti dan perubahan kedudukan dan jawatan serta taraf sosial boleh berlaku. Beliau menganggap zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459-1477) sebagai zaman kemuncak keagungan Melaka dari segi politik, ekonomi dan perluasan jajahan takluknya.

Tetapi ada juga beberapa kelainannya tulisan Valentijn ini. Antaranya ialah bahawa Melaka itu telah dibuka oleh Raja Iskandar sejak T.M. 1223 lagi. Satu lagi

12

ialah catatan beliau tentang perkara-perkara yang berkait dengan unsur-unsur psikologi orang-orang Melayu; iaitu tentang sifat dan sikap mereka. Orang Melayu menurut beliau adalah, paling licik, paling pintar dan paling bersopan santun di seluruh benua Timur. Kita tahu Eredia juga memberikan gambaran yang seakan-akan itu tetapi menambah pula dengan mengatakan, jaga-jaga, mereka itu tidak boleh dipercayai Mengenai Bahasa Melayu, Valentijn mengatakan bahasa itu bukan sahaja menjadi bahasa perantaraan antara penduduk Melaka, tetapi juga antara orang-orang Melaka dengan orang-orang asing dalam pelbagai urusasn mereka. Ia juga adalah merupakan bahasa perdagangan yang bukan sahaja digunakan di Melaka, tetapi juga di seluruh India, dalam semua negeri-negeri Timur, ".. seseorang itu tidak perlu bimbang, kerana ia digunakan dan difahami di Parsi, malah lebih jauh dari negeri tersebut, dan juga sehinggalah ke Filipina.

Sumber British

Berbeza dari penulisan Portugis dan Belanda, penulisan British, termasuklah yang berbentuk pensejarahan, khususnya dalam zaman penjajahan di Malaysia, memang banyak telah diketahui, namun minat mereka untuk memperihalkan sejarah Empayar Melayu Melaka dengan cara yang lebih terperinci seperti yang dilakukan oleh para penulis Portugis dan Belanda itu tidaklah begitu ketara. Ini memang boleh kita fahami kerana mereka bukan sahaja kekurangan sumber, tetapi minat mereka terutama sekali di kalangan para pegawai awal Syarikat Hindia Timur, tidaklah kepada sejarah. Minat mereka ialah kepada keadaan semasa, potensi-potensi ekonomi dan perluasan perdagangan. Namun sejak awal abad kesembilan belas minat mereka terhadap sejarah dan budaya tempatan mula membesar dan meluas. Berikutan dengan itu mereka telah

12

13

menghasilkan pelbagai penulisan yang berbentuk demikian yang melingkungi pula Negeri-negeri Selat dan beberapa buah negeri-negeri Melayu yang lain. Namun

tentang Melaka, seperti yang telah disebutkan tadi, keadaannya tidaklah begitu memberangsangkan sama ada dari segi jumlah mahupun isi penulisannya.

Antara yang terawal ialah penulisan John Crawford di dalam karyanya yang berjudul A Descriptive Dictionary of The Indian Islands and Adjacent Countries (1856) cetakan semula 1971: Malacca hlm. 238-248). Beliau jelas telah

menggunakan kelima-lima penulisan Portugis yang telah dinyatakan tetapi telah pula menyatakan beberapa kesangsian dan penilaiannya sendiri bukan sahaja terhadap sumber-sumber itu malah terhadap apa yang dicatatkan oleh sumber-sumber tersebut. Misalnya, dalam merujuk penulisan de Barros yang berjudul de Asia itu, beliau mengatakan bahawa orang-orang Melayu sama ada orang laut atau orang darat adalah separa buas dan kasar, samalah keadaannya dengan mereka yang hidup seperti asalnya hingga ke hari ini. Mengenai kemakmuran Melaka itu pula, iaitu seperti yang dicatatkan oleh de Couto, beliau memberikan komentarnya bahawa, tidak syak lagi, keadaan kemakmuran Melaka semasa ia diserang Portugis itu adalah sesuatu yang diperbesar-besarkan. Tentang bandar Melaka itu pula beliau mengatakan bahawa sebahagian besarnya hanya terdiri daripada pondok-pondok yang beratap nipah sahaja. Walau bagaimanapun beliau memberi kesimpulan bahawa sehingga 1813, akibat pemerintahan tiga kuasa Eropah yang berdasarkan monopoli perdagangan yang eksklusif, Melaka menjadi jauh lebih miskin daripada keadaannya semasa dalam pemerintahan orang-orang Melayu tiga kurun yang lalu.

14

Pandangan yang agak negatif tentang Melaka dan orang Melayu ini nampaknya telah menjadi ikutan pula oleh beberapa penulis/sejarawan/pentadbir British yang lain khususnya bagi tempoh Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan (1957). Antara yang paling sinis dan menerjah sekali pandangan tentang Melaka itu ialah R.J. Wilkinson, pentadbir Inggeris yang dikatakan bersikap dan menjalankan dasar proMelayu itu. Tatkala menulis tentang zaman kemuncak keagungan Melaka iaitu zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, dan seterusnya antaranya beliau mengatakan:

By A.D. 1460 the old primitive semi-aboriginal village of the Permaisura had been swept away. The new Malacca did not possess its present back-ground of orchards and ricefields and was still only a fringe of houses along the sea and river-fronts; but the fringe had lengthened and deepened, and the character of the houses was changed. The place swarmed with adventurers from all parts of the East. In the stories about it we read of Afghan swahbucklers; Indian jockeys and mahouts; Tamil warriors who, after the manner of their kind, advanced when the enemy retreated and retreated when the enemy advanced; and men of religion from Arabia, sometime genuinely pious, sometimes hypocritical and always unpopular. Such a cosmopolitan seaport town was no place for the practice of the meeker virtues. We read of a government, stern, severe and corrupt; of municipal surveyors who induced the Sultan to decree that a street must be straight, in order that they might be bribed to certify to the straightness of what was crooked; of judges who took presents from both sides; of the election of a prime minister by the simple process of setting all the candidates in a raw and letting the Sultans mother say, `Choose Uncle Mutahir. In such a city of the strong no weak citizen could be free; every man sought a patron, the mightier the better, for it was safer to pay blackmail to one robber than to many. The greater nobles lived in walled enclosures amid the huts of their followers and slaves; these, at least, they were safe from the irresponsible bravoes who levied blackmail for themselves by claiming to comein the dreaded name of the king. At night every enclosure was bolted and barred against the instrusion of thieves, trespassers and illicit lovers; and even policing was unpopular since it exposed the patrolling officers to the risk of finding the Sultan in places where he did not wish to be seen. In this city, where every other law was broken daily, there was one rule kept inviolate; no man might raise his hand against the king.
14

15

Mengenai Hang Tuah pula beliau mengakui kehandalan tokok tersebut, namun menyebut pula pertarungannya dengan Hang Jebat/Kasturi yang merupakan cerita yang masyhur dalam sastera Melayu, langsung tidak menarik bagi selera orang Eropah. Dan tokoh-tokoh lain seperti Hang Jebat, Kasturi, Lekir, Hang Hassan, Tun Sura, Indera Segara, Tun Bija Sura dan sebagai adalah tokoh-tokoh yang telah diperingati oleh suatu zaman yang sadly lacking in any sense of proportion . Mereka juga adalah, the curse of their country. Sikap dan pandangan sama juga dapat kita lihat dalam penulisan R.O. Winstedt (A History of Malaya, 1835), iaitu pentadbir/sarjana yang dianggap begitu proliftik sekali dalam menghasilkan karya-karya yang berkait dengan alam Melayu. Bagi R.O. Winstedt apa yang wajar dihuraikan bagi sejarah Melaka ialah tentang kelemahannya, keburukannya, persengkitaanya, maksiat, rasuahnya dan juga dongeng-dongengnya, seolah-olah peristiwa-peristiwa seperti itu sahaja yang menjadi intipati sejarah Melaka yang berjalan selama kira-kira 100 tahun itu. Beliau telah membahagikan pula empayar Melaka itu kepada dua tahap

perkembangan iaitu zaman Hindu (1400-1445) dan zaman Kesultanan Muslim, iaitu suatu pembahagian yang boleh dan wajar dipersoalkan. Dan beliau mengakhiri

penulisannya dengan mengatakan, namun dengan peristiwa luar dengan sejarah pemerintahan orang Melayu di Melaka itu ditakdirkan hanya wujud selama lebih sedikit daripada sekurun sahaja.

Tidak syak lagi karya-karya seperti R.J. Wilkinson dan R.O. Winstedt ini telah menjadi sumber utama dan mempengaruhi beberapa pensejarahan seterusnya tentang Kesultanan Melayu Melaka itu, terutamanya yang ditulis dalam bahasa Inggeris dalam tempoh penjajahan itu.

16

Imbasannya Melaka adalah kecil, bangsa dan masyarakatnya tidak bertamadun, politik, kerajaan dan pentadbirannya huru-hara dan tidak teratur, ekonominya lokal dan berserabut, pemerintahan dan kemasyarakatannya feudal. Maka pengkajian dan

penulisan sejarah tentang Kesultanan Melaka pun menjadi pesam-pesam, sehinggalah muncul beberapa sejarawan tempatan dari dekad 1960-an hingga kini yang mencuba mengembalikan semula kedudukan Kesultanan Melayu Melaka pada taraf yang sebenarnya.

Kesejarahan Sumber

Sudah tentulah persoalan runcing yang menghadapi kita dalam hal pelbagai gambaran tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka ini ialah kesejarahan gambaran-gambaran tersebut. Dengan kata lain, apakah benar yang digambarkan Sejarah Melayu sumber Portugis, Belanda dan British? Yang manakah lebih benar di antara ketiga itu?

Apakah ukuran-ukuran yang akan dan boleh kita gunakan bagi mendapatkan dan menerima kebenaran itu? Bagaimana dengan pensejarahan-pensejarahan lain, seperti China dan Arab? Atau apakah bangsa-bangsa tersebut sebenarnya tidak mempunyai pensejarahan tentang Melaka, tetapi sumber catatan sahaja?

Kita sebenarnya menghadapi masalah yang rencam. Namun jika dibandingkan ketiga-tiganya, kita dapati pensejarahan British itulah yang lebih menampakkan sikap yang lebih sinis, mencemuh dan menjerat sejarah Kesultanan Melayu Melaka itu. Mereka mungkin boleh berkata bahawa mereka halal menulis demikian kerana zaman mereka itu sudah merupakan zaman pensejarahan kritis dan objektif. Namun mereka

16

17

juga harus menyedari bahawa zaman itu adalah zaman kuatnya pengaruh Leopold von Ranke yang menuntut agar peristiwa-peristiwa sejarah dikaji dan dituliskan seperti sebenarnya ia berlaku. Apakah mereka telah berbuat demikian?

Jika kita bandingkan sekali lagi, banyak perkara yang ditinggal atau diketepikan oleh sumber British. Misalnya mereka tidak begitu menitikberatkan dengan mendalam tentang kemasukan dan peranan Islam dan tokoh-tokohnya serta pedagang-pedagang Islam dalam memajukan Melaka. Bentuk dan struktur masyarakatnya juga tidak begitu mendapat perhatian. Malah kegiatan ekonominya juga tidak diperincikan. Perkara yang dipentingkan kelihatannya adalah tentang pemerintahan, raja-rajanya,

perkomplotan istana dan tindak-tanduk para pembesarnya. Itupun, jika kita rujuk semula penulisan seperti oleh R. J. Wilkson itu, liputannya sangat ringkas dan kritis sekali.

Sebenarnya sumber Portugis, Belanda dan juga tempatan telah memperihalkan sejarah Kesultanan Melayu Melaka dengan lebih meluas dan mendalam lagi. Walaupun boleh juga ditimbulkan beberapa persoalan tentang kesejarahannya, namun hakikatnya ketiga-tiga pensejarahan itu mempunyai kedudukan yang lebih baik sedikit kerana kehampirannya dengan peristiwa dan situasi yang diriwayatkan. Memang itu tidak menjamin ketulenan seluruhnya akan kesejarahannya; malah di tangan sejarawan yang berkepentingan atau mempunyai sesuatu motif, penulisannya mungkin pula lebih menyeleweng lagi. Namun pelbagai persamaan yang penting tentang keagungan,

kebesaran, kemakmuran dan teraturnya sistem masyarakat, pentadbiran dan undangundang atau secara amnya cara berkerajaan di Kesultanan Melayu Melaka itu menunjukkan sumber-sumber tersebut memang mencuba menggambarkan seperti

18

keadaan sebenarnya, walaupun percubaan itu memanglah masih ada cacat celanya dan juga subjektifnya.

Soalan Dalam Teks 1. Apakah nama sumber Belanda yang dianggap terpenting tentang Melaka? 2. Zaman pemerintahan sultan yang manakah yang dianggap oleh Valentijn sebagai zaman kemuncak keagungan Melaka? 3. Bagaimanakah pandangan Valentijn terhadap orang Melayu? 4. Rumuskan apakah yang dicatatkan oleh Valentijn tentang bahasa Melayu. 5. Berikan gambaran ringkas tentang Melaka seperti yang dicatatkan oleh Crawford. 6. Siapakah sejarawan British yang bersikap paling sinis tentang Melaka? 7. Di antara tiga kumpulan sumber sejarah yang dibincangkan, kumpulan sumber manakah yang lebih sinis, mencemuh dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka itu?

Soalan Penilaian

1. Bincangkan kepentingan sumber tempatan, khususnya Sulalatus Salatin, sebagai sumber sejarah Kesultanan Melayu Melaka. 2. Huraikan kumpulan sumber-sumber asing, terutamanya Portugis dan Belanda, yang mencatatkan sejarah Melaka. 3. Bahaskan huraian dan orientasi penulisan sejarawan-sejarawan British berbanding dengan sejarawan-sejarawan tempatan dan Portugis.

18

19