Anda di halaman 1dari 3

KEK LAPIS TEMBIKAI CHEESE Bahan-Bahan 450 gm mentega 250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft) 1 sudu makan

ovalette 170 gm gula halus 10 biji telur 1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis 300 gm tepung Hong Kong 150 gm Horlicks 150 gram jem strawberry pewarna hijau & perisa pandan pewarna merah jambu coklat chip secukupnya

Cara : 1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati. 2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang. 3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata. 4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar. 5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata. 6. Bahagikan adunan kepada: 1 senduk (5 sudu makan) untuk warna asal, 1 senduk lagi diwarnakan hijau tua, 2 senduk diwarnakan hijau muda, dan selebihnya ditambah dengan jem strawberry serta pewarna merah jambu. (Untuk lebih mudah gunakan sukatan 5 sudu makan atau satu senduk bersamaan dengan 1 bahagian). 7. Kukus menggunakan loyang 10x7, 8x8 atau 9 x 9 yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. 8. Ambil adunan hijau tua dan ratakan dalam loyang kek. Kukus sehingga masak. Untuk lapisan kedua, ambil separuh adunan berwarna hijau muda, begitu juga dengan lapisan ketiga. Manakala lapisan keempat, gunakan bahagian dengan warna asal. 9. Untuk lapisan kelima, ambil 1 senduk dari adunan strawberry dan ratakan. Letakkan coklat chip untuk setiap lapisan berwarna merah ini. Buat begini sehingga habis semua adunan. Mengukus memerlukan masa yang lama,harap anda bersabar...

KEK SPAN CHEESE SALJI Bahan-bahan


500gm tepung optima 8 biji telur 6 sudu makan minyak masak 3 sudu teh esen vanila 250gm cheese philadelphia 1/2 blok ceddar cheese 1/2 tin susu pekat manis Cara-cara

1. pukul telur hingga betul2 kembang.lebih kurang 10 minit 2. masukkan minyak masak dan pukul lagi,kira2 10 minit 3. masukkan esen vanilla dan pukul lagi 4. kemudian masukkan tepung optima sedikit demi sedikit.pukul lagi hingga pekat dan putih berkrim. 5. bahagikan adunan kepada 2 bahagian.1 bahagian untuk 1 loyang.(maknanya buat 2 loyang untuk 2 lapisan. bakar loyang yang pertama menggunakan suhu 170 menggunakan api atas bawah hingga masak atau kekuningan.bila dah masak masukkan loyang yang kedua pula dan bakar seperti tadi juga. Boleh juga dibakar sekaligus, sejukkan terlebih dahulu dan potong kepada dua bahagian. 6. kemudian pukul susu bersama cheese philadelphia hingga sebati(kalau x nak manis sangat kurangkan susu).sapukan atas kek yang pertama dengan campuran cheese tadi,kemudian lapislah dengan kek yang kedua.kemudian sapukan keseluruhan kek dengan cheese 7. akhir sekali parutlah ceddar cheese atas dan tepi kek dan masukkan dalam peti ais.

KEK KEJU BLUBERRY BAKAR Bahan-bahan ( loyang springform @ loose pan bulat 7" @ 8" )

100g biskut marie, dihancurkan (atau guna oreo) 100g butter, dicairkan (kalau guna oreo, guna 50g butter saje) *Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat. Bahan cream cheese: 250g cream cheese, suhu bilik 65g whipping cream @ fresh cream 30g gula kastor 3 kuning telur Gred A 1/2st esen vanila 1/2st jus lemon @ lemon oil @ limau kasturi 30g gula kastor 3 putih telur Gred A 1/4st cream of tartar (optional) 200g blueberry filling Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik.UPDATE: Biskut mungkin mengelembung sikit masa bakar. Boleh ratakan balik dgn belakang sudu. 2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana. 3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut. 4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku. 5. Kaup balikkan meringue (nama putih telur yg dipukul kembang tu) ke dalam adunan cream cheese secara perlahan-lahan. 6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar. 7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 55 minit-1 jam, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan. 8. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya. 9. ***Kalau nak buat swirl, sebelum adunan dituang ke dalam loyang, ambil 1/3C adunan tersebut dan tambah 2sb blueberry filling. Kacau rata. Tuang lebihan adunan ke dalam loyang dan letak sesudu adunan berfilling secara rawak di atas permukaan nya. Guna pisau atau lidi untuk buat corak.