Anda di halaman 1dari 7

KEMAHIRAN ASAS

Hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-unsur kepantasan,kekuatan, daya tahan, unsur-unsut taktikal dan kemahiran-kemahiran asas.Kemahiran dalam hoki memberi peluang kepada pemain untukmempamerkan kreativiti dan gaya individu. Terdapat beberapa kemahiranasas dalam permainan hoki, iaitu i.Menggelecek Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia digunakanuntuk melepaskan diri dengan bola apabila di kawal oleh pihak lawan.Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu: Menggelecek longgar Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak

menggerakkanbola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri dari pihaklawan dan memiliki bola sambil bergerak. Menggelecek longgar Menggelecek rapat digunakan apabila pemain hendak mengawal bola denganrapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasibola semasa bermain sama ada selamat atau tidak.

Menggelecek lndian

Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapat melepaskan diri daripada pihak lawan.

Rajah 1.12: Menggelecek Indian

Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menggelecek: Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan. Badan- bongkok sedikit dan lutut dibengkokkan. Mata- memandang pada bola semasa membuat tolakan. Bola- berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. Pastikan kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 450 dari tanah.

i.

Memukul Merupakan kemahiran yang kuat dan pantas dalam kemahiran hoki. Kelebihan kemahiran ini adalah bola boleh digerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran memukul: Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam dengan longgar. Tangan kanan di letakkan di bawah tangan kiri. Satu bentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan adalah selari dengan kayu hoki. Badan- berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. Kaki perlu dibuka seluas bahu dan jari kanan kaki bersudut tegak dengan bahu. Berat badan

seimbang semasa hayunan ke belakang dan dipindahkan ke kaki kiri semasa hayunan ke bawah. Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang satu kayu hoki.

ii.

Menolak Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cepat tanpa disedari pihak lawan terutamanya untuk clearance dan jaringan gol. Kelebihan kemahiran ini dapat melindungi niat pemain kerana pihak lawan sukar menjangka arah bola akan di hantar. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menolak: Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat. Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibuka seluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Pastikan kepala selari dengan kedudukan bola. Berat badan di kaki belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa menolak bola. Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada di belakang dan menyentuh bola. Ikut lajak kayu hoki ke arah mana bola bergerak.

iii.

Menguis Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk melepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar hantaran jauh kepada pemain pasukan. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menguis: Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat. Bola- diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh bola dan menghadap ke atas sedikit. Badan- berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan.

Rajah 1.12: Menguis

iv.

Menahan/menyerkap Ia merupakan kemahiran yang penting dan kerap digunakan dalam permainan hoki. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menahan: Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan. Mata- memandang pada arah bola Badan- berdiri tepat menghadap arah bola yang datang dengan badan membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit.

Rajah 1.13: Menyerkap

iv)

Merebut (tackle)

Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan dengan cara yang betul. Terdapat beberapa jenis tackle iaitu:

Tackle jab Kayu hoki dipegang degan tangan kiri dengan sisi kayu yang rata menghadap ke atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan dengan tangan kiri memegang kayu dan mencucuk (jab) bola supaya bola bergerak ke belakang kayu pihak lawan. Ia mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain berada pada jarak yang baik untuk melakukan tackle.

Tackle forehand Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan badan dan ia dilakukan semasa berhenti atau semasa berlari dengan pemain penyerang. Pegangan kayu dengan tangan kiri di hujung kayu dan tanagan kanan di bahagian tengah kayu.

Rajah 1.14: Tackle forehand

Tackle reverse stick Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan di sebelah kiri pemain pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemah bagi sesetengah pemain. Ia dilakukan dengan menyerkap bola menggunakan belakang kayu hoki dan memaksa pemain penyerang berlari melepasi bola.

Rajah 1.15: Tackle reverse stick

Berikut adalah perkara yang perlu diketahui dalam kemahiran merebut: Mata sentiasa memerhati ke arah bola Kekalkan kayu hoki di atas tanah supaya mengurangkan jaraknya dari bola dan penahan dapat bergerak dengan cepat apabila mendapat peluang. Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya penyerang melakukan kesilapan. Berdiri dengan sebelah kaki berada di hadapan supaya dapat bergerak dan bertukar arah dengan mudah dan cepat. v) Sudut penalti Kemahiran ini menjadi satu aspek penting dalam hoki kerana kebanyakan bilangan gol dijaringkan menggunakan sudut penalti. Perkara yang perlu dipastikan semasa mengambil sudut penalti adalah: Pukulan masuk dikira dari garisan gol di dalam kawasan D dan bola mesti biberhentikan di luar kawasan D. Hanya penjaga gol dan empat pemain pertahanan berada dalam kawasan D semasa sudut penalti Pemain pertahanan hendaklah berada di belakang garisan gol sehingga bola di tolak masuk oleh penyerang. Pemain penyerang yang melakukan tolakan dibenarkan berada dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki di dalam kawasan bermain. Pemain penyerang yang lain perlu berada di luar garisan kawasan D sehingga bola di tolak masuk.