Anda di halaman 1dari 16

PenjagaanPergigianProfesional

Nafas Berbau
Latarbelakang
Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang kurang menyenangkan. Ramai orang mengalami masalah ini yang mungkin disebabkan oleh:

kesihatan mulut yang kurang baik. masalah gigi seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, ulser atau gigi palsu yang kotor. merokok dan minum alkohol. memakan makanan tertentu seperti bawang putih dan durian masalah kesihatan seperti sinus, diabetes dan jangkitan paru-paru. pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamine

Apayangbolehdilakukanuntukmengelakkannafasberbau?
Nafas berbau boleh dielakkan jika anda:

mengamalkan penjagaan mulut yang baik. o berus gigi sehingga bersih o gunakan flos o berkumur-kumur o bersihkan lidah mengunyah gula-gula getah tanpa kandungan gula. bersihkan sekerap mungkin peralatan pergigian seperti aplians ortodontik atau gigi palsu, jika anda memakainya. dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala. elakkan merokok dan meminum alkohol.

Nafasberbaudanbahankumuran
Bahan kumuran hanya akan menghilangkan nafas berbau TETAPI ia tidak menyelesaikan punca masalah nafas yang berbau. Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian untuk mengatasi masalah nafas berbau jika ia berterusan.

GigiPalsu
Latarbelakang
Gigi palsu merupakan alat pergigian yang diperbuat daripada bahan plastik atau logam. Ia menggantikan gigi yang telah hilang atau dicabut. Alat ini boleh ditanggalkan dari mulut. dentur plastik (acrylic) dentur logam (cobalt chromium)

Mengapakahandamemerlukangigipalsu?
Gigi palsu penting untuk:

paras rupa mengunyah makanan pertuturan

Apakah masalah yang mungkin dialami ketika memakai gigi palsu buat pertamakali?
Anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pemakaian gigi palsu baru. Antara perkara yang mungkin dialami adalah seperti berikut:

kesukaran ketika bertutur kesukaran untuk mengunyah makan peningkatan pengeluaran air liur perubahan pada paras rupa

Pelekat gigi palsu boleh membantu anda serasi dengan pemakaiannya pada peringkat awal.

Bagaimanacaramenjagagigipalsu?
Berikut adalah petua-petua untuk menjaga gigi palsu:

Bersihkan gigi palsu setiap kali selepas makan dan sebelum tidur. Rendam gigi palsu dalam air biasa yang bersih bila tidak dipakai. Jangan guna air suam atau air panas. Elakkan untuk mengubahsuai atau membaiki gigi palsu sendiri. Elakkan memakai gigi palsu semasa tidur.

Perlukahgigipalsudiganti?
Anda perlu mengganti gigi palsu apabila ia:

longgar kerap patah

Lakukan pemeriksaan mulut secara berkala untuk memastikan gigi palsu anda dalam keadaan baik.

MulutKering(Xerostomia)
Latarbelakang
Mulut kering (xerostomia) adalah satu keadaan di mana penghasilan air liur berkurangan. Ia sering berlaku apabila umur meningkat. Wanita lebih kerap mengalami masalah ini berbanding lelaki.

Apakahfaktorfaktoryangmenyebabkanmulutkering?
Mulut kering boleh disebabkan oleh:

masalah kesihatan seperti diabetes pengambilan ubat-ubatan tertentu contohnya ubat-ubatan untuk darah tinggi dan stres atau rawatan perubatan seperti radioterapi. tabiat bernafas melalui mulut. kurang minum air.

Apakahtandatandayangberkaitandenganmulutkering?
Anda mungkin mengalami:

rasa membakar dalam mulut. kesukaran untuk mengunyah, menelan, atau bercakap. bibir kering dan merekah. lidah kering. sakit dalam mulut. gangguan deria rasa.

Apakahkomplikasimulutkering?
Mulut kering meningkatkan risiko kerosakan gigi dan lain-lain penyakit dalam mulut.

Apayangbolehandalakukan?
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian. Walau bagaimanapun, anda boleh mencuba petua di bawah untuk mengurangkan rasa tidak selesa dalam mulut :

Kerap minum air sepanjang hari. Makan sambil minum sedikit-sedikit bagi setiap suapan. Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein contohnya kopi dan teh. Kunyah gula-gula getah tanpa kandungan gula untuk meransang pengeluaran air liur. Elakkan merokok. Jangan minum alkohol. Lembapkan bibir dengan vaseline. Gunakan air liur gantian yang boleh diperolehi di farmasi.

PenyakitGusi(Periodontium)
Latarbelakang
Gingivitis ialah penyakit gusi peringkat awal yang hanya melibatkan tisu gusi sahaja.

Gingivitis

Periodontitis pula adalah penyakit gusi yang lebih parah dan melibatkan bahagian akar dan tisu penyokong gigi. Penyakit gusi merupakan punca utama kehilangan gigi di kalangan warga emas.

Contoh-contoh periodontitis

Ramaikahyangmengidappenyakitini?
Ya, ramai orang mengalami masalah gusi. Kajian "National Oral Health Survey of Adult 2000", Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 9 daripada 10 orang dewasa Malaysia yang masih ada gigi mengalami pelbagai peringkat penyakit gusi.

Apayangmenyebabkanpenyakitgusi?
Plak gigi merupakan penyebab utama penyakit gusi. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang menyumbang ke arah penyakit ini, antaranya;

merokok karang gigi (kalkulus) gigi palsu yang rosak atau kotor stres mulut kering (xerostomia) diabetes ubat-ubatan tertentu untuk merawat masalah kesihatan seperti epilepsi dan tekanan darah tinggi masalah hormon terutamanya di kalangan wanita yang berusia

Apakahtandatandapenyakitgusi?
Ramai orang menghidapi penyakit ini tanpa menyedarinya. Penyakit gusi mempunyai tandatanda berikut:

gusi mudah berdarah gusi merah dan membengkak gigi longgar dan berubah dari kedudukan asal gigi kelihatan lebih panjang nafas berbau (halitosis) gigi kelihatan tidak rapat

Kesanburukpenyakitgusi(Komplikasi)
Penyakit gusi yang tidak dirawat boleh menyebabkan

rasa sakit dan bengkak yang berulang kehilangan gigi

Beritabaik
Penyakit gusi dapat disembuhkan jika dirawat dari peringkat awal.

Apayangperluandalakukansupayagusikekalsihat?
Penyakit gusi dapat dicegah dengan:

mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik o berus gigi sehingga bersih o gunakan flos mendapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun

Penyakit dan Ubat-ubatan


Maklumkan pada doktor pergigian jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan atau mengambil ubat-ubatan kerana perkara ini berkait rapat dengan masalah kesihatan mulut. Selain itu, rawatan pergigian yang khusus juga mungkin perlu dilakukan

Masalah Kesihatan Tekanan Darah Tinggi (hypertensi)

Perkara yang perlu diambil perhatian


Pendarahan yang tidak berhenti selepas cabutan gigi atau pembedahan mulut. Pitam semasa bangun daripada kerusi pemeriksaan pergigian.

Diabetes

Penyakit ini berkait rapat dengan penyakit periodontium) . Luka lambat sembuh dan mudah dijangkiti kuman . Mengalami masalah mulut kering (xerostomia).

gusi

(penyakit

Masalah Jantung

Antibiotik mungkin perlu diberi untuk rawatan gigi tertentu . Pendarahan yang berpanjangan mungkin berlaku selepas rawatan membersih gigi (penskaleran), cabutan, atau pembedahan jika anda mengambil ubat anti pembekuan darah. Rawatan kecemasan perlu disediakan .

Masalah Pendarahan

Pendarahan yang berpanjangan, jangkitan kuman atau proses penyembuhan yang lambat mungkin berlaku selepas penskaleran, cabutan gigi atau pembedahan mulut . Rujukan ke hospital yang mungkin perlu dilakukan.

Hepatitis / HIV / Prosedur tertentu perlu dilakukan sebelum dan selepas rawatan pergigian TB kerana sistem ketahanan badan yang lemah .

KanserMulut
Latarbelakang
Kanser mulut merupakan pertumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan kanser mulut di peringkat awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Kanser mulut sering terjadi di kawasan:

lidah lantai mulut bahagian dalam pipi gusi lelangit bibir bawah

Golonganmanayangberisikomendapatkansermulut?
Mereka yang mengamalkan tabiat seperti berikut berisiko mendapat kanser mulut:

merokok mengunyah tembakau mengunyah buah pinang (makan sireh) dengan atau tanpa tembakau minum alkohol yang berlebihan terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan

Apakahtandatandakansermulut?
Perhatikan tanda-tanda berikut:

ulser dalam mulut yang lambat atau tidak sembuh tompokan putih (leukoplakia) atau merah (erythroplakia) bengkak atau ketumbuhan dalam mulut nafas berbau (halitosis)

Anda juga mungkin mengalami:

rasa sakit dalam mulut kesukaran mengunyah atau menelan atau menggerakkan lidah kebas pada lidah atau dalam mulut Kesukaran untuk membuka mulut

Apakomplikasikansermulut?
Sel kanser mulut boleh merebak ke bahagian lain dalam badan (metastasis).

Apayangbolehandalakukanuntukmengurangkanrisikokansermulut?
Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda:

tidak merokok tidak minum alkohol tidak mengunyah buah pinang (makan sireh) atau tembakau elakkan pendedahan sinaran matahari yang berlebihan dapatkan pemeriksaan pemeriksaan secara berkala lakukan pemeriksaan mulut sendiri

Pemeriksaan Pergigian Secara Berkala


Latarbelakang
Lawatan ke klinik pergigian hendaklah dijadikan satu rutin. Pemeriksaan setiap tiga bulan sekali atau sekurang-kurangnya sekali setahun adalah perlu, bergantung kepada tahap kesihatan mulut.

Pemeriksaan pergigian secara berkala penting untuk mengekalkan kesihatan gigi dan kesihatan secara keseluruhan.

Kenapa anda perlu melakukan pemeriksaanpergigiansecaraberkala?


Pemeriksaan pergigian secara berkala penting untuk:

pencegahan penyakit gigi. pengesanan awal penyakit gigi. penyeliaan penjagaan sendiri.

Apayangdilakukansemasapemeriksaanpergigian?
Semasa menjalani pemeriksaan, doktor pergigian akan:

mengemaskini rekod pergigian dan kesihatan anda. memeriksa dan merawat sebarang masalah gigi contohnya, o kerosakan gigi (karies gigi) o penyakit gusi (penyakit periodontium) melakukan prosedur pencegahan seperti penskaleran dan pengilapan. memberi khidmat nasihat yang berkaitan penjagaan kebersihan mulut contohnya: o penekanan teknik memberus gigi dan menggunakan flos yang berkesan o tabiat pemakanan yang sihat o berhenti merokok merujuk anda kepada doktor perubatan atau pakar pergigian jika perlu.

Dimanapemeriksaanpergigianbolehdiperolehi?
Dapatkan pemeriksaan pergigian di klinik-klinik pergigian berdekatan. Layari laman web Bahagian Kesihatan Pergigian di http://ohd.moh.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut.

GigiSensitif
Latarbelakang
Gigi sensitif merujuk kepada keadaan sakit gigi atau ngilu yang disebabkan oleh pendedahan lapisan dentin (lapisan dalam gigi) atau gusi yang menyusut (resesi). Sakit gigi atau ngilu boleh diransang apabila,

makan makanan atau minum minuman yang sejuk atau panas gigi terkena angin contoh seperti bernafas melalui mulut

Apakahyangmenyebabkangigisensitif?
Gigi sensitif berlaku kerana permukaan luar gigi (enamel) haus, yang mana mungkin disebabkan oleh:

teknik memberus gigi yang salah terlalu kerap memberus gigi tabiat mengancing dan mengetap atau mengetam gigi keterlaluan (biasanya sewaktu tidur) minum minuman bergas atau berkarbonat yang berlebihan muntah yang kerap dan berterusan

Bagaimanakahcarauntukmengurangkanrasasakitataungilu?
Untuk mengurangkan rasa sakit atau ngilu, anda boleh mencuba petua berikut: Gunakan berus gigi yang mempunyai bulu lembut serta ubat gigi khas untuk gigi sensitif. Berus gigi dengan perlahan. Kesannya hanya boleh dirasai dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu penggunaan. Dapatkan khidmat nasihat doktor pergigian jika rasa ngilu berpanjangan.

Sakit gigi
Latarbelakang
Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau sekeliling gigi. Ia sering menjadi penyebab utama orang ramai ke klinik pergigian terutama bagi mereka yang mengabaikan kebersihan mulut.

Apakahpuncagigisakit?
Sakit gigi biasanya berpunca daripada:

kerosakan gigi (karies gigi) penyakit gusi (penyakit periodontium) gigi sensitif sakit pada sendi rahang sinus tersumbat sakit telinga karies gigi

Apakahyangbolehterjadijikagigiyangrosaktidakdirawat?
Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:

gigi mati gusi bengkak gigi dicabut atau kehilangan gigi kesukaran membuka mulut

Apakahyangperludilakukanuntukmengurangkansakitgigi?
Dapatkan rawatan di klinik pergigian secepat mungkin. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:

mengambil ubat penahan sakit berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang berada di celah-celah gigi kebaskan gusi, contoh dengan menghisap ais

Bagaimanakahuntukmencegahsakitgigi?
Anda boleh mencegah sakit gigi dengan:

mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik o berus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida o gunakan flos dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makan utama.

KerosakanGigi(KariesGigi)
Latarbelakang
Kerosakan gigi (karies gigi) adalah suatu penyakit di mana gigi menjadi reput. Ia disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam plak. Kerosakan pada permukaan akar gigi adalah masalah yang lebih sering terdapat di kalangan warga emas.

Siapakahyanglebihmudahmendapatkerosakangigi?
Mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah lebih mudah mendapat kerosakan gigi:

mengambil makanan atau minuman manis secara berlebihan gusi yang menyusut (resesi gusi) yang menyebabkan pendedahan akar gigi mulut kering yang mungkin disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan atau penyakit kebersihan mulut yang terabai stres

Apakahtandatandakerosakangigi?
Tanda-tanda kerosakan gigi ialah:

gigi berlubang sakit gigi gigi sensitif bila mengambil makanan atau minuman panas/sejuk. makanan mudah terperangkap di dalam atau di celah-celah gigi rasa atau bau yang kurang menyenangkan di dalam mulut.

Gigi yang rosak jika tidak dirawat, mungkin menyebabkan :


gusi membengkak gigi terpaksa dicabut hilang selera makan penampilan terjejas

Rawatanuntukgigirosak
Dapatkan pemeriksaan daripada doktor pergigian. Anda mungkin memerlukan rawatan:

tampalan rawatan salur akar (rawatan endodontik)

korona (crown) cabutan

Bagaimanauntukmencegahkerosakangigi?
Kerosakan gigi dapat dicegah sekiranya anda:

Mengurangkan kekerapan makan atau minuman manis antara waktu makan. Memberus gigi menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida Mendapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala. Dapatkan nasihat doktor pergigian mengenai cara-cara pencegahan, contohnya varnis fluorida dan bahan kumuran.

CabutanGigi
Latarbelakang
Kebanyakan gigi perlu dicabut kerana mengalami kerosakan yang teruk atau penyakit gusi. Cabutan gigi yang dilakukan di klinik pergigian adalah rawatan yang selamat dan tidak sukar jika mengikut prosedur.

Cabutan gigi geraham

Apakahyangperluandalakukansebelumcabutangigi?
Beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian; Sebelum ke klinik, pastikan anda
o o

makan terlebih dahulu. ambil ubat-ubatan yang perlu, contoh untuk penyakit diabetes

Semasa rawatan pula


o o

beritahu doktor pergigian jika anda mempunyai sebarang masalah perubatan sentiasa bertenang

Apakahyangperluandalakukanselepascabutangigi?
Lakukan perkara berikut: letakkan dan gigit kain kasa yang diberikan ke atas bekas cabutan (soket gigi) selama 10 minit atau sehingga darah berhenti. o telan air liur yang terdapat dalam mulut. o ambil ubat-ubatan seperti yang diarah.
o

Elakan perkara berikut:


o o o o o

berkumur-kumur dalam tempoh 24 jam. usik bekas cabutan dengan lidah atau jari. ambil makanan atau minuman yang panas. lakukan senaman berat. merokok.

Komplikasiyangmungkinberlakuselepascabutangigi
Biasanya bekas cabutan akan pulih dalam tempoh 3-7 hari. Walaubagaimanapun, komplikasi berikut boleh berlaku:

kesakitan yang berpanjangan. bengkak pada bekas cabutan. rasa kebas yang berpanjangan. pendarahan berpanjangan atau berulang. bekas cabutan lambat sembuh. demam

Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor pergigian secepat mungkin sekiranya mengalami komplikasi seperti di atas.

Semakan akhir : 29 Mac 2007