Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN

Pengalaman pembelajaran bermula dengan pertembungan perkara baru di mana murid-murid menterjemah dan memberi erti kepada apa yang yang telah wujud dalam struktur kognitif mereka. Pengalaman pembelajaran mereka dalam bilik darjah akan mempengaruhi skemata struktur kognitif pelajar yang digunakan untuk menterjemahkan pengalaman bagi membina makna kepada pengalaman tersebut ( Osborne & Wittrock, 1983 ). Dalam lain perkataan, murid-murid perlu menstruktur semula idea mereka supaya sesuai dan selari dengan fakta dan dapatan sains yang sebenar. Penstrukturan semula idea adalah satu peringkat yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar untuk mengasingkan atau mengukuhkan pengalaman lalu dengan pengalaman sekarang. Pengalaman lalu yang berbeza dengan fakta dan teori sebenar wajar dikukuhkan dengan pengalaman baru murid. Ini kerana salah satu daripada

matlamat utama pendidikan sains adalah untuk membantu pelajar membina skemata baru yang bertenaga berhubung dengan dunia nyata.

MISKONSEPSI MURID DALAM SAINS

Miskonsepsi adalah satu istilah untuk menerangkan idea yang sedia ada pada murid yang mana idea tersebut tidak selari dengan penerangan saintifik oleh manamana ahli sains yang telah diguna pakai sebagai teori, prinsip atau hukum sains. Kanak-kanak membesar dengan persekitaran yang boleh menjurus kepada miskonsepsi. Pengalaman yang dilalui semasa di rumah atau semasa bermain boleh mewujudkan miskonsepsi berdasarkan atas pemerhatian kendiri. Sesuatu perkara yang kurang jelas akan dinilai dengan pengamatan kanak-kanak itu sendiri. Sudah tentu penilai mereka adalah cetek dan hanya berdasarkan pengalaman yang pernah mereka

lalui sahaja. Maka mereka akan membentuk satu konsep yang dangkal tentang sesuatu pemerhatian. Hancock ( 1940 ) mendefinisikan miskonsepsi sebagai satu idea yang kurang berasas yang tidak dipengaruhi oleh elemen rasa takut, tuah, takdir atau fenomena luar biasa. Barra ( 1984 ) pula menyatakan bahawa guru atau murid yang pintar boleh membetulkan miskonsepsi. Miskonsepsi bukanlah sesuatu yang bersifat kekal. Ia boleh dibetulkan, dengan bimbingan dan langkah pengajaran yang terancang dan terbimbing. Sesuatu miskonsepsi pada kanak-kanak boleh diperbetulkan selari dengan idea saintifik yang terguna pakai. Malangnya jika ianya tidak diperbetulkan miskonsepsi ini akan dianggap betul selama-lamanya dan menjadi pegangan individu tertentu untuk menerangkan sesuatu kejadian atau fenomena yang diperhatikan. Harus ditegaskan bahawa miskonsepsi boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Seseorang yang mendapat kurang penjelasan tentang sesuatu perkara akan cuba membuat sesuatu generalisasi yang ada kalanya amat bertentangan dengan idea asas sesuatu perkara tersebut. Miskonsepsi bukan hanya berlaku pada kanak-kanak malah guru juga boleh mengalami miskonsepsi. Sesetengah orang rasa berpuas hati dengan ilmu yang ada dan tidak cuba mengembang atau memperbaharuinya. Jika ada idea yang baru tentang sesuatu perkara ia tidak diendahkan kerana berpuas hati dengan penerangan yang ada pada dirinya. Ini boleh menyebabkan miskonsepsi berlaku. Ilmu itu sentiasa berkembang dan jika ada penerangan yang lebih baik terhadap sesuatu perkara maka ia perlu diambil perhatian yang secukupnya. Guru mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap pelajar. Sebarang miskonsepsi yang ada pada ada guru akan diperturunkan dengan mudah kepada murid-muridnya. Guru harus bersedia untuk sesuatu pelajaran, kaji dengan teliti isi sesuatu topik, buat rujukan yang sesuai supaya apa yang akan disampaikan nanti adalah benar-benar relevan.

Murid-murid datang ke sekolah dengan membawa bersama mereka satu kerangka pengetahuan yang wujud melalui pengalaman seharian. Melalui proses pembelajaran kerangka pengetahuan ini akan dapat diasimilasikan dengan ilmu sains atau diperbetulkan jika ia bersifat kontra dengan penerangan sains yang relevan. Perancangan pelajaran yang sesuai harus dirangka dan dilaksanakan bersesuai dengan miskonsepsi yang berkemungkinan ada pada set pelajar yang kita ada. Banyak faktor yang berupaya menyumbang kepada miskonsepsi berlaku dalam kelas atau semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya : 1. Pemahaman kanak-kanak berkembang lebih perlahan dari kadar sesuatu konsep itu dipersembahkan melalui buku teks atau arahan guru secara langsung. 2. Penggunaan bahasa dalam buku teks atau guru secara langsung yang mengelirukan. 3. Terdapat konflik yang tidak difahami berhubung pengalaman sedia ada murid dan apa yang dipersembahkan oleh buku teks. 4. Kita selalu mengharapkan murid akan faham dengan hanya satu penerangan yang ringkas tanpa cuba menyelidiki adakah murid telah betul-betul memahami satu idea atau konsep yang diperkenalkan. 5. Pembelajaran berbentuk pasif di mana guru menerang dan murid mendengar. Ini menyebabkan murid mungkin faham dari segi teori tetapi tidak faham dari segi aplikasi sesuatu teori atau idea.

Keadaan di atas boleh mengakibatkan murid gagal untuk memahami idea kerana dari aspek pembelajaran adalah tidak selari dengan tahap kesediaan dan pemahaman murid. Hal ini akan menjerumuskan murid berpegang kepada sesuatu konsep yang memang telah sedia ada padanya berbanding menerima sesuatu penerangan daripada guru. Maka miskonsepsi boleh berlaku walaupun dalam bilik darjah.

Tanpa pemahaman tentang miskonsepsi murid, pembelajaran yang dirancang dengan begitu teliti sekalipun akan gagal kerana pengetahuan sedia ada murid memainkan peranan bagaimana sesuatu idea itu diasimilasikan menjadi sesuatu pengalaman baru yang bermakna. Idea sains kanak-kanak boleh dikumpul dengan cara : 1. 2. Pemerhatian atas murid yang dikenal pasti. Menemubual murid yang dikenal pasti.

Pemahaman yang jelas tentang miskonsepsi amat membantu dalam merancang pembelajaran yang relevan dengan tahap dan pengetahuan murid.

CARA-CARA MENGENAL PASTI MISKONSEPSI DALAM SAINS

1.

Temu bual Guru memilih beberapa konsep yang dianggap sukar dan abstrak oleh murid-

murid. Murid-murid diajak untuk mengekspresikan idea mereka tentang konsep-konsep yang telah dipilih oleh guru. Guru akan dapat mengenal pasti latar belakang munculnya miskonsepsi yang ada sekali gus dinyatakan dari mana mereka memperoleh miskonsepsi tersebut. Dua kaedah temu bual : I. ii. Inteviews about instances ( Osborne and Gilbert, 1980 ) Interviews about events ( Osborne and Freyberg, 1987 )

Temu bual dijalankan selama lebih kurang 40 minit dan dirakam perbualannya. Perbualan kemudian di transkripsi dan dianalisis.

2.

Penyoalan

Guru boleh menyediakan soalan-soalan yang telah dibina dan meminta muridmurid menjawab secara jujur dan guru perlu menegaskan kepada mereka bahawa ujian itu bukan untuk digred. Terdapat 2 jenis soalan yang boleh dikemukakan : i. Soalan objektif Ujian objektif mengandungi solan-soalan yang mengandungi miskonsepsi yang biasa wujud di kalangan kanak-kanak. ii. Soalan esei Bentuk soalan ini sesuai jika guru ingin meneroka untuk memahami cara pemikiran kanak-kanak. Guru akan dapat mencari punca miskonsepsi dan dengan ini dapat mencari jalan yang terbaik untuk menangani miskonsepsi murid-murid.

3.

Pemerhatian Guru boleh memerhati dan mendengar perbualan kanak-kanak semasa mereka berbincang dalam kumpulan atau semasa mereka menjalankan eksperimen. Dari perbincangan itu guru dapat mengenal pasti idea murid-murid tepat atau tidak. Guru juga dapat memahami konsep-konsep alternatif yang ada pada murid-murid.

4.

Ramalan Miskonsepsi murid-murid juga boleh dikenal pasti melalui meramal, memerhati dan menerang. Guru perlu menyediakan satu demonstrasi tentang sesuatu kejadian yang berkaitan dengan tajuk yang diberi kepada murid-murid.

Langkah 1 : Meramal Secara individu, murid diminta untuk menulis ramalan mereka. Guru meminta murid untuk menerangkan sebab ramalan yang diberikan.

Langkah 2 : Memerhati Murid melakukan eksperimen. Guru meminta murid membuat pemerhatian dan merekodkan hasil pemerhatian mereka.

Langkah 3 : Menerang Murid diminta memperbetulkan sebab yang mereka tulis di awal eksperimen. Murid diminta berbincang dengan rakan-rakan di dalam kumpulan mereka.

5.

Peta konsep Dengan membandingkan peta konsep yang dibina oleh murid dengan

guru. Guru dapat mengenal pasti miskonsepsi yang wujud pada murid-murid. Guru perlu melatih murid-murid cara untuk membina peta konsep terlebih dahulu. Novak mencadangkan satu siri langkah yang boleh digunakan. i. ii. iii. Pilih satu konsep utama Kenal pasti konsep-konsep yang berkaitan Susun konsep-konsep ikut hierarki daripada yang am kepada yang spesifik. iv. Tuliskan atas garisan tadi dengan perkataan yang sesuai.
6

CARA MENANGANI MISKONSEPSI Ada banyak cara untuk membantu murid-murid mengatasi miskonsepsi. Secara umum cara yang tepat untuk membantu murid-murid mengatasi miskonsepsi adalah mencari bentuk kesalahan yang dimiliki oleh murid-murid, mencari sebab-sebanya, dan menemukan cara yang sesuai untuk mengatasi miskonsepsi tersebut. Perkara pertama yang harus dilakukan oleh guru adalah memahami kerangka berfikir murid-murid. Dengan memahami apa yang difikirkan muridimurid dan cara mereka berfikir, guru akan dapat mengetahui penyebab miskonsepsi dan menemukan cara mengatasi miskonsepsi tersebut. Hal yang dapat dilakukan guru adalah : a. memberi kesempatan pada murid-murid untuk menceritakan idea dan

pemikirannya tentang bahan yang sedang dibincangkan secara lisan atau bertulis. b. bertanya kepada murid-murid tentang konsep yang biasanya membuat muridmurid keliru dan murid-murid diminta menjawab secara jujur. c. Mengajak murid-murid untuk berbincang tentang bahan tertentu yang biasanya mengandungi miskonsepsi, dan guru membiarkan murid-murid berbincang secara bebas.

CARA MENGATASI MISKONSEPSI YANG DISEBABKAN OLEH MURID Kemampuan murid-murid untuk mempelajari konsep-konsep sains adalah tidak sama. Sebahagian murid-murid yang lambat untuk memahami konsep yang diajar, ada pula murid-murid tidak dapat menangkap konsep yang diajarkan guru secara lengkap dan tepat. Konsep yang tidak lengkap itu dipercayai murid-murid sebagai konsep sudah lengkap dan benar, padahal sebenarnya konsep tersebut belum lengkap dikuasai oleh mereka. Dalam menghadapi hal ini, guru perlu mengerti sejauh mana konsep murid-murid ini tidak lengkap dan memikirkan cara yang terbaik untuk menambahkan bahagian konsep yang kurang atau belum lengkap. Oleh sebab pemahaman konsep sendiri
7

memerlukan proses yang terus menerus dan waktu yang lama bagi murid-murid, maka mereka yang kurang mampu ini perlu dibantu dengan sabar dan sesuai dengan daya kefahamannya. Untuk beberapa murid-murid, guru perlu memberikan waktu tambahan atau khusus untuk membantu murid-murid yang kemampuannya kurang sesuai dengan keadaan mereka. Minat murid-murid untuk belajar mempengaruhi pemahaman konsep mereka. Murid-murid yang tidak berminat belajar akan mengalami kesulitan dan juga cenderung mengalami miskonsepsi. Murid-murid yang tidak berminat cenderung tidak mendengar dan memerhati secara penuh, mereka cenderung mengabaikan apa yang diajarkan oleh guru. Dalam mempelajari buku teks pun cenderung diteliti dan kadang-kadang hanya membaca dengan sambil lalu sahaja. Akibatnya, konsep yang dipelajari menjadi sukar dan murid-murid tersebut cenderung mengalami miskonsepsi. Bagi mengatasi masalah ini ada beberapa perkara yang dapat dilakukan oleh guru iaitu membantu murid-murid untuk meningkatkan motivasi dan minatnya belajar. Beberapa cara yang dapat dilakukan oleh guru untuk meningkatkan minat belajar murid-murid, ialah : i. Guru mengajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran sehingga murid-murid tidak bosan dan senang dengan pembelajaran. ii. Guru menjelaskan kegunaan konsep dalam kehidupan seharian, terutama dalam konteks kehidupan murid-murid. iii. Guru berinteraksi secara akrab dengan murid-murid untuk menjadikan mereka suka belajar. iv. Guru menunjukkan pada murid-murid bahawa sesungguhnya mereka dapat belajar. v. Guru lebih bersabar dalam menghadapi murid-murid terutamanya yang memiliki kemampuan yang kurang dalam pembelajaran.

STRATEGI-STRATEGI

YANG

BOLEH

DIGUNAKAN

OLEH

GURU

UNTUK

MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI

Strategi inkuri penemuan Strategi inkuri penemuan membuatkan murid berusaha untuk menemui sesuatu yang baru dalam dirinya, walaupun apa yang ditemui bukan semestinya baru dalam dunia ini. Takrif lain bagi inkuiri ialah proses menyelesaikan masalah atau pengesanan kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis, menjalankan pemerhatian, mengemukakan soalan, melakukan eksperimen dan menyatakan kesimpulan. Murid-murid berupaya menjalankan inkuiri apabila mereka diberi kesempatan pembelajaran hands on, bahan yang sesuai dimanipulasikan, masalah yang mengagumkan, bantuan dan bimbingan, kebebasan yang mencukupi untuk mereka membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan pembelajaran dirinya sendiri. Berfikir untuk memperoleh pengetahuan baru atau penyelesaian masalah merupakan ciri utama bagi semua kaedah inkuiri. Apabila murid berjaya memperoleh fakta, konsep, prinsip, atau penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapai suatu penemuan. Inkuiri sebagai suatu proses dapat meningkatkan pembelajaran sains, proses sains dan sikap terhadap sains. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Dalam kurikulum, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti

pembelajaran jika perlu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat
9

meningkatkan minat murid terhadap sains, pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan murid. Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid-murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar. Kaedah-kaedah yang boleh dijalankan oleh guru untuk mengatasi masalah miskonsepsi murid terhadap konsep sains adalah seperti berikut :

Eksperimen

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains tertentu. Kaedah sainstifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulative. Langkah-langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut : 1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipotesis 3. Merancang eksperimen : Mengawal pemboleh ubah Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan Menentukan langkah dan kaedah menjalankan eksperimen Kaedah mengumpulkan data dan menganalisi data 4. Melakukan eksperimen

10

5. Mengumpul data 6. Menganalisi data 7. Mentafsir data 8. Membuat kesimpulan 9. Membuat laporan Dalam konsep pelancongan murid, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data seta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.

Perbincangan

Aktiviti

di

mana

murid

menyoal

dan

mengemukakan

pendapat

berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.

Projek

Aktiviti yang dijalankan oleh indidvidu atau skumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.

11

Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan murid lain.

Lawatan

Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan murid memerhati apa yang mereka telah mereka belajar dalam situasi sebenar. Murid dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Tujuan lawatan adalah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep melalui pengalaman secara langsung. Lawatan juga menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan pada pembelajaran. Lawatan memberi peluang kepada murid untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku. Kaedah ini juga mengalakkan murid mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan di sekolah. Ia juga mengalakkan pembelajaran eksperrential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat. Kaedah lawatan dapat memberi peluang murid mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan murid terhadap konsep-konsep yang diajar.

Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif

12

dan langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya masalah yang dihadapi. Penyelesaian masalah adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit. Tujuan penyelesaian masalah adalah ia membolehkan murid berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah. Penyelesaian masalah juga dapat mempertingkatkan daya berfikir murid secara kreatif dan kritis. Penyelesaian masalah dalam pengajaran : Mulakan penyelesaian masalah yang mudah secara lisan untuk menggalakkan perbincangan. Dalam penyelesaian masalah, soalan-soalan divergen tentang masalah dikemukakan. Masalah yang dikemukakan hendaklah berkaitan dengan mata pelajaran. Guru perlu membimbing dan merangsang perbincangan

penyelesaian masalah. Jika penyelesaian masalah dicapai, murid diminta mengemukakan contoh-contoh baru bagaimana kemahiran menyelesaikan masalah itu boleh diaplikasikan. Jika penyelesaian masalah tidak diselesaikan, alternatif-alternatif lain dikemukakan. Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan murid dan mengakibatkan

penglibatan aktif murid dalam pelajaran.

13

Simulasi

Simulasi merupakan gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masingmasing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal. Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi berikutnya. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada peserta-peserta bagi membuat keputusan. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamik dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tujuan simulasi adalah ia membolehkan murid menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi murid peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Kenaikan teknik ini adalah ia membolehkan murid berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis.

14

MISKONSEPSI MURID DALAM TAJUK FASA-FASA BULAN

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5, dalam Tema 5 : Menyiasat Bumi dan Alam Semesta sebilangan murid menghadapi masalah miskonsepsi bagi tajuk Fasa-fasa Bulan. Bulan mempunyai beberapa fasa daripada awal hinggalah ke akhirnya. Kita dapat memerhatikan fasa-fasa bulan yang berlainan pada setiap malam. Fasa-fasa bulan disebabkan peredaran Bulan mengelilingi Matahari dan Cahaya Matahari jatuh ke permukaannya merupakan fasa yang kita dapat lihat. Kita Cuma dapat melihat sebahagian sahaja permukaan Bulan dari Bumi kerana Bulan berputar mengelilingi Bumi. Fenomena ini amat sukar difahami oleh murid. Murid menganggap fenomena ini disebabkan bulan dilindungi oleh awa, bayang-bayang planet jatuh ke atas Bulan atau bayang-bayang Matahari melindungi Bulan. Miskonsepsi yang paling banyak dilakukan oleh murid ialah fenomena ini berlaku disebabkan Matahari dilindungi oleh Bumi, oleh itu bayang-bayang Bumi jatuh ke atas Bulan. Sebenarnya konsep ini menerangkan fenomena gerhana bulan. Terdapat murid yang menganggap pemerhati yang berada pada kedudukan yang berlainan di permukaan Bumi akan dapat melihat bentuk Bulan yang berbeza. Hal ini bermakna murid percaya walaupun pemerhati di Eropah melihat fasa bulan sabit, pemerhati di Malaysia mungkin melihat fasa bulan purnama pada masa yang sama ! Murid juga kurang memahami perubahan sudut Bulan, Matahari, dan Bumi yang menyebabkan fasa-fasa tertentu. Miskonsepsi ini perlu diperbetulkan segera supaya ia tidak terus kekal di ingatan murid-murid.
15

CADANGAN STRATEGI MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI Strategi pilihan Kaedah : : Inkuiri Penemuan Simulasi

Rancangan Pengajaran Harian Tahun Masa Tema Objektif Pembelajaran : : : : 5 Aqil 8.40 am 9.40 am Menyiasat Bumi dan Alam Semesta Pada akhir pembelajaran murid dapat i. menyatakan Bulan tidak : mengeluarkan

cahayanya sendiri. ii. menerangkan bercahaya matahari. iii. Menerangkan fasa-fasa bulan. bahawa Bulan kelihatan cahaya

apabila

memantulkan

Bahan Bantu Mengajar

Bola polistirena, lampu suluh, teaching courseware ( CD 6 ), LCD, Komputer, kad tugasan dan lembaran kerja.

Kemahiran Proses Sains

i.

Memerhati

16

ii. iii. iv.

Menganalisis Menghubungkait Menjana idea

Nilai-nilai murni

i. ii. iii.

Minat dan ingin tahu tentang alam sekitar. Menghargai sumbangan sains dan teknologi. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan.

Langkah-langkah Pengajaran

Set Induksi

Guru menayangkan komponen pengenalan menggunakan teaching courseware PPSMI CD ^. Galakkan murid berfikir adakah Bulan menghasilkan cahaya sendiri. Galakkan murid menjawab semua soalan yang diberikan. Terima semua jawapan yang diberikan oleh murid.

Langkah 1

Guru memainkan komponen kandungan. Hentikan CD dari masa ke semasa untuk meminta murid menjawab soalan yang diberikan di dalam pengajaran CD. Guru menerangkan mengapa kita melihat Bulan bersinar terang walaupun Bulan tidak menghasilkan cahayanya sendiri.

17

Guru menyoal murid tentang bentuk-bentuk Bulan yang kelihatan berubah-ubah sepanjang hari dalam sebulan. Terima semua jawapan murid. Guru menerangkan kepada murid tentang bentuk Bulan yang kelihatan berbezabeza adalah fasa-fasa bulan. Komponen : Isi kandungan.

Langkah 2 Guru meneruskan dengan komponen isi kandungan. Untuk menjalankan aktiviti frame 3, guru menyediakan bahan-bahan sebelum aktiviti pembelajaran bermula. Guru membimbing murid menjalankan aktiviti berdasarkan kad tugasan yang diedarkan. Kad tugasan 1. Ikat bola polistirena disalah satu hujung benang dan minta murid A untuk memegang hujung benang yang satu lagi. 2. 3. Minta murid B untuk memegang lampu suluh. Minta murid A untuk meletakkan bola polistirena yang tergantung antara muka murid C dan lampu suluh. 4. 5. 6. Hidupkan lampu suluh dan sinarkan ke atas bola polistirena. Minta murid A untuk mengelilingi murid C dalam satu bulatan. Perhatikan bentuk bola polistirena yang disuluh oleh lampu suluh pada kedudukan yang berbeza. 7. Lukis bentuk polistirena.

Murid membentangkan hasil eksperimen. Komponen : Isi kandungan

18

Langkah 3 Guru menerangkan perubahan bentuk bola polistirena yang diperhatikan mewakili perubahan fasa-fasa bulan. Guru memainkan CD seterusnya. Guru membimbing murid memahami bahawa fasa-fasa Bulan berlaku bergantung pada kedudukan Bulan dari Matahari dan Bumi. Hentikan CD dari masa ke semasa untuk menerangkan lebih lanjut tentang fasa-fasa Bulan. Benarkan Murid menyoal berkaitan kejadian fasa-fasa bulan. Komponen : Isi kandungan.

Langkah 4 Guru memainkan komponen aktiviti. Galakkan murid menjalankan akitiviti di rumah ( melukis dan menulis diari tentang fasa-fasa bulan setiap hari selama 2 minggu ). Komponen : Aktiviti

Langkah 5 Murid menjawab soalan yang terdapat di dalam komponen penilaian. Komponen : Penilaian

Langkah 6 Guru memainkan komponen lanjutan/sambungan. Hentikan CD dari masa ke semasa untuk berbincang tentang kalendar yang dibuat berdasarkan peredaran Bulan

19

mengelilingi Bumi. Murid memberikan contoh kalendar yang menggunakan Takwim Qamari yang mereka tahu. Komponen : Lanjutan

Langkah 7 Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diedarkan. Bincangkan jawapan.

Penutup Guru membuat kesimpulan dengan memainkan komponen ringkasan untuk

mengukuhkan lagi kefahaman murid tentang palajaran ini.

LAPORAN HASIL PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR

Dalam

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

dijalankan,

saya

menggunakan beberapa alat bantu mengajar untuk membantu murid memahami konsep dan memperbetulkan miskonsepsi yang berlaku. Penggunaan CD Courseware banyak membantu murid memahami fenomena fasa-fasa bulan. Selain itu, kaedah eksperimen yang dijalankan juga dapat mengukuhkan kefahaman murid tentang fenomena fasa bulan.

Kekuatan Penggunaan CD Courseware ( perisian pendidikan ) dapat meningkatkan tahap konsep teoritikal. Penggunaan simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan
20

tahap pemahaman murid dengan mudah. Penggunaan perisian dapat meringankan tugas guru dan menggalakkan guru berinteraksi dengan murid mengikut kemampuan sendiri. Penggunaan perisian juga memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Penggunaan perisian juga dapat meningkatkan motivasi murid untuk mengikuti proses pembelajaran. Selain itu, penggunaan perisian dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Murid ternyata teruja untuk mengikuti proses pembelajaran dengan penggunaan perisian kerana bahan grafik yang menarik, jelas dan mudah difahami. Kaedah eksperimen yang dijalankan dengan penggunaan bahan-bahan maujud banyak membantu murid memahami konsep fasa-fasa bulan melalui pengalaman sendiri. Kaedah eksperimen ini dapat memupuk minat mereka untuk belajar bersamasama di samping dapat mewujudkan hubungan yang baik antara mereka. Selain itu juga, pelbagai kegiatan dapat dijalankan untuk membangkitkan minat murid-murid terhadap pembelajaran. Aktiviti eksperimen meliputi pelbagai kegiatan yang berjalan serentak. Kaedah eksperimen merupakan kaedah pembelajaran yang mampu memberi peluang kepada murid untuk menjalankan penyiasatan sendiri bagi memperoleh maklumat melalui bahan yang sebenar. Semasa menjalankan eksperimen pelbagai persoalan boleh ditimbulkan iaitu bagaimana, sebab, akibat, apa dan sebagainya. Perasaan ingin tahu yang tinggi akan mendorong murid untuk sentiasa berfikir untuk menyelesaikan persoalan yang timbul. Penggunaan lembaran kerja adalah salah satu aset penting di mana salah satu fungsinya adalah untuk mengukur keupayaan murid menguasai dan memahami kemahiran satu-satu mata pelajaran yang diajar. Guru dapat menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui lembaran kerja yang diselesaikan oleh murid. Aktiviti pengayaan dan pemulihan dapat dijalankan berdasarkan kebolehan murid menjawab soalan lembaran kerja yang diberikan.

Kelemahan

21

Penggunaan Perisian/CD teaching Courseware dalam proses pembelajaran yang saya dapat perhatikan ialah sebilangan murid hanya tertarik kepada grafik tetapi kurang memberi perhatian pada isi pelajaran yang disampaikan. Tumpuan sebilangan mereka lebih kepada animasi berbanding isi pelajaran. Sebilangan murid tidak melibatkan diri dalam sesi soal jawab kerana tidak menumpukan perhatian terhadap isi pelajaran yang disampaikan melalui perisian atau CD. Selain itu, murid juga tidak berpeluang untuk menjalankan aktiviti interaktif yang ada di dalam perisian atau CD disebabkan oleh kekurangan perisian tersebut. Aktiviti interaktif hanya dipaparkan melalui skrin di hadapan bilik darjah. Guru hanya menyoal murid dan memberikan jawapan tanpa murid dapat menggunakan ICT dengan sendiri. Penambahbaikan Penggunaan CD atau perisian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran akan diselitkan dengan aktiviti penyoalan. Guru akan menyoal murid setelah sesuatu isi pelajaran atau idea ditayangkan dalam penggunaan perisian. Penggunaan perisian lebih menarik jika murid sendiri menggunakan ict dalam proses menjawab soalan. Oleh itu, soalan yang melibatkan interaktif perlu disediakan pada setiap komputer supaya murid dapat menggunakannya dengan lebih berkesan dan menarik.

22

Rajah : Bahan Bantu Mengajar CD Teaching Courseware Science Year 5 CD6

Rajah : Alat radas eksperimen Fasa-fasa Bulan

23

Rajah : Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran guru berbantu perisian/CD

24

Rajah : Murid sedang menjalankan eksperimen Fasa-fasa Bulan .

Rajah : Murid sedang menjawab soalan lembaran ke

25

Rujukan.

1.

Bahagian Pendidikan Guru. 1995. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Rendah

2.

Mohd Zamani Bin Mamat. 2000. Kerangka Alternatif Terhadap Konsep Asas Sains Berkaitan Bumi Dan Alam Semesta Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah. Thesis B.Sc. Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.

3.

Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun Lima ( 2 0 0 5 ) . Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.

Poh

Swee

Hiang

1997).

Pedagogi

Sains

2.

Strategi PengajaranPembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Budiman

5.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Fasa_bulan

6.

http://astronomi-falak.blogspot.com/2009/10/fasa-fasa-bulan.html

26

27