Anda di halaman 1dari 7

1) NAMA KUMPULAN Minangkabau Worrior

2) NAMA PERMAINAN Tuju Getah Para / Tuju Para / Tuju Getah

3) NAMA AHLI KUMPULAN 3.1 Mohd Fairuz Bin Mohamad Sahid 3.2 Mohd Ikhmal Hafizi Bin Hj. Hairudin 3.3 Muhd Jailani Bin Abd Rahman 3.4 Hasim Bin Shuib 3.5 Mohd Izaja Bin Zakaria

4) PENGENALAN

Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Ianya menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara warisan yang menjadi identiti kita, malah permainan tradisional ini merangkumi hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana menggunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Antara contoh permainan tradisional ialah konda kondi, galah panjang, batu seremban serta lain-lain.

Penganjuran pertandingan seumpama ini merupakan pendedahan awal tentang kepentingan pengurusan pertandingan sukan membantu guru pelatih merancang sebuah pertandingan pengurusan pertandingan sukan yang baik dan lebih sistematik. Diharap penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini akan memberi pengetahuan serta kesedaran terhadap generasi muda mengenai kewujudan permainan tradisional sekaligus memelihara warisan ini daripada lenyap ditelan kemodenan zaman yang serba canggih.

Page 1 of 7

5) TEMPAT Kawasan lapang seperti di halaman rumah atau padang.

6) PERALATAN 1. Gundu ( ibu getah ) / Paduk 2. Gelang getah 3. Para ( Kayu Ranting )

7) PEMAIN Bilangan pemain yang diperlukan ialah antara dua hingga lima orang dalam satu pertandingan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh kaum lelaki sahaja.

8) LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN. 1. Permainan ini dimainkan secara perseorangan ataupun berkumpulan. 2. Setiap pemain diberikan kan sebiji gundu atau paduk. 3. Jarak sejauh 5 meter dari garis mula para getah.

LAKARAN GAMBARAN MAIN TUJU GETAH PARA

Page 2 of 7

GAMBARAN - PARA

GUNDU TANGAN ATAU IBU GETAH

Page 3 of 7

GAMBARAN - KARAN

Getah ibu yang tersangkut atau terbelit pada getah alang ini dikira batal dan giliran pemain seterusnya membuat tujuan.

Page 4 of 7

Ini adalah contoh "Getah Ibu" yang telah siap dibuat dalam tiga saiz.

Salah seorang pemain yang sedang membidas getah yang telah siap disusun.

Page 5 of 7

Salah seorang pemain membilang dan menyusun getah di atas alang yang telah siap dibuat.

9) PERATURAN PERTANDINGAN. 1. Permainan boleh dijalankan secara perseorangan atau kumpulan. 2. Setiap pemain perlu memiliki bilangan getah gelang yang sama banyak setiap orang setelah dipersetujui. 3. Untuk memulakan permainan, setiap pemain membuat undian untuk memulakan permainan. Pemain berdiri di belakang garisan dan melastik dan gundu yang paling dekat dengan para dikira sebagai peserta dengan giliran yang pertama dan gundu yang seterusnya mengikut urutan 4. Setiap pemain dibenarkan menuju atau melastik dengan menggunakan gundur tangan ataupun ibu tegah yang telah disediakan. 5. Gelang getah akan menjadi milik pemain sekiranya gelang getah terjatuh dari para setelah dilastik. 6. Jika gundur tangan dituju tidak mengenai sasaran maka ianya tidak boleh diulang semula. 7. Pemain hanya menunggu giliran yang seterusnya untuk memulakan permainan.
Page 6 of 7

8. Permainan akan dikira tamat sekiranya kesemua gelang getah yang diletakkan di atas para telah jatuh. 9. Untuk pusingan yang seterusnya, setiap pemain akan berbincang sesama sendiri untuk meletakkan gelang getah yang akan dipertaruhkan. 10. Pemain yang mempunyai gelang getah yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

10) RUJUKAN

1. Siri Panduan Permainan Tradisional Kanak-kanak : Datuk Harimau Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ahmad Shahar Hj. Nasarah, Dewan Bahasa dan Pustaka 2005 2. http://tebuan-alor.blogspot.com/2011/06/permainan-dulu23.html 3. http://www.memori
kedah.com/page_pengenalan.php?pageNum_Recordset1=3&p=2&idstopic=29&idskand ungan=101

Page 7 of 7

Anda mungkin juga menyukai