Anda di halaman 1dari 19

PENGHARGAAN Alhamdulillah, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurniannya, dapat kami menyelesaikan

tugasan ini dengan penuh jayanya.Kami menjulangkan sepenuh penghargaan kepada Puan Norita Binti Abd Aziz, Pensyarah Mata pelajaran Tamadun Islam (AC301), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami.Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, betapa pentingnya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di Negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada zaman yang membangun ini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitu juga pembangunan dalam bidang pendidikan.Justeru itu, haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

PENDAHULUAN Tamadun islam telah banyak menyumbang pelbagai kebaikkan kepada dunia di masa dahulu dan hari ini salah satu sumbangannya adalah dalam bidang ilmu dan pengetahuan,sejarah telah membuktikan bahawa pada zaman Rasulullah SAW, baginda telah mengangkat tinggi martabat orang yang mempunyai ilmu pengetahuan malah baginda juga meyuruh umatnya menuntut ilmu hingga sampai ke negeri china.Dalam Al-Quran juga menyebut Allah SWT melebih-lebihkan orang yang berilmu beberapa darjat daripada orang lain.(surah al-Mujadalah ayat -2).Di dalam agama islam juga menuntut supaya umat islam sentiasa menuntut atau mencari ilmu sebagai kewajipan ke atas setiap muslim dan muslimat .Rasullulah juga menyatakkan bahawa orang yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari ilmu tidak berguna seperti binatang hama,yakni sejenis binatang parasit kecil yang hiduk dengan menghisap darah binatang lain.

Sejarah Pembahagian ilmu Pengetahuan Dalam Islam Dalam sejarah keilmuan islam, terdapat ramai tokoh yang berusaha memudahkan kefahaman umat islam mengenai hal-hal berkaitan ilmu pengetahuan. Di antara usaha yang dilakukan ialah membuat pembahagian disiplin ilmu yang terdapat di dalam islam .sebagai contoh :, Al-Kindi membuat pembahagian ilmu kepada dua iaitu berkaitan teori, tabii matematik dan fizik ,dan ilmu yang bersangkutan dengan praktikal,akhlak ,sains rumah tangga dan perancangan Bandar. Ibnu Khaldun beliau membicarakan tentang hal-hal yang berkaitan dengan ilmu yang terbahagi kepada dua tapi lebih besar dari al-kindi. Ilmu yang berkaitan dengan naqli, al-quran, tafsir ,hadis, nasikh dan mansukb, sanad, ilmu kalam, tasawuf dan lainlain.Ibnu khaldun juga membicaran tentang ilmu aqli,matematik algebra,muamalah,farahid,kejuruteraan sains gunaan ,perubatan dan lain-lain.

SUMBER-SUMBER ILMU PENGETAHUAN Sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan banyak dapat kita perolehi daripada sumber yang utama iaitu Al-Quran dan Al-Hadis yang juga disebut sumber NAQLI sumber ini merangkumi segenap pelusuk aspek hidup kita .dalam Al-Quran banyak membicarakan tentang ketuhanan,pengetahuan,mengenai ilmu ghaib seperti malaikat dan hari pembalasan.Al-quran juga merangkumi asas perundangan ,moral serta fakta-fakta sains seperti kejadian hidup manusia,kejadian gerhana dan banyak lagi. Hadis juga membicarakan tentang hasil kandungan yang terdapat di dalam alquran secara praktik.Rasulullah SAW merupakan pakar yang arif dalam menghuraikan al-quran.Rasulullah SAW menjadi sumber rujukan kepada umat manusia dalam menjalani kehidupan sebagai hamba ALLAH SWT di dunia ini. Selain al-quran dan al-hadis ada satu lagi sumber menyumbang dalam bidang ilmu pengetahuan iaitu sumber AQLI yang terdiri daripada akal fikiran manusia. Menurut iman Al-Ghazali akal terbahagi kepada dua iaitu `aqli`dan`fikri` dengan manusia adalah sebaik-baik kejadian mahluk. Dengan akal fikiran manusia dapat mencipta perbagai kemudahan dan kesenagan dalam kehidupan.semakin tinggi ilmu pengetahuan seseorang , semakin yakin mereka kepada keagungan dan kehebatan Allah SWT.Akal merupakan anugerah Allah SWT yang amat berharga kepada setiap hamba-Nya yang bergelar manusia.akal digunakan sebagai alat untuk berfikir .tampa akal manusia di anggap gila kerana membolehkan manusia menuntut ilmu.

Ilmu pengetahuan banyak menyumbang dalam pembagunan atau pembentukan sesebuah tamadun. Menurut Ibnu Khaldun ia mengakui bangsa-bangsa yang menpunyai kekuatan fizikal seperti kekuatan tentera bukan factor utama yang membangunkan bangsa tersebut .sebagai contoh bagaimana bangsa Mongol yang terkenal dengan keganasan dan kekuatan tenteranya tuduk kepada budaya Cina yang sudah tegak dengan dasar keilmuan.Monggol Berjaya menawan kota Baghdad mereka tertarik kepada kehalusan budi pekerti dan nilai-nilai kebudayaan penduduk yang tegak di atas nilai-nilai ilmu. Kegemilangan umat islam pada zaman dahulu adalah bukti kepada ilmu pengetahuan yang banyak memberi peranan sebai penggerak kearah kesejahteraan hudup manusia.ilmu yang diperolehi mengikut kehendak dan kesesuaian islam.sebelum terhasilnya sebarang penciptaan,masyarakatislam menunaikan sembahyang dangan berpandukan kepada kedudukan matahari,tetapi hasil daripada ilmu pengetahuan yang mereka miliki mereka tidak perlu mendongak ke langituntuk mengetahui waktu solat.

SUMBANGAN ILMU PENGETAHUAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN Dalam kita menuntut ilmu kita haruslah menpunyai pendidik.pendidikan islam telah lahir dari zaman kelahiran Nabi Adam AS lagi.Nabi Adam AS adalah guru yang pertama yang lahir di dunia ini yang bertanggungjawab memimpin manusia menyembah Allah SWT.selepas ituterus ilmu pengetahuan berkembang dari masa ke semasa sehinggalah sekarang. Islam adalah agama yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia justeru itu,setiap umat islam mestilah belajar dan berusaha menimba ilmu pengetahuan untuk Berjaya dalam kehidupan mereka.pendidikan islam banyak memberi manfaat dari segi sifat bersepadu,menyeluruh dan seimbang.semua aspek ini mempuyai keseimbangan dari segi roh,jasad dan akal. Keserasian antara ilmu, iman, akal dan ketaksamaandi antara pembangunan keduniaan dan akhirat. Islam memendang tinggi dalam bidang intelektual seseorang dengan cara mengalakkan pendidikan dan pekenbangan ilmu secara meluas.walaubagaimanapun ia hendaklah berpandukan wahyu . Dalam islam pendidikan yang menitikberatkan bagi manusia mempunyai tujuannya tertentu . Ramai pemikir dan ilmuan islam sama ada dari zaman lampau atau sekarang sering sahaja mengemukkan pandangan masing-masing sejajar dengan peredaran masa.walaupun kelihatan berbeza tetapi hakikatnya ia masing menpunyai kesamaan kerana kedua-duanya masih berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai petujuk dan panduan kearah keredaaan Allah SWT.

BUDAYA ILMU DALAM TAMADUN-TAMADUN DUNIA Hukum umum sejarah menunjukkan bangsa yang dapat menguasai ilmu dapat menguasai bangsa yang kuat tenaga ketenteraanya .walaubagaimanpun sesuatu bangsa itu tidak mengusai bangsa-bangsa melalui penaklukan tentera,tetapi ia meguasai bangsa-bangsa lain darisegi pengaruh.umpama tamadun Yunani merupakan tamandun yang tegak di atas kehebatan ilmu ,menpunyai pengaruh kuat ke atas empayar Rom. Mereka telah menguasai ilmu falsafah , logik,dan matematik selain itu terdapat juga bidang perubatan. Selain agama Islam agama lain juga ada budaya ilmu masing-masing seperti agama yahudi .Mereka menkaji kitab Taurat melalui tulisan para paderi mereka yang dipangil rabbi dan cendiakawan mereka.Mengikut seorang ahli knsesset iaitu parlimen israil ,budaya ilmu masyarakat Yahudi merupakkan interp retasi terhadap satu kegairahan mencari makna. Budaya ilmu masyarakat cina pula memberikan penekanan kepada amalan ,dan tidak kepada ajaran falsafah .seorang ahli sejarah cina menyatakan ahli falsafah cina kebanyakkan tidak menganggap ilmu sebagai perkara penting kecuali ilmu yang dapat diamalkan.penekanan terhadap amali yang memberi faedahkepada bangsa dan Negara dapat dilihat dangan lahirnya berbagai-bagai teknologi dalam masyakat cina.seperti pembuatan kertas ,dakwat,sutera,kompas, dan ubat bedil. Berlainan dengan masyarakat cina masyarakat india amat menitk beratka tentang falsafah.malah banyak ilmu-ilmu yang lahir dari dari penhayatan falsafah falsafah agama hindu .ilmu astronomi misalnya,subur kerana ia penting bagi menentukan tarikh dan musim melakukan upacara keagaman dan kebudayaan.

MATLAMAT PENDIDIKAN Matlamat pendidikan Islam adalah untuk melahirkan individu yang serba lengkap sama ada dari segi rohani dan jasmani mahupun dari segi material atau sosial bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan selepas mati. Ia bertujuan membentuk serta mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal, rohani, mental dan social menurut pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil dan individu yang bertakwa. Al-Sunnah menggariskan tujuan tersebut dengan sabda baginda: Ilmu pengetahuan menuntun kita kepada kegembiraan hidup, memberi kita kekuatan dalam kesusahan dan kesulitan, menjadi kemegahan apabila kita berdekatan dengan teman-teman kita, perisai dalam menghadapi musuh-musuh kita.Al-Ghazali (q.s) berpendapat bahawa pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran kanak-kanak dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk memupuk watak akhlak yang murni. Ibnu Khaldun (r.h) menyatakan bahawa pendidikan bertujuan meyedia dan membangun manusia ke arah kehidupan yang baik dan bahagia. KONSEP PENDIDIKAN Konsep pendidikan Islam ialah mendidik, membentuk serta melatih individu dalam berbagai-bagai aspek sama ada jasmani, rohani, akal, akhlak dan kesedaran sosial bagi melahirkan manusia yang sempurna; beriman, bertakwa, berakhlak mulia, berbadan sihat, berilmu dan berkemahiran dalam kerjaya. Ia merupakan konsep pendidikan rabbani yang bersumberkan bimbingan Illahi. Pendidikan Islam dapat melahirkan manusia yang baik dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat demi mencapai kebahagiaan hakiki yang berpandukan wahyu daripada Allah S.W.T. Rasulullah telah memperkenalkan konsep pendidikan seumur hidup, belajar dan mencari ilmu sepanjang hayat tanpa membezakan lelaki dengan wanita. Sabda Rasulullah S.A.W.: Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad

Falsafah Pendidikan 1. Menilai, menyelaras dan menganalisis segala segala permasalahan yang berhubung dengan kehidupan manusia 2. Membuat penjelasan, penyusunan penilaian dan pengubahsuaian operasi pendidikan. Membentuk fikiran yang sempurna, sesuai dengan sifat semula jadi, operasi, motif dan peranan pendidikan. INSTITUSI PENDIDIKAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL Menurut fakta sejarah, masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam masih dalam keadaan buta huruf.Menurut Profesor Ahmad Syalabi dan Tibawi, bilangan orang Quraisy yang celik huruf hanya berjumlah 17 orang sahaja.Kelahiran Islam di Semenanjung Tanah Arab telah merubah struktur kemasyarakatan dan kebudayaan penduduknya.Antara perubahan besar yang jelas, selain kepercayaan agama dan tatacara hidup ialah ilmu pengetahuan dan pendidikan. Kepentingan ilmu dalam Islam jelas kelihatan dengan wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah S.A.W. memerintahkan baginda membaca, yakni mempelajari ilmu pengetahuan. Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Men ciptakan, Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. (al-Quran, surah al-Alaq 96 : 1-2)

ZAMAN KERAJAAN ISLAM SEKARANG I. INSTITUSI PENDIDIKAN TIDAK FORMAL Di Indonesia menurut kebiasaan kanak-kanak berumur tujuh tahun akan dihantar kesurau untuk mengaji al-Quran, ibadat, tauhid dan akhlak. Begitu juga di Fhilipina, kanak-kanak mula belajar al-Quran di surau dan rumah guru. Situasi yang sama berlaku di Tanah Melayu. Begitu juga peranan masjid dan surau, ia terus menjadi pendidikan tidak formal.

II. INSTITUSI PENDIDIKAN FORMAL SISTEM PENDIDIKAN PONDOK Sistem pendidikan pondok merupakan antara institusi pendidikan islam yang bersifat formal dan mempunyai pengaruh yang besar di kalangan masyarakat melayu. Sistem pengajian pondok mula berkembang sejak abad ke 18 Masehi hingga ke abad 20 Masehi.Sistem pengajiaan sebegini berkembang pesat di kelantan, terengganu, Kedah dan Perlis. Antara institusi yang terkenal menggunakan sistem ini ialah Pondok Kubang Pasu dan Pondok Tuk Kenali di Kelantan, Pondok Tuk Ku Pulau Manis dan Hj Wan abdul Latif di Terengganu dan pondok Batu 16 (Pak Ya) di Kedah

10

PSIKOLOGI Psikologi merupakan salah satu daripada ilmu yang paling tua usianya, yang bermula pada zaman primitif lagi. Ia maju setapak lagi pada zaman Yunani kuno. Peringkat ini dikatakan sebagai era bermulanya psikologi yang bersifat saintifik. Tokoh-tokoh seperti Plato,Aristotles , Gelen dan sebagainya merupakan tokoh psikologi Yunani yang tidak asing lagi kepada kita. Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar di dalam perkembangan psikologi ini. Al-Iman Abu Mansur Al-Tahlabi telah Berjaya mengumpulkan 50 istilah yang pernah digunakan oleh ahli-ahli psikologi islam pada zaman kegemilangan islam dahulu seperti janin, walid, radI, baligh dan sebagainya. Nafas (jiwa), qalb (hati), roh dan aql (akal) adalah empat istilah yang paling popular di dalam psikologi islam. Kesemua istilah ini terdapat di dalam al-quran .Kata nafs diulang oleh al-Quran sebanyak 367 kali. Ia membawa erti sebagai kemanusiaan pada kesuluruhannya tanpa terkhusus kepada pemikiran sahaja. Kata qalb pula diulang sebanyak 144 kali.Ia mempunyai berbagai-bagai makna, seperti pemberian hidup, wahyu Malaikat yang membawanya dan sebagainya. Aql pula diulang sebanyak 49 kali, bukan secara tepat, tetapi dalam bentuk kata kerja, iaitu aqala yang memberi erti sebagai berfikir. KOMUNIKASI Dengan perkembangan dan kemajuan tamadun manusia, komunikasi menempa satu sejarah yang mengagumkan. Kini komunikasi bukan sahaja menggunakan alat cetak , malah menggunakan computer yang berlipat-ganda kesannya daripada hasil media cetak. Seluruh ceruk rantau dunia ini termasuk kawasan-kawasan pedalaman telah menikmati kemajuan teknologi komunikasi, apabila mereka juga berpeluang mendengar radio dan menonton televisyen. Kemajuan teknologi komunikasi yang begitu sofistikated ini sekaligus bertanggungjawab membawa perubahan nilai dan cara hidup masyarakat. Alat teknologi adalah benda yang neutral program yang disalurkanlah yang menentukan

11

sama ada ia bersesuaian, atau sebaliknya dengan nilai-nilai islam. Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat ; terjemahannya: wahai orang-orang yang beriman jika datang kepadamu orang fasik memberi satu berita maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu golongan itu dengan perkara yang tidak diingini, semata-mata dengan sebab kejahilan sehingga menyebabkan kamu menyesali apa-apa yang kamu lakukan. Disiplin komunikasi Ia mempunyai beberapa kategori seperti bidang kewartawanan, penyiaran, perfileman, perhubungan awam, periklanan, komunikasi pembangunan, komunikasi antar budaya, komunikasi antarbangsa, pendapat public dan undang-undang komunikasi. Apabila komunikasi diterima sebagai salah satu daripada bidang ilmu pengetahuan, pengkajiannya semakin berkembang mendalam dan meluas.Siswazah-siswazah di dalam disiplin ini mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar terhadap pembangunan dan kemajuan diri, keluarga, bangsa dan apa-apa yang lebih penting ialah terhadap perkembangan dakwah islamiah. Malah dengan menguasai disiplin komunikasi inilah seseorang pendakwah itu akan lebih berjaya dan berkesan di dalam memainkan peranan sebagai agen pembawa perubahan kepada masyarakat untuk kembali memahami dan menghayati islam. Dakwah islamiah Dakwah islamiah sesungguhnya tidak dapat dipisahkan daripada media massa,, malah media massa kian popular di kalangan masyarakat pada zaman moden ini yang majoritinya pandai membaca, merupakan alat yang paling berkesan dan terbaik untuk menyalurkan dakwah islamiah. Justeru itu, kepentingannya dari segi dakwah islamiah tidak perlu dipertikaikan lagi. Apakah cara yang paling berkesan untuk membentuk sikap penghubung yang berkaliber di kalangan lepasan komunikasi khususnya yang beragama islam? Bagaimanakah cara untuk menampung keperluan pendidikan dan latihan agar dapat

12

mewujudkan kecekapan pengamal komunikasi yang mencerminkan keluhuran islam? Bagaimanakah untuk menghubungkan antara pendidikan komunikasi dengan perbadi islam yang jujur, berdisiplin, cekal, berani, menegakkan syiar islam disertakan dengan pengetahuan yang luas, fikiran yang matang dan mahir pula dalam teknik-teknik di bidang tertentu dalam komunikasi? Professor Dr. Ismail al-Faruqi memberikan jawapannya seperti berikut; 1-menguasai disiplin-disiplin moden. 2-menguasai warisan islam. 3-menerapkan setiap bidang ilmu moden dengan islam di mana sesuai. 4-mencari jalan untuk membina sintesis di antara warisan dengan ilmu moden. 5-untuk melancarkan pemikiran islam ke satu saluran yang akan mangarah pula kepada pelaksanaan nilai kudus Allah s.w.t. SAINS Matematik Umar bin al-Farukban Ketika Baghdad dirancang pembinaan oleh Abu Jaafar al-Mansur pada tahun 762M, para professional diminta untuk meneliti pelan induk kota tersebut termasuk ahli-ahli matematik. Di Baghdad juga lahir seorang ahli matematik dan arkitek islam yang termasyhur, iaitu Umar bin al-Farukhan, beliau telah membantu Yahaya al- Barmaki, menteri Bani Abbasiyah dan khalifah al-Mamun dalam perancangan pembangunan Baghdad dan perkembangan ilmu matematik. Ilmu matematik dapat diperkembangkan dengan luas kerana mendapat dorongan dan naungan daripada Khalifah al-Mamun.

13

Bani Musa Beliau adalah gelaran tiga orang ahli matematik islam pada zaman pemerintahan al-Mamun. Mereka adalah anak kepada Syakir Musa, mereka telah menyumbang sesuatu dalam perkembangan matematik islam iaitu ilmu mengukur datar dan bulat, mereka juga menulis berkaitan dengan ilmu kejuruteraan (Mechanics) dan sebagainya. Ada di antara karya mereka yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Al-Khawarizme Salah seorang ahli matematik islam yang paling termasyhur ialah alKhawarizme. Beliau telah memberikan sumbangan dalam perkembangan ilmu matematik islam apabila mengemukakan asal usul angka. Karya-karya beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu kitab Jami wa al-Tafiq bi Hisab al-Hind. Kitab ini dikatakan ditulis oleh beliau berdasarkan kepada matematik yang berasal daripada India, beliau juga telah memperkenalkan satu teorem baharu dalam matematik iaitu Algebra. Al-Battani Dalam bidang trigonometri nama al-Battani tidak asing lagi kepada ahli matematik dahulu dan kini beliau yang menghasilkan teorem tangen, cotangent, sin dan sinus. Istilah ini sebenarnya merupakan terjemahan kepada istilah Latin. Astronomi Abdul Rahman al-Sufi Sumbangan beliau di dalam astronomi ialah mengkatalog bintang sehingga lebih daripada 1,000 jenis. Nama bintang yang diperkenalkan oleh beliau tetap terus digunakan hingga hari ini oleh ahli sains barat. Namun demikian, nama dalam bahasa arab telah diubah-suai dengan sebutan Eropah contohnya Alghurab diubah menjadi Algorab, Aldhib diubah menjadi Deneb, Aldabara menjadi Aldebara dan lain-lain lagi

14

Abu Al-Abbas Muhammad Ibnu Khatbir Sumbangan beliau yang terbesar ialah mengukur jarak bumi dan bulan dan jarak matahari dengan planet-planet lain. Nisbah isipadu bulan dan planet juga diukur oleh beliau, sumbangan beliau ini dikagumi oleh sarjana astronomi kini. Al-Biruni Beliau merupakan pengkritik utama pendapat Aristotles, beliau telah menyumbang teori adanya auja (jarak jauh antara sesebuah planet dari fokusya) dan hadid (jarak terdekat sesebuah planet dari fokusnya). Karya agungnya ialah Qanun al-Masudi. Al-Fazari Nama penuhnya ialah Ibrahim al-Fazari. Sumbangan yang terbesar dalam bidang astronomi ialah memperkenalkan cara mengukur tinggi dan jarak bintang menerusi alat ciptaannya yang dikenali sebagai Asturlab (astroble). Kitabkitabnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah seperti Latin, dan dijadikan buku teks di universiti-universiti Eropah. Ibnu Sina Di barat, Ibnu Sina dikenali sebagai Avecinna, beliau telah menterjemahkan teori kosmologinya yang diambil oleh Einstein. Teori itu ialah: 1. Tidak ada jasad yang dapat bergerak dengan sendirinya. 2. Masa tidak dapat dibayangkan tanpa gerakan. 3. Daya disukat dalam sukatan kesan-kesannya sahaja.

15

Perubatan, Biologi, Fizik, dan Kimia Jabar Ibnu Hayan Di barat beliau dikenali sebagai Geber. Bapanya seorang saudagar di Kufah, beliau bukan sahaja termasyhur sebagai ahli perubatan dan doctor malah terkenal juga sebagai ahli kimia. Beliau paling banyak menjalankan penyelidikan berkaitan dengan perubatan dan kimia sehingga ada sarjana yang mendakwa bahawa ia telah menghasilkan 50 karya besar dan kecil. Antara sumbangan beliau yang terpenting dalam kimia ialah pengewapan (evaporation), penyaringan (filtration), sublimasi (sublimation), pengleburan (melting), penyulingan (distillation), pengkristalan (crystallization) dan sebagainya. Selain itu, beliau juga memperkenalkan beberapa istilah kimia yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin seperti realgar, tutia, alkali, antimony, alembic, aludel dan sebagainya. Al-Razi Di barat beliau dikenali sebagai Rhazes, beliau bukan sahaja terkenal sebagai ahli perubatan malah juga terkenal sebagai ahli biologi, fizik dan kimia. Karya beliau yang paling termasyhur ialah berkaitan dengan campak dan cacar yang telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa Eropah. Al-Hawi adalah karya beliau yang tidak kurang kemasyhurannya di dalam bidang perubatan. Beliau juga menghasilkan kitab yang berkaitan dengan ruang (space), waktu (time), gerak (motion), ilmu vitamin (nutrition), perkembangan (growth), pembusukan (putrefaction), iklim (metreologi), ilmu mata (optic), dan alkemi (akhemy). Ibnu Sina Di barat beliau dikenali sebagai Avincenna. Di samping seorang doctor perubatan, beliau amat terkenal sebagai seorang ahli falsafah. Pengaruh ilmunya luas sekali di Eropah.

16

Ibnu Khaldun Walaupun beliau lebih terkenal sebagai ahli falsafah sejarah dan ahli sosiologi tetapi beliau juga merupakan seorang ahli kimia yang termasyhur. Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa ahli-ahli sains islam pada zaman keemasannya dahulu telah mencapai satu tahap yang sungguh mengkagumkan dunia. Mereka telah meninggalkan warisan yang amat berharga kepada tamadun dan generasi kini. Kelebihan ahli-ahli sains islam ialah mereka bukan sahaja mahir di dalam sesuatu bidang, malah menguasai pelbagai disiplin contohnya Ibnu Rusyd bukan sahaja menguasai ilmu perubatan atau disiplin sains malah beliau juga menguasai disiplin falsafah yang tidak ada kaitannya dengan sains. Demikian juga halnya dengan Ibnu Khaldun.Lebih utama lagi mereka juga merupakan ulama yang menguasai ilmuilmu kalam, fekah dan tasauf.

PENUTUP Islam amat menitik beratkan tentang ilmu pengetahuan dalam kehidupan umatnya.ilmu bukan hanya berkaitan dengan dunia tatapi juga merangkumi hal-hal soal akhirat.masyarakat islam telah mepelajari ilmu islam dari zaman rasulullah lagi.sejak berkembangnya institusi pendidikan dari zaman rasulullah hingga ke zaman sekarang banyak terbina tempat untuk menimba ilmu sama ada berbentuk formal atau tidak formal antaranya ialah masjid, istana, kedai-kedai buku, sekolah, madrasah termasuk juga beberapa jenis perpustakaan yang di senaraikan sebagai salah satu sumber untuk menimba ilmu. di sini jelaslah bahawa penubuhan institusi pendidikan ini amat penting untuk menimba ilmu, .selain itu penubuhan institusi pendidikan juga melambangkan bahawa kerajaanislam amat mementingkan ilmu dan merupakan masyarakat yang intelektual.Tamadun islam juga banyak melahirkan tokoh-tokoh yang terkemuka di dunia seperti Ibnu Sina,Al-Khawarizmi,Jabir Ibni Hayyan ,Al-Jahiz, Al-Haitham,Ibnu AlBaitar, dan ramai lagi.islam juga menuntut anak-anak dan juga orang dewasa supaya menuntut ilmu tidak mengira usia.Dari segi hukum pula islam mewajibkan semua ummatnya menuntut ilmu.

17

RUJUKAN INTERNET http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tokoh-tokoh-islam-dansumbangannya.html http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pendidikan-dalam-tamadunislam.html BUKU Tamadun Islam, MUSTAFA HAJI DAUD, 1991, UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD, Kuala Lumpur Tamadun Islam, Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad & Ahmad Tarmizi Talib, 1997, Universiti Putra Malaysia Serdang, Kuala Lumpur Pengajian Tamadun Islam, Mohd Laki Hamid, 2002, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Kuala Lumpur

18

Lampiran

Contoh buku

Ibnu Sina

Ibnu Khaldun

Al-Kindi

19

Anda mungkin juga menyukai