Anda di halaman 1dari 1

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SIMULASI

Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Tema : Penyelesaian Konflik

Tajuk : Sikap Asertif Saya

Bahan : Gambar atau tayangan video tentang situasi di simpang


empat jalan raya, kad tugasan.

Aktiviti:

Fasilitator ( guru ) mengedarkan Kad Tugasan 1 kepada beberapa pelajar yang


sudah dipilih.

Setiap pelajar membaca dan menghayati peranan masing-masing seperti di


dalam kad tugasan.

Pelajar-pelajar yang terpilih melakukan simulasi.

Pelajar-pelajar yang lain meramalkan akibat dari tindakan yang bertentangan


( positif atau negatif ) dengan apa yang disimulasikan oleh rakan mereka.

Pelajar membuat rumusan aktiviti simulasi dalam setiap kes- “Apakah sikap
asertif saya” dalam setiap situasi.

Kad Tugasan 1

Anda ( Pelajar A ) dan kawan anda ( Pelajar B ) menunggang motosikal ke


sekolah. Suatu hari anda dan kawan anda sudah lewat untuk ke sekolah. Anda
sampai di satu persimpangan empat yang mempunyai lampu isyarat. Lampu
isyarat di laluan anda menunjukkan warna merah. Anda hanya tinggal lima minit
lagi sedangkan anda masih lagi 15 km dari sekolah. Kawan anda yang menjadi
pembonceng menjadi batu api dan mendesak anda supaya melanggar lampu
isyarat. Tunjukkan apa tidakan yang harus anda buat.

( Seorang pelajar memainkan peranan pelajar A dan seorang lagi menjadi pelajar
B ).