Anda di halaman 1dari 6

PENJELASAN TENTANG PERANAN TULISAN JAWI DALAM PERADABAN MELAYU

PENGENALAN

Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada abad yang lampau sekaligus membawa bersamanya abjad tulisan Arab, iaitu yang menjadi induk tulisan jawi Melayu pada bajadnya. Tulisan jawi adalah satu warisan Dunia Melayu yang bersejarah kerana kehadirannya ke rantau ini menjadi titik tolak pemisahan dari zaman gelap jahiliyah yang menyebelungi bangsa Melayu ke zaman terang-benderang, sama ada dari segi agama mahupun budaya. Oleh itu, bagi orang Melayu mempelajari Tulisan Jawi bukan suatu yang sukar, kerana ia bukanlah baru dalam masyarakat Melayu, bahkan orang Melayu sejak dari kecil lagi telah mengenali apa itu Tulisan Jawi melalui pengajian alQuran berbanding dengan tulisan Rumi yang telah dibawah oleh penjajah Barat pada aabad ke-15 Masihi. Namun hasil penjajah Barat telah menyebabkan tulisan Rumi ini menjadi nilai yang tinggi dari segi ekonomi, hal ini kerana tulisan Rumi digunakan oleh pemerintah sehingga menyebabkan ia mengatasi tulisan jawi. Dalam tugasan ini, saya akan menjelaskan peranan tulisan Jawi dan peranannya dalam peradaban Melayu sejak dahulu sehingga kini. Manakala dari segi sejarah tulisan Jawi juga memainkaan peranan yang penting dalam bahasa ilmu alam Melayu sejak kedatangan Islam di rantau ini pada abad ke 13. Di zaman keagungan Islam di Alam Melayu pada abad ke 17 dan 18, banyak karya hasil penulisan para ilmuan tempatan seperti Hamzah Fansaari, Nuruddin dan sebagainya telah menulis karya mereka dalam tulisan Jawi. Namun setelah mencapai kemerdekaan, usaha-usaha untuk mengembalikan tulisan jawi telah dimulakan.

PERANAN TULISAN JAWI DALAM PERADABAN MELAYU

Tulisan Melayu huruf Arab atau ia dikenali sebagai tulisan Jawi telah lama wujud dan digunakan sebagai tulisan rasmi Melayu, iaitu sejak abad ke 14 Masihi atau sebelummnya bahkan menurut Kang Kyong Seock, dapat dikatakan Sejarah Melayu bermula dengan tulisan Jawi, iaitu serentak dengaan kelahiran kerjaan-kerajaan Islam yang silam. Makan-makan Diraja Melayu yang telah terdapat di Pasau, Acheh, Daya dan Geresik (jaya) yang diperbuat daripada batu pualam yang bertulisan huruf-huruf Aram telah jelas membuktikan hakikat tersebut. Peranan tulisan Jawi ini bukan sahaja pernah menjadi tulisan utama di semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei Darusslam, Indonesia, Selatan Thai, tetapi juga meliputi Sri Lanka (bagi rumpun Melayu) hal ini telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi ini sebagai satu sistem budaya bagi masyarakat atau rumpun Melayu untuk menunjukkan kemajuan sesuatu peradaban. Pada mulanya tulisan Jawi ini telah bercampur aduk di antara abjad Arab dan aksara Hindu seperti yang didapati pada prasasti yang telah ditemui di Minye Tujuh Acheh yang telah bertarikh 1380 Masihi, namun selepas itu digunakan abjad Jawi sepenuhnya. Sejak wujudnya alat cetak, peranan tulisan jawi semakin bertambah, di mana ia digunakan pula sebagai alat untuk terbitan akhbar-akhbar, majalah-majalah dan juga buku-buku dan risalah-risalah dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sri Lanka telah menerbitkan sebuah akhbar Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi yang bertajuk Alamat Langkapuri pada tahun 1869. Sejak itulah tulisan Jawi digunakan secara menyeluruh bagi menulis kita-kitab agama, karya-karya sastera, buku-buku, risalah-risalah dan juga prasasti, termasuklah juga surat-surat perjanjian dengan

negara-negara luar. Namun pada zaman ini juga, tulisan Jawi yang menggunakan abjad Arab terbukti kemampuannya menjadi media ilmia, peradaban, komunikasi, pentadbiran dan juga politik. Tulisan jawi juga digunakan dalam warta-warta kerajaan , perutusan-perutusan, perjanjian-perjanjia dan permasyhuran rasmi kerajaan juga adalah dalam tulisan Jawi. Namun dari segi sejarah tulisan Jawi itu sendiri memainkan peranan yang sangat penting dalam memartabatkan peradaban Melayu dari segi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di alam Melayu sejak kedatangan Islam di rantau ini pada abad ke 13. Jika kita lihat peranan tulisan Jawi ini bukan sahaja pada alam Melayu pada zaman dahulu yang berfungsi sebagai alat komunikasi, penerbitan majalah-majalah, batu bersurat, wang dan lain-lain lagi, namun tulisan Jawi ini juga masih digunakan pada zaman kini walaupun ianya agak ketinggalan sedikit, ia tetap digunakan sebagai salah satu media. Setelah Islam bertapak dengan pesatnya di Tanah Melayu maka berkembanglah usaha-usaha untuk mempelajari Islam dari sumbernya yang utama iaitu al-Quran dan hadith. Berdasarkan kepada fakta sejarah bahawa pendidikan Islam yang mula-mula diperkenalkan ialah berbentuk mengajar al-Quran dan pembelajarannya dimulakan dengan pelajaran mengenal huruf-huruf. Maka untuk memudahkan lagi usaha penyebaran ilmu-ilmu Islam, ulama-ulama dan para mubaligh Islam telah

memperkenalkan suatu tulisan huruf yang menyerupai tulisan huruf Arab dikenali sebagai tulisan jawi.

Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya,al-Quran. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai bahasa serantau di samping penyebaran agama Islam. Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani,Aceh dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan suratmenyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama

saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya,termasuk Undang-Undang Johor, Pahang, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Selain teks Sejarah Melayu, sumber perundangan di Melaka dapat dirujuk melalui teks undang-undangnya. Mengikut Liaw Yock Fang, teks undang-undang di Melaka terbahagi kepada dua iaitu Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka (Liaw Yock Fang (ed.), 1976). Undang-Undang Melaka dikenali juga sebagai Undang-Undang Darat Melaka, dan Risalah Hukum Kanun. Di samping itu 46 naskhah salinan daripadanya diberi berbagai-bagai judul seperti Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Negeri dan Pelayaran, Surat Undang-Undang, Kitab Undang-Undang, Undang-Undang Melayu, Undang-Undang Raja Melaka, Undang-Undang Sultan Mahmud Shah, Kitab Hukum Kanun dan Surat Hukum Kanun (46 naskhah ini terkumpul ke dalam beberapa versi seperti versi Undang-Undang Melaka yang tulin, versi Aceh dan versi Patani) (Mohammad Yusoff Hashim (1989). Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses

Pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa. Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja Joo III dari Portugal (1521); surat daripada Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England (1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719). Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu.

Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Apabila kedatangan Islam maka banyak unsur-unsur Islam yang mempengaruhi bahasa dan tulisan Melayu. Banyak perkataan Arab yang diambil dan dimasukkan dalam bahasa Melayu samada dikekalkan sebutan dan ejaannya mahupun diserap dan disesuaikan lafaz dan ejaannya. Contoh kata-kata yang dikekalkan ialah seperti Allah, Malaikat, nabi, rasul dan lain-lain lagi (Za`ba: 1965). Dengan itu penggunaan tulisan pengaruh India sudah tidak praktis lagi dalam suasana yang baru ini dan tulisan Arab telah digunakan untuk bahasa Melayu bagi menggantikan tulisan tersebut yang kemudiaanya dikenali sebagai tulisan Jawi.

Manakala Sejarah tulisan Jawi di Nusantara berkait rapat dengan kedatangan Islam ke Nusantara. Berpandukan kepada beberapa fakta, kebanyakan sejarawan terutamanya dari barat berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Nusantara berlaku pada abad ke-13 Masihi. Penemuan batu bersurat juga menunjukkan bahawa tulisan jawi telah digunakan sebelum tahun 1303M lagi dan sehingga hari ini tulisan jawi masih terus digunakan. Bentuk tulisan Jawi pada bukti ini ialah tulisan khat nasakh yang mudah dibaca dan nada menyebut nama Tuhan dengan panggilan Dewata Yang Mulia. Namun kerana usianya yang terlalu lama di samping ianya telah digunakan untuk pelapik kaki maka terdapat beberapa bahagian yang telah haus.Hal ini telah menunjukkan bahawa tulisan jawi ini telah memartabatkan bangsa Melayu. Setiap

Menjelang abad Masihi ke 20, penggunaan tulisan jawi sebagai alat perakam karyakarya persuratan Melayu sudah meliputi suatu lingkungan yang sangat luas. Bukan itu sahaja malah tulisan jawi telah digunakan dalam semua bidang kehidupan pada masa itu. Yang paling menonjol ialah penggunaan tulisan jawi di dalam surat-surat antara negeri-negeri Melayu dengan pihak Inggeris. Keagungan tulisan jawi beransuransur kurang penting tahun demi tahun apabila kerajaan lebih memberikan penekanan kepada penggunaan tulisan rumi. Akhirnya generasi sekarang banyak yang tidak memahami tulisan jawi lagi. Sejarah jelas menunjukkan bahawa tulisan jawi yang diperkenalkan semenjak kurun ke-14 itu telah bertapak kukuh di Tanah Melayu. Pengaruhnya juga begitu meluas dalam perkembangan Bahasa Melayu. Tetapi sejak sistem Ejaan Rumi diperkenalkan untuk menulis bahasa Melayu pada awal kurun ke 20, dan digunakan dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu, kedudukan tulisan jawi mula mendapat persaingan. Semoga dengan usaha yang berterusan dari pelbagai pihak dalam agenda memartabatkan tulisan jawi akan memberi kesan positif bagi mengangkat tulisan jawi ke persada dunia dan kekal dihayati di rantau Asia Tenggara.

Waktu telah berlalu dari alam Melayu sehinggalah kini, jika kita meneliti, kita dapati bahawa masyarakat Malaysia pada ahri ini tidak banyak menggunakan tluisan Jawi, hal ini dek kerana arus pembangunan negara semakin meningkat, namun jika kita menelusuri sejarah, tanpa tulisan Jawi ini berkemungkinan peradaban Melayu ini tidak dapat diwujudkan. Bahan-bahan yang dicetak dalam tulisan Jawi begitu kurang. Ini antara sebabnya ialah kebanyakan dari kita kurang mahir membaca Jawi. Biasanya buku-buku, bahan maklumat, bahan bacaan dan lain-lain dicetak dalm tulisan Rumi, hanya sedikit sahaja yang dicetak dalam tulisan Jawi. Ada pula yang dicetak dalam dua versi iaitu Jawi Dan Rumi. Namun kini, tulisan Jawi semakin digunakan bagi tujuan untuk memartabatkan peradaban Melayu.