Anda di halaman 1dari 81

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

TAJUK 1 Konsep Asas Moral

SINOPSIS Tajuk ini membincangkan konsep-konsep asas moral.Kandungannya meliputi definisi, ciri-ciri, dan implikasinya dalam kehidupan seharian.Konsep baik, benar, dan patut pula menekankan penilaian terhadap sesuatu tingkahlaku yang selaras dengan peraturan moral yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar Pendidikan Moral seseorang guru.

HASIL PEMBELAJARAN i. Memberidefinisikonsepasas moral ii. Mengenalpastikonsepbaik, benardanpatut iii. Menjelaskanpernyataannormatifdandiskriptif iv. Menjelaskan empat aliran pemikiran tentang moral v. Menunjukkan sifat-sifat keempat-empat aliran pemikiran moral vi. Mengenal pasti contoh-contoh situasi bagi keempat-empat aliran pemikiran

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Konsep Asas Moral

Definisi Konsep Moral. Etika dan Akhlak

Baik, Benar dan Patut

Pernyataan Normatif dan Diskriptif

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

1.0

Definisi Konsep Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsepkonsep berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

1.1 Konsep Moral Perkataan moral berasal daripada perkataan mores - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. Secara etimologi istilah moral berasaldaripada bahasa Latin mos, moris (adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak).Banyak ahli mores (adat

menyumbangkan

pemikirannya untuk mendefinisikan kata moral secara terminologi.

Dagobert D. Runes Moral adalahhal yang mendorongmanusiauntukmelakukantindakantindakan yang baiksebagai kewajiban atau norma

Helden (1977) dan Richards (1971) Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Atkinson (1969) Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa yang dapat dan tidak dapat dilakukan. Contohnya Siva menjumpa isebuah beg yang mengandungi sebuah komputer riba di atas bangku stesyen bas. Sebagai seorang pelaja rkolej sudah pasti Siva memerlukan sebuah komputer riba, untuk memudahkannya membuat kerja-kerja kolej. Tetapi sebagai seorang yang bermoral Siva telah membawa komputer riba itu ke balai polis untuk diambil tindakan yang selanjutnya. Rumusannya moral ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi

keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

1.2

Konsep Etika Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang

falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Contoh 1

Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

1.3

Konsep Akhlak Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya. Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Minum

arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan terhadap dalam masyarakat keluarga. dan melalaikan tanggungjawab berjudi boleh

Allah

dan

Sesungguhnya

menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya. Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi: i) memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani ii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah iii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara iv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas v) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanakkanak tetapi baik pada setengah orang dewasa. Bagaimanapun,

seseorang yang minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Hakikatnya akhlak dan moral memang berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis manakala moral berpiawaikan tanggapan dan budaya setempat. masyarakat

Perbincangan 1. Dalam kumpulan, cuba anda huraikan perkara-perkara berikut: i) Buat satu banding beza dia antara konsep Moral, Etika dan Akhlak ii) Etika Perguruan merupakan satu garis

panduan/peraturan yang telah diwujudkan untuk para guru. Jelaskan kebaikan Etika Perguruan ini.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

2.0

Konsep Baik, Benar dan Patut Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dan patut. Contohnya: Kita patut melakukan apa yang baik dan benar. Anda patut berkelakuan baik. Anda patut makan makanan berkhasiat Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan Sesuatu tindakan itu dikata baik atau benar sekiranya tindakan sejajar dengan tugas dan tanggungjawab, dan salah jika

perlakuan/tindakan bertentangan konsep baik dan benar.Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah

mentakrifkannya dalam kontek satau pendekatan yang berbeza.

2.1

KonsepBaik

Baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Ia merujuk kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya. Maknabaik: 1. Secara fizikal: alat yang banyak faedah dan kepuasan dari segi penggunaan 2. Kepuasan diri: memuaskan hati pengguna dari segi rupa, mutu, kecekapan dan sebagainya 3. Kelakuan:gerak-geri yang ditunjukkan, sesuai atau tepat dan memberi sokongan atau persetujuan 4. Penyakit: dalam proses pulih atau balik kepada asalnya.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

2.2

KonsepBenar Benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai, mempunyaif akta-fakta, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti.

Perkataan benar boleh dilihat dari segi: i. ii. kebenaran mutlak kepadaTuhan kebenaran secara saintifik sesuatu kebenaran yang boleh dibuktikan dengan fakta atau maklumat yang dikumpul dan dianalisis secara saintifik. iii. kebenaran secara relatif pada sesuatu situasi tertentu benar wujud secara relatif dan bukan mutlak seperti yang terdapat dalam pantang larang dan peraturan adat.

2.3

KonsepPatut Patut bermaksud seharus, mesti, atau sesuaidan mempunyai unsur bertindak secara waras dan bijaksana

Fikirkan Banyak perkara yang baik serta benar tidak patut diamalkandi kalangan masyarakat kini.Ulaskan

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

2.4

PernyataanNormatifdanpernyataanDeskriptif

2.4.1 Pernyataan Normatif Pernyataan ini terbahagi kepada dua, iaitu: i) Pernyataan Normatif Moral Pernyataan ini merupakan penegasan atau pernyataan yang

menyatakan pertimbangan nilai kita seperti baik atau jahat, benar atau salah, dan diterima atau ditolak. Contoh-contohnya: (a) (b) Berzina adalah perbuatan yang sangat keji. Pengguguran adalah perbuatan yang tidak bermoral.

Abdul Rahman Aroff (1999) menyatakan bahawa terdapat dua cara kita menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah, larangan,

tanggungjawab, hak, dan sebagainya. Pertama, apabila kita menilai perbuatan atau perlakuan individu. Perbuatan ini dipanggil

pertimbangan nilai obligasi (deontic). Kesan perbuatan itu tidak diambil kira. Contoh-contohnya: (a) (b) Kita patut menepati janji Perbuatan mencuri adalah salah.

Kedua, apabila kita menilai ciri perwatakan, motif, atau peribadi seseorang. Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan moral aretaic. Contoh-contohnya: (a) Seseorang yang kedekut adalah tidak baik. (b)Dia mempunyai motif yang benar. Harus diingat bahawa ada pernyataan normatif yang mempunyai implikasi atau kesan langsung dan segera terhadap tingkah laku.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Apabila pernyataan itu dikeluarkan, kita menentukan patut atau tidak patut seseorang itu berkelakuan demikian. Contoh-contohnya: (a) Kecuaian memandu di jalan raya membahayakan diri sendiri dan orang lain. Berhati-hati di jalan raya. (b) Kita patut membantu orang yang tidak bernasib baik. Oleh itu, bermurah hatilah. Di samping itu, terdapat juga pernyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk atau perintah. Hal ini melibatkan perbuatan yang patut atau tidak patut dipatuhi oleh anggota masyarakat. Contoh-contohnya: (a) Peraturan Perlembagaan mesti dipatuhi. (b) Tempat ibadat semua agama mesti dihormati. ii) Perbuatan Normatif Bukan Moral Pernyataan ini disebut sebagai domain bukan moral. Termasuk di dalamnya ialah agama, estetika, ekonomi, intelek, kebendaan, politik, dan sosial. Dalam hal ini, istilah baik, buruk, dan sebagainya tidak diguna pakai untuk menentukan nilai moral perbuatan atau watak seseorang. Contohcontohnya: (a) Ini sebuah buku yang baik. (b) Anda tidak perlu membeli kasut itu. Antara pernyataan-pernyataan normatif yang berhubung dengan soal estetika dan agama ialah: (a) Saya sukamembelibeg tangan yang cantik dan selesa. (b) Menipu adalah satu dosa. 9

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

2.4.2 Pernyataan Deskriptif Abdul Rahman Aroff menyatakan bahawa pernyataan ini bebas daripada sebarang nilai atau tiada kaitan dengan pertimbangan nilainilai moral. Pernyataan ini value-neutral dan terdiri daripada laporan atau deskriptif. Tujuannya adalah untuk menyatakan fakta empirikal atau logikal. Contoh-contohnya: (a) Dia sentiasa tidur awal. (b) Kereta itu berwarna biru.

Latihan Bil 1. 2. 3. 4. Pernyataan Kelas itu sangat kotor Alat pengisar ini sangat baik Su Li seorang pelajar yang rajin dan sentiasa mengikut kata guru. Doktor itu telah memberikan layanan yang sama rata kepada para pesakitnya tanpa mengira bangsa dan agama. Emas mempunyai nilai harga yang sangat tinggi Saksi perbicaraan kes itu telah bercakap benar sewaktu disoal oleh para hakim. Normatif/ Diskriptif

5. 6.

10

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

3.0

Aliran Pemikiran Moral 3.1 Naturalis Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis. Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya.

Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 52 tahun yang lalu.

Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

2.2 Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah: 11

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita

tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut. Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya. Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga. Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

2.3 Intuisionis Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara

spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina. Gerak hati mereka ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi

12

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya bentara.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

2.4 Rasionalis Rasionalis berasal daripada perkataan ratio yang bermakna reason atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk

mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.

Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan. Perkaraperkara yang berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dihujah dengan logik akal biar pun 1000 orang cerdik pandai

berhimpun untuk mencari logiknya. Contohnya perkara tentang Hari Kiamat, kewujudan Tuhan, Hari Pembalasan dan sebagainya.

13

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Latihan:

1. Sebutkan 4 jenis aliran Pemikiran Moral 2. Huraikan berserta contoh aliran Pemikiran Instiusionis dan Emotivis 3. Banyak berlaku salah laku di kalangan guru-guru terhadap murid-murid pada masa ini. Buat satu analisis berdasarkan pemikiran moral mengenai isu ini.

14

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

TAJUK 2 Konsep Asas Nilai

SINOPSIS

Tajuk ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang pelbagai jenis nilai dalam etika dan moral. Kefahaman tentang jenis nilai ini akan memberikan penjelasan tentang pegangan nilai antara individu, peraturan yang termaktub dan nilai-nilai sejagat. Pelajar juga dapat mengenali Jenis-jenis Nilai yang mempengaruhi kehidupan manusia. Berdasarkan kefahaman dan pengalaman, pelajar boleh membuat justifikasi dan pertimbangan dalam tindakan sendiri dan dalam situasi tertentu.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, pelajar boleh: 1. 2. Menjelaskan konsep konsep asas nilai. Menganalisis jenis-jenis nilai dan mengaplikasikannya dalam profesion perguruan. 3. Menghubungkait dan mengaplikasi konsep nilai dan jenis nilai dalam membuat justifikasi dan pertimbangan moral atas tindakan sendiri dalam situasi tertentu.

15

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

KERANGKA TAJUK

NILAI DAN TEORI ETIKA

KONSEP NILAI

TEORI ETIKA

Instrumental

Instrinksik

Subjektif

Objektif

Relatif

Mutlak

2.1 KONSEP NILAI

Nilai merupakan kriteria atau standard bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini, berharga atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana. (Koo K.P, 1990: ms 70)

Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah suatu penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka. Secara amnya nilai boleh digunakan dalam 3 konteks.(Eow B.H, 2000:14-16) Nilai Sifat (Attribute) untuk menyatakan ketinggian nilai sesuatu seperti nilai yang diberikan kepada masa seperti emas. Nilai Kadar kepada sesuatu seperti harga atau markah sesuatu objek atau perkara seperti berapa harga barang atau berapa

tinggi penilaian ketua terhadap tugas-tugas yang kita jalankan. Nilai Aksiologi- yang berkaitan dengan falsafah nilai. Nilai budi yang tidak terbalas seperti dalam pantun nasihat Melayu: hutang budi dibawa mati dalam pantun pisang emas. 16

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. Justeru, wujudlah pelbagai kegunaan nilai: Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Nilai sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan. Nilai sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. Nilai bukan hanya merangsang,malah menghadkan perlakuan seseorang.

2.1.1 Jenis-jenis Nilai i. Nilai Instrumental berbanding dengan Nilai Instrinsik Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai. Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik

Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai matlamat. alat mencapai sesuatu

Kualiti yang diterima atau ditolak sematamata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya. Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir. Nilai peringkat pertama,misalnya baik hati, kasih saying, keadilan.

Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai berani, peringkat rajin kedua, dan misalnya hormat

menghormati.

Contoh: Keikhlasan Kita perlu ikhlas dalam menjalankan Contoh: Nilai Kasih sayang tanggungjawab di dunia ini. daripada sifat ikhlas, kita Berkat Azhar amat menyayangi ibu bapanya. akan Azhar sanggup berkorban apa sahaja demi 17

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

memperoleh ketenangan dan kepuasan kesenangan kendiri.

ibu

bapanya.

Azmi

tidak

pernah mengharapkan harta warisan atau sebagainya kerana beliau berpendapat

Nilai-nilai di atas bergantung kepada bahawa nilai lain untuk mencapai matlamatnya.

seseorang

anak

berkewajipan terhadap

menjalankan ibubapa.

tanggungjawab

Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung dengan nilai lain untuk mencapai matlamat.

(ii) Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif

Nilai Subjektif

Nilai Objektif

Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan

Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi. Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang.

Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.

Contoh : Melepak

Contoh : Peperangan

Rama seorang remaja yang baik. Walau Peperangan adalah ibarat menang jadi bagaimanapun apabila dia penat belajar, arang kalah jadi abu. Kesan peperangan dia selalu melepak di pusat beli belah ialah tragedi. berhampiran dengan rumahnya. Dia

berpendapat bahawa melepak tidak salah kerana dia dapat melepaskan tekanan

18

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Nilai Relatif berbanding Nilai Mutlak atau Nilai Absolute

Nilai Relatif

Nilai Mutlak (Absolute)

Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan untuk sesuatu mencapai

Nilai yang kebaikan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan

masyarakat

sesebuah masyarakat. Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk. Kekal sepanjang masa dan di semua semua masyarakat. tempat serta hampir norma

sesuatu matlamat masyarakat. Nilai relatif ialah arbitrari (tidak tertentu), tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. Boleh berubah mengikut masa.

situasi

Contoh : Main Mercun Bermain mercun merupakan Contoh : Menghormati ibubapa

sebahagian daripada amalan penting Anak dituntut untuk menghormati ibu dalam sambutan Tahun Baru Cina. bapa kerana tanpa mereka siapalah Walau bagaimanapun masyarakat Cina kita. Anak yang tidak menghormati ibu mula menerima pengharaman bermain bapa dianggap sebagai anak derhaka. mercun kerajaan yang dikuatkuasakan tindakan oleh

sebagai

rasional

pada masa kini.

19

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Perbincangan

Berdasarkan

falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

dan

Falsafah

Pendidikan guru , bincangkan perbandingan antara Nilai Instrumental dan Nilai Instrinksik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan : Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaddu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Falsafah Pendidikan Guru : Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Fikir-fikirkan

Manusia dicipta dari pelbagai bangsa, keturunan, kaum dan agama. Justeru itu wujudnya perbezaan dari segi nilai budaya yang dikenali sebagai silang

20

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

budaya. Bagaimanakah dengan perbezaan ini manusia boleh hidup harmoni dan bersatupadu.
Latihan Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

1.

Cari keratan akhbar yang mengandungi nilai-nilai instrumental, intrinksik,subjektif, objektif, relatif dan mutlak. Buatkan analisa dan kategorikan nilai yang terkandung dalam keratan akhbar tersebut.

Rumusan 1. Nilai adalah ukuran atau piawai yang ditetapkan oleh seseorang untuk mengukur sesuatu. 2. 3. Moral adalah suatu nilai tetapi bukan semua nilai bersifat moral. Terdapat banyak jenis nilai dalam kehidupan yang mempunyai ciri dan fungsi tertentu.

21

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

TAJUK 3 TEORI-TEORI ETIKA

SINOPSIS Tajuk ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang teori etika Kefahaman tentang teori ini membantu pelajar melihat perbezaan pandangan dalam membuat penilaian tindakan manusia daripada pelbagai asas teori. Antaranya Teori Teleologi berasaskan kesan sesuatu tindakan, Teori Deontologi melihat kepada motif tindakan manakala Virtue berdasarkan tindakan yang disifatkaan sebagai jalan tengah dan berkeperibadian mulia. Dua jenis teori ini adalah amat penting untuk difahami kerana ia menerangkan tentang perbezaan tumpuan yang diberikan dalam mengenalpasti tindakan yang bermoral oleh individu-individu yang berlainan. Konsep etika dan kemoralan tidak diperjelaskan, pasti sukar untuk guru-guru mengajar Pendidikan Moral kerana proses untuk mewujudkan insan terdidik dan matang dari segi moral adalah rumit dan memerlukan kepakaran yang sewajarnya.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, pelajar boleh: 1. Menjelaskan teori-teori etika seperti teori, teori teologikal , teori deontologikal dan kemoralan sosial; 2. Membincangkan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam teori teologikal dan deontologikal; 3. Menganalisis teori-teori etika dan membuat justifikasi dalam kehidupan seharian ; 4. Membincangkan perbezaan di antara teori teologikal dan deontologikal dan 5. Menganalisis teori-teori etika dan mengaplikasikannya dalam Pendidikan Moral 22

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

3.1

KERANGKA TAJUK

TEORI ETIKA

TELEOLOGIKAL

DEONTOLOGIKAL

KEMORALAN MORAL

KEPERIBADIAN MULIA

UTILITIARISME

EGOISME

KEWAJIPAN

EKSISTENSIALISME

3.2

TEORI ETIKA

Teori etika adalah "a systematic exposition of a particular view about what is the nature and basis of good or right" (MacKinnon, 1995, m.s. 8). Teori etika memberikan sebab-sebab atau norma untuk menimbangkan sama ada satu tindakan betui atau salah dan cuba memberi justifikasi atas norma itu. la memberikan asas kepada prinsip moral atau garis panduan yang meliputi beberapa nilai yang tertentu. Prinsip ini pula boleh digunakan untuk menentukan apakah tindakan harus dipilih dan lakukan dalam sesuatu situasi yang tertentu. Oleh itu, tugas etika adalah menyediakan garis panduan kepada tindakan yang tekal dengan anggapan umum tentang maksud etika atau moral. Teori etika terdiri daripada dua pandangan utama, iaitu Teori Teologikal (Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal (Non-consequentialist Theory). Pada prinsipnya, kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sama lain dalam menentukan nilai-nilai sesuatu perlakuan moral. Tumpuan Teori Teologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan manakala tumpuan Teori 23

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Deontologikal ialah tindakan atau jenis tindakan itu. Seseorang ahli teologis akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah betul atau salah melalui akibatnya, tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sama ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya.

3.2.1 TEORI TEOLOGIKAL Perkataan teologikal berasal daripada perkataan Yunani telos yang bermaksud tujuan atau matlamat. Teori teologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan adalah bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Berdasarkan teori ini nilai betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banyak atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan. Bagaimanapun, ahli-ahli teologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Ini menyebabkan wujudnya beberapa jenis teori teologi yang berbeza seperti utilitarianisme dan egoisme.

3.2.1.1 Utilitarianisme Diasaskan oleh Jeremy Bentham (17481832) dan John Stuart Mill (1806 1873), utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang bermaksud berguna atau kegunaan. Teori moral ini berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan keseronokan kepada majoriti. Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang 24 memaksimumkan kebahagiaan atau

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Disini, kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan, iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral. Contoh: Tindakan Amerika menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah dianggap wajar kerana ia menghasilkan kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat dunia. Pandangan Utilitarianisme terbahagi kepada dua iaitu ; a) Utilitarianisme Tindakan : setiap orang patut melakukan tindakan yang

akan membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah berlainan. b) Utilitarianisme Peraturan: setiap orang patut membentuk dan mengikut

suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima bagi semua orang terlibat. Pendukung teori ini percaya terdapat niat, tindakan dan situasi manusia yang serupa untuk mewajarkan pembentukan peraturan yang akan diaplikasikan kepada semua orang dalam apa jua situasi. Contohnya, Tindakan membunuh akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan bagi pihak majoriti dan dalam kebanyakan situasi, maka pembunuhan tidak harus dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti mempertahankan diri. Kelemahan Teori Utilitarianisme

1. Membenarkan seseorang melakukan kejahatan untuk mencapai keseronokan. 2. Keseronokan dan kebahagiaan tidak boleh disamaertikan kerana dua sifat ini ada dalam keadaan tertentu bertentangan antara keduanya.

25

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

3. Menghadkan keseronokan dan kebahagian sahaja tidak memadai untuk mencapai matlamat hidup. Terdapat nilai lain yg lebih baik seperti kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dan lain-lain. 4. Ada keseronokan yang berbentuk jahat seperti seronok mencuri, membunuh dan menyeksa orang lain atau membakar harta benda orang. 5. Masochists: terdapat kepuasan yang dicapai melalui kesakitan orang. 6. Nietzsche: bagi mencapai kebahagiaan manusia perlu berhadapan dengan rintangan yang menyakitkan dan terpaksa menempuh halangan. 7. Terlalu sukar untuk menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan seseorang kerana berbeza citarasa dan pengalaman orang.

3.2.1.2

Egoisme

Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah betul jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu buruk jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri. Teori egoisme adalah satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri (self-realization). Ia terbahagi kepada egoisme psikologi dan egoisme etika. Egoisme Psikologikal Mengikut teori ini, i. manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental untuk berbuat demikian; dan ii. terdapat orang yang kerap, tetapi tidak selalu, bertindak demi kepentingan. Egoisme Etika Egoisme Etika adalah bersifat normatif. Ia terbahagi kepada 3 bentuk iaitu: 26

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

1. Egoisme etika individu Setiap orang patut bertindak untuk kepentingan saya. 2. Egoisme etika personal Menentukan apa yang harus dilakukan oleh orang lain. saya patut bertindak untuk kepentingan diri sendiri tetapi saya tidak berhak. 3. Egoisme universal Setiap orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga memenuhi kepentingannya.

Contoh : Mengikut teori ini, serangan Amerika ke atas Iraq pada tahun 2003 adalah untuk mendapatkan hak saluran paip minyak. Tindakan ini adalah semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan Amerika sahaja.

3.2.2 TEORI DEONTOLOGIKAL Deontologi berasal dari perkataan Yunani deon yang bermaksud yang diharuskan atau diwajibkan. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai intrinsik, tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Teori ini mempunyai dua aspek iaitu tindakan dan peraturan. Ia menyatakan ada pertimbangan lain yang boleh menentukan sesuatu tindakan atau peraturan menjadi baik, betul atau wajib secara moral walaupun ia tidak menghasilkan banyak kebaikan daripada keburukan bagi individu, masyarakat atau dunia. 1. Teori Deontologi Tindakan menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam situasi tertentu. Contoh:Dalam keadaan genting ini aku terpaksa memetik picu senapang ke arah perompak itu Tindakan ini dilakukan untuk menyesuaikan keadaan tanpa merujuk apa-apa peraturan.

27

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

2. Teori Deontologi Peraturan pula mengatakan bahawa kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan. Peraturan itu adalah asas dan tidak berpunca daripada situasi tertentu. Perbezaan antara kedua-dua teori ini ialah teori deontologi peraturan menjelaskan bahawa pertimbangan moral adalah ditentukan dengan merujuk kepada perkara-perkara umum seperti peraturan masyarakat atau prinsipprinsip tertentu manakala teori deontologi tindakan pula menyatakan bahawa tidak perlu untuk membuat rujukan kepada prinsip-prinsip atau peraturan tetapi menegaskan bahawa tindakan adalah satu persepsi yang terus terang sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah. Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan. Teori Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama, iaitu Prinsip Kewajipan dan Prinsip Eksistensialisme. 3.2.2.1 Prinsip Kewajipan

Satu prinsip kemoralan dalam teori deontologikal peraturan yang dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804) ialah prinsip kewajipan (principle of duty) yang menegaskan duty for the sake of duty dan membawa maksud tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama

menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak. Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab kemoralan.( Contohnya:

28

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

tanggungjawab

ketepatan

masa,

sebagai

ibu,

suami,

pemain

dalam

pertandingan, walaupun kadang kala ia dianggap tanggungjawab etika).

Konsep tekad baik (goodwill) adalah sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan susuatu tindakan. Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat, tujuan seseorang dalam menentukan sama ada suatu tindakan itu adalah baik atau betul. Prinsip Perintah Mutlak bermaksud satu perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualiaan atau syarat-syarat. Ia mengandungi tiga prinsip utama iaitu prinsip tersebut mesti diterima secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.

Kewajipan Prima Facie Sir William David Ross (18771940) bersetuju dengan Kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan. Prima facie = (at first glance atau on the surface of things) Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya. Ross menyusun sebuah daftar kewajipan yang semuanya merupakan kewajipan prima facie: Kewajipan kesetiaan: kita harus menepati janji yang diadakan dengan bebas Kewajipa ganti rugi: kita harus melunasi hutang moral dan material Kewajipan terima kasih: Kita harus berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita. 29

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Kewajipan

keadilan:

kita

harus

membahagikan

hal-hal

yang

menyenangkan sesuai dengan khidmat orang berkaitan. Kewajipan berbuat baik: kita harus membantu orang lain yang memerlukan bantuan kita. Kewajipan mengembangkan dirinya: Kita harus mengembangkan dan meningkatkan bakat kita di bidang keutamaan, inteligensi, dan sebagainya. Kewajipan untuk tidak merugikan orang lain (satu-satunya kewajipan yang dirumuskan Ross dalam bentuk negatif)

3.2.2.2 Eksistensialisme

Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan bermoral. Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu akan bebas bertindak dan dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Sebagai contoh, setiap individu bertanggungjawab dalam

merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan kemajuan negara. Oleh itu sebarang tindakan individu yang menggugat keharmonian negara adalah pilihan inividu itu sendiri secara bebas dan mereka perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka. Ini adalah kerana manusia perlu bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.

30

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

3.2.3 TEORI KEMORALAN SOSIAL Kemoralan Sosial (atau kecenderungan untuk mengaitkan peraturan

masyarakat dengan konsep etika) berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Ia juga menitikberatkan tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah daripada sesebuah autoriti. Teori Kemoralan Sosial mengutamakan

kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu. Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma,

kebiasaan atau adat, kod etika, nilai dan pantang larang. Kesemua ini adalah bagi menjaga kerukunan sosial. Contohnya, setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat. Ciri-ciri kemoralan Sosial 1. Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib dipatuhi.

2.
3.

Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai matlamat etika. Peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.

Kelemahan kemoralan sosial ialah : a) Ia bersifat relatif, dimana semua masyarakat atau komuniti mempunyai peraturan moral masing-masing. Peraturan moral satu masyarakat boleh bertentangan dengan yang lain. Ini boleh mengakibatkan berlakunya pepecahan dan membawa kepada ketegangan dan konflik sekiranya setiap masyarakat terlalu agresif mempertahankan peraturan moral masing-masing.

31

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

b) Kemoralan sosial juga mungkin menjadi terlalu ketat dan tidak fleksibel, contohnya kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru dan semasa. Peraturan yang konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan membimbing seseorang menghadapi semua dilema moral baru kerana masa dan keadaan sentiasa berubah. c) Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yg dibuat oleh masyarakat.

d) Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral.

e) Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan kehendak hati mereka

f)

Perubahan zaman yg lebih mementingkan budaya lain dan adat resam

ditinggalkan

g) Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan. Contoh: diskriminasi kaum dan lain-lain.

3.2.4

TEORI KEPERIBADIAN MULIA (VIRTUE)

Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle bahawa kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna .

Keperibadian mulia ialah teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Seseorang individu perlu mengetahui kualiti dan taraf hidup yang ia inginkan. Matlamat ini akan menjadi piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya. Seterusnya, keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan di dalam diri seseorang oleh alam semulajadi, yakni tidak 32

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Sebaliknya, cara untuk memperolehi atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokkan. Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia: a. Keperibadian mulia intelektual; dan b. Keperibadian mulia moral. Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle

menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Sementara itu, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan. Ciri-ciri Keperibadian Mulia Seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan; b. Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai; c. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan; d. Berpegang kepada prinsip; 33

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

e. Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan; dan f. Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan. Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat bahawa keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah insan, seperti para nabi dan rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian dan keredaan Tuhan. Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh menerusi pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan suka meniru atau mengikut teladan. Satu lagi ciri kepribadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap keperibadian itu merupakan suatu jalan tengah iaitu tidak berlebihan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan yang salah, jahat, buruk dan boleh dicela. Jadual di bawah menerangkan tentang konsep Jalan Tengah.

Jadual konsep jalan tengah atau virtues Aristotle Bidang lakuan atau perasaan kegentaran atau ketakutan dan keyakinan Berlebihan Kegopohan Jalan Tengah Keberanian Terlalu kurang Perasaan atau perlakuan pengcut atau penakut Perasaan malu Perasaan marah Terlalu malu Panas hati Sopan Sabar Muka tebal Kurang semangat

34

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Ucapan diri

Cakap besar / sombong

Ketulusan / Kebenaran Bijak Ramah tamah

Kata-kata rendah diri Canggung Suka gaduh

Perbuatan kasar Kelakuan sosial

Kelakar Hampakan diri

Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia. Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi. Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana perbuatansederhana berbeza antara individu dengan individu yg lain. Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan. Terdapat beberapa nilai yang tidak boleh diambil secara pertengahan, cth keadilan, mengumpat, bercakap benar dll

Fikirkan

35

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Berikan pendapat anda terhadap tindakan guru dalam gambar di atas. Kaitkan tindakan guru tersebut berdasarkan teori etika.
Latihan Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Latihan 1.

1.

Siapakah yang menjadi perintis utilitarianisme?. Bagaimanakah pandangan mereka.

2. 3.

Apakah yang menjadi kekuatan dan kelemahan utilitariasnisme?. Bagaimanakah pandangan Immanuel Kant dalam teorinya yang disebut deontologi?

4. 5.

Apakah yang menjadi kekuatan dan kelemahan teori deontologi Kant?. Bagaimanakah pemeriksaan yang dicadangkan W.D Ross terhadap deontologi Kant?.

Latihan 2 1. Berikan situasi-situasi di mana prinsip dan sistem nilai moral sesuai diamalkan dalam kehidupan harian. Situasi Sesuai Diamalkan Dalam Kehidupan Harian Kita boleh amalkan utilitarianisme dalam perkaraperkara yang tidak penting terutamanya berunsur rekreasi dan hiburan di mana tujuan utama adalah keseronokan untuk semua

Teori dan Sistem Nilai Utilitarianisme

Egoisme Prinsip Kewajipan

36

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Eksistensialisme Keperibadian Mulia

Rumusan

Kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan melebihi jumlah kejahatan. Individu patut melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Memaksimakan kebahagiaan dan meminimakan kesakitan. Sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau

pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Menurut Utilitarianisme individu patut melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang maksimum kepada setiap orang / Kebahagiaan maksimum kepada majoriti. Sesuatu perlakuan itu dianggap baik / benar mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu Menurut teori Egoisme adalah menjadi tanggungjawab semua manusia untuk memaksimumkan kebaikan diri sendiri. Individu mesti memelihara diri, pengasih diri, kepentingan diri dan ego Menurut teori keperibadian mulia, kecenderungan mencapai sesuatu tujuan, tidak tetapi satu dihasilkan dalam dan individu oleh pengalaman alam sehingga semulajadi, menjadi

melalui latihan

kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan. 37

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

TAJUK4

Insan Moral

SINOPSIS Tajuk ini bertujuan memberi pendedahan kefahaman kepada pelajar tentang komponen dimensi moral yang terdiri daripada penaakulan, emosi dan tingkah laku moral.Ketiga-tiga dimensi ini melibatkan potensi daripada segi pemikiran, penghayatan, dan amalan moral.Ini penting kepada setiap individu untuk menampilkan ciri-ciri insan bermoral yang berpegang kepada prinsip-prinsip insan moral iaitu altruisme, keadilan, dan autonomi/kebebasan.

HASIL PEMBELAJARAN i. Menjelaskan komponen penaakulan, emosi dan tingkahlaku moral ii. Mengenal pasti sifat-sifat individu bermoral dan keperluan hidup berdasarkan beberapa prinsip asas insan bermoral

iii. Menganalisis personaliti tokoh-tokoh tempatan dan antarabangsa yang dipih dan kaitannya dengan sifat-sifat insan moral

KERANGKA TAJUK-TAJUK

INSAN MORAL

DIMENSI MORAL

PRINSIP-PRINSIP INSAN MORAL

38

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

4.1

Dimensi Moral

Konsep moral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi moral.Seorang insan yang berakhlak mulia yang seharusnya mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral.Secara amnya, kita boleh membahagikan moral kepada tiga dimensi, iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.

4.1.1 Penaakulan Moral Disebut juga sebagai pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat secara rasional dan bebas.Ini bermaksud seserong individu yang

mempunyaipemikiran moral dapat memikirakan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat.Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh 1: Seorang guru disiplin telah menjatuhkan hukuman menggantung kelas selama 2 minggu kepada pelajar yang didapati merokok di kawasan sekolah walaupun pelajar itu merupakan anaknya sendiri.Keputusan yang dibuat oleh guru disiplin adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh 2: Seorang murid meniru dalam peperiksaan akhir tahun buat pertama kali kerana ayahnya sangat garang dan telah mengugutnya jika dia tidak dapat tempat pertama, dia tidak akan dapat pergi ke Australia menghadiri majlis konvokesyen kakaknya. menyenangkan guru kelasnya. Sahsiah murid ini cukup

Walau bagaimanapun sebagai guru

39

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

yang tegas dan adil, guru itu terpaksa mengambil tindakan mengikut peraturan sekolah.

4.1.2 Perasaan Moral Merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yangbermoral.Perasaan ini akan membawa kepada perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.

Contoh: Merasa sedih dengan mangsa-mangsa tsunami di Jepun. Bergembira dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan dalam peperiksaan. Marah kepada sesiapa sahaja yang membuang sampah di merata-rata tempat. Bersimpati dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa musibah banjir.

4.1.3 Perlakuan Moral Merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya.Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorangbertindak secara bermoral.

40

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Contoh: memulangkan dompet yang dijumpai di kantin kepada guru bertugas dengan hati yang ikhlas memimpin orang buta menyeberang jalan tidak terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam unit tersebut melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan merosakkan sistem pekerjaan dan ditegah oleh agama sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat iaitu tiada tangan dan kaki sanggup mendokong anaknya pergi balik ke sekolah sejak Tahun Satu hingga Tahun 6.

4.2

Sifat-sifat Individu Bermoral

Bagaimana kita mengganggap seseorang itu bermoral ?Sifat moral seseorang individu biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran dan kejiwaannya. Namun begitu kadangkala seseorang itu

bertindak kerana terpaksa. Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-aspek kerohanian dan pemikiran.Adakah anda dan orang-orang di sekeliling anda orang yang bermoral? Mari kita renungkan bersama.

4.2.1 Prinsip-Prinsip/Ciri-ciri Individu Bermoral Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana masingmasing mempunyai fahaman yang tersendiri. Terdapat teoriteori yang meletakkan kepuasan hati dan keseronokan sebagai sifat moral. Ada yang mempertahankan egoisme sebagai moral dan sebagainya,yang mempunyai kelemahan dan menerima berbagai kritikan. Ada yang

menganggap peraturan masyarakat sebagai asas penentuan nilai moral tetapi hakikatnya nilai-nilai dalam masyarakat juga berbeza dan banyak bercanggah di antara satu sama lain. Hakikatnya sukar dicari suatu persepakatan dalam menentukan nilai-nilai moral. Pemikir-pemikir 41 Pendidikan Moral

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu prinsip keadilan, prinsip altruisme dan prinsip autonomi.

(i) Prinsip Keadilan

Ramai orang memperkatakan tentang keadilan. Ada pihak yang mengatakan bahawa adil itu saksama, seimbang, sama rata, dan sama rasa. Namun begitu sama rata tidak juga menunjukkan keadilan apabila seorang yang bekerja lebih masa tetapi masih mendapat bayaran yang sama. Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka, bukan hanya sama dengan orang lain. Agama Islam pula mendefinisikan keadilan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitu tempat ya ng sesuai dan sepatutnya .

Bagi

Aristotle

yang

banyak

menulis

tentang

konsep

keadilan

menyatakan adil itu sebagai fair-minded, tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan (reasonable way). Di antara prinsip keadilan yang telah disebut oleh beliau ialah Prinsip Keadilan Umum iaitu keadilan sosial yang mana masyarakat diorganisasikan supaya semua individu memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Keadilan distributive ialah adil dalam agihan kebaikan dan beban juga menunaikan perjanjian antara manusia. Ianya juga merangkumi kemahuan kepada peraturan, kejujuran, equity, integrity dan lawfulness.

Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial. Prinsip keadilan merupakan prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan masyarakat. Tentunya juga keadilan membawa makna tidak pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri. 42

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

(ii) Prinsip Altruisme

Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika

perhubungan itu berdasarkan belas kasihan, simpati, memandang penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Amalan

prinsip altruisme juga bermaksud individu akan menjauhi daripada kejahatan dan mementingkan diri sendiri. Bak kata pepatah bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Prinsip altruisme melibatkan perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk menjaga kebaikan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Biasanya keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan berkeperimanusiaan. Perasaan kasih sayang, simpati dan empati menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak.

(iii) Prinsip Autonomi Adakah kita bebas membuat pertimbangan? Persoalan ini ada

kaitannya dengan prinsip autonomi kerana prinsip ini menerangkan konsep pertimbangan bebas. Andaian bahawa pertimbangan dan

tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral. Ini disebabkan individu yang

berkenaan tidak berupaya bertingkahlaku secara rasional dan adil. Individu itu tidak mengakuri tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah dari kuasa luar. (Koo, 1990). Adakah anda setuju dengan pendapat ini?

Dari perspektif bahasa pula autonomi berasal dari suku kata Autos bererti diri sendiri dan Nomos bererti undang-undang. Ini boleh diertikan 43

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

sebagai penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan berdasarkan pengalaman dan alasan sendiri. Prinsip ini meliputi pertimbangan

bebas dan kebebasan memilih. Perlakuan dan pertimbangan individu merupakan hasil tekanan kuasa atasan contohnya seorang guru disiplin mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar atas arahan pihak atasan.

Kant menyatakan individu perlu dihormati kerana mereka adalah agen autonomi untuk membuat keputusan dalam mengambil sesuatu tindakan. Sepatutnya prinsip-prinsip yang universal, sejagat boleh dijadikan undang-undang yang rasional pada mana-mana tempat sama ada di peringkat negara atau institusi, syarikat, keluarga dan sebagainya.

4.2.2 Profil Insan Bermoral Konsep insan bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan Bermoral merupakan seseorang yang berkelakuan yang boleh diterima oleh masyarakatnya dengan cara mematuhi segala set peraturan yang telah ditetapkan oleh autoriti. Seharusnya orang yang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti: a. b. Bebudi pekerti, bertingkah laku mulia serta berbudi bahasa Tidak sombong, tidak menunjuk-nunjuk dalam pergaulan

seharian. c. Bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kelemahan dan kekurangan diri. d. e. Jujur- niat baik, amanah, ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat-menghormati terhadap:

44

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii)

Raja dan negara orang yang lebih tua, guru, rakan, dan jiran Ibu bapa Hak asasi manusia Kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap individu Undang-undang Maruah diri

Walaupun begitu pemikiran, kefahaman dan autoriti moral pelajar haruslah dikembangkan untuk melahirkan Insan Bermoral yang berkesan dengan mengembangkan penaakulan mereka dalam menangani sesuatu masalah. Ini penting supaya tidak terjadi kekeliruan atau konflik di antara nilai tradisi dengan nilai Barat disebabkan pengaruh daripada media massa. Oleh sebab itu seseorang insan bermoral seharusnya mampu: (a) mengenalpasti sesuatu situasi moral; (b) berfikir secara rasional mengenai sesuatu situasi itu serta membuat pelbagai pilihan perlakuan yang berkaitan dengan situasi tersebut; (c) memilih sesuatu tindakan berasaskan sesuatu pertimbangan tertentu; dan (d) bertindak terhadap sesuatu pilihan yang telah dipilih berdasarkan peraturan dan prinsip moral yang asas.

Selain itu seseorang insan moral perlu menguasai dimensi emosi simpati dan empati. Mereka boleh meluahkan perasaan mereka secara betul dan bukan sesuka hati sahaja. Di harapkan dimensi emosi atau perasaan ini akan

45

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

membuat pelajar memahami emosi diri sendiri secara rasional di samping memahami perasaan orang lain.

4.2.3 Ciri-ciri Insan Bermoral 1. Menghormati autoriti (ibu bapa, guru, pemimpin negara dan agama) yang menunjukkan contoh teladan serta amalan yang bermoral. Menghormati agama dan kepercayaan orang lain serta menghargai nyawa sendiri dan orang lain. Orang yang bermoral juga akan membuat keputusan moral secara autonomous setelah menimbangkan segala fakta, alternatif dan kesannya. 2. Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan, tetapi mestilah berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan yang rasional. Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoal akan dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan dibuat. 3. Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam satu-satu situasi. Kesedaran tentang perasaan dan

kepentingan orang lain haruslah dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral. 4. Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil. Seseorangakan sukar untuk bertindak sekiranya dia tidak bermotivasi untuk melakukannya. 5. Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara berterusan berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan yang asas.

4.3

Peranan guru dalam pembentukan insan bermoral

Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat.Ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan 46

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah.Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.

Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektifobjektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaranyang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, untuk mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang 47

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata pelajaran-mata pelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah rancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar: Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di bawah rancangan KBSR, Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan; Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsip-prinsip moral; Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral semasa membuat sesuatu keputusan; dan Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan.

Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral.Dengan

menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia.

Latihan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Insan Moral 2. Buat satu hubungkait di antara penaakulan moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. 3. Bina satu peta minda yang menunjukkan dimensi moral, prinsip-prinsip Insan Moral dan profil Insan Moral

48

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Fikirkan

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka). Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

49

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

TAJUK5

Nilai-nilai Agama dan Masyarakat

SINOPSIS Tajuk ini memberi kefahaman kepada pelajar tentang agama dan kepercayaan yang terdapat di negara kita.Pegangan agama bagi setiap individu penting sebagaimana yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan

agama.Mempelajari nilai-nilai yang terkandung dalam setiap agama ini penting bagi menimbulkan rasa hormat-menghormati sesama kaum.Segala jenis perbalahan dan pertelingkahan boleh dielakkan jika setiap individu mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang sesuatu agama tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN i. Menghayati dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian. ii. Menghuraikan kepentingan agama dan kepercayaan sebagai asas kehidupan. iii. Menjelaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam ajaran setiap agama. iv. Menjelaskan nilai-nilai masyarakat Malaysia

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Agama dan Kepercayaan

Islam Kristian Buddha Hindu Sikhisme Taoisme Confiusme Animisme 50

Nilai Masyarakat Malaysia Nilai-nilai tradisional yang masih diamalkan Perubahan dalam nilai masyarakat Malaysia

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Pada asasnya moral agama adalah moral atau etika yang berdasarkan kepada kewujudan Tuhan dan keimanan kepadaNya dan kehidupan Akhirat (selepas mati). Ada tiga bentuk utama: Moral Politeistik - Kepercayaan kepada banyak tuhan Moral Zahud- Mengetepikan dunia dan mengutamakan akhirat Moral Monoteistik - Kepercayaan kepada tuhan yang satu

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India.Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa.

Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing.Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

5.1

Nilai Agama dan Kepercayaan

Malaysia sebuah negara demokrasi dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai keturunan , budaya, bahasa dan agama . Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi,tetapi agama-agama lain bebas diamalkan secara aman . Misalnya, agama Buddha, Hindu ,Kristian, Sikh ,ajaran Confucius dan Taoist. Setiap agama berbeza dari segi ajaran ,penekanan dan amalannya. Namun,semuanya mempunyai nilai-nilai murni yang menjurus kepada nilainilai moral yang mulia seperti sabar, murah hati, sopan santun ,hormat kepada orang tua dan sebagainya . Nilai-nilai ini perlu dihayatin oleh setiap individu untuk kecemarlangan diri dan interaksinya dendan orang lain. 51

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Agama merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapi cabaran.

Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas diamalkan secara aman. Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.

Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri.

5.2

Nilai murni dari perspektif agama Islam, Hindu dan Buddha

ISLAM Bahasa: Islam berasal daripada perkataan Arab yang bererti berserah, tunduk, dan patuh kepada Allah S.W.T Tuhan semesta alam dan

dilakukan secara rela, bukan terpaksa atau dipaksa. Istilah: mentauhidkan (mengesakan) Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran Islam mengandungi 3 komponen besar iaitu Aqidah - iaitu keimanan dan kepercayaan terhadap Allah s.w.t., Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan-Nya. Syariat atau ibadah - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan amalan praktikal yang diperintahkan oleh Allah meliputi soal ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Akhlak - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan prinsip-prinsip tingkah laku manusia yang dituntut oleh agama.

52

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Rukun Islam: 1. 2. 3. 4. 5. Mengucap dua kalimah syahadah Sembahyang lima waktu Puasa di bulan Ramadhan Membayar zakat Menunaikan haji bagi yang mampu

Rukun Iman: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Beriman kepada Allah s.w.t Beriman kepada Malaikat Beriman kepada Kitab Beriman kepada Rasul Beriman kepada Hari Kiamat Beriman kepada Qada dan Qadar

BUDDHISME Jalan Lapan Lapis Mulia: 1. Pandangan yang Betul 2. Fikiran yang Betul 3. Pertuturan yang Betul 4. Perbuatan yang Betul 5. Pekerjaan yang Betul 6. Usaha yang Betul 7. Kesedaran yang Betul 8. Tumpuan yang Betul Panca Sila merupakan lima peraturan yang penting dalam ajaran Buddha.

53

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

HINDUISME 1. Dharma, yang bermaksud tanggungjawab. 2. Ahimsa, yang bermaksud kasih sayang 3. Dhruthi, yang bermaksud keberanian dan ketetapan. 4. Kahamaa, yang bermaksud bertimbang rasa atau baik hati. 5. Damo ialah mengawal fikiran. 6. Stheyam, ialah tidak tamak. 7. Showcha, yang bermaksud kebersihan. 8. Mindriya Nigharam, ialah mengawal perasaan. 9. Dheer, atau membentuk fikiran yang tetap adalah saling berkait dengan nilai mengawal perasaan.

3.2 Nilai murni dari perspektif Agama Kristian, Sikhisme dan Kepercayaan Animisme KRISTIAN Peraturan Emas Undang-undang Tuhan yang terpenting ialah: mencintai Tuhan dengan sepenuh hati mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri mencintai satu sama lain seperti mana Jesus telah mencintai umat manusia dengan merelakan diriNya menjadi korban untuk menebus dosa manusia.

SIKHISME Guru Nanak (1469-1504) iaitu guru pertama dalam agama Sikh. Guru dalam agama Sikh tidak dianggap sebagai penjelmaan Tuhan tetapi seorang yang menunjukkan kepada orang ramai jalan ke arah kebenaran dan kesejahteraan.

54

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Kitab suci Guru Granth Sahib, juga dipanggil Adi Grandth ditulis dalam bentuk puisi mengandungi ajaran etika dan kerohanian yang boleh diringkaskan dalam tiga bahagian: 1. Keperluan perkembangan insan 2. Perhubungan antara manusia 3. Penyelarasan kewujudan roh yang disifatkan sebagai matlamat terakhir

keperibadian mulia adalah disenaraikan seperti berikut: 1. Kebijaksanaan atau Kearifan 2. Kejujuran 3. Keadilan 4. Kesederhanaan 5. Keberanian 6. Merendah diri 7. Kepuasan diri

Perayaan :Vasakhidisambut pada 13 April setiap tahun. LIMA K kes (rambut yang tidak dicukur), kangha (satu sikat untuk memastikan bahawa rambutnya sentiasa bersih) kada (gelang besi waja sebagai tanda ketaatan kepada guru) kach (memakai seluar pendek yang labuh hingga ke bawah lutut) kirpan (satu pedang untuk menandakan gagah berani seperti singa).

Nilai Murni Kebijaksanaan Kejujuran Kearifan boleh dicapai menerusi pendengaran dan ilmu rohani. Persetujuan antara pertuturan dan pemikiran serta keyakinan dan tindakan seseorang. Mengawal diri secara sederhana, tidak kejam atau 55

Kesederhanaan

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

keterlaluan. Keadilan Meliputi kesamaan sosial, hormat terhadap hak orang lain dan tidak mengeksploitasi orang lain. Penyuaraan kebenaran kerohanian tanpa permusuhan dgn sesiapa.

Keberanian

KEPERCAYAAN ANIMISME

Animisme

merupakan

kepercayaan

kepada

makhluk

halus/roh

oleh

masyarakat orang Asli yang disifatkan sebagai aborigines iaitu ahli-ahli masyarakat yang mundur, tidak membangun dan primitif.Gelaran ini dibuat oleh British di zaman penjajahan.Terdapat tiga golongan besar orang Asli di negara ini iaitu Negrito, Senoi, dan Melayu Asli. Secara umum mereka menganut fahaman animisme iaitu kepercayaan bahawa setiap benda seperti batu, kayu, busut dan sebagainya mempunyai semangat (roh)

Mengikut encyclopedia, kepercayaan animisme merupakan peringkat awal manusia mulai mempunyai agama.Perkataan animisme berasal daripada perkataan Latin Animis yang membawa makna nyawa atau roh.Mengikut kepercayaan ini, mereka percaya bahawa alam ini mempunyai pelbagai kuasa yang menunggu atau mendiami di gunung, bukit, busut, sungai, laut, pokok dan tanaman.

Kebanyakan suku Negrito percaya bahawa segala benda mempunyai kuasa, dunia didiami pelbagai jenis dewa dan makhluk berkuasa.Terdapat beberapa dewa yang menurunkan hujan, membesarkan tumbuh-tumbuhan, menurunkan taufan dan sebagainya.Suku Senoi pula mempunyai empat dewa utama iaitu Engku, Karei, Hilok dan Hiwoh.Pantang larang mempengaruhi sebahagian besar kehidupan mereka kerana mereka tinggal di kawasan hutan.

56

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Kepercayaan ini pasif kepada alam sekitar atau dengan kata lain alam sekitar mempengaruhi manusia. Dalam usaha mencari makanan seperti memburu, mengutip hasil hutan, mereka telah mewujudkan interaksi dengan alam sekitar.Dalam perinteraksian ini, mereka telah melihat pelbagai keanehan alam seperti bintang-bintang yang bertaburan telah mengeluarkan cahaya pada waktu malam dan sinaran matahari pada waktu siang.Mereka menganggap semua benda ini berkuasa dan menyembah benda alam semula jadi ini supaya dapat memperolehi pertolongan daripadanya. Apabila mereka membuat permintaan pertolongan, mereka akan memuja benda ini. Sebagai contoh, masyarakat Melayu memuja padi supaya dapat memperolehi hasil pertanian yang lumayan.Aktiviti pemujaan ini dilakukan melalui penggunaan khidmat orang tengah yang mempunyai keahlian ilmu ghaib seperti pawing, dukun dan bomoh.Aktiviti ini juga disertai dengan pelbagai upacara.Ciri yang paling utama bagi kepercayaan animisme ialah percaya kepada kewujudan roh atau semangat. a. Masyarakat ini percaya bahawa roh seseorang yang mati akan merayau ibarat tanpa tuan. b. Mereka juga percaya roh orang mati akan menganggu mereka. c. Mereka percaya setiap roh orang mati akan kembali datang melawat mereka juga. d. Maka, mereka akan selalu mengadakan arwah seperti pada hari ke-3, 7, 100 dan sebagainya. e. Mereka percaya kepada semangat-semangat iaitu satu kuasa ghaib terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan binatang, maka pemujaan telah diadakan oleh pawang untuk kebaikan seperti pagi menjadi, hindari bencara alam. f. Selain itu, pantang larang juga diamalkan seperti hormat kepada laut dan sungai.

57

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Setelah kehadiran Islam, segala kepercayaan ini perlahan-lahan hilang atau diubahsuai, contohnya semangat atau roh itu dikaitkan dengan syaitan, iblis dan jin.

3.3

Nilai Murni dari perspektif Agama Taoisme dan confucianisme

TAOISME Tao ialah suatu yang aktif, iaitu sesuatu tindakan adalah bersifat semulajadi dan bukan dipaksa. Dua dalam konsep Yang Satu melahirkan yang Dua merujuk kepada kuasa kembar yin dan yang. Kuasa yin dan yang ini berlawanan sekali, contohnya hitam dan putih, baik dan salah dan sebagainya.

CONFUCIANISME Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius yang bermaksud Guru Agung. Ianya merupakan ajaran tentang moral. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku, berhubung dengan orang lain dan hidup sebagai anggota masyarakat. Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik dan agama.

LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YU. Ren atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap semua orang. Shu yang meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain.

58

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain. Li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara, peraturan dan tingkah laku seseorang. Yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya. Ming yang menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan. Xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka. Zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku.

3.4

Nilai Masyarakat Malaysia

Setelah hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan, adalah sesuatu yang amat malang apabila kita masih tercari-cari jati diri sebenar rakyat Malaysia. Tidak perlu kita membuka lembaran lebih jauh untuk berbicara tentang rupa-bentuk bangsa Malaysia sebagai asas pembinaan negara bangsa, sekiranya persoalan yang lebih kecil berkaitan dengan jati diri yang sepatutnya dimiliki secara sepunya oleh rakyat masih belum selesai. Rakyat Malaysia seperti dibiarkan untuk memiliki jati diri mengikut cita rasa masing-masing tanpa ditunjuki oleh pihak yang berkuasa. Situasi seperti ini sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan konflik yang serius di dalam masyarakat.

Lazimnya sistem nilai dikaitkan dengan kepercayaan yang dipegang oleh seseorang atau sesebuah masyarakat.Bagaimanapun bagi mereka yang tidak menerima sistem nilai sebagai sesuatu yang bersifat supernatural seperti golongan naturalisme atau realisme, sistem nilai seseorang atau sesebuah 59

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

masyarakat diasaskan kepada banyak faktor termasuk pemikiran, dan budaya sesebuah masyarakat.Maka lahirlah berbagai sistem nilai yang tidak berasaskan agama seperti utilitarianisme, hedonisme dan sebagainya.Biar apapun sistem nilai yang dipegang, perlu ada nilai-nilai sepunya sehingga sesuatu yang baik diterima bersama sebagai baik dan sesuatu yang buruk diterima bersama sebagai buruk.

Betapa celaru sesebuah masyarakat bila tiada nilai-nilai sepunya yang diterima secara bersama oleh mereka. Dengan erti kata lain setiap individu atau kelompok kecil dalam sesebuah masyarakat itu mempunyai sistem nilai yang pelbagai sehingga sesuatu yang baik dianggap buruk oleh kelompok yang lain dan sesuatu yang buruk dianggap baik oleh kelompok yang lain. Konflik nilai yang seperti ini akan menyebabkan sesebuah masyarakat menjadi kacau-bilau malah boleh membawa kepada pertelingkahan. Lebih daripada itu, sekiranya situasi ini wujud maka perundangan dan peraturan dalam sesebuah negara tidak lagi bermakna.

Menyedari hakikat tersebut, sangatlah membimbangkan apabila wujud kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka masyarakat sivil

cubamempertikaikan nilai-nilai sepunya masyarakat Malaysia yang sudah berdiri sekian lama sehingga menjadi faktor terpenting pembinaan jatidiri. Kumpulan-kumpulan ini mempertikaikan tindakan pihak berkuasa terhadap perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu hanya dengan beralasankan hak asasi.Gagasan untuk mempertikai sesuatu yang baik itu baik dan sesuatu yang buruk itu buruk sebagaimana yang telah diterima oleh masyarakat Malaysia secara turun temurun hanyalah

mencetuskan konflik nilai seperti yang telah dinyatakan.

Masyarakat Malaysia yang menganut agama masing-masing sudah mewarisi nilai-nilai sepunya yang telah membina jati diri rakyat Malaysia.Sebagai contoh perlakuan tidak senonoh seperti berkelakuan lucah di khalayak ramai 60

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

merupakan sesuatu buruk di sisi semua agama lebih-lebih lagi agama Islam.Begitu juga bersekedudukan dan perzinaan merupakan sesuatu yang keji di sisi setiap agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia.Boleh dikatakan perkara-perkara seumpama ini diterima sebagai suatu prinsip nilai yang sejagat walaupun diamalkan secara berbeza bagi setiap kaum.Warisan seperti inilah yang telah membina jati diri masyarakat Malaysia selaras dengan hakikat sejarah yang membina bangsa dan negara.

Pembinaan sebuah masyarakat yang mempunyai jati diri mulia tidak mungkin tercapai sekiranya tiada wujud prinsip-prinsip nilai yang boleh diterima secara bersama.Sistem nilai yang berasaskan kepentingan diri individu tidak mungkin berupaya membina sebuah masyarakat yang hidup harmoni.Bagaimanapun penerimaan prinsip-prinsip nilai secara bersama perlu diperkukuhkan dengan mekanisme kawalan moral bermula dari individu sehinggalah tanggungjawab pemerintah.Malangnya perkara seumpama ini semakin tidak diberi perhatian dalam masyarakat kita, malah wujud pula tangan-tangan kotor yang berusaha meruntuhkannya.

Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang diamalkan oleh orang-orang tua seperti bekerjasama, saling mengambil berat dan lain-lain lagi telah dilupakan oleh generasi zaman kini.Ramai jiran yang tidak mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil berat tentang aktiviti anak-anak jiran. Masyarakat masa kini mengamalkan sifat individualistik iaitu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan hal orang lain. Mereka juga sibuk mengejar kekayaan dan kesenangan selaras dengan nilai pegangan mereka iaitu materialistik.Kecanggihan sistem komunikasi seperti telefon telah

merenggangkan lagi hubungan sesama mereka. Kekayaan yang dimiliki membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa

memerlukan bantuan jiran-jiran

61

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Perubahan nilai masyarakat Malaysia Kota raya Kuala Lumpur diletakkan pada kedudukan ke 33 daripada 35 buah kota raya terpilih di seluruh dunia dalam kajian mengenai keramahan dan kemesraan. Readers Digest telah menghantar wartawannya untuk melihat sendiri bagaimana masyarakat di bandar raya berkenaan bertindak balas terhadap tiga kriteria : Sanggup membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali, membantu seseorang yang memerlukan dan ramah dengan senyuman ketika memberi perkhidmatan. Daripada senarai yang dikeluarkan, bandar raya New York, Amerika Syarikat berada pada kedudukan teratas dengan 88 peratus. Ed Koch, bekas datuk bandar berkata penduduk New York kini lebih prihatin dan bersikap penyayang selepas kejadian 11/9 kerana menyedari betapa singkatnya kehidupan. Masyarakat kota yang paling biadab ialah Mumbai, India yang mana ketigatiga elemen yang dikaji adalah begitu asing bagi masyarakatnya. Di Asia, Manila berada pada kedudukan ke 23 iaitu bandar raya terbaik berbanding bandar raya Asia yang lain. Kita mengakui bahawa masyarakat Malaysia telah berubah dari segi sosialnya.Keadaan ini boleh dikenal pasti melalui perubahan budaya kesan daripada pembangunan negara dari dulu hingga sekarang. Terdapat tiga peringkat perubahan sosial yang dialami oleh masyarakat Malaysia iaitu era pramoden, era penjajahan dan era pembangunan negara dan rancangan lima tahun. Perubahan era ini telah memecahkan kesepaduan nilai dari satu era ke era yang lain bergantung kepada proses perubahan yang hendak ditujui. Era pramoden ataupun tradisional terdapat perubahan sosial yang minimum dan tidak menimbulkan masalah sosial yang rumit.Masyarakat ketika itu khususnya Melayu adalah masyarakat yang separuh tertutup, ringkas dan praindustri. Nilai-nilai tradisi seperti keharmonian, kestabilan, patuh kepada nilai-nilai dan norma masyarakat. Pada masa ini, keamanan, kedamaian dan 62

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

ketenangan menjadi keutamaan.Keadaan seperti ini dapat kita lihat dalam filem-filem Melayu klasik. Kedatangan British telah membawa nilai dan norma yang baru serta memecahkan tradisi nilai masyarakat sama ada secara terang atau tersembunyi. Masalah sosial mula timbul sejak mereka memerintah Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19 hinggalah pertengahan kurun ke 20. British membawa masuk industri dan sistem pentadbiran yang lebih sistematik secara mengejut dan paksaan yang merosakkan sistem dan struktur nilai, norma dan budaya masyarakat. Natijahnya ialah wujud pertentangan kerana masyarakat tidak dapat menerima perubahan yang baru ini tanpa

persediaan.Kemasukan buruh Cina dan India untuk memenuhi permintaan buruh di lombong bijih dan ladang getah menyebabkan Melayu dipinggirkan ke kampung dan sawah.Justeru lahirlah masyarakat industri yang membentuk golongan pemodal, pengurus, pengusaha, orang tengah dan tenaga buruh. Kesan pembangunan negara adalah hasil daripada perancangan lima tahun dan kemuncaknya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang mensasarkan penghapusan kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat. Setelah DEB berakhir, kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (1991) dan Dasar Wawasan Negara (2001). Kesinambungan ketiga-tiga dasar ini terangkum dalam aspirasi kerajaan bagi membentuk sebuah negara Malaysia yang maju pada tahun 2020 melalui Wawasan 2020. Pembangunan negara telah memberi beberapa persoalan yang wajar kita jawab. Apakah kita harus mengenepikan nilai dan norma yang terpuji sematamata hendak mengejar sebuah negara yang maju? Di mana kesudahannya Kempen Budi Bahasa yang telah membelanjakan jutaan ringgit bagi menyedarkan masyarakat Malaysia?

63

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Kelompok masyarakat yang belum mencapai tahap kematangan agak lambat menerapkan nilai yang dikehendaki.Peranan kempen yang singkat tidak dapat memberi kesan yang sepatutnya.Khalayak agak terkejut dengan kempen yang agresif dan singkat kerana mereka belum bersedia sepenuhnya.Tambahan kempen ini bermusim. Membina masyarakat yang beradab dan berakhlak mulia harus bermula dari bawah, dari peringkat masyarakat dan menjalar ke bandar raya.Kesedaran keluarga bagi menjadikan budi bahasa dan beradab sebagai amalan harian adalah kunci kepada kejayaan ini. Kita bersetuju dengan kempen 10 tahun yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesenian, Kebudayan dan Warisan untuk memanjangkan kempen ini ke sekolah-sekolah. Berapa banyak pula peruntukan yang hendak dikeluarkan seharusnya berbaloi dengan hasil yang diingini. Orang ramai tidak harus melatah apabila Kuala Lumpur diletakkan jauh ke bawah dalam kajian ini pada tahun ini sebaliknya perlu muhasabah diri bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada. http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/sosial-akemasyarakatan/1438-perubahan-sosial-dan-kesopanan-masyarakat

Latihan 1. Bahaskan bahawa kepelbagaian beragama dalam sesebuah masyarakat lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan. 2. Kahamaa dalam ajaran agamaHindu bermaksud bertimbang rasa atau baik hati. Sebagai seorang guru Pendidikan Moral bagaimanakah caranya anda ingin menerapkan nilai-nilai ini kepada murid-murid anda.

64

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Fikirkan

Masyarakat yang tidak mahu berubah mengikut peredaran zaman akan ketinggalan. Bagaimanakah caranya anda ingin menyeimbangkan di antara perubahan yang berlaku dalam nilai masyarakat kita tanpa mengorbankan nilai-nilai murni.

65

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Topik 6

Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak

1.1

Sinopsis

Perbincangan mengenai Perkembangan Moral tertumpu kepada tiga aspek iaitu perkembangan pemikiran moral, perkembangan perasaan moral serta perkembangan tingkah laku moral. Perkembangan dalam ketiga-tiga aspek ini mampu membawa kepada kematangan moral kanak-kanak. Apabila

membincangkan mengenai perkembangan moral, terdapat tiga teori yang boleh dijadi rujukan utama. Teori tersebut ialah Teori Perkembangan Moral Kognitif, Teori Perkembangan Sosial Dan Teori Pembelajaran Humanistik.

1.2

Hasil Pembelajaran

1. Mengenalpasti teori-teori perkembangan moral 2. Membezakan teori-teori perkembangan moral 3. Menjelaskan mengenai kepentingan teori-teori perkembangan moral 4. Menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan pembentukan insan bermoral

1.3.

Kerangka Kursus

Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak

Teori Perkembangan Moral Kognitif

Teori Perkembangan Sosial

Teori Pembelajaran Humanistik

Rajah 1: Ringkasan Isi Kandungan 66

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

1.4

Pendahuluan

Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami dan menghayati sumbangan teori dalam menentukan perkembangan moral kanak-kanak. Unit ini akan memberi penumpuan kepada setiap teori perkembangan moral yang dinyatakan di atas. Tavecchio, Stams, Brugman dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan salah satu matlamat jangka panjang mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami serta menjangka tingkah laku moral, termasuk salah laku. Secara empirikal, hubungan antara kecekapan pertimbangan moral atau penaakulan moral dan salah laku merupakan cabang kajian yang terbukti penting pada dekad ini (Gregg, Gibbs dan Basinger, 1994).

1.5

Teori Perkembangan Moral Kognitif

Pakar-pakar perkembangan kognitif seperti Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg mendakwa bahawa perkembangan moral bersifat universal dalam dua perkara: i. Setiap individu dalam semua kebudayaan melalui peringkatperingkat perkembangan moral yang sama. ii. Perkara yang mendasari setiap peringkat perkembangan moral adalah konsep-konsep moral yang serupa seperti kewajipan, keadilan dan tanggungjawab.

1.5.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget. Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan ideaidea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara.

67

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Piaget menyatakan, perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat: i. Peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7 tahun). Pada peringkat ini, beliau menganggap kanak-kanak memandang perundangan sebagai tidak dapat diubah. ii. Peringkat kedua adalah autonomus (10 tahun ke atas) Pada peringkat ini, mereka sedar peraturan yang dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia juga. Piaget (1965) telah memberi tumpuan kepada Perkembangan Kognitif kanakkanak yakni dengan memberi penekanan mengenai bagaimana manusia berfikir dan memahami. Dengan melihat kepada anak-anaknya sendiri beliau cuba memahami bukan sahaja apa yang mereka fahami tetapi juga bagaimana mereka memberi makna kepada dunia. Pemerhatian secara teliti menunjukkan kanak-kanak menjadi matang secara biologi dan juga melalui pengalaman sosial. Menurut Piaget setiap manusia melalui empat tahap perkembangan kognitif iaitu tahap deria motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi formal (Sakhilah Shahkat Ali, 2009). Perkembangan moral pula ditentukan dalam tiga tahap. Tahap pertama adalah tahap pramoral. Pada tahap ini kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja dan mengutamakan pandangan sendiri. Pada peringkat kedua iaitu peringkat heteronomous, kanak-kanak lebih berhati-hati dan berminat pada orang lain. Pada peringkat ini perasaan hormat kepada pihak yang berkuasa serta berupaya menerima peraturan. Kanak-kanak juga berupaya membuat pertimbangan moral iaitu menentukan baik buruk atau betul salah melakukan sesuatu perkara. Peneguhan dalam bentuk ganjaran dan hukuman diambil kira dalam peringkat ini (Sakhilah Shahkat Ali, 2009). Peringkat yang terakhir pula ialah kemoralan autonomous. Pada peringkat ini kanak-kanak mengambil berat tentang kebajikan dan minat masing-masing. Perasaan hormat pada orang lain juga mula dititikberatkan. Piaget menjelaskan pada peringkat ini kanak-kanak menganggap peraturan boleh berubah-ubah berdasarkan kerjasama dan rasa hormat pada orang lain. Keputusan moral tidak lagi pada kehendak undang-undang autoritarian tetapi segala aspek boleh diambil kira. Keupayaan melihat sesuatu perkara daripada 68

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

pelbagai sudut bertambah, ini meningkatkan keupayaan seseorang menkonseptualisasi dilema moral (Kurtines & Greif, 1974, Shaffer, 1993). Sumbangan Piaget terhadap perkembangan moral telah dikembangkan oleh Kohlberg (1963, 1964, 1969, 1976,1981, 1984). Pada kali ini kajian-kajian oleh Kohlberg telah mengambil kira semua peringkat umur dari golongan kanakkanak sehinggalah golongan dewasa.

1.5.2 Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Selepas kajian secara intensif oleh teori Piaget, Kohlberg (1969) telah memperkembang peringkat perkembangan moral kepada enam di mana setiap peringkat mewakili cara tertentu seseorang berfikir mengenai dilema moral. Selama tiga puluh tahun melakukan kajian, Kohlberg telah mengenal pasti terdapatnya tiga tahap penaakulan moral. Setiap tahap dibahagikan kepada dua peringkat. Menurut Kohlberg (1976), enam peringkat moral yang telah dibahagikan kepada tiga tahap utama. Ini dikenali, tahap prakonvensional (peringkat 1 dan 2), tahap konvensional (peringkat 3 dan 4), dan tahap pascakonvensional (peringkat 5 dan 6). Menurutnya peringkat yang lebih tinggi dalam setiap tahap adalah lebih baik dan tersusun dan mampu menggambarkan perspektif umum setiap tahap tersebut. Menurutnya lagi untuk memahami peringkat-peringkat ini adalah lebih baik untuk memahami ketiga-tiga tahap terlebih dahulu. Tahap prakonvensional, merupakan tahap bagi kebanyakan kanak-kanak berusia kurang sembilan tahun, sedikit golongan remaja, dan banyak bagi golongan dewasa dan remaja yang terlibat dengan jenayah. Tahap konvensional pula merupakan tahap bagi kebanyakan remaja dan golongan dewasa dalam masyarakat dunia. Manakala tahap pascakonvensional pula paling kurang dicapai oleh dewasa dan selalunya dicapai oleh mereka yang telah berusia lebih dua puluh tahun. Kohlberg (1976) telah menyarankan agar ketiga-tiga tahap dilihat dalam tiga bentuk yang berlainan iaitu dalam hubungannya antara diri, masyarakat dan jangkaan, iaitu: 69

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Tahap l: golongan prakonvensional, di mana undang-undang dan jangkaan sosial adalah bersifat luaran pada diri seseorang. Tahap ll: golongan konvensional, di mana diri mereka dikenal pasti menurut peraturan dan jangkaan terhadap orang lain terutama pihak berkuasa. Tahap lll: golongan pascakonvensional, golongan ini berupaya membezakan diri daripada undang-undang dan jangkaan-jangkaan orang lain dan memberi makna pada nilai-nilai dalam bentuk prinsip pilihan sendiri (self-chosen prinsipal). Enam Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg ______________________________________________________________ Prakonvensional Peringkat 1. Orientasi Hukuman dan Kepatuhan (Might makes right) Peringkat 2. Orientasi Timbal balik (Scratch my back, Ill scratch yours) ______________________________________________________________ __ Konvensional Peringkat 3. Orientasi Persetujuan Antara Individu (Good boy, nice girl approval) Peringkat 4. Orientasi Undang-undang dan Peraturan (Fixed rules, right behavior consists in doing ones duty) ______________________________________________________________ __ Pascakonvensional Peringkat 5. Orientasi Kontrak Sosial (Standards critically examined and agreed upon by whole society) Peringkat 6. Orientasi Prinsip Etika Sejagat (Universal justice, equality) ______________________________________________________________ __ 70

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Dipetik daripada Traviss, 1985.

Latihan 1

Bincangkan dalam kumpulan, tentang tahap-tahap dan peringkatperingkat perkembangan moral Kohlberg. Jelaskan pemahaman anda mengenai perkara tersebut.

1.6.

Teori Perkembangan Sosial

Idea tentang perkembangan atau pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi dan mendalami kajian ini. Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa. Tiruan ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan mudah dan identifikasi seseorang supaya ditirui. Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu: i. Tiruan secara langsung, ia merujuk kepada meniru seseorang atau model dengan melihat kepada orang itu ii. Peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan, sekat lakuan merupakan tingkahlaku yang sesuai pada satu masa tetapi tidak sesuai dalam situasi yang lain. Tidak sekat lakuan merujuk kepada seseorang yang terus meniru amalan tingkah laku dalam sesuatu situasi ke situasi yang lain. iii. Peniruan secara elisitasi, proses ini menunjukkan seseorang itu terus melakukan apa sahaja yang orang lain lakukan setelah individu tahu melakukannya. Tiruan ini merupakan aktiviti mengulangi gerak geri tindakan orang lain.

71

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Dengan idea tiruan ini maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau diperoleh dengan meniru ibu bapa, guru atau orang sekeliling secara formal atau tidak formal.

Aktiviti 2 Berdasarkan pembacaan dan perbincangan dalam kumpulan berikan contoh-contoh kepada tiga bentuk peniruan di atas.

1.6.1 Ciri-Ciri Teori Pemodelan Bandura i. ii. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. iii. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru iv. sebagai model.

Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan Peneguhan yang berpatutan.

v.

Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

1.6.2 Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan

Bandura

(1986) mengenal

pasti

empat

unsur utama

dalam

proses

pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi. (i) Pemerhatian Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor 72

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi-isi penting.

(ii) Mengingat Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak-kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting.

(iii) Reproduksi Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri-ciri atau langkah-langkah dia mungkin belum boleh

melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara-perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.

(iv) Peneguhan/Motivasi Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan 73

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan.

Aktiviti 3 Cuba fikirkan cara menggunakan prinsip pembelajaran melalui pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran

1.7

Teori Perkembangan Sosial Emile Durkheim Durkheim sangat mementingkan isu mengenai bagaimana sesebuah masyarakat dapat mengekalkan integriti mereka dalam dunia moden, apabila perkara-perkara seperti perbezaan agama da latar belakang ethnic tidak dapat dipastikan. Menurutnya kesedaran tanggungjawab moral lahir daripada perasaan yang terasa dekat dengan masyarakat.

Masyarakat adalah sumber bagi semua pengetahuan moral dan authority yang mengesahkan moralti (Durkheim, 1906). Moral

mempunyai kuasa kerana keupayaannya mengawal kelakuan manusia sebagai satu jenis ikatan sosial atau kontrak. Menurut Durkheim, kanakkanak perlu memahami peraturan yang memelihara hubungan sosial yang dikenakan oleh orang dewasa terhadap mereka. Peraturan yang dikenakan di rumah adalah secara tidak formal sebaliknya peraturan di sekolah adalah formal. Maka guru mempunyai autoriti sosial dan bertindak sebagai orang tengah antara masyarakat dan kanak-kanak.

74

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

1.8

Teori Perkembangan Moral Humanis Teori pemebelajaran humanis member tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu seperti perasaan dan emosinya. Pendekatan humanis menekankan cara pemikiran, pengamatan dan cara mengintepritasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan tingkah laku moral. Ahli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang individu sedar dan bertanggungjawab terhadap segala tingkahlakunya.

1.8.1

Teori Konsep Kendiri Carl Rogers

Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai pesepsi diri sendiri tentang minat, sikap dan nilai dan kebolehan melihat pesepsi orang lain terhadap diri sendiri dengan persekitaran. Konsep kendiri positif adalah perrcaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal, mempunyai minat yang objektif dan tidak terlalu sensitif.

Carl roges berrpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui model yang boleh dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa, rakan sebaya, orang dewasa dan dirinya sendiri. Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep kendiri yang positif. Selain itu alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral khasnya sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku. Akhirnya, penilaian individu terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan , fizikal, kasih saying dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan moral.

Cara- cara membina konsep kendiri yang positif adalah memberi galakan bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus berpuas hati dengan hasil kanak-kanak dan member pujian atau ganjaran. Ibu bapa juga perlu memupuk nilai moral dan agama yang baik di dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka masih kecil lagi. 75

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Laman web yang boleh dilayari:

1.

Education Resources Infromation Center: http://www.eric.edu.gov/

2.

Moral Education Journals: http://www.moraleducation-journals.html

76

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

BIBLIOGRAFI

Abd Rahman Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia. ________________ (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM.

________________& Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral Siri Pendidikan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Ahmad b. Khamis (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk institusi pengajian tinggi. K. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Dewey, J. (1972). Democracy and education. New York: Macmillan. Downey, M. & Kelly, A.V. (1978). Moral education: Theory and practice.London: Harper & Row. Durkheim, Emile (1973). Moral Education: A study in the theory & application of the Socialogy of education. New York: The Free Press Ee, A. M. (1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral:Siri Pendidikan Tinggi, Petaling Jaya, Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.. Gardner, R., Cairns, J. & Lawton, D. (ed.). (2000). Education for values: Morals,ethics and citizenship in contemporary teaching. London: Kogan Page. Koo, K. P. & Tang, C. Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Open Universiti Malaysia , Modul Pengenalan Pendidikan Moral, Kuala Lumpur, Rajendram, N.; Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Dinamika Guru). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

77

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Tam, Y.K. (1996), Pendidikan Moral: Konsep dan Program Pendidikan Moral. K. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Limpur Vishalache Balakrishnan (2009). Pendidikan Moral untuk universiti dan kolej.Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Windmiller, M., Lambert, N. & Turiel, E. (1980). Moral development and socialization. Boston: Allyn & Bacon.

78

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN MORAL PENDIDIKAN RENDAH) ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL (SR)
NAMA PN. FAZLULAINI BINTI MOHD YUNUS Pusat Pembangunan Akademik Kementerian Pendidikan Malaysia Tel:012-2977446 fabmy74@yahoo.com KELAYAKAN Kelulusan: Sarjana Pendidikan. UM Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam). UTM Pengalaman: Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (Penyelaras j-QAF). Penolong Pengarah BPG. 2 tahun Guru Sekolah Menengah 5 Tahun

DR SAKHILAH BINTI SHAHKAT ALI Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

Kelulusan: Ph.D ( Pengajian Islam),USM M Ed. (Pengurusan dan Pentadbiran), UTM B.A. Hons. (Pengajian Islam), Uni Al-Azhar, Kaherah Dip. Pendidikan (Pendidikan Islam), MPI Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPSAH (13 tahun) Panel Penggubal Kurikulum Pengajian/ Pendidikan Islam KPLI (R), KPLI(j-QAF), dan KDPM SABK Panel Penggubal Modul LPBS/KDC KPLI (R), KPLI(j-QAF) dan KDPM SABK

tlg kemas kini ye ...kelulusan dn pengelaman pun buat kemas kini ye

PN NOORLELA BINTI MUHAMMED SHARIFF Pensyarah Cemerlang Institut Perguruan Guru Kampus Raja Melewar Jalan Sikamat 70600 Seremban Negeri Sembilan

Kelulusan: M. Ed. USM (1999) B.A. Hons. (Pendidikan Islam), UM (1988) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPSAH (17 tahun) Guru Sekolah 6 tahun Panel Penggubal Modul LPBS/KDC-KPLI (R), KPLI(j-QAF), KDPM SABK.

79

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

NAMA PN BADRIYATUN BINTI KAMAR Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Jalan Sikamat 70600 Seremban Negeri Sembilan badriyatun@gmail.com

KELAYAKAN Kelulusan: M. Ed. UKM (2007) B.A. (Edu) with Hons , USM (1990) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPRM (9 tahun) Guru Sekolah (14 tahun) Ketua Panitia Pendidikan Moral (9 tahun) Penanda Kertas Peperiksaan Pendidikan Moral SPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia (6 tahun) Panel Penilaian Pembangunan E-Bahan Pendidikan Moral Tingkatan 1 dan 4, Bahagian Teknologi Pendidikan untuk Program Pembestarian Sekolah 2005-2007 Subject Content Expert (SME) E-Bahan Pendidikan Moral Tahun 3 bersama Syarikat Net Carbon bersama BTP, Kem.Pelajaran 2008-2009 Penulis Buku Kerja Pendidikan Moral SPM 20002004, Sasbadi Sdn.Bhd.

IKON
80

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

81