Anda di halaman 1dari 14

BIDANG MENGGAMBAR 1) Bidang Menggambar: Teknik Pensel Bahan : Kertas Lukisan Alat : Pensel, pemadam

Proses Penghasilan : 1. Sediakan alatan dan bahan untuk melukis seperti pensel, pemadam dan kertas lukisan. 2. Membuat lakaran ringkas lukisan yang ingin dilukis 3. Seterusnya, setelah lakaran ringkas siap, lukis garisan luar pada lakaran dan jelaskan lagi struktur lukisan yang ingin dibuat. 4. Langkah seterusnya ialah dengan menggunakan garisan, memasukkan ton iaitu arah cahaya dan bayang bagi menampakkan bentuk lukisan. 5. Seterusnya memperinci setiap bahagian-bahagian lukisan dengan jalinan pada lukisan.

2)

Bidang Menggambar: Teknik Pensel Warna Bahan : Kertas Lukisan Alat : Pensel warna, pensel, pemadam

Proses Penghasilan: 1. Sediakan alatan dan bahan untuk melukis seperti pensel, pensel warna, pemadam dan kertas lukisan. 2. Seterusnya, lakar lukisan yang ingin diwarnakan menggunakan pensel warna. 3. Setelah lukisan siap, warnakan lukisan dengan pensel warna. 4. Setiap ruang yang ada pada lukisan hendaklah dipenuhi dengan warna-warna menggunakan pensel warna.

3)

Bidang Menggambar: Teknik Krayon Bahan : Kertas Lukisan Alat : Krayon, pensel dan pemadam

Proses Penghasilan : 1. Sediakan alatan dan bahan untuk melukis seperti pensel, krayon, pemadam dan kertas lukisan 2. Seterusnya, lakar lukisan yang ingin diwarnakan menggunakan krayon. 3. Setelah lukisan siap, warnakan lukisan dengan krayon. 4. Setiap ruang yang ada pada lukisan hendaklah dipenuhi dengan warna-warna menggunakan krayon.

4)

Bidang Menggambar: Teknik Pen Bahan : Kertas Lukisan Alat : Pen

Proses Penghasilan : 1. Sediakan alatan dan bahan untuk melukis seperti pen dan kertas lukisan. 2. Membuat lakaran ringkas lukisan yang ingin dilukis menggunakan pen. 3. Seterusnya, setelah lakaran ringkas siap, lukis garisan luar pada lakaran dan jelaskan lagi struktur lukisan yang ingin dibuat. 4. Langkah seterusnya ialah dengan menggunakan garisan, memasukkan ton iaitu arah cahaya dan bayang bagi menampakkan bentuk lukisan. 5. Seterusnya memperinci setiap bahagian-bahagian lukisan dengan jalinan pada lukisan.

5)

Bidang Menggambar : Teknik Cat Air Bahan : Kertas Lukisan, Cat Air Alat : Pensel, Pemadam, Berus Cat Air

Proses Penghasilan: 1. Lakar lukisan yang ingin diwarnakan dengan cat air terlebih dahulu. 2. Pilih warna yang bersesuaian dengan menggunakan berus air. 3. Mulakan mewarna menggunakan berus air dengan warna yang paling terang iaitu cerah terlebih dahulu. 4. Campurkan warna yang gelap sedikit demi sedikit bagi menampakkan kesan bentuk dan ton bagi bahagian-bahagian yang terlindung cahaya. 5. Perinci bahagian lukisan dengan menyapu warna yang semakin gelap seperti hijau gelap atau campuran biru gelap.

6)

Bidang Menggambar : Teknik Kolaj Bahan : Kertas Lukisan, Kertas warna Alat : Pensel, Pemadam, Gam, Gunting

Proses Penghasilan : 1. Sediakan alatan dan bahan untuk membuat kolaj seperti pensel, pemadam, gam, kertas lukisan, gunting, dan kertas warna 2. Buat lakaran pada kertas lukisan dengan menggunakan pensel. 3. Gunting kertas warna dalam saiz yang berbeza mengikut jumlah yang diinginkan untuk melakukan kolaj. 4. Setiap kertas warna yang telah digunting menjadi kecil akan ditampal pada lukisan sehingga memenuhi ruang pada lukisan yang dilakar. 5. Gunakan gam supaya kertas warna tersebut akan terus melekat pada lukisan sehingga memenuhi lukisan tersebut.

7)

Bidang Menggambar : Teknik Mozek Bahan : Kertas Lukisan, kertas warna Alatan : Pensel, pemadam, gam, gunting.

Proses Penghasilan : 1. Sediakan alatan dan bahan untuk membuat teknik mozek seperti pensel, pemadam, gam, kertas lukisan dan kertas warna 2. Buat lakaran pada kertas lukisan dengan menggunakan pensel. 3. Gunting kertas warna dalam saiz yang sama mengikut jumlah yang diinginkan untuk melakukan kolaj. 4. Setiap kertas warna yang telah digunting sama saiz akan ditampal pada lukisan sehingga memenuhi ruang pada lukisan yang dilakar. 5. Gunakan gam supaya kertas warna tersebut akan terus melekat pada lukisan sehingga memenuhi lukisan tersebut.

8)

Bidang Menggambar : Montaj Bahan : Kertas lukisan, kertas majalah Alatan : Pensel, pemadam, gunting, gam.

Proses Penghasilan : 1. Sediakan alatan dan bahan untuk membuat teknik montaj seperti pensel, pemadam, gunting, gam, kertas lukisan dan kertas majalah 2. Pilih gambar-gambar yang sesuai pada kertas majalah-majalah. 3. Gunting bahagian gambar yang dipilih pada setiap kertas majalah. 4. Setelah menggunting gambar-gambar yang dipilih, susun gambar-gambar yang dipilih untuk dihubungkaitkan menjadi satu gambar yang baru. 5. Gunakan gam untuk menampal gambar-gambar yang dipilih untuk membentuk satu gambar yang baru pada kertas lukisan.

9)

Bidang Menggambar : Teknik Guntingan Bahan : Kertas Lukisan, Kertas Warna Alatan : Pensel, pemadam, gam

Proses Penghasilan: 1. Sediakan alatan dan bahan untuk membuat teknik guntingan seperti pensel, pemadam, gunting, gam, kertas lukisan dan kertas warna. 2. Teknik ini dapat dilaksanakan dengan melukis atau melakar bentuk atau gambar pada kepingan kertas warna. 3. Kemudian, murid-murid menggunting mengikut lakaran motif. 4. Dengan itu, hasil guntingan akan menyerupai lakaran tersebut. 5. Setelah itu, hasil guntingan tersebut akan ditampal pada kertas lukisan yang disediakan.

10)

Bidang Menggambar : Cerminan Bahan : Kertas Lukisan cat air Alatan : pensel, pemadam, palet, roller

Proses penghasilan : 1. Sediakan alatan dan bahan untuk membuat teknik guntingan seperti pensel, pemadam, palet, cat air dan kertas lukisan. 2. Lipat kertas lukisan kepada 2 bahagian 3. Lukiskan sebahagian lukisan pada sebelah kiri lipatan kertas lukisan 4. Warnakan bahagian lukisan di lipatan kiri dengan menggunakan cat air. 5. Warnakan secara basah supaya cat air tidak mudah kering. 6. Seterusnya lipat kembali kedua-dua bahagian kertas lukisan. 7. Akhir sekali lipatan kanan akan mendapat hasil cerminan daripada warna cat air yang membentuk gambar yang baru.

11)

Bidang Teknik Alatan Bahan

: : : :

Membuat Corak dan Rekaan mozek gunting, pensel, pemadam kertas lukisan, kertas warna

Proses penghasilan: 1. Lukis motif tapak dam pada kertas lukisan. 2. Seterusnya, gunting kertas warna dalam bentuk yang sama dan saiz yang sama. 3. Kemudian, tampal menggunakan gam kertas warna yang sudah siap digunting mengikut motif dam yang tersedia.

12)

Bidang Teknik Alatan Bahan

: : : :

Membuat Corak dan Rekaan Lukisan Pen pelbagai warna dan pensel Kertas lukisan

Proses Penghasilan: 1. Sediakan alatan dan bahan untuk membuat teknik guntingan seperti pen pelbagai warna, pensel dan kertas lukisan. 2. Kemudian, lukis motif penuh menggunakan pensel. 3. Seterusnya dengan menggunakan pen pelbagai warna seperti merah, biru dan hitam lukis bentuk haiwan seperti burung pada setiap ruangan kosong pada motif penuh yang telah dilukis. 4. Setiap lukisan mempunyai warna pen yang berlainan digunakan.

13)

Bidang Teknik Alatan Bahan

: : : :

Membuat Corak dan Rekaan Cetakan Daun, pensel, berus, palet Kertas lukisan, cat air

Proses Penghasilan: 1. Sediakan alatan dan bahan seperti daun, pensel, berus, palet, kertas lukisan dan cat air. 2. cat pada bahagian belakang daun dengan cat air menggunakan berus. 3. Seterunya tekapkan pada motif sendeng yang telah dilukis menggunakan pensel. 4. Setelah itu, tanggalkan daun tersebut dan cat air akan membentuk rupa bentuk daun setelah ditanggalkan. 5. Lakukan proses ini secara berulang kali menggunakan warna cat air yang pelbagai sehingga memenuhi motif sendeng yang dibentuk.

14)

Bidang Teknik Alatan Bahan

: : : :

Membuat Corak dan Rekaan Catan Pensel, berus, pemadam, palet Kertas lukisan, cat air

Proses Penghasilan : 1. Sediakan alatan seperti pensel, berus, pemadam, palet, kertas lukisan dan cat air. 2. Seterusnya lukisan motif turun separa pada kertas lukisan dengan menggunakan pensel. 3. Menggunakan berus , lukis dan warnakan bentuk bunga menggunakan cat air pada ruangan motif turun separa yang telah dilukis. 4. Lakukan proses ini secara berterusan sehingga siap.

Anda mungkin juga menyukai