Anda di halaman 1dari 14

ISU

: PENCEMARAN RADIASI

OLEH : TENGKU HAZIRAH BINTI TENGKU YAHYA Majoriti kita seakan fobia apabila menyebut tentang radiasi. Perkara yang terlintas di fikiran kita adalah nuklear, bom atom, kecacatan dan pencemaran. Pemikiran ini berlaku di atas rentetan beberapa siri tragedi pencemaran radiasi paling kritikal yang pernah berlaku di dunia seperti Chernobyl di Russia ,Hiroshima di Jepun dan terbaru Fukushima juga di Jepun. Sedangkan konsep dan punca radiasi ini adalah lebih luas dari apa yang kita jangkakan.

Letupan reaktor nuklear di Fukushima, Jepun akibat gempa bumi dan stunami.

Radiasi sebenarnya telah timbul sebelum nuklear dan bom atom dicipta. Malah lebih lama lagi sebelum munculnya petroleum, kenderaan, satelit, tenaga elektrik dan telefon. Secara asasnya sumber radiasi ini boleh dikelaskan kepada dua sumber iaitu semulajadi dan ciptaan manusia. Kewujudan radiasi secara semulajadi ini adalah seperti dari angkasa lepas, permukaan bumi dan tubuh badan manusia. Semua kehidupan di muka bumi ini sudah lama terdedah kepada radiasi angkasa lepas. Antara sumber utamanya adalah matahari yang membentuk Gama dan Beta apabila partikel sinarannya melalui atmosfera bumi. Permukaan bumi ini sendiri juga telah lama dipenuhi dengan bahan radiasi yang boleh kita dapati dari tanah, air dan tumbuh-tumbuhan (sayuran, buah-buahan atau tumbuhan liar). Ini bererti tanah yang kita pijak setiap hari dan air yang kita minum sejak kecil mengandungi elemen radiasi. Lebih mengejutkan, unsur radiasi ini sudah pun berada di dalam tubuh badan semenjak kita dilahirkan. Bahan radiasi seperti Potassium-40, Karbon-14, Plumbum210 dan gas Radon dikesan menjadi sebahagian dari diri kita. Namun, tahap

kekuatan radiasi bahan terbabit dalam tubuh seseorang adalah berbeza di antara satu sama lain. Maknanya, tubuh badan nenek-moyang kita yang hidup ratusan tahun dahulu juga mempunyai unsur radiasi ini. Ada diantara mereka dapat hidup melebihi seratus tahun. Manakala, radiasi yang berpunca dari ciptaan manusia ini amat banyak dan boleh di kategorikan kepada radiasi awam dan radiasi pekerjaan. Radiasi awam ini adalah pendedahan kepada peralatan dan persekitaran kita sekarang seperti rokok, televisien, komputer, radio, mesin x-ray, bangunan, telefon bimbit, tablet, ketuhar mikro, peti sejuk, jam tangan, kesesakan orang ramai atau lalu lintas, kamera dan lain-lain. Manakala radiasi pekerjaan adalah mereka yang melakukan kerja yang berkaitan dengan bahan beradioaktif seperti pekerja di pusat janakuasa nuklear, kilang kimia, pelombong arang batu, pelombong bijih besi, pembuatan barangan elektrik, kajian nuklear dan sebagainya. Kesimpulannya radiasi ini bukanlah perkara asing dalam kehidupan manusia malah ia adalah sebahagian dari diri kita. Radiasi ini sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita untuk teruskan hidup. Namun yang menyebabkan ianya memberi kemudaratan kepada hidupan di bumi terutama manusia adalah disebabkan manusia terdedah kepada radiasi melebihi had pendedahan yang dibenarkan. Inilah sebenarnya yang dipanggil sebagai pencemaran radiasi. Kebiasaannya pencemaran radiasi berlaku disebabkan oleh radiasi ciptaan manusia. Antaranya ialah melalui pencemaran radioaktif akibat hasil tumpahan atau kemalangan semasa penghasilan atau penggunaan bahan radioaktif, akibat ledakan nuklear, kebocoran dan pembebasan dari gas beradioaktif, cecair atau zarah. Bukan itu sahaja, pencemaran radioaktif ini juga berlaku hasil tidak disengajakan proses tertentu, seperti pembebasan bahan beradioaktif dalam pemprosesan bahan api nuklear ke dalam air, tanah dan udara, pembuatan senjata nuklear, pengendalian bahan buangan radioaktif, dan melalui loji tenaga nuklear. Ancaman aktiviti seperti inilah yang memberikan kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada manusia dan alam sekitar. Ianya bergantung kepada jenis pencemaran radioaktif, tahap pencemaran, dan keluasan penyebaran pencemaran. Pencemaran terhadap dos yang rendah memberi sedikit ancaman, tetapi walaupun radiasi tahap rendah ia masih boleh mengancam nyawa apabila lama terdedah

kepadanya. Tindakan terbaik adalah sekadar membenarkan bahan terurai secara semulajadi. Manakala, pencemaran terhadap dos tinggi mampu membunuh manusia secara luaran dan dalaman kerana melibatkan sejumlah besar bahan beradioaktif berkuantiti besar . Kesannya dapat dilihat dalam jangka masa pendek dan panjang. Pencemaran radioaktif mampu memasuki tubuh melalui penghadaman, menghidu, penyerapan melalui kulit, atau suntikan. Pencemaran radioaktif juga mungkin diserap akibat memakan tumbuhan dan haiwan yang tercemar atau meminum air atau susu dari haiwan yang terdedah. Caranya ianya akan menyerang sel-sel yang membahagi secara cepat seperti kulit, sel-sel usus, sum-sum tulang dan sel gonad. Kesan jangka pendek (dapat dirasai dalam beberapa hari) ia akan menyebabkan keguguran rambut dan kuku, pendarahan dalaman, perubahan kadar metabolisma dan perubahan dalam bilangan sel. Manakala kesan jangka panjang (mengambil masa beberapa bulan atau tahun) menyebabkan seseorang mengalami perubahan genetik, mutasi, jangka hayat yang lebih pendek dan kanser. Bagi ibu yang mengandung, bayi yang dikandung mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan. Kesan biologi kepada pendedahan luaran kepada pencemaran radioaktif seperti letupan dan kebocoran nuklear, sama dengan sumber radiasi luaran yang tidak membabitkan bahan radioaktif yang digunakan dalam teknologi perubatan seperti mesin x-ray. Namun, kesannya bergantung kepada dos yang diserap oleh badan. Jika diteliti, Islam menjuarai alam sekitar di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Secara ringkasnya, bagaimana Islam menitikberatkan isu tersebut boleh dilihat seperti berikut. Sejak awal ciptaan manusia, Allah telah memberikan amanah untuk kita menjadi khalifah atau wakil pengurus alam ini. Dengan sebab itulah Allah mengajar nabi Adam nama setiap ciptaannya satu persatu supaya dihargai dan dijaga semua itu.

Firman Allah dalam surat Al-Baqarah ayat 30-31:

Terjemahannya : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.(30) Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.(31) Dengan erti kata lain, memang sejak awal lagi Allah telah menghubungkan manusia dengan alam. Al-Quran juga telah lama menyentuh mengenai kerosakan dan pencemaran alam. Ironisnya, kerosakan dan pencemaran itu dikaitkan dengan perbuatan manusia. Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rum ayat 41:

Terjemahannya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang

demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatanperbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Selanjutnya Allah swt, berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 182:

Terjemahannya : (Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekalikali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. Oleh itu, dari sudut pandangan islam, segala bencana yang berlaku di bumi, asalnya adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri yang tidak menjaga keseimbangan hubungan dengan alam lalu merosakkan ekosistem bumi. Allah tidak pernah menganiaya hambaNya sendiri kerana Allah bersifat Maha Penyayang. Apa yang telah dikatakan Allah di dalam Al-Quran telah terbukti dengan sejarah hitam yang mendapat simpati antarabangsa iaitu sebuah bangsa yang rosak teruk akibat perang dan letupan bom atom lebih 60 tahun yang lalu di Hiroshima dan Nagasaki kini berhadapan pula dengan tragedi lain yang juga berkaitan dengan nuklear. Perbezaannya, kali ini nuklear tersebut di bina sendiri untuk tujuan penghasilan tenaga. Setelah dilanda gempa bumi dan tsunami yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa sementara ribuan masih hilang tanpa dapat di kesan adalah satu cerita sedih yang berulang, berlaku pula kebocoran loji tenaga nuklear akibat daripada gempa bumi dan tsunami tersebut di Fukushima Daichi, Jepun (2011). Kesan daripada kebocoran itu telah mengakibatkan pencemaran radiasi di kawasan sekitarnya dan yang terbaru di kesan telah menumpahkan bahan radioaktif iodin yang tinggi ke dalam lautan pasifik. Peristiwa ini mendapat perhatian masyarakat dunia termasuk Malaysia yang bimbang tentang pencemaran radiasi ke dalam makanan yang diimport dari Jepun. Kebimbangan ini ada munasabahnya kerana sebelum ini, sejarah hitam di sebuah bandar kecil di Pulau Honshu, Toyama di mana penduduknya menderita diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran bahan radioaktif kadmium dalam sistem perairan yang telah mencemarkan hidupan laut. Hidupan laut sememangnya

Allah jadikan sistem badannya mempunyai ketahanan terhadap bahan radiasi berlebihan namun tidak manusia. Bukan itu sahaja, Kota Propyat, Ukraine, mati akibat kesan daripada letupan reaktor nuklear di Chernobyl, Russia pada April 1986.

PEMINDAHAN besar-besaran penduduk menyebabkan banyak kediaman kosong dan tidak berpenghuni.(Chernobyl,1986)

LETUPAN loji nuklear Chernobyl menyebabkan Propyat diumpamakan bandar hantu.

Dalam kesibukan tumpuan dunia terhadap isu letupan nuklear di Jepun, di Malaysia sendiri wujud satu isu berkenaan dengan pembinaan projek LYNAS di kuantan, Pahang. Secara ringkasnya, Lynas merupakan sebuah kilang kimia yang memproses bahan nadir bumi. Nadir bumi tersebut, diimport dari Australia supaya dapat diproses. Kilang ini tidak dapat dibina di Australia kerana tiada lokasi yang sesuai. Disebabkan itu ianya dibina di Malaysia. Kemudian, Malaysia akan

mengeksport kembali produk yang telah diproses ke negara luar seperti Australia. Bahan ini kebanyakannya digunakan dalam pembuatan teknologi seperti smart phone, laptop dan lain-lain bahan elektronik. Projek Lynas ini dapat membantu meningkatkan kemajuan ekonomi negara, memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan menggalakkan kedatangan pelabur asing di Malaysia. Isu penentangan oleh rakyat Malaysia terhadap projek Lynas ini berlaku kerana rakyat menganggap bahawa projek ini merupakan salah satu reaktor nuklear seperti di negara Jepun. Walaupun negara kita tidak terdedah kepada ancaman gempa bumi, namun, kesan radiasi masih lagi akan terasa melalui pembuangan sisa bahan radioaktif daripada Lynas. Tambahan pula, lokasi Lynas berdekatan dengan tempat tinggal penduduk Malaysia dan berdekatan dengan kawasan Paya Bakau dan sungai. Kawasan sekeliling, sedikit sebanyak akan terkena pencemaran radiasi. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga menganggap bahawa sekiranya ianya terjadi, kesan radiasi tidak akan mengira mengikut agama dan bangsa. Semuanya mempunyai risiko yang sama. Oleh itu, satu solidariti telah diadakan tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan warna kulit, rakyat Malaysia bersatu menyuarakan tentangan terhadap pembinaan projek Lynas itu. Isu ini telah mendapat penentangan hebat daripada rakyat Malaysia. Ini kerana, masih wujud stigma dikalangan masyarakat bahawa segala yang berkaitan dengan nuklear akan membawa kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar. Stigma ini lebih kuat apabila melibatkan golongan anti-nuklear dan pencinta alam sekitar. Stigma ini wujud kerana masyarakat hanya melihat isu ini daripada aspek kesan peristiwa letupan nuklear di beberapa buah negara luar seperti yang diceritakan sebelum ini. Sedangkan, kita hanya mendengar beberapa sejarah hitam sepanjang hayat kita. Sekiranya radiasi atau teknologi nuklear ini memberikan lebih banyak kesan buruk, negara seperti Jepun adalah negara yang pertama yang akan memberhentikan penggunaan loji nuklear sebagai salah satu sumber tenaga, ini kerana negara merekalah yang sebenarnya mempunyai risiko yang amat tinggi untuk berlaku sesuatu kemalangan nuklear, tambahan pula, tidak akan ada seorang pun manusia yang inginkan kemalangan atau sesuatu yang buruk berlaku terhadap dirinya. Namun, sebaliknya yang berlaku, walaupun telah berlaku beberapa sejarah hitam, rakyatnya masih lagi berasa selamat, ini kerana, negaranya telah mementingkan isu keselamatan yang amat tinggi dan rakyatnya juga terdedah kepada pengetahuan yang tinggi berkenaan isu nuklear. Bukan bermaksud isu

nuklear atau radiasi tidak memberikan kesan buruk, tetapi apabila seseorang mengetahui nuklear atau radiasi yang bagaimana yang akan memberikan kesan buruk, seseorang itu tidak akan mudah melatah. Pengetahuanlah yang membuatkan rakyatnya tenang dan tidak panik.

Stigma masyarakat inilah sebenarnya isu dan yang perlu menjadi isu

diubah. Berbalik kepada Lynas, sebenarnya tidak dengan rakyat Malaysia

didedahkan

pengetahuan tentang apa sebenarnya yang dilakukan oleh Agensi nuklear itu sendiri. Sedangkan, banyak penemuan demi penemuan, kajian demi kajian telah dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang nuklear ini bagi meneliti kesan dan akibatnya terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Kebanyakan penemuan membantu hidup manusia tanpa kita sedar. Stigma inilah yang perlu diubah, dan caranya adalah dengan menambahkan pembacaan. Ini kerana, Lynas merupakan kilang kimia, bukannya loji nuklear. Ianya amat berbeza sama sekali kerana kilang kimia tidak menggunakan bahan radioaktif untuk memproses, Cuma hasil sisa buangannya sahaja ada melibatkan sisa radioaktif namun, pada jumlah yang amat kecil dan tidak menjejaskan manusia. Tambahan pula, sisa buangan radioaktif, bukanlah dibuang seperti sisa sampah biasa, ianya akan diproses terlebih dahulu. Isu yang kedua ialah isu Teknologi Nuklear. Akibat daripada kurang pembacaan dan pendedahan, rakyat Malaysia menganggap Teknologi Nuklear ini adalah suatu benda teknologi seperti smart phone, senjata dan sebagainya. Sedangkan, menurut En. Azmi, pegawai Agensi Nuklear, ia menyatakan bahawa Teknologi nuklear yang itu sebenarnya merupakan seseorang ilmu atau bukanlah sesuatu benda. bangsa Ilmu untuk pengetahuan terdapat pada

memanipulasi tenaga nuklear. Dalam erti kata yang mudah, sekiranya baik cara orang yang menggunakan ilmu tersebut, maka baiklah kesannya. Oleh sebab itu,

sekiranya ilmu teknologi nuklear ini digunakan oleh negara seperti Amerika, ia gunakan dalam pembuatan senjata peperangan. Berbeza dengan Malaysia, negara kita tidak boleh membuat senjata nuklear kerana negara Malaysia adalah sebuah negara baru selepas perang dunia kedua. Oleh sebab itu, negara Malaysia hanya menggunakan nuklear untuk tenaga elektrik dan bukan tenaga elektrik seperti dalam bidang industri, perubatan, pertanian dan makanan, pembuatan dan bidang alam sekitar. Di dalam dunia, tiada istilah radiasi sifar. Di Malaysia sendiri, banyak kajian dan penemuan yang telah dilakukan menunjukkan bahawa penggunaan teknologi nuklear dan sinaran radiasi ini memberi kebaikan kepada manusia dan alam sekitar. Terutamanya ialah Agensi Nuklear Malaysia. Menurut agensi tersebut, Malaysia merupakan pengeluar sarung tangan (glove) pertama dunia, yang kini banyak digunakan dalam indusri perubatan terutamanya. Oleh itu, sinaran gama digunakan bagi menyahkuman pada bahan tersebut. Sinaran Gama bukan hanya digunakan dalam menyahkuman pada peralatan perubatan, malah turut digunakan di dalam makanan. Tanpa kita sedar juga, selain sinar X digunakan untuk tujuan X-ray, ia juga turut digunakan secara meluas untuk tujuan komersil bagi memastikan setiap produk mempunyai berat, isipadu yang sama, ketebalan yang sama dan lain-lain.

P Penggunaan sinar X di dalam perubatan

Bukan itu sahaja, agensi tersebut juga mempunyai stesen pemantauan radionuklid di Cameron bagi mengesan pencemaran radiasi dalam udara. Selain itu ia mempunyai Pusat Pembangunan Teknologi sisa bagi memproses sisa radioaktif. Terbaru di dalam perubatan ialah aplikasi Hydrogel yang bersifat sejuk, jelly dan tidak sakit apabila digunakan untuk membalut luka bagi menggantikan kain kasa. Banyak lagi kebaikan kajiannya, antaranya adalah seperti penggunaan Teknologi Nuklear dalam Kajian Persekitaran Marin bagi mengesan pencemaran yang berlaku di dalam air, penggunaan Teknologi Nuklear dalam pertanian bagi membantu pengurusan penggunaan air dan baja secara optimum bagi menghasilkan buah yang lebih bagus dan menjimatkan tempoh masa matang. Sisa nuklear berpotensi menjana kuasa untuk Britain dan banyak lagi faedah sinaran radiasi yang boleh kita ketahui seperti yang diceritakan di dalam aplikasi sinaran masa kini. Tambahan pula, Malaysia sendiri sedang cuba ke arah penghasilan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga elektrik. Kesemua contoh-contoh kajian yang diberikan menunjukkan bahawa sinaran radiasi sebenarnya memberi pelbagai kepentingan kepada manusia dan alam sekitar. Namun, perlu mengutamakan isu keselamatan. Selain isu stigma masyarakat Malaysia berkenaan nuklear dan radiasi, Terdapat juga dua lagi isu yang penting. Pertama ialah isu tempat penyimpanan bahan sisa radioaktif. Ini kerana, segala sisa bahan radioaktif yang diperoleh daripada industri, hospital, pertanian dan pembuatan akan diproses di Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (Wastec) oleh Agensi Nuklear Malaysia sahaja. Oleh itu, sisa bahan radioaktif yang disimpan bagi menghilangkan half- lifenya secara semulajadi, lama kelamaan tempat penyimpanan tersebut akan penuh. Menurut Agensi Nuklear Malaysia juga, tempat penyimpanan yang sedia ada hanya dapat menampung jumlah sisa sehingga tahun 2025. Oleh itu, Agensi tersebut sedang giat mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat penyimpanan sisa. Isu kedua ialah Agensi Nuklear Malaysia sedang giat menjalankan kajian dan mencari cara bagaimana untuk meminimumkan isipadu dan kuantiti sisa bahan radioaktif. Ini bermaksud, apabila bahan sisa radioaktif yang telah diproses dapat dikurangkan, ia akan menjimatkan ruang penyimpanan.

Oleh itu, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Usaha yang paling penting adalah dengan meningkatkan kesedaran Masyarakat umum tentang apakah sebenarnya radiasi atau tenaga nuklear dan bagaimanakan bahan ini boleh menyebabkan bahaya kepada manusia dan alam sekitar. Hapuskan stigma masyarakat Malaysia yang negatif tentang radiasi dan teknologi nuklear terlebih dahulu. Ianya boleh dilakukan dengan melakukan kempen kesedaran bahaya radiasi, mengedarkan risalah, mempamerkan slaid-slaid dan mendedahkan tentang punca dan kesan pencemaran radioaktif terhadap alam sekitar serta manusia. Tindakan ini akan sedikit sebanyak menyedarkan masyarakat untuk melindungi alam sekitar terutama dari peringkat sekolah lagi. Kedua ialah dengan pendedahan Media Massa. Media Massa seperti surat khabar, majalah, iklan, secara maya mahupun televisyen, seharusnya bukan hanya menghangatkan isu berkaitan politik, namun perlu juga menyiarkan isu-isu berkaitan alam sekitar supaya masyarakat peka dan berhati-hati untuk melindungi alam sekitar daripada tercemar dan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat. Ini kerana sekiranya berlaku pencemaran radiasi , ianya akan meninggalkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap masyarakat dan alam sekitar. Oleh itu, rakyat perlu mengetahui bagaimana untuk mengendalikan sisa bahan radioaktif sekiranya terjadi sesuatu yang tidak di ingini. Selain itu, usaha lain ialah dalam meningkatkan kawalan keselamatan. Salah satunya adalah melalui penguatkuasaan undang-undang. Ini bermaksud, kebenaran berlesen hanya akan diberikan kepada mereka yang layak dan pakar dalam mengendalikan bahan radioaktif. Sekiranya mempunyai lesen, mereka perlulah mematuhi segala peraturan dan standard pengendalian bahan radioaktif yang telah ditetapkan. Hal ini penting supaya bahan tersebut dikendali oleh orang yang pakar supaya dapat mengelakkan daripada terjadi sesuatu yang tidak diingini. Bukan itu sahaja, perlu juga ada pemantauan yang berkala daripada agensi-agensi yang berkaitan supaya mereka sentiasa berwaspada. Keempat, ialah melalui pemilihan tenaga kerja manusia. Bagi pekerjaan yang berkaitan dengan bahan radioaktif yang berbahaya, seharusnya keselamatan pekerja diutamakan. Ini bermaksud, perlu memilih pekerja yang cekap dalam pengendalian bahan ini. Bukan itu sahaja, mereka juga seharusnya dijaga daripada segi pemakaian dan keselamatan di tempat kerja. Pihak terlibat seharusnya

menambah baik mekanisma tindak balas kecemasan sekiranya berlaku insiden seperti gempa bumi atau stunami seperti yang berlaku di loji nuklear Fukushima (17 April 2011). Namun, di Malaysia pula, perlu ada keselamatan yang dapat melindungi pekerjanya yang sentiasa terdedah dengan bahaya sinaran. Kelima adalah dalam pemilihan tapak loji tenaga nuklear . Sekiranya ingin membina reaktor nuklear atau sebagainya, lokasi pembinaan seharusnya jauh dari kawasan berpenduduk padat. Pilih kawasan strategik yang dapat meminimumkan kebocoran radioaktif contohnya adalah kawasan yang terhindar daripada berlakunya gempa bumi dan gunung berapi aktif. Juga perlu mengambil kira penggunaan bahan pembinaan dan rekacipta yang lebih canggih. Akhir sekali yang paling utama ialah mengikut standard daripada International Atomic Energy Agency(IAEA). Ini amat penting bagi memastikan loji yang dibina adalah selamat.

Contoh salah satu reaktor nuklear di lokasi sesuai Keenam adalam melalui Tanaman Radiasi. Kaedah ini merupakan hasil kajian oleh Dr. Ilya Raskin, seorang ahli bioteknologi dari Rutgers University, disebut phytoremediation. Tanaman ini mampu menyerap kandungan uranium dan stronium90, yang berada dalam genetik tubuh manusia. Manakala bunga matahari, jagung, tembakau, sesawi India dan bahkan cannabis (marijuana) terbukti mampu menyerap unsur krom, timah, tembaga, dan nikel yang terkontaminasi radiasi dari dalam tanah. Masyarakat Bulgaria yang wilayahnya dekat dengan Ukraina, telah melaksanakan kaedah ini di negaranya 15 tahun selepas tragedi Chernobyl bagi membuang bahan

radioaktif yang terkontaminasi dari dalam tanah. Malaysia juga boleh menggunakan kaedah ini sekiranya berlaku hal yang sama. Ketujuh ialah dengan penggunaan Bakteria Deinococcus radiodurans dalam perubatan. Bakteria ini dapat bertahan dalam 1.5 juta rads ribuan kali lebih kuat daripada semua makhluk hidup yang ada di bumi dan 300 kali lebih kuat daripada ketahanan manusia. Bakteria ini memiliki ketahanan terhadap radiasi dan mampu memperbaiki DNA dengan cepat. Bakteria ini biasanya memperbaiki kerosakan kromosom dalam 12 hingga 24 jam. Oleh itu, sekiranya ingin merawat pesakit yang terdedah radiasi yang menyebabkan kerosakan DNA, bakteria ini dapat membantu. Kelapa, pakar-pakar dalam bidang nuklear dan radiasi seharusnya sentiasa menjalankan kajian-kajian terbaru dan pelbagai penemuan teknologi baru bagi meningkatkan mutu teknologi dalam menjamin keselamatan manusia dan meminimumkan kerosakan kepada alam sekitar. Contohnya penyelidikan terhadap teknologi yang lebih mesra alam dan mesra pengguna. Kesimpulannya, sebagai warga bumi, kita perlu rasa bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar. Ini bukan kerja sekumpulan manusia sahaja. Ini bukan kerja pemimpin tertentu sahaja. Akan tetapi ini kerja semua orang. Pendidikan mengenai isu ini perlu diberikan sedari kecil lagi kepada anak-anak generasi muda. Sebagai muslim, sepatutnya kitalah yang perlu menjuarai isu alam sekitar. Contoh di atas adalah lebih daripada mencukupi betapa agama kita merupakan agama yang hijau dan mesra alam. Seiring dengan membangunkan negara, alam sekitar juga dijaga dengan baik. Sesungguhnya kesemua perkara tersebut akan dapat diatasi dengan adanya ilmu pengetahuan lalu diamalkan dan digunakan untuk tujuan yang baik. Walaupun tidak dinafikan terdapat juga pencemaran lain yang masih perlu dimurni dan dibersihkan terlebih dahulu, janganlah ditambah pula dengan pencemaran yang lain. Bumi kita juga telah penat, kurang sihat dan semakin tua. Kita memerlukan alam untuk hidup, dan alam juga memerlukan kita untuk menjaganya supaya terus sihat dan berfungsi.

Pautan laman sesawang : Kajian oleh Agensi Nuklear Malaysia http://www.nuclearmalaysia.gov.my/nucinfo2.php http://www.aelb.gov.my/aelb/malay/dokumen/panduan/Lemtek35m.pdf Arkib Berita Kosmo online http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1128&pub=Kosmo& ec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2011&dt=0505&pub=kosmo&sec=Horizon&pg=ho_02.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2011&dt=0320&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm