Anda di halaman 1dari 14

KEMAMPANAN SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI.

Oleh : Siti Norsharmila Binti Abd Jamal Tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga yang berasal dari sumber alam seperti cahaya matahari, angin, hujan, pasang surut , dan suhu bumi, diperbaharui (alami dicas semula). Pada tahun 2008, sekitar 19% dari pengambilan tenaga global berasal dari tenaga yang boleh diperbaharui, dengan 13% berasal dari tradisional Biojisim, yang terutama digunakan untuk pemanasan, dan 3.2% dari pembangkit elektrik tenaga air diperbaharui (hidro kecil, Biojisim moden, angin, suria, panas bumi, dan biofuel) berjumlah 2.7% lagi dan berkembang pesat. Kuasa angin meningkat sebanyak 30%, dengan ruangan dipasang di seluruh dunia dari 157,900 megawatt (MW) pada tahun 2009, dan secara luas digunakan di Eropah, Asia, dan Amerika Syarikat. Isu sumber tenaga adalah salah satu cabaran yang perlu dititik beratkan dan sama sekali tidak perlu di abaikan kerana ia melibatkan kesejahteraan hidup manusia dan kemakmuran negara. Di negara Malaysia sahaja, lebih daripada 90 peratus tenaga yang digunakan adalah daripada tenaga elektrik. Tenaga elektrik ini dijana hampir setiap hari bagi memenuhi kehendak pengguna dalam menjalani kehidupan seharian. Sumber-sumber asas yang digunakan adalah dari sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti gas asli dan arang batu. Perlu menyedari bahawa bekalan sumber gas asli dan arang batu yang menjadi sumber tenaga utama Malaysia pada masa kini tidaklah wajar dilihat sebagai sumber yang akan berkekalan selama-lamanya. Ini sudah pasti akan memberi kesan yang besar kepada generasi akan datang sekiranya sumber ini akan luput mengikut peredaran masa. Sudah pasti manusia tidak seharusnya membazir dan menggunakan tenaga elektrik ini secara sewenangwenangnya bagi mengelakkan sumber-sumber ini lenyap di bumi. Islam amat melarang umatnya membazir kerana ia merupakan perbuatan keji dan perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan amat suka kepada orang yang boros dan membazir. Firman Allah Subhanahu Wata'ala:

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah Al-Israa': ayat 27) Kesedaran ini telah mendorong para cendekiawan untuk membuat penyelidikan dan mencari penyelesaian agar terus dapat menjana tenaga elektrik dengan menggunakan kebijaksanaan menerokai sumber-sumber yang sedia ada. Allah telah menyediakan kepada kita dengan secukupnya keperluan di muka bumi ini, cuma bergantung kepada kita untuk menerokai dan mendalaminya. Ini bersesuaian dengan Firman Allah Subhanahu Wata'ala: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) hidro hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran . (Surah Al-Baqara: 164) Teknologi hijau adalah penyelesaian terbaik dalam usaha menjana tenaga dengan cekap dan tidak memberi kesan sampingan kepada manusia. Penggunaan sumber-sumber berterusan dan boleh diperbaharui dilihat sebagai sumber yang boleh diketengahkan bagi menggantikan sumber tenaga yang sedia ada. Kajian mendapati terdapat empat sumber tenaga yang berpotensi tinggi untuk dimajukan di dalam sektor penjanaan kuasa Malaysia. Tenaga tersebut adalah tenaga solar, tenaga angin, tenaga hidro dan tenaga nuklear.

Terdapat pelbagai bahan boleh dijadikan alternatif bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil seperti tenaga solar (matahari), tenaga air, tenaga angin, hidrogen, dan biojisim kelapa sawit. Malaysia merupakan negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Justeru, kita boleh memanfaatkan cahaya matahari

sebagai sumber tenaga untuk menggantikan tenaga elektrik. Walaupun kos untuk sistem solar tinggi dan sesetengah kawasan tidak mendapat matahari untuk jangka masa panjang kerana keadaan cuaca tidak menentu, tetapi kebaikannya tidak boleh diabaikan. Tenaga solar (matahari) merupakan salah satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Perkataan solar berasal dari Latin Sol atau dikenali sebagai helios yang bermaksud matahari. Tenaga solar ini adalah satu teknologi yang di guna pakai bagi menghasilkan tenaga daripada cahaya matahari. Matahari ini adalah pemberian dari Allah kepada semua makhluk di bumi untuk mendapat manfaat darinya. Di dalam AlQuran, banyak ayat yang memperkatakan mengenai matahari. Ia dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah kaca serta boleh disimpan untuk penggunaan elektrik pada waktu malam. Selain itu, tenaga solar juga boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lampu tiang yang banyak terdapat di Malaysia. Tenaga solar merupakan salah satu tenaga alternatif dan sudah pastinya sumber ini tidak akan habis sehinggalah matahari berada di penghujung hayatnya. Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hampir 99.9 peratus tenaga berpunca daripada sinaran cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi. Purata keseluruhan tenaga solar yang sampai ke permukaan bumi kira-kira sebanyak 1353 kw per meter persegi. Penggunaan tenaga solar ini telah berkembang secara berperingkat-peringkat melalui penemuan kaedah yang lebih saintifik dan kegunaan tenaga suria menjadi lebih efisien. Kini, aplikasi tenaga suria telah banyak digunakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini bagi mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga utama. Melalui beberapa analisa yang dijalankan, terdapat dua teknologi yang di guna pakai dalam menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik iaitu menggunakan teknologi voltan foto (PV) dan teknologi Loji Kuasa Solar. Teknologi PV ini merupakan suatu sistem yang menerima sinaran matahari dan merupakan kumpulan dari sejumlah sel suria yang menukarkan sinaran matahari kepada kuasa elektrik. Pengumpulan cahaya matahari dan menghasilkan tenaga haba. Pengumpulan tenaga haba ini akan mencapai kepada satu suhu yang amat tinggi dan seterusnya mampu untuk menjana tenaga elektrik. Walau bagaimanapun, aplikasi kaedah ini masih kurang digunakan

disebabkan oleh kos pemasangan yang agak tinggi walaupun kaedah ini amat sesuai digunakan di kebanyakan negara-negara yang sedang membangun seperti negara Malaysia.

Teknologi Voltan Foto (PV) yang menggunakan Tenaga Solar. Tenaga hidro merupakan tenaga alternatif yang popular di negara-negara yang mempunyai aliran sungai yang deras. Aliran sungai yang deras ini membolehkan penjanaan tenaga elektrik yang tinggi mampu dihasilkan. Sebagai contoh, Empangan Elektrik Bakun yang terdapat di Sarawak, Malaysia. Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik, Tenaga ini menampung keperluan pertanian. Tanah Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna telah menjadikan negara kita sebagai kawasan yang mempunyai bekalan air yang berterusan. Hampir 90 peratus daripada sumber tenaga yang diperbaharui datang daripada kuasa hidro. Empangan telah digunakan sebagai sebuah stesen jana kuasa hidro untuk menakung dan menampung air sungai. Air juga dapat disimpan di dalam empangan dan sedia digunakan pada masa yang diperlukan serta tidak ada sisa buangan yang mencemarkan. Tenaga ini juga lebih diyakini berbanding dengan tenaga angin, matahari dan gelombang, selain boleh digunakan sebagai bahan api yang menggerakkan kenderaan.

Ayat Al Quran ini menjelaskan angin adalah sebagai tanda kekuasaan Allah dan telah menjadi sumber tenaga kepada manusia sejak dahulu lagi dalam pelayaran kapalkapal. Justeru itu, penggunaan angin ini juga di lihat mampu untuk menjana tenaga elektrik. Teknologi yang digunakan dalam menjana elektrik adalah dengan menggunakan kincir angin. Ia boleh diperkembangkan dalam sektor penjanaan kuasa dan telah pun di buktikan dengan wujudnya kincir angin di beberapa buah negara [6]. Apabila teknologi ini digunakan, sudah pasti memerlukan kelajuan angin pada tahap yang optimum bagi menggerakkan bilah kincir. Jika sebelum ini keunikan kincir angin hanya dapat dilihat di Belanda atau negara Eropah, tetapi kini ianya sudah boleh dibanggakan kerana sumber tenaga semula jadi ini sudah boleh dinikmati di salah sebuah pulau tercantik di Malaysia iaitu Pulau Perhentian.

Kincir Angin yang terdapat di Pulau Perhentian, Malaysia.

Biofuel juga merupakan bahan bakar alternatif untuk bahan bakar fosil yang dihasilkan dari bahan-bahan organik. Biofuel dapat dihasilkan secara langsung dari tanaman atau industri, komersial, domestik, atau pertanian. Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan berterusan bagi kegunaan manusia pada masa depan. Memanfaatkan tenaga alternatif dalam kehidupan seharian menjadikan ia sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik yang terbaik. Lebih menakjubkan, sumber tenaga ini dianggap lebih bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh secara semula jadi dan tidak terhad serta berterusan penggunaannya. Penghasilan tenaga alternatif ini tidak membebaskan sebarang gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara sekeliling ketika penghasilan minyak. Tenaga elektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna. Kemajuan dan pembangunan negara memerlukan kepada sokongan bekalan sumber tenaga yang bukan sahaja berkekalan, tetapi juga bersih, selamat dan menjimatkan. Sekurang-kurangnya untuk tempoh yang terdekat ini, dunia masih

memerlukan sumber bahan api fosil kerana teknologi yang ada kini hampir semua bergantung kepadanya. Bergantung hanya kepada satu sumber tenaga yang pastinya akan pupus ini amat tidak menjamin kelangsungan pembangunan sesebuah negara. Tenaga yang boleh diperbaharui merupakan alternatif yang terbaik kerana bebas daripada kesan buruk. Hampir 2 kali ganda sumber tenaga utama dunia hari ini diperlukan menjelang tahun 2020, dan lebih 80% populasi dunia akan hidup di dalam negara yang membangun. Sumber tenaga yang ada sekarang tidak konsisten dari segi ekonomi malahan berdepan dengan cabaran pada masa depan. Untuk menampung keseluruhan populasi dunia, penggunaan sumber tenaga yang ada hari ini belum cukup efektif jika dinilai dari segi kos dan ekonomi. Tambahan pula, kesan persekitaran yang tercemar berpunca dari sumber tenaga konvensional lebih menggambarkan bermulanya kenaikan kos sumber tenaga. Oleh sebab itu, penyelidikan secara intensif, pembangunan dan kajian bagi mencari teknologi baru untuk menjana tenaga diperlukan. Pada masa ini, penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui (Renewable Energy) memerlukan masa dan penilaian dari pelbagai aspek pembangunan. Namun demikian, ianya berpotensi dalam mengurangkan kos sumber tenaga. Dengan jangkaan kenaikan harga minyak kelak dan kos pemeliharaan alam sekitar kesan daripada sistem sumber tenaga konvensional pada hari ini, menunjukkan sumber tenaga boleh diperbaharui akan menjadi salah satu penyumbang tenaga yang utama dalam beberapa dekad lagi. Malaysia sendiri yang memasuki babak baru dalam pembangunannya yang berteraskan kepada wawasan negara ingin menjadi negara maju menjelang 2020. Hasrat ini hanya akan tercapai sekiranya negara mampu membekalkan tenaga secukupnya untuk pembangunannya serta dapat menjamin keseimbangan pembangunan dengan alam sekitar yang selesa. Dengan sebab itu, kerajaan sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit bagi meningkatkan lagi keupayaan penghasilan tenaga elektrik untuk perkembangan ekonomi dan taraf hidup. Dalam abad ke-21, permintaan tenaga negara dijangka akan terus meningkat dengan cepat. Bagi memenuhi hasrat pembangunan ini, adalah penting Malaysia mencari satu sumber tenaga yang baru

sebagai langkah alternatif dan persediaan masa depan selain daripada hanya bergantung pada bekalan kuasa elektrik konvensional yang ada sekarang. Malaysia juga kaya dengan sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) seperti biomass, biogas, tenaga suria, angin dan juga mini hidro. Potensi RE ini adalah sangat besar, terutamanya tenaga biomass di mana sumber-sumber biomass ini merupakan hasil tanaman sendiri dan pada umumnya tidak didagangkan. Potensi untuk projek mini hidro terutama jenis run-of-the-river juga adalah amat besar kerana tenaga yang diperoleh daripada sungai-sungai di negara ini telah terbukti dapat menyalurkan bekalan elektrik ke kawasan-kawasan pedalaman. Tenaga suria juga merupakan satu lagi sumber RE yang sedia ada, kerana kedudukan geografi Malaysia di garisan Khatulistiwa. Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan pada 24 Julai 2009. Tenaga hijau merujuk kepada penggunaan sumber-sumber tenaga yang tidak mencemarkan alam dan boleh diperbaharui seperti angin, tenaga nuklear, dan tenaga suria. Teknologi hijau telah dibangunkan di Jepun dan di Jerman sejak tahun 1990 lagi. Protokol Kyoto 1997 merupakan persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang perubahan iklim dunia. Gas rumah hijau ialah karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur heksafluorida, kloroflurokarbon (CFC) dan perfluorokarbon (PFC). Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas rumah hijau di dalam satu ruangan tertutup meningkat dan menghalang haba daripada mudah terbebas. Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang dapat meminimumkan degrasi kualiti persekitaran. Ini adalah bagi mewujudkan persekitaran yang bebas daripada kesan negatif. Ia juga mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar dan ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Keadaan ini boleh menjimatkan tenaga dan sumber asli, dan menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Konsep ini berhubung rapat dengan prinsip pembangunan mapan di mana pembangunan hendaklah memenuhi keperluan masyarakat masa kini tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang. Fungsi utama adalah untuk mengkaji dan menggubal dasar untuk meningkatkan pembangunan mapan melalui aplikasi teknologi hijau. Fungsi kedua adalah untuk mempromosikan dasar teknologi hijau untuk menyokong pembangunan inovasi teknologi hijau dan mengawal serta mengurus potensi risiko dan menyediakan kerangka perundangan untuk menyokong pembangunan teknologi hijau. Strategi yang di gunakan untuk meningkatkan penggunaan tenaga diperbaharui adalah dengan mempromosi dan pelaksanaan pembangunan tenaga boleh diperbaharui yang efektif dalam sektor tenaga dan sektor air serta mempromosi dan pelaksanaan program kecekapan tenaga yang efektif dalam sektor tenaga dan sektor air. Strategi yang kedua adalah mewujudkan peluang pekerjaan berkaitan dengan teknologi hijau dan mewujudkan peluang aktiviti ekonomi berkaitan teknologi hijau. Strategi yang ketiga adalah mengorientasi semula industri-industri sedia ada untuk mempraktikkan amalan teknologi hijau dan pembangunan strategi R&D dalam teknologi hijau ke arah pengkomersilan bagi pasaran tempatan. Strategi seterusnya adalah peningkatan pembangunan modal insan dalam bidang teknologi hijau dan penubuhan rangkaian strategik dengan stakeholders yang utama dan relevan. Isu Sumber Tenaga yang Diperbaharui ini semakin kritikal pada masa kini. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria, angin, biojisim dan tenaga hidro boleh mencapai hampir 80% permintaan bekalan tenaga dunia pada tahun 2050. Ini berlaku sekiranya, kerajaan-kerajaan dunia merangka polisi untuk memanfaatkan potensi penggunaan tenaga-tenaga tersebut. Demikian menurut satu laporan yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kajian ini merupakan usaha bersama seramai 120 penyelidik daripada Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC). Mereka juga berkata bahawa sekiranya hala tuju tenaga yang boleh diperbaharui dipatuhi sepenuhnya, maka pelepasan gas rumah hijau akan berkurangan. Ini membolehkan suhu dunia tidak naik melepasi paras 2 oc pada tahun 2050.

Christiana

Figueres,

yang

merupakan

Setiausaha

Eksekutif

UNFCCC,

menggambarkan laporan tersebut signifikasi dan menunjuk hala tuju kepada kerajaankerajaan sedunia. Mereka mesti mencapai matlamat mereka dengan menggunakan sepenuhnya sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui dalam skala yang besar. kata beliau lagi, Adalah penting juga bahawa dasar negara yang bercita-cita tinggi dan kerjasama antarabangsa yang kukuh kerana semua ini merupakan kunci utama kepada penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui secara meluas di semua negara. Figueres juga menekankan bahawa keperluan kewangan dan teknologi yang mencukupi harus dibekalkan kepada negara-negara yang kurang maju, agar negaranegara ini mengalami pertumbuhan paling pesat dalam pengeluaran tenaga dalam masa yang akan datang. Negara-negara maju perlu menghasilkan satu dasar yang bersesuaian dan insentif supaya penggunaan dan pemasangan teknologi tenaga bersih boleh bertumbuh dengan pesat. Laporan tersebut turut memuatkan ulasan daripada 160 keadaan saintifik yang berbeza berdasarkan tahap-tahap yang berlainan dalam sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui, keadaan alam sekitar yang berbeza dan faktor sosial. Semua keadaan dan faktor-faktor ini telah dikaji dengan jelas dan terperinci. Hasil kajian tersebut memberangsangkan kerana ia menunjukkan sumber tenaga boleh diperbaharui berupaya untuk menampung 77% permintaan tenaga dunia menjelang tahun 2050, berbanding 13% pada tahun 2008. Selain itu, pelepasan gas rumah hijau juga dapat dikurangkan daripada 220 hingga 560 gigaton dari tahun 2010 hingga 2050. Walaupun laporan tersebut mengatakan bahawa sumber tenaga boleh diperbaharui akan meningkat tanpa bantuan dasar, namun ia juga menunjukkan peningkatan yang mendadak boleh dicapai sekiranya terdapatnya dasar negara yang kukuh dan diuruskan dengan baik. Kos untuk teknologi tenaga boleh diperbaharui akan dikurangkan pada masa depan dan dapat dikurangkan lagi sekiranya pelepasan gas rumah hijau dijual menjadi kredit karbon dan disalurkan kepada pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui.

Isu-isu berkaitan sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini perlu diatasi dengan segara. Terdapat pelbagai bahan boleh dijadikan alternatif bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil seperti tenaga solar (matahari), tenaga air, tenaga angin, hidrogen, dan biojisim kelapa sawit. Malaysia merupakan negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Kita boleh memanfaatkan cahaya matahari pada waktu siang sebagai sumber tenaga untuk menggantikan tenaga elektrik. Walaupun kos untuk sistem solar tinggi dan sesetengah kawasan tidak mendapat cahaya matahari untuk jangka masa yang panjang kerana keadaan cuaca tidak menentu, tetapi kebaikannya tidak boleh diabaikan juga. Tenaga matahari dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah kaca serta tenaganya boleh disimpan untuk penggunaan elektrik pada waktu malam. Tenaga ini boleh dimanfaatkan untuk tiang lampu yang banyak di negara kita. Hidrogen juga merupakan bahan gantian untuk bahan bakar fosil. Hidrogen boleh digunakan sebagai sejenis bahan api yang menggerakkan kenderaan. Hidrogen dibakar dalam enjin melalui kaedah yang serupa dengan kereta petrol tradisional. Dalam penukaran sel bahan api, hidrogen bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan air dan elektrik untuk menjana motor tarikan elektrik. Kenderaan yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar dapat mengurangkan penggunaan gas rumah tanaman dan perosak lapisan ozon. Tetapi untuk mendapatkan bahan ini adalah sukar kerana hidrogen diperoleh melalui kaedah termokimia yang menggunakan gas asli, arang, gas petroleum cecair, biojisim, melalui proses termolisis atau dihasilkan dari air melalui elektrolisis. Oleh itu, hidrogen dikenali sebagai kaedah yang paling kurang cekap dan paling mahal untuk mengurangkan gas rumah hijau. Biofuel juga merupakan bahan bakar alternatif untuk bahan bakar fosil yang dihasilkan dari bahan-bahan organik. Biofuel boleh dihasilkan secara langsung dari tanaman atau limbah industri, komersial, domestik, atau pertanian. Ada tiga cara untuk menghasilkan biofuel iaitu limbah organik kering (buangan rumah tangga), fermentasi limbah basah (kotoran haiwan) atau fermentasi tebu atau jagung dan tenaga dari hutan. Biofuel menghasilkan karbon dioksida yang jauh lebih sedikit daripada bahan bakar fosil

yang mencemarkan udara. Biofuel boleh terurai dan sumber bahan buatan biofuel adalah terjamin serta mampu mengelakkan daripada rumah kaca. Dalam mengaplikasikan teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat dengan jaminan kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima. Kita harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan perkara-perkara mudah yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air minum dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan bekas Styrofoam atau plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah. Kita sebagai pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga. Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian akan menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar. Yang penting adalah supaya kita mulakan dengan langkah-langkah yang mudah dan murah dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup kita. Ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka akan turut terdorong untuk mengamalkan budaya hijau. Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan mengorak langkah ke arah penghayatan dan pengamalan teknologi hijau. Perubahan kecil yang kita buat pada hari ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. Yang penting, kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini tempat yang paling baik untuk didiami. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minimum. Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk

berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui atau renewable energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Sebagai kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan yang berterusan bagi kegunaan manusia pada masa hadapan. Untuk mengelak daripada bumi kita dilanda masalah pemanasan global, pemakaian tenaga alternatif adalah amat digalakkan. Penggunaan tenaga ini haruslah digunakan secara terkawal dan bijaksana. Tenaga alternatif ataupun tenaga yang boleh diperbaharui ini dilihat sebagai jalan terbaik untuk menangani masalah krisis tenaga dunia untuk generasi masa hadapan.

SUMBER RUJUKAN

Abdullah Mohamad Said (1999). Pengurusan sumber dan alam sekitar. Shah Alam: Biroteks.

Mohd Yusof Hj Othman. 2009. Tenaga untuk Manusia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Syahrul Hisham Mohamad, Abd. Rahman dan Hazriq Izzuan Jaafar. PEMBANGUNAN SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM. Jabatan Kejuruteraan Mekatronik dan Kawalan Automatik, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia,UTM SKUDAI, Johor.

KERAJAAN GIAT WUJUDKAN SUMBER TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI MOSTI di akses pada laman web http://my.news.yahoo.com/kerajaan-giat-wujudkan-sumbertenaga-boleh-diperbaharui-mosti-103539280.html pada 2 September 2013. Kerajaan mahu orang ramai sumbang tenaga solar untuk sumber elektrik. (2013). Di akses pada laman web, http://www.bharian.com.my/articles/Kerajaanmahuorangramaisumbangtenagasolaruntu ksumberelektrik/Article/ , pada 2 September 2013. http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/06/tenaga-yang-boleh-diperbaharuidan.html, di layari pada 5 September 2013. http://e-tenaga.blogspot.com/p/tenang-boleh-diperbaharui.html, September 2013. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/1236-tenaga.html, di layari pada 6 September 2013. di layari pada 6

http://switch.org.my/v3/index.php/energy-info/55-tenaga-boleh-diperbaharui-sebagaitenaga-utama-masa-depan, di layari pada 7 September 2013.