Anda di halaman 1dari 18

TENAGA DALAM BIOSFERA-AKUATIK Oleh ; SITI NOR AFATIEN BINTI JUSOH 1.

0 Pendahuluan

Rajah 1: Ilustrasi Biosfera Biosfera ialah persekitaran organisma hidup yang dibina oleh interaksi atmosfera- lautan, bumi dan persekitaran permukaan bumi (Bradshaw & Weaver 1992). Menurut Daniel (2006), biosfera terdiri daripada sistem daratan dan akuatik yang mana sistem akuatik terdiri daripada sistem air tawar dan marin. Oleh itu, biosfera adalah lapisan bumi atau tempat di bumi yang mana ada hidupan di atasnya. Di biosfera inilah berlaku beberapa proses dan antara proses biosfera yang berlaku dalam ekosistem adalah aliran dan perpindahan tenaga. Aliran dan perpindahan tenaga berlaku dan wujud dalam rantai makanan atau siratan makanan. Apabila adanya aliran dan perpindahan tenaga dalam siratan dan rantai makanan, ia akan melibatkan proses memakan dan di makan serta penguraian dan pereputan organisma. Oleh itu, rantai makanan dan siratan memainkan peranan penting kerana ia menjelaskan bagaimana aliran dan perpindahan tenaga boleh berlaku. Rantai makanan dan siratan makanan bermula daripada pengeluar, pengguna primer sehingga pengguna tertier dan penguraian di mana berlaku aliran tenaga dari satu peringkat ke

peringkat. Hanya 10-20 % sahaja tenaga digunakan untuk proses fotosintesis atau ditukar menjadi tisu badan pengguna setiap peringkat dan 90% tenaga hilang semasa proses respirasi, metabolisme dan pertumbuhan. Namun begitu, isu yang semakin meruncing berkenaan biosfera akuatik seperti sungai, tasik, lautan yang terjejas dan tercemar disebabkan aktiviti manusia akan menyebabkan rantai dan siratan makanan terganggu sekaligus turut menyebabkan kematian atau kepupusan sesetengah hidupan akuatik. Seterusnya, ia akan mengganggu aliran dan perpindahan tenaga bagi hidupan di biosfera akuatik. Pada masa yang sama , isu pencemaran air iaitu sungai, tasik dan laut akan menyebabkan kepupusan habitat dan spesies serta ia menunjukkan bahawa manusia pada dasarnya bertindak sebagai

penganggu ekosistem merupakan isu yang berkait rapat dengan aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik. 1.1 Sejarah dan Biosfera Akuatik. Sejak zaman dahulu lagi, terdapat hidupan di muka bumi ini. Hidupan ini terdiri daripada hidupan air dan juga hidupan darat. Demi meneruskan kelangsungan hidup, hidupan ini melakukan proses makan dan dimakan. Proses makan dan di makan ini mewujudkan rantaian dan akhirnya membentuk siratan makanan. Ini membuktikan bahawa sejak dahulu lagi proses aliran dan perpindahan tenaga telah berlaku. Begitu juga dengan hidupan air atau hidupan akuatik. Aliran dan perpindahan tenaga yang berlaku dalam rantai atau siratan makanan telah bermula sejak zaman dahulu lagi sehinggalah sekarang. Menurut Berita Harian Online bertarikh 16 Ogos 2012, Malaysia mempunyai khazanah lebih daripada 150 lembangan sungai utama dengan kira-kira 100 di Semenanjung sahaja. Ini menunjukkan bahawa sejak dahulu lagi Malaysia kaya dengan hidupan akuatik dan wujudnya aliran dan perpindahan tenaga dalam ekosistem hidupan sungai. Malahan, Malaysia juga kaya dengan tasik. Berdasarkan rajah 2, dapat dilihat sungai-sungai utama dan tasik di Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia kaya dengan hidupan akuatik di mana banyak berlaku aliran dan perpindahan tenaga dalam ekosistem akuatik sejak dahulu hingga sekarang.

Rajah 2: Peta Sungai utama dan tasik di Malaysia Selain itu, sejarah juga menunjukkan bahawa penerokaan sungai dan tasik telah menyebabkan aliran dan perpindahan tenaga dalam ekosistem akuatik bagi hidupan di sungai dan tasik tertentu turut terjejas. Mengikut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS), daripada 120 lembangan sungai yang dipantau pada tahun 1999, sebanyak 13 tercemar, 75 sederhana tercemar manakala 32 masih bersih. Sungai merupakan antara ekosistem akuatik. Sekiranya sungai tercemar, hidupan akuatik yang wujud dalam ekosistem tersebut turut terjejas. Hal ini kerana setiap hidupan akuatik berada dalam tingkat tropik tertentu. Apabila satu-satu tingkat tropik terjejas, ini turut mengganggu perpindahan dan aliran tenaga. Tenaga yang diambil oleh hidupan untuk melakukan proses hidup akan berkurang dan ini akan menyebabkan haiwan tersebut mati kerana tiada makanan yang diperlukan. Sekiranya hal ini berterusan, ia akan menjejaskan keseimbangan ekosistem. Di Malaysia, sejarah berkaitan isu pencemaran yang melibatkan biosfera akuatik yang paling teruk adalah seperti yang berlaku di Sungai Pinang iaitu sungai yang paling kotor mengikut Laporan Kualiti Alam Sekitar 2004. Hal ini menunjukkan bahawa sungai yang tercemar ini tidak sesuai untuk didiami oleh hidupan akuatik dan sekiranya tiada hidupan akuatik sudah tentu aliran dan perpindahan tenaga tidak berlaku.

Isu pencemaran laut seperti tumpahan minyak di Pelabuhan Klang pada 27 April 2011 sebanyak 3 liter oleh Kapal bunker Arowana memburukkan lagi keadaan di mana rantai dan siratan makanan di perairan tersebut sudah tentu terganggu. Ini menjejaskan hidupan di kawasan tersebut kerana permukaan lautan diliputi minyak yang menyebabkan zooplankton yang bertindak sebagai pengeluar tidak mendapat cahaya matahari dan berkurangan. Apabila hal ini berlaku, haiwan akuatik yang bergantung hidup kepadanya tidak mendapat bekalan makanan dan tenaga. Pencemaran juga berlaku di Tasik Biru Ibam. Walaupun cantik untuk dipandang namun ekosistem yang sepatutnya wujud di dalamnya telah mati. Jika dilihat dari sudut sejarah sebelum penubuhan Malaysia, hidupan di biosfera akuatik masih lagi berada dalam keadaan yang boleh dikatakan seimbang. Ini kerana tasik-tasik, sungai dan lautan masih belum diteroka secara meluas. Pembangunan dan perindustrian masih belum berkembang maju. Penggunaan bahan kimia dalam pertanian masih belum meluas dan hasil sisa industri seperti sisa toksik masih belum begitu genting sehingga dibuang ke dalam sungai, tasik atau laut yang ada. Oleh itu, ekosistem akuatik air tawar seperti sungai dan tasik serta marin masih belum terancam. Rangkaian sistem pemakanan biosfera akuatik masih belum terjejas dan pada masa yang sama aliran dan perpindahan tenaga tetap berlaku seperti biasa kerana hidupan akuatik boleh mendapatkan tenaga dengan memakan hidupan lain. Hidupan akuatik tinggal di biosfera akuatik di mana air merupakan simbol hidupan akuatik. Oleh itu, air yang bersih dan berkualiti yang sesuai untuk hidupan hidup adalah sangat penting. Namun begitu, pencemaran air telah mengganggu proses memakan dan dimakan bagi hidupan akuatik menyebabkan aliran dan perpindahan tenaga terganggu. Pencemaran air ini sudah mula mengancam kehidupan sejak dahulu lagi iaitu pada zaman Neolitik lagi. Malahan, pada Zaman pemerintahan Raja Richard II, Raja Inggeris dari tahun 1377 hingga 1399, satu patung yang melarang air kumbahan disalirkan ke dalam sungai telah dilakukan oleh beliau. Sekiranya air kumbahan disalirkan ke sungai, tingkat tropik dalam rantaian makanan sudah tentu akan terganggu. Tambahan pula, air kumbahan akan menggalakkan pembiakan bakteria dan kulat dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke dasar sungai dan mengganggu hidupan di dalam air untuk mendapatkan tenaga melalui cahaya matahari.

1.2 Isu Berkaitan Biosfera Akuatik dari Perspektif Agama Pencemaran yang berlaku boleh menyebabkan berlakunya kepupusan kepada sesetengah hidupan. Contohnya kepupusan haiwan. Kepupusan haiwan boleh menjejaskan aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera. Seperti yang diketahui, kepupusan mana-mana spesies dalam rantai makanan atau siratan makanan boleh menjejaskan spesies yang lain. Sebagai contoh, pengguna primer seperti udang boleh menjejaskan bilangan pengguna sekunder iaitu ikan kecil.

Ketidakseimbangan ini boleh terjadi dan apabila keseimbangan ini berterusan kesannya adalah ke atas ekosistem air. Malahan, haiwan akuatik juga adalah ciptaan Allah dan berhak untuk meneruskan hidup. Jadi, menjaga kebajikan haiwan adalah sangat penting. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: . . Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh maka perbaikilah cara membunuh dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara sembelihan. Hendaklah salah seorang daripada kamu mengasah pisaunya dan biarkan haiwan sembelihan mati tanpa terseksa. [Shahih Muslim no: 1955] Berdasarkan pesanan Rasulullah: Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu, para sahabat dan umat Islam generasi awal sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan haiwan. Ini kerana ia termasuk dalam keumuman sifat ihsan yang bermaksud kebaikan yang melebihi. Jadi, dalam hal ini, perbuatan manusia seperti membuang sisa toksik ke dalam sungai,

pembuangan sampah sarap, tumpahan minyak menunjukkan bahawa manusia kurang bersifat ihsan terhadap hidupan akuatik kerana ia boleh mengganggu rantaian makanan di mana aliran dan perpindahan tenaga terjejas.

Selain itu, haiwan di bumi ini merupakan komuniti seperti mana manusia juga. Mereka berhak ke atas sumber-sumber semula jadi yang ada. Malahan, di dalam Al Quran sendiri terdapat kisah berkaitan haiwan. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu. Maka, biarkanlah dia makan di bumi Allah dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apa pun (yang kerananya) kamu akan ditimpa seksaan yang pedih. (QS. Al-A'raaf: 73) Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa Allah S.W.T. menjanjikan rezeki kepada setiap makhluk-Nya yang dilahirkan ke dunia ini seperti yang terkandung di dalam Surah Sabaa, Ayat 39 yang bermaksud "Katakanlah sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hambaNya dan Dia menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang siapa sahaja yang kamu nafkahkan (belanjakan), maka Allah S.W.T. akan

menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki". Justeru, dalam konteks ini, biodiversiti merupakan sebahagian daripada rezeki anugerah Ilahi kepada kita di muka bumi ini. Oleh yang demikian, sebagai khalifah Allah, manusia diamanahkan untuk menguruskan rezeki kurniaan-Nya dengan penuh kebijaksanaan baik di daratan, lautan mahupun di angkasa. Walaupun hidupan seperti udang, ikan dan ketam merupakan keperluan manusia, namun manusia perlu bijak menguruskannya dengan baik dan bukan tanpa berhemah. Perbuatan manusia yang mencemarkan biosfera akuatik merupakan antara tindakan merosakkan alam. Allah sangat melarang manusia melakukan sebarang kerosakan terhadap alam ciptaanNya sama ada di darat, laut atau pun di udara. Contoh kerosakan yang dilakukan manusia adalah pembuangan sisa toksik ke sungai atau tasik, tumpahan minyak di laut, Allah melarang manusia melakukan kerosakan di alam ini kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada hidupan dan alam sekitar. Misalnya, hidupan akuatik mati kesan pembuangan bahan beracun. Larangan berkenaan merosakkan alam ciptaan Allah Allah SWT dalam Al- Quran surah Luqman ayat 20 ini jelaskan oleh

1.3 Nilai dalam Biosfera Akuatik-Wujudkan ia? Manusia merupakan penghuni di atas permukaan bumi. Sebagai penghuni, manusia perlulah sedar bahawa segala yang telah diciptakan Allah mempunyai kepentingannya. Kita sebagai pengguna alam sekitar perlu bijak mengimbangi keperluan di bumi dan pada masa yang sama keperluan manusia itu tidak mengorbankan alam sekitar. Contohnya, aktiviti perkapalan manusia perlu diuruskan dengan bijak dan tumpahan minyak perlu dielakkan. Selain itu, tebus guna kawasan tanah untuk pembangunan menyebabkan ada kawasan tasik atau paya bakau yang banyak ekosistem terpaksa dimusnahkan demi keperluan manusia. Aktiviti pertanian dengan penggunaan baja kimia dan menyebabkan bahan kimia itu mengalir ke sungaisungai terbukti bahawa manusia begitu alpa sehingga mengorbankan alam sekitar demi keperluan sendiri. Seterusnya, Islam juga telah mendidik kita dengan nilai tidak bermegah-megah dimana kemajuan teknologi yang kita miliki bukan untuk bermegah dan disalahgunakan. Contohnya, dari sudut berkaitan biosfera akuatik, kemajuan di bidang penangkapan ikan telah disalahgunakan untuk menangkap ikan secara berlebihan. Sekiranya ikan ditangkap secara berlebihan, ia akan menjejaskan rantai makanan dan hal ini seterusnya turut memberikan kesan kepada biosfera akuatik iaitu ekosistem lautan. Keseimbangan rantai makanan berlaku dan mengganggu aliran dan perpindahan tenaga dalam rantai makanan. Kesan yang dinyatakan tadi boleh terjadi kerana apabila ikan sebagai pengguna kedua mungkin akan menjejaskan rantai makan atau siratan makanan. Malah, Islam telah mengajar kita dengan nilai bersyukur akan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Tuhan dengan menjaga batas-batasnya dan jangan keterlaluan dalam sesuatu urusan. Pada masa kini, pelbagai industri telah wujud di negara kita dan ada sesetengah industri menghasilkan sisa beracun dan bertoksik. Sisa yang dikeluarkan kilang perlu diuruskan dengan baik kerana ia akan menjejaskan ekosistem terutama kawasan biosfera akuatik seperti sungai sekiranya dilupuskan di situ. Menguruskan sisa-sisa bertoksik menelan belanja yang agak mahal. Oleh itu, terdapat sesetengah pihak yang mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik ke sungai, tasik atau laut begitu sahaja tanpa dirawat demi mengaut keuntungan. Ini

menunjukkan bahawa masih terdapat rakyat Malaysia yang kurang nilai bersyukur dengan nikmat alam yang dikurniakan Tuhan. Malahan, mereka begitu keterlaluan dan rakus tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari. Tanpa nilai bersyukur akan nikmat-nikmat ini, kesannya nanti adalah sudah tentu terhadap hidupan biosfera akuatik kerana aliran dan perpindahan tenaga tidak berlaku. Aliran dan perpindahan tenaga berlaku bagi hidupan akuatik atau hidupan daratan untuk meneruskan kehidupan mereka. Ini kerana apabila sesuatu hidupan memakan hidupan lain, mereka akan memperoleh tenaga dan tenaga yang diperoleh ini akan digunakan untuk melakukan proses-proses hidup yang lain. Jadi, isu-isu yang berkaitan dengan biosfera akuatik seperti pencemaran sungai, tasik dan lautan, kepupusan spesies dan habitat perlu dielakkan. Oleh itu, sebagai manusia, kita perlu mempunyai nilai menghargai dan menyayangi alam sekitar. Pada masa yang sama wujud kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Pada masa kini, nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar merupakan antara nilai yang perlu ada dalam diri individu. Ini kerana Malaysia merupakan negara yang sedang membangun. Bidang perindustrian, pertanian, perladangan dan penternakan semakin maju. Ini menyebabkan berlakunya isu kepupusan habitat dan spesies dan manusia menjadi pengganggu kepada ekosistem dan biosfera terutama biosfera akuatik dan daratan. Namun begitu, amat menyedihkan apabila banyak akhbar melaporkan isu-isu pencemaran laut, sungai, tasik dan penerokaan paya bakau yang menyebabkan kepupusan habitat dan spesies yang mengganggu ekosistem di kawasan biosfera tersebut. Ini berlaku kerana kurangnya nilai peka terhadap isu alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira golongan status masyarakat. Kesimpulannya, dalam memastikan aliran dan perpindahan tenaga bagi biosfera hidupan akuatik tidak terjejas, nilai-nilai seperti cintakan alam sekitar, menghormati alam sekitar dan nilai yang telah dinyatakan perlu ada dalam diri masyarakat supaya isu-isu berkaitan biosfera akuatik tidak terus berlaku dan berlarutan sehingga kesannya akan dirasakan oleh generasi yang akan datang. Kesemua nilai ini sedikit sebanyak dapat membantu memelihara dan memulihara ekosistem terutama ekosistem yang melibatkan hidupan akuatik.

1.4 Isu Biosfera Akuatik dan Kaum-Apa Kaitannya? Isu yang berkaitan biosfera akuatik iaitu pencemaran sungai turut mendatangkan kesan kepada kaum di Malaysia. Contohnya adalah pencemaran yang berlaku di Sungai Belatop di kawasan Lojing. Pencemaran Sungai Belatop di Gua Musang Kelantan telah menyebabkan hidupan di biosfera tersebut terganggu. Hidupan seperti ikan ,katak turut mendapat kesan. Ikan merupakan antara sumber makanan bagi kaum orang Asli suku Temiar. Apabila ekosistem di kawasan sungai tersebut terjejas, manusia turut menerima kesannya terutama penduduk orang Asli suku Temiar yang tinggal berdekatan. Sumber air bersih turut terjejas. Secara tidak langsung, masyarakat kaum asli yang tinggal di kawasan tersebut menerima kesannya. Hal ini menunjukkan bahawa isu berkaitan biosfera akuatik turut berkait rapat dengan manusia. Sekiranya isu pencemaran air iaitu sungai atau laut tidak ditangani, kaum peribumi akan menerima kesannya. Contohnya, sekiranya sumber air bersih terjejas, ini akan mengganggu kesihatan mereka. Selain itu juga, kegiatan perikanan mereka akan terjejas. Kaum yang bergantung pada sumber ikan akan terjejas. Hasil tangkapan mereka akan mengecil kerana rantai makanan hidupan akuatik terganggu. Contohnya, orang asli di sungai Baloi, Sarawak penangkapan ikan. 1.5 Biosfera Akuatik dan Budaya. Di Malaysia terdapat pelbagai kaum yang mendiami tanah Malaysia dari utara sehingga ke selatan. Setiap kaum mempunyai budaya dan pandangan tersendiri terhadap alam sekitar. Budaya setiap kaum kebanyakannya menyarankan agar alam sekitar merupakan perkara yang perlu dijaga dan diberikan perhatian. Namun, disebabkan arus pemodenan, budaya yang ada sering dilupakan. Malahan, sikap manusia yang tamak dalam mengejar keuntungan dan secara tidak langsung mengabaikan alam sekitar menyebabkan budaya ini ditelan zaman. Namun begitu, sekiranya kita melihat kepada penduduk asli di kawasan Tasik Chini. Mereka masih lagi mempunyai kebudayaan atau kepercayaan yang mengalami pengecilan saiz

tersendiri, Mereka mempercayai animisme. Selain itu, sekiranya kita melihat suku

asli Bajau atau orang Laut, mereka juga mempunyai kepercayaan yang tersendiri yang berkaitan dengan laut. Sekiranya hidupan di laut tiada, mereka akan kehilangan sumber kehidupan. 1.6 Di Mana Pentingnya Biosfera Akuatik? Aliran dan perpindahan tenaga dalam ekosistem hidupan air memberikan kepentingan tertentu. Yang paling penting adalah aliran dan perpindahan tenaga bagi ekosistem air memastikan kemandirian spesies. Dalam rantai makanan atau siratan makanan, haiwan sama ada di makan atau memakan pelbagai haiwan lain. Apabila berlaku proses memakan dan di makan ini, hidupan akuatik contohnya boleh meneruskan kehidupan. Ini kerana mereka mendapat bekalan tenaga untuk melakukan proses-proses hidup yang lain. Sekiranya sumber bekalan tenaga mereka iaitu haiwan yang dimakan terancam, berkurangan atau pupus, sudah tentu mereka tidak dapat meneruskan kehidupan. Lama-kelamaan hidupan tersebut akan pupus.

Jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran. Ini mengganggu ekosistem. Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan berubah ia akan menyebabkan keseimbangan alam terganggu. Terdapat saling

pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan. Contohnya, hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang penting untuk kesihatan manusia. Sekiranya manusia

melakukan pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, akan berlakunya kepupusan hidupan laut.

Biosfera akuatik juga memberikan kepentingan kepada manusia . Dari segi kesihatan, biosfera akuatik menyumbang kepada bidang perubatan . Biosfera akuatik terdiri daripada ekosistem marin dan sungai serta tasik. Di lautan, terdapat hidupan seperti belut, gamat, ikan dan sebagainya. Contohnya, hidupan gamat memberikan sumbangan dari aspek perubatan. Gamat elok untuk penyembuhan luka dan memberikan kecantikan kepada kulit. Hidupan sungai pula seperti ikan

haruan boleh digunakan oleh ibu mengandung untuk penyembuhan luka dalaman.

Dari sudut ekopelancongan pula, biosfera akuatik memainkan peranan penting menyumbang kepada bidang pelancongan. Kebanyakan negara di dunia menjalankan bidang pelancongan dengan menggalakkan kemasukan pelancong dari dalam atau luar negara dengan keindahan persekitaran terutama yang melibatkan biosfera akuatik . Di sesetengah negara, terdapat lautan, tasik, sungai, air terjun, hutan paya bakau dan sebagainya. kawasan biosfera akuatik ini penting untuk aktiviti pelancongan. Contohnya, di Malaysia, terdapat pelbagai pulau yang indah dengan hidupan marin yang pelbagai. Taman laut boleh dilawati dan kebanyakan pelancong ke sungai untuk melihat hidupan di taman laut. Aktiviti snorkelling dijalankan untuk melihat hidupan akuatik seperti ikan dan penyu. Malahan, aktiviti scuba diving boleh dilakukan oleh pelancong untuk melihat keindahan terumbu karang dan hidupan di dasar laut. Di kawasan hutan paya bakau pula, turut dijadikan sebagai pusat pelancongan. Contohnya, di Tanjung Piai dijadikan pusat pelancongan.

Tadahan air penting bagi bekalan air pada masa akan datang . Biosfera akuatik juga penting untuk dijadikan kawasan tadahan dan simpanan air. Contohnya ialah kawasan tasik. Tasik boleh digunakan untuk tadahan dan bekalan air. Di Malaysia, tasik digunakan sebagai salah satu tempat untuk tadahan air. Contohnya, tasik Chini, Tasik Bera dan sebagainya.

1.7 Punca Isu dalam Biosfera Akuatik

Pelbagai punca yang boleh menyebabkan terganggunya aliran dan perpindahan tenaga dalam hidupan air. Kebanyakan punca pencemaran air yang menyebabkan kepupusan habitat dan spesies adalah kerana kegiatan ekonomi. Punca ini penting untuk dikenal pasti kerana aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan ekosistem. Antara punca pencemaran yang menjadi penyebab terganggunya aliran dan perpindahan tenaga bagi hidupan air ialah pembuangan sisa dari kilang ke dalam sungai atau kawasan tasik. Sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksik dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan ini dilakukan bagi melupuskan sisa tanpa melibatkan kos bagi pihak terbabit. Mereka mengambil jalan mudah tanpa memikirkan

kesannya di kemudian hari. Apabila sisa ini dibuang ke dalam sungai atau tasik, kawasan tersebut sudah tidak sesuai untuk didiami oleh hidupan akuatik kerana sungai dan tasik telah tercemar. Ini akan menyebabkan banyak hidupan akuatik yang mati. Apabila hidupan akuatik mati, kesannya akan mengganggu aliran dan perpindahan tenaga dalam rantai makanan. Selain itu, bahan buangan domestik seperti minyak, sampah, najis juga penyumbang kepada pencemaran air yang akhirnya boleh mengganggu hidupan dalam air. Apabila hidupan dalam air terganggu sudah tentu aliran dan perpindahan tenaga turut terganggu. Contohnya, di kawasan pantai, bahan buangan seperti botol, plastik sampah di buang ke dalam laut. Haiwan seperti penyu yang makan obor-obor akan tertukar obor-obor dengan plastik sampah. Apabila haiwan ini makan plastik tersebut, mereka akan jatuh sakit dan mati. Sinar Harian-8 Disember 2012 memaparkan tentang penyu yang bertajuk Penyu Mati Makan Plastik. Dalam artikel tersebut, golongan nelayan dinasihatkan untuk menjaga haiwan ini daripada mati dengan tidak membuang sampah plastik ke dalam laut. Selain itu juga, Pada masa yang sama, penerokaan dan penebangan pokok juga boleh menyumbang ke arah pencemaran air. Ini kerana penerokaan boleh menyebabkan hakisan tanah berlaku. Ini membawa kepada tanah runtuh yang seterusnya akan masuk ke dalam sungai dan mendakan berlaku. Mendakan akibat daripada hakisan tanah menyebabkan sungai menjadi cetek. Ini menjejaskan ekosistem hidupan di sungai. Pada masa yang sama, kegiatan pembalakan dan perlombongan pula menghasilkan kelodak, lumpur, pasir, dan batu kecil yang menyebabkan kandungan oksigen dalam air semakin kurang lalu memusnahkan kehidupan akuatik. Aliran dan perpindahan tenaga turut terjejas sekiranya salah satu spesies lenyap dalam rantai makanan. Punca hal ini berlaku juga disebabkan kegiatan perikanan tanpa kawalan. Menurut Kang Chai ( ) , kegiatan perikanan yang dijalankan tanpa

kawalan dan penggunaan pukat harimau serta pukat tunda yang bermata halus akan menyebabkan kepupusan ikan kerana pukat tersebut turut memerangkap anak-anak ikan dan memusnahkan spesies ikan.

1.8 Kesan-kesan Isu Berkaitan Biosfera Akuatik. Aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik akan terganggu sekiranya pencemaran air terutama air sungai, tasik dan laut terus berlaku. Ini akan memberi kesan kepada spesies dan habitat di Malaysia dan pada masa yang sama manusia turut menerima kesannya. Ini kerana manusia juga saling bergantung hidup dengan biosfera akuatik. Manusia turut menerima kesan sekiranya isu berkaitan aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik berlaku. Hal ini dapat dilihat apabila kegagalan untuk menjaga kebersihan alam sekitar juga boleh memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan di negara kita, misalnya ia akan membantutkan kegiatankegiatan pelancongan sama ada yang sedia ada ataupun yang bakal diterokai . Sebagai contoh, pada penghujung tahun lepas, pelabur telah menolak rancangan untuk membina hotel di Pantai Pasir Gemuruh berhampiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang kerana kawasan tersebut telah diancam pencemaran. Kawasan tersebut yang dahulunya bersih dan cantik, kini telah dipenuhi dengan sampah sarap. Hidupan marin di kawasan tersebut turut terganggu. Selain itu, 50% sungai di negara kita juga telah tercemar dan 5% daripadanya berada pada tahap yang sangat tenat. Jika diamati, kini tiada lagi kawasan air terjun di Pulau Pinang, Sungai Klang pula tercemar teruk dan kawasan perlombongan di Batu Pahat, Johor juga dipenuhi dengan sampah sarap Aliran dan perpindahan tenaga akan terjejas sekiranya rantai makanan bagi hidupan akuatik terjejas. Menurut Azman Abdullah et. al (2008), ekosistem marin akan terjejas disebabkan oleh industri petroleum dan gas asli. Apabila permukaan laut dilitupi ketulan minyak, Ini akan mengurangkan penembusan cahaya matahari ke laut. Kesannya, kehidupan plankton dan zooplankton yang menjadi makanan ikan dan hidupan lain akan mati. Ini menjejaskan rantai makanan dalam laut. Sektor pertanian merupakan antara sektor penting di Malaysia. Pencemaran air akan menyebabkan air tidak sesuai untuk diminum dan mengancam nyawa hidupan akuatik.

1.9 Peranan kerajaan dan masyarakat Kepupusan spesies dan habitat serta manusia sebagai pengganggu ekosistem merupakan antara isu yang berkait rapat dengan aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik. Antara peranan yang boleh dijalankan oleh pihak kerajaan adalah menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang berada di bawah kementerian ini memainkan

peranan penting dalam memastikan alam sekitar terutama hidupan di biosfera akuatik selamat dan tidak terancam. Contohnya, mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Malahan, Jabatan Pengaliran dan Saliran juga diberi peranan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi mengambil tindakan supaya semua premis makanan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan memasang sistem penapis sisa makanan bagi menghalang sisa makanan, gris dan minyak. Ini bagi mengelakkan kotoran tersebut mencemarkan sungai apabila disalurkan terus ke sungai. Program-program berkaitan pencegahan pencemaran dan mengambil tindakan undang-undang turut dilakukan oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran. Sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut disampaikan. Seterusnya, kempen melindungi alam sekitar turut boleh dilakukan oleh pihak kerajaan. Kerjasama kempen dengan beberapa kementerian seperti

Kementerian Pelajaran, Kementerian Komunikasi dan Belia dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air boleh dilakukan bagi menjayakan kempen ini. Contohnya, kempen kesedaran pentingnya sungai, tasik dan laut bersih boleh dilakukan di sekolah rendah dan menengah untuk mendidik mereka menyayangi dan menjaga alam sekitar supaya hidupan dan ekosistem tidak terganggu.

Selain itu badan bukan kerajaan dan kerajaan juga boleh bekerjasama dengan pihak media seperti mengadakan kempen kesedaran. Pada masa yang sama juga, pameran juga boleh diadakan. Pameran ini boleh dilakukan di sekolahsekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam.. Bahan-bahan menarik seperti carta, poster dan keratan akhbar boleh di pamerkan. Selain itu, pita video dan slid-slid yang berkenaan pencemaran juga boleh di tayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi hidupan akuatik. Pada masa yang sama, kerajaan boleh mengatasi pencemaran sungai dengan mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan. Ini dengan menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006). Pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang bagi menyediakan sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian. Bagi pengusaha kedai makanan pula perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan. Malaysia merupakan negara yang dikelilingi lautan dan terdapat pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan laut. Oleh itu, pelbagai risiko pencemaran berkaitan laut boleh terjadi. Contohnya adalah tumpahan minyak yang besar. Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha cari gali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling sibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia ). Dalam mengatasi masalah pencemaran biosfera akuatik iaitu laut, apa dilakukan oleh kerajaan adalah: 1) Kerjasama antara negara yang berkongsi perairan. Malaysia berkongsi perairan dengan Indonesia dan Thailand. Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk mencapai kepentingan

bersama.

Malaysia

dan

Indonesia

telah

bekerjasama

dalam

usaha

untuk

mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara . Satu rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah dibuat di Jabatan Alam Sekitar. 2. Peranan syarikat minyak. Syarikat-syarikat minyak telah bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability (TARC) . Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak ESSO, Caltex dan Mobile . Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak. 3. Tindakan segera Tindakan segera dilakukan apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak,. Langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain . Tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras . Terdapat empat cara yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu : I. II. III. IV. Cara mengepung dan mengumpul tumpahan Menggunakan dispersent dan bahan kimia Pembersihan pantai Dibiarkan sahaja

Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat tempatan, peringkat kawasan dan peringkat wilayah 1.10 Cadangan dalam menyelesaikan isu biosfera akuatik. Dalam memastikan aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik terus berlaku, perkara yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti punca ini dari akar umbinya, Aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik berlaku kerana

disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri. Manusia menyebabkan berlakunya pencemaran yang mengganggu ekosistem dan habitat hidupan akuatik . Jadi, bagi memastikan persekitaran selamat untuk didiami, pada pandangan saya sikap dalam diri individu itu sendiri perlu diubah. Setiap manusia perlu sedar bahawa habitat air adalah sangat penting bagi hidupan akuatik supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup. Apabila ini berlaku, rantai makanan tidak terganggu dan aliran serta perpindahan tenaga dapat berlaku seperti biasa. Seterusnya, lawatan ke pusat-pusat pemeliharaan hidupan akuatik boleh dijalankan oleh pihak sekolah, institusi pendidikan untuk memberikan kesedaran kepada pihak yang terlibat. Contohnya, lawatan boleh diadakan ke Pusat Konservasi Penyu .Lawatan ini boleh memberikan kesedaran tentang hidupan akuatik yang semakin terancam Pada pandangan saya, apa yang paling penting untuk menangani masalah berkaitan pencemaran di biosfera akuatik adalah perlu adanya nilai keagamaan dalam diri individu itu sendiri. Setiap agama sudah pasti menganjurkan penganutnya untuk mencintai alam sekitar. Pada masa yang sama, ia menganjurkan manusia untuk menjaga dan mentadbir alam dengan baik dan bukan membuat sebarang kerosakan. Hal ini jelas dinyatakan dalam agama Islam. Sebagai seorang yang beragama Islam, kita sepatutnya menghargai nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada umatnya. Ini menunjukkan bahawa kita bersyukur dan menghargai nikmat yang Allah kurniakan. Didikan agama perlu diberikan sejak dari kecil lagi. Pada masa yang sama, nilai keagamaan perlu dikaitkan dengan alam sekitar, Di sini amat penting tugas seorang ibu bapa menerapkan nilai keagamaan. Selain itu juga, di sekolah, guru turut memainkan peranan penting. Mana-mana guru boleh mengaitkan nilai alam sekitar dengan agama. Di sini, peranan guru Sains turut menonjol. Guru yang mengajar Sains perlu menerapkan nilai menjaga alam sekitar dan kaitannya dengan Islam . Kita bukan sahaja mengajar tetapi tugas guru pada masa yang sama juga adalah untuk mendidik.

BIBLIGRAFI

Derita Orang Asli di Lojing tiada Kesudahan dilayari. Diperolehi di http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/derita-orang-asli-di-lojingtiada-kesudahan / Abu Bakar Yang ( 2004) . Alam Sekitar Anugerah Tuhan, Kefahaman Malaysia Kuala Lumpur: Institut

Daniel D. Chiras (2006). Seventh Edition Environmental Science . United States of America: Jones and Bartlett Publisher Azman Abdullah, Rosnah Haji Salleh, Kuswandi Tayen (2008). STPM dan Pra- u Teks dan Rujukan Lengkap Kemahiran Geografi, Selangor: Arah Pendidikan. Kang Chai , Chong Yoon, Chong Hui , Darmindar Singh ( ) Fokus Super Hot PMR Geografi. Selangor:Pelangi Publishing Kelestarian Akuatik Hutan Paya Bakau. Diperoleh Ogos 2013 di http://muhammadyusuf123.blogdetik.com/2011/05/25/pencemaran-sungai/ Rosnah Haji Salleh, Shukri Sulaiman, Che Zainon Shafie (2007 ). Teks dan Rujukan Lengkap Geografi Fizikal dan Pra- U, Selangor: Arah Pendidikan