Anda di halaman 1dari 32

1.

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan peubahan aspek ekonomi, budaya dan politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek pendidikan, ekonomi, budaya dan politik adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Cabaran-cabaran pendidikan yang besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global, pendidikan bertaraf dunia, penerapan budaya ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), merapatkan jurang pendidikan, pembinaan budaya ilmu, memartabatkan profesionalisme perguruan, menghapuskan rintangan pendemokrasian

pendidikan. Justeru itu, agenda penting untuk mematang dan membangunkan rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan adalah berteraskan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu menekankan pembangunan tenaga manusia, dan kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.
1

Pendidikan bertaraf dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

2.0

ISU-ISU DAN CABARAN DALAM PENDIDIKAN

2.1

Pendemokrasian Pendidikan

Merujuk

Kamus

Dewan

Edisi

Keempat,

pendemokrasian

pendidikan bermaksud peluang mendapatkan pendidikan yang sempurna dan bermutu. Mengikut Dewey (1966), pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai agen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup mereka.

Di Malaysia, proses pendemokrasian pendidikan telah bermula dalam menyediakan dan keperluan pelaksanaan pendidikan kepada semua warganya. dalam

Pendekatan

pendemokrasian

pendidikan

sistem pendidikan di negara kita kebanyakannya adalah didorong oleh reformasireformasi pendidikan. Pendemokrasian pendidikan adalah suatu program yang amat penting kepada semua lapisan masyarakat di negara kita. Hal ini demikian kerana pendemokrasian pendidikan ini memberi banyak kesan kepada sistem pendidikan serta masyarakat di negara kita tanpa mengira status, kedudukan, agama dan bangsa.

Melalui pendemokrasian pendidikan ini, kita dapat memberikan hak yang sama rata dari segi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bermutu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lain baik di dalam daerah, negeri, negara atau di peringkat dunia tanpa mengira kaum, agama serta kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Kemudahan ini membolehkan golongan miskin juga dapat menimba ilmu dengan percuma. Hal ini kerana kerajaan menyediakan peruntukan khas bagi golongan
3

ini seperti bantuan pakaian sekolah, rancangan makanan tambahan (RMT), baucer tuisyen serta kemudahan asrama.

Pelbagai

dasar

telah

dibentuk

oleh

kerajaan

bagi

mendemokrasikan pendidikan. Sebagai contoh, melaksanakan pendidikan wajib ke atas setiap kanak-kanak selama 13 tahun. Jika ibubapa atau waris tidak mengendahkan arahan tersebut, mereka bakal dikenakan hukuman atau denda jika disabit kesalahan. Ini merupakan perkara yang asas dimana semua warga berhak mendapatkan pendidikan yang sempurna. Selain itu dasar pelaksanaan vernakular (sekolah tamil dan sekolah cina), sekolah teknikal, sekolah asrama penuh, sekolah pendidikan khas (pelajar berkeperluan khas), sekolah swasta dan sekolah Agama Islam.

Secara

keseluruhannya,

pendemokrasian

pendidikan

mencerminkan hak asasi kanak-kanak dan seorang manusia itu terbela. Pendidikan merupakan perkara yang amat penting dan apabila pendidikan ini dirakyatkan, maka rakyat akan terbela dan tiada lagi kelihatan kanakkanak yang berpeleseran di jalanan tanpa mengikuti pendidikan yang sepatutnya seperti kanak-kanak yang lain. Pendemokrasian juga adalah langkah menjadikan negara aman kerana semua kehendak asas rakyat dipenuhi.

2.2

Tonggak Pendidikan UNESCO

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) adalah merupakan sebuah organisasi yang dibentuk bertujuan membentuk sebuah keamanan dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui pendidikan, sains dan budaya. Umumnya UNESCO ditubuhkan pada 16 November 1945 dan matlmat penubuhannya adalah untuk membina keamanan, menangani kemiskinan, pembangunan yang mampan dan dialog antara budaya melalui pendidikan, sains, budaya, komunikasi dan maklumat.

Sehubungan itu, keutamaan yang diketengahkan oleh pihak UNESCO adalah pendidikan untuk semua dan pembelajaran sepanjang hayat. Antara projek yang ditaja oleh UNESCO adalah merangkumi literasi, teknikal, program latihan perguruan, projek program budaya sains antarabangsa, mempromosi budaya,

kebebasan

media;

dan

sejarah,

kepelbagaian

memelihara warisan budaya dan alam semulajadi dunia serta melindungi hak kemanusiaan.

Menyentuh

mengenai

pendidikan,

terdapat

empat

tonggak

pendidikan yang telah digariskan oleh UNESCO iaitu yang pertama adalah belajar untuk menguasai ilmu (Learn to know). Ini adalah merupakan faktor pembelajaran utama di mana manusia perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling mereka supaya dapat memperkembangkan kemahiran kerjanya serta berkomunikasi dengan orang lain.

Tonggak kedua adalah belajar untuk menguasai kemahiran (Learn to do). Tonggak kedua ini pula adalah membawa maksud pendidikan dapat melengkapkan seseorang dengan kemahiran untuk

diaplikasikan dalam bidang pekerjaan. Antara kemahiran yang penting adalah termasuk kemahiran komunikasi, berpasukan dan menyelesaikan masalah. Manakala dalam tonggak ketiga ini iaitu belajar untuk menjadi insan berguna (Learn to be) pula adalah berfokus terhadap peranan pendidikan yang harus menyumbang kepada pembentukan insan secara menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan estetika.

Tonggak keempat UNESCO adalah belajar untuk harmoni dan bekerjasama (Learn to live together). Tonggak ini merupakan salah satu cabaran yang sukar dipupuk dalam dunia yang dilanda konflik. Oleh itu, adalah penting pendidikan di semua negara memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat dapat hidup aman damai dan berharmoni dalam negara yang berbilang kaum dan silang budaya.

Selari dengan perkara tersebut dan demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan di negara kita, terdapat pelbagai perubahan dalam pendidikan semasa di negara kita sama ada dari segi kurikulum mahupun kurikulumnya. Antaranya adalah perubahan dari KBSR ke KSSR,

pengenalan terhadap PPSMI dan seterusnya kepada MBM dan MBI. Kemudiannya pula perubahan dari segi penekanan pendidikan awal (Pra Sekolah) untuk kanak-kanak, perubahan keseluruhan tempoh

persekolahan dan sebagainya.

Selain itu, penaiktarafan institusi pendidikan di negara kita dari semasa ke semasa juga telah menunjukkan kepentingan pendidikan ini seperti yang telah digariskan oleh UNESCO. Oleh itu, kita seharusnya peka dan mampu untuk mengikut perubahan arus perdana pendidikan ini bagi menjamin ke arah pembentukan positif dalam diri semua insan.

2.3

Globalisasi Pendidikan

Mengikut Profesor Michael Gibbons (2003) Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel menyatakan globalisasi merupakan proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu. Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu. Justeru itu kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah positif seperti menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC), mengembangkan

sekolah-sekolah bestari, mereformasikan kurikulum sekolah, serta penswastaan pendidikan tinggi.

Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status World Class Education. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara,

khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia.
7

Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu menekankan pembangunan tenaga

manusia, kepesatan pertumbuhan ekonomi membaiki taraf dan kualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosial masyarakat,

kecemerlangan budaya fikir dan intelektual, pembangunan teknologi dan sains, kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

Menjadi satu kepentingan golongan pendidik di negara ini menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan

kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat. Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis

profesionalisme perguruan di negara-negara membangun khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih radikal dilakukan.

Guru-guru perlu berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dan dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesion perguruan dalam

masyarakat perlu diluaskan skopnya dan tidak hanya berada di takuk lama dengan menganggap guru hanya mengajar di sekolah.
8

Profesion perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.

Menjadi hasrat yang amat besar oleh pihak kerajaan untuk mencapai semua kejayaan terutamanya dalam bidang pendidikan negara. Namun begitu, ia tidak bermakna jika hanya segelintir rakyat yang mendapat peluang itu. Seluruh rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India, masyarakat bumiputra asli dan kaum minoriti lain perlu mendapat pendidikan sewajarnya untuk merapatkan jurang pendidikan dan seluruh rakyat Malaysia mendapat hak mereka. Namun begitu, dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, masih ada ibu bapa dari pedalaman yang takut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Pemikiran jumud ini perlu dibersihkan supaya keadaan mereka berubah daripada dibelenggu kemiskinan.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah meminta rakyat supaya melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga

memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan

pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
9

2.4

Kepelbagaian Budaya

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah

mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan,

kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuankemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.

Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan dalam laman web http://dppwp.wordpress.com, maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut. Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta strukturstruktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.

Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang undang, adat resam dan lain lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

10

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Kepelbagaian sosiobudaya turut mempengaruhi pendidik dalam pengurusan bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Cabaran kepelbagaian budaya ini melibatkan bukan sahaja guru, malah murid-murid, pihak sekolah dan kurikulum itu sendiri.

2.4.1.

Guru

Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum.

Roland

Meighan

(1986)

berpendapat

kelas

sosial

menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala menurut Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa seseorang.

Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum.
11

Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid.

Lahir

daripada

latar

belakang

dan

pengaruh

persekitaran yang berbeza, pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama islam dan murid beragama budha pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau idea yang murid sampaikan.

Guru perlu memberi respon dan ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilainilai murni yang dinyatakan dalam konsep 1 Malaysia.

12

Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan murid-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh murid-murid. Perancangan proses pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama, nilai dan kepercayaan mereka.

Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan.

2.4.2.

Murid-murid

Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.

13

Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai kematangan sosial.

Murid

perlu

mengambil

peluang

daripada

kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama.

Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

14

Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung perpaduan antara kaum akan terjalin.

Kepelbagaian

sosio

budaya

di

dalam

kelas

turut

merangsang kewujudan masalah didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya.

2.4.3.

Sekolah

Sistem pendidikan negara mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang boleh diikuti oleh murid. Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosio-budaya ini.

15

Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat.Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosiobudaya mereka. Murid juga harus sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid.

Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi yang bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat pada masa akan datang.
16

2.5

Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan

Yusup

Hashim

dan

Razmah

Man

dalam

buku

Teknologi

Instruksional: Teori dan Aplikasi juga menyatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi ditaksirkan dari dua sudut iaitu sudut produk dan sudut proses. Dari sudut produk teknologi maklumat merupakan peralatan yang boleh digunakan untuk membina, mengumpul, menyimpan, memproses dan

menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara pantas seperti penggunaan komputer, peralatan telesidang, CD ROM dan perisian komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi proses pula, teknologi maklumat boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan peralatan dan bahan teknologi komunikasi seperti Internet (e-mail, www, forum dan laman web), telesidang video atau instruksi berasaskan komputer (IBK).

Menurut Abdul Manaf Bohari dan rakan-rakan (2006) dalam buku Sistem Maklumat Dalam Organisasi Komtemporari mendefinisikan teknologi maklumat dan Komunikasi sebagai komunikasi yang menggunakan teknologi terkini sebagai alat untuk berhubung antara satu sama lain tanpa mengira situasi, masa, dan lokasi geografi. Tiga asas utama sistem teknologi maklumat adalah perkakas komputer, perisian komputer dan komunikasi data. Sinergi antara ketiga-tiga teknologi tersebut berupaya menggerak dan mewujud satu kuasa teknologi yang bernilai dan berdaya maju dalam aspek komunikasi atau perhubungan. Teknologi maklumat diperkenalkan bagi memajukan lagi sistem pendidikan harian di sekolah. Oleh yang yang demikian kita sebagai pendidik seharusnya tidak ketinggalan dalam mendalami ilmu bagi bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

17

Kehadiran

teknologi

maklumat

merupakan anugerah

istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batubata dan kayu, sebaliknya alam maya.

Sejak perlaksanaan teknologi di sekolah sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat beberapa perubahan yang dapat dilihat dengan jelas kepada pelajar dan guru-guru di sekolah yang betul-betul menggunapakai teknologi di sekolah. Lebih-lebih lagi peningkatan dalam kualiti dan peratus lulus peperiksaan awam. Pengajaran dan ulangkaji yang diselang seli dengan TMK mendapati bahawa pelajar lebih memberi perhatian sehingga di saat terakhir pengajaran. Penggunaan kemudahan komputer yang kini telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan hampir di setiap sekolah, memberi peluang kepada pendidik untuk

menggunakannya dengan lebih cemerlang.

Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland (1995) menyatakan bahawa 'Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified '. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran. Teknologi maklumat dan komunikasi juga boleh digunakan untuk merangsang minda murid supaya lebih segar dan sentiasa memberikan tumpuan sepanjang proses pembelajaran. Di samping itu, penggunaan ini juga boleh melibatkan
18

internet. Dengan adanya internet, guru dan murid boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara terus-menerus.

Namun disebalik kecanggihan teknologi yang sedia ada ini ada juga isu dan cabarannya. Antaranya adalah bagi sesetengah sekolah terutama Sekolah Kurang Murid (SKM) dan sekolah-sekolah di kawasan pendalaman dan terpencil yang tidak mempunyai kemudahan makmal komputer, muridnya tidak dapat berinteraksi secara terus dengan penggunaan komputer. Hanya guru yang boleh menggunakannya. Jadi murid akan rasa ketinggalan. Oleh yang demikian penggunaan teknologi maklumat ini haruslah dengan pantauan daripada guru-guru yang pakar ataupun guru bertugas supaya ianya dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang dan mengurangkan risiko menanggung kerosakan.

Dapatan dari pemantauan kolaboratif Sekolah Bestari yang dijalankan pada tahun 2001 di semua sekolah Bestari seluruh negara mendapati walaupun guru bersedia membuat perubahan dengan mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi tetapi ada juga yang tidak bersedia membuat perubahan kerana yakin proses pengajaran dan pembelajaran konvensional relevan dengan sistem peperiksaan. Sekolah-sekolah lebih mementingkan pencapaian keputusan peperiksaan yang cemerlang. Pada dasarnya jika keputusan peperiksaan yang diperolehi setiap tahun cukup baik dan cemerlang pada tanggapan guru mengapa harus kita mengubah apa yang telah sedia baik untuk pelajar. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan berkesan.

19

Selain daripada sikap yang tidak menganggap teknologi itu penting, terdapat juga guru-guru yang risau untuk mengguna peralatan teknologi itu sendiri. Sebenarnya, persediaan dan penerimaan guru terhadap perkembangan dan pengaruh teknologi dalm kehidupan seharian dan proses P&P bermula dengan keyakinan diri dan sikap yang positif.

Menurut Zorainawati Wati abas (1991), terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan komputer iaitu takut sekiranya rosak apabila disentuh peralatan tersebut, takut kerana mereka merasakan tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi iaitu tahap inferior yang tinggi dan ada guru yang risau sekiranya sekolah mengarahkan guru yang tahu dan mahir komputer membuat segala tugas yang memerlukan penggunaan komputer, dengan perasaan risau sebegini adalah lebih mudah bagi mereka menolak terus perubahan.

Mengintegrasikan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya (Holmes, 1999). Persediaan diperlukan termasuk dari aspek menyediakan bahan mengajar serta untuk setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 33 waktu seminggu, adalah sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar di sekolah dan juga untuk setup bahan mengajar di makmal komputer.

20

Aspek pembaharuan dalam kaedah mengajar dengan menggunakan teknologi masih terbatas kerana tidak semua guru telah dilatih dan mahir dalam penggunaannya. Proses pengajaran

memperalatkan teknologi menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru.

Tidak semua bahan pengajaran telah tersedia untuk digunakan terus. Dengan adanya kemahiran komputer, guru dapat mencurahkan ilmu dan kemahiran dalam subjek masing-masing dan kaedah pengajaran dapat dipelbagaikan, dengan demikian peralatanperalatan teknologi yang dibekalkan ke sekolah-sekolah tidak menjadi gajah putih yang hanya digunakan untuk membuat soalan-soalan peperiksaan.

Dapatan kajian Robiah Sidin, Juhana Salim dan Nor Sakinah Mohamad (2003) menunjukkan penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Dapatan juga menunjukkan guru-guru kerap menggunakan hanya tiga jenis program iaitu pemprosesan perkataan, mengintegrasikan pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pengurusan fail. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran. Buat masa kebelakangan ini, lebih ramai guru yang memperolehinya secara pembacaan dan pengalaman sendiri.

21

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan bermaksud menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah.

Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari semasa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.

22

2.6

Gejala Sosial

Permasalahan sosial yang sedang meruncing kini seharusnya mendapat perhatian semua pihak yang cintakan negara ini dan mereka yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju contoh. Samada secara sedar atau tidak, peningkatan kes-kes yang dikategorikan sebagai gejala sosial kini berada pada tahap yang agak membimbangkan, malah mungkin juga mencemaskan banyak pihak. Ini dapat dibuktikan melalui pendedahan dan laporan harian media massa mengenai peningkatan kes-kes gejala sosial.

Sudah sampai masanya kita sebagai rakyat Malaysia melihat usaha membendung dan menyelesaikan masalah ini sebagai suatu agenda yang perlu diberi keutamaan. Selain perlunya meningkatkan penguatkuasaan undangundang terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan, kita tidak seharusnya mengabaikan peranan pendidikan bagi membantu membendung gejala

berkenaan daripada berleluasa. Malah rakyat seluruhnya perlu mempunyai kesedaran bahawa gejala ini adalah permasalahan kita bersama, bukan sematamata permasalahan kerajaan atau kaum keluarga pesalah-pesalah yang terlibat dengan tindakan-tindakan ganas itu.

Sekolah adalah institusi penting dalam pembentukan nilai kerana para pelajar menghabiskan masa selama enam hingga lapan jam sehari di situ. Para pelajar tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang mempelajari nilainilai baru setiap hari dalam aktiviti yang dilakukan bersama. Mereka belajar tentang peraturan, menghormati, kasih sayang, etika dan kerjasama melalui silibus pendidikan yang dibentuk secara berhati-hati, diajar oleh guru yang terlatih dan melalui proses komunikasi setiap hari.

23

Kepentingan pendidikan dan persekolahan sebagai institusi sosial yang membentuk nilai disokong kuat oleh Narol (1983) yang mengemukakan Teori Moral Order. Beliau menganggap masalah sosial yang berlaku boleh diatasi jika wujud moral order atau tatacara moral yang mempengaruhi situasi dan mendasari segala masalah sosial manusia. Oleh itu institusi sekolah berperanan menegakkan moral order ini khususnya golongan remaja. Sekolah sebagai institusi pendidikan formal merupakan agen yang bertanggungjawab memindahkan nilai-nilai masyarakat kepada kanak-kanak dan generasi muda.

Kekuatan dan kehebatan sesuatu masyarakat dan negara banyak bergantung kepada perubahan nilai yang berlaku. Mahu ataupun tidak, pendidikan adalah faktor utama bagi membina dan menanam nilainilai positif yang akan mendorong kepada kemajuan sosial negara. Pendidikan yang dilihat sebagai agen perubahan sosial wajar berkembang selari dengan perubahan ekonomi, politik dan teknologi semasa supaya nilai-nilai yang sedia ada boleh ikut selari dengan perubahan-perubahan tersebut.

Golongan muda harus didedahkan dengan nilai-nilai yang baik dan diterima oleh masyarakat sejak kecil lagi. Walaupun keluarga adalah penentu masa depan anak-anak, dengan peningkatan masalah sosial hari ini yang melibatkan remaja, timbul persoalan sama ada keluarga mempunyai cukup kekuatan bagi membentuk adab dan akhlak yang mulia pada anak-anak. Di sinilah peranan kerajaan yang harus bertanggungjawab mengatasi masalah sosial ini melalui pendidikan formal, penguatkuasaan dan pemulihan.

24

Sebagai sebuah negara yang sedang meningkat maju, Malaysia harus bijak menyusun pembangunan dan pemodenan supaya masalah sosial ini tidak akan mengganggu kesejahteraan dan kebahagian masyarakat

keseluruhannya. Malah, seorang pengkaji pendidikan dan kemasyarakatan Lickona turut mencorakkan bersetuju bahawa penekanan tradisional watak pendidikan seseorang ialah bagi

perkembangan

dan

pembentukan

melahirkan individu yang baik

Persekitaran masyarakat amat bermakna bagi perkembangan fizikal, mental dan rohani seorang remaja. Suasana yang tidak soleh memudahkan nafsu remaja terangsang untuk bertindak seperti rakan-rakan sekumpulannya. Peranan media juga amat kuat dalam mempengaruhi pembentukan minda remaja yang sihat. Aksi yang ganas dan kurang bermoral boleh didapati dengan mudah melalui VCD, video, majalah dan televisyen. Kesan sampingan aktiviti-aktiviti ini ialah pengikisan nilai-nilai murni dan adab masyarakat. Lama kelamaan nilai-nilai berkenaan digantikan dengan nilai-nilai Barat yang berbeza daripada masyarakat Timur.

Di

samping

itu

program

televisyen

yang

tidak

ditapis

dengan berhati-hati oleh pihak berwajib terutama pada siaran televisyen berbayar akan mendedahkan golongan muda dan remaja belasan tahun kepada tabiat buruk dan amalan berisiko tinggi seperti gejala pergaulan bebas, penagihan dadah atau seks bebas. Menurut satu kajian lagi yang dilakukan oleh Norliah Kudus dan Mahadi Hassan merumuskan, ruangan di media yang membincangkan soal seks dan hubungan suami isteri secara terbuka mendedahkan anak-anak kepada mesej seks yang belum sampai masanya untuk mereka ketahui. Biarpun secara purata kes-kes rogol yang dicatatkan menurun sehingga tahun 2004, ini tidak bermakna bahawa kita harus leka untuk terus membenterasnya.

25

Sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang salah silap yang berada di mana-mana, yang memungkinkan berlakunya kerosakan dan keruntuhan moral, elok kita menyelak sejenak dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi dasar yang kuat bagi para pendidik dalam menghadapi tugas seharian mereka. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Penekanan kepada moral dan nilai direalisasikan dengan menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib, dan selaras dengan wawasan 2020 di mana diharapkan masyarakat Malaysia dalam abad ke-21 akan mempunyai warga yang bukan sahaja mampu berdaya saing dalam Negara perindustrian, juga menekankan penerapan nilai-nilai murni melalui pendekatan pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk kurikulum tersirat, iaitu kegiatan kokurikulum dan amalan tingkah laku di sekolah, yang diharapkan menghasilkan budaya sekolah yang beretika.

26

Guru memainkan peranan penting dalam menjayakan pendidikan moral dan nilai kerana ketika anak-anak berada di sekolah guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu peranan guru dan ibu bapa sama penting dalam pendidikan. Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh anak-anak didiknya sebagai contoh atau role model. Kalau tidak masakan ada pepatah berbunyi guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti.

Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan menjadi ikutan. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya diperhatikan. Guru yang baik disenangi anak-anak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan atau nasihat serta bimbingan yang diberikan mudah diterima. Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan mind set seseorang individu pada tahun-tahun formatif anak-anak didiknya.

Anak-anak ini memerlukan asuhan dan belaian kasih sayang sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu bapa mereka. Guru merupakan orang paling penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehingga anak-anak didiknya akan berasa sekolah seperti rumah keduanya. Sekaligus suasana yang harmonis itu dapat pula membentuk apa yang dikatakan Sekolah tanpa takut (No fear school) . Kalau dapat diwujudkan suasana seperti itu maka sudah tentu anak-anak didik dapat memperkembangkan potensi dan mengawal emosi secara menyeluruh dan seimbang, dan yang pastinya suasana pembelajaran yang sedemikian dapat membantu guru-guru atau pihak sekolah mewujudkan sekolah penyayang.

27

Guru juga dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan dan bertanggungjawab membentuk minda, sikap dan kelakuan anak-anak didiknya yang bakal menjadi anggota masyarakat selepas tamat persekolahan, sama ada menjadi pemimpin politik, pegawai kerajaan, ahli korporat, atau setidak-tidaknya menjadi isteri atau suami yang berakhlak mulia. Untuk mewujudkan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut, maka guru seharusnya berupaya menjadi contoh dan teladan yang baik, pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak didiknya.

Selain itu, guru juga seharusnya menunjukkan sikap dedikasi dalam menjalankan tugas sehariannya dan mengamalkan apa yang disampaikan kepada anak-anak didiknya dengan penuh

tanggungjawab dan beretika. Hubungan guru dengan masyarakat juga menjadi perhatian. Selain mewujudkan sekolah penyayang guru juga berperanan dalam mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat setempat. Ini kerana guru telah sekian lama dikanali sebagai pemimpin kecil yang dapat menyatupadukan masyarakat melalui jalinan mesra dalam pergaulan mereka dengan masyarakat.

Setiap guru harus komited terhadap kerjaya pendidikan, berperibadi tinggi dan bersikap terbuka tanpa memilih kaum atau keturunan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya dalam menjayakan pendidikan moral. Dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, anak-anak didik terdiri daripada pelbagai keturunan dan fahaman keagamaan. Jadi dalam menangani masalah moral atau menjayakan pendidikan moral, guru mestilah menjauhi sikap prejudis. Keikhlasan dan kejujuran patut wujud dalam diri guru dan menampilkan pengajaran mengikuti aspirasi negara.

28

Dalam hal ini guru-guru yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya ialah guru yang sejati, berinovatif dan kreatif. Dengan erti kata lain, falsafah yang mengemudikan amalan pendidikan di sekolah ialah bahawa semua guru merupakan guru dalam Pendidikan Moral dan Pendidikan Nilai. Lebih penting ialah guru diperlukan menerap nilai-nilai murni, sepertimana yang dikenalpasti sebagai nilai inti (core values) dalam pengajaran mereka masingmasing.

Martabat profesion perguruan juga dibayangkan dari perspektif bagaimana seorang guru bertindak sebagai seorang agen moral, dan contoh moral kepada murid-murid mereka. Personaliti guru dan nilai-nilai tersendiri yang dipamerkan melalui tingkahlakunya, mempengaruhi peranannya sebagai agen moral dan contoh kepada murid-murid. Dalam pengajarannya, seorang guru mungkin secara tidak langsung menerapkan nilai tersendiri dalam situasi pengajaran dan pembalajaran melalui pemilihan isi kandungan, prosedur dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Ini akan membawa kesan yang negatif jika nilai tersendiri tidak selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, seperti yang digariskan dalam panduan penerapan nilai murni merentasi kurikulum. Kegagalan guru untuk mempraktikkan nilai-nilai yang seharusnya mereka terapkan kepada pelajar mereka akan merendahkan martabat profesion itu sendiri. Profesion keguruan pada abad ke-21 terdedah kepada berbagai-bagai cabaran baharu.

29

Sesetengah

cabaran

adalah

berbentuk

kebendaan,

intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi baru dan isu-isu yang berkaitan degan masalah etika. Cabaran penting profesion keguruan ialah membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta menentukam masa depan yang bebas daripada berbagai-bagai krisis sosial dan moral.

Dalam

menjayakan

pendidikan

moral

dan

akhlak

sepenuhnya, semua pihak perlu melakukan reformasi terhadap diri masing-masing serta memandang ke hadapan dengan fikiran yang terbuka dan positif, mengamalkan cara hidup yang bermoral, berhemah tinggi serta sanggup menjadi model dalam masyarakat.

Guru terutamanya amatlah penting memahami bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya profesion keguruan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Di samping itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik di harap dapat merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mencapai Wawasan 2020.

30

3.0

RUMUSAN

Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru.

31

4.0

BIBLIOGRAFI

Abd.Rahim Abd Rashid (2005). Profesionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Subki Miskon, Syed Ismail Syed Mustapa (2013). Guru dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia.

_________________.anisemilin89.blogspot.com/2012/tujuan-tonggakpendidikan-unesco. Dilayari pada 20 Ogos 2013.

_________________.http://dppwp.wordpress.com. Dilayari pada 28 Ogos 2013.

Pendidikan Moral dan Nilai (1997). Prosiding Konvensyen Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi.

Shahrin Awaludin & Kamaruzaman Abd. Ghani (2003). Pendidikan Rohani Dalam Sistem Pendidikan Negara : Satu Pemikiran Semula . Pemikiran Dalam Pendidikan Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi.

_______________.www.hmetro.com.my/myMetro/Cabaranguruzamansib er/3/01/ 2013 - Diakses pada 20 Ogos 2013.

_______________.www.todayszaman.com/columnists-274078democratization-of-education. Dilayari pada 17 Ogos 2013.


32

Anda mungkin juga menyukai