Anda di halaman 1dari 2

Cara Melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran 1. Secara Individu Majlis diadakan oleh ahli keluarga berkenaan.

Qatadah berkata Adalah Anas bin Malik, apabila ia mengkhatam al-Quran, dikumpulkan anggota keluarganya lalu beliau berdoa dalam majlis itu. Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih. 2. Secara Berkumpulan (ramai-ramai-majlis dianjurkan oleh satu badan tertentu) Sabda Rasulullah SAW, daripada Mujahid dengan sanadnya yang sahih ia berkata Mereka berkumpul ketika khatam al-Quran kerana mengharapkan rahmat Allah SWT yang turun ketika itu. Panduan melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran secara individu Majlis diketuai oleh seorang khalifah. Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti dengan:

Pengkhatam membaca daripada Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas dan diikuti oleh pengkhatam secara beriringan. Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca. Membaca takbir beramai-ramai apabila hendak beralih ke surah yang seterusnya. Apabila selesai hendaklah membaca : ( : 115 2. Majlis Khatam Al-Quran secara beramai-ramai Majlis diketuai oleh seorang khalifah. Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti dengan membaca :

Pengkhatam pertama membaca Surah Ad-Dhuha hingga akhir. Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca. Membaca takbir secara beramai-ramai apa bila hendak beralih ke surah yang seterusnya : Pengkhatam kedua membaca surah seterusnya, kemudian diikuti oleh pengkatam lain

secara bergilir-gilir sehinggalah ke surah an-Nas. Kemudian membaca : ( : 115 Membaca doa khatam al-Quran. Jika ingin mengadakan Majlis Tahlil belehlah diteruskan dengan bertahlil. Membaca doa arwah. Membaca doa penutup.