Anda di halaman 1dari 151

MANHAJ

SALAF
AKIDAH
SALAF
OLEH:
RASUL BIN DAHRI

2
DAFTAR ISI 1
PRAKATA 3
MANHAJ SALAF 7
DEFINISI MANHAJ 11
APA ITU SALAF? 14
SALAF TIDAK DISANDARKAN
KEPADA MASA ATAU TARIKH 18
PENGERTIAN SALAF MENURUT
TERMINOLOGI 20
PARA SAHABAT ADALAH PARA SALAF
YANG UTAMA 27
MUHAJIRIN DAN ANSAR 38
WAJIB BERITTIBA’ KEPADA
MANHAJ SALAF 42
JALAN ATAU MANHAJ
YANG DIBENARKAN OLEH SYARA 50
JALAN-JALAN YANG SYUBHAT 53
HIZBULLAH HANYA YANG MENGIKUT
MANHAJ RASULULLAH 57
KEMULIAAN PARA TABI’IN 61
KEMULIAAN TABI’UT AT-TABI’IN 62
MAKSUD DAN MAKNA ITTIBA’ 64
PENDAPAT YANG PALING
BENAR (RAJIH) 72
SEBUTAN SALAF DAN MANHAJ SALAF 74
BAGAIMANA AGAMA TERPELIHARA 81

3
SIAPA SALAF? 82
APA ITU SALAFIYAH? 88
LAQAB SALAFI DIMULAI DARI
KALANGAN SAHABAT 92
MANHAJ SALAF 94
MANHAJ RABBANI 99
PENGGUNAAN KALIMAH SALAF 106
MENGENAL MANHAJ SALAF 109
AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH 114
ISTILAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH 119
PENGERTIAN SUNNAH 121
PENGERTIAN JAMAAH 127
SUNNAH LAWANNYA BID’AH 145
BAHAYANYA BID’AH 150
PRINSIP DAKWAH PARA SALAF
AS-SOLEH 152

4
‫‪PRAKATA‬‬

‫اِنّ اْلحَمْدَ لِ ‪َ ،‬نحْمَ ُدهُ ‪ ،‬وََنسَْت ِع ْيُنهُ ‪ ،‬وََنسَْت ْغ ِف ُرهُ ‪َ ،‬وَنعُ ْوذُ بِالِ مِنْ‬
‫ل َفلَ مُضِلّ َلهُ ‪،‬‬
‫سنَا ‪ ،‬وَ َسيّئَاتِ اَعْمَالِنَا ‪َ ،‬منْ َيهْ ِدهِ ا ُ‬
‫ُشرُوْرِ َاْنفُ ِ‬
‫ل وَحْدَهُ لَ‬
‫ضلِ ْل َفلَ هَادِيَ َلهُ ‪ ،‬وََا ْشهَدُ اَنْ لَ ِاَل َه ِالّ ا ُ‬
‫َومَنْ يُ ْ‬
‫ل ُسبْحَاَنهُ‬
‫َش ِريْكَ َلهُ ‪ ،‬وََا ْشهَدُ َانّ مُحَمّدًا َعبْ ُد ُه وَرَسُوُْلهُ ‪ .‬قَالَ ا ُ‬
‫وََتعَالَى ‪ :‬يَا اَّيهَا الّ ِذيْنَ آ َمنُوْا اّتقُوْ الَ حَ ّق ُتقَاِتهِ َولَ تُمُ ْوتُ ّن اِلّ‬
‫وََانْتُمْ ّمسْلِ ُموْنَ يَاَاّيهَا النّاسُ اّتقُوْا َرّبكُمُ الّذِيْ خَ َل َقكُمْ ّمنْ ّنفْسٍ‬
‫وَاحِدَةٍ وَ َخلَقَ مِ ْنهَازَ ْو َجهَا وَبَثّ مِنْهُمَا ِرجَالً كَثِيْرًا َونِسَآءً ا وَاّتقُوْا‬
‫الَ الّذِيْ تَسَآءَ لُوْنَ ِب ِه وَْالَرْحَامَ ِانّ الَ كَانَ َعلَ ْيكُمْ َرقِيْبًا يَا اَّيهَا‬
‫الّذِيْنَ آ َمُنوَا اّتقُوْا الَ َوقُ ْولُوْا قَ ْو ًل سَدِيْدًا يُصْ ِلحْ لَكُ ْم اَ ْعمَاَلكُمْ‬
‫وََي ْغ ِف ْرلَكُمْ ُذنُوَْبكُمْ َومَ ْن ُيطِعِ الَ وَ َرسُ ْوَل ُه َفقَدْ فَازَ فَوْزًا َعظِيْمًا‪.‬‬
‫‪Mengapakah masyarakat Islam di seluruh dunia‬‬
‫‪kini dihinggapi penyakit pada akidah, ibadah, akhlak serta‬‬
‫‪berbagai-bagai penyakit lain, sama ada disegi sosial,‬‬
‫‪siasah, budaya dan yang lainnya sehingga ada yang amat‬‬
‫‪kronik? Masalah bid’ah, syirik, khurafat, tahayul dan‬‬
‫‪pelbagai krisis keyakinan juga sudah berpanjangan‬‬

‫‪5‬‬
sehingga tidak kurang seriusnya. Di samping itu mereka
ditimpa penghinaan, penindasan, penderitaan dan
kerosakan sosiobudaya yang memalukan. Ke mana dan di
manakah para ulama sebagai golongan terhormat,
bagaimana mereka berperanan menangani semua
persoalan berat ini dan mengapa mereka tidak berfungsi?
Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan jika para
ulama menjadi syaitan bisu dan tuli?

Memang tiada daya yang dapat memulihkan


berbagai-bagai penyakit tersebut kecuali kuasa yang
paling agung iaitu kuasa Allah sebagai Rabbul ‘Alamin
kerana Dia Yang Mahapencipta, Mahapengatur dan Yang
Mahaberkuasa. Namun Allah Azza wa-Jalla tidak akan
menolong sesiapapun dari hambaNya jika hamba tersebut
tidak menolongNya. Sebagaimana Allah berfirman:

.ْ‫ص ُركُ ْم وُُيثَبّتْ اَقْدَامَكُم‬


ُ ‫صرُ الَ يَ ْن‬
ُ ْ‫اِنْ تَن‬
“Jika kamu menolong (agama) Allah, Allah akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu”. 1

Allah Subhanahu wa-Ta’ala tidak akan mungkir


janji maka salah satu dari janji Allah untuk memberi
pertolongan dan kemenangan kepada hambanya ialah
apabila para hamba tersebut kembali kepada manhaj yang

1 . Muhammad. 47:7.

6
telah disediakan olehNya iaitu Manhaj Rabbani yang lebih
dikenali sebagai Manhaj Salaf. Untuk kembali kepada
manhaj Salaf as-Soleh, hendaklah terlebih dahulu ada
golongan ulama yang benar-benar ikhlas untuk
mentarbiyah dan mentasfiyah akidah, kemudian ibadah
dan akhlak sebagaimana yang telah ditunjukajar,
dicontohkan dan diwariskan kepada generasi sahabat oleh
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Oleh itu
para ulama perlu memahami pengertian, definisi dan
maksud sebenar “Manhaj Salaf as-Soleh” demi
menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak umat Islam
agar berbahagia di dunia dan di akhirat.

Tulisan ini diusahakan untuk mengajak para


pencinta kebenaran meninggalkan semua penyimpangan
agama untuk menuju ke jalan yang paling benar dan
paling selamat iaitu kembali ke manhaj (mazhab) Salaf as-
Soleh dengan pemahaman dan pengamalan yang sebenar.

RASUL BIN DAHRI

7
BAHAGIAN
PERTAMA

(1)

MANHAJ
SALAF

MANHAJ AS-SALAF

8
Manhaj salaf bukanlah suatu rekaan (dongengan)
yang diada-adakan oleh pendahulu umat ini. Ia tertulis
dalam al-Quran, hadis-hadis sahih dan di dalam syair
-syair Arab. Manhaj Salaf adalah metodologi yang benar-
benar dapat menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak
umat Islam sejak zaman awal sahabat sehinggalah keakhir
zaman. Kerana sesungguhnya manhaj salaf adalah
manhaj yang dititi, dipegang dan digigit dengan gigi
geraham oleh para sahabat, tabi’in, tabi’ut at-tabi’in serta
mereka-mereka yang mengikut jalan Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam. Manhaj ini adalah manhaj yang paling
selamat. Oleh itu ia wajib dipelajari, diketahui, difahami,
dibela (disokong) dan menjadi mazhab setiap orang-orang
yang beriman kepada agama Islam.

Dengan memahami manhaj ini, seseorang dapat


melaksanakan segala kewajipan yang disyariatkan dengan
sempurna. Manhaj Salaf mengajar umat bagaimana
meninggalkan segala larangan, mengamalkan segala
suruhan, mengikut contoh tauladan serta memahami
pemahaman sebaik-baik insan dan umat yang telah
dilahirkan ke dunia. Hanya manhaj ini yang dapat
menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak seseorang dari
segala jenis bid’ah., khurafat, tahayul dan kesyirikan yang
menyesatkan.

Tiada jalan dan cara yang paling selamat dan


efisien untuk menyelamatkan umat, kecuali setelah

9
mereka menyedari akan kebenaran dan selamatnya manhaj
ini dan seterusnya menyandarkan pendisiplinan ilmu,
akidah, ibadah dan akhlak mereka melalui manhaj yang
telah dijamin oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala sebagai
sebaik-baik manhaj. Ini telah dikhabarkan dalam
firmanNya dan juga di dalam hadis-hadis Nabi-Nya
sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Manhaj Salaf telah dipelihara oleh wahyu dengan


terpeliharanya al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
Telah diamalkan dan dijaga dengan rapi terutamanya oleh
generasi sahabat yang telah diredai dan dimuliakan oleh
Allah Azza wa-Jalla. Manhaj Salaf adalah warisan Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam kepada generasi
yang termulia di kalangan umat manusia yang ada di
dunia ini. Oleh yang demikian sewajarnya diingat bahawa
setiap muslim perlu ada tiga dasar pada diri mereka agar
menjadi Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf
yang sebenar iaitu:

Pertama: Berpegang kepada kitab suci al-Quran sebagai


Kitabullah yang berisi dalil-dalil qati’i dan
hujjah-hujjah tauqifi.

Kedua: Berpegang teguh kepada al-Hadis yang sahih


setelah al-Quran kerana ia adalah sunnah
Rasulullah. Iaitu menyerah dan berpegang
secara mutlak kepada nas-nas al-Quran dan

10
as-Sunnah. Sama sekali tidak menolaknya.
Tidak melaga-lagakan antara satu dengan yang
lain. Tidak menyangkal dengan akal
sebagaimana perbuatan Mu’tazilah, dengan
perasaan sebagaimana Ahli Ahwa (Ahli Hawa
Nafsu atau Ahli Bid’ah), dengan mimpi
sebagaimana ahli sufi dan tarikat atau dengan
ilham sebagaimana Ahli Falsafah. Dan tidak
ada yang diutama dan didahulukan setelah
adanya nas al-Quran dan as-Sunnah.

Ketiga: Berjalan (mengikut) atau bermanhaj Salaf as-


Soleh dengan cara menyandarkan
pemahamannya sama ada dalam persoalan
akidah, ibadah, muamalah dan akhlak secara
berdisiplin dan utuh. Dan semuanya ini
diperolehi melalui bertalaqi (belajar dengan
berguru, bukan semata-mata melalui buku
atau mentala’ah kitab-kitab semata).
Sesiapa sahaja boleh mengaku sebagai Ahli Sunnah
wal-Jamaah tetapi ia hanya benar-benar meniti jalan yang
hak dan sempurna apabila berpegang kepada bahagian
yang ketiga iaitu kembali kepada manhaj Salaf as-Soleh.
Kerana manhaj ini selain dapat menyelamatkan iktiqad,
amalan dan akhlak maka ia juga yang mampu menyatu-
padukan umat dalam satu ikatan “Al-Jamaah”.

11
Manhaj Salaf akan menyelamatkan pengikutnya
dari perpecahan yang berpunca berintima’ (menasabkan
diri) kepada individu, kumpulan, golongan atau berbagai-
bagi hizbi (kelompok perpecahan).

DEFINISI MANHAJ

12
Manhaj (‫)النهج‬, nahaj (‫ )النهج‬atau minhaaj (‫ )النهاج‬dari
madah: ‫نَهج‬ – ‫ نَهجا– يَنهج‬yang semuanya mempunyai satu
makna. Dari segi bahasa manhaj ialah: 2

.ِ‫سَتقِيْمِ اَوِالسّنّة‬
ْ ‫ وَُيطْ َلقُ عَلَى الطّ ِريْقِ الْ ُم‬، ُ‫اَلطّ ِريْقُ اْلبَيّنُ الْوَاضِح‬
“Jalan yang jelas, terang dan dikatakan juga
(mengikut) jalan yang lurus atau mengikut sunnah”.3

Kalimah manhaj/minhaj bermakna jalan yang


terang atau mengikut sunnah. Ia disebut di dalam al-
Quran sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:

‫ِلكُلّ َجعَ ْلنَا مِ ْنكُمْ ِشرْ َع ًة َومِ ْنهَاجًا‬


“Untuk tiap-tiap umat (antara kamu), Kami
berikan aturan dan jalan yang terang (atau
sunnah)”. 4

2. Lihat: Lisanul Arab 2/383. Abi Fadzil Jamaluddin Muhammad al-


Afriki al-Misri. Lihat: Kamus al-Muhit. 1/209. Fairus Abadi.
3. Lihat: 1/19 ‫منهج الستدلل على مسائل العتقاد عند اهل السنة والماعة‬. Uthman

bin Ali Hasan.


4 . Al-Maidah, 5:48.

13
Berkata Abu Ja’far, bahawa manhaj ialah: “Jalan
yang terang atau jelas” (‫)البيان الواضح‬. Dan apabila dikatakan
5

(‫ )طريق نَهج‬bererti “Jalan Yang Terang” atau (‫“ )بي‬Jelas”.

Menurut Ibn Kathir rahimahullah manhaj ialah:

ُ‫سهْل‬
ّ ‫َفهُوَ ال ّط ِريْقُ الْوَاضِحُ ال‬
“Maka manhaj ialah jalan yang terang dan mudah”. 6

Manhaj juga dapat difahami menurut sebagaimana


yang dikatakan oleh Ibn Abbas radiallahu ‘anhu yang
diriwayatkan dari Mujahid, Ekrimah, Hasan al-Basri dan
selain mereka:

ً‫ل اَ ْو ُسّنة‬
ً ْ‫ َسبِي‬: ُ‫ضيَ الُ عَ ْنه‬
ِ َ‫قَالَ ابْنُ َعبّاسٍ ر‬
“Berkata Ibnu Abbas Radiallahu ‘anhu bahawa
manhaj ialah: Jalan atau sunnah”. 7

ُ‫ضح‬
ِ ‫ اَ ْو الَْبّينُ الْوَا‬، ‫ُسّنةُ النّبِي‬

5 . Lihat: At-Tabari, 4/609.


6. Lihat: Tafsir Ibn Kathir 2/26. Dan Fathul Qadir 2/48 As-Syaukani.
7. Lihat: Sahih Bukhari. 1/46 Fathul Bari (Kitab al-Iman). Diriwayatkan
oleh Al-Lalakaii hlm. 66. At-Tabari 6/271. Lihat Ibn Kathir. 3/120.
Lihat: Manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah, 1/50. Khalid bin Abdullatif.

14
“Manhaj ialah: Sunnah Nabi. Atau yang terang
dan yang jelas”. 8

Manhaj atau minhaj dimaksudkan juga sebagai


mazhab (aliran atau jalan). Walaupun mazhab sering
digunakan untuk aliran fikah tetapi ia sering juga
digunakan atau dimaksudkan dengan maksud yang sama
dengan manhaj. Seperti disebut: “Manhaj as-Salaf as-
Soleh atau Mazhab as-Salaf as-Soleh”.

APA ITU SALAF?

Sesungguhnya kalimah (perkataan) salaf (‫)سلف‬


telah dikenali sama ada dalam Bahasa Arab atau melalui
pengertian syara. Perkataan salaf telah dikenal sejak
9

8. Lihat: At-Tabari, 6/609.


9 . Lihat: Penjelasan Nasruddin Al-Albani dalam Majalah as-Solah
No. 9 Syaban 1414.

15
sekian lama oleh masyarakat Arab antaranya melalui
syair-syair Arab yang terkenal.

Salaf menurut bahasa (etimologi) ialah: “Orang-


orang yang awal (‫ )تقدم‬iaitu yang mula-mula atau (‫)سبق‬
orang-orang yang terdahulu (yang telah berlalu). 10

Dimaksudkan juga pendahulu bagi suatu generasi. Atau: 11

‫من تقدمك من آبائك وذوي قرابيك الذين هم فوقك ف‬


.‫السن والفضل‬
"Salaf: Sesiapa yang mendahului kamu seperti ibu
bapa, kerabat yang lebih tua pada umur atau
kedudukan". 12

Antara yang paling benar (tepat dan rajih)


pengertian salaf ialah:

“Orang-orang yang terawal (yang terdahulu)


terutama dari para Nabi, para sahabat Nabi, para

10. Lihat: 3/95 ‫ معجم مقايس اللغة‬Ibnu Faris. Lihat: Al-Mufradat Fi


Gharibil Quran, hlm. 244.
11. Lihat: ‫ القاموس الحيط‬Al-Fairuz Abadi.

12. Lihat: Lisan 9/159. Ibnu Manzur. 3/2069, Pengertian dinukil oleh
Ibn Mansur dari Ibnu Atsir dalam Gharibil Hadis. Lihat: ‫الفسرون‬
1/18 ‫للمغراوى‬. Lihat: ‫ القاموس الحيط‬Al-Fairuz Abadi.

16
tabi’in dan mereka yang mengikut jejak (meniti
manhaj) mereka-mereka yang telah lalu terutama
para imam mujtahid yang empat”. 13

Yang dimaksudkan dengan salaf ialah: Sahabat,


yang mengikut sahabat (tabi’in), yang mengikut
tabi’ut at-tabi’in dan a’immatul Islam yang adil,
yang disepakati oleh umat tentang keimaman
mereka dalam agama, yang hebat peranan mereka
pada menegakkan agama, orang-orang Islam
menerima kata-kata mereka sama ada dari
kalangan salaf atau khalaf, meredai dan menerima
mereka. Seperti dua orang Syufiyan, Laith bin
Sa’ad, Abdullah bin Mubarak, Ibrahim Nakhi, al-
Bukhari, Muslim dan keseluruhan ashabus sunnan
rahimahumullah. Dan tidak termasuk mereka
yang tertuduh sebagai golongan ahli bid’ah dan
menerima gelaran yang tidak diredai seperti
Khawarij, Rawafidh, Mu’tazilah, Jabariyah dan
semua firqah yang sesat. Maka mazhab Salaf
ialah: Sesiapa yang berpegang kepada iktikad yang
disandarkan kepada para Salaf as-Soleh. 14

13 . Lihat: ‫ تفة الريد على جوهر التوحيد‬hlm. 231. Ibrahim Baijuri.


14 . Lihat: ‫الغقائد السلفية بادلتها النقلية والعقلية (شرح الدرة السنية ف عقيدة اهل السنة‬
1/11 ‫الرضية‬. Ahmad bin Hajar Ali Butami.

17
Telah dinukil dari as-Safarini dari kitab “Al-
Lawami’ ‫ ”اللوامع‬dari Ibnu Rejab. Ia telah menentukan had
zaman yang dinamakan zaman salaf, yang mana beliau
berkata:

“Pada ketika ini, penentuan zaman salaf menurut


kitab yang termuat kata-kata para a’immah as-
Salaf yang menjadi contoh iaitu hanya sampai ke
zaman as-Syafie, Ahmad, Ishak dan Abi Ubaid.
Namun manusia telah diperingatkan tentang
bid’ah selepas mereka kerana akan berlaku
selepas mereka bid’ah yang amat banyak”. 15

Mereka yang ditunjukkan di atas adalah para salaf


yang dinasabkan kebaikan dan digelar sebagai Ahli al-
Hak. Diikuti (ditaati) athar mereka kerana mereka hidup
dikurun yang terbaik sebagaimana yang telah dijelaskan
oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di beberapa
hadis yang sahih.

15 . Lihat: 1/26 ‫لوامع النوار البهية‬.

18
SALAF TIDAK DISANDARKAN
KEPADA MASA ATAU TARIKH

Kalau maksud salaf disandarkan kepada masa atau


tarikh maka marhalah salaf telah berlalu dengan kematian
mereka iaitu mereka yang hidup dikurun generasi pertama
(sahabat) dikurun kedua (tabi’in) dan dikurun ketiga
(dizaman para tabi’ut at-tabi’in). Namun jika disandarkan
kepada manhaj maka salaf, salafi atau salafiyah kekal
berterusan sehingga ke Hari Kiamat.

Tetap sah, diterima dan dianggap sebagai salafi


setiap individu apabila menasabkan (menyandarkan) susur
galur akidah, ibadah, akhlak atau amal mereka kepada
para salaf yang telah berlalu setelah memenuhi syarat-
syarat, tuntutan dan komited kepada prinsip manhaj salafi.

19
Hakikat ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

ْ‫ضرّهُم‬
ُ َ‫ لَ ي‬، ‫ح ّق‬
َ ْ‫لَ َتزَالُ طَاِئ َفةٌ مِ ْن ُامِّتيْ ظَا ِهرِيْنَ َعلَى ال‬
.َ‫ حَتّى يَ ْاتِيَ َا ْمرُ الِ وَهُمْ َكذَلِك‬، ْ‫مَنْ خَ َذَلهُم‬
“Akan sentiasa ada satu golongan (kelompok) dari
umat ini, yang terang-terangan di atas kebenaran,
tidak akan membahayakan mereka sesiapa yang
menentang mereka sehinggalah datang urusan
Allah sedangkan mereka masih tetap seperti itu
(meniti di atas manhaj salaf yang benar)”. 16

Hadis di atas ini adalah khabar dari Nabi


Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Melalui
sabdanya inilah baginda memberi khabar dan keyakinan
kepada orang-orang yang beriman bahawa golongan Salaf
as-Soleh akan sentiasa ada disetiap generasi dan zaman
sehinggalah ke Hari Kiamat.

16 . H/R Muslim 3/1523. Kitab al-Imarah.

20
PENGERTIAN SALAF
MENURUT TERMINOLOGI

Adapun kalimah salaf menurut terminologi: Ia


adalah sifat (sikap) yang dikhususkan kepada para sahabat
Nabi radiallahu ‘anhum dan sesiapa yang mengikut jejak
(mengikut manhaj) mereka dengan baik sehingga ke Hari
Kiamat atau yang berittiba’ dengan mereka. Penjelasan 17

atau definisi seperti ini termaktub dalam kitab-kitab turath


yang muktabar.

Kalimah salaf adalah kalimah Arab tulin (asli)


kerana ia tercatit dalam al-Quran al-Karim. Sebagaimana
firman Allah ‘Azza wa-Jalla:

.َ‫ل ِخ ِريْن‬
َ ‫جعَلْنَاهُ ْم َس َلفًا َومََثلً ِل‬
َ َ‫ف‬

17 . Lihat: 20-1/19 ‫الفسرون بي التاويل والثبات‬.

21
"Maka Kami jadikan mereka (orang-orang) yang
terdahulu sebagai pelajaran dan contoh bagi
orang-orang yang kemudian". 18

Kalimah salaf atau salafi telah tercatit juga di dalam


hadis-hadis dan athar-athar yang sahih, sebagaimana sabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

ّ‫ َولَ اَرَى اْ َلجَلَ اِل‬: َ‫قَالَ َرسُ ْولُ الِ صَلّى الُ عَلَ ْيهِ َوسَلّم‬
.ِ‫ فَِاّن ُه ِنعْ َم السّ َلفِ اَنَا لَك‬، ْ‫صبِرِي‬
ْ ‫ فَاّت ِقيْ وَا‬، َ‫قَد اقَْترَب‬
“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam: Dan tidaklah ada yang sedang aku
rasakan pada usiaku kecuali sudah menghampiri
(kewafatan) maka bertakwa dan bersabarlah
(wahai Fatimah!), sesungguhnya semulia-mulia
salaf adalah aku bagimu”. 19

Dari hadis sahih di atas ini, adalah sangat mulia dan


terhormat seseorang yang mengatakan: “Aku adalah
seorang salafi”. Pengakuan seperti ini bukanlah suatu
yang salah atau bid’ah. Kerana itulah pengakuan yang
paling benar dan mulia yang keluarnya dari mulut
Rasulullah yang tercinta. Itulah pengakuan Rasulullah

18. Az-Zukhruf, 43:56.


19. H/R Bukhari, Kitab al-Isti’zan/Fadail Sahabah. Muslim. 2450. Fadail
Sahabah.

22
yang seluruh umat Islam disuruh mensifati dan
mencontohinya.

Tidak boleh merasa aib (malu atau kekurangan)


menggelar dirinya sebagai seorang salafi sebagaimana
yang dijelaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. 20

Kerana Rasululullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sendiri


telah mengatakan dan mengakui: “Sebaik-baik atau
semulia-mulia salaf adalah aku”.

Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam


mengaku diri baginda sebagai seorang salafi yang terbaik,
maka bagindalah sebagai contoh yang paling benar dan
baik untuk diikuti oleh sekalian umatnya.

Oleh itu tidak boleh dipertikaikan hakikat dan


kenyataan ini bahawa sesiapa sahaja yang kembali kepada
manhaj Rabbani, manhaj Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam, manhaj para sahabat, para tabi’in, tabi’ut at-tabi’in
dan orang-orang yang mengikut manhaj mereka maka dia
dinamakan seorang salafi berdasarkan manhajnya bukan
zaman atau marhalahnya.

Terdapat sebuah lagi sabda baginda yang


menerangkan tentang kesalafan sahabat, baginda bersabda:

20. Lihat penjelasan lebih lanjut dalam: Manjmu’ah al-Fatawa. 14/149.


Ibnu Taimiyah.

23
َ‫فَ َلمّا مَاتَتْ زَْينَبُ اِْبَنةُ َرسُوْلُ الِ صَلّى الُ َع َل ْيهِ وَسَلّمَ قَال‬
.‫خ ْيرِ ُع ْثمَانِ بْنِ َم ْظعُوْن‬
َ ْ‫ح ِقيْ ِبسَ َل ِفنَا ال‬
َ ‫ اِْل‬:
“Maka setelah Zainab Binti Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam meninggal, baginda bersabda:
Pertemukan dia dengan salaf kita yang baik
Uthman bin Madz’oun”. 21

Dari sabda Rasulullah: (‫)فانه نعم السلف انا لك‬


“Sesungguhnya semulia-mulia salaf adalah aku
bagimu”. Dan sabdanya: ‫))القي بسلفنا الي عثمان بن مظعون‬
“Pertemukan dia dengan salaf kita yang baik Uthman bin
Madz’oun”. Maka hadis-hadis ini sebagai dalil (hujjah)
bahawa gelaran salafi bukan sahaja dikhususkan kepada
para nabi dan para sahabat semata, malah sesiapa sahaja
yang berittiba’ (mengikut manhaj) mereka sehingga ke Hari
Kiamat juga dinamakan salafi. Atau setiap orang Islam
yang mengikut pemahaman mereka dinamakan sebagai
salafi. Ini menjadi hujjah untuk membuktikan bahawa
22

semua para Nabi, para Rasul dan para sahabat adalah para
salaf kita. Ini dapat difahami juga dari pengertian dan
definisi salaf dari para ulama kita yang telah menjelaskan:

21 . H/R Ahmad dalam Musnad. 1/237-238. Ibnu Sa’ad dalam At-


Tabaqat. 8/37. Hadis ini disahihkan oleh Abul Asybal Ahmad Syakir.
Lihat: Syarah al-Musnad 3103.
22 . Lihat: Majalah as-Solah. No.9. hlm 86-89. Penjelasan al-Albani.

24
“Salaf ialah orang-orang terdahulu, mereka terdiri
dari para Nabi (dan juga para Rasul), para
sahabat, tabi’in dan mereka yang berittiba’ kepada
mereka-mereka khasnya para a’immah mujtahid
yang empat”. 23

Adapun salaf menurut syara ialah dikenali juga


dengan sebutan Salaf as-Soleh, iaitu:

“Dimaksudkan salaf as-Soleh ialah mereka yang


terdiri dari: Para sahabat (radiallahu ‘anhum),
tabi’in dan sesiapa yang mengikuti mereka yang
terdiri dari a’immatul Islam yang adil, yang
disepakati oleh ummah tentang keimaman mereka
dalam agama, diagungkan pendapat mereka dalam
agama, orang-orang Islam bertalaqi ilmu dengan
kata-kata mereka, semua yang terdahulu atau yang
sesudahnya dengan penuh reda dan menerima
mereka. Seperti a’immah yang empat (Hambali,
Syafie, Maliki dan Hanafi. Pent.), dua orang
Sufiyan, Laith bin Sa’ad, Abdullah bin Mubarak,
Ibrahim an-Nakhii, al-Bukhari, Muslim dan semua
ashabu as-sunnan selain yang telah dilontarkan
kepadanya gelaran bid’ah atau masyhur dengan
gelaran yang tidak diredai seperti Khawarij,

23. Lihat: Tuhfatul Murid ‘Ala Jauharah at-Tauhid. Hlm. 231.


Ibrahim al-Baijiri. Tahqiq: Abdullah Muhammad Khalil.

25
Rafidah, Mu’tazilah, Jabariyah dan semua
golongan yang sesat. Dan mazhab Salaf ialah
sesiapa sahaja yang berjalan di atasnya dan
menasabkan i’tiqad (akidah)nya kepada mereka”. 24

Melalui beberapa definisi, hujjah dari ayat al-


Quran dan hadis-hadis sahih di atas, jelaslah bahawa
pengertian salaf ialah: Yang mula-mula, yang awal dan
yang terdahulu (generasi pertama dari kalangan sahabat).
Istilah ini dikuatkan lagi oleh firman Allah Ta’ala:

َ‫وَالسّاِبقُوْنَ ْالَ ّولُوْنَ مِنَ الْ ُمهَا ِج ِريْنَ وَْالَنْصَا ِر وَالّذِيْن‬


ْ‫ضيَ الُ عَ ْنهُمْ وَرَضَوْا عَ ْنهُ وَاَعّـدَ َلهُم‬
ِ َ‫اتَّبعُوْاهُمْ بِاِحْسَانٍ ر‬
ُ‫ك اْلفَوْز‬
َ ِ‫جَنّاتٍ َتجْرِيْ َتحَْتهَا ْالَْنهَارُ خَالِدِيْ َن ِف ْيهَا اَبَدًا َذل‬
.ِ‫اْل َعظِيْم‬
"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-
tama (masuk Islam) di antara orang-orang
Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang
mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada
mereka dan mereka pun reda kepada Allah dan
Allah menyediakan bagi mereka syurga yang

24. Lihat: 35-1/34 ‫منهج الستدلل على مسائل العتقاد عند اهل السنة والماعة‬.
Uthman bin Ali Hasan.

26
mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka
kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah
kemenangan yang besar". 25

Salaf di ayat ini ialah: "Orang yang mula-mula


atau orang-orang awal-awal (terdahulu)” iaitu para
sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
yang beriman dengannya.

PARA SAHABAT ADALAH PARA


SALAF AS-SOLEH YANG UTAMA

Sahabat: Definisi sahabat menurut ulama hadis


ialah: Orang yang bertemu Nabi Muhammad sallallahu
25 . At-Taubah, 9:100.

27
‘alaihi wa-sallam, dia beriman dengannya serta mati
dalam keadaan Islam. 26

Para Salaf as-Soleh yang paling utama diketuai


oleh Muhajirin dan Ansar. Mereka adalah golongan
sahabat dan telah sepakat sekalian Ahli Sunnah wal-
Jamaah tentang keadilan mereka. Tidak ada yang khilaf
tentang kemuliaan dan keutamaan mereka kecuali
golongan Ahli Bid’ah. Allah telah menjamin kebenaran
Muhajirin dan Ansar dalam berkorban jiwa dan raga.
Mereka sangat meredai Allah dan Allah meredai mereka.
Mereka menjadi pembantu dan pengikut Nabi sallallahu
‘alaihi wa-sallam yang paling setia. Mereka paling
percaya (beriman), paling benar ketakwaannya dan
sebaik-baik umat yang paling suci hatinya yang ada di
dunia ini. Mereka berada dalam koridor keIslaman,
keimanan yang jernih. Akidah dan ibadah mereka sentiasa
disaring oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Allah telah berfirman menjelaskan keadaan para sahabat
yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar:

ْ‫ل ْل ُف َقرَآءِ الْ ُمهَا ِجرِيْنَ الّذِيْ َن ُأ ْخ ِرجُوْا مِنْ ِديَارِهِ ْم وََامْوَاِلهِم‬
ُ‫صرُ ْونَ الَ وَ َرسُ ْوَله‬
ُ ‫يَ ْبَت ُغوْنَ فَضْلً مّنَ الِ وَرِضْوَانًا وَيَ ْن‬
.َ‫اُ ْولَِئكَ هُمُ الصّا ِدقُ ْون‬
26 . Lihat: Lamahat Fi Usul al-Hadis. Hlm. 24. Dr. Muhammad Adib
Soleh.

28
“(Juga) bagi para fuqara yang berhijrah yang
diusir dari kampung halaman dan dari harta benda
mereka (kerana) mencari kurnia dari Allah dan
keredaanNya dan mereka menolong Allah dan
RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang
benar”. 27

ِ‫ُك ْنتُ ْم َخ ْي َر ُا ّمةٍ ُا ْخ ِرجَتْ للنّاس‬


“Kamu (para sahabat) sebaik-baik umat
dikeluarkan untuk manusia”. 28

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:


َ‫صحَاِبيْ َعلَى الثّقَل ْينِ سِوَى النّبِيّنَ وَالْ ُم ْر َسلِيْن‬
ْ َ‫اِنّ الَ ا ْختَارَا‬
“Sesungguhnya Allah telah memilih (memuliakan)
para sahabatku atas semua jin dan manusia,
kecuali para nabi dan para rasul”. 29

ْ‫ فَاِّن ُهمْ خِيَارُكُم‬، ْ‫اَكْر ُموْا اَصْحَابِي‬

27 . Al-Hasyr, 59:8.
28 . Ali Imran, 3:110.
29. H/R Bazzar dalam Musnadnya. Disebut oleh Ibn Hajar dalam Al-
Isabah. 1/21-22. Beliau berkata para perawinya dipercayai. Disebut oleh
Al-Haitami dalam Majma’ al-Zawaid 10/16.

29
“Muliakanlah para sahabatku kerana
sesungguhnya mereka adalah orang-orang (yang
menjadi contoh) terbaik bagi kamu”. 30

Selain dijelaskan oleh Allah sebagai orang-orang


mulia yang benar dan sebaik-baik ummah maka mereka
juga dianggap oleh Allah Azza wa-Jalla sebagai umat
yang paling adil dan umat pilihan Allah sebagaimana
firmanNya:
‫وَكَ َذلِكَ َجعَلْنَاكُ ْم َا ّمةً َوسَطًا‬
“Dan demikianlah Kami menjadikan kamu (umat
Islam terutamanya para sahabat) umat yang adil
dan pilihan”. 31

َ‫سبُكَ الُ َومَ ِن اتَّب َعكَ ِمنَ الْ ُم ْؤمِِن ْين‬


ْ َ‫يَا اَّيهَا النِّب ّي ح‬
“Wahai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung)
bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang
mengikutimu!”. 32

30. Diriwayatkan oleh Baihaqi dalam Al-I’tiqad. 320. Al-Khatib dalam


Tarikh Bagdad. 6/57. Dikeluarkan oleh Ibnu Manduh dalam Kitab al-
Iman. 1/961-962. Disebut oleh Al-Albani dalam Silsilah as-Sahihah.
3/109-110 dan dalam Sahih al-Jami’ 2/345.
31 . Al-Baqarah. 2:143.
32 . Al-Anfal. 8:64.

30
Kata-kata sahabat Nabi Muhammad sallallahu
‘alaihi wa-sallam adalah hujjah yang wajib diamalkan
(diterima pakai). Begitulah menurut qaul Imam Malik,
Syafie, Ahmad, kebanyakan ulama usul, ulama fikah
Hanafiyah, Ibnu Uqail, Al-Bagdadi, Ibnu Qaiyim juga
memilihnya sebagai hujjah sebagaimana terdapat dalam
I’lamul Muwaqqi’in, dituruti oleh Syatibi dalam Al-
Muwafaqat serta IbnuTaimiyah. 33

Ingatlah, bahawa para sahabat adalah pembela


Rasulullah dengan jiwa dan raga mereka, memelihara
sunnah baginda, menolong menyebar agama dan
mengangkat martabatnya, mengambil contoh agama dari
baginda, mengikut (ittiba’) pada semua yang didatangkan
kepada mereka, menyampaikan dan menyalin antara satu
dengan yang lain, tiada yang mereka ketahui melainkan
disampaikan kepada yang lain!. Rasulullah mengakui
tentang kenyataan ini dengan bersabda:

َ‫مَامِنْ َنِب ّي َب َعَثهُ الُ َعزّ َوجَلّ اِلّ كَانَ َلهُ فِى ُامِّتهِ حَوّارِيّ ْون‬
.ِ‫سنِّتهِ وََي ْقتَدُوْنَ بَِا ْم ِره‬
ُ ِ‫صحَاُبهُ يَ ْاخُذُوْنَ ب‬
ْ َ‫وَا‬
“Tiada seorang nabipun kecuali dibangkitkan oleh
Allah Azza wa-Jalla ada bersamanya umat yang
33 . Lihat: ‫ اعلم الوقعي‬Ibnul Qaiyim. 3/120. Lihat: 4/74 ‫الوافقات‬.
Syatibi. Lihat: 5/413 ‫مموع فتاوى‬. Lihat: 2/687 ‫اقتضاء الصراط الستقيم‬.

31
menjadi penolongnya, para sahabatnya yang
mengambil agama melalui sunnahnya dan
mencontohinya dalam melaksanakan semua
perintahnya”. 34

Antara dalil-dalil bahawa kata-kata sahabat itu


adalah hujjah ialah firman Allah di dalam al-Quran,
sunnah dan athar:

َ‫وَالسّاِبقُوْنَ ْالَ ّولُوْنَ مِنَ الْ ُمهَا ِج ِريْنَ وَْالَنْصَا ِر وَالّذِيْن‬


ُ‫اتَّبعُوْهُمْ بَِاحْسَانٍ رَضِيَ الُ َع ْنهُ ْم وَرَضُوْا َع ْنه‬
“Orang-orang yang mula-mula lagi yang pertama-
tama (masuk Islam) dari kalangan muhajirin dan
ansar dan mereka yang mengikuti mereka dengan
baik, Allah reda kepada mereka dan merekapun
reda kepada Allah”. 35

Imam Malik rahimahullah berhujjah dengan ayat


ini dan menerangkan:

“Sesungguhnya ayat ini mengandungi pujian


terhadap para sahabat dan sanjungan ke atas
mereka. Mereka berhak menjadi a’immah, apa
34 . H/R Muslim. Dalam Kitab al-Iman. 1/69. Ahmad dalam
Musnadnya. 1/458.
35 . At-Taubah. 9:100.

32
yang ada pada mereka menjadi contoh ikutan,
diambil kata-katanya dan layak menerima
sanjungan (dan pujian) bagi sesiapa yang
mengikuti keseluruhan mereka atau mengikuti
setiap perbuatan mereka selagi mereka tidak
menyalahi nas”. 36

َ‫ُكنْتُمْ خَ ْيرَ ُا ّمةٍ ُا ْخ ِرجَتْ للنّاسِ تَ ْا ُمرُ ْو َن بَالْ َم ْعرُوْفِ َوتَ ْنهَوْن‬
.ِ‫َعنِ الْ ُم ْن َكرِ وَتُ ْؤمُِنوْنَ بِال‬
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan
untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf
dan mencegah dari yang mungkar dan beriman
kepada Allah”. 37

Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dari Dhahak berkata:


Mereka itu adalah para sahabat Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam secara khusus. (Beliau menambah):
Yang mana mereka (para sahabat) kalangan perawi-perawi
yang diseru agar kaum muslimin mentaati mereka”.
Berkata Ibnu Qaiyim: Berdasarkan ayat ini, jelaslah
tentang wajibnya mengikut para sahabat . Berkata as- 38

Syatibi: Apabila dibacakan ayat tersebut, ia menunjukkan


36 . Lihat: 4/129 ‫اعلم الوقعي‬.
37 . Ali Imran. 3:110.
38 . Lihat: 4/131 ‫اعلم الوقعي‬.

33
sunnah para sahabat radiallahu ‘anhum. Segala sunnah
yang telah mereka amalkan hanya dirujukkan kepada
mereka oleh sekalian ummat sesudah mereka, kerana
39

mereka adalah para salaf yang terbilang.

Diriwayatkan oleh al-Khatib dengan sanad dari


‘Umir as-Sya’bi, beliau berkata:

ُ‫صلّى الُ عَلَ ْيهِ وَ َسلّمَ َفخُ ْذه‬


َ ٍ‫مَاحَدثُ ْوكَ َعنْ اَصْحَابِ مُحَمّد‬
“Tentang apa saja (berkaitan agama) yang
diucapkan oleh para sahabat Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam,maka ambillah dia”. 40

Adapun dalil dari hadis Rasulullah sallallahu


‘alaihi wa-sallam:

ِ‫ ثَ ّم الثّانِ ْي ثُ ّم الثّالِث‬، ِ‫َخ ْيرُ النّاسِ الّذِيْ اَنَا ِف ْيه‬


“Sebaik-baik kurun adala kurun yang aku berada
di dalamnya, kemudian kurun yang kedua (kurun
tabi’in) dan kemudian kurun ketiga (kurun tabi’ut
at-tabi’in). 41

39 . Lihat: 4/74 ‫الوافقات‬. As-Syatibi.


40 . Lihat: 74 ‫شرف اصحاب الديث‬. Al-Khatib
41 . H/R Muslim. Pada kita Fadhail Sahabat. 2/1960. Abu Daud dalam

34
Berkata Ibnu Taimiyah rahimahullah:

“Pasti akan menjadi kenyataan bagi sesiapa yang


menumpukan perhatiannya kepada al-Kitab dan
as-Sunnah, malah telah disepakati oleh Ahli
Sunnah wal-Jamaah dari semua golongan,
bahawa sebaik-baik kurun bagi ummah ini dari
segi amal, perkataan, iktiqad dan merangkumi
juga perkara-perkara selainnya maka yang terbaik
ialah dikurun pertama (kurun sahabat), kemudian
kedua (kurun tabi’in) dan seterusnya ketiga
(dikurun tabi’ut at-tabi’in) sebagaimana yang
dinyatakan oleh hadis-hadis yang berbagai
jalurnya. Mereka lebih baik dari orang-orang
yang sesudah mereka (zaman khalaf) dalam semua
kebaikan. Sama ada ilmu, iman, akal, agama,
bayan dan ibadah. Mereka lebih utama dalam
menjelaskan agama dalam semua persoalan.
Semuanya ini tidak dapat ditolak kecuali oleh
orang yang memandai dalam agama iaitu agama
Islam dan ia telah disesatkan oleh Allah atas
(nama) ilmu”. 42

kitab As-Sunnah 5/44.


42 . Lihat: 4/185 ‫مموع الفتاوى‬. Ibnu Taimiyah.

35
Hadis ini menunjukkan bahawa selepas apa yang
dari Rasulullah ialah athar dari para sahabat. Sufyan ath-
Thauri berkata:

ِ‫ِانّمَاالدّيْنُ بِاْلثَارَِليْسَ بِالرّاْيِ ِانّمَا الدّيْ ُن بِاْلثَارِلَيْسَ بَال ّراْي‬


“Sesungguhnya agama itu dengan (mengikut)
athar bukan dengan pandangan, sesungguhnya
agama itu dengan (mengikut) athar bukan dengan
pandangan (pendapat)”. 43

Berkata al-Auzaii rahimahullah:

ُ‫ َواِيّاكَ وَ َراْي‬، ‫ف وَاِنْ َرفَضَكَ النّاس‬


َ َ‫َعلَيْكَ بِآثَارِ َمنْ َسل‬
ِ‫ وَاِنْ ُز ْخ ُرفُ ْوهُ لَكَ بِاْلقَ ْول‬، ‫ال ّرجَال‬
“Hendaklah engkau kembali (berpegang) kepada
athar para salaf walaupun engkau disingkir oleh
manusia. Berjaga-jagalah engkau dari pendapat
(buah fikiran) seseorang, sekalipun ia merupakan
kata-kata yang indah (yang mempersonakan)”. 44

Berkata Abdullah bin Daud rahimahullah:

43 . Lihat: ‫ شرف اصحاب الديث‬hlm. 6.


44 . Ibid.

36
ِ‫ ِانّمَا الدّيْنُ بِاْلثَار‬، ِ‫َليْسَ ال ّديْنَ بِالْ َكلَم‬
“Bukanlah agama itu yang mengikut perkataan
seseorang tetapi agama itu ialah dengan
berpegang (mengikut) kepada athar”. 45

Terlalu banyak hadis dan athar yang sahih


memerintahkan agar kita sentiasa berpegang atau kembali
dengan athar-athar para sahabat yang sahih kerana mereka
adalah para Salaf kita dan mereka telah dimuliakan Allah
Azza wa-Jalla.

45 . Ibid.

37
MUHAJIRIN
DAN ANSAR

Para Muhajirin dan Ansar adalah golongan sahabat


yang pertama (mula-mula dan paling awal) menerima
Islam dan iman secara langsung dari Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Sikap, jiwa dan hati mereka
adalah yang terbaik kerana tidak dicemari oleh berbagai-
bagai pengaruh jahiliyah seperti khurafat, tahayul atau
karut-marut. Mereka berada di atas fitrah (agama) yang
selamat dan bersih. Mereka menyandarkan akidah mereka
hanya kepada wahyu Allah yang suci. Pemikiran mereka
tidak ternoda oleh fahaman falsafah metafizik (falsafah-
falsafah dari Yahudi, Nasrani dan Majusi terutamanya
Falsafah Yunan atau Greek). Pola laku dan pola hidup
mereka tidak dikotori oleh kesyirikan, bid’ah atau hawa
nafsu. Akidah mereka sentiasa terpelihara.

Allah telah melihat jiwa dan hati para sahabat.


Allah menjelaskan bahawa hati mereka adalah sebaik-baik
hati setelah hati Rasulullah. Abdullah bin Masoud
radiallahu ‘anhu meriwayatkan:

38
َ‫ فَ َوجَدَ قَ ْلبَ مُحَمّدٍ خَ ْير‬، ِ‫اِنّ الَ نَ َظرَ فِى قُ ُلوْبِ اْل ِعبَاد‬
َ‫ ثُ ّم نَ َظر‬، ِ‫ وَاْبَت َعَثهُ ِب ِرسَاَلِته‬، ِ‫سه‬
ِ ْ‫ فَاصْ َطفَاهُ ِلَنف‬، ِ‫قُ ُلوْبِ اْل ِعبَاد‬
، َ‫ِفيْ قُلُوْبِ اْل ِعبَادِ َبعْدَ قَلْبِ مُحَمّدٍ صَلّى الُ َعلَ ْيهِ َوسَلّم‬
ِ‫ج َعلَهُمْ وُزَرَا َء َنبِّيه‬
َ ‫ َف‬، ِ‫صحَاِبهِ خَ ْي َرقُ ُلوْبِ اْل ِعبَاد‬
ْ َ‫فَوَجَ َدقُلُوْبَ ا‬
“Sesungguhnya Allah telah melihat hati-hati para
hamba-hambaNya maka Allah dapati hati
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah
hati yang terbaik antara hamba-hambaNya. Maka
Dia memilihnya dan diutusnya dengan risalah,
kemudian Dia melihat kepada hati-hati para
hambaNya setelah hati NabiNya. Maka Dia dapati
hati-hati para sahabat adalah hati yang terbaik
antara para hamba-hambaNya. Maka Dia jadikan
mereka sebaik-baik pendamping NabiNya yang
mereka berperang di atas agamaNya”. 46

Wajib mengikuti (ittiba’) kepada para Salaf as-


Soleh terutamanya yang diketuai oleh para sahabat kerana
mereka sentiasa mencari keredaan Allah dan mereka telah
diredai oleh Allah sebagaimana dijelaskan dalam
firmanNya:

46 . Hadis dikeluarkan oleh Ahmad 1/379. Disahihkan oleh Hakim dan


disetujui oleh Az-Zahabi.

39
ْ‫ضيَ الُ عَ ْن ُهم‬
ِ َ‫ر‬
“Allah reda terhadap mereka (para sahabat)”. 47

‫ضلً ِمنَ الِ وَرِضْوَانًا‬


ْ َ‫َيبَْتغُوْنَ ف‬
“Mereka mencari kurnia dari Allah dan
keredaanNya”. 48

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa para Salaf


as-Soleh terawal (para sahabat), mereka dicintai oleh
Allah Azza wa-Jalla dan mereka pula sangat mencintai
Allah. Mereka telah diberi balasan dengan kekuatan
iman, anugerah ilmu serta ketenangan jiwa dan hati oleh
Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Allah berfirman:

ِ‫ك َتحْتَ الشّجَ َرة‬


َ َ‫َلقَدْ رَضِيَ الُ َعنِ الْ ُم ْؤمِِن ْينَ ِاذْ يُبَاِيعُوْن‬
‫َفعَلِمَ مَا فِىقُلُ ْوِبهِ ْم فََاْن َزلَ السّ ِكيَْنةَ َعلَيْهِمْ َواَثَاَبهُمْ فَ ْتحًا‬
‫َق ِرْيبًا‬
“Sesungguhnya Allah telah reda terhadap orang-
orang mukmin ketika mereka berjanji setia
kepadamu di bawah pohon maka Allah mengetahui
47 . At-Taubah, 9:100.
48 . Al-Hasyr, 59:8.

40
apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan
ketenangan atas mereka dan memberi balasan
kepada mereka dengan kemenangan yang dekat
(waktunya)”. 49

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda


tentang ayat di atas:

.ِ‫ج َرة‬
َ ّ‫لَ يَ ْدخُلُ النّارَ اَحَدٌ بَايَعَ تَحْتَ الش‬
“Tidak akan masuk neraka seorangpun yang telah
berbai’at di bawah pohon”. 50

Hujjah-hujjah di atas membuktikan bahawa para


salaf kita yang pertama iaitu yang terdiri dari para sahabat
radiallahu ‘anhum adalah golongan ahli syurga. Oleh itu
merekalah yang paling layak dan benar untuk diikuti dan
dicontohi dalam berakidah dan beramal.

WAJIB BERITTIBA’
KEPADA MANHAJ SALAF

49 . Al-Fath, 48:18.
50 . H/R Bukhari dan Muslim.

41
Wajib berittiba’ kepada manhaj salaf terutamanya
dari kalangan para sahabat kerana mereka golongan yang
sangat berwibawa. Terkenal dengan kehebatan sahsiah,
kebaikan budi-pekerti, kemuliaan akhlak dan Allah
menganugerahkan mereka dengan kesempurnaan iman
yang tidak dapat ditandingi oleh sekalian manusia.

Mereka telah berjaya memperjuangkan syariat,


menghidupkan, mempertahankan dan menjaganya dari
dicabuli oleh bid’ah atau kerosakan hawa nafsu. Mereka
mengetahui sebab-sebab turunnya wahyu dan
melaksanakan semua dalil-dalil mengikut kenyataan. Ayat-
ayat turun pada asalnya tertuju kepada mereka sebelum
ditujukan kepada orang-orang lain yang lahir kemudian
sesudah mereka. Mereka asas (untuk merujuk) kefasihan
(kesahihan Bahasa Arab) dan penjelasannya kerana wahyu
turun menggunakan bahasa (lisan) mereka. Rasulullah
secara langsung terus menjelaskan segala masalah atau
kemusykilan yang menimpa mereka. Allah Azza wa-Jalla
berkali-kali memuji di dalam firmanNya dan merahmati
mereka serta orang-orang yang berittiba’ (mengikut jalan)
manhaj mereka. Ditinggikan darjat sesiapa yang mengikut
mereka lantaran ketinggian darjat mereka . Dan 51

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

51 . Lihat: ‫ العقيدة السلفية ف كلم رب البية‬hlm. 25. Al-Jadi’.

42
ُ‫ قَالَ َرسُوْل‬: َ‫ضيَ الَ عَ ْنهُ قَال‬
ِ َ‫َعنْ اَِبيْ َس ِعيْ ِد الْخُدْرِيّ ر‬
ّ‫ فَلَوْ اَن‬، ْ‫ لَ َتسُبّوْا اَصْحَابِي‬: َ‫الِ صَلّى الُ َع َل ْيهِ وَسَلّم‬
.ُ‫ص ْي َفه‬
ِ َ‫اَحَدكُمْ َاْنفَقَ مِثْلَ اُحُدٍ ذَ َهبًا مَا بَلَغَ مُدّ َاحَدِهِ ْم وَلَ ن‬
“Janganlah kamu mencerca para sahabat,
seandainya salah seorang dari kamu berinfaq
sebesar gunung Uhud, tidaklah ia mencapai
ganjarannya satu mud (ukuran gandum sebanyak
dua telapak tangan) makanan yang disedekahkan
oleh salah seorang dari mereka dan bahkan tidak
pula mencapai setengah mudnya”. 52

Sebagaimana yang telah dijelaskan, manhaj


bermakna “Jalan” atau ‫ صراط‬maka jalan yang wajib diikuti
oleh setiap orang beriman ialah yang telah ditunjuk dan
disediakan oleh Allah dan RasulNya agar kita tidak
tergelincir dari mengikutinya. Itulah yang diperintahkan
oleh al-Quran dan as-Sunnah:

َ‫سَتقِيْمًا فَاتِّبعُ ْوهُ َولَ َتتِّبعُوْا السّبُلَ َفَت َفرّق‬


ْ ُ‫صرَا ِطيْ م‬
ِ ‫وََانّ هَذَا‬
.َ‫بِكُمْ عَ ْن َسبِيْ ِلهِ َذِلكُمْ وَصّاكُمْ ِب ِه َل َعّلكُمْ تَّت ُقوْن‬

52 . H/R Bukhari dan Muslim.

43
“Dan sesungguhnya inilah jalan Ku yang lurus
maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti
jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan tersebut
mencerai-beraikan kamu dari jalannya”. 53

Maksud “Jalan Ku yang lurus” ialah: “Al-Quran,


Islam dan fitrah yang Allah fitrahkan kepada manusia”.
Dan maksud: “Janganlah kamu mengikuti jalan-jalan
(yang lain)” ialah: “Hawa nafsu, perpecahan, bid’ah dan
setiap yang baru yang diada-adakan”. Mujahid pula
menafsirkan sebagai: “Bid’ah, syubahat-syubahat dan
segala kesesatan”. Di dalam sebuah hadis, setelah
54

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam membacakan ayat


tersebut lalu baginda membuat garisan:

ّ‫صرَاطُ الِ ثُم‬


ِ ‫سَت ِقيْمِ هَذَا‬
ْ ُ‫خطّ الْم‬
َ ْ‫صَب ِعهِ َعلَى ال‬
ْ َ‫وَهُوَ يَ ُمرّ بَا‬
ٌ‫ هَذِهِ ُط ُرق‬: َ‫ط اْلقَصِ ْي َرةِ مِنْ حَ ْوِل ِه َفقَال‬
ِ ْ‫خطُو‬
ُ ْ‫اَشَارَ اِلَى ال‬
.ِ‫وَ َعلَى َراْسِ ُكلّ َط ِريْقٍ ِم ْنهَاشَ ْيطَانٌ يَدْعُوْ النّاسَ اَِل ْيه‬
“Baginda membuat satu garis lurus dengan
tangannya lalu baginda bersabda: Ini jalan Allah,
kemudian menunjukkan ke beberapa garisan
pendek di sekitar garisan tersebut maka baginda
bersabda: Inilah jalan-jalan yang di setiap atas
53 . Al-An’am. 153.
54 . Lihat: Tafsir Mujahid. Hlm. 227.

44
jalan tersebut terdapat syaitan yang mengajak
manusia kepadanya (kepada syaitan)”.

Adapun garisan lurus yang digariskan oleh


Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah jalan yang
ditafsirkan oleh baginda sebagai:

ْ‫هِيَ مَا اَنَا عَ َل ْي ِه وَاَصْحَابِي‬


“Itulah (jalan) yang aku dan para sahabatku
berada di atasnya (atau dimaksudkan juga: itulah
jalanku dan jalan para sahabatku)”. 55

ْ‫صحَاِبي‬
ْ َ‫مَنْ كَانَ َعلَى مِثْلِ مَا َانَا َعلَ ْيهِ اْليَوْم وَا‬
“Sesiapa yang di atas contoh mengikut apa yang
aku berada pada hari ini berserta para sahabatku”. 56

Maka garisan yang digaris oleh Rasulullah itulah


jalan yang dilalui oleh baginda dan para sahabat yang
dinamakan sebagai “Manhaj Salaf”. Sesiapapun tidak
akan keluar dari jalan tersebut kecuali orang-orang yang
menentang Allah dan RasulNya. Allah berfirman:
55 . Lihat: Mustadrak oleh Hakim. 1/128. Turmizi 5/26. No. 2641. Al-
Ajiri dalam As-Syariah Hlm. 15-16. Disahihkan oleh Al-Bagawi dalam
Syarah as-Sunnah. 1/213. Ibnul Jauzi dalam Talbisul Iblis. Hlm. 7. Ad-
Dailamy dalam Al-Faidaus 3/439. No. 5347.
56 . H/R Turmizi dalam Kitab Al-Iman. 2641. 5/25-26.

45
َ‫َومَنْ ُيشَاقِ ِق ال ّرسُوْلَ مِنْ َبعْدِ مَاَتبَيّنَ َلهُ اْلهُدَى وََيتّبِعْ َغ ْير‬
.‫ص ْيرًا‬
ِ ِ‫ص ِلهِ َجهَنّ َم وَشَآ َء تْ م‬
ْ ُ‫سَبِيلِ الْمُ ْؤ ِمنِيْنَ نُ َوّلهِ مَا تَوَلّ وَن‬
“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah
jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang
bukan jalan orang-orang beriman, Kami biarkan
dia berleluasa terhadap kesesatan yang telah
dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam
Jahanam dan jahanam itu seburuk-buruk tempat
kembali”. 57

Pastinya jalan orang-orang yang beriman yang


dimaksudkan oleh ayat di atas ini ialah jalan Rasulullah
dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jalan
mereka. Malah penjelasan ini dikuatkan lagi dengan sabda
baginda:

َ‫ ِكتَاب‬، ‫ضلّوْا مَا اِنْ تَ َمسّ ْكتُمْ ِب ِهمَا‬


ِ َ‫َترَكْتُ فِ ْيكُمْ َا ْم َريْنِ لَنْ ت‬
.ِ‫ وَلَنْ َيَت َف ّرقَا حَتّى َي ِردَا عَ َليّ اْلحَ ْوض‬، ْ‫الِ َوسُنِّتي‬
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selagi
kamu berpegang dengan keduanya kamu tidak

57 . An-Nisa, 4:115.

46
akan disesatkan iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan
sunnah RasulNya (hadis-hadis sahih) sampai
keduanya datang kepadaku di Huudh”. 58

Orang-orang yang mengikuti jalan atau berpegang


teguh dengan apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah,
mereka tidak akan sesat ke jalan yang menuju neraka iaitu
jalan-jalan yang melencung ke sebelah kanan atau kiri.
Kerana di atas setiap jalan-jalan yang bukan jalannya
Rasulullah dan para sahabat, terdapat syaitan yang
mengajak ke neraka. Maka jalan yang selamat itu hanyalah
satu iaitu jalan Rasulullah yang dinamakan sebagai
manhaj Salaf as-Soleh.

Berkata Abu Hanifah rahimahullah:

، ‫ وَِايّاكَ وَكَلّ مَحْدَثَة‬، ِ‫ وَ َط ِرْي َقةِ السّ َلف‬، ِ‫َعلَيْكَ بِالَثَار‬


.ٌ‫فَاِّنهَا بِدْ َعة‬
“Hendaklah kamu berpegang dengan athar dan
jalan salaf. Berjaga-jagalah kamu dari setiap
yang diada-adakan kerana sesungguhnya ia
adalah bid’ah”. 59

58 . H/R Malik dalam Muwata’. Hakim dalam Mustadrak. Dan


disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahihul Jami’. No. 2937.
59 . Lihat: ‫ السنن والبتدعات‬hlm. 6. Muhammad Abdussalam.

47
Para Salaf as-Soleh yang terdiri dari para tabi’in,
tabi’ut at-tabi’in serta para aimmatul huda (imam-imam
salaf), semua mereka mengikut manhaj Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan jalan para sahabat.
Mereka tidak merubah dan menggantinya dengan yang
lain. Oleh kerana mereka mempertahankan manhaj ini,
maka sunnah dan athar para sahabat masih terjaga
sehingga sekarang. Sewajarnya kita mengikut jejak
mereka untuk memelihara sunnah dari dicemari dan
dicabuli oleh Ahli Bid’ah atau Ahli Ahwa.

Sesungguhnya jumhur Salaf as-Soleh membenci


bid’ah, mereka lari dari semua pembuat bid’ah (Ahli
Bid’ah) kerana semata-mata untuk memelihara yang asal
iaitu berittiba’ kepada sunnah. 60

60 . Lihat: ‫ المر بالتباع والنهي عن البتداع‬Hlm. 81. Jalalluddin as-Suyuti.


Tahqiq Masyhur Hasan Salman.

48
JALAN ATAU MANHAJ
YANG DIBENARKAN OLEH SYARA

Sesungguhnya hanya ada satu jalan sahaja yang


dibenarkan oleh syara iaitu jalan yang dimaksudkan berupa
manhaj sebagaimana yang tertera dalam ayat yang lalu
iaitu manhaj yang telah dilalui dan ditunjukkan oleh
Rasulullah kepada para Salaf as-Soleh yang disebut di
dalam ayat sebagai: (‫“ )سبيل الؤمني‬Jalan orang-orang yang
beriman”. 61

Dengan jaminan Allah dan RasulNya, bahawa para


salaf adalah manusia yang paling sempurna sehingga
diredai, dicintai dan telah ditentukan sebagai penghuni
syurga, mengapa kita tidak mahu mengikut manhaj mereka
yang selamat yang disebut oleh Rasulullah sebagai manhaj
Salaf as-Soleh?
61 . Lihat: َ‫ع َغ ْيرَ سَبِيْلِ اْل ُمؤْ ِمِن ْين‬
ْ ‫ وَ َم ْن يُشَا ِق ِق الرّ ُس ْولَ ِم ْن بَ ْعدِ مَا َتَبّي َن لَهُ اْلهُدَى َوَيتِّب‬An-
Nisa. 4:115.

49
Berittiba’ atau mengikut jalan-jalan selain jalannya
orang beriman (selain manhaj para Salaf as-Soleh) maka
semua jalan-jalan tersebut akan menjauhkannya manusia
dari manhaj Rasulullah. Akibatnya ia akan mengikut jalan
yang syubhat, hawa nafsu, perpecahan dan jalan-jalan yang
di atasnya ada syaitan yang mengajak kepadanya.
Sedangkan perbuatan seperti itu telah diharamkan oleh
Allah. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:

.ِ‫ق ِبكُمْ َعنْ سَبِيْ ِله‬


َ ّ‫َولَ تَتِّبعُوْا السّبُلَ فََتفَر‬
“Dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan
(syubhat) maka nescaya ia akan memecah-
belahkan kamu dari jalan Allah”. 62

Berhati-hatilah dari mengikut ucapan orang-orang


yang tidak mengikut manhaj Salaf as-Soleh walaupun
menggelar dirinya sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah
kerana mereka gemar mengatakan dan beranggapan
baiknya bid’ah (dianggap bid’ah hasanah) dalam agama
atau membahagi-bahagikan bid’ah kepada beberapa
bahagian. Mereka cuba mencantikkan bid’ah dengan
hiasan kata-kata yang disusun indah dan mempersonakan.
Mereka sebenar adalah musuh Allah, musuh nabi dan
musuh orang-orang beriman. Allah berfirman:

62 . Al-An’am, 6:153.

50
ّ‫ْسـ وَالْجِن‬
ِ ‫ْنـ ْالِن‬
َ ‫ِكـ َج َعلْنَا لِكُ ّل َنبِيّ عَدُوّا شَيَاطِي‬
َ ‫وَكَ َذل‬
.‫ضهُمْ اِلَى َبعْضٍ ُز ْخرُفَ اْلقَ ْولِ ُغ ُروْرًا‬
ُ ْ‫يُ ْوحَى َبع‬
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap
nabi itu musuh iaitu syaitan-syaitan (dari jenis)
manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan
kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan
yang indah-indah untuk menipu”. 63

Sesungguhnya mereka telah dimisalkan dengan


firman Allah dan perkataan RasulNya: 64

ِ‫كَ َمَثلِ اْلحِمَا ِر َيحْمِلُ اَ ْسفَارَا بِئْسَ مَثَلُ اْلقَوْم‬


“Seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang
tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum
tersebut”. 65

63 . Al-An’am. 6:112.
64 . Lihat: ‫ السنن والبتدعات‬hlm. 7. Muhammad Abdussalam.
65 . Al-Jumaah. 62:5.

51
JALAN-JALAN
YANG SYUBHAT

Orang-orang yang mengikuti jalan syubhat, mereka


telah menyimpang dari jalan Allah. Tidak secara langsung
telah meninggalkan jalan kebenaran atau hidayah yang
telah ditunjukkan oleh Rasulullah, malah telah terkeluar
dari manhaj Salaf. Dan orang-orang yang menyimpang
dari jalan Allah yang dikenali sebagai jalan (manhaj) Salaf
maka orang seperti ini telah menentang baginda. Perbuatan
seperti ini telah diberi peringatan oleh Allah Ta’ala:

َ‫َومَنْ ُيشَاقِ ِق ال ّرسُوْلَ مِنْ َبعْدِ مَا َتبَيّ َن َلهُ اْلهُدَى وََيتّبِعْ غَيْر‬
‫ص ْيرًا‬
ِ َ‫ص ِلهِ َجهَنّ َم وَسَآ َء تْ م‬
ْ ُ‫سَِبيْلِ الْمُ ْؤ ِمنِيْنَ نُ َوّلهِ مَاتَوَلّىوَن‬
“Dan orang-orang yang menentang Rasul sesudah
jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang
bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia
leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya
itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam dan
Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali”. 66

66 . An-Nisaa’, 4:115.

52
Menentang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
ialah dengan mengikut jalan selain jalan (manhaj) orang-
orang beriman. Ia termasuk amalan bid’ah dan perkara
yang diada-adakan. Ia jalan yang tidak pernah diizinkan
oleh Allah, RasulNya dan agamaNya. Dan ia tidak ada
kenamengena dengan agama Allah. 67

Maksud: “Jalan orang-orang yang beriman”


adalah jalan (manhaj) orang-orang yang utama, orang-
orang yang digelar sebaik-baik ummah yang berada di
kurun yang terbaik. Mereka itulah yang dikenali sebagai
Salaf as-Soleh. Oleh itu diwajibkan mengikut manhaj
Salaf (salafiyah) kerana mereka adalah manusia yang
paling utama. Mereka bertemu dan bersahabat dengan
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, hidup
dizaman turunnya wahyu, mereka sangat memahami dan
menjiwai wahyu, mereka manusia yang paling tahu dan
berilmu tentang Islam sehingga keilmuan mereka
mengatasi seluruh ilmu manusia. Mereka anak murid
Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan mereka adalah
manusia yang paling kukuh imannya sebagaimana
dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala:

.َ‫آ َمنَ ال ّرسُ ْولُ بِمَآ ُأْن ِزلَ اَِل ْيهِ ِمنْ َرّبهِ وَالْ ُم ْؤمُِنوْن‬

67 . Lihat: ‫ السنن والبتدعات‬Hlm. ‫ ب – ج‬Muhammad Abdulssalam.

53
“Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan
kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-
orang yang beriman”. 68

Dengan ini amat jelas bahawa salaf, salafi atau


salafiyah ialah:

“(Setiap orang yang beriman, pent.) yang meniti di


atas jalan (manhaj) generasi awal dan sesiapa yang
mencontohi mereka dalam mendapatkan ilmu, cara
memahaminya dan cara naluri dakwahnya kepada
manhaj ini. Ia tidak terhenti pada batas tarikh
tertentu, malah wajib difahami bahawasanya ia
(kekal berjalan) berterusan (tanpa henti-henti)
melalui dalil-dalil yang kekal disepanjang hayat”. 69

Berkata Imam al-Barbahari rahimahullah:

“Terkeluarnya seseorang dari manhaj Salaf as-


Soleh pada mulanya bermain-main dengan bid’ah.
Ingatlah, perbuatan bid’ah bermula dari bid’ah-
bid’ah yang kecil, kemudian ia berterusan
sehingga menjadi bid’ah yang besar! Begitulah
setiap bid’ah yang telah berlaku dalam umat ini,
pada mulanya ia diawali dengan yang kecil, ia
kelihatan seperti kebenaran, maka dicantik-
68 . Al-Baqarah, 2:285.
69 . Lihat: ‫ الصفات اللية‬Hlm. 64. Muhammad Aman al-Jami.

54
cantikkanya hal tersebut, yang terperangkap tidak
berdaya keluar darinya sehingga dibesar-
besarkannya. Akhirnya menjadi agama yang
dianutinya”. 70

HIZBULLAH HANYA YANG


MENGIKUT MANHAJ RASULULLAH

Di setiap Negara Islam, di setiap tempat yang


terdapat orang-orang Islam, di kalangan masyarakat Islam
dan di mana sahaja wujudnya orang-orang Islam maka di
situ pasti wujud kelompok (hizibi) yang mengatas-
70 . Ibid.

55
namakan golongan (hizbi) mereka sebagai hizbi Islami
(hizbullah) atau parti Allah. Allah Azza wa-Jalla telah
menjelaskan tentang adanya kelompok (hizbi) yang
dibungkus atau diselimut dengan nama Islam tetapi tidak
mengikut manhaj Salaf as-Soleh. Allah berfirman:

.َ‫كُ ّل ِحزْبٍ بِمَا لَدَْي ِهمْ َف ِرحُوْن‬


“Setiap kelompok (hizbi/parti) bangga dengan yang
ada pada kelompoknya sendiri”. 71

Oleh kerana dalam Islam hanya mengizinkan satu


hizbi, maka hanya hizbi yang mengikut manhaj Salaf
sahaja yang beruntung, selamat dan diredai oleh Allah.
Orang-orang yang beruntung, diberi nikmat dan diredai
Allah bermula dari kalangan para sahabat, kemudian
dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang mengikut
manhaj para sahabat. Allah benar-benar telah meredai
72

manhaj mereka. Malah sesiapa yang mengikut manhaj


yang selamat ini telah dijamin masuk syurga dan dijamin
juga sebagai kelompok (hizbullah) yang beruntung
sebagaimana firmanNya:
71 . Al-Mukminun. 57:23.
72. Di surah al-Fatihah ayat 7 Allah berfirman: ‫صراط الذين انعمت عليهم‬
“Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat
kepada mereka”. Dimaksudkan: Orang-orang ialah para sahabat dan
sesiapa yang mengikuti manhaj mereka yang dinamakan “Manhaj Salaf”.

56
َ‫ل اَل اِنّ ِح ْزب‬
ِ ‫ك ِحزْبُ ا‬
َ ِ‫رَضِيَ الُ َع ْنهُ ْم وَرَضُوْا َع ْنهُ اُوَْلئ‬
َ‫حوْن‬
ُ ‫الِ هُمُ الْ ُمفْ ِل‬
“Allah reda terhadap mereka dan mereka merasa
puas terhadap (limpahan rahmat)Nya. Mereka
itulah golongan (hizbi) Allah. Ketahuilah, bahawa
sesungguhnya golongan (hizbi) Allah itu golongan
(hizbi) yang beruntung!”. 73

Ayat di atas ini menjelaskan bahawa Allah meredai


golongan (hizbullah) iaitu para sahabat dengan limpahan
rahmat dan nikmat, begitu juga sesiapa yang berittiba’
kepada mereka. Untuk mengenal siapakah yang berada
bersama golongan Allah dan dianggap hizbullah (hizbi
Allah), lihatlah manhajnya, jika terkeluar dari manhaj Salaf
as-Soleh (manhaj para sahabat yang telah diredai oleh
Allah) kemudian mengikuti manhaj-manhaj yang lain maka
mereka itu adalah hizbu as-syaitan yang merugi di akhirat
kelak.

Allah telah mengkhabarkan tentang penghinaan


Allah kepada berbagi-bagai hizbi yang telah diperangkap
oleh syaitan (ditalbis oleh syaitan), sehingga lupa pada
Allah dan menghina Rasulullah dengan cara meninggalkan

73 . Al-Mujadalah. 58:22.

57
manhaj yang telah dibina oleh baginda (manhaj Salaf as-
Soleh). Sedangkan manhaj yang lurus ini telah
diperjuangkan, dipelihara dan diteruskan oleh para sahabat,
tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in setelah kewafatan baginda.
Allah Azza wa-Jalla berfirman:

ُ‫اِ ْستَحْ َوذَ َع َل ْيهِمُ الشّ ْيطَانُ فَاَْنسَاهُمْ ذِكرَ الِ اُوَْلئِكَ ِح ْزب‬
َ‫ اِنّ الّذِيْن‬. َ‫ب الشّ ْيطَا ِن هُمُ الْخَا ِسرُ ْون‬
َ ْ‫الشّيْطَانِ اَل ِانّ ِحز‬
.َ‫يُحَآدُ ْونَ الَ وَ َرسُ ْوَل ُه اُوَْلئِكَ فِى اْ َل َذلّيْن‬
“Syaitan telah menguasai mereka lalu mejadikan
mereka lupa mengingati Allah, mereka itulah
golongan (hizbi) syaitan. Ketahuilah, bahawa
sesungguhnya golongan (hizbi) syaitan itulah
golongan yang merugi!. Sesungguhnya orang-
orang yang menentang Allah dan RasulNya,
mereka termasuk orang-orang yang sangat hina”. 74

Syaitan sentiasa berusaha supaya manusia sentiasa


terkeluar dari Manhaj Salaf as-Soleh, agar sentiasa berada
dalam golongan Ahli Bid’ah dan sentiasa dalam keadaan
sesat. Namun, Allah akan menyelamatkan sesiapa yang
berada di atas Manhaj Salaf as-Soleh. Allah telah
mengkhabarkan tentang hal ini:

74 . Al-Mujadalah. 58:19-20.

58
ْ‫ب بِمَآ اَغْ َويَْتِنيْ لُزَيّنَ ّن َلهُمْ فِى اْلَ ْرضِ َولُغْوِيّنّهُم‬
ّ َ‫قَالَ ر‬
َ‫اَجْ َم ِع ْينَ ِالّ ِعبَادَكَ مِ ْنهُمُ الْ ُمخْلَصِيْن‬
“Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau
telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku
akan menjadikan mereka memandang baik
(perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku
akan menyesatkan mereka semuanya! Kecuali
hamba-hamba Engkau yang mukhlis antara
mereka”. 75

KEMULIAAN
PARA TABI’IN

Tabi’in: Tabi’in (‫ )تابعي‬berupa jama’. Mufradnya


ialah tabi’i (‫ )تابعي‬atau tabi’ (‫)تابع‬. Menurut takrif dan
kesepakatan Ulama Muslimin bahawa tabi’in ialah:
Mereka yang bertemu dan bersahabat (berdamping)
dengan sahabat yang lahir dan hidup dikurun yang mulia (
‫ )قرن مفضلة‬atau kurun yang terbaik (‫)خي قرن‬.

Juga dikatakan tabi’in: Sesiapa yang bertemu dan


meriwayatkan hadis. Atau pernah meriwayatkan hadis
75 . Al-Hijr. 15:39-40.

59
yang datang dari sahabat walaupun tidak pernah
berdamping dengan mereka (para sahabat). Tetapi Abu
Amru ibnu as-Solah dan Imam an-Nawawi serta selain
mereka berdua hanya menerima pendapat yang pertama. 76

Ahli Sunnah wal-Jamaah diwajibkan berittiba’ (mengikuti)


manhaj tabi’in kerana ia juga merupakan manhaj para
sahabat radiallahu ‘anhum (manhaj Salaf as-Soleh).

KEMULIAAN
TABI’ UT AT-TABI’IN

Setelah beritttiba’ kepada manhaj para sahabat


maka diikuti pula oleh yang kemudiannya iaitu manhaj
para tabi’in (‫ )تابعي‬dan seterusnya berittiba’ kepada tabi’i
at-tabi’in (‫)تابع التابعي‬. Tabi’i at-tabi’in adalah: Mereka yang
berada dizaman selepas tabi’in.

Mereka menerima tarbiyah dan tasfiyah Islamiyah


dari para tabi’in. Mereka pewaris ilmu dari tabi’in. Dan
sesiapa sahaja dinamakan orang-orang salaf (salafi atau
salafiyun) apabila berittiba’ kepada manhaj Salaf as-Soleh
(sahabat, tabi’in dan tabi’iut at-Tabi’in dengan baik
sehinggalah ke Hari Kiamat).
76. Lihat: Lamahat Fi Usul al-Hadis. Hlm. 62. Dr. Muhammad Adim
Soleh. Dan lihat: At-Taqrib wat-Taisir. Hlm. 94. An-Nawawi.

60
Syeikh Muhammad Nasruddin al-Albani
rahimahullah mengatakan:

“Orang-orang yang hidup pada tiga generasi (para


sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in) itulah yang
dinamakan salaf. Mereka merupakan sebaik-baik
umat dan mereka juga merupakan umat terbaik
dari seluruh umat yang ada. Mereka insan terbaik
setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan
para nabi serta para rasul lainnya”. 77

Walau bagaimanapun sewajarnya diambil


perhatian, bahawa sesiapa sahaja yang menggabungkan
diri mereka ke dalam manhaj salaf, yang terdiri dari Ahli
Sunnah wal-Jamaah adalah manusia biasa, mereka tidak
maksum. Namun kalangan mereka lebih dikenali sebagai
siddiqin (terpercaya) dan syuhada”. Mereka adalah ahli
78

nikmat kerana Allah telah menjanjikan syurga kepada


mereka.

77 . Lihat: Al-Hawi. 2/266.


78 . Lihat: ‫ واقعنا العاصر‬hlm. 21. Soleh bin Abdullah al-‘Uthaimin.

61
MAKSUD DAN
MAKNA ITTIBA’

Adapun makna atau maksud ittiba’ ialah:

ِ‫صلّى الُ عَ َل ْيه‬


َ ّ‫ اَنْ يَتِّب َع ال ّرجُلُ مَا جَاءَ َعنِ النِّبي‬: ُ‫اَ ِلتّبَاع‬
.ٌ‫َوسَلّ َم وَاَصْحَاِبهِ ثُ ّم ِمنْ َبعْدِ التّاِب ِعيْنَ مُخَيّر‬
“Ittiba’: Ialah apabila seseorang mengikuti apa
yang datangnya dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-
sallam dan dari para sahabat baginda. Kemudian
dari sesudah tabi’in adalah perkara yang pilihan”. 79

Setiap orang yang beriman adalah wajib bermanhaj


(berittiba’) atau mengikut jalannya para Salaf as-Soleh. Ia
79 . Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Masail Imam Ahmad, 2/149.
Lihat: Sifat Solat Nabi hlm. 35.

62
adalah manhaj al-Quran, di atas manhaj inilah Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam beramal yang diikuti oleh
para sahabat dan semua para a’immah Salaf as-Soleh
kemudiannya. Manhaj inilah menjadikan para sahabat
golongan yang terpuji, paling sempurna dan terbaik.

Imam Al-Barbahari rahimahullah berkata:


80

، ‫لمَة ِل َعبْدٍ َحتّى َيكُ ْونَ مُتِّبعًا َومُصَدّقًا َومُسْ ِلمًا‬


َ ّ‫لَ َتتِمّ الس‬
ُ‫فَمَنْ زَعَمَ َاّن ُه َب ِق َي َشيْء مِنْ َا ْمرِ ا ِلسْلَمِ لَ ْم يُذَكّ ْرنَاه‬
.ْ‫صحَاب َرسُوْل الِ صَلّى الُ َع َل ْيهِ وَسَلّمَ َفقَدْ كَذَّبهُم‬
ْ َ‫ا‬
“Tidak akan selamat seseorang hamba
sehinggalah dia berittiba’ kemudian percaya dan
(menjadi) seorang muslim. Sesiapa yang
menyangka bahawa sesungguhnya masih terbaki
sesuatu dari urusan Islam yang tidak dijelaskan
kepada kita oleh para sahabat Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam maka ia telah
membohongi mereka”. 81

80 . Nama Penuh beliau ialah: Al-Barbahari al-Hasan bin Ali bin Khalaf.
Wafat pada 329H.
81 . Lihat: 28-2/27 ‫النهج الحْمد‬.

63
Berittiba’ kepada Salaf as-Soleh adalah jalan yang
boleh memudahkan seseorang untuk memahami Islam
dengan sempurna. Ahli ilmu bersepakat bahawa asas
segala kefaqihan dalam hukum ahkam, segala yang berkait
dengan akidah, penyelesaian seluruh perkara
(permasalahan agama) semuanya diambil dari pemahaman
manhaj al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah yang dikenali
sekarang sebagai manhaj Salaf. Semuanya ini menjadi
kenyataan berpunca dari berittiba’ (mentaati) firman Allah
Azza wa-Jalla yang memerintahkan: 82

ِ‫اِتِّبعُوْا مَا ُاْن ِزلَ اَِل ْيكُمْ ِمنْ َربّكُ ْم وَلَ َتتِّبعُوْا ِمنْ دُوِْنهِ اَوِْليَاء‬
“Ikutlah apa yang diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti
pemimpin-pemimpin selainNya”. 83

Segala perintah dan larangan wahyu telah


diimplementasikan oleh para Salaf. Oleh itu mereka
terpilih sebagai umat terbaik untuk dicontohi sebagaimana
difirmankan oleh Allah Ta’ala:

82 . Lihat: ‫ الدعوة السلفية‬Hlm. 17. Al-Abbasi.


83 . Al-A’raf. 7:3.

64
َ‫ف وََت ْن َهوْن‬
ِ ْ‫ت لِلنّاسِ تَ ْا ُم ُروْنَ بِالْ َم ْع ُرو‬
ْ َ‫ُك ْنتُ ْم َخ ْي َر ُا ّمةٍ ُا ْخ ِرج‬
.ِ‫َعنِ الْ ُم ْن َكرِ وَتُ ْؤمُِنوْنَ بِال‬
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan
untuk manusia, menyuruh yang makruf dan
menegah dari yang mungkar serta beriman kepada
Allah". 84

Maksud "Kamu adalah umat yang terbaik" ialah


para salaf terutamanya para sahabat kerana mereka
dijamin oleh al-Quran sebagai ummah yang sentiasa
berpegang kepada manhaj al-Quran dan dijamin oleh
Rasulullah kerana bersahabat dengan baginda. Mereka
paling tahu dan mengerti tentang perkataan (sabda),
perbuatan (amalan) taqrir (persetujuan) dan kehendak
Rasulullah, sama ada yang wajib dilakukan atau yang
wajib ditinggalkan, sama ada dari jenis ucapan atau
amalan, yang zahir atau yang batin. Dan baginda
bersabda:

َ‫ والِ ل‬، ْ‫لَ َتزَالُ ْو َن ِبخَ ْيرٍ مَا دَامَ فِ ْيكُمْ مَنْ رَآِن ْي وَاصَاحََبِني‬
.ْ‫ مَنْ رَآِنيْ وَصَا َحبَِني‬، ْ‫خ ْيرٍ مَا دَامَ فِ ْيكُمْ مَنْ رَآِني‬
َ ِ‫َتزَالُوْنَ ب‬

84 . Ali-Imran, 3:110.

65
“Kamu akan sentiasa dalam kebaikan selama di
kalangan kamu ada orang yang pernah melihat
aku dan bersahabat denganku. Demi Allah kamu
sentiasa dalam kebaikan selama di kalangan kamu
ada orang yang melihat orang yang pernah melihat
aku dan bersahabat denganku. 85

Sekali lagi dijelaskan bahawa menurut hadis-hadis


sahih, salaf yang paling mulia setelah para sahabat ialah
para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in dan kemudian barulah
orang-orang yang mengikut (berittiba’) dan berpegang
kepada athar-athar mereka. Buktinya ialah sabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

.ِ‫ ثُمّ الّذِيْنَ عَلَى ْالََثر‬، ِ‫ ثُمّ الّذِيْنَ عَلَى اْ َلَثر‬، ْ‫اَنّا َومَنْ َم ِعي‬
“Aku dan orang-orang yang bersamaku, kemudian
orang-orang yang berdiri di atas athar, kemudian
orang-orang yang berdiri di atas athar”. 86

Seterusnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam


bersabda:

85 . H/R Ibnu Abi Syaibah dengan sanadnya yang hasan. Lihat: Fathul
Bari. 7/5. Ibnu Hajar al-Asqalani.
86 . H/R Imam Ahmad 2/297. Abu Nu’aim dalam al-Hilyah 2/78.

66
‫ قَالَ َرسُ ْولُ الِ صَلّى‬: َ‫ضيَ الُ عَ ْنهُ قَال‬
ِ َ‫سعُ ْودٍ ر‬
ْ ‫َعنِ بْنِ َم‬
ّ‫ ثُم‬، ْ‫ ثُ ّم الّ ِذيْنَ يَلُ ْوَنهُم‬، ْ‫ َخ ْيرُ النّاسِ َق ْرِني‬: َ‫الُ َع َل ْيهِ وَسَلّم‬
.ْ‫الّذِيْ َن َيلُوَْنهُم‬
"Dari Ibnu Masoud radiallahu ‘anhu berkata:
Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian
orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan
kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ut
at-tabi’in)". 87

Menurut Ibnu Hajar rahimahullah: Perkataan salaf


adalah orang-orang dari kalangan para sahabat serta
orang-orang yang mengikuti mereka iaitu tabi’in. Dan 88

para sahabat digelar sebagai sebaik-baik generasi kerana


lahir dikurun mufadhalah (ٌ‫“ )مُ َفضّلَة‬Kurun Terbaik”.

Maka dengan penjelasan yang dipadatkan dengan


hujjah ini, nyatalah bahawa sesiapa yang meragui manhaj
Salaf as-Soleh, dia telah meragui manhaj rabbani. Sesiapa
yang menentang manhaj Salaf maka dia telah menentang
manhaj Rasullullah dan dia telah mengikut manhajnya
orang-orang yang tidak beriman, sedangkan orang-orang

87. Mutaffaqun ‘alaihi. Bukhari No 2652. Muslim No 2533 (211).


88. Lihat: Fathul Bari, 6/51.

67
yang paling beriman adalah para sahabat, tabi’in dan para
tabi’ut at-tabi’in yang telah menyeru agar kita mengikuti
manhajnya. Allah telah mengancam orang-orang yang
menentang manhaj yang menjadi manhajnya Rasulullah
kerana ia juga adalah menjadi manhaj atau jalannya
orang-orang beriman ‫سبيل الؤمني‬. Allah berfirman:

َ‫َومَنْ ُيشَاقِ ِق ال ّرسُوْلَ مِنْ َبعْدِ مَا َتبَيّ َن َلهُ اْلهُدَى وََيتّبِعْ غَيْر‬
‫سَِبيْلِ الْمُ ْؤ ِمنِيْنَ نُ َوّلهِ مَا تَوَلّى َونُصْ ِلهِ َج َهنّمَ َوسَآءَ تْ مَصِ ْيرًا‬
“Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas
kebenaran baginya dan mengikuti jalan (manhaj)
yang bukan jalan (manhaj) orang-orang beriman,
Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang
telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke
dalam Jahanam. Dan Jahanam itu seburuk-buruk
tempat kembali”. 89

Ayat ini dengan jelas menekankan bahawa orang-


orang yang mengikut jalan yang bukan jalannya orang-
orang beriman, maka dia dianggap sebagai menentang
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Menurut Syeikh Nasruddin al-Albani rahimahullah


apabila menjelaskan tentang salaf:
89 . An-Nisaa’, 115.

68
“Apabila kami menyebut lafaz salaf maka yang
dimaksudkan ialah para sahabat Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam, kemudian para tabi’in
(generasi kedua) dan kemudian para tabi’ut at-
tabi’in. Orang-orang yang hidup pada tiga
generasi itulah yang digelar sebagai salaf”.
90

PENDAPAT YANG
PALING RAJIH (BENAR)

90 . Lihat: Al-Hawi 2/266.

69
Namun yang paling rajih (benar), salafi adalah
sesiapa sahaja yang berittiba’ kepada manhaj Salaf as-
Soleh disepanjang hayat mereka. Maka penentuan siapa
salafi adalah ittiba’nya kepada para Salaf as-Soleh. Atau
dapat diertikan bahawa salafi adalah sesiapa sahaja yang
taat kepada Allah Azza wa-Jalla dengan cara berpegang
teguh kepada manhaj salaf. Dengan prinsip ini barulah
mereka digolongkan sebagai sebaik-baik ummah.

Salafi merupakan ummah terbaik dari seluruh umat


yang ada di dunia. Mereka adalah orang-orang yang
paling selamat kerana menasabkan keseluruhan tata-cara
agama mereka kepada manusia yang maksum iaitu Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Mereka paling
benar kerana menyandarkan akidah, perbuatan, akhlak dan
diri mereka kepada generasi yang paling utama
sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran,
hadis-hadis sahih, athar dan pengakuan para ulama
muktabar yang keseluruhannya adalah sahih nilainya.

Ibnu Qaiyim rahimahullah berkata:


“Adapun cara terbaik mengambil dalil dari makna-
makna al-Quran ialah melalui perawi yang
terpercaya, yang langsung diambil dari Rasululullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam, yang mana mereka
sebagai pewaris para nabi. Kemudian diikuti dengan
berittiba’ dengan apa yang dikatakan tentangnya oleh

70
para sahabat dan (beritiba’) kepada tabi’un yang
menjadi para ketua penunjuk jalan”. 91

SEBUTAN SALAF
DAN MANHAJ SALAF

Kalimah salaf berkali-kali disebut oleh para ulama


muktabar sehingga tidak dapat dihitung dengan angka yang
91 . Lihat: 2/335 ‫متصر الصواعق الرسلة‬. Ibnu Qaiyim.

71
tepat lantaran terlalu sering dan banyaknya disebut.
Berittiba’ kepada Salaf as-Soleh adalah syiar Ahli Sunnah
wal-Jamaah dan sewajarnya mereka yang berittiba’
sentiasa bersabar menempuh ujian dan cemuhan kerana
mereka sedang mengikuti atau berjalan di atas manhaj
yang hak dan benar:

، ‫كَانَ مِنْ ِشعَارِ اَهْلِ السّّنةِ اتّبَا ُعهُ ْم السّ َلفَ الصَالِح‬
.ٌ‫وََترْ ُكهُمْ كُلّ مَا هُوَ مُبْتَدِعٌ َومُحْدَث‬
“Antara syiar Ahli Sunnah ialah mereka berittiba’
kepada Salaf as-Soleh, mereka meninggalkan apa
saja yang dianggap bid’ah dan yang direkacipta
(ciptaan yang baru dalam persoalan yang berkaitan
dengan agama)”. 92

Ini bermakna bahawa ciri-ciri Salafi ialah


meninggalkan bid’ah dan mempertahankan sunnah. Tabah
dalam mengikuti sunnah dan memeliharanya pada semua
hal dan keadaan serta sentiasa komitmen berjalan
mengikut manhaj Salaf as-Soleh.

Berkata Imam Al-Auza’i rahimahullah:

92 . Lihat: 1/364 ‫الْحُجّ ُة فِى َبيَا ِن اْل َمحَجّة‬. Al-Asbahani.

72
ْ‫ َوقُل‬، ِ‫ َوقِفْ حَيْثُ َوقَفَ اْلقَوْم‬، ِ‫صِبرْ َنفْسَكَ عَلَى السّّنة‬
ْ ِ‫ا‬
َ‫ وَاسْلُكْ سَِبيْلَ سَ َل َفك‬، ُ‫ وَكُفّ عَمّا َكفّوْا َع ْنه‬، ‫بِمَا قَالُوْا‬
.ْ‫سعُكَ مَا َو ِس َعهُم‬
َ َ‫ فَاِّنهُ ي‬، ِ‫الصّاِلح‬
“Sabarkanlah jiwamu dalam mengikuti sunnah,
berhentilah (dari melakukan sesuatu perbuatan)
sebagaimana para Salaf berhenti (dari
melakukannya). Berkatalah sesuai sebagaimana
mereka katakan, berhentilah dari sesuatu yang
mereka telah menghentikannya. Berjalanlah
mengikut jalan (manhaj) salaf kamu yang soleh
kerana sesungguhnya ia akan memberi kelapangan
kepada kamu sebagaimana telah memberi
kelapangan kepada mereka”. 93

Penjelasan di atas menguatkan keyakinan bahawa


salaf atau salafiyah ialah: Jika dikaitkan dengan waktu,
zaman atau marhalah tarikh ia telah berlalu dengan
kewafatan mereka. Tetapi jika dinasabkan kepada ilmu
yang mereka tinggalkan, fahaman, sikap atau kepada ikutan
(berittiba’) kepada manhaj mereka yang hak maka manhaj
mereka akan berterusan sehingga ke Hari Kiamat.

93. Riwayat Al-Lalikaii, Baihaqi dan al-Ajurri dengan sanad sahih.


Lihat: Al-Qutubiyah. Hlm. 2-3. Abu Ibrahim bin Sultan al-Adnani.
Lihat: Ilmu Usul al-bid’. Hlm. 137. Ali Hasan Abdul Hamid al-Athari.

73
Hakikat dan kenyataan ini dapat difahami dari
hadis-hadis yang lalu dan hadis-hadis yang seterusnya
sebagaimana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
menjelaskan:

ْ‫ض ّرهُمْ مَن‬


ُ َ‫ لَي‬، ّ‫حق‬
َ ْ‫لََتزَالُ طَاِئ َفةٌ مِنْ ُامِّتيْ ظَا ِه ِريْنَ َعلَى ال‬
.َ‫ل وَهُمْ كَذَالِك‬
ِ ‫خَ َذَلهُ ْم َحتّى يَاِْتيَ َا ْمرُ ا‬
“Akan sentiasa ada satu golongan (kelompok) dari
umatku yang muncul terang-terangan di atas
kebenaran, tidak membahayakan orang-orang yang
bermusuhan kepada mereka sehingga tiba urusan
Allah dan mereka dalam keadaan demikian”. 94

ْ‫ضرّهُمْ مَن‬
ُ َ‫ح ّق َل ي‬
َ ْ‫لَ َتزَالُ طَاِئ َفةٌ مِ ْن ُامِّتيْ مَنْصُوْرِيْنَ َعلَى ال‬
.ْ‫خَاَل َفهُمْ وَلَ مَنْ حَ َذَلهُم‬
“Akan terus ada sekelompok dari umatku
mendapat pertolongan atas yang hak. Tidak akan
membahayakan mereka siapa sahaja yang
menentang mereka dan merendahkan mereka”.

94 . H/R Bukhari, 6/632. Muslim, 3/1523.

74
Di hadis yang lain Nabi Muhammad sallallahu
‘alaihi wa-sallam menegaskan bahawa akan ada sehingga
Hari Kiamat orang-orang (orang-orang yang berpegang
dengan manhaj salaf) yang menegakkan kebenaran (‫)الق‬,
mempertahankan kebenaran dan berdiri (iltizam) di atas
kebenaran walaupun dihina, dicela, dikeji dan ditimpakan
dengan berbagai-bagai fitnah sebagaimana sabda baginda:

ُ‫ت النِّبيّ صَلّى ال‬


ُ ‫ سَ ِم ْع‬: َ‫ضيَ الُ عَ ْنهُ قَال‬
ِ َ‫َعنْ ُمعَا ِوَيةَ ر‬
َ‫ ل‬، ِ‫ لَ َيزَالُ ِمنْ ُامِّتيْ ُا ّمةٌ قَائِ َمةٌ بَِا ْمرِ ال‬: ُ‫َعلَ ْيهِ َوسَلّمَ َيقُ ْول‬
ِ‫ وَلَ مَ ْن خَاَل َفهُمْ َحتّى يَاِْتيَ َا ْمرُ ال‬، ْ‫ضرّهُمْ َمنْ حَذََلهُم‬
ُ َ‫ي‬
.َ‫وَهُمْ َعلَى َذلِك‬
“Dari Muawiyah radiallahu ‘anhu berkata: Aku
mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda: Akan sentiasa ada dari umatku ummah
yang berdiri tegak di atas perintah Allah, tidak
menjejaskan mereka orang-orang yang
menghinakan mereka, juga orang yang menentang
mereka sehingga tiba urusan Allah dan mereka
tetap dalam keadaan demikian (tidak berubah)”. 95

Berkata Imam Bukhari rahimahullah:

95 . Dikeluarkan oleh Syaikhain Bukhari dan Muslim.

75
“Mereka (yang dimaksudkan dalam hadis ini)
ialah Ahli Hadis”.

Ini dikuatkan lagi oleh Imam Ahmad bin Hambal


rahimahullah yang menjelaskan:

“Jika yang dimaksudkan (oleh hadis di atas)


bukan Ahli Hadis maka aku tidak tahu siapa lagi
mereka”.

Hadis-hadis di atas ini menggambarkan daya tahan


para salaf mempertahankan kebenaran, prinsip, keunggulan
iman, ilmu dan keutamaan manhaj mereka walaupun
manusia dalam keadaan fasad, kerosakan, dipenuhi bid’ah,
khurafat, syirik dan menentang mereka yang mempertahan
dan memperjuangkan manhaj Salaf as-Soleh. Semuanya
ini telah digambarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam dalam hadis ghuraba’ (asing). Baginda
bersabda:

‫ قَالَ َرسُ ْولُ الِ صَلّى‬: َ‫ضيَ الُ عَ ْنهُ قَال‬


ِ َ‫سعُ ْودٍ ر‬
ْ ‫َعنِ بْنِ َم‬
‫ وَ َسَيعُ ْودُ َغ ِرْيبًا َكمَا‬، ‫ بَدََا ْالِ ْسلَمُ َغ ِرْيبًا‬: َ‫الُ َع َل ْيهِ وَسَلّم‬
َ‫ مَنْ هُمْ يَا َرسُ ْولَ الِ ؟ قَال‬: َ‫ قِيْل‬، ‫ َفطُ ْوبَىل ْل ُغ َربَاء‬، ‫بَدَا‬
: َ‫ وَفَى َل ْفظٍ آ َخر‬. ُ‫ اَلّذِيْنَ يَصْ ُلحُ ْونَ ِاذَا فَسَدَ النّاس‬:

76
ٌ‫ اُنَاسٌ صَاِلحُوْنَ قَلِيْل‬: ُ‫ وَفَى َل ْفظٍ آ َخر‬. ِ‫اَلّنزّاعُ مِ َن اْلقَبَائِل‬
.ْ‫ َمنْ َيعْصِ ْيهِمْ اَكْثَرُ مِمّنْ يُطِ ْي ُعهُم‬، ٍ‫فِى اُنَاسٍ سُوْءٍ َكِث ْير‬
“Dari Ibnu Masoud radiallahu ‘anhu berkata:
Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam: Islam itu bermula dengan aneh, akan
berulang dalam keadaan aneh sebagaimana ia
bermula. Maka berjayalah orang-orang yang
aneh. Baginda ditanya, siapakah mereka wahai
Rasulullah? Baginda bersabda: Orang-orang
yang membetulkan manusia apabila manusia telah
fasad (rosak). 96

Dilafaz yang lain:

“Orang-orang yang memperbaiki pertelingkahan


golongan yang bertelagah. 97

Dilafaz yang lain:

“Manusia-manusia yang soleh yang sedikit, di


tengah-tengah manusia-manusia yang keji yang
banyak. Orang-orang yang bermaksiat

96. Hadis Sahih. Lihat dalam: ‫ اربعى الدعوة والدعاة‬No. 10.


97. H/R Al-Ajuri dalam Al-Ghuraba’. No. 2. Al-Bagawi dalam Syarah
as-Sunnah No. 64. Ibn Majah 3988. Darimi 2/220.

77
(menentang) lebih banyak dari yang mentaati
mereka”. 98

BAGAIMANA
AGAMA TERPELIHARA

Agama Islam dan kesuciannya, keimanan dan


keutuhannya, pelaksanaan dan segala ilmu-ilmu syara
hanya mampu dijaga, dipelihara dan dipertahankan oleh
golongan Ahli sunnah Wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf
as-Soleh. Kenyataan ini telah dijelaskan oleh Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

ُ‫ َي ْنفُوْنَ عَ ْنه‬، ُ‫ ِمنْ كُ ّل َخلَفٍ عُدُوُْله‬، َ‫حمِلُ هَذَا اْلعِلْم‬


ْ َ‫ي‬
.َ‫ وَتَأْوِيْلَ اْلجَاهِ ِل ْين‬، َ‫ وَاْنتِحَالَ الْ ُمبْطِلِيْن‬، َ‫ح ِريْفَ اْلغَاِليْن‬
ْ َ‫ت‬
“(Dihari-hari kemudian) akan sentiasa dipelihara
ilmu ini (agama Islam) oleh orang-orang yang adil.
98. H/R Ahmad. 2/177 dan 222. Ibnu Mubarak 775. Al-Ajuri dalam Al-
Ghuraba’. No. 6. Dari Abdullah bin Amru bin al-‘As.

78
Mereka memeliharanya dari dirosakkan oleh
orang-orang yang ghalu/ghulu (melampau
terhadap agama/ahli bid’ah), memeliharanya dari
pembohongan ahli-ahli batil dan memeliharanya
dari pentakwilan orang-orang jahil”. 99

SIAPA SALAFI?

Setelah kita menyedari bahawa Allah Ta’ala dan


NabiNya Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah
mengkhabarkan, malah menetapkan bahawa para salaf
terutamanya mereka yang terdiri dari para sahabat, tabi’in
dan para tabi’i at-tabi’in adalah merupakan umat yang
termulia kerana mereka semua berada dikurun yang
terbaik. Maka sewajarnya kita semua kembali kepada
manhaj mereka (manhaj salaf) yang selamat lagi terjamin.
Kerana hanya layak dikatakan seseorang itu salafi setelah
ia faham dan berittiba’ atau berada di atas manhaj
(mazhab) Salaf as-Soleh.

99. Hadis Hasan. Lihat: Al-Hittah Fi Zikri Shiti as-Sittah. Siddiq Hasan
Khan. H/R. Al-Baihaqi dalam As-Sunnan al-Kubra 10/209. Diriwayatkan
oleh al-Khatib dalam ‫ شرف اصحاب الديث‬Hlm. 11, 28 dan 29. Ibn Wadhah
dalam ‫ البدع والنهي عنها‬hlm. 1-2. Ibn ‘Adi dalam Al-Kamal. 1/152-153.

79
Al-Hafiz Az-Zahabi rahimahullah berkata: Abu
Bakar Abdurrahman as-Sarkhasi meriwayatkan dari Abil
Fityan ar-Rawasi bahawa:

“As-Salafi adalah orang-orang yang berada di


atas mazhab (manhaj) salaf”. 100

As-San’ani rahimahullah berkata:

“Salafi adalah penyandaran (penisbatan) kepada


salaf dan menganut manhaj (mazhab) mereka”. 101

Syeikh Nasruddin al-Albani rahimahullah apabila


ditanya siapakah hakikat Salafiyah? Beliau menjawab:

“Apabila kamu membincangkan lafaz salaf maka


yang kami maksudkan ialah para sahabat
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, kemudian
para tabi’in dan kemudian para tabi’ut at-tabi’in.
Dan orang yang hidup pada tiga generasi itulah
yang disebut sebagai salaf”. 102

Dengan ini dikatakan salafi sesiapa sahaja yang


mengikut manhaj Salaf as-Soleh, atau dia dinamakan
salafi (‫ )سلفي‬jamaknya Salafiyun (‫ )سلفيون‬atau Salafiyin (
‫ )سلفي‬berdasarkan manhaj yang diikutinya. Namun laqab

100 . Lihat: Syi’ar A’lam Nubala. 6/21.


101 . Lihat: Al-Ansab 3/273.
102 . Lihat: Al-Hawi 2/226.

80
(gelaran) ini bukanlah seruan untuk ta’sub (fanatik)
kepada individu-individu tertentu dari kalangan mereka
kecuali hanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam. 103

Manhaj salaf adalah manhaj orang-orang Salafi


yang berpegang kepada al-Kitab dan as-Sunnah serta
meninggalkan bid’ah. Setiap salafi yang benar-benar
faham dan kenal akan manhajnya, dia tidak akan
terpengaruh dengan bid’ah, aktiviti bid’ah dan ahli bid’ah
walaupun ahli bid’ah tersebut kelihatan hebat, berkarisma,
gayanya seperti ulama yang memiliki berbagai-bagai ilmu
dan berlagak seperti seorang tokoh.

Sebenarnya Allah membiarkan para ahli bid’ah


sesat berdasarkan bid’ahnya yang mereka balut dengan
nama agama, ilmu dan karisma berpidato. Allah
berfirman tentang penipuan mereka:

.ٍ‫وَاَضَ ّلهُ الُ َعلَى ِعلْم‬


“Dan Allah membiarkan dia sesat atas ilmuNya”. 104

“Maksud dia sesat berdasarkan ilmuNya iaitu:


Ilmu (bid’ah) yang telah disesatkan oleh Allah”. 105

103 . Lihat: Fatawa. 3/346. Ibnu Taimiyah.


104 . Al-Jasiyah. 23.
105 . Lihat: ‫ اضواء على كتب السلف ف العقيدة‬Dr. Rabin bin Hadi Umair al-

81
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
telah berwasiat kepada umatnya agar berpegang kepada
al-Quran dan as-Sunnah agar tidak sesat, tidak syirik atau
tidak berlaku bid’ah. Baginda bersabda:

ْ‫ضلّوْا َبعْدَهُمَا ِكتَابَ الِ وَ ُسنِّتي‬


ِ َ‫َترَكْتُ فِ ْيكُمْ شَ ْيَئ ْينِ لَنْ ت‬
“Aku tinggalkan kepada kamu sekalian dua
perkara yang sama sekali tidak akan sesat (selepas
bepegang) kepadanya iaitu: Kitab Allah (al-Quran)
dan sunnahku (al-Hadis yang sahih)”. 106

Dalam hadis yang lain Rasulullah sallallahu


‘alaihi wa-sallam berwasiat agar (berittiba’) mengikuti
manhaj salaf. Baginda melarang bertaqlid buta dengan
manhajnya ahli bid’ah. Semasa berwasiat, kesungguhan
tergambar di wajah baginda sehingga merubah suasana,
menggegarkan hati dan mengalirkan air mata para sahabat.
Ini menunjukkan peri-pentingnya kembali kepada sunnah
yang menjadi dasar manhaj salaf yang diwasiatkan oleh
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

Madkhali.
106 . Lihat: Hadis disahihkan oleh al-Albani dalam Al-Jami’.

82
ْ‫ وَِان‬، ِ‫ وَالسّمْعِ وَالطّا َعة‬، ّ‫ص ْيكُمْ ِبَتقْوَى الِ َعزّ وَجَل‬
ِ ْ‫اُو‬
ْ‫ َواِّنهُ مَنْ َيعِشْ مِ ْنكُمْ ِمنْ َبعْدِي‬، ّ‫وَلّى عَلَ ْيكُمْ عَبْ ٌد َحَبشِي‬
ِ‫ وَ ُسّنةِ اْلخُ َلفَاء‬، ‫سنّتِى‬
ُ ِ‫ َف َعلَ ْيكُمْ ب‬، ‫لفًا كَثِيْرًا‬
َ ِ‫سَيرَى ا ْخت‬
َ َ‫ف‬
‫ وَعَضّوْا‬، ‫سكُوْا ِبهَا‬
ّ َ‫ تَم‬، ْ‫الرّاشِ ِديْنَ الْ َمهْدِيّيْنَ مِنْ َبعْدِي‬
ّ‫ فَاِنّ ُكل‬،ِ‫ َواِيّاكُ ْم َومُحْ َدثَاتِ ا ُلمُوْر‬، ِ‫َعلَيْهَا بِالّنوَاجِذ‬
ّ‫ وَكُل‬: ٍ‫ ( َوفَى رِوَاَية‬، ٌ‫لَلة‬
َ‫ض‬َ ٍ‫ وَكُلّ بِدْ َعة‬، ٌ‫مُحْدََثةٍ بِدْ َعة‬
.)ِ‫لَلةٍ فِى النّار‬
َ َ‫ض‬
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah
memberi peringatan kepada kami sehingga
membuat hati kami bergetar dan air mata
berlinangan. Kami berkata: Wahai Rasulullah,
seakan-akan ini wasiat perpisahan maka
berwasiatlah kepada kami! Baginda bersabda:
Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertakwa
kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat
walaupun yang memimpin adalah seorang hamba
Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara
kamu selepasku akan melihat ikhtilaf yang banyak
maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan
sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat
petunjuk. Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi

83
geraham. Aku peringatkan kamu tentang benda-
benda yang baru kerana setiap yang baru itu
bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat. (Dan dalam
riwayat: Setiap yang sesat di neraka". 107

Antara contoh seorang ulama salafi yang terbilang


ialah penamaan (jolokan) yang diberikan oleh al-Hafiz az-
Zahabi rahimahullah terhadap Imam Daruqutni
rahimahullah. Beliau berkata:

“Orang ini (Daruqutni) tidak pernah melibatkan


dari dalam ilmu kalam dan perdebatan selama-
lamanya, tidak pernah mendalaminya walaupun
dia seorang Salafi”. 108

107. H/R Ahmad 4/126-127. Abu Daud 5/13. Turmizi dalam syarah
Tuhfatul Ahwazi 7/438. Ibn Majah 1/15 dalam Muqadimah. Al-Hakim
dalam Kitabul Ilmi 1/95-97. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam
Silsilah As-Sahihah 2/647.
108. Syi’ar A’lam Nubala 16/457.

84
APA ITU SALAFIYAH?

Pengertian salafiyah ialah: Manhaj (metodologi),


mazhab atau jalan iaitu: “Manhaj yang diikuti atau
dipegang oleh orang-orang salaf”. Atau “Metodologi
pemahaman Salaf as-Soleh terhadap al-Quran dan as-
Sunnah”. Sama ada di segi akidah (keimanan), ibadah,
109

fikah (pemahaman), tarbiyah (pendidikan), tasfiyah


(pembersihan akidah dari kesyirikan dan ibadah dari
bid’ah), akhlak, muamalah, siyasah (politik), hukum-
ahkam dan sebagainya.

Salafiyah bukan hizbiyah (kelompok atau golongan


yang menyimpang dari dasar al-Quran, as-Sunnah, athar
dan ijmak ulama muktabar). Salafiyah adalah golongan
yang mengharamkan orang-orang dari berpecah-belah.
Hizbiyah pula adalah golongan yang diancam keras oleh
Allah kerana mereka penyebab perpecahan dan fitnah.
Allah Azza wa-Jalla berfirman:

َ‫كُ ّل ِحزْبٍ بِمَا لَدَْي ِهمْ َف ِرحُوْن‬


“Tiap-tiap hizib (golongan) merasa bangga
dengan apa yang ada pada golongan mereka”. 110

109 . Lihat: Majalah as-Solah. No. 9. Hlm. 86. Penjelasan al-Albani.


110 . Ar-Rum, 30:32.

85
Tambahan pula Islam hanya mengizinkan satu
hizbiyah iaitu hizib yang berdasarkan kepada berbagai
penamaan jamaah yang dinamakan oleh Rasulullah di
dalam hadis-hadis baginda. Ia dikenal dengan nama As-
Sawadul A’zam, Al-Guraba, Ahli Ittiba’, Firqatun-Najiyah
atau At-Taifah Al-Mansurah. Penisbatan seseorang kepada
nama-nama ini sama seperti penisbatan kepada Salaf as-
Soleh. Kesemua nama-nama ini penentuannya datang dari
Rasulullah yang bermakna satu hizbiyah tetapi berlainan
nama kerana tidak ada berbilang hizbiyah di dalam Islam
berdasarkan firman Allah:

َ‫اَلَ ِانّ ِحزْبَ الِ هُمُ الْ ُم ْفلِحُ ْون‬


“Ketahuilah! bahawa sesungguhnya hizib
(golongan) Allah itulah golongan yang
beruntung”. 111

Penisbatan kepada selain Salaf as-Soleh hanya ada


dua kemungkinan iaitu nisbah kepada peribadi yang tidak
maksum atau nisbah kepada kumpulan (firqah) yang
membawa kepada salah satu daripada 72 firqah
perpecahan. Ia digambarkan oleh hadis-hadis sahih
bahawa kesemua firqah perpecahan tersebut akan ke
neraka. Baginda bersabda:

111 . Al-Mujadalah, 58:22.

86
ِ‫لث‬
َ َ‫ َلَت ْفَت ِرقَ ّن ُامِّتيْ عَلَى ث‬، ِ‫وَالّذِيْ َنفْسِ مُحَمّدٍ بِيَ ِده‬
ِ‫ وَِثنْتَانِ َوسَ ْبعُوْنَ فِى النّار‬، ِ‫جّنة‬
َ ْ‫َوسَ ْب ِع ْينَ ِف ْر َق ًة وَاحِ َدةٌ فِى ال‬
.ُ‫ اَْلجَمَا َعة‬: َ‫ مَ ْن هُمْ ؟ قَال‬: َ‫قِيْل‬
“Demi diri Muhammad yang berada di tanganNya,
pasti akan berpecah umatku kepada 73 firqah
hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka! Baginda
ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Al-
Jamaah”. 112

Al-Jamaah yang dimaksudkan oleh hadis ini


adalah para Salaf as-Soleh dan mereka-mereka yang
kembali mengikut manhaj para Salaf. Inilah maksud dan
hakikat yang termuat di dalam sabda baginda:

ْ‫مَا اَنَا َع َل ْيهِ وَاَصْحَابِي‬


“Bermaksud: Yang (mengikut manhaj) aku dan
para sahabatku (Atau sesiapa yang seperti aku dan
para sahabatku)”. 113

112 . H/R Ibn Majah 2/1322. Disahihkan oleh al-Haitami dalam Az-
Zawaid. Disahihkan juga oleh al-Iraqi dalam Talkhis al-Ihya.
113 . Lihat: Tuhfatul Ahwazi. 7/399-340. Berkata Tirmizi: Hadis hasan
dan gharib.

87
Kitab Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah memberi
peringatan agar menjauhi manhaj golongan orang-orang
yang syirik, kufur, sesat, bid’ah, yang terdedah dengan
syubhat, fasad dan kefasikan. Mereka itu adalah orang-
orang yang telah terkeluar dari manhaj Salaf as-Soleh
kerana melewati batas. Allah berfirman:

ُ‫َولَ تُطِعْ َمنْ اَ ْغ َفلْنَا َقلَْبهُ َعنْ ذِ ْك ِرنَا وَاتّبَعَ هَوَاهُ َوكَانَ َا ْم ُره‬
.‫َفرُطًا‬
“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang
hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami
serta menurut hawa nafsunya dan adalah
keadaannya itu melewati batas”. 114

LAQAB SALAF DIMULAI


DARI KALANGAN SAHABAT

Menurut penjelasan dari hadis-hadis yang lalu,


bahawa laqab (penamaan atau gelaran) Salaf as-Soleh ia
dimulai dari para sahabat, kemudian barulah dilaqabkan

114 . Al-Kahfi. 18:28.

88
kepada para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in dan seterusnya
setiap muslim yang berittiba’ kepada mereka.

Oleh yang demikian sesiapa yang menyerupai dan


berada di dalam manhaj para sahabat maka dia adalah
tergolong sebagai salafi tanpa khilaf. Atau Ahli Sunnah
wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.

Yang lebih jelas dan ketara, as-Salafiyah ialah


dinasabkan kepada as-Salaf. Iaitu penasaban yang sama
sekali tidak akan pernah terputus walau seketika dari umat
Islam, sejak terbentuknya manhaj Nabawiyah maka ia
berterusan dan dikembangkan oleh Rasulullah sehinggalah
meliputi keseluruhan kaum muslimin yang mengikut
generasi pertama, termasuklah sesiapa yang mencontohi
mereka dalam bertalaqi (berguru) untuk memperolehi ilmu
menuju jalan memahaminya, melaksanakan dakwah
kepadanya, malah wajib memahami bahawa mengikuti
jalannya adalah sewajarnya berterusan sepanjang hayat. 115

Cara untuk berterusan di atas manhaj Salaf ialah


dengan memberi perhatian kepada athar-athar Salaf yang
dipelihara oleh para a’immah (para imam-imam besar dan
ulama Salaf as-Soleh) yang masyhur, sama ada kalangan
ulama hadis, akidah atau tafsir, seperti athar Khalifa ar-
Rasyidin, Ibn Abbas, Ibn Masoud, Abu Hurairah, Abu
Musa al-Asy’ari, Aisyah, Ibnu Umar dan selain mereka
115 . Lihat: ‫ حكم النتماء‬hlm. 31.

89
dari kalangan para sahabat. Kemudian selepas mereka
seperti Abul ‘Aliyah, Ibnu Sirin, Ibnu Musaiyib, ‘Ata,
Mujahid, Al-Hasan al-Basri, Umar bin Abdulaziz, al-
Auzaii dan selain mereka seperti Imam syafie, Maliki,
Hanafi, Hambali, Ibn Taimiyah, Ibn Qaiyim, Muhammad
bin Abdul Wahab dan yang lain-lain-lainnya. Mereka
semuanya itu, amat menentang manhaj Ahli Ahwa dan
Ahli Bid’ah.

MANHAJ SALAF

Para salafi (salafiyun) adalah orang yang mengikut


manhaj salaf (salafiyah) sebagimana yang telah dijelaskan.
Manhaj salaf hanyalah berpandukan kepada al-Quran, al-
Hadis (as-Sunnah), athar dan mengikut kesepakatan
(ijmak) para ulama muktabar. Iaitu mengikut cara
memahami perkara-perkara tersebut menurut sebagaimana
pemahaman para sahabat dan mereka-mereka yang
berpegang dengan manhaj para sahabat hinggalah ke Hari

90
Kiamat. Ciri mereka yang jelas ialah mereka sentiasa
mentaati Allah dan RasulNya dalam berittiba' kepada
wahyu sebagaimana firman Allah:

ُ‫وَاتِّبعُوْا َاحْسَنَ مَا اُْن ِز َل ِالَ ْيكُمْ ِمنْ ّرّبكُمْ مِنْ قَ ْبلِ اَنْ يَ ْاتَِيكُم‬
.َ‫ش ُع ُروْن‬
ْ َ‫اْلعَذَابُ َبغَْت ًة وََانْتُ ْم َلت‬
"Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum
datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang
kamu tidak menyedarinya". 116

Maksud (َ‫سنَ مَا ُانْزِل‬


َ ْ‫)اَح‬: “Sebaik-baik apa yang telah
diturunkan” ialah “al-Quran”. Al-Quran hanya dipenuhi
oleh perkara-perkara yang terbaik. Wajib mengikut 117

manhaj para sahabat lantaran mereka “mengikut sebaik-


baik apa yang telah diturunkan” kepada mereka dan
mereka adalah sebenar-benar Salaf as-Soleh, manusia
yang paling baik, mulia dan sempurna kerana berittiba’
kepada al-Quran sebagaimana yang juga telah dijelaskan
di surah Ali Imran 3:110.

Banyak dalil dan fatwa para ulama muktabar


mewajibkan agar bermanhaj salaf kerana ia landasan (
116 . Az-Zumar, 39:55.
117. Lihat: Tafsir al-Qurtubi,15/270. Tafsir at-Tabari, 13/23.

91
‫ )صراط‬yang dilalui oleh para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-
tabi’in. Firman Allah:

َ‫سَتقِيْمًا فَاتِّبعُ ْوهُ َولَ َتتِّبعُوْا السّبُلَ َفَت َفرّق‬


ْ ُ‫صرَا ِطيْ م‬
ِ ‫وََانّ هَذَا‬
.َ‫بِكُمْ عَ ْن َسبِيْ ِلهِ َذِلكُمْ وَصّاكُمْ ِب ِه َل َعّلكُمْ تَّت ُقوْن‬
"Bahawasanya ini adalah jalanKu yang lurus
maka ikutilah dia, jangan kamu mengikuti jalan-
jalan kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan
kamu dari jalanNya. Yang demikian itu
diperintahkan Allah kepadamu agar kamu
bertakwa". 118

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah


menggariskan untuk menggambarkan dan memperjelas
maksud firman Allah di atas:

ُ‫ َخطّ َلنَا َرسُوْلُ الِ صَلّى ال‬:َ‫سعُ ْودٍ قَال‬


ْ ‫َعنْ َعبْدِ الِ بْنِ َم‬
ّ‫ وَ َخط‬، ِ‫ هَذَا سَِبيْلُ ال‬: َ‫َعلَ ْيهِ َوسَلّمَ يَ ْومًا َخطّا ثُ ّم قَال‬
‫ هَذِ ِه ُسبُلٌ مِ ْنهَا‬: َ‫خُطُوْطًا عَنْ يَمِيِْنهِ وَعَنْ شِمَاِلهِ ثُ ّم قَال‬
‫صرَا ِطيْ ُمسَْتقِيْمًا‬
ِ ‫ وَاَنّ هَذَا‬: َ‫ ثُمّ تَل‬، ِ‫شَ ْيطَا ٌن يَدْعُوْا اَِل ْيه‬
118. Al-An’am, 6:153.

92
ْ‫فَاتِّبعُ ْوهُ َولَ َتتِّبعُوْا السّبُلَ َفَت َفرّقَ ِبكُمْ َعنْ َسبِيْ ِلهِ َذِلكُم‬
.َ‫وَصّاكُمْ ِب ِه َل َعّلكُمْ تَّت ُقوْن‬
"Pada suatu ketika Rasulullah menggariskan
kepada kami suatu garisan lalu bersabda: Inilah
jalan Allah, kemudian menggariskan beberapa
garisan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya
lalu bersabda: Inilah jalan-jalan yang pada setiap
jalan ada syaitan yang menyeru kepada jalan
tersebut. Kemudian membacakan ayat:
Sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus maka
ikutilah jalan tersebut dan janganlah ikuti jalan-
jalan kerana jalan-jalan tersebut mencerai-
beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu
diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu
bertakwa". 119

Berkata Mujahid rahimahullah: Subul ‫سبل‬


“Jalan-Jalan” bermaksud: “Bid’ah-bid’ah dan
Syubhat-syubahat”. 120

Para Salaf as-Soleh meyakini bahawa:

119. H/R Ahmad "Musnad" 1/ 435. Al-Hakim "al-Mustadrak" 2/318. Ibn


Abi 'Asim (17) As-Sunnah" Hlm. 13.
120 . Lihat: ‫ السنن والبتدعات‬Hlm. 5. Muhammad Abdussalam.

93
ِ‫صلّى الُ عَلَ ْيه‬
َ ِ‫لَيْسَ َلهُمْ َم ْتُبوْعٌ يََتعَصّبُوْنَ َلهُ ِالّ َرسُوْل ال‬
.َ‫َوسَلّم‬
“Tidak ada bagi mereka ikutan (ittiba’) yang diikuti
dengan sungguh-sungguh kecuali (berittiba’)
kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam”. 121

Segala hujjah dan definisi di atas ini menjelaskan


bahawa tidak boleh ta’sub, taqlid dan berittiba’ (taat, ikut,
patuh dan berpegang kuat) kecuali kepada wahyu yang
telah disampaikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam.

121 . Lihat: Majmu’ al-Fatawa. 3/347. Ibnu Taimiyah.

94
MANHAJ RABBANI

Manhaj Salaf as-Soleh adalah manhaj Rabbani. Ini


amat jelas kerana para Salaf as-Soleh sentiasa merujuk dan
berpegang kepada al-Quran dan hadis-hadis sahih yang
berupa wahyu dari Rabb pencipta sekalian alam. Antara
bukti yang jelas ialah para Salaf as-Soleh apabila
berikhtilaf atau berselisih agar tidak berpecah-belah maka
mereka segera kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Amalan ini memenuhi tuntutan al-Quran sebagaimana
yang dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya:

ِ‫حكْ ُمهُ اِلَى ال‬


ُ ‫َومَاخَْت َل ْفُتمْ فِ ْيهِ مِنْ شَيْءٍ َف‬
“Tentang sesuatu apapun kamu berselisih maka
putusannya (terserah) kepada Allah”. 122

Setiap orang beriman yang sedar dan berilmu, ia


akan sentiasa meminta kepada Allah Ta’ala agar menjadi
golongan salafi. Ini dilakukan juga secara tidak langsung

122 . Asy-Syura, 42:10.

95
setiap kali bersolat kerana setiap insan yang bersolat
sentiasa berdoa (meminta) agar ditunjukki jalan yang hak,
atau ‫“ صراط الستقيم‬jalan yang lurus” iaitu jalan, mazhab atau
lebih dikenali sebagai manhaj Salaf as-Soleh sebagaimana
firman Allah:

ْ‫صرَاطَ الّذِيْ َن َاْنعَمْتَ َع َل ْيهِم‬


ِ َ‫صرَاطَ الْ ُمسَْت َقيْم‬
ّ ‫اِهْدِنَاال‬
“Tunjukkilah kami jalan yang lurus iaitu jalan
orang-orang yang telah Engkau anugerahkan
nikmat kepada mereka”. 123

Maksud: “Jalan orang-orang yang telah Engkau


anugerahkan nikmat” ialah jalan (manhaj) para syuhada,
siddiqin dan solehin yang terhindar dari jalan-jalan yang
disesatkan oleh syaitan. Hal ini telah dijelaskan oleh
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

ّ‫ َوخَط‬، ‫سَتقِيْمًا‬
ْ ‫خَطّ َرسُ ْولُ الِ صَلّى الُ عَلَ ْيهِ َوسَلّ َم َخطّا ُم‬
‫خُطُوْطًا عَنِ اْليَمِيْنِ وَعَنِ الشّمَالِ ثُ ّم تَلَ قَ ْولَ الِ ( َواَنّ هَذَا‬
ِ‫خطّ ْالَ ْو َسط‬
َ ‫صرَا ِطيْ ُمسَْتقِيْمًا) ثُمّ وَضَعَ يَدَهُ عَلَى اْل‬
َ

123. Al-Fatihah, 1:6-7.

96
ّ‫ وَهَذِهِ سُبُلٌ عَلَى كُل‬، ِ‫ هَذَا َسبِيْلِ ال‬: َ‫الْ ُمسَْت ِقيْمِ َوقَال‬
.ِ‫سَِبيْلٍ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُوْ ِالَ ْيه‬
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menggaris
garisan lurus dengan tangannya lalu menggaris
garis-garis di sebelah kanan dan kiri kemudian
membaca ayat: (Inilah jalanKu yang lurus) 124

kemudian meletakkan tangannya di atas jalan yang


lurus dan bersabda: Inilah jalan Allah. Dan yang
ini adalah jalan-jalan, tiada satu jalanpun
melainkan di atasnya ada syaitan yang menyeru
kepadanya”. 125

Sedarkah kita bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi


wa-sallam hanya menggariskan satu garisan yang
diwajibkan kita mengikutinya. Itulah satu-satunya jalan
yang wajib kita titi sehingga tidak boleh menoleh ke kiri
atau ke kanan. Titian tersebut dijelaskan oleh para ulama
tafsir sebagi jalan, mazhab atau manhaj para sahabat yang
menjadi salaf kita sekalian. Ingatlah, pada ayat yang juga
merangkumi hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam di
atas, terdapat perintah Allah yang memerintahkan agar kita
hanya mengikuti satu jalan yang lurus iaitu masuk ke
dalam golongan (manhaj) siddiqin kerana para salaf

124 . Al-An’am, 153.


125 . H/R Nasaii, Darimi. Al-Albani mengatakan: Sanadnya Hasan.

97
terutamanya para sahabat keseluruhannya adalah golongan
orang-orang yang siddiqin! Allah memerintahkan di dalam
firmanNya:
َ‫وَ ُكُنوْا مَعَ الصَا ِد ِقيْن‬
“Dan hendaklah kamu berserta (menjadi) orang-
orang yang benar (siddiq)”. 126

Yang termasuk dalam golongan syuhada, solehin


dan siddiqin ini terutamanya ialah para sahabat yang
menjadi salaf kita dalam menempuh jalan yang lurus.
Dengan ini menurut Ibn Taimiyah, bermanhaj Salaf adalah
wajib kerana telah diwajibkan oleh Allah dan diisyaratkan
juga oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di
dalam sabda baginda:

"Yang sepertiku (yang seperti manhaj baginda) dan


para sahabatku (manhaj para sahabat baginda)".

Ibn Taimiyah juga menjelaskan:

126 . At-Taubah, 9:119.

98
، ِ‫ وَاْنَتسَبَ ِالَ ْيه‬، ِ‫لَ َعيْبَ عَلَى َمنْ اَ ْظ َهرَ مَذْهَبَ السّ َلف‬
ّ‫ فَِان‬، ِ‫جبُ قُُبوْل َذلِكَ ِم ْن ُه بِ ْالِّتفَاق‬
ِ َ‫ بَلْ ي‬، ِ‫وَا ْعَتزَى اَِل ْيه‬
‫َمذْهَبَ السّلَفِ لََيكُوْنُ اِ ّل َحقّا‬
"Tidak akan menjadi aib (kekurangan) bagi
seseorang mengakui sebagai bermazhab
(bermanhaj) salaf, menasabkan dirinya kepada
salaf dan berbangga dengan salaf. Malah wajib
menerima mazhab (manhaj) salaf sebagaimana
yang telah disepakati. Sesungguhnya mahzab salaf
tidak lain hanyalah mazhab yang sebenarnya
(manhaj yang hak)". 127

Ibnu Hajar al-Qatari rahimahullah pula berkata:

ُ‫ مَاكَانَ عَلَ ْيهِ الصّحَاَبةُ اْل ِكرَام‬: ِ‫فَالْ ُمرَا ُد بِمَذْهَبِ السّلَف‬
ِ‫ وَالتّاِبعُوْنَ َلهُمْ بِِاحْسَانٍ ِالَى يَوْم‬، ْ‫رِضْوَانُ الِ عَلَ ْيهِم‬
.ْ‫الدّيْ ِن وَاَْتبَا ُعهُم‬
"Apa yang dimaksudkan sebagai mazhab (manhaj)
salaf ialah sebagaimana yang telah diikuti oleh para

127. Lihat: ‫ مموعة الفتاوى‬Jld. 4. Hlm. 149. Ibn Taimiyah.

99
sahabat yang mulia, yang mana mereka sekalian
telah diredai oleh Allah. Begitu juga para tabi’in
yang mengikuti mereka dengan baik yang mengikuti
mereka sekalian sehinggalah ke Hari ad-Din". 128

Mahmud Muhammad Khufaji telah menjelaskan


tentang penentuan manhaj Salaf as-Soleh dan siapa dia
yang digelar salafi:

ْ‫ بَ ْل َلبُ ّد اَن‬، َ‫حدِيْد ال ّز َمِنيْ كَافِيًا فِى َذلِك‬


ْ ّ‫وَلَيْسَ هَذَا الت‬
ِ‫يُضَافَ اِلَى هَذَا السّبَق ال ّزمَنِي ُموَا َفقَة ال ّراْي لِ ْل ِكتَاب‬
‫ َفمَ ْن خَالَفَ َراُْيهُ اْلكِتَابَ وَالسّنّة‬، ‫ نَصّا وَروْحًا‬، ِ‫وَالسّّنة‬
ْ‫ َواِنْ عَاشَ بَ ْينَ اَ ْظ ُهرِ الصّحَاَبةِ وَالتّاِب ِعي‬، ‫س ِبسَ َلفِى‬
َ ْ‫َفلَي‬
.َ‫التّاِبعِ ْين‬
"Bukanlah penentuan zaman sudah memadai
dalam perkara ini (menentukan seseorang itu
salafi) tetapi di samping penentuan zaman (para
sahabat) yang berlalu zamannya maka perlulah
ada kesepakatan pandangan mereka dengan al-
Kitab dan as-Sunnah jika tidak maka dia tidak
boleh dinamakan salafi sekalipun ia hidup di

128 . Lihat: ‫ العقائد السلفية‬Ibnu Hajar al-Qatari.

100
tengah-tengah para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-
tabi’in". 129

Nasruddin al-Albani rahimahullah berkata:

“Manhaj Salaf adalah ajaran yang suci dan bersih


dari segala kesan tradisi (jahiliyah pent.) masa
lalu dan bersih dari peninggalan-peninggalan
berbagai-bagai fahaman. Segala kesempurnaan
dan kesyumulannya berdasarkan nas-nas al-
Quran dan as-Sunnah”. 130

PENGGUNAAN
KALIMAH SALAF

129. Lihat: ‫ العقيدة السلمية بي السلفية والعتزلة تليل ونقد‬Juz. 1/20-21.


Mahmud al-Khufaji.
130 . Limaza Khartu al-Manhaj as-Salaf. Hlm.34.

101
Terdapat beratus-ratus kitab yang dihasilkan oleh
para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dalam berbagai-bagai
bidang keilmuan. Di dalam kitab-kitab tersebut didapati
amat banyak sebutan menggunakan istilah atau kalimah
seperti: Salaf, Salaf as-Soleh, Generasi salaf atau Salaful
Ummah. Sama ada di dalam kitab-kitab tafsir, syarah
hadis, fikah (termasuk dalam fikah Hanafi, Maliki, Syafie
dan hambali), malah paling banyak disebut sehingga
beratus-ratus kali di dalam kitab-kitab akidah. Kenyataan
ini tidak dapat dinafikan bagi sesiapa yang mampu
mengkaji kalimah ini di kitab-kitab turath (kitab-kitab hasil
tulisan para ulama terdahulu).

Malah para ulama terdahulu telah menggunakan


kalimah salaf atau istilah ini untuk memerangi bid’ah, ahli
bid’ah dan para aktivisnya. Ia diungkapkan dalam kata-
kata yang masyhur:
# َ‫وَكُلّ خَ ْيرٍ فِى اتّبَاعِ َمنْ َسلَف‬
َ‫وُكُ ّل َش ّر فِى اتّبَاعِ مَنْ خَ َلف‬
“Dan setiap kebaikan adalah dalam mengikuti
orang-orang salaf. Dan setiap kekejian adalah
dalam bid’ahnya orang-orang khalaf (orang-orang
setelah zaman salaf)”.

102
Imam al-Auza’i rahimahullah secara tegas
memerintahkan kepada kita sekalian agar kembali kepada
pegangan para Salaf as-Soleh. Beliau berkata:

َ‫ وَاِيّا َك وَاَرَاء‬، ُ‫ضكَ النّاس‬


َ َ‫َعلَيْكَ بِاَثَارِ مَ ْن َسلَفَ وَِانْ َرف‬
.ِ‫ال ّرجَالِ وَِانْ ُز ْخ ُرفُوْهَا لَكَ بِ ْالَقْوَال‬
“Hendaklah kamu berpegang dengan athar-athar
orang-orang salaf walaupun semua manusia
mengusir (menolak) kamu. Dan jauhilah oleh
kamu pendapat-pendapat orang walaupun mereka
menghiasinya dengan ucapan-ucapan (yang
indah)”. 131

ْ‫ َوقُل‬، ِ‫ َوقِفْ حَيْثُ َوقَفَ اْلقَوْم‬، ِ‫صِبرْ َنفْسَكَ عَلَى السّّنة‬


ْ ِ‫ا‬
َ‫ وَاسْلُكْ سَِبيْلَ سَ َل ِفك‬، ُ‫ وَكُفّ عَمّا َكفّوْا َع ْنه‬، ‫بِمَا قَالُوْا‬
.ْ‫سعُكَ مَا وَ ِس َعهُم‬
َ َ‫الصّاِلحِ فَِاّن ُه ي‬

131. Lihat: ‫ ذم التأويل‬Tahqiq Badr al-Abdr. Hlm. 277. Hadis Sahih,


Dikeluarkan oleh al-Khatib dalanm Syarah Ashabul Hadis hlm. 70. Al-
Ajurr dalam Syariah 57. Dan Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ul Bayanil Ilm
wa-Fadhlihi. 2/114. Lihat: Syarah Lum’atul Iktiqad. Hlm. 42. Syeikh
Uthaimin. Tahqiq Asyraf bin Abdul Maqsud.

103
“Bersabarlah kamu dalam mengikuti sunnah.
Berhentilah dari (melakukan suatu perbuatan)
sebagaimana kaum (Salaf as-Soleh) berhenti dari
melakukannya. Berkatalah sesuai dengan apa
yang mereka (para Salaf as-Soleh) katakan.
Tahanlah dirimu daripadanya. Berjalanlah di atas
jalan Salaf as-Soleh kerana sesungguhnya ia akan
memberi kelapangan kepada kamu”. 132

MENGENALI
MANHAJ SALAF

Untuk mengenal manhaj Salaf as-Soleh secara


mudah, ia dapat diringkaskan kepada beberapa bahagian:
132. Dikeluarkan: Al-Lalikaii, Baihaqi dan al-Ajuri dengan sanad sahih.

104
Pertama: Manhaj Salaf dikenali juga sebagai manhaj
Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Salafiyah. Manhaj salaf
hanya memberi penumpuan kepada al-Quran dan as-
Sunnah kerana tiada masalah yang tidak boleh
diselesaikan oleh al-Kitab ini. Firman Allah:

ٍ‫مَا َفرّطْنَا فِى الْ ِكتَابِ ِمنْ َشيْء‬


“Tidaklah Kami lupa (tertinggal) suatu apapun di
dalam al-Kitab (al-Quran)”. 133

Manhaj ini berbeza dengan aliran bid’ah seperti Tariqat


Sufi, Mu’tazilah, Ahli Kalam, Asy’ariyah dan yang
seumpamanya. Salafi dan salafiyah hanya
mementingkan al-Quran, as-Sunnah serta athar para
sahabat. Golongan bid’ah pula mencampur-adukkan al-
Quran dan as-Sunnah melalui pertimbangan akal atau
hawa nafsu. Jika terdapat dalil yang bertentangan
dengan akal, mereka menolak dalil tersebut untuk
mempertahankan akal. Mereka digelar ‘Aklaniyun
“Penyembah Atau Pemuja Akal” , Ahlu al-Ahwa
“Penyembah Atau Pemuja Hawa Nafsu dan Mubtadi’
“Ahli Bid’ah”.

133 . Al-An’am, 6:38.

105
Kedua: Manhaj Salaf as-Soleh hanya menggunakan
istilah-istilah dari syara(ُ‫ )اَلشّ ْر ِعيّة‬apabila menjelaskan
persoalan akidah dan syariat sama ada untuk
menerangkan atau membantah.

Ketiga: Manhaj Salaf tidak menggunakan pentakfiran


(menghukum kafir), tabdi’ (menghukum bid’ah), tadhlil
(menghukum sesat) dan tafsik (menghukum fasik)
menangani persoalan akidah namun memberi ruang
luas di segi fikhiyah.

Keempat: Membentangkan persoalan akidah dengan


uslub (metode) dan bahasa yang mudah sehingga tidak
ada perkara yang tersembunyi.

Kelima: Menyelesaikan setiap persoalan dengan


contoh yang sederhana, kalimah yang ringkas dan
mudah yang dirujukkan kepada al-Quran dan as-
Sunnah.

Keenam: Mematuhi setiap nas al-Quran atau as-


Sunnah, tidak keluar dari makna al-Quran melalui
Bangsa Arab. Hanya Bangsa Arab yang benar-benar
memahami bahasa mereka dan dalil-dalil qat’ie dari al-
Quran dan hadis yang semuanya berbahasa Arab tulin.
Oleh kerana kefasihan dan tidak terdapat kesalahan
mereka berbahasa Arab maka tidak ditemui ilmu nahu,
saraf, balagah dan ilmu-ilmu alat dimasa mereka.

106
Ibn Taimiyah menekankan kepada setiap orang
yang beriman agar bermanhaj salaf dan mempertahankan
manhaj Salaf. Beliau menjelaskan siapa sebenarnya Ahli
Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh:

ِ‫ل وَ ُسّنة‬
ِ ‫سكُوْنَ بِ ِكتَابِ ا‬
ّ َ‫اَنّ اَهْ َل السّنّ ِة هُمُ الّ ِذيْنَ الْ ُمَتم‬
َ‫ َومَا اّتفَقَ عَ َل ْي ِه السّاِبقُوْن‬، َ‫َرسُوْلِ الِ صَلّى الُ َعلَ ْيهِ َوسَلّم‬
ٍ‫اْلَوّلُ ْونَ مِ َن الْ ُمهَا ِج ِريْنَ وَاْ َلنْصَارِ وَالّذِيْ َن اتَّب ُعوْهُ ْم بِاِ ْحسَان‬
"Ahli Sunnah ialah mereka yang berpegang dengan
kitab Allah dan Sunnah Rasulullah sallallahu
'alaihi wa-sallam dan apa yang disepakati oleh
orang-orang pendahulu yang awal (salaf), terdiri
dari kalangan Muhajirin dan Ansar dan juga
orang-orang yang mengikuti mereka dengan
baik". 134

Seterusnya beliau berkata:

ِ‫فَمَنْ قَالَ بِاْل ِكتَابِ وَالسّّنةِ وَْالِجْمَاعِ كَانَ مِنْ اَهْ ِل السّنّة‬
ِ‫جمَا َعة‬
َ ْ‫وَال‬
134. Lihat: 3/375 ‫مموعة الفتاوى‬. Ibn Taimiyah.

107
"Maka sesiapa yang berkata-kata berdasarkan al-
Kitab, as-Sunnah serta ijmak, ia adalah tergolong
dalam golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah". 135

Telah berkata Ibnu Abbas sebagaimana yang


diucapkan juga oleh Imam Malik dinukil dari Mujahid:

ِ‫ُكلّ النّاسِ يُ ْؤخَذُ ِم ْنهُ وَيُؤْخَذُ عَ َل ْي ِه ِالّ صَاحِبُ هَذَا اْل ُق ْبر‬
“Setiap manusia boleh diambil perkataannya dan
boleh ditolak kecuali penghuni kubur ini (seraya
menunjukkan kubur Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam)”. 136

BAHAGIAN
135. Ibid. Hlm. 346.
136. Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Masail Imam Ahmad hlm. 276.
Disebut oleh Taqiyuddin as-Subky dalam Al-Fatawiy 1/148. Ibnu Abdil
Baar. Lihat Jami’ul Bayanil Ilmu wa-Fadhlihi. 1/145

108
KEDUA

(2)

AHLI SUNNAH
WAL-JAMAAH

Pengistilahan atau laqab “Ahli Sunnah wal-


Jamaah” bermula pada akhir zaman sahabat. Ada yang
menyatakan ia bermula apabila timbulnya zaman fitnah
terutama fitnah yang berlaku antara Ali dan Mu’awiyah
radiallahu ‘anhuma. Dimana setelah munculnya

109
golongan ahli bid’ah seperti Khawarij, Rafidhah atau 137

Syiah, Jahmiyah, Qadariyah dan sebagainya, yang


138 139

mana mereka terkenal dengan bid’ah-bid’ahnya dan


banyak perselisihannya dalam persoalan hadis dan makna-
makna al-Quran. Untuk membezakan antara golongan
yang sunnah dan bid’ah maka para ulama hadis
menentukan siapa Ahli Sunnah dan siapa Ahli Bid’ah agar
mudah dan hanya diambil sanad atau matan sesebuah
hadis dari Ahli Sunnah wal-Jamaah sahaja.

Berkata Ibn Hazam rahimahullah:

“Ahli Sunnah yang kami nyatakan, mereka adalah


Ahli Hak dan selain mereka adalah Ahli Bid’ah.
(Ahli Hak) adalah para sahabat radiallahu
‘anhum serta sesiapa yang mengikut jalan mereka,

137. Berkata Imam Syafie: Aku tidak pernah mendapati seseorangpun dari
Ahli Bid’ah yang sangat pembohong di dalam pengakuannya dan dalam
saksi palsunya selain dari Rafidhah. Lihat: Al-Ibanatul Kubra 2/545.
138. Adapun golongan Syiah dianggap ahli bid’ah kerana mereka ghulu
(keterlaluan fanatiknya) kepada mereka yang dianggap imam oleh mereka.
(1). Berkata Alqamah: Sesungguhnya Syiah ghulu terhadap Ali
sebagaimana Nasrani ghulu terhadap Isa bin Maryam. Lihat: As-Sunnah
2/548. (2). Amir Asy-Sya’bi berkata: Aku tidak pernah mendapati suatu
kaum yang sangat dungu (bebal) dari Syiah. Lihat: Minhajus Sunnah.
1/22. Ibn Taimiyah.
139. Qadhi Abi Yusuf berkata: Aku tidak sudi solat di belakang Jahmiyu,
Rafidhi dan Qadari. Lihat: Syarah Usul Iktiqad Ahlu Sunnah 4/733. Al-
Lalikaii. Berkata: Muhammad bin Yusuf al-Firaby: Aku tidak melihat
Rafidhah dan Jahmiyah melainkan mereka adalah orang-orang zindiq.
Lihat: Syarah Usul Iktiqad Ahlus Sunah. Al-Lalikaii.

110
terutamanya para tabi’in rahmatullah ‘alaihim.
Kemudian Ashabul Hadis dan sesiapa yang
mengikut mereka dari kalangan fukaha (Ahli
Fikah) dari satu generasi ke satu generasi
berikutnya sehinggalah ke hari ini. Begitu juga
sesiapa yang mencontohi mereka dari kalangan
orang-orang awam sama ada di timur atau di
barat”. 140

Imam Ahmad rahimahullah berkata:

.ِ‫ مَنْ َيعَْتقِدُ مَذْهَب اَهْ َل الْحَ ِديْث‬: ِ‫اَهْ ُل السّنّ ِة وَاْلجَمَا َعة‬
“Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah: Sesiapa sahaja
yang berpegang dengan mazhab Ahli Hadis”. 141

Imam al-Bukhari rahimahullah mengkhususkan


Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah Ahli Ilmu. 142

Berkata pula Imam Ahmad rahimahullah:

ْ‫ل َادْرِيْ َمنْ هُم‬


َ َ‫اِنْ لَمْ َيكُ ْونُوْا اَهْل اْلحَدِيْثِ ف‬

140 . Lihat: Al-Fasl. 2/113. Ibnu Hazam.


141 . Lihat: Syarah Muslim. 13/66. An-Nawawi.
142 . Ibid.

111
“Jika sekiranya mereka (Ahli Sunnah wal-
Jamaah) bukan kalangan Ahli Hadis, aku tidak
tahu siapa mereka?”.

Ada yang menyatakan bahawa mula munculnya


istilah Ahli Sunnah wal-Jamaah apabila lahir golongan ahli
bid’ah. Dengan bersandar kepada hadis-hadis dan athar
maka bermula seruan agar bersatu dalam satu jamaah
dengan berpegang kepada sunnah, diperingat dari
pertelingkahan dalam agama dan sama sekali tidak
melakukan bid’ah dalam agama. Seruan ini diperkuat 143

dengan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

.ً‫فَاِّنهُ مِنْ فَا َرقَ اْلجَمَا َعةِ شِ ْبرًا َفمَاتَ اِلّ مَاتَ ِم ْيَتةً جَاهِلِّية‬
“Sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan
jamaah kadar sejengkal maka ia mati, tidaklah
kematiannya itu kecuali ia mati secara jahiliyah”. 144

Akhirnya julukan Ahli Sunnah wal-Jamaah


diberikan kepada sesiapa sahaja yang kembali kepada al-
Quran, Sunnah dan ijmak ulama yang dikenali kebenaran
pegangan dan pendiriannya. Terutama mereka yang jelas
berpegang dengan akidah yang dinukil dari para Salaf as-
Soleh rahimahumullah yang diterima langsung dari
143 . Lihat Ibn Taimiyah wa-Tasawuf. Hlm. 8. Dr. Mustafa Helmi.
Catakan 1982. Mesir.
144 . H/R Bukhari 5/12. Kitab al-Fitan. No. 7054.

112
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dari para
sahabat radiallahu ‘anhum. Kerana kita diperintah untuk
145

mencontohi athar mereka (para sahabat) dan berittiba’


kepada sunnah mereka. 146

Namun gelaran ini diutamakan kepada sesiapa


sahaja yang berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh
secara umum, yang sentiasa menentang ahli bid’ah di
manapun mereka berada, pada bila-bila masa dan ketika
sehinggalah keakhir zaman.

145 . Lihat: ‫ الرد على من انكر الرف والصوت‬hlm. 99. Abi Nasr.
146 . Ibid.

113
ISTILAH AHLI
SUNNAH WAL-JAMAAH

Istilah “Ahli Sunnah wal-Jamaah” terdiri dari tiga


kalimah iaitu: Ahli, Sunnah dan Al-Jamaah.

“Ahli” mengikut bahasa bermaksud:

1. "Pakar, Yang Berilmu, Yang Ahli atau Yang


Pandai" sebagaimana firman Allah:

.َ‫سئَلُوْا اَهْلَ الذّ ْكرِ اِنْ ُكنْتُمْ َل َت ْعلَمُ ْون‬


ْ َ‫ف‬
"Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-
orang yang berilmu jika kamu tidak
mengetahui". 147

147 . Al-Anbiya, 21:7.

114
2. "Pengikut, Anggota Satu-Satu Fahaman Atau
Kumpulan”, sebagaimana firman Allah:

ِ‫يَا اَهْلَ اْلكِتَابِ لِمَ َت ْك ُفرُوْنَ بِاَيَاتِ ال‬


"Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari
ayat-ayat Allah padahal kamu mengetahui
kebenarannya!". 148

‫لةِ وَاصْ َطِبرْ َعلَ ْيهَا‬


َ ّ‫وَْا ُمرْ اَهْلَكَ بِالص‬
"Dan perintahkanlah kepada keluargamu
mendirikan solat dan bersabarlah kamu
dalam mengerjakannya". 149

Antara contoh yang lain ialah:

“Ahli Pertubuhan, Ahli Parlimen, Ahli Mazhab,


Ahli Sukan” dan sebagainya.

148 . Ali-Imran, 3:70.


149 . Taha, 20:132

115
PENGERTIAN SUNNAH

1. Menurut istilah, kalimah sunnah ialah berasal dari:


“Sanna - ّ‫” َسن‬. 150
Sunnah menurut bahasa ialah: At-Tariqah
(‫“ )الطريقة‬Jalan atau cara” 151

Disebut juga ‫سُننه – سِننه‬ - ‫ نَهجه‬: ‫سُنُنه‬ iaitu manhajnya. 152

Atau sunnah bermaksud sirah (‫" )السية‬Sirah". 153

Disebut dalam kamus “Lisanul Arab” sebagai berikut:

.ٌ‫ مَحْ ُم ْو َدةٌ كَانَتْ اَمْ مَ ْذمُ ْو َمة‬، ُ‫اَلسّّنةُ هِ َي الطّ ِرْي َقه‬

150 . Lihat: 3/60 ‫معجم مقاييس اللغة‬.


151. Lihat: 13/226 )‫ مادة (سنن‬- ‫لسان العرب‬.
152 . Ibid.
153. Lihat: (1). ‫ متار الصحاح‬Hlm. 133. ar-Razi.
(2). Inilah takrif yang diberikan oleh Ibn Athir dalam ‫النهاية ف‬
‫ (سنن‬: ‫)غريب الديث قى مادة‬ Jld. 2. Hlm. 409.

116
“As-Sunnah: Jalan, sama ada yang terpuji (baik)
atau yang keji (buruk)”. 154

2. Sunnah menurut syara:

"Apa yang diambil (diterima, dinukil, dipindah


dan diriwayatkan) dari Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat
baginda tentang akidah dan amal". Atau: "Cara 155

(jalan) yang dicontohkan oleh Rasulullah


sallallahu 'alaihi wa-sallam yang dibina (diambil)
dari kitab Allah Ta'ala (al-Quran), sunnah
RasulNya dan jalan yang ditempuh oleh para
sahabat sekalian yang telah diijmakkan oleh
mereka". 156

Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah:

ِ‫ش ْر ِعيّ عَ َل ْيه‬


ّ ‫اَلسّّنةُ هَيَ مَا قَامَ الدّلِ ْيلُ ال‬
“As-Sunnah ialah: Apa yang telah ditegakkan
dalil syari di atasnya”. 157

154. Lihat: ‫ مادة (سنن‬- ‫)لسان العرب‬


155. Lihat: ‫ لعة العتقاد ال سبيل الرشاد‬Hlm. 40. Al-Uthaimin.
156. Lihat: ‫ اهل السنة والماعة ومنهج الشاعرة ف توحيد ال تعال‬Juz. 1/21.
Khalid Abdul Latif.

117
3. Menurut ulama usuluddin (akidah):
“Sunnah ialah hidayah (petunjuk) yang telah
ditunjuk ajar oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam dan para sahabat baginda, sama ada yang
berupa ilmu, iktiqad (kepercayaan), perkataan atau
perbuatan yang wajib kita ikuti. Diberi pahala orang
yang mengikutinya dan berdosa orang yang
menentangnya”. 158

4. Sunnah secara khusus dimaksudkan apa dan siapa


sahaja yang bertentangan dengan bid’ah dan Ahli
Bid’ah. Seperti Syiah, Khawarij, Jahmiyah,
Mu’tazilah, Murjiah, Asya’irah dan yang seiring
dengan mereka dari kalangan Ahli Bid’ah. Mereka
sama sekali tidak termasuk dalam kalangan Ahli
Sunnah.

5. Sunnah secara umum pula bermaksud: Mengikut (para


pengikut) athar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam batin dan zahir. Mengikut (pengikut) jalan
orang-orang yang mula-mula dan awal-awal dari
kalangan Muhajirin dan Ansar. Pengikut wasiat
Rasulullah yang mana baginda bersabda:

157 . Lihat: 12/317 ‫مموع الفتاوى‬. Ibnu Taimiyah.


158 . Lihat: ‫مباحث ف عقيدة اهل السنة‬hlm. 13. Dr. Nasir bin Abdulkarim
al-‘Aql.

118
“Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku
dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat
petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi
geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda
yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu
bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”.

Dengan maksud umum dari hadis di atas ini,


bermakna bahawa al-Quran, hadis Nabi, athar-athar
salaf termasuk apa yang dinamakan sunnah.

6. Yang paling penting dan utama ialah pengertian sunnah


mengikut Salaf as-Soleh. Ia dimaksudkan:

‫صلّىالُ َعلَ ْيهِ َوسَلّمَ وَاَصْحَاب ُه اِ ْعِتقَادًا‬


َ ّ‫ِهيَ مَاكَانَ َعلَ ْيهِ النِّبي‬
.ً‫ وَعَمَل‬، ً‫ قَوْل‬، ‫وَا ْقتِصَادًا‬
“Sunnah ialah apa yang seperti Nabi sallallahu
‘alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda, sama
ada iktiqad (akidah), iktisad, ucapan dan perbuatan
(amalan)”. 159

Ibnu Taimiyah rahimahullah juga berkata:


159 . Lihat: ‫ جامع العلوم والكم‬Hlm. 230. Abi Faraj Abdulrrahman ibnu
Syahibuddin bin Ahmad bin Rejab al-Hambali al-Bagdadi.
Lihat: 19/306 ‫مموع الفتاوى‬. Ibnu Taimiyah.

119
“Lafaz sunnah, dimaksudkan darinya ialah sesiapa
yang telah menthabitkan (menetapkan) kekhalifahan
tiga Khalifah, termasuk dalam perkara tersebut ialah
semua golongan kecuali ar-Rafidhah”. 160

Berkata Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah:

‫صحَابُ َرسُوْل‬
ْ َ‫ اَلتّ َمسّكُ بِمَا كَانَ عَلَ ْيهِ ا‬: ‫اُصُولُ السّنَة ِعنْ َدنَا‬
.‫ ثُ ّم َذ َكرَ جُمْلَة َعقَائِدَ السّلَف‬. َ‫الِ صَلّى الُ َع َل ْيهِ وَسَلّم‬
“Asas Sunnah menurut kami: Berpegang seperti
mana yang dipegang oleh para sahabat Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Kemudian beliau
menyebut sejumlah pegangan-pegangan Salaf”. 161

Berkata Imam Syafie rahimahullah:

َ‫صحَاَبنَا عَلَ ْيهَا اَهْل‬


ْ َ‫ وَ َراَيْتُ ا‬، ‫اَْلقَ ْولُ فِى السّّنةِ الِّت ْي َانّا عَلَ ْيهَا‬
: ‫ َومَالِك وَعَيْرهُمَا‬، ‫ مِثْل ُس ْفيَان‬، ْ‫اْلحَدَيْثِ الّذِيْنَ َرَايْتهُم‬

160 . Lihat: 2/221 ‫منهاج السنة النبوية‬. Ibnu Taimiyah.


161 . Lihat: ‫ شرح اصول اعتقاد اهل السنة‬Hlm. 1/156 Al-Lalikaii.

120
، ِ‫ وََانّ مُحَمّدًا َرسُوْلُ ال‬، ‫شهَا َدةِ اَنْ لَ ِاَل َه ِالّ ال‬
َ ِ‫اَ ِل ْقرَا ُر ب‬
‫ف يَشَآء‬
َ ْ‫وََانّ الَ َعلَىعَ ْر ِشهِ وَاَنّ الَ َي ْن ِزلُ ِالَىالسّمَآء ال ّدنْيَاكَي‬
“Perkataan sunnah yang kami di atasnya dan juga
aku lihat para sahabat kami di atasnya ialah ahli
hadis yang mana kami telah temui mereka dan saya
ambil hadis dari mereka. Seperti Sufyan, Malik dan
selain keduanya yang mana mereka berikrar dengan
persaksian: Tiada tuhan yang wajib diibadahi
kecuali Allah dan sesungguhnya bahawa Muhammad
Rasulullah. Berikrar bahawa Allah bersemayam di
atas arasyNya dan Allah turun ke langit dunia
sebagaimana yang Ia kehendakinya”. 162

PENGERTIAN AL-JAMAAH

162 . Lihat: ‫ اجتماع اليوش السلمية على غزو الُمعطلة والهمية‬Hlm 59. Ibnu
Qaiyim al-Jauziyah. Darul Ma’rifah.

121
Al-Jamaah sebagai yang warid menurut
pengistilahan Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah: Makna
Jamaah di segi bahasa: Dari kata ‫جع‬. Dikatakan: ‫جع التفرقة‬
“Menyatukan yang berpecah-belah”. Dan ‫الماعة ضد الفرقة‬
“Jamaah lawannya berpecah-belah”. 163

Lafaz jamaah terdapat di beberapa hadis sahih,


antaranya sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

‫جمَاعَة‬
َ ْ‫يَدُ ال َم َع ال‬
“Tangan Allah bersama Jamaah”. 164

‫كُّلهَا فِى النّارِ ِا ّل اْلجَمَاعَة‬


“Semuanya di neraka kecuali satu iaitu jamaah”. 165

.‫كُّلهَا فِى النّار ِا ّل وَاحِدَة وَ ِهيَ اْلجَمَاعَة‬


163. Lihat: (1). Lisan al-Arabi 8/53 (‫)مادة جع‬.
Lihat: (2). 3/157 ‫ مموع فتاوى‬Ibn Taimiyah.
164. H/R Turmizi dalam Sunannya 6/334. ‫كتاب الفت – باب ف لزوم الماعة‬
Diriwayatkan oleh Hakim dalam Mustadrak 1/115, 116 ‫كتاب العلم‬
165 . H/R Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitabul Ilm. Disahihkan
oleh Ibn Majah sebagaimana menurut al-Albani 2/364. Kitab al-
Fitn.

122
“Semuanya di neraka kecuali satu iaitu al-
Jamaah”. 166

Al-Jamaah juga secara bahasa diambil dari kalimah


(‫ )المع‬al-Jam’u iaitu:

Pertama: Al-Jamaah bermaksud:

(1). Mengumpulkan atau menyatu-padukan yang


berpecah-belah (bercerai-berai). 167

(2). Bersatu dan lawannya berpecah-belah.

(3). Perkumpulan manusia yang bersatu untuk


tujuan yang sama". 168

Kedua: Golongan yang terbesar atau yang paling


ramai (‫ )السواد العظم‬dari kalangan umat Islam. 169

166 . H/R Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitab al-Ilm.


167. Lihat: (1). 1/20 ‫منهج اهل السنة والماعة‬. Khalid bin Abdul Latif.
(2). ‫ (حع‬: ‫ مادة‬. ‫ )القاموس الحيط‬Hlm. 917. Al-Fairuz Abadi.
168. Lihat: (1) ‫ مموعة فتاوى‬Jld. 3. Hlm. 157.
(2). ‫ (جع‬: ‫ مادة‬. ‫ )العجم الوسيط‬Jld. 1. Hlm. 135.
169. Lihat: H/R At-Tabari dalam "Al-Kabir" (1/320).

123
Termasuk juga para ahli ilmu, imam-imam mujtahid 170

dan para awliya.

Ketiga: Golongan para ulama yang mujtahid. 171

Keempat: Setiap Umat Islam yang bersatu di bawah


satu amir (pemerintah Islam). 172

Kelima: Secara khususnya ialah para sahabat Nabi


Muhammad. Pengertian ini diambil dari sabdanya:
173

َ‫َفعَلَ ْيكُمْ ِبسُنِّتيْ وَ ُسّنةِ اْلخُ َلفَاءِ الرّاشِدِيْنَ الْ َمهْدِيّيْن‬


"Hendaklah kamu kembali kepada sunnahku
dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang
mendapat petunjuk". 174

170 . Inilah yang diutamakan oleh Imam Bukhari, lihat dalam Sahihul
Bukhari 13/316. Fathul Bari bab: ‫ وكذالك جعلناكم امة وسطا‬Dan
lihat: Sunan at-Turmizi. 6/335.
171. (1). Ini kata-kata 'Amru bin Qais dalam 2/492 .‫البانة‬. Ibn Battah

(2). Perkataan Bukhari di dalam kitab sahihnya (13/328).


(3). Turmizi dalam sunnannya (4/467).
172. Lihat: ‫ العتصام‬Jld. 2. Hlm. 263. As-Syatibi. Fathul Bari 13/38.

173. Inilah yang dijelaskan oleh al-Barbahari dalam ‫ شرح السنة‬Hlm. 22.
174. H/R Ahmad 4/162. Abu Daud 5/13. Turmizi 7/437 dan Ibn
Majah 1/15.

124
Keenam: Setiap mukmin yang mengikut kebenaran
yang disampaikan oleh Nabi Muhammad walaupun 175

seorang diri sebagaimana athar sahih di bawah ini:

ْ‫ ِهيَ الِّتيْ مَا اَنَا َع َل ْيهِ وَاَصْحَابِي‬: ُ‫َالْجَمَا َعة‬


“Al-Jamaah: Iaitu yang serupa dengan apa yang
ada pada diriku dan para sahabatku”. 176

Berkata Imam Syatibi rahimahullah berkaitan


hadis di atas:

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak


menjelaskan firqah (golongan) yang berjaya
kecuali menunjukkan sifat mereka. Tidak
dikatakan misalnya: “Aku dan sahabat ku”. Tetapi
disebut sifatnya (manhajnya), iaitu: “Apa yang ada
pada aku (seperti manhaj aku) dan para
sahabatku”. Tidak diragukan lagi bahawa para
sahabat termasuk apa yang disifatkan oleh baginda
(tentang kesempurnaan manhajnya. Pent)”. 177

175. Lihat: ‫ شرح السنة‬Hlm. 22. Al-Barbahari.


176. Lihat: 340-7/399 ‫تفة الحوذى‬. Berkata Turmizi: Hadis ini hasan
dan gharib. Lihat: ‫ سلسلة الحاديث الصحيحة‬No. 203 atau 1192.
Syeikh Al-Albani.
177 . Lihat: 289-2/287 ‫العتصام‬. As-Syatibi.

125
Beliau meneruskan lagi:

“Ini bermakna kemenangan tidak dikhususkan


kepada sesiapa yang telah berlalu sebaliknya
meliputi setiap yang mendatangkan
(mengikut/mencontohi) sifat-sifat golongan yang
berjaya sehinggalah ke Hari Kiamat”. 178

Contoh Jamaah yang berjaya tentulah Jamaah Nabi


dan para sahabat baginda sebagaimana disebut:

ْ‫صحَاِبي‬
ْ َ‫ هِيَ الِّتيْ َعلَى مِثْلِ مَا َانَا َعلَ ْيهِ اْليَوْمَ وَا‬: ُ‫اَْلجَمَا َعة‬
“Al-Jamaah: Ia adalah yang berada di atas contoh
(seperti) apa-apa yang aku dan para sahabatku
berada di atasnya pada hari ini”. 179

Berkata Abu Syamah rahimahullah:

178 . Ibid.
179 . As-Sahihah No. 203 dan 1492.

126
“Setelah datang perintah agar sentiasa dalam
jamaah maka yang dimaksudkan dengan jamaah
ialah sentiasa komitmen (iltizam) mengikut
kebenaran dan berjamaah, sekalipun yang
berpegang dengan kebenaran itu sedikit dan yang
menentangnya ramai. Kerana kebenaran yang
sebagaimana pada jamaah pertama dari golongan
para nabi dan para sahabat tidak pernah terkesan
walaupun melihat kepada banyaknya ahli batil
semasa atau selepas mereka”. 180

Kenyataan Abu Syamah amat bersesuaian dengan


apa yang dijelaskan oleh Ibn Masoud radiallahu ‘anhu:

َ‫جمَاعَة مَا وَافَق‬


َ ْ‫وَا ّن َال‬، ‫ِانّ جُ ْمهُوْر النّاسِ فَا ِرقُوْا اْلجَمَاعَة‬
.َ‫اْلحَ ّق وَاِنْ كُنْتَ وَحْدَك‬
"Sesungguhnya kebanyakan manusia akan
meninggalkan Jamaah, sesungguhnya Al-Jamaah
ialah apabila mengikuti kebenaran sekalipun
engkau hanya seorang diri (keseorangan)." 181

180 . Lihat: ‫ الباعث على انكار البدع والوادث‬hlm. 22. Abu Syamah.
Tahqiq Uthman Ahmad ‘Ambar. Cetakan pertama Mesir.
181. Lihat: Riwayat Baihaqi. al-Madkhali. ‫ الوادث والبدع‬Hlm. 22.

Abu Syamah. Disahihkan oleh Nasruddin al-Albani.

127
Berkata Abu Syamah rahimahullah:

“Apabila telah datang perintah agar komitmen


kepada al-Jamaah, yang dimaksudkan dengannya
ialah beriltizam pada al-Hak (kebenaran) dan
mengikutinya, walaupun yang berpegang kepada
kebenaran amat sedikit, yang meninggalkannya
amat banyak. Kerana kebenaran yang berada
bersama pada Jamaah yang pertama bersama Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam serta para sahabat
radiallahu ‘anhum tidak pernah melihat kepada
ramainya ahli batil sesudah mereka”. 182

Berkata juga Naim bin Hammad:

‫جمَاعَة‬
َ ْ‫ َفعَلَيْكَ بِمَا كَانَتْ عَلَ ْيهِ ال‬، ‫اَي ِاذَا فَسَدَتِ اْلجَمَاعَة‬
َ‫ فَاِنّكَ اَنْتَ اْلجَمَا َعة‬، َ‫ت وَحْدَك‬
َ ‫ وَِانْ ُك ْن‬، َ‫قَبْلَ اَنْ َتفْسَد‬
.ٍ‫حِ ْيَنئِذ‬

Lihat: ‫ الباعث على انكار البدع والوادث‬hlm. 91-92. Tahqiq Masyhur


bin Hasan Salman.
Lihat: Syarah Usul iktiqad. No. 160. Al-Lalikaii.
182 . Lihat: ‫ الباعث علىابكارالبدع والوادث‬Hlm. 22 Abu Syamah

Ditahqiq: Uthman Ahmad ‘Anbar. Cetakan Pertama 1978 Mesir.

128
“Iaitu apabila telah rosak sekalian jamaah maka
bagimu mengikut sebagaimana jamaah yang belum
rosak sekalipun engkau seorang diri kerana
bahawasanya engkau dikala itu dalam jamaah”. 183

Oleh yang demikian Ibnu Qaiyim berkata:

“Keseluruhan manusia dizaman Imam Ahmad bin


Hambal telah tergelincir hatinya (‫ )شذ‬kecuali
sedikit yang masih di atas kebenaran maka yang
sedikit itulah yang dalam Jamaah. Yang diketika
itu para kadi (gabenor/pembesar), para mufti dan
Khalifah mereka semua telah tergelincir (akidah
mereka) hanya Imam Ahmad seorang sahaja dalam
Jamaah”. 184

Imam Ahmad, pada zamannya dianggap dalam


Jamaah walaupun keseorangan dalam menegakkan
kebenaran, yang mana beliau mempertahankan kebenaran
bahawa “Al-Quran itu adalah Kalamullah bukan
makhluk”. Beliau ditentang oleh seluruh kadi, mufti dan
Khalifah yang sudah rosak pemahamannya kerana
meyakini bahawa al-Quran itu makhluk. Menurut
pengertian dan hakikat Jamaah maka Imam Ahmad tetap
dalam Jamaah kerana beliau berada di dalam kebenaran
dan mempertahankannya. Dengan ini jelaslah bahawa
183 . Lihat: 3/397 ‫اعلم الوقعي‬. Ibnu Qaiyim.
184 . Ibid.

129
kebenaran itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Al-Jamaah
adalah sesiapa yang kembali kepada kebenaran (al-Quran
dan as-Sunnah) mengikut manhaj para sahabat kerana para
sahabat sentiasa memelihara dan mengikut kebenaran
yang diturunkan kepada Rasullullah yang berupa al-Quran
dan as-Sunnah. Allah berfirman:

.َ‫ل َتكُوْنَنّ مِ َن الْمُ ْمَت ِريْن‬


َ َ‫ح ّق ِمنْ َربّكَ ف‬
َ ْ‫َال‬
"Kebenaran itu dari Tuhanmu sebab itu janganlah
sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang
ragu". 185

Dari ayat inilah Ibn Qaiyim rahimahullah


berpendirian bahawa Imam Ahmad rahimahullah adalah
contoh ketabahan ulama yang mempertahankan Jamaah
walaupun kebanyakan dari mereka telah menyeleweng. Ini
ditegaskan oleh beliau dalam ucapannya:

“Telah menyimpang manusia semuanya pada


zaman Imam Ahmad bin Hambal kecuali beberapa
orang sahaja yang masih dalam Jamaah. Dimana
para kadi dimasa itu dan para mufti serta khalifah
dan pengikut mereka semuanya telah menyimpang

185. Al-Baqarah, 2:147.

130
namun Imam Ahmad bersedirian dalam
Jamaah”. 186

Antara penafsiran yang paling tepat (rajih) tentang


"Jamaah" ialah:

"Mereka yang tergolong dari kalangan sahabat


kerana sentiasa di atas kebenaran, ahlinya dan
golongan yang teramai (‫ )السواد العظم‬mengikut
fahaman salaf yang paling hak". 187

Dengan ini sesiapa yang mengikut manhaj para


sahabat dengan baik maka ia digolongkan sebagai al-
Jamaah. Ada pun antara nama-nama jamaah yang
diberikan namanya oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam ialah:

1- Ahli al-Hadis atau Ahli al-Athar. 188

Digelar Ahli Hadis kerana beramal dan menyibukkan


diri mereka dengan hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam. Dan digelar Ahli Athar kerana mereka
para sahabat Nabi yang paling memahami hadis,
mengamalkan, paling mengetahui untuk membezakan
186 . Lihat: 3/397 ‫اعلم الوقعي‬. Ibnul Qaiyim.
187. Lihat: 23 /1 .‫اهل السنة والماعة ومنهج الشاعرة ف توحيد ال تعال‬.
188. Lihat: 1/290 ‫ مقالت السلميي‬Abu al-Hasan Ali Bin Ismail al-Asy’ari

131
antara yang hak dengan yang batil dan sentiasa
berhujjah dengan hadis.

Berkata Ibn Qaiyim rahimahullah:

"Ahli Hadis adalah golongan yang paling benar


sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Mubarak:
Aku dapati agama berada pada ahli hadis,
percekcokan pada golongan Muktazilah,
pembohongan pada ar-Rafidhah dan banyak
berhelah pada Ahli ar-Rakii". 189

Berkata Abdul Qadir Jailani rahimahullah:

“Sesungguhnya Ahli Sunnah, mereka tidak


mempunyai nama kecuali nama yang satu iaitu
Ashabul Hadis”. 190

2. Firqah an-Najiyah, Firqah al-Mansurah atau At-


Taifah an-Najiyah, at-Taifah al-Mansurah. Berkata
Ibn Taimiyah:

"Apa yang dikatakan Firqah an-Najiyah ialah


pengikut para sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi

189. Lihat: Bahaya Taqlid Buta & Ta'sub Mazhab. Hlm. 81. Rasul
Dahri.
190. Lihat: 1/71 ‫ الغنية لطالب طريق الق‬Abdulqadir Jailani. Darul Ma’rifah.

Bairut. Cetakan kedua.

132
wa-sallam. Ia adalah syiar (Ahli sunnah).
Dinamakan Firqah an-Najiyah kerana mereka itu
terdiri dari Ahli Sunnah". 191

3. Ahli Ittiba'. Dinamakan Ahli Ittiba' kerana berittiba'


(mentaati) al-Quran, as-Sunnah serta athar para
sahabat.

3. Al Guraba' (‫ )الغرباء‬bermaksud: "Golongan yang


aneh, asing, luar biasa, dagang atau sedikit":

.ِ‫بَدََا ْا ِلسْلَمُ َغ ِرْيبًا َسَيعُ ْودُ َغ ِريْبًا َكمَا بَدَأ فَ ُطوْبَى لل ُغ ِربَاء‬
"Islam itu bermula dengan aneh maka akan
kembali menjadi aneh maka berbahagialah orang
yang aneh". 192

‫ اِ سْتَوْصُوْا بِاَهْلِ ال سّّنةِ خَ ْيرًا‬:َ‫عَ نْ ُسفْيَانِ الثّوْرِيّ اَنّ هُ قَال‬


ُ‫فَاِّنهُمْ غُرَبَاء‬
"Sufyan ath-Thauri berkata: Berwasiatlah kepada
Ahli Sunnah dengan kebaikan kerana mereka
ghuraba".
191. Lihat: ‫ منهاج السنة‬Jld. 3. Hlm. 457. Ibn Taimiyah.
192. H/R Muslim.

133
Paling tepat dinamakan al-Jamaah ialah: “Mereka
yang termasuk dalam nama-nama yang berkaitan dengan
Jamaah Islamiyah yang mengikuti manhaj para sahabat,
tabi’in, tabi’ut at-tabi’in dengan baik, terutama para ulama
mujtahid yang berpegang kepada al-Kitab dan as-
Sunnah”. Gelaran Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul
193

diakhir zaman sahabat.

Imam Malik rahimahullah ketika ditanyakan


kepada beliau siapa Ahli Sunnah, beliau menjawab:

َ‫ لَ َجهْ ِميّ َول‬، ِ‫اَهْ ُل السّنّ ِة الّ ِذيْنَ لَيْسَ َلهُ ْم َلقْبٌ ُي ْع َرفُ ْونَ ِبه‬
.ّ‫ضي‬
ِ ِ‫قَدَرِيّ َولَرَاف‬
“Ahlu Sunnah adalah mereka yang tidak memiliki
gelaran tertentu yang mereka dikenali dengan
gelaran tersebut. Mereka bukan Jahmiyah, bukan
Qadariyah dan bukan Rafidhah”. 194

193. Lihat: ‫ منهج اهل السنة والماعة ومنهج الشاعرة ف توحيد ال تعال‬Juz 1
Hlm.23.
194 . Lihat: ‫ النتقاء‬hlm. 35. Ibn Abdil Barr.

134
Selain yang bermanhaj Salaf, mereka adalah Ahli
Bid’ah. Keterangan ini diambil dari athar Ibn Abbas
apabila menafsirkan Firman Allah: 195

.ٌ‫يَوْمَ َتبْيَضّ ُوجُ ْو ٌه وَتَسْ َودّ ُوجُوْه‬


"Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang putih
berseri dan ada pula muka yang hitam muram". 196

Menurut Ibn Abbas radiallahu ‘anhu:

"Orang yang putih berseri mukanya ialah Ahli


Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang
hitam muram mukanya ialah ahli bid'ah atau
orang yang sesat". 197

Dan sesiapa yang meninggalkan manhaj Salaf as-


Soleh adalah firqah yang terkeluar dari Ahli Sunnah wal-
Jamaah kerana Rasulullah bersabda:

195. Lihat: 1/23 ‫منهج اهل السنة والماعة ومنهج الشاعرة ف توحيد ال تعال‬.
196 . Ali-Imran, 3:106.
197. Ibid.

135
ِ‫جّنة‬
َ ْ‫َلَتفَْت ِر َق ّن ُامِّتيْ َعلَى ثَلَثِ َوسَ ْب ِع ْينَ ِف ْر َقةً وَاحِ َدةٌ فِى ال‬
: َ‫ َمنْ هُمْ ؟ قَال‬: َ‫ ِقيْل‬. ِ‫وَثِ ْنتَانِ َوسَ ْب ُعوْنَ فِى النّار‬
.‫َالْجَمَاعَة‬
“Akan berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya
satu ke syurga dan 72 ke neraka. Baginda
ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Al-
Jamaah". 198

Dalil yang menjelaskan hanya yang berpegang


kepada al-Quran, as-Sunnah, athar dan bermanhaj Salaf
as-Soleh berhak dinamakan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang
berdasarkan hadis:
.ْ‫مَا َانَا عَلَ ْيهِ اْليَوْمَ وَاَصْحَابِي‬
"(Al-Jamaah) ialah sesiapa yang seperti aku hari
ini dan para sahabatku". 199

Diperintahkan agar bermanhaj akidah dan amal


seperti manhajnya para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-
198. H/R Ibn Majah (2/1322). Hadis ini disahihkan oleh al-Haitimi
dalam (‫)الزوائد‬. Disahihkan juga oleh al-Iraqi di dalam kitab
(‫)تلخيص الحياء‬ .
199. Lihat: H/R Turmizi. (240-7/399( )‫)تفة الحوذى‬.

136
tabi’in kerana mereka para salaf yang wajib diikuti
manhajnya. Firman Allah:

َ‫وَ ُكوْنُوْا مَعَ الصّا ِد ِقيْن‬


"Hendaklah kamu bersama orang-orang
siddiqin". 200

Yang dimaksudkan syuhada, solehin dan siddiqin


adalah para sahabat kerana mereka adalah golongan Salaf
sebenar. Dan bermanhaj Salaf adalah suruhan al-Quran.
Firman Allah:
َ‫وَاتّبِعْ سَِب ْيلَ َمنْ اَنَاب‬
"Ikutilah jalan orang-orang yang kembali
kepadaKu". 201

Mereka yang kembali ke jalan Allah tentulah


Rasulullah dan para sahabat kerana mereka mematuhi
firman Allah:

َ‫اِتِّبعُوْا مَا ُاْن ِزلَ اَِل ْيكُمْ ِمنْ َربّكُ ْم وَلَ َتتِّبعُوْا ِمنْ دُوِْنهِ اَوِْليَاء‬
.َ‫قَ ِل ْيلً مَا تَ َذ ّكرُ ْون‬
200. Taha, 20:119.
201 . Luqman, 31:15.

137
"Ikutlah oleh kamu apa yang telah diturunkan
kepadamu dari Tuhanmu, janganlah kamu
mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat
sedikit dari kamu mengambil pelajaran". 202

"Mengikut apa yang telah diturunkan" ialah


kembali kepada wahyu. Wahyu ialah Al-Quran dan
sunnah Rasulullah berdasarkan firman Allah:

‫َومَا َينْ ِطقُ عَ ِن اْلهَوَى اِنْ هُوَ ِا ّل وَ ْحيٌ يُوْحَى‬


"Tiadalah yang diucapkannya itu menurut hawa
nafsunya. Ucapannya itu wahyu yang
diwahyukan". 203

“Adapun syiar Ahli Sunnah wal-Jamaah itu ialah


mengikuti (manhaj) Salaf as-Soleh dan
meninggalkan segala bentuk bid’ah serta perkara-
perkara baru yang dimasukkan ke dalam agama”. 204

202 . Al-Araf, 7:3.


203 . An-Najm. 54:3-4.
204 . Lihat: 1/364 ‫الجة ف البيان الحجة‬. Al-Asbahani.

138
SUNNAH LAWANNYA BID'AH

Pencinta bid'ah (ٌ‫ )مُبْتَدِع‬tidak dinamakan Ahli Sunnah


kerana sunnah berlawanan dengan bid’ah. Ahli Sunnah
sentiasa menjauhi perbuatan bid'ah. Syeikh Abdul
Rahman As-Su'di berkata:

َ‫سكُوْابِمَاكَان‬
ّ ‫فَاَهْ ُل السّنّ ِة السّالِمُوْنَ ِمنَ اْلبِدْ َعةِ الّذِيْنَ تَ َم‬
‫صحَابه فِى اْلُصُوْلِ ُكلّهَا‬
ْ َ‫صلّى الُ عَ َل ْي ِه وَ َسلّمَ َوا‬
َ ّ‫َعلَ ْيهِ النِّبي‬
"Ahli Sunnah ialah mereka yang menyelamatkan
diri mereka dari bid'ah, mereka benar-benar
bepegang dengan apa yang ada (dicontohkan) pada
Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat
dalam keseluruhan perkara pokok". 205

، ِ‫صمْتُمْ ِبه‬
َ َ‫َترَكْتُ فِ ْيكُمْ َا ْم َريْنِ مَا لَنْ تَضِلّ َبعْ َد ُه ِانْ ا ْعت‬
ِ‫ِكتَابَ الِ َوسُنّةَ َرسُ ْوِله‬
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, tidak akan sesat buat selama-lamanya
205. Lihat: ‫ الفتاوى السعدية‬hlm. 63. Abdul Rahman an-Nasr as-Su'di.

139
selagi berpegang dengan keduanya iaitu Kitab
Allah dan sunnah RasulNya". 206

Menurut Ibnu Taimiyah rahimahullah, sunnah


sentiasa berlawanan dengan bid’ah dan memerangi ahli
bid’ah adalah jihad:

.‫اَنّ الرّادَ َعلَى اَهْلِ اْلبِ َدعِ مُجَاهِد‬


“Sesungguhnya menentang Ahli Bid’ah adalah
suatu jihad”. 207

Berkata salah seorang dari imam Salaf Yahya bin


Yahya rahimahullah:

ِ‫جهَاد‬
ِ ْ‫اَلذّبّ عَ ِن السّنّ ِة َافْضَلُ ِمنَ ال‬
“Membela (mempertahankan) sunnah lebih mulia
dari berjihad”. 208

Menurut ahli ilmu, sunnah lawannya bid'ah dan


jamaah lawannya firqah (perpecahan). Lahirnya gelaran

206. H/R Muslim 2137 Al-Haj. Abu Daud 1628 Al-Manasik. Ibn
Majah 3060 al-Manasik.
207. Lihat: 4/13 ‫مموع الفتاوي‬. Dan rujuk: ‫ الرد على الرد الخلف‬Hlm. 39.

Syeikh Bakr.
208 . Ibid.

140
ahli Sunnah wal-Jamaah lantaran munculnya ahli Ahwa . 209

Mereka dikenali sebagai ahli bid'ah (mubtadi’), “Pembuat


Bid’ah” . Penentangan ahli sunnah terhadap ahli bid'ah
bermula sejak kelahiran ahli bid'ah dan tidak pernah
berkesudahan sehinggalah ke hari ini. Ahli bid’ah adalah
firqah yang berpecah. Hal ini telah dijelaskan oleh
Rasulullah:

ٍ‫اِنّ اَهْ َل الْ ِكتَابِ ِافَْت َرقُوْا فِى ِدْيِنهِمْ َعلَى ِثنْتَيْنِ وَ َس ْب ِع ْينَ ِم ّلة‬
‫ث وَ َس ْبعِيْنَ مِ ّلةٍ َكلّهَا فِى‬
ِ َ‫وَِانّ هَذِ ِه ْا ُل ّمةِ سََت ْفَترِقُ َعلَى َثل‬
.‫جمَاعَة‬
َ ْ‫النّارِ اِلّ وَاحِدَة وَهِيَ ال‬
"Sesungguhnya Ahli Kitab berpecah dalam agama
mereka kepada 72 millah. Sesungguhnya umat ini
akan berpecah kepada 73 millah semuanya ke
neraka kecuali yang satu iaitu al-Jamaah. 210

َ‫لثِ َوسَ ْبعِيْن‬


َ َ‫ق ُامِّتيْ عَلَى ث‬
ْ ِ‫ وََت ْفتَر‬: ‫َعنْ َعبْدِ الِ بْنِ عَمْرُو‬
ِ‫ مَا اَنَا َع َل ْيه‬: ً‫ كَّلهَا فِى النّارِ ِا ّل ِم ّلةً وَاحِدَة‬، ً‫مِ ّلة‬
.ْ‫صحَاِبي‬
ْ َ‫وَا‬
209. Lihat: 1/24 ‫اهل السنة والماعة ومنهج الشاعرة ف توحيد ال تعال‬. Khalid
Abdul Latif.
210. H/R Ibn Majah (2/1322). Ibn Abi 'Asim dalam Sunnah hlm. 32.

141
"Dari Abdullah bin 'Amr: Berpecah umatku
kepada 73 perpecahan semuanya ke neraka kecuali
millah yang satu iaitu sesiapa yang sepertiku dan
para sahabatku". 211

.ِ‫سَتقِم قَوْلٌ وَعَمَلٌ ِا ّل بِمُوَا َفقَِت ِه السّنّة‬


ْ َ‫لَي‬
"Tidak akan lurus (betul) perkataan dan amalan
kecuali setelah perkataan dan amal tersebut
menepati as-Sunnah". 212

Adalah wajib mengikut manhaj Rasulullah


sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam berakidah dan ibadah.
Allah berfirman:

‫سَنةٌ لِمَنْ كَا َن َي ْرجُوْا‬


َ َ‫َلقَدْ كَانَ َلكُمْ فِى َرسُوْلِ الِ اُسْ َوةٌ ح‬
.‫ل وَالْيَوْمَ ْالَ ِخرَ َوذَ َكرَ الَ َكثِ ْيرًا‬
َ‫ا‬
"Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri
teladan yang baik bagimu, bagi orang yang

211. Lihat: 340-7/399( ‫)تفة الحوذى‬.


212. Lihat: ‫ تلبيس ابليس‬hlm 9. Ibn Qaiyim. Az-Zahabi ‫مقدمة الرح‬
1/122( ‫)والتعديل‬.

142
mengharapkan (rahmat) Allah dan Hari Kiamat
dan dia banyak menyebut Allah". 213

Maka sunnah hanyalah apa yang disunnah oleh


Allah Azza wa-Jalla dan yang disunnahkan oleh
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Terimalah apa
yang telah dikatakan oleh Umar Ibn al-Khattab radiallahu
‘anhu:

ِ‫ل ّمة‬
ُ ‫ظ ال ّراْي سُنّة ِل‬
ّ َ‫جعَلُوْا ح‬
ْ ‫اَلسّّنةُ مَا َسّنهُ الُ وَ َرسُوُْلهُ لَ َت‬
“Sunnah itu, apa saja yang disunnah oleh Allah
dan RasulNya, janganlah kamu menjadikan buah
fikiran sebagai sunnah untuk ummah”. 214

BAHAYANYA
AHLI BID’AH

Para ulama Salaf as-Soleh sentiasa menasihati dan


mengingatkan agar orang-orang yang beriman menjauhi
Ahli bid’ah. Para a’immah (imam-imam) Salaf as-Soleh
213 . Al-Ahzab, 33:21.
214 . Lihat: 1/102 ‫العتصام‬. Asy-Syatibi.

143
seperti para sahabat terutamanya Abu Bakr, Umar,
Uthman, Ali, Ibnu Masoud, Abi Musa al-Asy’ari, Ibnu
Abbas, Ibnu Umar, Aisyah, Asma binti Abi Bakr dan
selain mereka. Kemudian selepas mereka seperti Abul
‘Aliyah, Ibnu Sirin, Ibnu Musaiyib, ‘Ata, Mujahid, Hasan
al-Basri, Umar bin Abdulaziz, Auzaii, Ayub as-Sakhtiani,
Thabin al-Banani, Ibnu ‘Aun, Ibrahim bin Adham, Ibnul
Mubarak, Malik, Abi Hanifah, Syafie, Az-Zuhri, As-
Syabii dan selain mereka. Diikuti juga oleh Imam Ibnu
Taimiyah serta anak muridnya yang semua mereka telah
mengharamkan orang-orang beriman dari mempercayai
Ahli Bid’ah, memujinya, menyanjungnya dan diharamkan
dari bermajlis dengan mereka kerana ada sebuah athar
yang mereka gigit dan pegang dengan kuat:

‫ وَوُكّلَ اِلَى‬، ‫صمَة‬


ْ ِ‫مَنْ جَلَسَ صَاحِبَ بِدْ َعةٍ ُن ِزعَت مِ ْنهُ اْلع‬
ِ‫ َومَنْ َمشَى ِالَى صَاحِبِ بِدْ َعةٍ َمشَى اِلَى هَدْم‬، ِ‫سه‬
ِ ْ‫َنف‬
.ِ‫اْ ِلسْلَم‬
“Barangsiapa yang bermajlis dengan ahli bid’ah,
tercabut dari dirinya keamanan dan diserahkan
pada dirinya sendiri dan barangsiapa yang
berjalan menemani ahli bid’ah bererti berjalan
untuk menghancurkan Islam”. 215

215 . Lihat: Al-I’tisam. 1/107. Asy-Syatibi.

144
‫ فَِاذَا‬، ِ‫لَيْسَ فِى الدّْنيَا ُم ْبتَ ِدعٌ اِلّ وَهُوَ يَ ْبغَضُ اَهْلَ اْلحَدِيْث‬
.ِ‫اْبتَدَعَ ال ّرجُ ُل َن َزعَ َحلَ َوةَ اْلحَدِيْثِ ِمنْ قَلِْبه‬
“Tiada di dunia seorang pelaku bid’ah kecuali
membenci Ahli Hadis maka apabila seorang lelaki
melakukan bid’ah (dengan membenci Ahli Hadis),
dicabut kemanisan hadis dari hatinya”. 216

PRINSIP DAKWAH
PARA SALAF AS-SOLEH

Sesungguhnya para Nabi dan para Rasul


memulakan dan menyebukkan diri mereka dengan
mengajak manusia kepada tauhid. Menyeru mereka untuk
beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan semua
jenis bid’ah dan kesyirikan. Allah berfirman:

ّ‫َومَا اَ ْرسَلْنَا مِ ْن َق ْبلِكَ مِنْ ّرسُ ْو ٍل ِا ّل نُوْ ِح ْي ِالَ ْيهِ اَّنهُ لَِاَل َه ِال‬
.ْ‫اَنَا فَا ْعبُدُوِْني‬
216.Lihat: ‫ شرف اصحاب الديث‬Ini adalah perkataan al-Hafiz Ahmad bin
Sanan al-Qattan Abu Ja’far al-Wasiti. Dia seorang Ahli Hadis, melahirkan
pakar hadis yang enam orang kecuali at-Turmizi. Wafat pada tahun 258H.

145
“Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun
sebelum kamu melainkan Kami wahyukan
kepadanya bahawa tidak ada Tuhan (yang hak)
melainkan Aku maka sembahlah olehmu akan
Aku”. 217

Para Nabi dan para Rasul sentiasa menyebukkan


diri mereka untuk mengenalkan umat tentang nama-nama,
sifat-sifat serta kekuasaan Allah. Mereka berusaha supaya
manusia menuju ke jalan tauhid yang sebenar iaitu hanya
menyembah Allah, supaya sekalian manusia tahu bahawa
mereka dijadikan adalah untuk beribadah hanya kepada
Allah Azza wa-Jalla semata yang tidak boleh disekutukan
dengan makhlukNya. Allah berfirman:

.ِ‫ج ّن وَاْ ِلنْسَ اِلّ لَِي ْعبُدُوْن‬


ِ ْ‫ت ال‬
ُ ‫َومَا خَ َل ْق‬
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka menyembahKu”. 218

Seterusnya, matlamat dan tugas para Nabi dan


Rasul ialah memberi khabar gembira kepada sesiapa yang
mengimani tauhid uluhiyah, tauhid rububiyah dan tauhid
asma’ wa-sifat. Hanya para Nabi dan Rasul yang paling

217 . Al-Anbiya. 21:25.


218 . Az-Zariyat. 51:56.

146
benar dalam menyampaikan khabar yang menakutkan
kepada manusia iaitu berita tentang azab api neraka yang
amat pedih jika mereka mengingkari nama-nama, sifat-
sifat dan tidak mentauhidkan Allah Azza wa-Jalla. Para
Nabi dan Rasul membimbing (mentarbiyah) dan
membersihkan akidah (mentasfiyah) dengan membawa
mereka untuk mengibadahi hanya Allah dan mentaati
Rasulullah yang membawa utusan dari Allah.
Sumber bertalaqi (mendapat ilmu) akidah yang
benar bagi para Ahli Sunnah wa-Jamaah yang bermanhaj
Salaf as-Soleh ialah: Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak
Salaf kerana hanya dari sini sahaja sumber pengambilan
ilmu agama Islam yang paling selamat.

Apabila mereka berikhtilaf, para Salaf akan


memahamkan dan menyelesaikannya dengan
membawakan hujjah. Sama ada dalam hal-hal yang
berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak dan selainnya.

Bagi para Salaf as-Soleh, persoalan akidah dan


ibadah adalah persoalan tauqifiyah, tidak dibenarkan
mengambilnya dari sumber yang bukan wahyu,
terutamanya akidah kerana akidah adalah persoalan
wahyu yang tidak boleh dicabuli oleh akal dan pendapat.

Sesiapa yang cuba menyelesaikan persoalan syara


melalaui jalan yang bukan dari wahyu maka ia telah
melakukan pembohongan atau penipuan kerana ia

147
memperkatakan tentang Allah tanpa ilmu dariNya.
Tambahan pula terdapat sebuah hadis yang menjelaskan:

‫ وَعَ َل ْينَا‬، ‫وَ َعلَى ال ّرسُ ْولِ الِ صَلّى الُ عَلَ ْيهِ َوسَلّ َم الَْبلَغ‬
.ِ‫سلِيْم‬
ْ ّ‫الت‬
“Kewajipan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam menyampaikan dan atas kita menerima”. 219

Para sahabat, imam-imam tabi’in dan orang-orang


yang mengikut jejak mereka daripada ulama hadis, mereka
semua sentiasa dalam petunjuk iktiqad yang selamat
lantaran mereka hanya menerima (mengambil) akidah dari
Rasulullah, itulah yang dikatakan ‫“ سبيل الؤمني‬Jalan atau
manhajnya orang-orang Salaf yang paling beriman”
sehingga Al-Auzaii rahimahullah berkata:

ُ‫ َواِيّاكَ وَ َراْي‬، ‫ف وَاِنْ َرفَضَكَ النّاس‬


َ َ‫َعلَيْكَ بَآثَارِ َمنْ َسل‬
.ِ‫ال ّرجَال وَِانْ ُز ْخ ُرفُوْهُ لَكَ بِاْلقَوْل‬
“Hendaklah kamu mengikut athar Salaf sekalipun
engkau disingkir oleh manusia. Tinggalkanlah
pendapat seseorang sekalipun membawa kata-kata
yang mempersonakan”. 220

219 . H/R Bukhari. Kitab at-Tauhid. Bab 46. Fathul Bari. 13/508.
220 . Lihat: Tarikh al-Islam. Hlm. 141 Oleh Az-Zahabi.

148
Hanya Allah pemberi hidayah. Dan semoga
selawat dan salam terlimpah ke atas Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam serta seluruh keluarga dan
sahabat baginda.

Penekanan dan pengakuan sebagai Ahli Sunnah


wal-Jamaah amat diambil kira oleh majoriti umat Islam
sekarang. Namun memahamkan peri pentingnya
bermanhaj Salaf as-Soleh amat sedikit diperkatakan.
Apakah ini berlaku bersebab dari terkeluarnya mereka dari
manhaj Salaf atau perbuatan, akidah, ibadah dan akhlak

149
mereka tidak menepati piawaiyan Salaf, malah
bertentangan dengan kehendak Salaf? Atau juga mereka
tidak mengetahui apa itu manhaj Salaf dari segi bahasa
dan syara.
Buku ini mengupas, membincang dan menjelaskan
pengertian apa itu manhaj Salaf secara ilmiyah. Semoga
ianya menjadi panduan kepada pembaca budiman demi
memahami persoalan “Manhaj Salaf” yang sebenarnya.

150
MANHAJ
SALAF
AKIDAH
SALAF
OLEH:
RASUL BIN DAHRI

151

Anda mungkin juga menyukai