Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

TARIKH MASA

: 19 MAC 2013 : 7.00 PAGI 8.00 PAGI

MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA KELAS BILANGAN MURID TEMA TAJUK : 2 TEKUN : 45 ORANG : JIRAN SEPAKAT : JIRAN AH SENG

FOKUS UTAMA STANDARD KANDUNGAN : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

STANDARD PEMBELAJARAN : 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk. FOKUS SAMPINGAN STANDARD KANDUNGAN : 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.

STANDARD PEMBELAJARAN : 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk menyatakan maklumat mengikut urutan dengan betul. OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang didengar dengan tepat menggunakan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 2. Membaca dan memahami maklumat tersurat daripada teks Sepakat Membawa Berkat 3. Murid menyenaraikan tiga kata hubung dan membina dua ayat majmuk.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM : Nilai : Tolong-menolong, kerjasama, semangat kejiranan. Keusahawanan : TMK: Komputer riba, LCD.

BAHAN / ALAT BANTU MENGAJAR : lembaran kerja, power point, LCD, teks petikan, video, kad kata hubung.

STRATEGI PRNGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Langkah/ masa Set Induksi (5 minit) Aktiviti Guru menayangkan video . Soalan : Apakah yang kamu faham tentang jiran? Siapakah nama jiran anda? Apakah yang anda sering lakukan bersama jiran anda? Pengisian Kurikulum Guru menunjukkan video bertajuk Semangat Kejiranan kepada murid-murid. Guru mengajukan beberapa soalan kepada murid tentang jiran. Catatan Lampiran 1. BBM : Video Semangat Kejiranan. EMK : Nilai : semangat perpaduan, keyakinan diri. TMK : Tayangan video Semangat Kejiranan. Elemen Bernilai Tambah : Kecerdasan Pelbagai : Intepersonal Kemahiran Berfikir : Menjana Idea. Langkah 1 (12 minit) Tayangan video tentang Jiran Ah Seng. Menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam video. Guru menayangkan video bertajuk Jiran Ah Seng kepada murid. Guru memilih murid untuk menceritakan semula tentang video Jiran Ah Seng dengan menggunakan ayat majmuk. Guru mengarahkan murid menyenaraikan nilai murni yang terdapat di dalam Lampiran 2. BBM : Video Jiran Ah Seng. EMK : Nilai : Keyakinan diri, semangat perpaduan, hormat-menghormati. TMK: Video Jiran Ah Seng.

tayangan video Jiran Ah Seng di papan tulis.

Elemen Bernilai Tambah : BCB : Mendengar dengan berkesan. Kecerdasan Pelbagai : verbal-linguistik Kemahiran Berfikir: Mengelaskan.

Langkah 2 (12 minit)

Teks cerita bertajuk Sepakat Membawa Berkat. Baca, faham dan menyenaraikan kata hubung di dalam teks.

Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan. Guru mengedarkan teks cerita bertajuk Sepakat Membawa Berkat kepada murid. Murid diarahkan untuk membaca teks berkenaan dengan kuat dan menggunakan intonasi yang betul. Guru mengarahkan murid menyenaraikan idea utama yang terdapat di dalam teks mengikut kumpulan masing-masing. Murid membentangkan idea utama yang telah dibincangkan dlaam kumpulan. Guru mengarahkan murid meneliti teks cerita Sepakat Membawa Berkat. Guru mengarahkan murid menyenaraikan kata hubung yang terdapat di dalam teks berkenaan. Murid diarahkan menulis kata hubung yang telah disenaraikan dari teks tersebut di papan tulis.

Lampiran 3. BBM : Teks cerita Sepakat Membawa Berkat. EMK : Nilai : Tolongmenolong, bekerjasama. Elemen Bernilai Tambah : BCB: Bacaan Intensif. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, verballinguistik. Kemahiran Berfikir : Mengenal pasti, Menjana idea. BBM : Teks cerita Sepakat Membawa Berkat. EMK : Nilai : Kerjasama, keyakinan diri. Elemen Bernilai Tambah : Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal. Kemahiran Berfikir : Menjana idea.

Langkah 3 (10 minit)

Guru menggunakan teks cerita Sepakat Membawa Berkat. Guru mengarahkan murid mengeluarkan kata hubung yang terdapat dalam teks berkenaan.

Langkah 4 (10 minit)

Kad Kata Hubung : Dan Atau Kecuali Tetapi Sambil Lalu Soalan bebentuk kuiz : Guru menunjukkan dua ayat tunggal. Murid memberikan jawapan menggunakan kad Kata Hubung.

Guru membahagikan murid dalam enam kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu set kad kata hubung. Guru akan memaparkan dua ayat tunggal kepada semua kumpulan melalui power point sebagai soalan. Murid akan menjawab soalan tersebut dengan mengangkat kad Kata Hubung yang sesuai untuk menggabungkan dua ayat tunggal tersebut menjadi satu ayat majmuk.

Lampiran 4. BBM : Kad Kata Hubung, power point. EMK : Nilai : Kerjasama, keyakinan diri. TMK : Power Point. Elemen Bernilai Tambah : Kretiviti dan inovasi : Membina ayat majmuk daripada kata hubung. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal. Kemahiran Berfikir : Menjana idea. Lampiran 5. BBM : Lembaran kerja. EMK : Nilai : Kejujuran Elemen Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir : Menjana idea.

Langkah 5 (8 minit)

Lembaran kerja Pengayaan dan pemulihan.

Latihan pengayaan : Guru memberikan lembaran kerja untuk mengayakan lagi ilmu yang diperoleh.

Penutup (3 minit)

Guru mengakhiri pengajaran dengan menggunakan penutup kognitif.

Guru akan menyoal kepadamurid tentang apa yang mereka faham tentang pelajaran pada hari tersebut. Guru membuat kesimpulan dan memberikan nasihat kepada murid untuk hidup dalam keadaan harmoni bersama jiran.

EMK : Nilai : Hormatmenghormati, Kasih sayang. Elemen Bernilai Tambah : Kecerdasan pelbagai : interersonal .

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

REFLEKSI:___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________