Anda di halaman 1dari 2

Keburukan keburukan makanan segera Pada era globalisasi ini,makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat

tempatan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Makanan segera sebenarnya kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang serta mendatangkan kesan negatif . makanan segera banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate yang membahayakan kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang.Lantas,jika makanan ini diamalkan secara berterusan akan mendatangkan pelbagai penyakit terutamanya penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

Selain itu, masalah komplikasi obesiti telah menjadi satu sindrom baru masyarakat kita yang dikatakan berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi.Justeru, masalah kolestrol akan berleluasa. Lantas kita perlu mengelakkan amalan buruk ini daripada berterusan kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kajian oleh pakar pemakanan menunjukkan bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak. Hal ini demikian kerana otak manusia memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa yang boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan.Ironinya ,otak menjadi lembab, daya ingatan semakin kurang dan sukar melakukan aktiviti harian dengan baik. Lantas kita perlu mengurangkan pengambilan makanan ini dalam kehidupan kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Konklusinya, kita mesti menitiberatkan kesihatan diri. Amalkan gaya hidup sihat kerana badan cergas, otak cerdas. Kuatkan iman, teguhkan pendirian untuk melawan hawa nafsu yang selalu tergoda dengan keenakan makanan segera.