Anda di halaman 1dari 1

1.0 PENGENALAN 1.1 Sejarah alat muzik melayu tradisional.

Malaysia sememangnya terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang kaum. Keterbilangan inilah sebenarnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik berbanding negara-negara lain di asia tenggara. Selain kaya dengan kepelbagaian adat berbilang kaum, Malaysia juga terkenal dengan budaya seni warisan tradisi yang diwarisi dari generasi ke generasi. Instrumen-instrumen muzik tradisional Melayu dipengaruhi faktor sejarahnya. Hal ini kerana dapat dilihat melalui nilai kesenian alat-alat muzik tradisional tersebut yang memiliki unsur sejarahnya yang tersendiri. Selain daripada itu, ianya turut berfungsi sebagai medium pengenalan sesebuah komuniti masyarakat tertentu. Sebagai contoh, alat muzik gambus yang datang dari semenanjung tanah arab mula diperkenalkan di tanah melayu sewaktu kedatangan islam. Kemudian instrumen ini digunakan dalam tarian zapin dan muzik ghazal yang juga secara tidak langsung menjadi identiti masyarakat melayu khususnya di Johor atau Riau sewaktu mula-mula kedatangan islam. Manakala, alat muzik seperti sape merupakan alatan muzik yang mewakili etnik peribumi di Sarawak. Hal ini kerana, sape merupakan alat muzik yang sering kali diguna pakai dalam tarian ngajat dan jatun julud yang hanya terdapat di Sarawak sahaja. Begitu juga bagi instrumen bertali yang lain iaitu rebab yang sangat terkenal dengan petikan talinya dalam persembahan makyung. Rebab sangat terkenal dalam kalangan masyarakat melayu khususnya di Kelantan. Disebabkan Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum, terdapat juga alatan muzik bertali tradisional bagi kaum lain seperti er-hu. Er-hu merupakan instrumen muzik yang sangat popular dalam kalangan masyarakat cina di seluruh dunia. Hal ini kerana, instrumen ini telah berkembang dari zaman Dinasti Song. Penggunaan er-hu dalam persembahan opera cina dan persembahan solo merupakan suatu perlambangan bagi masyarakat cina itu sendiri. Dari sudut sejarahnya, keunikkan alat-alat muzik tradisional ini datangnya dari rumpun yang berbeza. Namun, kejituannya dalam masyarakat kita khasnya, dapat dilihat dengan jelas apabila instrumen-instrumen muzik ini bukan sekadar dicipta sebagai hiburan semata, tetapi terdapat falsafah dan sifat unggulnya di situ yang ditinggalkan oleh ancestor terdahulu agar dapat dikaji oleh generasi marcapada dan yang mendatang.