Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Nama : Hasniza binti Abdul Hamid No Kad Pengenalan : 750419-08-5158 Program : PPG Sains 2 Jun 2011 Subjek : SCE 3107 Ekosistem dan Biodiversiti

Sepanjang melaksanakan tugasan projek Ekosistem dan Biodiversiti ini,saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru pada masa hadapan. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama ahli kumpulan dan rakan-rakan sekelas yang lain, saya bukan sahaja mendapat maklumat yang cukup, malah saya juga mendapati bahawa topik ini sangat menarik dan memberikan pelbagai informasi yang berguna kepada kami sebagai bakal guru satu hari nanti. Setelah membaca kesemua maklumat yang telah diperolehi, saya telah dapat memahami mengapa perlunya kita mempelajari kepelbagaian biologi. Ia hanya boleh difahami apabila kita memahami biodiversiti dan betapa besarnya peranannya kepada manusia serta nilainya kepada keseimbangan alam. Pengajaran yang turut saya perolehi daripada tugasan biodiversiti kali ini ialah kita sebagai salah satu hidupan didalam ekosistem biodiversiti perlu bekerjasama dengan alam sekeliling untuk menjaga keseimbangannya. Terlalu banyak nikmat yang kita dapat daripada ekosistem biodiversiti dan mengabaikannya adalah satu pembaziran yang kurang disedari oleh masyarakat manusia.Oleh itu, penjagaan dan pemuliharaan biodiversiti adalah jalan terbaik untuk mengekalkan nikmat yang kita masih ada sekarang. Selain itu, melalui sesi pembacaan maklumat yang saya lakukan, saya juga menyedari bahawa pentingnya memelihara ekosistem dan biodiversiti.Melalui pemuliharaan ex situ dan pemuliharaan in situ, spesies yang terancam akan dipelihara untuk menyeimbangkan ekosistem. Hal ini penting agar tidak berlakunya kekacauan dalam siratan makan dan rantai makanan seterusnya dapat menjamin kemandirian spesies hidupan. Oleh itu, kesedaran memeliharadan memulihara haiwan ini adalah perlu diterapkan dalam diri murid sewaktu disekolah nanti. Murid-murid adalah generasi yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti.
1

Oleh itu, selaku bakal guru pada masa hadapan, kita adalah bertanggungjawab dalam menyedarkan dan menerapkan nilai menyayangi alam sekitar dalam diri anak-anak murid. Bagi tugasan amali pula saya telah diamanahkan untuk menjalankan amali mengukur dan membandingkan diversiti spesis iaitu mengkaji menggunakan morphospesies kupukupu yang dikumpul dari tiga pulau iaitu Pulau Talang-Talang, Pulau Sipadan dan Pulau Redang. Kepelbagaian hidupan merangkumi kepelbagaian dalam kalangan spesies, diantara spesies dan ekosistem yang sama atau berbeza. Semua spesies mempunyai peranan dan menyediakan kepentingan dimana kita bergantung kepadanya. Empat binaan asas bagi biodiversiti ialah gen, spesies, habitat dan ekosistem. Pengalaman dan pengetahuan saya perolehi semasa menjalankan amali ialah berpendapat masyarakat setempat masih belum memahami kepentingan memulihara kepelbagaian hidupan dan ekosistem.Oleh itu mereka kurang menghargai usaha-usaha pelbagai pihak untuk memulihara kepelbagaian hidupan ini kerana mereka tidak dapat melihat manfaat disebalik usaha-usaha sedemikian. Sepanjang jaya menyiapkan laporan amali ini saya tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang bekerjasama dengan ahli kumpulan saya. Sikap toleransi dan bekerjasama di antara kami memudahkankami menjalankan aktiviti amali seterusnya dapat menghasikan kerja yang sangat memuaskan. Selain itu, kekerapan berinteraksi bersama rakan-rakan sepanjang aktiviti amali yang dilakukan telah melancarkan penyediaan laporan amali kami. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan laporan amali ini membolehkan kami memperbaiki kelemahan yang ada sebelum penilaian markah dilakukan.Melalui tugasan ini, terdapat kelemahan yang dapat saya kenal pasti dan sudah tentu saya akan usahakan untuk mengatasinya pada masa hadapan. Antara masalah yang saya hadapi ialah kesukaran dalam mencari maklumat bagi tugasan menyediakan esei pendek tentang ekosistem di ladang tebu dan juga nota ringkas tentang amali yang dijalankan yang mana kekurangan buku-buku yang diperlukan di dalam perpustakaan menyebabkan saya mengalami kesukaran dalam memenuhi kehendak arahan dalam tugasan projek yang memerlukan saya mencari maklumat sekurang-kurangnya 4 sumber berbeza. Walaubagaimanapun, saya berjaya mengatasi masalah ini dengan mencari maklumat melalui pencarian jurnal, majalah, pencarian melalui laman sesawang dan melalui suratkhabar online. Akhir sekali, proses terakhir yang telah saya lakukan ialah menyemak semua hasil yang telah disiapkan dengan teliti sebelum melakukan pendokumentasian terhadap
2

tugasan yang telah dilakukan sebelum ini. Saya berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa.

Anda mungkin juga menyukai