Anda di halaman 1dari 3

APLIKASI MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN

PENGARUH MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Sedarkah kita bila wujudnya matematik? Tiada jawapan yang jelas dapat diberikan oleh setiap orang. Setiap orang akan memberikan jawapan yang berbeza jika soalan seperti itu diajukan kepadanya. Tetapi apa yang jelas di sini adalah, matematik mempunyai banyak peranannya dalam kehidupan seharian kita. Tanpa matematik, mungkin kita tidak dapat menikmati hidup yang berteknologi tinggi seperti sekarang. Ada pendapat yang mengatakan bahawa matematik adalah sebagai jalan untuk memodelkan dunia. Manakala ada juga yang berpendapat, aplikasi matematik merupakan isu sosial, dimana matematik digunakan oleh setiap insan dalam kehidupan seharian. Ini boleh disimpulkan bahawa aplikasi matematik sangat diperlukan oleh setiap individu. Oleh itu, kita haruslah pelajari matematik dalam pelbagai bidang, supaya kita dapat menikmati kehidupan d dunia ini. Sebagai contoh, kita boleh mengaplikasikan matematik dalam bidang sukan, ketenteraan, politik, kesenian, dan sebagainya. Sukan

Tennis vs matematik?? Pernahkah anda tahu permainan tennis ada kaitannya dengan matematik? Terdapat pelbagai formula dan model matematik yang digunakan untuk menguasai permainan tennis. Contohnya pengaplikasian vektor, kebarangkalian, arithmetik, model Markov chain dan sebagainya. Segala penerangan lanjut tentang kaitannya akan anda perolehi dalam edisi seterusnya. Ketenteraan

Operational Research (Kajian Penyelidikan)? Apa itu Operational Research (Kajian Penyelidikan)? Operational Research (Kajian Penyelidikan) adalah salah satu cabang matematik. Operational Research (Kajian Penyelidikan) mula wujud sejak awal Perang Dunia ke-2, dimana ia digunakan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah ketenteraan, seperti masalah pengangkutan, penggunaan senjata yang berkesan, menyiasat penyusunan semula bahan-bahan yang musnah dan sebagainya. Tetapi pada zaman sekarang ini, penggunaan Operational Research (Kajian Penyelidikan) telah meluas pada bidang cari gali sumber bumi, kawalan barangan import dan eksport, organisasi produk input dan output bagi syarikat serta banyak lagi. Operational Research (Kajian Penyelidikan) semakin meluas kerana penggunaannya yang berkesan dan bersistem, iaitu mempunyai pelbagai langkah serta kaedah.

Kesenian Pernahkah anda fikir bahawa kesenian adalah subset kepada matematik? Mengapa dan dimana bukti bahawa kesenian itu merupakan subset kepada matematik? Hakikatnya wujud hasil-hasil seni yang terbina daripada matematik.Contohnya seni bina, seni lukis dan lain-lain. Seni bina :

Seni lukis :

http://khairulsyafiqsuhaimi.wordpress.com/matematik-aplikasinya-dalam-kehidupan/

KHaiRuL SyaFIq SuhAimI

Definisi Matematik dan Tokoh Matematk


Definisi Matematik

Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengankosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahliahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiomdan takrif-takrif yang sesuai.

Pengetahuan dan penggunaan matematik asas sentiasa berada di dalam bahagian sedia ada dan penting bagi kehidupan individu dan kumpulan tertentu . Penghalusan bagi idea-idea asas adalah dapat dilihat purba di teksteks matematik berasal dalam Mesir kuno, Mesopotamia, India Purba, dan China Purba, bertambah dengan ketelitian kemudiannya diperkenalkan oleh Yunani Purba. Setakat ini , pembangunan diteruskan dalam keadaan tidak sangat memberangsangkan sehingga Zaman Pembaharuan pada abad ke-16 di mana inovasi-inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan.