Anda di halaman 1dari 3

Konsep Cahaya

Cahaya (light) adalah satu bentuk tenaga (energy), yang mana ianya boleh merangsang sel peka cahaya dalam retina mata untuk membentuk impuls untuk otak melihat bentuk dan warna objek. Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Ini membentuk rantaian makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai haiwan maun. Haiwan yang makan daging sahaja dikenali sebagai haiwan maging. Haiwan yang makan tumbuhan dan daging dikenali sebagai haiwan maserba. Sifat-sifat cahaya ialah, cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya adalah kita dapat melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam sebuah bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan. Keadaan ini disebut sebagai pantulan cahaya.Kebanyakan objek seperti buku, gambar dan landskap adalah objek yang tidak berkilau serta tidak dapat memancarkan cahayanya sendiri untuk dilihat secara langsung. Ianya hanya dapat dilihat apabila ia memantulkan cahaya daripada matahari atau sumber-sumber cahaya yang lain seperti lampu.

Cermin satah (plane mirror) digunakan untuk memantulkan cahaya. Cermin satah biasanya digunakan di rumah, di dalam kereta dan sebagainya.

Pantulan cahaya.

Sinar cahaya yang menuju ke satah pantulan ( permukaan cermin) pada suatusudut tuju (angle of incidence), i, akan dipantulkan pada suatu sudut pantulan(angle of reflection), r.

Hukum pantulan menyatakan bahawa nilai sudut tuju adalah sama dengan nilai sudut pantulan.

Sudut i = sudut r

Pembentukan imej pada cermin satah adalah disebabkan oleh pantulan cahaya.

Rajah di bawah menunjukkan bagaimana imej suatu objek terbentuk pada cermin satah.

Pembentukan imej pada cermin satah.

Cahaya yang berasal dari titik O dipantulkan pada titik P dan Q sebelum sampai ke mata pemerhati. Sinar R dan S seolah-olah berpunca dari titik I.

Imej yang terbentuk oleh cermin satah mempunyai sifat-sifat berikut: 1. Maya (virtual), iaitu tidak dapat dibentukkan pada skrin. 2. Tegak. 3. Songsang sisi (lateral inversion). 4. Sama saiz dengan objek. 5. Jarak objek di hadapan cermin adalah sama dengan jarak imej di belakang cermin, iaitu u = v.

Pantulan cahaya lebih baik dan teratur pada permukaan yang rata. Pantulan cahaya berselerak pada permukaan yang tidak rata. Dengan itu, cermin dan permukaan air yang jernih serta tenang adalah pemantul cahaya yang baik. Ini membolehkan kita dapat melihat wajah dan badan kita di dalam cermin. Pantulan cahaya bergantung kepada jenis permukaan Pembiasan cahaya menyebabkan penyedut minuman kelihatan bengkok dan lebih besar di dalam air, dan juga dasar kolam kelihatan lebih cetek dari kedalaman sebenarnya. Cahaya yang jatuh pada permukaan yang rata dipantulkan secara teratur dan selari. Cahaya yang jatuh pada permukaan yang tidak rata dipantulkan secara berselerak. Imej dapat dilihat di dalam cermin kerana ada pantulan cahaya. Cahaya yang di pantulkan oleh cermin bergerak ke arah mata kita.

Anda mungkin juga menyukai