Anda di halaman 1dari 1

*Pemikiran Dalam Penulisan Karya Sastera Pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan

pemikiran untuk melahirkan segala yang terlintas di dalam fikirannya ke dalam sesebuah karya. Haluan pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran. Shahnon Ahmad bukan sahaja terkenal kerana novelnya Ranjau Sepanjang Jalan atau kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera, atau kerana beliau seorang sarjana di Universiti Sains Malaysia, tetapi kerana beliau adalah seorang penulis berbakat, serius dan mempunyai falsafahnya sendiri. Shahnon bukan menulis hasil-hasil kesusasteraan hanya untuk bersastera semata- mata, tetapi beliau adalah seorang pencari yang sentiasa mencuba memperbaiki seninya dengan pelbagai gaya dan pendekatan, meneroka ke alam fikiran untuk memperkayakan lagi isi karangannya, dan sentiasa mempertimbangkan falsafahnya sebagai seorang penulis sehingga benar-benar mencapai kebenaran. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan Shahnon dilihat mengetengahkan isu-isu kemiskinan penduduk kampungnya. Sebagai contoh pembawaan watak Jeha dan Lahuma serta keluarganya. Plot novel Ranjau Sepanjang Jalan sangat menarik dimana keadaan padi yang sedang menanti masak tiba-tiba diserang oleh ketam berjuta-juta. Ketam tersebut lantas memusnahkan padi sebendang dan Lahuma menderita ditusuk duri pada kakinya oleh duri nibung hingga menyebabkan kakinya menjadi busuk. Isterinya Jeha telah berkorban jiwa dan raganya untuk merawat penyakit Lahuma yang sangat tenat tersebut.