Anda di halaman 1dari 15

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

GARIS-GARIS BESAR HALUAN PERJUANGAN II: MEMPERTEGAS HADAF, MEMPERKUKUH KHITTAH Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan, Ahli-ahli Majlis Syura Kebangsaan, Pimpinan dan Ahli Jawatankuasa ABIM Peringkat Pusat, Negeri dan Daerah, Ketua-ketua Agensi ABIM, Para petugas Muktamar ke-42, Muktamirin dan Muktamirat. Mewakili saf qiadah ABIM Pusat, saya memanjangkan salam dengan ucapan ahlan wa sahlan dan masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang kita raikan buat kali yang ke-56. Angka 56 itu seharusnya membawa erti yang cukup mendalam dalam mengangkat Karamah Insaniah kerana ia melambangkan satu perjuangan yang diwarisi dari para mursalin. Muktamar kali ke-42 ini menghantar kita ke persada kedewasaan di gelanggang dakwah. Ia bukan sekadar jangka masa atau tempoh beraksi, tetapi juga membawa erti keyakinan dan kepercayaan, keperitan dan kebahagiaan malah kehidupan dan kematian. Telah ramai para aktivis dakwah yang dilahirkan bagi mencorak perubahan, juga ramai yang telah gugur sebagai mujahid dakwah dan tidak kurang juga yang tergelincir di tengah jalan, terkeliru dengan umpan kepalsuan. Dalam meraikan hari kebesaran jamaah kita ini, hati kita terpalit duka yang tidak sedikit, apabila bayangan kesengsaraan umat menjelma di kotak fikiran kita. Kezaliman di luar batasan kewarasan manusia, terpapar pada saudara kita dipelbagai negara. Penderitaan umat di Palestin masih tidak dapat kita padamkan, Rohingya masih terus terseksa, Syria juga terus menangis hiba dan kini Mesir datang menambah keperitan derita. Pertembungan antara kuasa Barat dengan Islam terus berlangsung tanpa terlihat di manakah penghujungnya. Kini keadaan lebih parah apabila kelompok Islamis pula dijadikan sasaran. Satu persatu gerakan rakyat yang bangun dari gelombang al-thawrah syaab, mulai layu, gugur dirobek dendam dan kemarahan Barat. Demi sebuah keangkuhan pertembungan ini dengan sengaja diadakan bagi memastikan dominasi Barat terus berlangsung. Kesediaan ummat untuk menerima demokrasi sebagai pilihan kepada sistem pemerintahan disambut dengan pandangan sinis oleh para pengkaji Barat. Ini dinyatakan sendiri oleh Profesor John L. Esposito:

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

People who believe that secular approaches and a separation of religion and politics are an essential part of democracy argue that Islamist groups only advocate democracy as a tactic to gain political power. Pada mereka Islam sebagai sebuah agama yang tidak mampu untuk memberikan ruang kepada demokrasi seutuhnya. Islam tidak boleh untuk berinteraksi dengan nilai-nilai demokrasi. Kenyataan-kenyataan ini disanggah oleh beberapa pemikir Islam dengan menyatakan bahawa Islam amat menghargai kedudukan manusia sebagai makhluk yang berfikir dan mampu membuat pertimbangan. Amalan syura seperti yang dituntut oleh Islam adalah asas terpenting dalam melaksanakan demokrasi. Dr. Rashid al Ghannoushi misalnya menyatakan: If by democracy is meant the liberal model of government preva iling in the west, a system under which the people freely choose their representatives and leaders, in which there is an alternation of power, as well as all freedoms and human rights for the public, then Muslims will find nothing in their religion to oppose democracy, and it is not in their interests to do so. Demokrasi adalah diperlukan kerana kebaikannya. Ia ada satu set mekanisme bagi warga Muslim untuk memanfaatkan sebaik mungkin darinya bagi mewujudkan semula sistem pemerintahan moden berasaskan shura. Ternyata kelunakan sikap yang ditunjukkan oleh sarjana Islam itu seolah-olah masih belum dapat meyakinkan para penaja demokrasi moden. Tidak cukup dengan itu satu kajian yang dijalankan oleh Gallup Institute berkaitan sikap penduduk di negara-negara muslim berkaitan beberapa perkara yang melibatkan kebebasan bersuara, sumber perundangan negara dan ketua negara, jelas memberikan indikasi bahawa prinsip-prinsip asas demokrasi bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat muslim. Namun adakah demokrasi sahaja yang menyebabkan ketegangan atau penafian hak muslim untuk hidup sebagai manusia yang bertamadun? Bagaimana pula dengan negara-negara yang mengamalkan sistem monarki, menolak sistem berparti yang mendapat layanan yang istimewa dari Amerika Syarikat? Negara seperti ini mendapat bantuan dan perlindungan yang bukan sedikit dari Amerika dan sekutunya. Jelas dari kedudukan ini, demokrasi atau tidak, bukanlah punca umat Islam ditindas sebegini hari ini. Ia lebih kepada satu ancaman terhadap kedudukan Barat dan penguasaan terhadap politik dunia. Faham sekularisme yang mendasari libralisme yang melepas bebas semahunya kedurjanaan hawa nafsu adalah pokok pangkal kepada sengketa ini. Kemahuan Barat yang menaja pengasingan hidup dengan agama terpancar dengan jelas dalam setiap dialog dan wacana anjuran mereka. Terpisahnya manusia dari agama membuka satu ruang untuk manusia dieksploitasi semahunya. Dari ruang ini manusia bagai dipukau untuk memperhambakan dirinya kepada kemahuan manusia. Mereka akan memenuhi masa mereka berkerja dan berkerjaya bagi membeli kehidupan yang penuh dengan kepura-puraan. Bermula dengan makanan yang diseleweng khasiatnya, pakaian

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

yang dikeliru kecantikannya sehinggalah pendidikan yang ditipu kecerdikannya. Ini golongan yang dimahukan oleh Barat agar penindasan dapat diteruskan dengan jayanya. Apabila gema perubahan mula berkumandang, menjadikan seluruh kehidupan seutuhnya demi Allah, mengangkat Rasul sebagai qudwah ikutan, mengisytihar al-Quran sebagai perlembagaan kehidupan, ukhuwah Islamiah sebagai teras penyatuan, maka tindakbalas penentangan mula kelihatan. Kelompok ini yang benar-benar mahukan Islam didaulatkan dalam setiap aspek kehidupan, akan ditindas semahunya. Tidak kira diceruk mana pun, kelibat mereka akan diburu habishabisan. Dalam berhadapan dengan segala cabaran ini, kita perlu untuk mempertegas hadaf (matlamat), membugar kefahaman terhadap matlamat perjuangan, agar khittah (strategi) dapat dilaksana bagi menjayakan misi, mengangkat martabat ummah. Terdapat 5 matlamat khusus seperti yang telah digariskan oleh Dr. Siddiq Fadhil dalam ucapan dasarnya pada Muktamar ABIM ke-11 iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Membina sahsiah (peribadi) Islam Membina usrah (keluarga) Islam Membina ummah (masyarakat) Islam Menegakkan dawlah (negara) Islam Membina khilafah (dunia) Islam

MEMBINA SAHSIAH (PERIBADI) ISLAM Peribadi Islam adalah unit asas bagi pembinaan tamadun ummah. Kita dengan jelas menolak individu yang sekerat ular, sekerat belut. Apatah lagi anglophile yang mengkagumi gaya hidup barat sehingga lupa tempat berdiri. Pembinaan sahsiah Islamiah, adalah satu proses pentarbiyahan yang selengkapnya. Kita mengutarakan penyepaduan setiap unsur manusiawi, dengan segala potensi diri untuk dikembangkan bagi mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat. Keyakinan terhadap kemurnian akidah tidak akan lengkap sekiranya sangsi dengan kesempurnaan cara hidup Islam. Begitu juga keyakinan itu menjadi tidak sempurna jika sangsi terhadap kegemilangan masa depan Islam. Atas tuntutan keimanan jugalah kita melayari lautan perjuangan ini. Tanpa pelayaran ini kita akan tenggelam dalam kealpaan yang merugikan. Dalam menggariskan ciri-ciri ibad alRahman Dr. Yusof al-Qaradhawi, beliau menyimpulkan kehambaan bukan sahaja tunduk dan patuh kepada titah perintah Allah, juga bukan hanya menjauhi segala laranganNya tetapi sifat kehambaan adalah, jiwa yang tertakluk dengan rela, mengakui segala kelemahan diri dan pasrah menerima ketentuanNya.

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

Sifat ini seharusnya mengakar dalam setiap individu yang menamakan diri mereka sebagai daie. Kita tidak mahu penggerak dakwah ini terpesona dengan kejayaan diri dan angkuh mempamer pencapaian peribadi.

Lewat kegagahan Nabi Sulaiman putera Nabi Daud yang tertunduk memandang permaisuri semut seraya berkata : Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan mengerjakan amal saleh yang engkau Redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu yang saleh (Al-Naml: 19). Inilah sosok yang mendepani kejayaan dan kelebihan peribadi dengan sifat yang terpuji, sujud dan insaf ia adalah kurnia Ilahi bukan hak mutlak peribadi. Ia hadir bagi menyempurnakan segala perancangan Rabbani. Sahsiah sebeginilah yang mengakar dalam diri para sahabat yang membenihkan keberanian dan ketangkasan bagi membela setiap sudut kebenaran. Generasi para sahabat adalah generasi teladan sepanjang zaman. Mereka tetap kental walau dipijak derita seksaan tetapi tetap tunduk di puncak menara kejayaan. Mereka dari awal menyahut dengan yakin seruan Rasulullah s.a.w yang menyifatkan kalimah thayyibah sebagai: Aku hanya memanggil kamu semua kepada dua kalimat yang mudah disebut dengan lidah, akan tetapi amat berat dibawa kepada mizan. Peribadi muslim adalah tonggak pembinaan ummah yang kuat dan cemerlang. Peribadi muslim harus berdiri dilapangan amal dengan segala kemahiran, yang kukuh dengan tauhid serta sentiasa berwaspada dengan setiap bisikan yang melonggarkan hubungan dengan Allah.

MEMBINA USRAH (KELUARGA) ISLAM Dalam menyongsong arus kebangkitan ummah, pembinaan keluarga mesti diberikan perhatian yang serius. Statistik menunjukkan perceraian keluarga muslim berlaku bagi setiap 15 minit. Perceraian bukan semata-mata perpisahan antara suami dan isteri, tetapi ia turut mengheret persoalan anak-anak, keadilan bagi para isteri dan suami, perlindungan dan yang lebih menakutkan adalah persoalan akidah.

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

Institusi keluarga turut diserang dari sudut konsep dan falsafahnya. Para pengikut faham liberalisme contohnya, cuba untuk mengenengahkan konsep yang begitu asing yang berteraskan fahaman mereka. Maka gerakan LGBT yang kian agresif dewasa ini semakin berani mengemukakan pandangan mereka yang liar dan menjijikkan. Penglibatan kita dalam gerak kerja sosial menemukan kita dengan pelbagai penyakit masyarakat. Kita boleh menyimpulkan bahawa kelumpuhan institusi keluarga dalam melaksanakan fungsinya akan membawa bencana yang amat buruk kepada masyarakat dan negara. Perjuangan Rasulullah s.a.w amat dekat dengan keluarga. Baginda menyenaraikan sebab musabab bagi seorang perempuan itu dinikahi iaitu, rupa, harta, keturunan dan agamanya. Lalu Rasulullah mencadangkan agar kita cenderung kepada wanita yang beragama. Dari agama lahirlah taqwa yang membenihi rasa kasih dan sayang yang berpaksikan akidah. Maka ini adalah asas pembinaan sebuah keluarga Islam yang bakal melahirkan zuriat pembela agama Allah. Baginda juga dikehendaki mengharungi fitnah bagi memberikan gambaran yang betul berkaitan keluarga Islam. Saranan Baginda agar Zaid bin Harithah menceraikan isterinya Zainab Jahsy lalu disusuli dengan perintah Allah agar Baginda menikahinya diambil kesempatan oleh musuh Islam untuk melemparkan fitnah kepada Baginda. Namun bagi menyempurnakan aturan sebuah risalah Baginda berhadapan fitnah ini dengan kecekalan dan kesabaran. Penglibatan ahli keluarga Baginda dalam pelbagai misi dakwah dengan kerencaman kaedah dan suasana memang tidak boleh dinafikan. Rasulullah membina keluarga yang menjadikan perjuangan sebagai identiti. Keluarga sebagai faktor dorongan, medan perbincangan strategi perjuangan dan tempat berkongsi kesusahan. Kita khuatir dalam hambatan ekonomi yang mampu menghumban kita ke lembah materialistik, keluarga akan menjadi batu penghalang untuk kita gagah melangkah ke medan juang. Kita juga khuatir pengabaian prinsip-prinsip asas keluarga yang berteraskan taqwa mulai menarik kita ke lohong kehancuran keluarga.

MEMBINA UMMAH (MASYARAKAT) ISLAM Konsep asas ummah seperti yang digagaskan oleh Rasulullah lebih seribu tahun dahulu mesti dikembalikan. Penyatuan ummah yang bermula dari perakuan aqidah yang sah, penyatuan fikrah, amal, bahasa, undang-undang dan sebagainya, perlu digerakkan sebaiknya. Ummah yang merangkul gelaran ummat yang terbaik adalah ummat yang membudayakan gerak kerja dakwah dalam segenap aspek kehidupan. Dakwah ini bertitik tolak daripada manifestasi keimanan yang tulen. Ia adalah jelmaan dari sistem nilai yang hakiki dan diyakini dengan sebenar-benarnya.

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

Dakwah dalam ertinya yang bertenaga telah diketengahkan oleh Dr.Siddiq Fadhil sebagai: al-amruna bi l-maruf wa an-nahyu an il-munkar juga harus direncana dan digubah dalam bentuk program penyelesaian kepada masalah-masalah umat dan masyarakat. Gerakan Islam tidak harus selamanya menumpukan hanya kepada nahi munkar dalam bentuk retorika yang ofensif dan provokatif, menggempur dan mendombrak! Memang ada ketikanya nahyi munkar dalam bentuk itulah yang diperlukan. Tetapi pada ketika lain apa yang sangat diperlukan ialah amar makruf dalam bentuk problem solving. Para aktivis gerakan Islam selaku golongan al-amiruna bil-maruf wan-nahuna an il-munkar harus tahu menilai situasi untuk menentukan pendekatan mana yang paling relevan agar mereka tidak menjadi golongan yang hanya pandai meruntuh tetapi tidak tahu membina. Pertembungan idea di pentas-pentas perdebatan menyaksikan Islam berupaya menjadi pemenang yang membanggakan. Namun apabila kita memasuki gelanggang aksi kita tersungkur dek kerana sikap dan strategi bertindak yang longgar. Bagi memastikan kita mampu mengolah ummah menjadi satu jenis kekuatan yang dihormati pihak lawan, keupayaan menterjemah idea adalah satu bentuk usaha amat-amat diperlukan. Jangan kita terperangkap dalam membincangkan aliran-aliran pemikiran semata-mata, tanpa berusaha dengan serius dan mencukupi untuk memperlihatkan kebenaran yang terkandung adalah kebenaran yang memberi rahmat dan nikmat seperti yang diharapkan. Bagi merealisasikan hasrat ini maka oraganisasi dakwah seharusnya tampil menawarkan upaya. Organisasi dakwah seperti ABIM, perlu bersungguh-sungguh mempersiapkan diri mendepani cabaran. Disiplin harakiy dan budaya organisasi yang kompeten seharusnya menjadi tunjang kepada gerak kerja kita. Kita bermula dari cetusan kesedaran untuk menawarkan penyelesaian yang praktikal terhadap segala kemelut permasalahan ummah. Ia mesti diteruskan dengan mempraktikkan budaya merencana, ketekunan melaksana dan sikap yang terbuka dalam melakukan introspeksi. Keupayaan kita menawarkan dan melaksanakan solusi menjadi penentu hayat relevensi kita di tengah kancah pergulatan ummat. Di sinilah letaknya kualiti organisasi bersabung nyawa membela nasib ummat.

MENEGAKKAN DAWLAH (NEGARA) ISLAM Menyonsong konsep dawlah Islamiah, membawa kita meneliti sejarah bermulanya konsep negara bangsa. Seperti pandangan ramai sejarawan, konsep negara bangsa ini timbul lantaran pemisahan negara dari pengaruh Gereja Roman Katholik yang sekaligus memberi ruang kepada negara terbabit, untuk mentadbir dan memutuskan sesuatu perkara dalam wilayah sempadan yang berkaitan.

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

Ia ditandai dengan Treaty of Westphalia pada tahun 1648. Perjanjian itu melahirkan satu pemerintahan bentuk baharu yang mengakhiri pemerintahan berbentuk empayar. Maka lahirlah sebuah negara yang mandiri (national self-determination) yang mempunyai sempadan yang tersendiri. Perkara yang sama juga berlaku kepada Empayar Turki Uthmaniyah pada tahun 1923. Natijahnya lahirlah negara seperti Arab Saudi, Yaman, Mesir, Tunisia dan lain-lain. Kemunculan pelbagai negara ini datang bersama kerencaman sistem pemerintahannya. Muhammad Asad memberikan pandangan bahawa negara Islam (dawlah Islamiah) boleh mengambil pelbagai bentuk asalkan sentiasa berpaksi kepada syariah. Ia seharusnya meletakkan satu kerangka politik yang membina perpaduan dan kerjasama sesama muslim. Ini seperti yang dinyatakan dalam Surah Ali Imran: 103-104:

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayatayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk ( Ali Imran: 103)

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung (Ali Imran: 104) Dari sinilah kita lihat kewajaran apabila Saidina Umar ibnu al-Khatab, tidak merasa canggung apatah lagi rasa bersalah mewujudkan sebuah intitusi pengurusan kewangan yang dikenali sebagai diwan. Beliau juga telah melakukan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran negara.
8

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

Demokrasi adalah salah satu pilihan yang ada. Pilihan ini dilihat sebagai mampu menampung semangat syura seperti yang dituntut syariat. Dr. Yusof al-Qaradhawi mendokong idea ini lalu menggunakan istilah dawlah shuriyyah. Pemuafakatan perlu berlaku dalam semangat dakwah yang mahukan makruf diangkat dan munkar diketepikan. Ia juga seharusnya berupaya menggembleng segala potensi bagi mencapai hasrat maqasid syariah yang semestinya mengejar maslahah ummah dan mengenepikan mafsadah. Kemajmukan budaya, agama dan latar belakang perlu ditangani dengan baik bagi menterjemah pernyataan rahmatan lil a-lamin menjadi kenyataan dalam segenap aspek kehidupan. Seharusnya kemajmukan yang ada di Malaysia ini tidak sepatutnya menghalang kita membina perpaduan dalam masyarakat. Setiap daripada kita ini mengimpikan sebuah negara yang adil, bebas dan setiap kaum juga lapisan masyarakat dapat hidup dengan sejahtera.

MEMBINA KHILAFAH (DUNIA) ISLAM Fenomena Arab Spring telah membuka dimensi baru dalam wacana politik umat Islam. Gelombang ini yang ditanggapi oleh ulama terkenal Dr. Yusof al-Qaradhawi sebagai Thawrah Syaab (Kebangkitan Rakyat), menzahirkan kesedaran umat menuntut Karamah Insaniah mereka dihormati serta tidak dinafikan. Ketika menghuraikan makna di sebalik Karamah Insaniah sepertimana yang dikemukakan menerusi Surah Al-Isra ayat 70, Ibn Ashur, menafsirkan Allah s.w.t telah mengangkat martabat manusia berdasarkan kemampuan akal fikirannya ataupun Karramahum Subhanahu Bi Al-Aql.

Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan mahluk yang telah Kami ciptakan. (Al-Isra:70) Menerusi visi Karamah Insaniah, umat Islam mengenal hakikat Al-Tahririyyah (Pembebasan), Al-Tanwiriyyah (Pencerahan dan Pencerdasan) dan Al-Taghyiriyyah sepertimana yang dikemukakan dalam al-Quran:

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

Dialah yang menurunkan ayat-ayat yang terang (Al-Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad) untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya, Dan sungguh, terhadap kamu Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang (Al-Hadid: 9) Gelombang Kebangkitan Rakyat (Thawrah Syaab) menyaksikan umat bangkit menuntut Karamah Insaniah mereka mereka diperakui. Simboliknya tidak lain tidak bukan, hanyalah semata-mata untuk membuka mencipta masa depan (untuk umat & negara) yang lebih baik. Lantaran itu, Thawrah Syaab telah mengangkat Ikhwan Muslimin (Mesir) serta An-Nahdah (Tunisia) ke puncak kekuasaan Siyasiy. Peranan kedua-dua gerakan tersebut dalam mengangkat dan membela Karamah Insaniah telah diperakui melalui amalan demokrasi yang luhur. Jika dahulu, autoriti gerakan tersebut jelas terserlah dari keupayaan mengetengahkan idea dan gagasan-gagasan pemikiran besar sebagai rujukan untuk umat. Arab Spring mencabar gerakan-gerakan Islam tersebut untuk merealisasikan gagasan pemikiran untuk kebaikan masyarakat seperti di mana Dr. Tariq Ramadhan: The Arab world, and Muslim-majority societies, need not only political uprisings, but also a thorough going intellectual revolution from within that will open the door to economic change; to spiritual, religious, cultural and artistic liberation; and to the empowerment of women. Akan tetapi, tragedi rampasan kuasa tentera dan tragedi Medan Rabiah di Mesir di samping pergolakan terbaru yang sedang dihadapi Rached Ghannouchi (Tunisia), telah membuka wacana baru peranan gerakan Islam dalam politik. Politik telah menyaksikan suara rakyat telah beberapa kali dikhianati pendukung Sekularisme (Kemalisme) di Turki. Begitu juga di Algeria, FIS di bawah pimpinan Abbas Madani dinafikan mandat mereka dengan rampasan kuasa yang turut mengundang campurtangan Perancis. Kita juga tidak harus lupa di Sudan, peranan serta jasa Hassan Turabi dan Ikhwan Muslimin (Sudan) telah dilupakan oleh regim tentera yang dibantu mereka sebelum ini. Kemenangan AKP parti pimpinan Reccep Tayyip Erdogan serta Abdullah Gul telah membuka dimensi baru wacana politik Islami. Dengan demokrasi, golongan Sekularis Kemalisme tegar telah ditewaskan dengan dukungan suara rakyat. Akan tetapi pengajaran dari AKP Turki menunjukkan amalan politik berasaskan demokrasi yang luhur mampu mengangkat martabat umat!

10

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

Atas jalur demokrasi, martabat Turki sebagai Dawlah penaung kekuatan politik Ummah di pentas antarabangsa telah diangkat sekali lagi. Politik memerlukan perancangan dan pengamatan teliti terhadap faktor-faktor sekeliling. Tragedi politik di Mesir dan kemelut di Tunisia menyedarkan kita bahawa evolusi Arab Spring masih belum dituai kebaikannya (kepada rakyat). Perkembangan ini seharusnya dicermati secara mendalam oleh para pendukung ABIM. Keadaan ini seharusnya dimanfaatkan sebagai rujukan serta suri teladan dalam merangka Khittah perjuangan. Sepanjang 42 tahun penubuhannya, ABIM telah meraikan kepelbagaian pengalaman serta pemikiran di peringkat global. Kita sentiasa bersedia untuk belajar daripada pengalaman gerakan-gerakan Islam lain. Dalam hal ini, kita harus merenungi kembali pengajaran yang diketengahkan Al-Hujjurat ayat 13 yang berbunyi:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain. (Al-Hujjurat: 13)

Sepanjang 42 tahun penubuhannya, ABIM telah meraikan kepelbagaian pengalaman serta pemikiran di peringkat global. Natijah daripada itu lahirlah Manhaj Maliziy sebagai Magnum Opus untuk gerakan ini. ABIM sentiasa berlapang dada menerima tunjuk dari pelbagai tokoh serta para intelektual dan golongan ulama yang tidak diragui autoriti keilmuwannya. Akan tetapi ia tidak semestinya menjadikan kita apologetik dan menjadi para pengkagum yang naf terhadap pencapaian orang lain. Sudah sampai detiknya untuk kita mengetengahkan pengalaman serta gagasan pemikiran berasaskan Manhaj Maliziy merentas persada global. Justeru adalah amat penting untuk para penggerak ABIM menganjakkan diri berperanan selaku major global player. Jaringan antarabangsa dirintis serta dikembangkan bukan sahaja untuk memperkayakan citra gerakan serta individu semata. Sebagai major global player, mereka perlu memandu jaringan-jaringan antarabangsa umat Islam agar lebih cakna terhadap perkembangan yang membentuk persekitaran umat.

11

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

Institusi-institusi antarabangsa umat perlu lebih gagah mengangkat suara umat. Sudah tiba masanya untuk institusi-institusi antarabangsa umat melangkaui perbincangan persidangan atau seminar. Para major global player yang dilahirkan ABIM perlu memastikan gagasan kebangkitan umat menjadi realiti. Pendedahan yang diterima para penggerak kita di awal penubuhan ABIM menerusi IIFSO, WAMY, dan kini UNIW serta beberapa institusi antarabangsa, merupakan sumber inspirasi kita untuk merintis kecemerlangan masa depan. Kelantangan Turki dalam membela nasib rakyat Mesir, Syria, Palestin serta Rohingya membuktikan umat Islam mampu tampil sebagai Kuasa Besar bercitra ummatik. Untuk itu, kita perlu membuka ruang untuk meraikan potensi yang ada di kalangan generasi muda Islam. Kader-kader ini perlu dibimbing dan dikembangkan potensinya agar mereka mampu menggalas cabaran serta harapan umat pada masa akan datang. Kita juga perlu memanfaatkan setiap ruang serta mencipta kesempatan berdasarkan persekitaran sosio, politik serta ekonomi kita. Gagasan Rahmatan Lil Alamin hanya mampu direalisasikan menerusi perlaksanaan khittah yang berkesan.

MEMPERKUKUH KHITTAH Khittah yang tepat amat diperlukan bagi memastikan hadaf dapat direalisasikan. Ia juga perlu mempunyai keluwesan agar segala halangan dan gangguan di sepanjang perjalanan menuju hadaf dapat diatasi dengan jayanya. Bagi menjayakan hadaf yang telah digariskan maka kita mengambil 3 strategi utama iaitu: Dalaman Rangkaian Organisasi

Strategi Dalaman Objektif strategi ini adalah bagi membina penggerak-penggerak dakwah yang berkualiti tinggi. Individu yang menggelarkan dirinya sebagai pendakwah seharusnya malu jika tidak dapat hadir program-program asas seperti usrah dan tamrin. Penekanan terhadap kefahaman mengenai dakwah dan harakah perlu disampaikan dalam pelbagai bentuk dan medium. Kefahaman dakwah yang meliputi kepentingan dakwah, konsep dakwah, latar sejarah dan budaya seharusnya menjadi teras perbincangan. Kefahaman mengenai harakah boleh diukur menerusi tindakan, disiplin dan cara bertindak dalam struktur organisasi. Harakah seharusnya mampu untuk memberi ruang berkarya kepada seluruh lapisan masyarakat. Kita bukan organisasi elitis yang dianggotai oleh sekelompok kecil manusia berciri istimewa, tetapi kita adalah gerakan dakwah yang mengakar di tengah-tengah ummah mengangkat suara rakyat sebagai gema keramat.

12

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

Oleh itu seharusnya kita dilengkapi dengan kefahaman mengenai ilmu pengurusan, komunikasi dan disiplin yang tinggi. Denyut nadi jamaah kita ini perlu dirasai dan dikongsi bersama di setiap peringkat. Barulah akan terbina nanti sebuah binaan saling mengukuhkan dan laungan suara yang saling bersahutan. Strategi dalaman ini juga seharusnya meliputi pembinaan keluarga. Kita perlu memberi perhatian yang sewajarnya pada setiap peringkat pembinaan keluarga. Termasuklah di sini persoalan kualiti keluarga yang berdiri dibawahnya soal pendidikan, soal kewangan keluarga, kesihatan keluarga dan sebagainya lagi. Kita mahukan zuriat serta para isteri sebagai penyejuk mata dan digandingkan dengan kepimpinan yang bertaqwa. Inilah hasrat kita yang perlu disambut dengan penuh bersemangat di segenap peringkat. Pengukuhan Rangkaian Pengukuhan rangkaian bukan sekadar menjalin hubungan dengan mengenali nama dan tempat kelahiran. Tetapi ia seharusnya menjangkau kepada sebuah ikatan yang mampu membawa misi kita ke tengah-tengah masyarakat. Penganjuran konferens antarabangsa kali ini, mengisyaratkan bahawa kita mesti mempersiapkan diri sehingga ke peringkat tertinggi. Kini medan aksi kita bukan sekadar di persada nasional tetapi telah terangkat ke lapangan global. Kita berhasrat mewujudkan penggerak-penggerak dakwah yang mampu berfungsi di segenap peringkat. Kita bersama-sama berikrar untuk menjadikan kehadiran kita ini dirasai, diperhitung dan dihormati. Jaringan dakwah kita menyerap ke segenap ceruk kampung dan desa, menyelinap sehingga ke puncak menara. Setiap dari kita harus memperkirakan bahawa setiap posisi itu penting dan bermakna untuk dakwah. Perumpamaan batang tubuh bagi melambangkan kekukuhan ukhuwah Islamiah perlu dihayati sebaiknya. Walau pun gigi itu kecil tetapi jika sakit setiap inci badan akan terjejas dan merana dibuatnya. Tanpa memandang kedudukan tinggi atau rendahnya dalam hierarki jamaah, sepenuh masa atau tidak, exco mahupun petugas jamaah setiap yang jujur dari kita adalah sama kepentingannya dari sudut misi gerakan. Jangan ada yang berasa kerdil atau terpinggir, kerana jawatan atau kedudukan bukan dambaan kemegahan. Ia adalah satu lambang amanah yang sifatnya, semakin tinggi semakin sukar untuk disempurnakan. Maka dari sinilah nanti akan kita bina rangkaian dakwah dengan segala keramahan bagi mengembleng segala potensi dan upaya ummah.

13

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

Memperkemas Institusi dan Agensi Kita amat bertuah mewarisi sebuah wadah yang telah banyak menempa sejarah. Terima kasih yang tidak terhingga wajar kita rakamkan kepada generasi terdahulu yang telah banyak menaburkan jasa. Mereka dengan penuh rela menyerahkan kehidupan kepada perjuangan. Sanggup bergolok bergadai demi menggapai impian, sanggup mengenepikan keselesaan hiidup demi sebuah perjuangan. Sebagai generasi pewaris jangan kita dengan penuh angkuh mendabik dada memperlekeh sumbangan mereka kerana sedikit kesilapan yang terpampang di depan mata. Sejarah perjuangan generasi terdahulu telah tertulis dengan tinta emas tanpa dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Kita pula masih belum tahu di manakah pengakhiran kita dan bagaimanakah wajah kita di lembaran sejarah. Kita menumpang bahagia apabila ada yang sanggup berkongsi catatan kejayaan dengan menukilkan nama kita sebagai pewaris perjuangan. Justeru segala kelemahan dalam gerakan kita ini bukanlah satu nikmat untuk dijaja bagi melondeh dan memalukan sesiapa. Kelemahan ini mesti kita dokong bersama bagi mencari penyelesaian yang terbaik. Itu pun masih belum tentu kerana penyelesaian yang kita andaikan hari ini, boleh menjadi masalah dan bencana di kemudian hari. Maka dalam kita memperkemas institusi dan agensi, ia mesti disertai dengan penuh tawaddhu bagi menghilangkan takbur dan riya. Dari sinilah nanti suasana yang harmoni dalam budaya organisasi dapat kita wujudkan. Biasakanlah diri dengan catatan yang sistematik dan teratur, perbincangan yang mesra dan mampu mencari jalan penyelesaian. Inilah sebenarnya sebahagian dari ikhtiar kita untuk memastikan jamaah kita ini dapat bertahan seterusnya mampu mengurangkan keciciran. KHATIMAH Di penghujung kalam ini, kami ingin merakamkan ucapan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan penganjuran muktamar serta beberapa program sampingan lain. Setinggi-tinggi ucapan tahniah ingin diucapkan di atas komitmen serta pengorbanan dalam mendukung kesucian visi Rahmatan Lil Alamin. Sesungguhnya, kita menggalas tanggungjawab yang besar untuk membawa pengharapan baru ke dalam urat nadi umat ini. Marilah sama-sama kita berdoa memohon hidayah serta kekuatan dari-NYa, agar usaha kita ini terangkum dalam garisan jejak dakwah Rasullulah S.A.W ke arah menggapai ma'rifah Allah s.w.t. Semoga Allah memberkati usaha dan ikhtiar kita ini dengan keredhaan yang tidak terkira ke arah memperolehi kebahagiaan abadi. Selamat bermuktamar. Selamat bermuhasabah. Wa Allahu alam. Allahu Akhbar! Walillahil Hamd!

14

Muktamar Sanawi ABIM Ke-42

BIBLIOGRAFI
Abbas As Sissi (1990), Dakwah & Tarbiyah Pandangan Hasan Al-Banna. Kota Bharu: Pustaka Aman Press. Ahmad Ibrahim, Mat Saad, Abdullah Abu Bakar (1995), Pemerintahan Islam dalam Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: IKIM. M. Natsir (2010), Dibawah Naungan Risalah. Jakarta: P.T Abadi. Mahmood Zuhdi (2010), Bagaimana Islam Memimpin Masyarakat Majmuk . Batu Caves: PTS Islamika. Nasr Farid Wasil (1980), Muhamad (S.A.W) Pejuang Islam dan Kedamaian. Kota Bharu: Yayasan Islam Terengganu. Rustam Abdul Sani (2004), Ke Mana Nasionalisme Melayu?. Kuala Lumpur: R Publishing Services. Sayyid Abul Ala Al-Maududi (1987), Prinsip-Prinsip Utama Negara Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Hizbi. Siddiq Fadzil (2009), Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan. Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan KDH. Siddiq Fadzil (2012), Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat. Bangi: Aras Mega. Syaikh Mushthafa Masyhur (2009), Fiqh Dakwah. Jakarta: Al-Itishom Cahaya Umat. Syeikh Said Hawwa (2010), Pendidikan Spiritual. Kuala Lumpur: Mutiara Ilmu Selekta. Yusuf al-Qaradhawi (2007), 12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman. Kuala Lumpur: Blue-T Publication.

15

Anda mungkin juga menyukai