Anda di halaman 1dari 6

-- Ativiti 1 - - Aktiviti 2 - - Aktiviti 3 - -Aktiviti 4 - - Tugasan 1 --

Thursday, May 6, 2010


5 MINDA MASA DEPAN

A. a.

AKTIVITI Dapatkan

1: intisari

MINDA Minda

DISIPLIN disiplin

(DISCIPLINED oleh Horward

MIND) Gardner

Minda mestilah didisiplinkan dalam tiga lapisan makna atau cara. Seseorang insan itu mestilah mampu berfikir mengikut disiplin ilmiah/bidang kesarjanaan seperti sejarah, matematiks, sains dan kesenian. Ia seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis kepakaran dan mempunyai tabiat/kebiasaan lakuan untuk mengaplikasikan ilmunya secara berterusan sehinggalah pembelajaran berlaku sepanjang hayatnya. b. Beri contoh bagaimana minda disiplin ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, pelajar-pelajarnya boleh diterapkan dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat agar tahap ilmu pengetahuan sedia ada pelajar seiring dengan perkembangan teknologi kini.

B. a.

AKTIVITI Dapatkan

2:

MINDA Minda

PENSINTESISAN pensintesisan

(SYNTHESIZING oleh Horward

MIND) Gardner

intisari

Para individu terdedah pada jumlah informasi yang amat besar/banyak. Oleh itu kita perlu bijak membuat keputusan untuk menentukan mana yang penting dan bagaimana cara yang terbaik

untuk mengatur atau mengurus maklumat untuk diri dan menggunakanya untuk berkomunikasi dengan yang lain sehingga semuanya menjadi sebati (automated) dalam diri. b. Beri contoh bagaimana minda pensintesisan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, pelajar-pelajarnya haruslah didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan dengan cara pencarian bahan-bahan bacaan di internet. Dalam bidang komputer ini, ia amat luas dan sentiasa berkembang. Seharusnya pelajar-pelajarnya didedahkan dengan lebih awal akan senario dalam dunia komputer. Melalui pemberian tugasan-tugasan juga dapat membantu pelajar-pelajar untuk mensintesis maklumat yang diperolehi di internet dan diaplikasikan dalam tugasan-tugasan yang diberikan.

C. a.

AKTIVITI Dapatkan

3: intisari

MINDA Minda

PENCIPTAAN Penciptaan oleh

(CREATING Horward

MIND) Gardner

Barisan minda yang paling terkedepan ialah minda yang mencipta idea baruberfikir di luar kotak kebiasaan. Cara pemikiran sedemikian menjangkau disiplin ilmu yang tertentu dan perlu mempunyai kebolehan menggabungjalin tetapi tidak dibataskan oleh sesuatu yang pernah difikirkan dan dilakukan sebelum ini. b. Beri contoh bagaimana minda penciptaan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, pelajar-pelajar secara tidak langsung akan mengaplikasikan minda ini semasa membuat tugasan-tugasan seperti kertas projek tahun akhir. Dalam masa yang sama mereka akan mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya dan akan mengaplikasikan konsep pembelajaran kendiri dengan mencari sendiri serta menyelesaikan masalah-masalah yang kemungkinan akan wujud dalam fasa pembangunan. D. a. AKTIVITI Dapatkan 4: MINDA Minda PENGHORMATAN Perhormatan (RESPECTFUL oleh Horward MIND) Gardner

intisari

Minda Menghormati ini menjangkau tahap toleransi. Seseorang yang mempunyai minda menghormati ini mengalu-alukan kepelbagaian manusia/insan, memburu untuk memahami dan bekerja dengan orang lain, dan memupuk suasana yang terbuka serta saling menerima (reciprocity). b. Beri contoh bagaimana minda penghormatan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Bagi mengaplikasikan minda penghormatan ini, guru atau tenaga pengajar boleh memberikan tugasan kepada pelajar-pelajarnya secara aktiviti berkumpulan dengan melantik seorang ketua dikalangan mereka. Dengan melakukan tugasan secara berkumpulan ini, sesi perbincangan diantara ahli kumpulan akan berlaku serta dapat mengeratkan hubungan antara mereka. Semasa sesi perbincangan, setiap ahli biasanya akan mengutarakan pendapat masing-masing kepada ahli-ahli kumpulan yang lain, seterusnya mereka akan berbincang akan pendapatpendapat tersebut bagi menentukan pendapat-pendapat yang terbaik. Dalam masa yang sama, secara tidak langsung pelajar-pelajar tersebut telah mengaplikasikan minda penghormatan.

E. a.

AKTIVITI Dapatkan

5: intisari

MINDA Minda

ETIKA Etika oleh

(ETHICAL Horward

MIND) Gardner

Minda beretika dibina atas landasan rasa hormat tetapi ia mempunyai sikap yang lebih abstrak atau tinggi. Individu yang beretika mentafsir peranan dirinya sebagai pekerja dan warga negara. Mereka melaksanakan tugas dengan baikkerjanya cemerlang, beretika dan bermakna pada dirinya. Mereka menganggap diri mereka sebagai warga masyarakat, rantau dan dunia dan bertindak secara membina, bukan dengan cara yang mementingkan diri (non egocentric ways). b. Beri contoh bagaimana minda etika ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer Bagi mengaplikasikan minda etika ini, guru atau tenaga pengajar boleh memberikan tugasan kepada pelajar-pelajarnya secara aktiviti berkumpulan dengan melantik seorang ketua dikalangan mereka. Dengan melakukan tugasan secara berkumpulan ini, setiap ahli kumpulan akan memainkan peranan masing-masing dalam kumpulan yang diberikan. Sebagai contoh, ketua kumpulan akan menjalankan tugas sebagi seorang ketua atau pemimpin kepada rakanrakan yang lain, manakala rakan-rakan lain akan menjalankan tugas sebagai ahli yang mempunyai peranan yang tertentu untuk sesuatu tugas yang diberikan. Posted by C+ No

Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Komputer (5 Minda Masa Depan)


Aktiviti 1 : Minda Disiplin (Disciplined Mind) -Dapatkan intisari minda disiplin oleh Horward Gardner Seseorang mempunyai pola pemikiran minimal mengenai sesuatu disiplin atau pengetahuan. Seseorang harus memiliki paling kurang satu disiplin ilmu atau kerangka berfikir yang sangat berkuasa untuk memecahkan segala masalah.

Minda disiplin juga bermaksud seseorang harus sentiasa melatih diri untuk meningkatkan prestasi diri.

-Berikan contoh bagaimana minda disiplin boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer minda disiplin boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer dengan menggunakan pemikiran yang sentiasa terbuka dan mengetahui sesuatu disiplin ilmu untuk dipelajari. Aktiviti 2 : Minda Pensintesisan (synthesizing mind) -Dapatkan intisari minda pensintesisan oleh Howard Gardner Mengintegrasikan idea dan pemikiran dari disiplin ilmu yag berbeza. Seseorang individu mampu menggabungkan pelbagai pola pemikiran dan disiplin ilmu agar dapat mengumpulkan maklumat dan pengetahuan dari berbagai sumber serta melahirkan idea dan ilmu pengetahuan baru yang bermanfaat. Oleh sebab itu, seseorang individu dituntut untuk mengintegrasikan pelbagai jenis disiplin ilmu, pengetahuan serta kemahiran berfikir. -Berikan contoh bagaimana minda pensintesisan boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer menyepadukan semua pelajaran yang dipelajari oleh pelajar dengan menggunakan ilmu dalam proses pengajaran lain d Aktiviti 3 : Minda Penciptaan (creating mind) -Dapatkan intisari minda penciptaan oleh Howard Gardner Menyelesaikan masalah melalui pemikiran kritis dan idea inovatif Seseorang individu mestilah mempunyai kemahiran berfikir kreatif, kreativiti tersebut digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah.

Kreativiti disini bermaksud kemampuan mencipta sesuatu yang tidak boleh diidentifikasikan komponennya dan ia tidak terbatas kepada sesuatu perkara sahaja.

-Berikan contoh bagaimana minda penciptaan boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer menggunakan proses pemikiran kritis dan kreatif selain itu pelajar juga dapat berfikir secara kognitif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Aktiviti 4 : Minda Penghormatan (respectful mind) -Dapatkan intisari minda penghormatan oleh Howard Gardner Perbezaan dengan individu lain Seseorang individu seharusnya memiliki minda penghormatan agar dapat menerima dan menghargai pendapat yang dikemukakan oleh orang lain, agar dapat bekerjsama, dan mampu mencipta suasana keterbukaan dan hubungan timbal balik serta bertoleransi dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Minda penghormatan sangat penting untuk diterapkan dalam diri setiap individu.

-Berikan contoh bagaimana minda penghormatan boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran yang berbeza dan apabila dalam proses pengajaran adalah guru sepatutnya menggunakan pendekatan yang berbeza untuk setiap pelajar. Aktiviti 5 : Minda Etika (ethical mind) -Dapatkan intisari minda etika oleh Howard Gardner Berfikir untuk orang lain demi kepentingan bersama Minda etika adalah kemampuan/kecerdasan seseorang untuk berfikir diluar keinginan peribadi dan diluar kotak pemikiran diri yang dimiliki. Sebenarnya, minda etika sangat berhubungan dengan minda penghormatan dan minda pensintesisan dan minda penciptaan.

Seperti dasar pemikiran penghormatan iaitu hak, kewajipan serta kemahuan seseorang terbatas oleh hal yang sama dari orang lain. maka minda etika adalah sama seperti itu sehingga dimana digunakan untuk menempatkan diri dan bersikap serta apa yang boleh dan dapat diperbuat. Individu yang memiliki minda etika semestinya sangat cerdas kerana individu tersebut harus dapat menggunakan kemampuannya dan dapat bekerjasama dan menggabungkan pelbagai pengetahuan dengan minda kreativiti yang dimiliki.

-Berikan contoh bagaimana minda etika boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer menggunakan pendekatan pengajaran yang berbeza untuk memudahkan pelajar cepat memahami apa yang dipelajari.