Anda di halaman 1dari 11

Firman Allah S.W.

T dalam Surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri"..

Ayat di atas menerangkan mengenai kedudukan wanita di dalam Islam. Islam mengambil berat dan memandang tinggi terhadap wanita. Malah, Al-Quran sendiri menamakan salah satu dari surah-surahnya dalam Al-Quran dengan nama surah An-Nisa' yang membawa maksud wanita. Begitu juga terdapat di dalam kitab-kitab hadis yang membincangkan mengenai nasihat supaya berbuat baik terhadap wanita sebagaimana yang terdapat dalam kitab Riyadhussolihin karangan Imam AnNawawi. Sejarah merekodkan bahawa kemunculan Islam telah menghapuskan sama sekali amalan menghina dan membunuh wanita sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat jahiliyyah. Hadis nabi juga menyebutkan mengenai ganjaran pahala bagi sesiapa uang diuji dalam memelihara anak perempuan bahawa orang itu akan bersama dengan nabi di akhirat kelak. Kesemuanya ini membuktikan pandangan Islam yang tinggi terhadap kaum wanita. Peraturan dan tuntutan yang digariskan oleh Islam ialah bertujuan untuk memelihara martabat dan keselamatan wanita. Menyedari peranan wanita dalam pembinaan pembangunan umat Islam itu sangat penting, musuh-musuh Islam sejak dahulu lagi berusaha untuk merosakkan wanita dengan pelbagai cara dan strategi. Atas nama kebebasan, mereka berusaha meracuni pemikiran wanita Islam dengan pelbagai tipu daya dan godaan supaya mereka jauh dari landasan Islam yang sebenar. Sedangkan Islam meletakkan wanita dalam kedudukan yang tinggi dan mulia berbanding agama yang lain. Beberapa peraturan dan tuntutan yang berkaitan dengan wanita Islam adalah semata-mata untuk menjaga maruah dan kemuliaan mereka. Wanita mempunyai hak dan harus dilayan sesuai dengan fitrah dan kejadian mereka. Layanan istimewa ini bukan sahaja terhadap wanita Islam malah terhadap wanita bukan Islam. Islam adalah sebuah agama yang memberi perhatian terhadap wanita sejak dari kecil sehingga memasuki alam rumahtangga, kewajipan dan tanggungjawab suami terhadap mereka sehinggalah hak mereka dalam mewarisi harta pusaka. Selain itu, terdapat beberapa peraturan dan tuntutan kepada wanita Islam untuk dipatuhi demi memelihara maruah, kemuliaan dan keselamatan diri mereka. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Wanita Islam hendaklah memelihara pandangan, kemaluan dan tidak menampakkan perhiasan mereka melainkan yang diharuskan sahaja. Ini telah

ditegaskan oleh firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud: "Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak daripadanya". Justeru, bapa atau pun suami hendaklah memastikan perkara seperti ini difahami dan dipatuhi oleh ahli keluarga kita yang perempuan. 2. Tempat yang paling baik bagi wanita adalah di rumah sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang dahulu". Namun, Islam sama sekali tidak menghalang wanita untuk bekerja mencari rezeki, memberi sumbangan tenaga dalam aktiviti kemasyarakatan, menjadi pemimpin dan seumpamanya selagi menjaga batasan dan sempadan yang ditetapkan oleh Islam. Islam juga melarang wanita berhias secara keterlaluan seperti amalan wanita zaman jahiliyyah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh An-Nasaei, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Mana-mana wanita yang memakai minyak wangi, kemudian lalu dihadapan satu kumpulan (manusia) untuk menarik perhatian mereka, maka dia boleh mendorong kepada perlakuan zina". 3. Islam meletakkan peraturan dan tuntutan tertentu bagi menjaga hubungan antara lelaki dan wanita. Antara peraturan yang ditetapkan oleh Islam adalah larangan berdua-duaan antara seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram atau suami isteri sehingga boleh mengundang fitnah atau membawa kepada penzinaan. Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "Tidak boleh seseorang lelaki dengan seorang wanita bersunyian melainkan dengan mahram". 4. Larangan musafir seorang wanita melainkan dengan mahram. Tuntutan ini juga bukan untuk mengongkong atau menyusahkan kehidupan wanita, tetapi dengan tujuan untuk menjaga dan memelihara mereka dari sebarang gangguan daripada pihak yang ingin mengambil kesempatan

ke atas mereka dan menjauhkan mereka daripada terjerumus ke lembah kesesatan dan kemaksiatan. Dari sudut hubungan kekeluargaan dan rumahtangga, Islam meletakkan beberapa tanggungjawab yang terletak dibahu para suami demi menjaga kemuliaan wanita, antaranya; 1. berbuat baik terhadap wanita 2. melarang mendera kaum wanita 3. melayani wanita dengan cara yang terbaik

Oleh itu, marilah kita berusaha membetulkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat kita dengan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Sedarilah bahawa, wanita merupakan ujian paling besar bagi kaum lelaki. Justeru, kita dituntut menjaga, memelihara, dan menjauhkan mereka daripada sebarang perkara yang boleh merosakkan mereka. Ketinggian dan kemuliaan wanita yang digariskan oleh Islam terletak di tangan kita semua. Firman Allah dalam surah ArRuum ayat 21 yang bermaksud: "Dan diantara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNYa) bahawa Dia yang menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". Wallahua'lam
http://peguamuda.blogspot.com/2009/05/kedudukan-wanita-dalam-islam.html

Di muka bumi ini tidak ada agama yang amat memperhatikan dan mengangkat martabat kaum wanita selain Islam. Islam memuliakan wanita dari sejak ia dilahirkan hingga ia meninggal dunia. Islam benar-benar telah mengangkat harkat dan martabat kaum wanita dan memuliakannya dengan kemuliaan yang belum pernah dilakukan oleh agama lain. Wanita dalam Islam merupakan saudara kembar lelaki; sebaik-baik mereka adalah yang terbaik bagi keluarganya. Wanita Muslimah pada masa bayinya mempunyai hak disusui, mendapatkan perhatian dan sebaik-baik pendidikan dan pada waktu yang sama ia merupakan curahan kebahagiaan dan buah hati bagi kedua-dua ibu dan bapak serta adik beradik lelakinya. Apabila wanita telah memasuki usia remaja, ia dimuliakan dan dihormati. Walinya cemburu kerananya, ia meliputinya dengan penuh perhatian, maka ia tidak rela kalau ada tangan jahil menyentuhnya atau rayuan-rayuan lidah tidak bertulang atau lirikan mata (lelaki) mengganggunya.

Dan apabila ia menikah, maka hal itu dilaksanakan dengan kalimatullah dan perjanjian yang kukuh. Maka ia tinggal di rumah suami sebagai pendamping setia dengan kehormatan yang terpelihara, suami berkewajiban menghargai dan berbuat baik (ihsan) kepadanya dan tidak menyakiti fizikal mahupun perasaannya. Apabila ia telah menjadi seorang ibu, maka (perintah) berbakti kepadanya dinyatakan sama atau selari dengan hak Allah s.w.t, kederhakaan dan perlakuan buruk terhadapnya selalu diungkapkan sama dengan kesyirikan kepada Allah s.w.t dan perbuatan kerosakan di muka bumi. Apabila ia adalah sebagai saudara perempuan, maka dia adalah orang yang diperintahkan kepada saudaranya untuk dijalin hubungan silaturrahim, dimuliakan dan dilindungi. Apabila ia sebagai nenek atau lanjut usianya, maka kedudukan dan nilainya bertambah tinggi di mata anak-anak, cucu-cucunya dan seluruh kaum keluarga terdekat. Maka permintaannya tidaak ditolak dan pendapatnya tidak diremehkan. Apabila ia jauh daripada orang lain, jauh daripada kaum keluarga, maka dia memiliki hak-hak Islam yang umum, seperti menahan diri daripada perbuatan buruk terhadapnya, menahan pandangan mata daripadanya dan lain-lain. Masyarakat Islam masih tetap memelihara hak-hak tersebut dengan sebaik-baiknya sehingga wanita benar-benar memiliki nilai dan kedudukan yang tidak akan ditemukan di dalam masyarakat non-Muslim. Lebih daripada itu, wanita di dalam Islam memiliki hak kepemilikan, penyewaan, jual beli, dan segala bentuk transaksi, dan juga mempunyai hak untuk belajar dan mengajar selagi tidak bertentangan dengan agamanya. Bahkan di antara ilmu syari itu ada yang bersifat fardu ain berdosa apabila diabaikan baik oleh lelaki mahupun wanita. Dia juga memiliki hak-hak yang sama dengan kaum lelaki, kecuali beberapa hak dan hukum yang memang khusus bagi kaum wanita, atau beberapa hak dan hukum yang khusus bagi kaum laki-laki yang layak bagi masing-masing jenis sebagaimana dijelaskan secara terperinci di dalam bahasan-bahasannya. Di antara penghargaan Islam kepada wanita adalah bahawasanya Islam memerintahkan kepadanya hal-hal yang dapat memelihara, menjaga kehormatannya dan melindunginya daripada kata-kata rayuan, pandangan mata pengkhianat dan tangan-tangan jahat. Maka itu, Islam memerintahkan kepadanya berhijab dan menutup aurat, menghindari perbuatan tabarruj (berhias diri untuk umum), menjauhi daripada perbauran dan percampuran dengan laki-laki yang bukan mahramnya dan daripada setiap hal yang dapat menyeret kepada fitnah. Termasuk penghargaan Islam kepada wanita adalah bahawasanya Islam memerintahkan kepada suami agar memberinya nafkah, mempergaulinya dengan baik, menghindari perbuatan zalim dan tindakan menyakiti fizikal atau perasaannya.

Bahkan termasuk daripada keindahan ajaran Islam bahawasanya Islam membolehkan bagi kedua-dua suami isteri untuk berpisah (bercerai) apabila tidak ada kesepakatan dan tidak dapat hidup bahagia bersama-sama. Maka, suami boleh menceraikannya setelah gagal melakukan berbagai-bagai upaya ishlah (damai), dan pada ketika kehidupan kedua-duanya menjadi bagaikan api neraka yang tidak dapat dipertahankan. Dan Islam membolehkan isteri meninggalkan suaminya jika suami melakukan penganiayaan terhadap dirinya, memperlakukannya dengan buruk. Maka dalam keadaan seperti itu isteri boleh meninggalkannya dengan syarat membayar ganti rugi yang disepakati bersama suami, atau melakukan kesepakatan bersama atas hal tertentu untuk kemudian isteri dapat meninggalkannya. Termasuk penghargaan Islam kepada wanita adalah bahawasanya lelaki dibolehkan berpoligami, iaitu nikah lebih daripada satu isteri. Lelaki boleh menikah dengan dua, tiga atau empat isteri dan tidak boleh lebih daripada itu, dengan syarat berlaku adil dalam memberikan nafkah bain dan zahir, dan tempat tinggal di antara mereka; dan kalau suami cukup menikah dengan satu isteri saja, maka itu adalah haknya. Sesungguhnya berpoligami itu mempunyai hikmah yang begitu besar dan banyak maslahatnya yang tidak diketahui oleh orang-orang yang menjelek-jelekkan Islam, mereka tidak mengerti hikmah di sebalik pensyariatan ajaran-ajarannya. Di antara hal-hal yang mendukung hikmah di sebalik dibolehkan berpoligami adalah seperti yang berikut: 1) Sesungguhnya Islam melarang perzinaan dan amat tegas dalam mengharamkannya, kerana perzinaan dapat menimbulkan kerosakan dan kehinaan yang tidak terkira jumlahnya, di antaranya adalah: kaburnya masalah keturunan (nasab), membunuh sifat malu, menodai dan menghapus kemuliaan dan kehormatan wanita; kerana zina akan menyerkupnya dengan kehinaan yang tiada batasnya, bahkan kehinaan dan noda akan menimpa keluarga dan kaum keluarga terdekatnya. Di antara bahaya zina adalah ialah tindakan terhadap janin yang diperoleh daripada hasil perzinaan, kerana ia akan hidup dengan nasab yang terputus. Termasuk bahaya zina: berbagai-bagai penyakit mental dan jasmani yang timbul akibat daripada perbuatan terkutuk itu, yang sukar digalas, bahkan kadang-kadang hingga mengancam jiwa pezina, seperti Sipilis, Gonorheo, Aids dan lain sebagainya. Ketika Islam mengharamkan zina dan dengan keras mengharamkannya, ia juga membuka lebar pintu yang sah (masyru) di mana seseorang dapat merasakan ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan, iaitu nikah. Jadi Islam mengajarkan nikah dan membolehkan poligami sebagaimana disinggung di atas.

Tidak diragukan lagi bahawasanya melarang poligami adalah tindakan kezaliman terhadap lelaki dan wanita. Melarang poligami akan membuka lebar pintu perzinaan, kerana kuantiti kaum wanita lebih besar daripada kuantiti kaum lelaki di setiap masa dan tempat. Hal itu akan lebih jelas lagi pada masa seringnya terjadi peperangan. Maka, menghalang lelaki menikah dengan satu isteri dapat menyebabkan jumlah besar kaum wanita yang hidup tanpa suami yang membawa kesukaran, kesempitan, dan ketidakpastian bagi mereka, bahkan kadangkadang boleh menjerumuskan ke dalam lembah penjualan kehormatan dan kesucian diri, tersebarnya perzinaan dan kesia-siaan anak keturunan. 2) Sesungguhnya nikah itu bukan kenikmatan jasadi (fizikal) semata-mata, akan tetapi di sebaliknya itu terdapat ketenteraman dan kedamaian jiwa, di samping kenikmatan mempunyai anak. Dan anak di dalam Islam tidak seperti anak dalam sistem-sistem kehidupan lainnya, kerana kedua-dua ibu bapa mempunyai hak ke atas anak. Apabila seorang wanita dikurniai beberapa orang anak, lalu anak-anak itu dididik dengan sebaik-baiknya, maka mereka menjadi buah hati dan penghibur baginya. Maka pilihan mana yang terbaik bagi wanita; hidup di bawah lindungan suami yang melindungi, mendampingi dan mengambil berat tentang dirinya serta dikurniai anak-anak yang apabila dididik dengan baik akan menjadi buah dan penghibur hati baginya, atau memilih hidup sebatang kara dengan nasib tiada menentu?
3) Sesungguhnya pandangan Islam adalah pandangan yang adil lagi seimbang. Islam memandang kepada wanita secara keseluruhan dengan adil, dan pandangan yang adil itu mengatakan bahawa sesungguhnya memandang kepada wanita secara keseluruhan dengan mata keadilan.

Jadi, apa dosa para wanita awanis (membujang hingga melewati usia sepatutnya mereka sudah menikah) yang tidak mempunyai suami? Kenapa tidak dilihat dengan mata yang penuh kasih sayang kepada wanita menjanda kerana ditinggal mati suaminya, sedangkan ia masih pada usia produktif? Kenapa tidak melihat dan memperhatikan kepada wanita yang amat banyak jumlahnya yang hidup tanpa suami?Yang mana yang lebih baik bagi wanita: Hidup dengan senang di bawah lindungan suami bersama wanita (isteri, madu) yang lain, sehingga dengan begitu ia merasakan kedamaian dan ketenteraman jiwa, ia dipertemukan dengan orang yang mengambil berat tentang dirinya dan dikurniai, ataukah hidup seorang diri tanpa suami sama sekali? Mana yang lebih baik bagi masyarakat: Adanya sebahagian kaum pria yang berpoligami hingga masyarakat terhindar daripada beban gadis-gadis tua, atau tidak seorang pun berpoligami sehingga mengakibatkan masyarakat berlumur dengan berbagai-bagai kehancuran dan kerusakan? Mana yang lebih baik: Seseorang mempunyai dua, tiga atau empat isteri? Atau cukup dengan seorang isteri sahaja dengan puluhan wanita simpanan?

4) Berpoligami itu tidak wajib hukumnya. Maka, banyak lelaki Muslim yang tidak melakukan poligami kerana merasa puas dengan seorang isteri, dan kerana ia merasa tidak akan dapat berlaku adil (apabila berpoligami). Oleh karena itu, ia tidak perlu berpoligami.

WANITA DAN HARTA Di antara penghargaan Islam kepada para wanita Muslimah, bahawasanya Islam menetapkan bahagian khusus bagi wanita daripada harta warisan (harta pusaka). Maka seorang ibu mendapat bahagian tertentu, dan isteri, anak perempuan serta adik beradik perempuan pun masing-masing mendapat bahagian tertentu. Adalah merupakan kesempurnaan keadilan bahawasanya lelaki daripada harta warisan. Barangkali ada sebahagian orang yang picik akalnya mengira bahawa pembahagian tersebut merupakan kezaliman (tidak adil), dengan mengatakan, Bagaimana bahagian anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan daripada harta warisan? Kenapa bahagian anak perempuan setengah daripada bahagian anak laki-laki? Hal yang menampakkan keadilan Islam di dalam masalah ini adalah bahawasanya Islam menjadikan nafkah isteri itu sebagai kewajiban suami dan demikian pula halnya mahar untuk isteri adalah kewajiban suami pula. Sebagai contoh, jika ada seseorang meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, maka anak lelaki mendapat dua kali ganda bagian adik beradik perempuannya (2:1), lalu masing-masing menikah. Pada saat menikah, anak lelaki itu harus membayar mahar, menyediakan tempat tinggal, memberikan nafkah kepada isteri dan anakanaknya sepanjang hayatnya. Sedangkan saudara perempuan akan mendapat mas kahwin daripada suaminya dan tidak dituntut untuk memberikan sedikit pun daripada harta miliknya untuk diserahkan kepada suami, atau menafkahi urusan rumah tangganya, ataupun kepada anak-anaknya. Maka, dengan demikian saudara perempuan dapat menghimpun bahagian harta pusaka daripada orang tuanya dengan mahar yang ia peroleh daripada suami, dan bersamaan dengan itu ia tidak dituntut untuk menafkahi diri dan anak-anaknya. Jika demikian, tidaklah adil jika lelaki mendapat bahagian yang sama dengan anak perempuan. Inilah kedudukan, harkat dan martabat wanita dalam Islam; lalu di mana nilai dan darjat sistemsistem buatan yang ada di muka bumi dibanding sistem-sistem Islam yang samawi lagi adil? Sistem-sistem buatan yang ada di muka bumi ini tidak memperlihatkan harkat dan martabat kaum wanita, di mana seorang ayah melepaskan diri daripada anak perempuannya ketika mencapai usia 18 tahun atau kurang, agar anak perempuan keluar dengan nasib tidak menentu mencari tempat tinggal dan sesuap nasi untuk memenuhi rasa laparnya, yang kadangkala hal itu sampai mengorbankan dan menjual kehormatan diri dan kemuliaan akhlak. Bandingkanlah penghargaan Islam terhadap wanita yang telah menjadikannya sebagai manusia yang mulia daripada sistem-sistem yang memandang wanita sebagai sumber kejahatan dan dosa, sistem yang telah merampas hak-haknya di dalam pemilikan dan tanggungjawab dan menjadikan wanita hidup berlumur kehinaan dan kenistaan serta menganggapnya sebagai makhluk najis? Dan mana bandingan penghargaan Islam kepada wanita daripada orang-orang yang menjadikan

wanita sebagai barang dagangan yang memperjualbelikan jasadnya di dalam berbagai-bagai promosi bisnes dan iklan?

Jawabnya adalah: Bahawa sesungguhnya yang memberikan ketetapan demikian itu adalah Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui tentang maslahat-maslahat para hamba-Nya. Kemudian di mana letak kezalimannya? Sungguh, sistem (hukum) Islam itu integral dan saling berkaitan. Maka bukan bahagian daripada keadilan apabila hanya mengambil satu sistem atau satu ketetapan hukum (tasyri) lalu memandangnya dari satu sudut tanpa mengaitkannya dengan bahagian lainnya, akan tetapi seharusnya melihatnya daripada berbagai-bagai sudut sehingga gambaran menjadi jelas dan keputusan menjadi adil. Hal yang menampakkan keadilan Islam di dalam masalah ini adalah bahawasanya Islam menjadikan nafkah isteri itu sebagai kewajiban suami dan demikian pula halnya mahar untuk isteri adalah kewajiban suami pula. Sebagai contoh, jika ada seseorang meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, maka anak lelaki mendapat dua kali ganda bagian adik beradik perempuannya (2:1), lalu masing-masing menikah. Pada saat menikah, anak lelaki itu harus membayar mahar, menyediakan tempat tinggal, memberikan nafkah kepada isteri dan anakanaknya sepanjang hayatnya. Sedangkan saudara perempuan akan mendapat mas kahwin daripada suaminya dan tidak dituntut untuk memberikan sedikit pun daripada harta miliknya untuk diserahkan kepada suami, atau menafkahi urusan rumah tangganya, ataupun kepada anak-anaknya. Maka, dengan demikian saudara perempuan dapat menghimpun bahagian harta pusaka daripada orang tuanya dengan mahar yang ia peroleh daripada suami, dan bersamaan dengan itu ia tidak dituntut untuk menafkahi diri dan anak-anaknya. Jika demikian, tidaklah adil jika lelaki mendapat bahagian yang sama dengan anak perempuan. Inilah kedudukan, harkat dan martabat wanita dalam Islam; lalu di mana nilai dan darjat sistemsistem buatan yang ada di muka bumi dibanding sistem-sistem Islam yang samawi lagi adil? Sistem-sistem buatan yang ada di muka bumi ini tidak memperlihatkan harkat dan martabat kaum wanita, di mana seorang ayah melepaskan diri daripada anak perempuannya ketika mencapai usia 18 tahun atau kurang, agar anak perempuan keluar dengan nasib tidak menentu mencari tempat tinggal dan sesuap nasi untuk memenuhi rasa laparnya, yang kadangkala hal itu sampai mengorbankan dan menjual kehormatan diri dan kemuliaan akhlak. Bandingkanlah penghargaan Islam terhadap wanita yang telah menjadikannya sebagai manusia yang mulia daripada sistem-sistem yang memandang wanita sebagai sumber kejahatan dan dosa, sistem yang telah merampas hak-haknya di dalam pemilikan dan tanggungjawab dan menjadikan wanita hidup berlumur kehinaan dan kenistaan serta menganggapnya sebagai makhluk najis? Dan mana bandingan penghargaan Islam kepada wanita daripada orang-orang yang menjadikan

wanita sebagai barang dagangan yang memperjualbelikan jasadnya di dalam berbagai-bagai promosi bisnes dan iklan? Mana bandingan penghargaan Islam kepada wanita daripada sistem-sistem yang menganggap perkahwinan sebagai transaksi jual-beli di mana isteri berpindah supaya menjadi salah satu daripada harta kekayaan suami? Hingga sebahagian pertemuan mereka yang diselenggarakan untuk mengkaji hakikat dan roh wanita, apakah ia termasuk manusia atau bukan? Demikianlah kita melihat bahawa wanita Muslimah merasakan kebahagiaan di dunianya bersama keluarga, di bawah asuhan kedua-dua orang tuanya, di bawah perlindungan suaminya dan balasan kasih sayang anak-anaknya, apakah itu ketika ia di masa anak-anak, remaja atau di masa lanjut usia, dan di dalam keadaan fakir mahupun kaya dan sihat mahupun sakit. Kalau terdapat kejanggalan dalam hak-hak wanita yang terdapat pada sebahagian negara Islam atau daripada sebahagian orang yang menisbatkan diri kepada Islam, maka semua itu terjadi kerana kejahilan mereka serta kerana jauhnya daripada penerapan ajaran Islam. Kesalahan dan dosa ditanggung oleh orang yang bersalah, sedangkan Islam bersih dan bebas daripada tanggungjawab kesalahan tersebut. Pembersihan kesalahan tersebut hanya dapat dilakukan dengan kembali kepada petunjuk ajaran Islam, supaya kesalahan dapat diperbetulkan. Inilah kedudukan, harkat dan martabat wanita di dalam Islam secara singkat; kesucian diri, perlindungan, kasih sayang, cinta dan perhatian serta berbagai-bagai macam nilai-nilai murni dan luhur lainnya. Adapun peradaban sekarang hampir tidak mengenal sedikit pun nilai-nilai luhur tersebut yang hanya memandang wanita dengan pandangan materialis. Peradaban moden memandang bahawa hijab wanita dan kesucian dirinya sebagai sesuatu yang tertinggal di belakang, dan bahawaa wanita harus menjadi boneka yang dapat dipermainkan oleh setiap lelaki mata keranjang, dan itulah rahsia kebahagiaan menurut mereka. Mereka tidak menyedari bahawa tabarruj dan telanjangnya kaum wanita adalah disebabkan daripada kesengsaraan dan seksaannya. http://ummatanwasatan.net/2009/03/kedudukan-wanita-dalam-islam/

Islam merupakan agama langit yang diturunkan oleh Allah melalui nabiNya untuk kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat. Islam bukan setakat menekankan sistem ibadat sahaja tetapi ia merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk politik, sosial, kebudayaan, kehakiman dan lainlain. Islam turut menekankan konsep keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan bagi menjamin keamanan dan keharmonian disamping mencegah daripada kezaliman dan penindasan yang boleh membawa kepada kehancuran dan kerosakan. Islam merupakan agama yang bersesuaian dengan setiap masa dan tempat di mana ia merobohkan benteng bangsa dan geografi sehingga ia

mampu tersebar dan diterima oleh semua orang. Keadilannya bukan sahaja dapat dirasai dan diterima oleh pemeluknya sahaja tetapi turut merangkumi seluruh makhluk yang berada di bawa naungan keadilannya. Wanita merupakan antara mahkluk yang diciptakan oleh Allah dengan keistimewaannya yang tersendiri dan pembantu bagi kaum lelaki. Setiap kejadian Allah ada hikmat dan tujuannya yang tersendiri samada mampu diterokai atau pun tidak mampu dijangkau oleh ilmu dan akal manusia. Islam sentiasa menghormati dan mengangkat martabat wanita ke tempat yang sepatutnya dan kita wajib menjaga kehormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah ini tanpa cuba mengkhianati dan menafikannya. Kedudukan wanita dalam Islam begitu tinggi nilainya berbanding pandangan masyarakat bukan Islam sehingga mereka setanding dengan kaum lelaki walau pun di sana ada sedikit perbezaannya sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam. Di sini akan dikupaslan mengenai konsep keadilan dalam Islam dan juga kedudukan wanita sebelum kedatangan Islam serta pandangan agama lain terhadap kaum wanita. Penjelasan juga akan menyentuh bagaimana Islam memartabatkan kaum wanita dengan menetapkan sistem dan perundangan yang tertentu samada khusus untuk wanita atau pun umum. http://albakriah.wordpress.com/2011/02/05/islam-dan-kedudukan-wanita-2/

Sebelum Islam berkembang, golongan penyembah berhala Arab mewarisi sikap mengabaikan dan menindas wanita sepertimana juga golongan Yahudi dan Kristian. Kelahiran bayi perempuan dianggap pembawa bencana dan amat memalukan bagi keluarga sehingga mereka sanggup menanam bayi perempuan hidup-hidup. Nabi Muhammad s.a.w melalui ajaran Islam yang dibawanya telah menentang dan seterusnya menghapuskan amalan buruk ini. Nabi Muhammad berusaha untuk menyelamatkan kehidupan wanita dan seterusnya mengajar kaum lelaki untuk menghormati dan menghargai anak-anak perempuan, isteri dan juga ibu mereka. Daripada Abu Said Al-Khudri, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Jika seseorang membesarkan tiga orang anak perempuan, mendidik mereka, mengahwinkan mereka dan berbuat baik terhadap mereka, dia akan masuk syurga. (Riwayat Abu Daud) Berterima kasihlah pada Nabi Muhammad s.a.w dengan kesungguhan baginda menyebar ajaran Islam dan menghapuskan amalan pembunuhan bayi perempuan. Tahukah wanita terutama yang beragama Islam bahawa kedudukan wanita dan lelaki banyak bezanya pada fahaman Kristian. Walaupun pada zaman serba moden ini Barat telah mengiktiraf kesamarataan kedudukan dan hak wanita dengan lelaki, hakikatnya sentimen dan persepsi mereka terhadap wanita amat rendah.

Ini jelas terkandung dalam kitab Bible melalui Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama yang menyatakan bahawa kedudukan wanita adalah lebih rendah daripada lelaki. Malah wanita dianggap seperti pembawa dan penyebab dosa rentetan daripada peristiwa Adam dan Hawa yang tertipu oleh hasutan syaitan sehingga terbuang dari syurga. Islam, melalui al-Quran telah menjelaskan bahawa hak-hak wanita sama seimbang dengan hakhak lelaki. Malah, Allah s.w.t tidak memandang tinggi mana-mana gender kecuali orang yang bertakwa.