Anda di halaman 1dari 6

Mengangkat seni catan naif

Oleh ABD. AZIZ ITAR aziz.itar@utusan.com.my

NAIF menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermaksud terlalu lurus atau betul bendul. Ia menggambarkan tentang kejujuran yang dikaitkan dengan pemikiran serta perbuatan seseorang.Sayangnya, apabila naif dikaitkan dengan seni catan, ia kurang mendapat perhatian ramai kerana sifat karya seni itu yang diterjemahkan sebagai kebudak-budakan, tidak serius dan terlalu mudah gaya pengkaryaannya. Bahkan, seni catan gaya naif juga dianggap sebagai tidak mencabar dengan alasan ia boleh dilakukan, direkacipta oleh sesiapa sahaja, sedangkan hakikatnya seni itu turut mempunyai ramuan-ramuan formalistik yang harus dipelajari oleh para pengkaryanya. Menyedari hakikat itu, pelukis terkenal, Yusof Gajah telah menganjurkan pameran berkumpulan seni catan naif, Malaysian Naive Art Showcase 08 di Pasar Seni, Kuala Lumpur bermula 8 Mei sehingga 25 Mei ini bagi memperkembangkan lagi seni catan tersebut yang dikatakan tersisih daripada penggemarnya. Menurut Yusof yang dikenali sebagai Bapa Pelukis Naif Malaysia, seni catan naif cukup penting kerana pelbagai gaya, idea, pemikiran dan latar budaya setempat boleh diketengahkan menerusi sesuatu karya yang kononnya dikatakan naif itu. "Kita kena ada lukisan yang berwajah Malaysia. Seni catan naif banyak menyumbang ke arah itu. Ini kerana, seni catan naif mempunyai arah pemikiran dan temanya yang tersendiri terutamanya tentang alam dan budaya persekitaran pengkaryanya. "Ciri-ciri kejujuran mudah terserlah kerana para pengkarya seni catan naif memaparkan apa yang mereka rasakan. Apatah lagi, kebanyakan pengkarya seni catan naif biasanya bukan daripada kalangan pelukis yang profesional. "Misalnya, mereka mungkin boleh jadi daripada kalangan kerani tetapi mempunyai minat yang mendalam dan tajam idea dalam bidang lukisan," katanya ketika ditemui pada pameran Malaysian Naive Art Showcase 08 yang telah dirasmikan oleh duta Norway di negara ini, Arild Braastad baru-baru ini. Pameran berkumpulan pelukis seni catan naif itu merupakan kali ketiga dianjurkan di mana kali pertama telah diadakan pada 1998 dengan mempa- merkan karya empat pelukis iaitu Yusof Gajah, Zila Zain, Shima dan Azmi S.H. Sementara, pameran berkumpulan pelukis seni catan naif kedua dengan tema berjudul Appear Innocent pula telah diadakan pada 2001 dengan disertai oleh pelukis seperti Yusof Gajah, Mat Dollah dan Adeputra.

Bagaimanapun, kali ini seramai 37 pelukis seni catan naif telah menyertai Malaysian Naive Art Showcase 08 dengan mempamerkan lebih 100 buah lukisan yang dijual dengan harga antara RM550 hingga RM150,000. Gaya penceritaanKepelbagaian citra naif dapat dilihat daripada kemeriahan pesta warnawarni yang kelihatan bagaikan tidak berkesudahan dengan menampilkan pelbagai imej landskap seperti banjaran gunung, bukit-bukau, hutan-rimba, ladang pertanian, sungai, tasik dan laut. Gaya penceritaan secara visual turut menambah keragaman citra gaya naif, misalnya suasana kehidupan di bandar dan luar bandar yang boleh mengimbas kenangan serta pengalaman para pengamat sesebuah karya tersebut. Karya-karya catan naif juga mudah untuk diidentifikasikan kerana gambaran yang diutarakan biasanya mewakili sebahagian daripada pengalaman yang pernah atau sering dilalui oleh anggota-anggota masyarakat. Persembahan visual gaya penceritaan seperti ini lazimnya mampu untuk mencetuskan kenangan-kenangan silam dalam bentuk nostalgia emotif yang memudahkan kefahaman serta apresiasi terhadap sesuatu karya gaya naif. Turut dipaparkan menerusi pameran ini ialah unsur-unsur pribumi Melayu nusantara yang ketara menerusi identiti rumah tradisional serta bangunan dan kedai yang dibina sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Selain itu, turut ditonjolkan ialah mesej tentang kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar termasuklah peri pentingnya pemuliharaan sungai sebagai antara nadi kehidupan seperti yang dicatan menerusi karya berjudul Sungai Warisan Kita hasil sentuhan pelukis Nur Azmi Mokhtar, 28. "Boleh dikatakan semua lukisan saya ada elemen sungai yang menggambarkan betapa pentingnya peranan sungai dalam kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Justeru, sungai harus dipelihara daripada pencemaran bagi meneruskan kesinambungan kehidupan. "Dengan adanya keutuhan sungai sebagai sumber yang penting ia secara tidak langsung dapat menyatukan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam suatu wadah perkongsian kehidupan yang harmoni," ujarnya. Selain unsur alam dan persekitaran, seni catan naif turut menjadi medium mengekspresikan perasaan dan pengalaman seseorang pengkarya ketika mengimbau zaman lampaunya. Pendekatan itu contohnya, telah digunapakai oleh Asmadi Abdul Wahab, 32 atau Adi menerusi lukisannya berjudul I Love My Cat yang menceritakan tentang kucing sebagai binatang kesayangannya semasa kecil.

"Semasa zaman kanak-kanak, saya seorang yang pendiam dan pemalu. Saya lebih banyak berkawan dengan kucing yang menjadi haiwan peliharaan saya. Elemen itulah yang saya ekspresikan menerusi lukisan ini," katanya. Malah, seni catan naif juga mengetengahkan objek yang ada kaitannya dengan gaya kehidupan seharian masyarakat setempat biarpun ia tidak dilalui sendiri oleh pengkaryanya. Zulkhairi Kamaruddin misalnya, memaparkan objek sampan yang kabur daripada segi pemandangan dan olahan gaya lukisannya tetapi ia cukup jelas identiti penting dalam kehidupan nelayan-nelayan kecil. "Saya tidak pernah menjadi nelayan, tetapi catan tentang perahu dalam karya berjudul Nelayan itu jelas memperlihatkan gambaran saya tentang kehidupan nelayan. Ia digambarkan secara subjektif mengikut pemahaman masing-masing," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0512&pub=Utusan_Mal aysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm#ixzz2frMwgqgY Utusan Melayu (M) Bhd

Menghampiri penghujung dekad pertama alaf 2000 ini, kerja-kerja seni catan lebih daripada dua puluh orang pelukis gaya naive Malaysiadiperagakan dalam satu pemeran besar. Pameran dengan tema Malaysia Naive Art Showcase 2008 adalah suatu pameran penting yang memperlihatkan perkembangan muktahir seni catan tanah air di alaf 2000.

Pameran berkumpulan seni catan naive pertama di Malaysia telah diadakan pada tahun 1998 yang hanya diwakili oleh empat pelukisgaya naive Zila Zain, Shima, Azmi S.H dan Yusof Gajah. Pameran naive kedua telah berlangsung pada tahun 2001 di mana Yusof Gajah bergandingan dengan Mat Dollah dan Adeputra dengan tema Appear Innocent. Kedua-dua pameran naive telah diusahakan oleh Yusof Gajah. Selepas pameran ini berakhir pelukis-pelukis naive yang terlibat dalam kedua-dua pameran ini membawa haluan masing-masing menghidupkan citra naive

secara bersendirian. Namun atas usaha Yusof Gajah pelukis unggul Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bapa Pelukis Naive Malaysia, beliau sekali lagi telah mengikhtiarkan kesinambungan pameran penting ini.

Tujuan utama pameran Malaysia Naive Art Showcase 2008 ini pertamanya adalah untuk meletakkan seni catan gaya naive dilandasan yang sewajarnya sebagai suatu pergerakan seni yang penting dalam perkembangan seni catan tanah air. Selama ini seni catan gayanaive di Malaysia bukan sebahagian daripada arus perdana seni catan kontemporari tanah air. Seni catan gaya naive tidak mendapat tempat malah tidak diiktiraf dengan sewajarnya. Keadaan ini berlaku antaranya disebabkan oleh sifat karya seni catan gaya naive yang dipersepsikan sebagai gaya seni catan yang kebudak-budakan dengan penampilan citra yang tidak serius lagi terlalu mudah sifatnya. Ringkasnya karya-karya gaya naive sebegini dilihat sebagai gaya karya seni catan yang tidak mencabar dengan alasan ia boleh dilakukan, dicipta, direka oleh sesiapa sahaja. Tetapi realitinya membuktikan seni catan gaya naive tidak mudah dilakukan. Ia turut mempunyai ramuan-ramuan formalistik seni catan yang harus dipelajari, dilatih sebelum dapat dikuasai. Menghasilkan karya gaya naive memerlukan ketrampilan, kemahiran yang bukan sedikit. Ini hakikat yang perlu diterima. Pameran Malaysia Naive Art Showcase 2008 ini memperagakan kepelbagaian karya-karya citra naive. Kepelbagaian citra naive dapat dilihat dari

pengolahan subject-matter dalam kemeriahan pesta warna-warni yang kelihatan bagai tidak berkesudahan. Citra lanskap gayanave ditampilkan antaranya dengan banjaran gunung, bukit bukau beralun yang dipenuhi dengan hutan rimba, ladang pertanian serta aliran sungai, takungan air di kolam, tasik dan pemandangan tepi laut. Mergastua yang berkeliaran di udara, darat dan air menambahkan lagi

keasyikan citra gaya nave ala romantism. Khalayak di bawa ke alam fantasi yang dipenuhi dengan spektrum warna-warna segar, ceria yang kelihatan begitu dekat tetapi realitinya tidak begitu. Gaya penceritaan secara visual turut menambah keragaman citra gaya nave dapat dilihat dalam pameran ini. Kemeriahan, kesibukan suasana kehidupan di luar bandar dan bandar dengan pelbagai aktiviti turut dirasai malah dapat

diidentifikasikan dengan mudah kerana citra nave yang dipaparkan mewakili sebahagian daripada pengalaman yang pernah kita semua lalui pada masa kini dan masa lalu. Persembahan visual gaya penceritaan secara ini mencetuskan

kenangan-kenangan silam dalam bentuk nostalgia emotif yang memudahkan kefahaman serta apresiasi terhadap karya-karya gaya naive. Menerusi Malaysia Naive Art Showcase 2008 ini terkesan dengan jelas unsur-unsur pribumi Melayu Nusantara yang Citra secara ketara sekali dapat mencipta tradisional,

identiti gaya naive Malaysia.

rumah-rumah

lama

Melayu

pengolahan caragaya kehidupan masyarakat pribumi seperti kelompok etnik Bajau di Sabah. Bangunan-bangunan rumah kedai yang dibina sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua yang kini menjadi sebahagian daripada warisan sejarah seni bina tanah air di olah secara nave menjadikan citra karya nampak nyata dan bukan kesan daripada ekspresi imaginasi melulu tanpa rujukan. Unsur-unsur pribumi Melayu Nusantara gaya naive ini adalah citra yang wajar sekali diteruskan, dimantapkan malah diperkasakan bagi memperlihatkan kelainan, keunikan serta dapat menjadi identiti citra gaya naive Malaysia. Orientasi pengolahan, persembahan subject-matter citra gaya naive yang begitu terperinci sifatnya adalah suatu kelebihan yang membolehkan unsur-unsur pribumi Melayu Nusantara dicipta, diolah secara kreatif. Banyak lagi unsur-unsur pribumi Melayu Nusantara yang masih menunggu untuk diterokai secara visual bagi meneruskan

kelangsungan seni catan gaya nave Malaysia yang lebih kreatif dan segar. Ini adalah cabaran yang menyediakan ruang bagi pelukis gaya nave Malaysia.