Anda di halaman 1dari 4

Masalah sosial dalam kalangan remaja bermaksud salah laku sosial yang dilakukan oleh golongan remaja.

Masalah sosial seperti membuli rakan, mencuri, terlibat dengan lumba haram dan sebagainya bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan remaja pada hari ini. Malahan, masalah ini semakin menjadi-jadi dari hari ke hari sehingga telah membimbangkan banyak pihak. Misalannya, sepanjang tahun 2010 sebanyak, 5,165 kes yang melibatkan remaja dilaporkan, masing-masing 1,947 kes membabitkan pelajar dan 3,218 kes oleh bukan pelajar, iaitu peningkatan 38 peratus dan 43 peratus berbanding 2009. Sesungguhnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan fenomena ini terus berleluasa. Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang perhatian daripada ibu bapa, khususnya bagi ibu bapa yang bekerja di bandar. Ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Akibat keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk meluangkan masa bagi mendengar masalah anak-anak mereka. Hal ini pasti menyebabkan anak-anak berasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati. Selain itu, golongan remaja terjebak dalam gejala negatif juga akibat bergaul dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat ditukar ganti dengan wang. Sementara itu, segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka. Contohnya perceraian antara ibu bapa mereka.dan pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah dan mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh. Penglibatan golongan remaja dalam kegiatan jenayah ini dapat diatasi jika semua pihak memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian yang ungugul dalam kalangan para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional.

Dalam pada itu, guru-guru juga mesti menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar tidak mempunyai alasan untuk melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterapkan dalam kalaangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Pendidikan Moral dan agama amat perlu dipertingkankan kerana semua agama mendidikr penganutnya supaya berkelakuan baik. Tegasnya, banyak punca remaja ini terlibat dengan masalah sosial. Oleh tu, semua pihak harus bekerjasama dalam menentukan golongan remaja yang akan meneruskan kepemimpinan negara pada masa hadapan. Sikap masayarakat kita yang tidak mahu menjaga tepi kain orang haruslah diubah. Anggota masyarakat sepatutnya prihatin dengan melaporkan segala kegiatan salah laku yang melibatkan golongan remaja kepada pihak yang berkuasa.

PIBG adalah satu penubuhan yang diceburi secara sukarela. AJK yang dipilih perlu menitikberatkan ciri-ciri keikhlasan, pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga. Fungsi PIBG ialah membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti demi kebaikan anak-anak yang belajar di sekolah tersebut. Selain dari itu juga PIBG juga berperanan mencari sumbangan dari ahli dan orang ramai samada berbentuk wang, material mahupun tenaga bagi faedah para pelajar.PIBG yang ditubuhkan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG terhadap pencapaian akademik di sekolah ialah membantu dan menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah baik dan meningkatkan kemudahan di sekolah iaitu dengan menubuhkan tabung pendidikan yang bertujuan untuk kebajikan dan manfaat kepada sekolah dan para pelajar. PIBG juga berperanan membantu dan menambah usaha sekolah untuk memenuhi kehendak-kehendak dan keperluankeperluan kebendaan para pelajar dalam kegiatan-kegiatan mereka seperti aktiviti kelas tambahan dengan memberi sumbangan kewangan untuk membeli buku latihan atau buku kerja bagi meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan. Selain itu PIBG juga berperanan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat menambahkan minat para pelajar untuk belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang dengan mengadakan program motivasi,seminar dan bengkel.Dengan adanya program-program sebegini secara tidak langsung akan memberi kesedaran dan semangat kepada para pelajar untuk belajar dan berjaya. PIBG juga berperanan membantu pihak sekolah menangani pelajar bermasalah dengan bekerjasama mengadakan program pemulihan akhlak,kem bina semangat dan sesi kaunseling yang bertujuan memberi kesedaran, keinsafan dan semangat untuk belajar dan berjaya dalam pelajaran.Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah malah dapat meningkatkan prestasi akademik para pelajar. Di samping itu, PIBG juga berperanan sebagai entiti utama yang membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa dan method untuk meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar iaitu dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa di sekolah. Ia turut memberi peluang kepada ibu bapa dan guru untuk sama-sama memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka Dengan itu sebarang masalah dan kerumitan yang dihadapi dapat diatasi hasil dari perbincangan dan kerjasama antara PIBG dengan pihak sekolah. Kesimpulannya,memang tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan percapaian sekolah kerana persatuan berkenaan menjadi medium untuk mencetuskan hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. PIBG juga turut membantu pihak sekolah dalam pembangunan modal insan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri pelajar bagi melahirkan generasi pelajar yang berkualiti, bersepadu dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
Share this: