Anda di halaman 1dari 8

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN

PEMBANTU TADBIR GRED N 17/2006


(PERKERANIAN & OPERASI)

SOALAN OBJEKTIF

1. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mentadbir negara


supaya kepentingan rakyat terpelihara. Untuk maksud tersebut,
kerajaan telah menentukan perkara-perkara berikut untuk
dicapai kecuali ___________

A. Tujuan-tujuan

A. Objektif-objektif

B. Dasar-dasar

C. Peraturan-peraturan

2. Pejabat yang mengandungi dokumen terperingkat jika ditinggalkan


untuk jangka waktu yang singkat tanpa ditunggu hendaklah:-

A. dikunci dan tingkap-tingkap ditutup untuk menghindar


orang-orang yang tidak di benarkan dari masuk

2. di kawal oleh Pengawal Keselamatan yang bersenjata

C. dibukakan pintu serta kabinet bagi membolehkan rakan


kerja mengambil alih tugas

D. diberhentikan urusan pejabat untuk menghalang orang


awam berurusan

-1-
3. Sekiranya sesebuah Jabatan menghadapi masalah berkaitan
dengan penyusunan semula Jabatan atau masalah organisasi
seperti pembahagian fungsi-fungsi, Jabatan perlulah merujuk
kepada _______________ untuk mendapatkan nasihat.

A. MAMPU

B. JPM

C. JPA

D. INTAN

4. Tindakan berikut perlu diambil oleh petugas kaunter sebelum


memulakan tugas bagi memastikan perkhidmatan berjalan lancar
kecuali

A. Pastikan peralatan dan kelengkapan kerja berfungsi dengan


baik

B. Perkhidmatan diberi dengan cekap, tepat dan bersopan

C. Persekitaran kaunter bersih dan selesa

D. Papan tanda dan tunjuk arah dikemaskini

5. Rekod-rekod bernilai dan telah berumur lebih daripada ____ tahun


perlu dipindahkan ke Jabatan Arkib Negara

A. 20

B. 15

C. 10

D. 5

-2-
6. Semangat kerja berpasukan di kalangan anggota PKNS boleh
diperkukuhkan melalui tindakan-tindakan seperti berikut:-

A. Mengadakan latihan

B. Memberikan pengiktirafan

C. Mewujudkan struktur pasukan

D. Kesemua di atas

7. Semua surat-surat rasmi perlu mempunyai __________________


bertujuan untuk mengesan surat-surat dan untuk mengambil
tindakan susulan yang sewajarnya

A. Tajuk surat

B. Nombor Rujukan Fail

C. Alamat

D. Tarikh

8. Ciri-ciri yang baik bagi tempat menunggu yang selesa di kaunter


perkhidmatan ialah seperti berikut kecuali

A. Ruang menunggu yang mencukupi

B. Dilengkapi dengan telefon pejabat

C. Dibekalkan dengan bahan-bahan bacaan

D. Dilengkapi dengan tempat duduk yang selesa dan mencukupi

-3-
9. Dokumen-dokumen terperingkat ‘Rahsia Besar’ atau ‘Rahsia’ yang
di bawa keluar pejabat hendaklah mendapat kebenaran bertulis
daripada:-

A. Ketua Polis Negara

B. Pegawai Keselamatan Kerajaan

C. Ketua Setiausaha Kementerian

D. Pegawai Tadbir

10. Pelanggaran keselamatan dikatakan telah berlaku apabila


dokumen terperingkat:-

A. Hilang dalam simpanan

B. Diserahkan kepada pegawai berkenaan untuk tindakan

C. Diedarkan oleh Pencari Fail Jabatan

D. Menjadi terdedah kepada orang-orang yang tidak berkenaan

11. Kriteria-kriteria berikut digunakan dalam penilaian faedah-faedah


hasil sesuatu inovasi

A. Pengurangan kos operasi

B. Peningkatan tahap kepuasan pekerja

C. Peningkatan kualiti kerja

D. Pengurangan tenaga kerja

-4-
12. I) Merekodkan semua prosedur dan peraturan kerja untuk
dijadikan rujukan rasmi

II) Mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja

III) Menentukan peraturan Jabatan/ Pejabat dipatuhi

IV) Mengurangkan kesilapan-kesilapan operasi semasa


menjalankan tugas

Keterangan-keterangan di atas adalah menunjukkan kebaikan dan


faedah yang wujud dengan pelaksanaan dokumen-dokumen rujukan
rasmi.

Apakah dokumen-dokmen tersebut ?

A. Manual Prosedur Kerja

B. Fail Meja

C. Carta Aliran Kerja

D. A dan B

13. Salah satu daripada yang berikut bukan merupakan prinsip-


prinsip yang boleh menyokong Pengurusan Kualiti Menyeluruh
(TQM)

A. Sokongan pengurusan atasan

B. Mengutamakan pelanggan

C. Mengadakan pengukuran prestasi

D. Mengadakan tatacara penggunaan borang tindakan kerja

-5-
14. Perbuatan yang dilakukan untuk menghancur dan membinasakan
ketenteraman Malaysia dengan cara yang salah di sisi undang-
undang adalah merupakan suatu kegiatan :-

A. pengintipan

B. pengkhianatan

C. subversif

D. pemerasan

15. Encik Maidin yang bertugas di Cawangan Khas PDRM telah


menyediakan satu laporan yang jika kandungannya diberitahu
kepada orang lain tanpa kebenaran akan membahayakan
keselamatan negara. Oleh itu, laporan tersebut hendaklah
diperingkatkan sebagai:-

A. Terhad

B. Sulit

C. Rahsia

D. Rahsia Besar

16. Golongan orang ramai yang manakah anggota jabatan kerajaan


boleh menggunakan budi bicara untuk memberi keutamaan
layanan dalam konteks Hubungan Jabatan dan Orang Ramai

A. Perempuan Hamil

B. Pelajar

C. Anggota Keselamatan

D. Usahawan

-6-
17. Jabatan berikut boleh membantu dan memberi nasihat di dalam
urusan latihan pencegahan kebakaran

A. Jabatan Pertahanan Awam

B. Jabatan Bomba Dan Penyelamat

C. Pusat Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat

D. Pusat Latihan Jabatan Pertahanan Awam

18. Ketua Jabatan perlu menyemak dan jika perlu merendahkan


peringkat keselamatan sesuatu fail apabila pada satu-satu tarikh
fail itu

A. keselamatan kandungan fail menjadi kurang penting

B. tidak dirujuk lebih daripada 5 tahun

C. diasingkan untuk dihantar ke Arkib Negara untuk


dimusnahkan

D. kurang aktif

19. Sesebuah jabatan dikatakan sebagai produktif apabila ia dapat

A. menghabiskan input yang diperuntukkan dalam tempoh


masa yang di tetapkan

B. menggunakan input yang diperuntukkan dengan cara yang


paling optimum

C. mempelbagaikan penggunaan input yang diperuntukkan

D. menjimatkan penggunaan input yang diperuntukkan

-7-
20. Salah satu ciri-ciri perkhidmatan telefon yang berkualiti
adalah ‘Sistem Telefon Yang Memudahkan Perhubungan’.
Antara ciri-ciri moden yang perlu dilengkapi adalah :

I) Boleh menyusun panggilan masuk mengikut giliran

II) Jangan membiarkan pemanggil tertunggu-tunggu tanpa


alasan

III) Sambungan penting boleh berfungsi sebagai talian


terus bagi menerima panggilan masuk tanpa melalui
operator

IV) Boleh memainkan muzik atau menyampaikan


maklumat yang telah dirakamkan semasa menunggu
panggilan disambungkan

V) Senyum semasa bercakap

Pilih jawapan yang betul ialah ……..

A. I dan II

B. II dan III

C. I, III danIV

D. II, III dan IV

-8-