Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 1 Bincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh murid dalam mempelajari topik-topik berikut.

Juga berikan cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu murid mengatasi kesukaran dan miskonsepsi yang telah dinyatakan itu. i. Pengumpulan dan Pegurusan Data ii. Perwakilan Data iii. Sukatan Kecenderungan Memusat iv. Sukatan Serakan Jawapan: UNTUK SETIAP TOPIK Nyatakan sekurang-kurangnya DUA (2) kesukaran atau miskonsepsi yang biasa dihadapi. Untuk setiap kesukaran atau miskonsepsi berikan cadangan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu murid mengatasinya. Gunakan kreativiti anda dalam menghasilkan satu tugasan yang menarik bukan sahaja untuk dibaca malah yang paling penting adalah untuk faedah kita semua sebagai PENDIDIK.

CONTOH Jadual taburan kekerapan ialah satu kaedah dan tatacara untuk memperihalkan semua data yang terkumpul dan tidak terkumpul. Manakala, miskonsepsi adalah salah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep

matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan. Murid-murid sering melakukan kesilapan dalam matematik disebabkan miskonsepsi. Selagi kita tidak peka terhadap kesilapan yang mereka lakukan dan tidak bertanya mengapa mereka membuat kesilapan tersebut, kita tidak dapat membantu murid-murid memperbetulkan

kesalahan-kesalahan mereka. Sebagai seorang guru, apa saja cara kita memperbetulkan miskonsepsi murid-murid harus dipandu oleh pengetahuan kita mengenai bagaimana murid-murid belajar matematik. Pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep di samping penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah. Berikut adalah beberapa masalah miskonsepsi yang biasa berlaku dalam kalangan murid-murid hasil daripada kesukaran memahami masalah berkaitan

dengan konsep pembinaan jadual kekerapan relatif : Masalah keliru dengan maksud perkataan kekerapan dan kekerapan relatif yang sering dilakukan oleh murid. Contohnya, peratus sesuatu kelas yang dinyatakan dalam bentuk perpuluhan adalah dikenali sebagai kekerapan relatif. Di sini, kebanyakan

murid selalu menghadapi masalah mengenalpasti cara kiraan kekerapan dan kekerapan relatif. Kurang pembinaan kefahaman atau mengetahui langkah-langkah

taburan kekerapan. Terdapat segelintir murid

masih tidak mengetahui cara untuk menentukan lebar yang sesuai bagi satu kumpulan kelas dan memilih bilangan

kumpulan kelas bagi jadual. Satu lagi miskonsepsi yang kita dapat kenalpasti melibatkan kelas.Terdapat murid-murid yang membentuk selang

selang

kelas mengikut saiz kelas yang tidak sama. Pada peringkat sekolah, murid-murid adalah ditekankan untuk menggunakan saiz kelas yang sama.

Tajuk ini

sering

menimbulkan

kesukaran

di

kalangan

murid-

murid. Antara kesukaran yang sering dihadapi oleh murid-murid adalah berpunca daripada kefahaman yang salah tentang sesuatu konsep matematik atau miskonsepsi. Kesukaran ini sukar dikesan oleh murid-

murid sendiri. Sekiranya kesalahan ini tidak diperbetulkan dengan serta merta, ia akan terus kekal di dalam peringatan atau memori murid dan sukar diperbetulkan melain dengan tunjuk ajar yang berterusan. Oleh itu, peranan guru amat penting untuk mengesan kesukaran yang murid hadapi dan seterusnya mencuba mencari jalan mengatasinya. Selain itu,ibu bapa juga perlu memandang berat memastikan anak mereka menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam satu unit pembelajaran atau tajuk yang sudah ditentukan. Pengajaran konsep perlu diberi penekanan kepada semua murid.

Oleh yang demikian, elakkan daripada murid mempelajari sesuatu konsep secara menghafal formula Oleh itu, semata-mata, tanpa mencuba secara bermakna dengan

memahaminya.

pembelajaran

mengambil kira pengalaman murid sendiri amat digalakkan. Selain itu, untuk mengatasi masalah miskonsepsi guru boleh menjadikan konsep dan kaedah penyelesaian yang sedia ada jelas guru boleh cuba

dalam bilik darjah. Pada permulaan pengajaran,

menawarkan satu latihan yang terdapat adanya kemungkinan murid melakukan kesilapan. Ini bermaksud supaya murid menyedari tentang interpretasi intuitif dan yang kaedah sering penyelesaian dilakukan dan mereka dan

mendedahkan kesilapan

miskonsepsi

mereka jika ada. Murid-murid dikehendaki melakukan latihan tersebut secara individu tanpa bantuan daripada guru. Tidak ada pengajaran baru dilakukan dan guru juga tidak menunjukkan kesilapan dan miskonsepsi murid. Sebagai kesimpulannya, miskonsepsi lahir dari apa yang telah diajar. Walaupun pelajaran yang diturunkan oleh mereka tersebut tidak logik dan salah, tetapi dari segi perspektif kanak-kanak, ia sangat sesuai dan benar.

ANDA BOLEH HASILKAN YANG LEBIH BAIK DENGAN MEMASUKKAN JADUAL, IMEJ-IMEJ ATAU APA SAHAJA YANG DIFIKIRKAN TERBAIK UNTUK KEFAHAMAN ORANG YANG MEMBACANYA.

Anda mungkin juga menyukai