Anda di halaman 1dari 37

TUGASAN 1

Pengenalan

Di Negara Malaysia kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India. Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa. Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing. Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa. Masyarakat Melayu mengutamakan amalan budi kerana amalan ini merupakan jati diri setiap orang Melayu dalam masyarakat Melayu. Bagi masyarakat Melayu, keperibadian dan pembentukan sahsiah diri atau jati diri amat penting untuk membina peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak, dan berbudi. Justeru, terdapat pelbagai egen yang membentuk struktur kemasyarakatan dalam masyarakat umat Islam dan orang Melayu. i. Keluarga o Merupakan

egen

sosialisasi

utama

dalam

masyarakat

untuk

menjalankan tanggungjawab yang amat berat o Keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai keperibadian yang luhur dan suci dan terhindar dari gejala-gejala yang tidak sihat

ii. Masyarakat o Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial o Kawalan sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyarakat dan lain-lain atau berbentuk sekunder seperti undangundang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah, polis dan sebagainya

iii. Kerajaan/Pemerintah o Kerajaan dan pemerintah merupakan egen pembentuk masyarakat yang bertamadun dan harmonis

o Kejayaan pemerintah dapat dinilai menerusi gaya kepimpinanyang diterajui oleh pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan bersih, cekap dan amanah

Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi. (Pemikir AprilJun2003: 6) Kedua-dua aspek ini juga menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Proses sosialisasi ialah proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarakat tersebut.(Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001: 187) Pembudayaaan pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai (budaya) masyarakat yang dianggotainya. (Tamadun Islam dan Tamdun Asia 2001: 187) Kedua-dua proses ini dijalankan dalam kitaran hidup seseorang individu, tetapi yang terpenting adalah pada masa seseorang itu masih kecil iaitu dari tahap kelahiran hingga ke tahap remaja. Proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertujuan mengekalkan

kesinambungan budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001 : 191192).

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Cina

Masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri. Masyarakat Cina memuja nenek moyang dan tian (langit) di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan bintang, tanaman atau alam semula jadi. Ianya telah wujud dalam masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan.

Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. Bagi masyarakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat. Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme. Di samping itu ajaran seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral. Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua tersebut penting untuk mencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM: 2002: 306307)

Falsafah Konfusianisme

Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius (551SM-479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh sebab itu manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu: i. Perikemanusiaan (ren)

ii. Kewajaran (yi) iii. Kesusilaan (li) iv. Kearifan (zhi)

Ajaran Konfusius

Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai wulun, iaitu: i. Raja dengan menteri

ii. Ayah dengan anak iii. Suami dengan isteri iv. Abang dengan adik v. Kawan dengan kawan

Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai murni yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasasma tanpa mengira bangsa.

Ajaran Buddhisme

Ajaran

Buddhisme

mementingkan

kesederhanaan

di

mana

asas

pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan.

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakt India

Masyarakat India kebanyakkan beragama Hindu. Bagi masyarakat India, keluarga merupakan unit asas dan terpenting. ( Azhar Hj. Md Ars dan Azharuddin Mohd Dali 2000 : 164 ). Masyarakat India juga mengamalkan sistem bersama (joint family). Apa yang dititikberatkan dalam masyarakat India ialah perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda. Sistem keluarga bersama juga mengalami kemorosotan kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran-cabaran semasa dan arus pemodenan terutama pengaruh daripada Barat menerusi media massa dan ICT. Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma, iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan. Apa yang dimaksudkan dengan empat objektif mulia ini ialah: i. Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini. ii. Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal. iii. Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makanan dan pakaian ahli keluarga. iv. Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan keIja amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 359-360). keluarga

Secara keseluruhannya, agama Hindu menitk beratkan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadapa makhluk yang lain sama ada manusia atau haiwan. Sekiranya mereka mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai darjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran. Sekiranya sebaliknya mereka akan dilahirkan dengan darj at yang rendah. Proses ini berterusan sehingga individu dapat membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 360).

Natijahnya,penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan dan dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari ini. Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakan entiti terbesar dalam negara kita iaitu Melayu, Cina dan India menyeru serta mengajak penganutnya agar berakhlak mulia. Ketiadaan penghayatan nilainilai murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif. Kerajaan telah berusaha dalam menangani permasalahan tersebut dan sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan percambahan minda agar masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Oleh sebab itu setiap warganegara Malaysia perlu mengbayati nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran agama masing-masing.

TUGASAN 2

Pengenalan Sosialisasi merupakan proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai,sikap ,kemahiran yang dipunyai oleh keluarga/ masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut.Sosialisasi dapat membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna. Misalnya seorang guru akan sedar dan tahu peranan dan tanggungjawab tentunya akan mengasuh dan menyayangi anak muridnya.Seorang anak dan pelajar juga akan tekun belajar jika ia sedar bahawa itu adalah tanggungjawabnya dan harapan ibu bapanya.Jadi, sosialisasi menyedarkan seseorang tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Sosialisasi dapat membantu mengekalkan idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat supaya terus kekal walaupun ahli-ahli masyarakatnya silih berganti.Melalui sosialisasi kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

PROSES SOSIALISASI

Proses sosialisasi diawali dari lingkungan keluarga atau kelompok yang ada di sekitar kehidupannya. Proses sosialisasi menjadikan seseorang tahu dan memahami bagaimana seseorang menjalankan hak-hak dan kewajiban berdasarkan peranan-peranan yang dimilikinya. Berikut ini beberapa definisi sosialisasi menurut para ahli, sebagai berikut. a. Koentjaraningrat Proses sosialisasi adalah proses belajar yang dialami individu sejak masa kanak-kanak sampai masa tuanya. Ia belajar pola-pola tindakan dalam interaksi dengan segala macam individu sekeliling yang mengembangkan aneka peran sosial yang ada dalam kehidupan sehari-hari.

b.

Peter Berger Proses sosialisasi adalah suatu proses di mana seorang anak belajar menjadi seseorang anggota yang berprestasi dalam masyarakat.

c.

Charlotte Buhler Proses sosialisasi adalah proses yang membantu individu-individu belajar dan menyesuaikan diri, bagaimana cara hidup dan berfikir kelompoknya agar dia dapat berfungsi dalam kelompok.

sosialisasi primer (permulaan)

PROSES SOSIALISASI

sosialisasi semula (resosialisasi)

sosialisasi sekunder (penyertaan)

Rajah 1 : Proses Sosialisasi

Proses sosialisasi berlaku dalam tiga jenis. Pertama, sosialisasi primer (permulaan) iaitu proses ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari konsep diri, psikomotor, penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarganya. Kedua, sosialisasi sekunder (penyertaan) iaitu berlaku pada peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pada peringkat ini akan berlaku proses pengembangan konsep diri, menerima konsep baru, berlaku perubahan dan penyesuaiaan akibat daripada interaksi dengan rakan sebaya sekolah, media massa dan masyarakat. Ketiga, sosialisasi semula (resosialisasi).Proses ini mungkin berlaku atau tidak berlaku pada seseorang. Sosialisasi semula ini berlaku akibat daripada perubahan secara drastik, mendadak, radikal atau terpaksa yang dialami oleh seseorang. Misalnya berlaku akibat kemalangan, revolusi, peperangan, perubahan kepercayaan, bencana ,ketagihan dadah dan perubahan politik. Konsep kendiri sikap dan taakulan seseorang itu akan berubah dengan cepat akibat daripada situasi diatas.

PERKAITAN SOSIALISASI DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB

Pada dasarnya proses sosialisasi dapat dibezakan menjadi empat jenis. Keempat jenis proses sosialisasi itu dihuraikan seperti berikut.

Bersifat Rasional (Instrumental) Tindakan sosial yang bersifat rasional adalah tindakan sosial yang dilakukan dengan pertimbangan dan pilihan secara sedar (masuk akal). Hal ini bermaksud tindakan sosial itu sudah dipertimbangkan masak-masak tujuan dan cara yang digunakan untuk mencapai tujuan tersebut. Hal ini dapat dikaitkan melalui tindakan membantu ahli keluarga sebagai satu tanggungjawab seorang anak. Contohnya membantu ibu bapa menjaga adik-adik selaku seorang anak sulung sewaktu ketiadaan ibu bapa.

Berorientasikan Nilai Tindakan sosial yang berorientasikan nilai dilakukan dengan mengambil kira manfaat, sedangkan tujuan yang ingin dicapai tidak terlalu dipertimbangkan. Tindakan ini menyangkut kriteria baik dan benar menurut penilaian masyarakat. Bagi tindakan sosial ini yang penting adalah kesesuaian tindakan dengan nilai-nilai dasar yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Contohnya: tidak pernah

mempersoalkan mengapa kita harus makan dan minum dengan tangan kanan. Tindakan tersebut kita lakukan kerana pandangan masyarakat yang menekankan kalau makan dan minum dengan tangan kanan lebih sopan daripada dengan tangan kiri.

Tradisional Tindakan sosial tradisional adalah tindakan sosial yang menggunakan pertimbangan keadaan kebisaaan yang telah berlaku dan ada dalam kalangan masyarakat. Oleh kerana itu, tindakan ini cenderung dilakukan tanpa suatu rencana terlebih dahulu, baik destinasi maupun caranya, kerana pada dasarnya mengulang dari yang sudah dilakukan. Contohnya: upacara-upacara adat yang berlaku di dalam kalangan orang melayu ynag masih menebal,seperti membantu jiran tetangga sewaktu persiapan majlis perkahwinan(rewang). Kegiatan tersebut dilakukan mengikuti kebiasaan yang telah turun-temurun.

Afektif Tindakan sosial afektif adalah tindakan social yang sebahagian besar tindakannya dikuasai oleh perasaan (afektif) ataupun emosi, tanpa melakukan pertimbangan yang matang. Perasaan marah, cinta, sedih, gembira muncul begitu saja sebagai reaksi spontan terhadap situasi tertentu. Oleh sebab itu tindakan sosial itu boleh digolongkan menjadi tindakan yang tidak rasional. Contohnya seorang ibu yang sayangkan anaknya sanggup masuk ke dalam rumah yang marak terbakar untuk menyelamatkan anaknya.

TUGASAN 3

Isu cetak rompak di Malaysia bukanlah masalah baru di negara ini, masalah kegiatan haram ini telah berlaku sejak sekian lamanya. Jika ditinjau dari sudut pengertiannya, cetak rompak ialah satu pencabulan hak cipta yang bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta tanpa izin, iaitu mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta itu. Hak cipta adalah sejenis harta intelektual dimana ia boleh wujud dalam berbagai-bagai karya kreatif, hasil kerja intelektual atau berseni, ia termasuklah gubahan muzik, filem, drama, rakaman audio, perisian dan sebagainya. Secara amnya cetak rompak ataupun barang peniruan adalah merupakan barang yang dihasilkan semula dan serupa dengan barang asli (Gael & Christopher, 1994). Jika ditinjau dalam situasi yang berlaku di Malaysia ini, kegiatan cetak rompak pada mulanya bermula sebagai sebuah industri belakang rumah yang bermaksud aktiviti perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dan tersembunyi. Selepas itu, kegiatan ini telah berkembang menjadi sebuah sindiket jenayah terancang yang didalangi oleh kumpulan berpengaruh dari dalam dan luar negara. Hal ini dibuktikan melalui modus operandi yang dijalankan oleh mereka yang agak terancang dan meluas serta tidak hanya terhad kepada pasaran tempatan sahaja. Menurut bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang pada ketika itu dijawat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau mengatakan bahawa masalah kegiatan cetak rompak ini sukar diatasi kerana ia melibatkan hubungan rangkaian jenayah terancang antarabangsa. Sindiket itu juga licik mengelak segala peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa. Sebagai contoh, apabila kerajaan membekukan pengimportan mesin membuat cakera optik (CO), mereka membawa masuk peralatan tersebut secara berasingan (dismantle units) dan mengisytiharkan ia sebagai produk komputer. Harga sebuah mesin membuat cakera optik (CO) dikatakan bernilai hampir RM4 juta. Salah satu faktor utama yang menyebabkan masalah ini masih berleluasa di negara ini ialah harga produk atau barangan cetak rompak yang jauh lebih murah

daripada barangan tulen. Lazimnya barangan cetak rompak seperti VCD, CD, perisian komputer dan sebagainya dijual dengan harga yang lebih murah kerana mereka yang terlibat dalam pengeluaran barangan ini hanya memerlukan kos yang rendah dan tidak perlu membayar bayaran royalti kepada pengeluar asal barangan tersebut. Apabila kos pengeluarannya murah, maka produk cetak rompak juga dapat dijual dengan harga yang murah. Sebagai contohnya, mengikut harga pasaran, para pengguna dapat membeli tiga keping CD dengan hanya RM10. Jika dibandingkan dengan harga CD yang asli, pengguna perlu membayar dua kali ganda daripada harga tiga keping CD cetak rompak tersebut semata-mata hanya untuk membeli sekeping CD asli sahaja. Fenomena cetak rompak seperti ini dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk membelinya dengan murah. Bagi pelajar yang belum lagi mempunyai pendapatan tetap mereka juga mampu membeli barangan cetak rompak, apatah lagi golongan remaja ini mempunyai minat yang lebih tinggi untuk menikmati filem-filem sensasi mahupun muzik cita rasa golongan ini sehingga sanggup untuk membeli barangan cetak rompak tanpa perlu menghabiskan wang yang lebih untuk membeli barangan yang asli. Penjualan barangan cetak rompak di tempat-tempat terbuka menyebabkan masalah cetak rompak ini masih belum diatasi sepenuhnya. Penjualan cetak rompak ini biasanya dijalankan di tempat-tempat awam seperti pasar malam, di kaki lima, pasar raya dan sebagainya. Hal ini memudahkan lagi aktiviti jual beli diantara pengguna dengan wakil atau agen pengeluar cetak rompak ini. Apabila keadaan seperti ini berlaku maka ramailah yang akan bertindak untuk membeli barangan cetak rompak daripada membeli barangan yang asli. Hal ini kerana pengguna terdorong untuk membelinya kerana ia mudah didapati di samping harganya yang memang murah. Terdapat juga para peniaga barangan cetak rompak yang pandai memujuk para pengguna untuk membeli jualan cetak rompak mereka, sebenarnya perkara inilah yang menyebabkan kegiatan cetak rompak masih terus terjadi ditambah lagi dengan sikap para pengguna yang mempunyai tahap kesedaran yang rendah mengenai hal-hal berkaitan harta intelek. Teknologi yang canggih juga mendorong kepada penularan kegiatan ini dalam masyarakat di negara ini. Dengan adanya teknologi yang canggih ini, pihak yang terlibat dalam barangan cetak rompak dapat menghasilkan produk tiruan yang serupa dengan produk yang asal. Mesin pencetak CD dan VCD dimanfaatkan

sepenuhnya untuk mengeluarkan CD dan VCD cetak rompak. Dengan adanya teknologi komputer, perisian-perisian program komputer tertentu dapat dicetak rompak dan seterusnya dijual kepada pengguna komputer yang memerlukan perisian tersebut dengan harga yang lebih murah. Penyalahgunaan teknologi komputer juga dapat dilihat melalui pengunaan rangkaian internet yang dijadikan sebagai medium penyebaran produk cetak rompak. Sebagai contohnya pengguna tidak perlu membeli filem atau album artis yang asli di pasaran tetapi hanya perlu memuat turun benda-benda yang dicetak rompak tersebut daripada internet sahaja. Selain itu, dengan adanya alat telekomunikasi canggih seperti telefon mudah alih juga ia dapat membantu pengedar barangan cetak rompak ini daripada dikesan oleh pihak berkuasa. Dari segi sosial, kegiatan cetak rompak boleh membawa kesan negatif terhadap masyarakat. Dengan wujudnya kegiatan ini maka video-video yang berunsur negatif seperti video lucah mudah didapati oleh para pelanggan, hal ini kerana video seperti ini dapat dicetak dengan mudah dan dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak melalui kaedah cetak rompak. Para pelanggan khususnya remaja dan pelajar mudah terpengaruh dengan video seperti ini dan kesannya mereka mudah terlibat dengan kes-kes jenayah seksual dan maksiat seperti terlibat dengan kes rogol dan menjalankan hubungan seks luar nikah. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa kesan daripada barangan cetak rompak ini boleh membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral masyarakat khususnya mereka yang terdiri daripada golongan remaja. Selain itu juga, kegiatan cetak rompak ini juga boleh membawa kepada jenayah-jenayah lain. Sebagai contohnya pertelingkahan antara pengusaha cetak rompak yang berebut hak mengeluarkan barangan cetak rompak dan berebut kawasan penjualan barangan cetak rompak mereka. Perkara tersebut dilakukan semata-mata hanya untuk mengurangkan pesaing mereka agar mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih, implikasi daripada hal tersebut maka berlakulah pergaduhan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan membabitkan penglibatan kongsi gelap dan gengster. Secara ringkasnya, semua situasi ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes-kes jenayah di negara ini, sekali gus menunjukkan bahawa negara ini dilabel sebagai sebuah negara yang tidak selamat. Berdasarkan kesemua faktor-faktor masalah cetak rompak tersebut menurut pandangan saya, kawalan kendiri adalah merupakan faktor yang penting. Hal ini

adalah kerana jika seseorang individu itu mempunyai kawalan kendiri yang tinggi dia akan mampu menilai akibat tindakan yang akan dilakukannya sebelum melakukan sesuatu perkara sama ada perkara yang dilakukan tersebut membawa kepada kesan baik ataupun kesan buruk. Kawalan kendiri ini sebenarnya akan turut mempengaruhi secara langsung kesemua faktor-faktor yang menyebabkan

penglibatan mereka dengan masalah ini.

TUGASAN 4

Rajah 2: Abdullah Munsyi

Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin

Abdul Kadir

Munsyi(1796-1854) berasal dari keturunan Arab dari Yaman. Beliau dilahirkan pada tahun 1797 di Melaka dan meninggal dunia pada bulan Oktober 1854 di Jedah, Arab Saudi. Walaupun beliau merupakan seorang guru agama dan guru bahasa Arab, beliau juga menguasai bahasa Tamil, Hindustani, Inggeris, Sanskrit dan Melayu Abdullah menghabiskan masa kanak-kanaknya di Melaka. Ia mula belajar menulis pada usia empat tahun dengan tulisan cakar ayam. Semasa beliau berumur enam tahun, beliau telah menghidap penyakit disentri. Setahun kemudian, ketika kebanyakan rakan-rakannya sudah fasih membaca Al-Quran, beliau masih lagi belum boleh menguasai kemahiran membaca Al-Quran. Maka beliau pun meiru tulisan-tulisan bahasa arab dengan pen. Bapanya menjadi marah kerana beliau tercicir dari rakan-rakan lain dan terus menghantar beliau ke Sekolah Kampung Pali (Kampung Pali Qoran School). Semasa berada di sekolah tersebut, beliau dipaksa belajar menulis dengan ayahnya. Ayahnya memang terkenal dengan watak yang tegas. Ayahnya juga selalu menyuruh Abdullah Munsyi menulis nama-nama orang yang dijumpainya di masjid. Quran

Ayahnya juga turut menyuruh Abdullah menyalin keseluruhan ayat Al-Quran dan menterjemahkan teks-teks Arab kepada Bahasa Melayu. Pada usianya menjangkau sebelas tahun, beliau sudah memperoleh wang sendiri hasil upahnya menyalin teks al-quran. Tiga tahun kemudian beliau mula mengajar agama bagi sebahagian besar tentera muslim India yang ditempatkan dibenteng Melaka. Para tentera memanggilnya Munsyi yang bermaksud guru bahasa dan gelaran tersebut kekal hingga akhir hidupnya. kerjaya Abdullah bermula dengan menolong bapanya menyalin dokumendokumen penting. Beliau mengajar bahasa Ibunda kepada askar-askar India dan British.Beliau bekerja sebagai seorang pentafsir dan jurutulis kepada Sir Stamford Raffles. Kecekapan beliau bertutur dan reputasi sebagai seorang guru telah melayakkan beliau diberi nama Munsyi oleh Tuan Raffles. Selain itu, Abdullah juga membantu orang-orang yang beragama Kristian untuk mentafsir dan mencetak sebahagian daripada kitab Injil (ke Bahasa Melayu) dan mentafsirkan cerita-cerita turun temurun Hindu.

4.1

PENDAPAT TENTANG ABDULLAH MURSYI

Pada pendapat saya, Abdullah munsyi merupakan seorang yang berjiwa besar. Selain beliau juga seorang yang rajin mendalami ilmu. Tidak kira apa juga bidang, baginya semua ilmu itu haruslah dipelajari. Beliau juga seorang yang gigih berusaha. Walaupun sepanjang kehidupan dan perjuangan beliau dalam menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu, beliau tetap tidak berputus asa. Sebagai contoh, sewaktu beliau kecil,mengidah sejenis penyakit dan sentiasa sakit. Namun ini tidak menghalang beliau untuk menimba ilmu. Beliau juga pernah sakit sehingga terpaksa menjalani pembedahan,kemudian kematian isterinya,namun beliau tetap meneruskan tugas beliau. Abdullah munsyi juga merupakan seorang guru yang luas pengetahuannya. Beliau tidak memilih sesiapa untuk menjadi muridnya. Malahan untuk menimba ilmu juga , beliau tidak memilih siapa dan dimana untuk beliau menuntut ilmu.

Tidak kira penduduk setempat mahupun orang asing. Pemikiran beliau sangat bernas dan mempuyai gaya pemikirannya yang tersendiri sehingga beliau dikenali sebagai bapa kesusasteraan moden oleh kebanyakan orang. Idea dan gaya penulisannya langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana penulis walhal pada ketika itu kebanyakan penulis hanya meulis tentang, misteri, hikayat dan dongeng dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kebanyakan daripada hasil karya beliau berkisarkan tentang kehidupan seharian masyarakat melayu setempat. Banyak hasil karya yang beliau tinggalkan masih kekal hingga kini. Abdullah juga seorang yang berpandangan ke hadapan dan berani mencuba sesuatu yang baru. Ia jelas dapat dilihat kerana beliau, merupakan pengkarya melayu yang pertama yang tidak mengikut corak penulisan tradisional dan oleh kerana itu beliau telah di gelar Bapa Kesusasteraan Melayu moden. Antara karyakarya yang telah di hasilkan oleh beliau ialah Syair Singapura Terbakar (1830), Dawail Kulub (1838), Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura ke Kelantan (1838) , Syair Kampung Gelam Terbakar (1847), dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Negeri Jeddah (1854 tidak tamat). Beliau telah memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu pada zaman tersebut.menerusi karya-karya yang dihasilkan oleh beliau. Karya yang dihasilkan di olah dengan gaya bahasa yang tersendiri dan indah serta menggunakan kosa kata yang banyak mengungkap perkara-perkara yang baru akibat pertembungan budaya barat dan timur. Beliau juga menghasilkan karya berdasarkan pengamatannya terhadap sesuatu perkara. Selain itu,pada pandangan saya Abdullah Munsyi tidak berfikiran kolot dan berpegang teguh pada agama Islam dengan tidak mempercayai sesuatu yang tahyul melalui penghasilkan karya yang tidak terikat dengan corak penulisan lama seperti terdapatnya cerita mitos/donggeng, alam ghaib dan ajaib. Hal ini demikian kerana beliau ingin menghasilkan sesuatu lain daripada yang lain. Mungkin juga kerana corak penulisan tradisional tidak lagi sesuai digunakan dan sudah tiba masanya berlaku pembaharuan dalam sastera melayu dan penggunaan bahasa melayu. Beliau juga merasakan dengan menyelitkan unsur-unsur mitos atau alam ghaib tidak akan membantu perkembangan minda bahasa pembaca kerana perkara tersebut hanya mitos dan bukannya benar-benar berlaku dalam kehidupan. Beliau

berpendapat dengan menghasilkan buku berdasarkan pengalaman beliau dapat mengajar generasi-generasi zaman kini dan pembaca tentang sesuatu perkara yang dialami oleh beliau dan fahami maksud yang ingin di sampaikan oleh beliau. Selain itu, pembaca dapat pelajari perkataan-perkataan baru yang ditulis oleh beliau. Abdullah Munsyi melalui penulisannya cuba menyampaikan mesej yang membawa kita melihat dari sudut pandangan positif mengenai penjajah kerana tanpa mereka kita mungkin tidak akan maju. Melalui penulisannya, beliau cuba membawa penduduk tanah melayu supaya mereka lebih berfikiran jauh dan positif menerima sesuatu. Dari falsafah beliau seperti dibawah, dapat dilihat kepentingan ilmu kepada Abdullah Munsyi. Jikalau sekiranya ada umur-umur seribu tahun sekalipun, maka janganlah engkau takut membelanjakan dia sebab menuntut ilmu, itu kerana dapat tiada segala hamba Allah dalam dunia ini semuanya mengkehendaki kebesaran, ilmu itulah tangganya. Abdullah Munsyi juga telah memberikan kritikan yang pedas di dalam penulisannya kepada golongan raja melayu dan golongan elit melayu di atas sikap golongan tersebut serta komen dan kritikan terhadap penjajah inggeris. Keberanian beliau itu,pada pandangan saya telah di sifatkan sebagai fenomena baru dalam dunia penulisan melayu. Beliau berbuat sedemikian kerana ingin menyedarkan golongan tersebut yang perbuatan sebegitu tidak di terima oleh orang lain. Dalam Kisah Pelayaran Abdullah, beliau menegur penguasa feudal Melayu bahawa adalah menjadi tuntutan agama agar mereka memerintah dengan adil, menjaga kebajikan rakyat, dan bukan pada berfoya dan berleka makan candu dengan membuat rujukan kepada kitab Taj us Salatin, yang meletakkan memerintah secara adil kepada pemegang kuasa. Kesimpulannya,pada pendapat dan pandangan saya, Abdullah Munsyi merupakan sastera Melayu yang amat dikagumi kerana beliau berani dalam melakukan sesuatu dan menghasilkan sesuatu karya yang lain daripada yang lain serta seorang yang berfikiran jauh dan memandang sesuatu perkara dari sudut positif dan negatif .

4.2

SUMBANGAN ABDULLAH MUNSYI

MENITI masa menuju kemodenan, Abdullah Abdul Kadir atau digelar Abdullah Munsyi dinobatkan masyarakat terutama pengkaji sejarah sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden lantaran pemikiran dan karyanya ketika itu dianggap menentang arus. Tidak seperti kebanyakan karya Melayu lama ketika itu yang lebih kepada dongeng, alam ghaib dan mistik; hasil penulisan Abdullah sebaliknya berdasarkan pengamatan, pengalaman dan ilmu pengetahuan. Pengkaji Budaya Melayu, Prof Madya Dr Hanapi Dollah, berkata hujah Abdullah dalam pelbagai bidang seperti masyarakat, agama, politik, ekonomi dan moral menerusi karyanya didapati mendahului zaman. Contohnya gagasan Melayu Boleh atau Malaysia Boleh bukanlah sesuatu baru tetapi sudah lama diutarakan Abdullah yang yakin orang Melayu boleh maju sekiranya mampu melakukan perubahan dan meninggalkan pola kehidupan lama dan usang. Seperti kepentingan modal insan yang dilaksanakan kerajaan baru-baru ini, Abdullah Munsyi sudah menekankan mengenai pentingnya perkara itu seawal abad ke-18 lagi, katanya yang juga pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (FSSK-UKM). Selain sebagai pejuang bahasa lantaran minatnya dalam mengkaji struktur pelbagai bahasa, Abdullah juga seorang pemikir dan intelektual bangsa yang wujud pada zaman silam yang mana hujah kritis dan gagasannya banyak memberi panduan mengenai pelbagai aspek kehidupan. Mengikut Dr Hanapi, antara gagasan Abdullah pada abad ke-18 yang didapati masih kekal sehingga kini:

Pemodenan Gagasan kemodenan Abdullah bertitik tolak daripada pengalamannya yang melihat kemajuan yang dicapai Inggeris ketika itu. Bagaimanapun, kemodenan itu disesuaikan dengan acuannya sendiri yang masih mengekalkan kepentingan Islam dalam menguruskan kehidupan.

Ilmu pengetahuan Pembentukan bangsa berilmu dan kepentingan menuntut ilmu menjadi gagasan yang ditimbulkan secara terus-menerus sama ada menerusi kisahnya atau tulisannya. Pada pandangan beliau, ilmu adalah asas kehidupan dan penjana peradaban. Dalam Hikayat Abdullah, ditekankan usaha dan cara mendapatkan ilmu dan kepentingannya; Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan pula menekankan betapa perlunya anak raja menuntut ilmu. Abdullah turut menunjukkan teladan menerusi usahanya dalam aspek ini.

Adat dan kepercayaan Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutama kepercayaan karut marut dan bertentangan dengan Islam yang masih kuat dipegang masyarakat pada zamannya. Antara adat usang yang dibidas Abdullah adalah beliau merasakan tidak munasabah apabila seseorang melalui kampung diraja, mereka dilarang berpayung, memakai kasut dan berpakaian kuning, golongan diraja tidak dibolehkan berniaga selain perbuatan larangan yang kononnya akan mendatangkan kecelakaan jika dilakukan walaupun tidak berasas. Beliau turut menolak kepercayaan terhadap pawang gajah yang kononnya memiliki kuasa mistik untuk menangkap haiwan itu. Sebaliknya beliau mendapati pawang itu mengepung gajah tanpa memberi makanan atau minum dan apabila haiwan itu lemah, barulah pawang itu menangkapnya.

Abdullah berpendapat punca kejumudan adat dan kepercayaan karut marut itu adalah kurangnya beriman seseorang itu terhadap Allah dan Rasul.

Ekonomi Catatannya mengenai ekonomi jelas menerusi sejarah kehidupan diri dan keluarganya di Melaka yang sememangnya terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa ketika itu. Beliau menyatakan kesilapan yang diamalkan sistem ekonomi tradisional pada negeri biasa dan negeri kolonial dalam pelayaran ke Kelantan. Di Pahang misalnya, beliau melihat banyak tanah yang tidak diusahakan serta penduduk yang menganggur dan berlakunya pembaziran faktor pengeluaran sumber dan buruh.

Keadilan Abdullah mempertikai konsep perbezaan taraf di dalam amalan sistem masyarakat Melayu ketika itu yang membolehkan kalangan kelas bangsawan berbuat apa saja kepada kelas bawahan, rakyat ibarat hamba kepada golongan bangsawan. Beliau menuntut kesamarataan dalam gagasannya seperti diamalkan masyarakat Inggeris malah gagasan itu tidak saja diluahkan menerusi tulisan tetapi secara lisan kepada raja Melayu.

Feminisme Lama sebelum golongan wanita memperjuangkan hak feminisme, Abdullah terlebih dulu membicarakan hal ini lewat penulisannya yang antara lain membidas sikap lelaki malas sehingga menyebabkan tanggungjawab lelaki dan suami seperti diajar Islam dilakukan wanita.

Dalam masa sama, beliau memaparkan persoalan feminisme lebih menarik dengan menyatakan wanita Melayu mendapat kebebasan tidak terhad untuk bergerak.

4.3

NILAI-NILAI MURNI DAN KEGURUAN

Sebagai seorang guru yang memiliki peribadi yang sangat mulia, terdapat beberapa nilai-nilai murni dan nilai-nilai keguruan yang boleh dilihat dalam diri Abdullah Munsyi.

Gigih belajar

Cintakan ilmu

Rajin & dedikasi

NILAINILAI MURNI
Rajah 3 : Nilai-nilai murni keguruan

Keberanian

Membesar sebagai manusia yang berpengetahuan dan cintakan ilmu, Abdullah Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi, kemudian menjadi antara penduduk Melaka yang sangat dihormati dan dikagumi penjajah ketika itu iaitu Inggeris. Hal ini jelas kerana sepanjang hidup, beliau sering menuntut ilmu dari pelbagai cara,bermula dari zaman kanak-kanak sehingga beliau lebih

matang dan mampu berdikari pada usia yang muda jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seusia dengannya.Beliau menuntuk ilmu tidak kira siapa pun gurunya.Kehadiran Abdullah membuktikan kepada Inggeris bahawa dalam

masyarakat Melaka yang dijajah mereka, ada golongan intelek tempatan yang hebat. Daripada Abdullah jugalah kemudian penjajah Inggeris itu berguru mempelajari Bahasa Melayu. Abdullah adalah seorang yang gigih belajar. Dia tidak mengira siapa atau mana asal usul gurunya asalkan dia mendapat pengetahuan baru. Paling digemarinya adalah bidang bahasa dan tanpa jemu dia meluaskan pengetahuan mengenai kata dari aspek simpulan, ikatan, rangkai kata, kuasa, tujuan dan ilmu bahasa. Selain bahasa Melayu, turut dipelajarinya bahasa Tamil, Arab dan Inggeris. Walaupun pada usia beliau yang sudah tua,beliau terus membuat penulisan untuk menambah ilmu. Selain itu,pada usia 27 tahun,beliau masih menuntut ilmu daripada orang asing. Jelas menunjukkan beliau seorang yang dahagakan ilmu. Nyata sikap rajin dan dedikasi dalam tugas yang terserlah menerusi peribadi Abdullah tidak saja membuatkan Raffles menyenanginya tetapi turut membenihkan rasa hormat dan kagum di kalangan Inggeris terhadap anak watan itu. Kerajinan dan dedikasi beliau bukan sahaja dari segi mengajarkan ilmu, malah beliau juga rajin menuntut ilmu walaupun ketika itu pihak British telah menganggap beliau merupakan antara penduduk Tanah Melayu yang mempunyai banyak ilmu. Kerajinan Abdullah Munsyi ini jelas ditunjukkannya sejak usianya baru setahun jagung lagi. Sewaktu kecil, beliau sudah mula pandai mencari pendapatan sendiri dengan menjual layanglayang dan menulis semula naskhah Al-Quran. Selain dari itu, sebagai seorang guru, Abdullah Munsyi juga berani menegur masyarakat ketika itu yang rata-ratanya masih lagi mengamalkan kepercayaan karut dan mistik. Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutama kepercayaan karut marut dan bertentangan dengan Islam yang masih kuat dipegang masyarakat pada masa itu.Antara adat usang yang dibidas Abdullah adalah beliau merasakan tidak munasabah apabila seseorang melalui kampung diraja, mereka dilarang berpayung, memakai kasut dan berpakaian kuning, golongan diraja tidak dibolehkan berniaga selain perbuatan larangan yang kononnya akan mendatangkan kecelakaan jika dilakukan walaupun tidak berasas. Beliau turut menolak

kepercayaan terhadap pawang gajah yang kononnya memiliki kuasa mistik untuk menangkap haiwan itu. Sebaliknya beliau mendapati pawang itu mengepung gajah tanpa memberi makanan atau minum dan apabila haiwan itu lemah, barulah pawang itu menangkapnya. Abdullah berpendapat punca kejumudan adat dan kepercayaan karut marut itu adalah kurangnya beriman seseorang itu terhadap Allah dan Rasul. Sebagai seorang guru,yang bercita-cita untuk menjadi guru yang dikatakan bak pepatah, harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama ciri-ciri dan nilai murni keguruan yang terdapat pada Abdullah Mursyi patut dicontohi. Sikap dan amalan nilai murni tersebut akan melahirkan seorang guru yang berdedikasi dan juga padat dengan ilmu pengetahuan.

TUGASAN 5

PUTERI DIANA

MOTHER THERESA

Nama sebenarnya Diana Frances MountbattenWindsor; nee Lady Diana Spencer

Nama sebenar Agnes Gonxha Bojaxhiu Dilahirkan pada 26 Ogos 1910 di Skopje, Macedonia

LATAR BELAKANG/ KELUARGA

Dilahirkan pada 1 Julai 1961, Park House, Sandringham England

Beliau adalah putri termuda dari 3 bersaudara kepada pasangan Nikoll and Drandafille Bojaxhiu.

Anak bongsu kepada Edward Spencer dan Frnces Spencer

Dibaptiskan di Gereja St Mary Magdalene

Taat setia pada agamanya Christian Katolik

TARAF PERKAHWIN AN

Melangsungkan perkahwinan dengan putera Charles pada tahun 1981 Dikurniakan 2 orang putera iaitu putera William dan HArry

Tidak pernah berkahwin

Menerima pendidikannya di riddlesworth Hall di Norfolk dan di West Heath Girls School, Seenoaks, Kent Mempelajari bahasa Inggeris di Rathfarnham, Ireland. Menjadi biarawati pada usia 12 tahun Menyertai Sisters of Loreto pada usia 18 tahun. Bergelar guru Inggeris pada tahun 1929 Menyampaikan ajaran di perkampungan terpencil, Darheeling (kaki gunung Himalaya, India)

Pelajar berprestasi rendah dan gagal dalam peperiksaan O-Level

PENDIDIKAN

1977,ketika berusia 16 tahun, berpindah ke Institut Alpin Videmanette di Switzerland dari West Heath Girls School yang menitikberatkan pendidikan budaya dan menyediakan pelajarpelajarnya untuk aktiviti sosial.

Gemar membuat kerja amal Pengaruh besar kepada menghalang penggunaan periuk api

Menjadi ibu ngkat kepada berjuta-juta penduduk miskin di India melalui usahanya dalam mengasaskan Pertubuhan Missionaries of Charity di Calcutta India 1950.

Orang pertama yang dianggap berprofil tinggi, tetapi sengaja memegang mangsa penyakit HIV dengan menukarkan persepsi masyarakat dunia terhadap mangsa HIV dan membuat lawatan ke hospital.

Membela nasib golongan yang mengidap penyakit HIV AIDS Membina lebih 610 pusat pemulihan di 123 buah negara disamping mewujudkan pelbagai bentuk pusat bantuan golongan fakir miskin di seluruh dunia.

SUMBANGAN

Berkunjung ke Angola sebagai sukarelawan Palang Merah Antarabangsa (VIP) untuk melawat mangsa korban periuk api.

Menjadi guru di sebuah perkampungan kecil di India dan memberi pendidikan kepada penduduk yang tidak berkemampuan dan membantu masyarakat kampung tersebut.

Ke kawasan periuk api yang telah dihapuskan dengan beraninya bertujuan untuk berkempen dan menyedarkan penduduk dunia tentang bahayanya periuk api.

Mengasaskan pusat bantuan dalaqm mengendalikan rumah anak-anak yatim, pusatpusat bantuan, pusatpusat kebajikan dan pusat pemulihan HIV dan AIDS di seluruh dunia.

Membuat kelas tentang bahayanya periuk api dari rumah ke rumah.

Meninggal dunia pada 31 Ogos 1997 pada usia 36

meninggal dunia pada tanggal 5 September 1997 dalam usia 87 tahun

KEMATIAN

tahun Terlibat dalam kemalangan.

kerana sakit jantung dan sakit tua.

REFKLEKSI

Syukur kehadrat Tuhan kerana memberi saya kesihatan mental dan fizikal untuk menyiapkan tugasan ELM 3104 ISU- ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI- NILAI MURNI JABATAN juga kerja kursus projek bagi melengkapkan tugasan semester enam ini sebelum menduduki peperiksaan akhir semester Tugasan kali ini berkaitan dengan isu-isu moral serta tokoh-tokoh moral tempatan dan antarabangsa. Tugasan kami kali ini memerlukan kami untuk memahami setiap isi pembelajaran dan menghasilkan tugasan berdasarkan pandangan sendiri, Sebelum menghasilkan rancangan tugasan yang diberikan. Kami terlebih dahulu diberi pendedahan dan tunjuk ajar dari pensyarah pembimbing, berkenaan format penulisan/penghasilan tugaan ilmiah. Sepanjang melaksanakan tugasan ini,saya perlu mencari bahan yang berkaitan dengan soalan tugasan. Walaupun mengalami pelbagai kesulitan untuk mencari maklumat,tugasan ini dapat dihasilakan juga dengan bantuan rakan sekelas. Untuk menghasilkan tugasan ini,saya perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber. Dengan membuat rujukan secara tidak langsung saya dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan berkenaan dengan tigasan dan juga matapelajaran. Melalui pembacaan daripada pelbagai sumber juga, membantu saya untuk memahami sesuatu tugasan dan ilmu yang diterima secara tidak langsung. Contohnya mengenai proses sosialisasi. Untuk memahami definisi sosialisasi dan proses sosialisasi yang terlibat, saya perlu membuat pelbagai rujukan dan memahami maksud dan proses bagi menyiapkan soalan tugasan, Tugasan mengenai nilai-murni yang masih diamalkan dan pengaruh tingkah laku kita juga turut memerlukan pembacaan yang banyak daripada pelbagai rupa. Malahan melalui hasil bacaan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini, saya dapat memahami dan mengetahui pelbagai amalan nilai murni dalam masyarakat

Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa. Secara tidak langsung saya dapat mengenali dan memahami amalan nilai murni dalam kehidupan selain daripada bangsa Melayu. Menerusi tugasan mengenai cetak rompak,saya dapat mengetahui pelbagai fakta dari segi angka dan faktor serta kesan kegiatan cetak rompak. Sedikit sebanyak membuka mata dan menyedarkan saya bahawa penggunaan bahan cetak rompak memberi pelbagai keburukan kepada banyak pihak termasuk pengguna sendiri. Sepanjang menghasilkan tugasan, tugasan mengenai Abdullah Munsyi yang mencabar saya untuk membuat tugasan dimana,tugasan ini memerlukan banyak rujukan namun hasil tugasan perlu dihasilkan dan diolah sendiri mengikut dapatan dan pemahan individu. Kemudian, untuk mengatasi percanggahan pendapat yang itmbul, cara yang paling ideal saya lakukan adalah dengan mengadakan kolaborasi dengan rakanrakan sendiri. Hasil perbincangan saya bersama rakan sememangnya banyak membantu untuk memantapkan lagi tugasan yang saya laksanakan. Bantuan dari pensyarah jga amat berharga dimana penerangan beliau berikan juga sedikit sebanyak telah menghilangkan rasa ragu-ragu yang bertapak dalam hati ekoran percanggahan pendapat dengan rakan-rakan sekelas. Tidak saya nafikan, beliau sememangnya merupakan salah satu pensyarah yang begitu menitikberatkan kualiti tugasan yang bakal dihasilkan. Maka, dengan itu, beliau sentiasa cuba sedaya upaya untuk memberikan panduan dan bimbingan sebaik yang mungkin. Antara masalah utama saya adalah dari segi perancangan masa yang tidak begitu efisien. Oleh kerana penyerahan tugasan ini bertindih dengan tugasan yang lain, saya semakin sukar untuk membuat perancangan masa dengan baik. Kadangkala, saya berada dalam keadaan yang terlalu sibuk sehinggakan saya tidak dapat membuat pilihan untuk mengutamakan tugasan yang lebih penting. Masalah seterusnya ialah sukar dalam pencarian maklumat yang berkaitan, berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, saya kurang memahami terutama soalan kedua yang berkaitan dengan proses sosialisasi. Saya cuba untuk memahami proses tersebut dengan mencari maklumat namun masih kurang pasti akan

kesasihan maklumat tersebut terutama apabila mendapatkan maklumat melalui website. Kemudian soalan mengenai tokoh yang dikehendaki, terdapat beberapa maklumat yang tidak pasti dan kurang untuk mendapatkanya. Kebanyakkan menceritakan tentang kisah kehidupan mereka daripada sumbangan atau aktiviti yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut. Untuk mengelakkan masalah-masalah berikut terus belaku pada masa akan datang,saya perlu bijak menguruskan masa. Pada masa akan datang saya perlu menyediakan jadual untuk menguruskan masa dan apa yang perlu dilakukan berdasarkan jam dan tarikh pada waktu itu. Maka dengan itu ugasan saya berjalan dengan lancar dan terurus dengan baik. Daripada masalah yang saya hadapi, saya mampu mengatasi dengan baik dimana akhirnya tugasan saya dapat dilaksanakan dan siap dengan sempurna. Sekaligus, saya dapat mempelajari daripada kesilapan sendiri lakukan sebelum ini dan juga saya dapat mematangkan diri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kesimpulannya walau apa jua kekangan ataupun masalah yang kami hadapi, telah kami cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Malahan secara tidak langsung, ia mendidik kami sebagai guru untuk berusaha/ berikhtiar untuk menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis. Selain itu juga, melalui tugasan ini, banyak telah member tunjuk ajar kepada kami sebagai bakal guru terutamanya mengenai nilai murni keguruan yang patut dicontohi daripada Abdullah Munsyi yang akan kami aplikasikan sepanjang kami berpraktikum nanti dan sekali gus sepanjang perkhidmatan kami sebagai seorang guru. Ilmu yang kami peroleh ini akan membantu kami untuk merancangan pengajaran yang lebih baik kelak. Sekian.

BIBLIOGRAFI

BUKU ILMIAH

(2010). Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR). Modul Pendidikan Moral. Institut Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia Abdulah Rahim Abdul Rashid (2009).Pendidikan Seksual Perspektif Kurikulum, Pengajaran Dan Tingkah Laku Moral.Cheras Utusan Sdn.Bhd. Nir Shah Putra (2008).Kes VCD Cetak Rompak.Cheras Edition Plus Sdn. Bhd. Yaacob Harun (1995).Zaba dan proses Sosialisasi.Universiti Malaya. Rahimah Abd. Aziz dan Mohamed YusoffIsmail ed. (2000M), Masyarakat, Budaya dan Perubahan. Bangi: UKM.

INTERNET

ABDULLAH MUNSYI
file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/A bdullah%20Abdul%20Kadir%20Munshi%20%20Wikipedia%20Bahasa%20Melayu,%20ensiklopedia%20bebas.htm file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/A bdullah%20Munsyi%20Pelopor%20Sastera%20Melayu%20Moden%20%20%20mimbar%20kata.htm file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/ Motivasi%20Pelajar%20%20Jenayah%20Cetak%20Rompak%20%20Punca,%20kesan,%20dan%20car a%20mengatasinya..htm file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/C etak%20rompak%20-%20Wikipedia%20Bahasa%20Melayu,%20ensiklopedia%20bebas.htm file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/S EKALUNG%20BICARA%20SETITIS%20TINTA%20%20LAGENDA%20PUTERI%20DIANA.htm

Anda mungkin juga menyukai