LAPORAN LAWATAN TARIKH HARI TEMPAT AKTIVITI: Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam telah

mengadakan Lawatan Sambil Belajar 2009 ke Zoo Taiping dan TESCO Taiping. Rombongan bertolak dari SK Bukit Bertam pada pukul 8.00 pagi. Kami sampai ke Zoo Taiping pada pukul 9.00 pagi. Setelah mendapat tiket masuk ke dalam zoo, kami menaiki keretapi dan dibawa mengelilingi kawasan zoo sambil diberi penerangan mengenai haiwan-haiwan yang terdapat di sana. Keretapi berhenti berhampiran pintu keluar setelah tamat sesi rondaan. Pada jam 12.00 tengahari, kami bertolak ke TESCO Taiping untuk makan tengahari. Setelah selesai makan, kami mengunjungi pasaraya TESCO untuk tujuan beli-belah. Murid-murid dibawa berjalan dan memilih barang yang hendak dibeli. Mereka turut diajar cara-cara melihat harga barang, menilai kecukupan wang, dan cara-cara membuat bayaran di kaunter bayaran. Di samping itu, murid-murid juga turut diberi peluang untuk bermain di taman tema di situ yang diberikan secara percuma oleh pihak TESCO. Rombongan bertolak pulang dari TESCO pada jam 4.00 petang dan selamat tiba di SK Bukit Bertam pada jam 5.00 petang. : 25 Jun 2009 : Khamis : 1. Zoo Taiping 2. TESCO Taiping

Lawatan PPKI SKBB ke Zoo Taiping dan TESCO 2009

Bergambar kenangan di Zoo Taiping

Warga pendidik bersama anak murid di Zoo Taiping

Pose istimewa daripada Azani

Berlibur seketika di taman permainan kanak-kanak

Taman Permainan Kanak-Kanak TESCO.

Kek hari lahir warga PPKI

Menanti juadah

Bermain bersama rakan-rakan di Taman Permainan TESCO

Bermain bersama rakan-rakan di Taman Permainan TESCO

Bermain bersama rakan-rakan di Taman Permainan TESCO.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful