Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT KM 12.

8 KG PAYA RUMPUT, 76450 MELAKA,

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PASUKAN KRIKET SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH:EN. MOHD SHAFEE BIN SULAIMAN SETIAUSAHA SUKAN, SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT.

1.0

TAJUK. KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PASUKAN KRIKET SEKOLAH.

2.0

PENGENALAN.

Sukan kriket adalah satu sukan yang dimainkan di peringkat antarabangsa. Di peringkat dunia sukan ini menjadi kegilaan di beberapa buah negara seperti India dan negara-negara Eropah. Sukan kriket adalah satu sukan yang sangat masyhur di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu pihak sekolah bercadang untuk menubuhkan pasukan ini bagi mencipta nama diperingkat yang lebih tinggi seterusnya membawa nama Malaysia di persada dunia.

3.0

RASIONAL.

Kegiatan Kokurikulum di sekolah adalah bertujuan untuk memberi pendidikan mental, fizikal, rohani dan intelek kepada murid-murid secara tidak formal. Pengalaman melalui kegiatan Kokurikulum bertambah berkesan jika murid-murid terlibat secara aktif dan dapat melihat faedahnya untuk masa depan mereka. Untuk tujuan-tujuan itu maka sekolah bercadang untuk menubuhkan pasukan kriket sekolah. Dengan adanya pasukan ini semoga dapat membuka minda anakanak paya rumput yang selama ini hanya tertumpu di sekitarnya sahaja. Semoga dengan penubuhan pasukan ini nanti dapatlah anak-anak paya rumput ini keluar ke tempat orang menimba seberapa banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Semoga segala pengalaman dan ilmu pengetahuan berguna untuk mereka pada masa hadapan kerana sukan adalah pembelajaran seumur hidup.

4.0

MATLAMAT. 4.1 4.2 4.3 Mencungkil bakat dan melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan Kriket. Melahirkan pemain-pemain yang berkemahiran tinggi untuk mewakili sekolah ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Membentuk jatidiri dan semangat kesukanan yang tinggi dikalangan murid-murid.

5.0

OBJEKTIF. 5.1 5.2 5.3 5.4 Melatih murid-murid untuk mejadi pemain kriket bertaraf antarabangsa. Melatih murid untuk mewakili sekolah ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Memberi pendedahan kepada para pelatih dalam permainan ini. Untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan paya rumput terkenal di peringkat negeri dan kebangsaan dengan adanya satu pasukan kriket yang kuat.

6.0

KOS/SUMBER KEWANGAN. 6.1 Sumbangan Luar.

7.0

SUMBER TENAGA. 7.1 7.2 7.3 Guru-guru SK. PAYA RUMPUT. Pengerusi Teknik Kriket Negeri melaka Persatuan Kriket Negeri melaka

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN KELENGKAPAN. Perkara Kelengkapan Latihan Stanford Cricket Team Set Junior i. Batting Legguard CLUB (3 pairs)

MEMBELI

PERALATAN

DAN

Bil. 1.

Kuantiti 1 Set

Kos (RM) RM 2 820.00

ii. Batting Glove CLUB (3 pairs) iii. Wicket Legguard CLUB JN (3 pairs) iv. Wicket Glove COLLEGE JN (3 pairs) v. Cricket Helmet Junior (4 pcs) vi. Cricket Bat Size 4/5 (2 pcs) vii. Stump & Bail SN (1 set)

viii. Poly Ball (30 pcs) ix. AVIS Criket Ball Leather (3 pcs) x. Abdominal Guard (3 pcs) xi. Cricket Spare Grips (2 pcs) xii. Cricket Sun Hat (1 pcs) xiii. Equipment Bag (1 pcs) 2. Kelengkapan Pertandingan Gunn & Moore Cricket Team Set Junior i. Batting Legguard 202 Youth (3 pairs) 1 Set RM 1 920.00

ii. Batting Glove 101 Youth (3 pairs) iii. Wicket Legguard 606 Youth (1 pairs) iv. Wicket Glove 606 Leather Youth (1 pairs) v. Cricket Helmet Junior (3 pcs) vi. Cricket Bat Size 4/5 (2 pcs) vii. Stump & Bail Junior (1 set) viii. Crawn Match Cricket Balls 4.75oz (6 pcs) ix. Arm Guard (2 pcs) x. Abdominal Guard Anatomic(2 pcs) xi. Umpire Counter (1 pcs) xii. Bat Mallet (1 pcs) xiii. Equipment Bag Original Wheelie (2 pcs) 3. 4. 5. Harimaya Cricket Mat Coir Jersi Cricket Junior JUMLAH 1 Pcs 2 Set RM 2 160.00 RM 2100.00 RM 9 000.00

9.0

PENUTUP.

Semoga segala cadangan dan perancangan mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak bagi meningkatkan prestasi murid-murid dan sekolah. Diharapkan perhatian dan sumbangan daripada semua pihak dapat merialisasikan impian sekolah untuk menjadi sekolah yang ternama bukan sahaja di negeri melaka, tetapi diperingkat antarabangsa.

Disediakan oleh :-

Disahkan oleh :-

___________________ (Mohd Shafee Bin Sulaiman) Setiausaha sukan SK Paya Rumput

____________________