Anda di halaman 1dari 27

9.

SINTAKSIS
9.0 Pengenalan
Dalam bab-bab yang terdahulu, perhatian kita telah tertumpu pada pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu serta struktur binaan dan penggolongarinya yang, dalam ilmu bahasa, dikenali sebagai bidang morfologi. Bidang seterusnya dalam peringkat susunan binaan yang amat penting dalam apa jua bahasa ialah sintaksis.

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

9.1 Frasa Dan Binaan Frasa


9.1.1 Frasa Nama
Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan. Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama. Contoh: Bas awam Basikal adik Basikal Raleigh

Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal. Kata yang menyusul ialah penerang frasa.

Rumus Frasa Nama (FN)


Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang goreng Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal. Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:

Frasa Nama Penerang Perdana Tuan Menteri Ahmad Inti

Nota

Penerang nama jawatan Penerang gelaran/panggilan

Timbalan

Menteri Pelancongan

Penerang nama jawatan

Frasa Nama Bilangan Penjodoh bilangan inti Nota

Lapan

bilah

pedang

Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan

Semua

murid

Penerang kata bilangan

Enam

ekor

buaya

Kata bilangan dan penjodoh bilangan

Selain daripada susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang. Contoh: Inti Penerang Adjektif Penerang Kata Nama/Frasa Nama Kereta berkilat ayah itu Penentu belakang

9.1.2 Frasa Kerja


Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja. Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah: Frasa kerja Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap (i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada. (ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada. (ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan) tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada. (i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan) Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada (kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan Frasa kerja tak transitif berpelengap

contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap Subjek Frasa Nama Kata bantu Lelaki itu Cikgu bayi itu Jamal Khatib sedang masih sedang akan sedang Kata kerja makan menulis merangkak datang berkhutbah Keterangan di atas meja. di papan hitam. dengan laju. esok di surau maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang. Predikat Frasa kerja Nota

contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap

Subjek Frasa nama

Predikat Frasa kerja Kata bantu Kata kerja pelengkap Penerang secepat mungkin yang terkenal keterangan dalam minggu ini pelengkap frasa sendi nama pelengkap kata nama Pelengkap Nota

Mereka

akan

pulang

ke rumah

Ahmad

ingin

menjadi

penyanyi

di negara ini

Saya

tinggal

di Klang

frasa sendi nama

9.1.3 Frasa Adjektif


Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat. Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN. Contoh: Predikat Subjek Penguat hadapan Ahli Gusti itu Ali Awak sungguh sangat Kata Adjektif handal pandai hebat betul Penguat Belakang Nota

9.1.4 Frasa Sendi Nama


Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama. Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu. Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama. Contoh: Predikat Subjek Kata bantu Alias Rombongan sekolah akan Frasa sendi nama Kata sendi nama dari ke Kata arah arah selatan Frasa nama Tanjung Malim Menara Kuala Lumpur

9.2 Tugas Frasa


9.2.1 Subjek Dan Predikat
Umumnya, penutur asas sesuatu bahasa mempunyai kecekapan berbahasa atau daya pengetahuan untuk mengetahui struktur unsur atau struktur konstituen setiap ayat dalam bahasanya, iaitu melalui kebolehannya memenggal ayat kepada bahagianbahagiannya. Sebagai contoh, bagi penutur asas bahasa Inggeris, sekiranya ayat seperti 1 hendak dipenggal menjadi dua bahagian unsur frasa, maka pemenggahan itu akan menghasilkan unsur frasa 2 dan 3,

1. The doctor sees about 100 patients each day. 2. the doctor 3. sees about 100 patients each day

Demikian juga bagi penutur asas bahasa Melayu, ayat seperti 4 dapat, dengan mudah, dipenggal untuk menghasilkan unsure frasa 5 dan 6,

4. Petani itu membajak sawahnya setiap hari. 5. petani itu 6. membajak sawahnya setiap hari

Pemenggalan ayat seperti yang dilakukan di atas, secara tradisi, dikenali sebagai pemenggalan frasa subjek dan frasa predikat. Bagi contoh ayat 1, frasa subjeknya ialah the doctor, manakala frasa predikatnya ialah sees about 100 patients each day. Bagi ayat 4 pula, frasa subjek ialah petani itu, manakala frasa predikat ialah membajak sawahnya setiap han. Beberapa contoh lain pemenggalan ayat kepada frasa subjek dan predikat dapat diberikan seperti yang berikut:

Subjek Bahasa Melayu 7. Ali guru sementara di sekolah itu. 8. Anak Pak Osman menjawat jawatan baharu.

Ternyata bahawa apa yang dikatakan sebagai subjek kepada sesuatu bentuk ayat ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Dalam kebanyakan bahasa, termasuk bahasa di atas, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama.

Kembali kepada contoh ayat 4 yang diberikan di atas, iaitu Petani itu membajak sawahnya setiap hari, kita dapati unsur frasa subjeknya, iaitu petani itu, terdiri daripada dua perkataan sahaja, iaitu petani dan itu. Sebaliknya, bagi frasa predikatnya pula, membajak sawahnya setiap hari, unsurnya kelihatan lebih kompleks, iaitu terdiri daripada 9, 10, dan 11.

9. membajak 10. sawahnya 11. setiap hari

Jelas bahawa 9 mengandungi satu unsur sahaja, manakala 10 mengandungi dua unsur, iaitu sawah dan nya. Demikian juga 11 mengandungi dua unsur, iaitu setiap dan hari.

(a) Petani itu membajak sawahnya setiap hari.

Pembahagian atau pemenggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh dilakukan tanpa peraturan atau secara ad hoc. Dalam ayat (a), unsur itu membajak, misalnya, tidak boleh digabungkan untuk menjadi unsur sesuatu binaan

sebab bentuk itu dan membajak termasuk ke dalam kehompok unsur yang berasingan. Oleh itu, ayat (a) tidak mungkin dapat dipenggal dengan memisahkan petani sahaja sebagai frasa subjek, dan itu membajak sawahnya setiap hari sebagai frasa predikat. Demikian juga unsur petani itu membajak tidak boleh dikehompokkan menjadi frasa subjek, dan sawahnya setiap han menjadi frasa predikat. Pola struktur ayat, seperti yang terdapat dalam ayat (a), tentunya tidak terhad pada satu ayat itu sahaja, bahkan dalam bahasa Melayu, sekian banyak ayat dengan struktur binaan yang serupa seperti ayat (a) masih dapat dibentuk. Sebagai contoh, ayat-ayat yang berikut dikatakan mempunyai struktur binaan seperti ayat (a).

12. Pemuda itu mengecat rumahnya setiap tahun. 13. Pemudi itu mencuci pakaiannya setiap pagi. 14. Binatang itu menyusui anaknya setiap waktu. 15. Penggosok itu memandikan rumahnya setiap saat.

Antara ayat 12-13, kita tentu mendapati ayat 15 agak ganjil, bukan sahaja pilihan katakatanya, bahkan juga maknanya. Namun, sebagai satu binaan ayat daham tatabahasa bahasa Melayu, ayat 27 masih dianggap gramatis kerana mematuhi peraturan atau rumus binaan ayat bahasa Melayu. Sebaliknya ayat 28 berikut mi dianggap tidak gramatis sebab perkataan-perkataannya, walaupun memang perkataan bahasa Melayu, tidak pula tersusun mengikut rumus struktur ayat bahasa Melayu.

28. Setiap mengecat tahun pemuda itu rumahnya

Kesimpulan yang dapat kita buat ialah pengetahuan tentang struktur unsur ayat sesuatu bahasa yang ada pada seseorang penutur asas itu membolehkan ia mengenal pasti dan menentukan ayat yang gramatis daripada yang tidak gramatis dalam bahasanya. OIeh sebab bahasa sentiasa digunakan oleh manusia, iaitu dipertuturkan.

9.2.2 Objek
Objek ialah bentuk kata nama atau sederetan kata nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja transitif. Objek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas, atau kata ganti nama. Terdapat dua jenis objek seperti berikut : (a) Objek tepat Objek tepat ialah bentuk kata nama yang menjadi penyambut lansung kepada kata kerja. Contoh: (b) Objek sipi Objek sipi ialah bentuk kata nama yang menjadi penyambut tidak lansung kepada kata kerja. Contoh: Abang membelikan isterinya rantai emas. Ibu membuatkan nenek secawan kopi. Pustakawan itu menyusun buku di rak. Adik membaca buku cerita

9.2.3 Unsur Keterangan


Unsur yang lazimnya terdapat dalam frasa kerja. Frasa ini tugasnya adalah untuk menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut. Dalam ayat biasa unsur ini hadir selepas kata kerja tak transitif atau selepas abjek bagi kata kerja transitif. Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif dan frasa nama. Unsur keterangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan maknanya. Antaranya seperti berikut :

(a) Keteranga tempat atau arah menerangkan lokasi terjadinya sesuatu peristiwa menggunakan kata sendi nama di, dari, daripada, ke, dan pada. Contoh: Angin bertiup dari arah selatan Iklan itu terpampang pada dinding bangunan

(b) Keterangan waktu

- menerangkan waktu berlakunya sesuatu hal

menggunakan kata sendi nama pada, dalam, sejak, dan hingga. Contoh :

Tempahan itu siap dalam dua hari. Perang saudara berlaku pada zaman dahulu.

(c) Keterangan tujuan atau harapan - menerangkan maksud sesuatu perbuatan menggunakan kata sendi nama demi, untuk dan bagi. Contoh :

Perajurit berjuang demi kemerdekaan negara. Mereka membaca buku untuk lulus peperiksaan.

(d) Keterangan cara menerangkan cara perbuatan dilakukan menggunakan kata sendi nama dengan. Contoh ; Mercun itu meletup dengan kuatnya.

(e) Keterangan alat menerangkan alat atau perkakas yang digunakan menggunakan kata sendi nama dengan. Contoh ;

Murid-murid itu datang dengan bas.

(f) Keterangan hal menerangkan hal menggunakan kata sendi tentang, mengenai, dan terhadap. Contoh ;

Mereka membincangkan tentang sambutan hari kemerdekaan.

(g) Keterangan bagai menerangkan persamaan menggunakan kata sendi nama seperti, bagai, dan bak. Contoh;

Perompak itu berlagak sebagai pelanggan.

9.3 Klausa
Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa. Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat. Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas. Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut: Klausa Subjek budak itu ujian tadi jambatan itu mereka Predikat mendengar radio amat susah jambatan kayu ke pantai Subjek Budak itu Ujian tadi Jambatan itu Mereka Ayat Predikat mendengar radio amat susah jambatan kayu ke pantai

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali. Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan nokhta, manakala klausa tidak.

Klausa Tak Bebas Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat. Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya. Perhatikan contohcontoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.

Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan dengan teliti terlebih dahulu. Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga. Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya. Kalau hujan turun berlarutan, penoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.

Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran. Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas. Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.

9.4 Ayat
Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan. Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif. Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru. Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan. Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.

9.5Binaan ayat
Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur. Perhatikan contoh di bawah: Subjek Bah. Ayat Ah Tian Tipah Suara pengawas itu Muniandy ketua Unsur Bah. Ayat Guru senaman membeli gula Predikat Unsur

Serak-serak basah

menoreh getah

Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

9.5.1 Ayat Dasar


Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dan segi binaan dan susunannya, dan dan segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas binaannya maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu. Pola-pola rangka ayat itulah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa. Daripada pola-pola ayat itulah terbit ayat yang lain, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif, dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis, dengan berpandu pada jenis-jenis unsur yang hadir sebagai konstituen ayat-ayat itu, iaitu jenis-jenis subjek dan predikatnya. Konstituen subjek pada umumnya diisi oleh frasa nama, sementara konstituen predikat pula diisi oleh empat jenis unsur yang berbeza, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Empat jenis unsur pengisi konstituen predikat inilah yang menubuhkan empat jenis pola ayat dasar dalam bahasa Melayu, seperti yang berikut:

Pola Pola 1((FN + FN)

Subjek Frasa nama Encik Ahmad

Predikat Frasa nama guru sekolah Frasa kerja sedang berehat Frasa adjektif sihat sungguh Frasa sendi nama di Kuala Lumpur

Pola 2(FN + FK)

Frasa nama Bapa mereka

Pola 3(FN + FA)

Frasa nama Anak itu

Pola 4(FN + FSN)

Frasa nama Pejabat saya

Konstituen-konstituen di atas boleh juga mengandungi satu perkataan atau lebih, asalkan binaan-hinaan itu masih lagi berbentuk frasa.

9.5.2 Ayat Tunggal


Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).

Ibu negara kita Kuala Lumpur

Gunung KInabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara Di dalam almari tali leher ayah

Nama encik siapa? Berapakah keuntungan kita hari ini?

Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

9.5.3 Ayat Transformasi 9.5.4 Ayat Majmuk


(a) Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan sebagainya. Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa. Cuba teliti contoh di bawah. (a) Aminah pandai menyanyi dan menari (b) Aminah pandai menyanyi (c) Aminah pandai menari Ayat yang (a) berasal daripada ayat (b) dan (c). Kedua-dua ayat (b) dan (c) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan. Klausa (b) dan (c) sama tarafnya iaitu klausa utama. Lihat contoh berikut pula:

(a) Pengetahuan beliau sempit, kupasan-kupasannya cetek, serta contoh-contohnya pula tidak menarik. (b) Pengetahuan beliau sempit (c) Kupasannya cetek (d) Contoh-contohnya pula tidak menarik.

Ayat (a) berasal daripada daripada ayat-ayat (a), (b) dan (c). Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung serta.'' Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama. Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan. Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan. Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan .

(b) Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

Ayat Majmuk Pancangan Ayat Relatif Ayat relatif terdiri daripada Ayat Komplemen Ayat majmuk komplemen Ayat Keterangan Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang

satu klausa bebas atau ayat ialah ayat utama yang utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung. Perhatikan contoh berikut: 1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman. (2) Kanak-kanak itu ruparupanya anak Pak Leman Dia memberitahu giginya (3) Kanak-kanak itu cedera sakit Dia memberitahu membeli Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan baju baru Dia memberitahu sesuatu Perhatikan contoh berikut:

dipancangkan dengan ayat terdiri daripada satu ayat kecil yang seterusnya utama dan satu atau lebih

menjadi komplemen kepada ayat kecil yang bertugas ayat utama. sebagai keterangan kepada predikat. Contoh: Pemain hoki negara gagal Jika sesuatu itu diterangkan kerana tidak bersedia. sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru'' atau ``akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang. Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman. Ayat majmuk keterangan Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok. dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman.

menggunakan kata hubung yang. Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas

hubung yang tertentu. Contoh-contoh kata hubung

merupakan objek kata kerja dalam ayat keterangan: transitif. kerana, oleh, sebab, Selain itu, subjek juga boleh lantaran, hingga sehingga, diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama. jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, Perhatikan pula contoh yang berikut: (1). Atan yang cepat naik angin menampar budak telah kebakaran yang suka mengintai orang Sesuatu menyebabkan kampung itu. itu. (2) Atan menampar budak itu. (3) Atan cepat naik angin (4) Budak itu suka Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina mengintai orang kampung. Ayat (3) dipancangkan Lihat contoh berikut: sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.

dengan menggunakan ayat kecil utama. pada subjek ayat

kepada subjek ayat utama dalam ayat (1) dan ayat (4) dipancangkan kepada objek ayat utama.

Bahawa mancis api telah Kesimpulanya, ayat (1) menyebabkan itu. Bahawa pembuangan kebakaran terdiri daripada satu ayat utama dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke

putung rokok merata-rata telah kebakaran. Lihat contoh berikut: menyebabkan

dalam ayat utama.

Perhatikan berikut: (1) Jefri

lagi

contoh Sesuatu telah kebakaran menyebabkan itu. Jika sesuatu itu diterangkan

membeli Said yang

novel baru

Samad

dipasarkan (2) Jefri membeli novel

sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat

Samad Said

(3) Novel Samad Said baru komplemen dipasarkan. kecil Ayat (3) telah dipancangkan utama. dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Samad Said Novel dan pada

dapat

dibina

dengan menggunakan ayat subjek ayat

Bahawa mancis api telah menyebabkan itu. Bahawa pembuangan kebakaran

penggunaan kata yang.

putung rokok merata-rata telah kebakaran. menyebabkan

(c) Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya. Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.

contoh 1: Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1). (Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu; atau dua ayat utama dan satu ayat kecil.) contoh 2: Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampun (U3). (Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil)

9.6 Jenis Ayat


Jenis Ayat (mengikut tujuan ayat) Ayat Penyata Ayat Tanya Untuk bertanya atau menyoal. Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: i. Ayat tanya tanpa kata tanya Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan. Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu Bangunan sekolah sudah tua. Pemuda itu membawa ibunya ke klinik. ii. Ayat tanya dengan kata tanya atau sendi White House? Dia ke kedai lagi? Untuk tujuan suruhan, larangan, Dr. Mahathir ke silaan dan permintaan, maka ayat perintah Ayat Perintah Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orangkedua. Ayat Silaan Ayat silaan iaah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan Ayat Permintaan Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan

Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan. contoh: Mereka berkumpul di

sesuatu. Ayat- kata perintah ayat ini tolong dan

menggunakan minta. kata perintah seperti jemput dan sila. Partikel -lah juga boleh digunakan Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat.

padang sekolah. contoh:

untuk Perempuan tua menggunakan kata melembutkan itu ibunya?. perintah seperti ayat. jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan sebagainya. Sila jawap surat ini sekarang contoh:

nama Silalah jawap contoh: Cikgu kamu siapa? Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel) Saudari tinggal di mana? Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya dengan partikel) Cikgu kamu siapa? Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel) Saudari tingal di mana? surat ini sekarang. (Lebih lembut)

9.7 Ragam Ayat


Dalam penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua jens, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ini pula ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif. Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikt yang mengandungi objek. Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif. Di samping itu, ayat aktf yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang pertama ( seperi saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak, kamu, engkau, anda) , kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada dasar kata kerja. Ayat Aktif Subjek Frasa Nama Cikgu Kereta itu Kucing itu Predikat Kata kerja memotong melanggar meratah Frasa Nama (Objek) rumput tembok Subjek Frasa Nama Rumput Tembok itu Ayat Pasif Predikat Kata Kerja dipotong terlanggar kena ratah Frasa Nama (Objek) oleh cikgu oleh kereta itu oleh kucing itu

ayam goreng Ayam goreng itu itu

Ayat aktif mementingkan frasa nama yang menjadi subjek, iaitu cikgu, kereta itu dan kucing itu. Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif , yakni rumput, tembok itu dan ayam goreng itu, dan oleh sebab itu, objek tadi dijadikan subjek ayat pasif. (lihat jadual di atas). Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama.

Ayat songsang Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan predikatnya untuk menjadi ayat songsang. LIhat jadual di bawah: Ayat Aktif Subjek Saya Predikat mengarang puisi malam ini mengukus kek itu untuk cikgu menanam pokokpokok bunga itu Subjek Puisi ini Ayat Pasif Predikat saya karang semalam awak masak untuk cikgu kami tanam

Awak

Kek itu Pokok-pokok bunga itu

Kami

Ayat boleh disongsangkan seperti berikut:


Saya karang puisi ini semalam Awak masak kek itu untuk cikgu Kami tanam pokok-pokok bunga itu.

Ayat-ayat berkenaan di atas bukan ayat tranditif aktif. Kata ganti nama diri saya, awak, dan kami bukan subjek ayat berkenaan. Subjek ayat berkenaan ialah puisi, kek dan pokok-pokok bunga. Ayat-ayat ini ialah ayat pasif songsang.

Anda mungkin juga menyukai