Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Tajuk : Kebarangkalian I Topik : Ruang sampel Masa : 8.10 am 9.

30 am Objektif : Memahami konsep ruang sampel Hasil Pembelajaran: Pelajar dapat a. Menentukan sama ada sesuatu kesudahan adalah kesudahan yang mungkin bagi sesuatu ujikaji. b. Menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi sesuatu ujikaji: i) daripada aktiviti-aktiviti ii) secara penaakulan c. Menentukan ruang sampel suatu ujikaji d. Menulis ruang sampel dengan menggunakan tatatanda set. Kerangka aktiviti: Fasa Aktiviti Cadangan Aktiviti Catatan

Set Induksi

- Guru mengarahkan seorang pelajar Kefahaman konseptual memutarkan roda nombor di hadapan kelas. - Pelajar memberi justifikasi jawapan mengenai hasil aktiviti tersebut. - Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1. - Pelajar mencari hasil yang mungkin Kefahaman konseptual dipilih secara rawak dari perkataan YES. - Pelajar mencatat keputusan dalam Lembaran Kerja 1. - Guru mengedarkan Lembaran Kerja 2 dan pelajar membincangkannya berdasarkan gambar rajah diberi. - Guru mengedarkan Lembaran Kerja 3 dan pelajar melengkapkannya dengan mencari hasil yang mungkin dipilih secara rawak dari nombor 2, 4 dan 7. - Pelajar memilih secara rawak satu huruf dan satu nombor di dalam kotak yang berlainan. - Pelajar mencatat hasil uji kaji dalam Lembaran Kerja 4. - Pelajar berbincang kesudahan bagi setiap aktiviti dengan menggunakan tatatanda set. - Guru mengutarakan beberapa KBAT

Perkembangan

soalan untuk menguji kefahaman berfikir aras tinggi pelajar. - Guru meminta pelajar menyatakan ruang sampel bagi kesudahan roda nombor secara penaakulan. - Guru menyenaraikan semua kesudahan bagi roda nombor dengan menggunakan tatatanda set. - Guru memberikan rumusan terhadap pembelajaran hari ini. - Guru memberikan latihan sebagai sebagai aktiviti pengukuhan. 1) Apakah kemungkinan/ hasil nombor yang akan diperolehi?

Penutup