Anda di halaman 1dari 6

SULIT

Ujian 2/BM Pemahaman/Tahun 4/2013

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Soalan 6 berdasarkan Gambar 1

Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Kakak Hasanah bekerja sebagai ___________ di Hospital Selayang. A. juruterbang B. jurutera C. jururawat D. jurujual

Gambar 1 6. Pak Cik Hamid memikul ___________ pisang semasa pulang dari kebun. A. sesisir B. sebiji C. setandan D. serumpun

Soalan 7 berdasarkan Gambar 2 2. Ayah telah menjual kereta __________ yang telah digunakannya selama lima tahun. A. Selangor B. Sekolah Kebangsaan Bidor C. Kriss D. Proton Persona

3. _________ Joshua berkawan dengan kutu jalanan, perangainya mula berubah. A. Sejak B. Sebelum C. Sekiranya D. Sementara

Gambar 2 7. Seorang wanita ___________ hasil jualannya di kawasan perumahan itu. A. memikul B. membawa C. mengandar D. menjunjung

4. Pavitra tidak hadir latihan bola jaring ___________ kakinya terseliuh. A. lalu B. supaya C. kerana D. kecuali 5. Husin akan ____________ di Pulau Redang pada cuti sekolah yang akan datang. A. atas angin B. cepat tangan C. angkat kaki D. makan angin

8. ___________ditugaskan untuk menyelaraskan Program Kem Membaca 1 Malaysia, kata Ikbal dan Asraf. A. Saya B. Awak C. Anda D. Kami

SULIT

Ujian 2/BM Pemahaman/Tahun 4/2013

9. Adik tidak dapat melelapkan mata kerana terbayang wajah lembaga hitam yang ___________ menakutkan. A. amat B. nian C. sekali D. amat sekali

13. Ayah menghadiahi emak ______________ cincin permata. A. sebuah B. sebiji C. sebentuk D. seutas

10. Pada waktu pagi, murid-murid akan beratur di hadapan kelas ____________. A. setiap-setiap B. kalian C. segelintir D. masing-masing

14. ___________ conteng buku kakak, kata Yana kepada adiknya. A. Sila B. Harap C. Tolong D. Jangan

11. Saya tidak dapat melawat Cikgu Lim di hospital. ________________, saya berdoa semoga beliau cepat sembuh. A. Walaupun B. Namun begitu C. Di samping itu D. Selain itu

15. Aqilah ingin __________ bahawa ibu tunggal juga mampu berjaya dalam perniagaan. A. membuktikan B. menampakkan C. mempamerkan D. mencadangkan

Soalan 16 berdasarkan Gambar 5 Soalan 12 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 Gambar 4 12. Gunung yang ____________ itu berjaya dipanjat oleh para pendaki dari Malaysia. A. tinggi B. rendah C. lebar D. panjang

Gambar 5 16. __________, saya Elisya, murid baharu di kelas ini! kata Elisya kepada Amy. A. Oh B. Eh C. Hai D. Wah 17. Cikgu Mariam ____________ guru Matematik di sekolah saya. A. hanya B. ialah C. adalah D. pun

SULIT

Ujian 2/BM Pemahaman/Tahun 4/2013

18. Pak Amin _________ di ruang tamu rumahnya kerana risau anaknya tidak pulang lagi. A. mundar-mandir B. lintang-pukang C. lalu-lalang D. huru-hara

Soalan 22 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 22. Mengapakah budak-budak itu lari bertempiaran? A. Budak-budak itu lari bertempiaran kerana dikejar oleh anjing liar. B. Jangan-jangan mereka dikejar oleh anjing liar. C. Kita tidak harus membiarkan budak-budak itu lari bertempiaran. D. Budak-budak itu tidak tahu ke mana hendak mereka lari.

Soalan 19 berdasarkan Gambar 6

Soalan 23 Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. Gambar 6 19. Budak itu duduk di ____________ bangku sambil membaca buku. A. bawah B. sisi C. penjuru D. atas 23. Guru Sains di sekolah saya ialah Cikgu Hisham. A. B. C. D. Di manakah Cikgu Hisham mengajar? Adakah Cikgu Hisham guru Sains? Adakah itu Cikgu Hisham? Siapakah guru Sains di sekolah kamu?

Soalan 20 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 20. Suasana di dewan peperiksaan itu sunyi sepi. A. senyap B. suram C. bising D. riuh

Soalan 24 dan Soalan 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 24. Pelancaran Kempen Cintailah Alam Sekitar itu akan dirasmikan oleh Menteri Pertanian. A. Menteri Pertanianlah yang telah merasmikan pelancaran Kempen Cintailah Alam Sekitar. B. Kempen Cintailah Alam Sekitar akan dirasmikan dengan meriahnya oleh Menteri Pertanian. C. Menteri Pertanian akan merasmikan majlis Pelancaran Kempen Cintailah Alam Sekitar itu. D. Menteri Pertanian akan berucap di Kempen Cintailah Alam Sekitar.

Soalan 21 Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris. 21. Buah-buahan tempatan amat digemari oleh rakyat Malaysia dan pelancong luar negara. A. dibenci B. disukai C. diminta D. dilupai

SULIT

Ujian 2/BM Pemahaman/Tahun 4/2013

25. Masak lemak ini sedap dan tidak pedas ,.kata Nenek Pah kepada Firdaus. A. Nenek Pah dan Firdaus diberitahu bahawa masak lemak itu sedap dan tidak terlalu pedas. B. Nenek Pah memberitahu Firdaus bahawa masak lemak itu sedap dan tidak terlalu pedas. C. Firdaus memberitahu Nenek Pah bahawa masak lemak itu sedap dan tidak terlalu pedas. D. Nenek Pah dan Firdaus memberitahu tentang masak lemak itu sedap dan tidak terlalu pedas.

A. B. C. D.

I sahaja I dan III sahaja III dan IV sahaja I, II, dan IV sahaja

29. I Aduhai! Kamu nak makan lagi? II Amboi, bergayanya penari-penari dalam pementasan itu! III Wah, sungguh menarik persembahan Tarian Inang tadi! IV Cis! Berani kau menentang aku! A. B. C. D. II dan III sahaja. II dan IV sahaja I , III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja.

Soalan 26 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 26. I II III IV A. B. C. D. Ibu berkumpul kertas-kertas yang bertaburan di lantai. Sampah-sarap yang hanyut itu berkumpul menjadi satu timbunan. Orang ramai berkumpul di balai raya untuk mendengar ceramah. Hasil daripada pungutan derma, sudah banyak wang yang berkumpul. I dan II I dan IV II dan III II, III dan IV

Soalan 30 berdasarkan peribahasa. 30. Pemuda itu terpinga-pinga seperti ________________ apabila pertama kali tiba di Kuala Lumpur. A. sediakan payung sebelum hujan B. menangguk di air keruh C. melentur buluh biarlah daripada rebungnya D. rusa masuk ke kampung

Soalan 27 hingga Soalan 29 Pilih ayat yang betul. 27. A. Ke manakah kamu membeli tiket perlawanan boling peringkat kebangsaan? B. Kamu berjalan terhincut-hincut mengapakah? C. Apakah faedah melakukan aktiviti senaman pada setiap hari? D. Siapakah kita digalakkan mengamalkan pemakanan yang seimbang?

28. I Baju kurung ini ibu beli dari Kelantan. II Ayah telah membaiki di halaman rumah keretanya. III Mereka tiba di Muar pagi tadi. IV Saya dijahit oleh baju ini.

SULIT

Ujian 2/BM Pemahaman/Tahun 4/2013

Soalan 31 hingga soalan 35 Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pak Samad duduk di beranda rumah sambil memandang ke arah sawah padinya. Raut mukanya kelihatan muram. Sudah tiga hari hujan tidak berhenti. Anak padi yang tumbuh menghijau hampir tenggelam. Samad mengeluh sendirian. Dia melihat suatu kawasan kosong pada petak sawahnya. Anak padi yang disemainya ada yang telah dihanyutkan. Selepas hujan berhenti, dia terpaksa menanam anak padi semula di kawasan kosong itu. Apa yang direnungkan ,bapaknya? Macam besar sahaja masalah? tanya Mak Tijah. Mendengar suara isterinya, Pak Samad berpaling. Dia tersenyum melihat isterinya membawa dulang berisi air dan kuih. Macam mana abang tak bimbang, maknya. Cuba maknya tengok air yang bergenang di sawah. Kalau berterusan hujan, alamat matilah anak padi yang abang semai, jelas Pak Samad menyatakan kebimbangan. Satu lagi, kalau abang tak bekerja bagaimana dapur kita hendak berasap. Wang simpanan kita semakin berkurangan, tambah Pak Samad lagi. Mak Tijah hanya diam sahaja. Apa yang dikatakan oleh suaminya itu ada kebenarannya. Beras di dapur juga tinggal sedikit. Begitu juga dengan barang-barang dapur yang lain.

31. Apakah pekerjaan Pak Samad? A. Penoreh getah B. Peladang C. Pesawah D. Nelayan

34. Di manakah Pak Samad dan isterinya minum petang? A. Ruang tamu B. Dapur C. Beranda D. Halaman rumah

32. Mengapakah Pak Samad berasa bimbang? A. hujan lebat tidak berhenti. B. anak padi tumbuh menghijau. C. dia tidak sihat. D. anak padinya mati.

35. Apakah akan terjadi sekiranya Pak Samad tidak bekerja? A. Dapur berhenti berasap B. Anak padi yang disemai akan mati C. Tiada sumber kewangan D. Wang simpanan semakin bertambah

33. Perkataan bergenang dalam petikan bermaksud A. Mengalir B. Bertakung C. Terbenam D. Berkocak

SULIT

Ujian 2/BM Pemahaman/Tahun 4/2013

Soalan 36 hingga soalan 40 Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Laporan Perlawanan Bola Baling Peringkat Zon Barat Pasukan Bola Baling Sekolah Kebangsaan Siantan telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Baling Zon Barat. Kejohanan ini telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa pada 25 hingga 27 April 2008. Seramai dua belas orang pemain telah dipilih untuk mewakili sekolah kami ke kejohanan tersebut. Mereka telah dilatih oleh Puan Rozita dan dibantu oleh Puan Sunita. Sekolah-sekolah yang menyertai kejohanan ini dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima pasukan. Pertandingan dijalankan secara liga. Dalam perlawanan pertama, pasukan Sekolah Kebangsaan Siantan telah berjaya menumpaskan pasukan Sekolah Kebangsaan Makmur dengan jaringan 15 berbalas 8. Pada sebelah petangnya pula, pasukan sekolah kami juga telah berjaya sekali lagi mengalahkan Sekolah Kebangsaan Jerlun dengan jaringan 23 berbalas 20. Pada hari kedua, pasukan sekolah kami berjaya mengalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Kati tetapi kalah kepada pasukan Sekolah Kebangsaan Taman Jaya dengan jaringan 12 -16. Walau bagaimananapun pasukan sekolah kami masih layak ke peringkat separuh akhir. Pada hari terakhir, pasukan sekolah kami telah berjaya menjadi juara. Kejayaan ini menjadi satu sejarah kepada sekolah kerana menjadi juara peringkat Zon Barat tiga tahun berturut-turut.

36. Apakah peranan Puan Sunita dalam Pasukan Bola Baling Sekolah Kebangsaan Siantan? A. Pengurus pasukan B. Penolong jurulatih C. Jurulatih pasukan D. Pengawas pasukan 37. Berapa buah sekolahkah yang menyertai kejohanan ini? A. 3 buah B. 5 buah C. 12 buah D. 15 buah 38. Bilakah tarikh yang menentukan pasukan Sekolah Kebangsaan Siantan layak ke peringkat separuh akhir? A. 25 April B. 26 April C. 27 April D. 28 April
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

39. Pasukan manakah yang berjaya mengalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Siantan? A. Sekolah Kebangsaan Kati B. Sekolah Kebangsaan Taman Jaya C. Sekolah Kebangsaan Jerlun D. Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 40. Pernyataan berikut adalah benar kecuali A. Pasukan Sekolah Kebangsaan Siantan Berjaya menjadi juara sebanyak empat kali. B. Kejohanan berlangsung selama tiga hari. C. Puan Rozita ialah jurulatih pasukan. D. Perlawanan dijalankan secara liga.

KERTAS SOALAN TAMAT SELAMAT MAJU JAYA

Disahkan Oleh,

(Pn. Noor Azura Mohd. Hanapi)

(Pn. Hafizah Bt. Ahmad) Ketua Panitia Bahasa Melayu

(En. Mazli B. Bojo) GPK Tadbir dan Kurikulum

Anda mungkin juga menyukai