Anda di halaman 1dari 2
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR 1. Mata Pelajaran dan Kelas : Pendidikan Moral, Tahun 4
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR
1. Mata Pelajaran dan Kelas
: Pendidikan Moral, Tahun 4 Intan
2. Nilai / Tajuk
:
3. Masa
4. Standard Pembelajaran
Kasih sayang / Sayangi Jiran
: 9.00-9.30 pagi (30 minit)
: ( 7.1.1), (7.1.4)
5. Objektif Pembelajaran
: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Penaakulan : Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 cara menyayangi jiran.
Perlakuan : Menunjukkan sikap menyayangi jiran dengan cara mempelawa jiran sewaktu
sambutan rumah terbuka (lakonan).
6. Pengetahuan sedia ada : Murid telah belajar tentang nilai kasih sayang dalam tahun 2.
7. Teknik : lakonan
8. Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:
Set induksi:
i. Guru menunjukkan tayangan video contoh kelakuan jiran yang tidak baik/tidak patut
dicontohi.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid.
- Apakah yang dapat kamu perhatikan daripada tayangan video sebentar tadi?
- Nyatakan sikap jiran yang dipaparkan melalui video itu?
Langkah 1:
i. Guru menjana idea dengan meminta murid bercerita berdasarkan gambar-gambar /
tayangan video.
ii. Murid menjana idea dengan memberi pendapat tentang nilai kasih sayang dalam cerita
tersebut dengan menggunakan thinking tool (Bubble Map).
iii. Guru menjelaskan nilai kasih sayang berdasarkan Bubble Map yang telah dibuat oleh
murid.
Langkah 2:
i.
Guru menunjukkan sekeping
menjelaskan gambar tersebut.
gambar situasi majlis rumah terbuka dan murid diminta
ii. Murid menyatakan sikap jiran berdasarkan gambar tersebut. Langkah 3: i. Dalam kumpulan, murid melakonkan
ii. Murid menyatakan sikap jiran berdasarkan gambar tersebut.
Langkah 3:
i. Dalam kumpulan, murid melakonkan situasi mempelawa jiran sewaktu sambutan rumah
terbuka dengan menerapkan nilai kasih sayang.
ii. Sumbangsaran perasaan murid berdasarkan lakonan yang telah dipersembahkan.
Penutup:
Guru membuat kesimpulan dari hasil dapatan murid.
9. EMK:
i. Kreativiti & inovasi – menjana idea, sumbangsaran
10. Bahan Bantu Belajar:
LCD, video, gambar, kertas A4
11. Penilaian p&p:
i. Bahan hasilan – Peta Buih (Bubble Map).
ii. Murid dapat menceritakan perasaan apabila mengamalkan kasih sayang terhadap
jiran.
12. Refleksi (ditulis selepas PdP)
i. 20 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan.
ii. 2 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.