Anda di halaman 1dari 2

SULIT

BAHAGIAN B [40 MARKAH] Jawab dua soalan sahaja.

3756/2

4. Penghutang Syarikat Smart adalah seperti berikut: Tahun 2009 2010 2011 Penghutang RM40 000 RM55 200 RM49 800

Dasar syarikat itu mengadakan satu peruntukan hutang ragu pada kadar 5% daripada penghutang pada 31 Disember tiap-tiap tahun. Anda dikehendaki menyediakan: (a) Akaun Peruntukan Hutang Ragu bagi tahun 2009, 2010, dan 2011. (b) Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2009, 2010, dan 2011. [20 markah]

5. Berikut ialah Kunci Kira-kira yang disediakan untuk Pak Su, seorang peruncit. Kunci Kira-kira pada 31 Mac 2011 RM 30 000 Modal 4 500 Pemiutang 1 850 Overdraf bank 680 Sewa terakru 2 900 39 930

Kenderaan Perabot Penghutang Tunai Stok

RM 34 000 3 100 2 500 330 39 930

Perkara-perkara berikut berlaku pada 1 April 2011: (i) Menerima cek bernilai RM1 000 daripada seorang penghutang setelah memberinya diskaun RM80. (ii) Dua per lima daripada stok barang niaga dijual secara tunai dengan harga RM1 250. Wang itu telah dibankkan. (iii) Membeli komputer RM2 800 untuk kegunaan perniagaan dengan pinjaman bank. (iv) Mengeluarkan cek-cek untuk membayar sewa terakru RM330 dan pemiutang RM1 200. (v) Terima invois bernilai RM560 daripada Veronique, seorang pembekal barangbarang. Anda dikehendaki: (a) Menunjukkan kesan urus niaga tersebut ke atas persamaan perakaunan. (b) Mendraf semula Kunci Kira-kira selepas mempertimbangkan urus niaga di atas. [20 markah] 7

SULIT

SULIT

3756/2

6. Syarikat Sing Koong Berhad didaftarkan dengan jumlah modal dibenarkan yang terdiri daripada 6 000 000 saham biasa bernilai RM0.50 sesaham dan 2 000 000 saham keutamaan 8% bernilai RM2.00 sesaham. Pada 1 September 2011, syarikat ini telah mengeluarkan 2 500 000 saham biasa pada nilai tara kepada orang ramai. Pada tarikh yang sama, syarikat itu telah menerbitkan 800 000 saham keutamaan pada harga RM2.00 sesaham. Semua saham yang diterbitkan dipohon beli dan dibayar penuh semasa permohonan. Anda dikehendaki menyediakan: (a) Catatan jurnal (b) Akaun lejar untuk merekodkan terbitan saham tersebut. [20 markah]

SULIT