Anda di halaman 1dari 21

Pengenalan

Pemerintahan beraja atau Monarki bermaksud satu pemerintah merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem kerajaan yang tertua di dunia. Raja merupakan individu yang menjadi ketua negara sepanjang hayatnya, dan akan diwarisi oleh keturunannya. Namun dalam negara-negara persekutuan seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah raja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Kini ia merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif. Monarki demokratik atau Elective Monarchy, adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya. Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan serta monarki demokratik. Bagi kebanyakan negara, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua agama serta Panglima Besar angkatan tentera sesebuah negara. Contohnya di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam, manakala di United Kingdom dan negara di bawah naungannya, Ratu Elizabeth II adalah ketua agama Kristian Protestan.

Sistem Pemerintahan Britain

Selepas Zaman Pertengahan, telah berlaku kemerosotan sistem feudalisme di Eropah. Keadaan ini telah membolehkan raja-raja mengumpul kekayaan dan mengukuhkan kedudukannya. Ini telah membawa kepada penubuhan negara bangsa iaitu sebuah negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan di bawah kedaulatan raja berkuasa mutlak. Negara bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti, keluarga baharu, perkahwinan diraja dan konsep empayar. Perkembangan ini berlaku di negara England pada abad ke-15 dan England berada di bawah pemerintahan beraja mutlak hampir 2 abad iaitu bermula pada 1485 setelah berakhirnya Perang Bunga Ros. Sistem pemerintahan ini diasaskan oleh Raja Henry VII dari Dinasti Tudor yang memerintah England dan berakhir pada tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu Elizabeth I.

Mengikut sistem raja berkuasa mutlak, seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya untuk menggubal dan melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah mengatasi undang-undang negara. Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta dan tidak membelakangkan parlimen. Dasar-dasar pemerintahan raja berkuasa mutlak di England seperti keagamaan, luar negeri dan perdagangan yang dijalankan oleh Raja Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu Elizabeth I diterima oleh rakyat. Namun demikian semasa pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1688), sistem pemerintahan beraja mutlak semakin diperkasakan oleh Raja James I dan Raja Charles I sebelum bertukar kepada raja berpelembagaan.

Sistem Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak

Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima oleh rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku. Sistem beraja mutlak yang diasaskan oleh Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Pemerintahan Dinasti Tudor adalah berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja. Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka. Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen England yang terdiri daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja) dan House of Common (knight, orang kaya dan peguam). Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan menjadi kaya daripada golongan bangsawan. Di bandar pula muncul golongan bourjois yang semakin kaya dan menguasai ekonomi melalui kegiatan perdagangan. Keduadua kumpulan mula berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat dalam House of Lords.

Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara penganut Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian (Katolik). Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan politik. Golongan puritan menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan masyarakat kerana dalam ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau istiadat agama yang tradisional. Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani dengan baik tentangan golongan

puritan yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada kawalan politik. Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka bermula pula era pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I dari Scotland. Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor, dan ini telah membawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan golongan puritan sehingga membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-1648).

Raja James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang. Oleh itu semua pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja, dan sebagainya mesti berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kuasa. Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada golongan puritan dan ahli-ahli parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama yang lebih memihak kepada mazhab Katolik. Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja James I dan kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik. Tindakan baginda yang membelakangkan parlimen dalam urusan pengenaan cukai telah memburukkan lagi hubungan Raja James I dengan golongan puritan. Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja James I membubarkan parlimen pada tahun 1611. Tindakan baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan lebih memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah England pada tahun 1625 juga tidak menyukai golongan puritan. Baginda juga bertindak membelakangi parlimen dalam urusan pengutipan cukai. Mana-mana ahli parlimen yang menentang baginda telah ditahan dan tentera akan mengawal mereka.

Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja. Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah mengemukakan Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja. Akibat kecaman ini baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda secara terbuka di parlimen. Sehubungan itu, baginda membubarkan parlimen dan memerintah secara mutlak tanpa parlimen selama 11 tahun. Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan bebas dan menaikkan cukai dengan sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli parlimen. Dalam aspek agama pula, Raja Charles I memulihkan semula amalan roman khatolik sebagai amalan dalam gereja Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan puritan. Pada tahun 1639, Raja Charles I telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan mendapatkan peruntukkan yang diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan bekerjasama dengan baginda. Ini telah mendorong baginda membubar semula parlimen yang baru ditubuhkan dalam masa 3 minggu dan menangkap beberapa ahli parlimen.

Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa orang British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik. Sekali lagi berlaku pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau parlimen. Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver Cromwell telah berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648. Raja Charles I telah dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah negara republik dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu. Pemerintahan Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan diggers yang dianggap mengancam pemerintahannya. Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard Cromwell. Walau bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan jawatannya kerana tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.

Perkembangan Raja Berperlembagaan di England Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688. Raja Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis. Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam politik di England ketika itu. Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh itu Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.

Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699. Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara. Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan. Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan undangundang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan

dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang. Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada 1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja. Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif. Sistem pemerintahan beraja mutlak di England juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut.

Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja. Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England dan kekal sehingga hari.

Sistem Kerajaan Jepun Menurut sejarah awal orang Jepun pada dasarnya mempunyai darah bangsa Mongul yang berkait rapat dengan jiran - jiran iaitu Korea dan China. Penempatan mereka bermula di kepulauan selatan Jepun melalui Pulau Formosa dan Ryukyu. Jepun dikenali secara meluas sebagai Tanah Matahari Terbit. Ia juga pernah dikenali sebagai Yamato.

Era pemerintahan dan tamadun Jepun telah melalui beberapa zaman antaranya : Zaman Yayoi (Zaman Pra Sejarah) Zaman Nara dan Hein (710M) Zaman Heian (749M-1185) Zaman Kamakura (1192M) Zaman Kesyogunan Ashikaga (1336M) Zaman Sengoku Jidai (1460M-1573M) Zaman Kesyogunan Tokugawa. Zaman Meiji

Zaman Yayoi adalah zaman permulaan dalam tamadun Jepun kerana pada zaman ini logam di gunakan secara meluas serta kemajuan dalam proses pengairan yang menyebabkan hasil pengeluaran padi meningkat. Ketika itu perbezaan diantara golongan kaya dan miskin telah mula timbul. Perbezaan pemikiran dalam isu politik dan sosial juga telah wujud diantara rakyat dan pihak pemerintah. Lama kelamaan lebih ramai pemimpin-pemimpin politik muncul seperti di Yamato. Kumpulan Yamato ini merupakan nenek moyang keluarga Imperial Jepun yang bertakhta sekarang.

Maharaja di jepun tidak mempunyai kuasa khususnya selepas tahun 1192M dan kekuasaaan sebenar dalam pemerintahan terletak di bahu golongan bangsawan yang dikenali sebagai

Daimyo. Untuk mengukuhkan kuasa, Daimyo telah mewujudkan satu pasukan tentera yang kuat dibawah pimpinan golgongan Samurai. Dengan ini ia mampu meluaskan pengaruh di wilayah yang lain dan mengekalkan kuasa dan kedudukan sebagai pemerintah mutlak. Pada 1603 , Shogun Tokugawa telah memerintah, dan pemerintahan yang dilakukan secara kuasa penuh dan golongan Shogun merupakan pentadbir daerah yang berada di kelas kedua selepas Maharaja. Maharaja dijadikan sebagai boneka sahaja di istana, sementara pemerintahan yang sebenar adalah dilakukan oleh Shogun Tokugawa. Pemerintahan Keshogunan Tokugawa telah digantikan pada tahun 1868 setelah Maharaja Meiji menaiki takhta. Ketika ini Jepun melalui suatu proses peralihan ke era pemodenan. Maharaja Meiji telah menghapuskan sistem feudal yang dikuasai oleh Daimyo dan Samurai kepada sistem pemerintahan pusat. Jepun mengamalkan sistem raja berperlembagaan berasaskan sistem British. Parlimennya digelar dengan nama Kokka ( ). Kokkai terdiri dari dua dewan iaitu Dewan Rakyat Shuugiin () dan Dewan Pertuanan Sangi-in (). Hak mengundi diberikan kepada semua warganegara jepun yang berumur 20 tahun keatas.Kabinetnya pula dianggotai oleh Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Ahli Kokkai akan melantik salah seorang dari kalangan mereka sebagai Perdana Menteri, dan menteri-menteri yang lain akan dilantik oleh Perdana Menteri itu sendiri. Jepun memiliki sebuah keluarga diraja yang diketuai oleh seorang Maharaja (tenn), yang merupakan raja serta Ketua Negara Jepun. Tetapi, beliau tidak memiliki sebarang kuasa berkaitan dengan pentadbiran negara. Beliau hanya memainkan peranan di dalam upacaraupacara istiadat. Maharaja Jepun merupakan simbol negara dan kesatuan rakyat. Akihito ( ), merupakan Maharaja Jepun ketika ini dan juga merupakan Maharaja Jepun yang ke 125.

Akihito merupakan anak lelaki sulung dan juga anak yang kelima kepada Maharaja Showa (Hirohito) dan Maharani Kojun (Nagako). Bergelar Tsugo no miya (; Putera Tsugo) semasa kanak-kanak, beliau dibesarkan dan diajar oleh guru persendirian dan kemudian menghadiri Sekolah Rendah Lelaki "Boy's Elementary" dan Department Menengah "Secondary Departments" ketika itu, Peers' School (Gakushuin selepas 1947), 1940-1952. Beliau dipisahkan dari keluarganya pada usia tiga tahun. Ketika pihak Amerika melakukan pengeboman ke atas bandar Tokyo pada Mac 1945, beliau dan saudara mudanya, Putera Masahito (sekarang Putera Hitachi), dipindahkan keluar dari Tokyo. Putera Mahkota Akihito belajar Bahasa Inggeris dengan Elizabeth Gray Vining selepas Perang Dunia II. Beliau menerima perlantikan sebagai Putera Mahkota (Rittaishi no Rei) di Istana Imperial pada 10 November 1951, walaupun beliau merupakan Putera Mahkota kepada Takhta Bunga Kekwa sejak dari 23 December 1933. Pada Jun 1953, Putera Mahkota Akihito mewakili Jepun di upacara pertabalan Ratu Elizabeth II dari United Kingdom. Beliau berkahwin dengan Michiko ( lahir 24 Oktober 1934), anak perempuan sulung Shoda Hidesaburo (), presiden dan pengerusi kehormat Kilang Pengisar Tepung Nisshin. Perkahwinan yang berlangsung pada 10 April 1959 tersebut telah memecahkan tradisi diraja kerana Shoda Michiko merupakan rakyat pertama yang berkahwin dengan keluarga diraja. Selepas kemangkatan bapanya pada 7 Januari 1989, Putera Mahkota Akihito menaiki takhta dan secara rasmi menjadi Maharaja Jepun yang ke 125 pada 12 November 1990.

Semenjak menaiki takhta, beliau sentiasa berusaha untuk merapatkan jurang diantara keluarga Maharaja dengan penduduk Jepun. Maharaja Akhito dan Maharani Michiko ke 18 negara,

termasuk kesemua 47 wilayah di Jepun. Beliau dan Maharani Michiko mempunyai tiga orang anak iaitu Putera Mahkota Naruhito (23 Februari 1960), Puteri Akishino ( , 11 November 1965) dan Puteri Sayako (, atau Puteri Nori, 18 April 1969). Era pemerintahan Akihito digelar era "Heisei" (). Konsep Raja Berpelembagaan. Raja berpelembagaan adalah merupakan salah satu corak ataupun jenis kerajaan yang telah ditubuhkan dan ia ditubuhkan dibawah satu perlembagaan yang mengiktiraf kedudukan raja sebagai ketua negara. Raja berpelembagaan yang moden selalunya menggunakan konsep Politik tiga serangkai (Trias Politica). Ini bermakna kedudukan Raja didalam rangkaian eksekutif hanyalah sebagai ketua simbolik dan kuasanya tertakluk kepada perlembagaan negara. Sebaliknya, jika didalam sistem monarki mutlak (absolute monarchy) seorang raja mendapat kekuasaan penuh dalam pemerintahannya. Pada masa kini, lazimnya perwakilan demokrasi akan digabungkan dengan sistem raja berpelembagaan. Oleh yang demikian, rakyat akan masih mempunyai kuasa didalam sesuatu kerajaan dan raja hanya mempunyai peranan traditional didalam sesebuah negara. Pemimpin yang dipilih rakyat iaitu Perdana Menteri adalah orang yang akan memerintah negara dan bukannya raja.Namun, ada juga kerajaan yang tidak demokratik yang bergabung dengan raja seperti Raja Jepun yang bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin oleh seorang diktator ketika Perang Dunia II. Pada tahun 1192M, Jepun telah mengurangkan kuasa mutlak pemerintah. Perlembagaan Empayar Jepun (Dai-Nippon Teikoku Kenp), yang juga dikenali sebagai Meiji atau Perlembagaan Imperial, merupakan undang-undang yang tertinggi di Jepun bermula pada 29 November 1890 sehingga 2 May 1947. Diperkenalkan selepas Pemulihan Meiji, ia merupakan

satu sistem raja berpelembagaan yang wujud berdasarkan model Prussia, yang mana Maharaja Jepun adalah pemerintah yang aktif dan mempunyai kuasa politik yang menyeluruh, namun kuasa tersebut dikongsikan bersama dewan diet. Jepun telah mengalami suatu tempoh reformasi dari segi politik dan sosial secara menyeluruh dengan dasar pembaratan, selepas pemulihan Meiji yg memulihkan kuasa politik maharaja. Ia bertujuan untuk memajukan Empayar Jepun ke arah yang lebih tinggi setaraf dengan negara-negara di Barat. Perlembagaan ini merupakan titik tolak kepada penubuhan kerajaan berparlimen yang pertama di Asia. Pemulihan Meiji ini dianggap penting sebagai titik penting didalam sistem raja di Jepun. Ketika memerintah maharaja Meiji telah sedar akan pengaruh daripada barat dan telah membuat sesuatu bagi memastikan sistem beraja dapat dipertahankan dan dikekalkan. Perlembagaan Meiji mewujudkan had terhadap kuasa-kuasa cabang eksekutif dan kemutlakan maharaja. Kehakiman bebas juga telah di wujudkan. Namun ia amat kabur di dalam perkataan yang digunakan, dan kebanyakkan tempat ia bertentang dengan dirinya sendiri. Pemimpinpemimpin kerajaan dan parti-parti politik dibiarkan mentafsir sama ada Perlembagaan Meiji dapat digunakan untuk menjustifikasi pemerintahan kuku besi atau liberal-demokratik. Di era zaman empayar Jepun, inilah perbezaan pendapat paling ketara yang timbul. Golongan intelek Tekle Hawariat Tekle Mariyam di Habsyah telah menggunakan Perlembagaan Meiji sebagai model untuk Perlembagaan Habsyah 1931. Selepas jepun kalah pada pengakhiran Perang Dunia II, satu perlembagaan baru yang berpandukan demokrasi libral barat telah menggantikan Perlembagaan Meiji. Pada 21 Oktober 1881, Ito Hirobumi telah dilantik bagi mengetuai suatu biro kerajaan untuk menyiasat dan mengkaji sistem-sistem kerajaan berperlembagaan. Pada 1882, Ito telah mengetuai satu delegasi ke luar negara bagi mengkaji dan mendalami pelbagai sistem secara

langsung. Di sebabkan terlalu liberal Perlembagaan Amerika Syarikat telah di tolak, manakala Great Britain pula dikatakan memberikan parlimen terlalu banyak kuasa dan tidak stabil. Sistem Spanyol dan Perancis pula disifatkan sebagai despotik. Dan akhirnya delegasi ini tertarik dengan struktur Empayar Jerman dan Prussia. Pada tahun 1885, Kabinet telah diwujudkan bagi menggantikan Majlis Negara dengan Ito sebagai Perdana Menteri. Menteri Kiri, Menteri Kanan dan Canselor yang telah diwujudkan sejak abad ke-7 dihapuskan.Pada tahun 1888, majlis Privi telah ditubuhkan untuk menimbangkan perlembagaan yang akan dirangka dan menasihati Maharaja. Jawatankuasa penggubalan termasuk Ito Miyoji, Kancko Kentaro, Iwakura Tomomi, dan Inouc Kowashi. Beberapa cendikiawan seperti Jerman Rudolf von Gneist dan Lorenz von Stein juga terlibat sama sebagai penasihat luar. Perkara yang penting adalah timbangan antara kedaulatan diraja pada Maharaja dan perundangan berwakil pilihan rakyat bagi menghadkan kuasa diraja itu. Versi yang terakhir telah di hantar kepada Maharaja pada 1888 setelah 2 tahun berada diperingkat percubaan. Perlembagaan Meiji telah digubal secara rahsia tanpa sebarang debat umum oleh jawatankuasa dan diguna pakai dengan referandum. Perlembagaan hukum fundamental Jepun (3 Mei 1947), yang juga diknali sbagai Perlembagaan Keamanan, digubal pada sistem politik dalaman Jepun yang enggan menerima perjanjian oleh Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II. Walaupun sukar pada awalnya, terbukti sangat baik dan telah mendapat sokongan meluas di Jepun. Ini menggantikan perlembagaan Meiji dan menerapkan perubahan mendasar dalam negara dan memberikan hak baru kepada rakyat. Ini termasuk penyerahan kedaulatan daripada Mharaja kepada rakyat, tumpuan kuasa eksekutif pada Perdana Menteri dan Kabinet dan supremasi majlis rendah perundangan. Secara menyeluruh menjamin hak asasi manusia, termasuk ekonomi, sosial dan kebebasan beragama. Perkara 9 daripada perlembagaan itu mungkin yang paling terkenal dan di perdebatkan, Jepun untuk terlibat dalam sebarang sengketa dan

menyangkal penggunaan kekuatan untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Oleh yang demikian berakhirlah perjalanan sistem beraja mutlak di Negara Matahari Terbit itu. Sistem pemerintahan raja perlembagaan British pula adalah mengikut Sistem Westminster adalah sebuah sistem parlimen kerajaan demokratik dimodel selepas kerajaan British (Parlimen United Kingdom). Istilah ini datangnya dari Istana Wesminster, tempat terletaknya Parlimen United Kingdom. Sistem ini adalah satu prosedur berturut-turut untuk menjalankan sebuah badan perundangan. Ia digunakan, atau telah sekali digunakan, dalam badan perundangan kebangsaan dan badan perundangan subkebangsaan dari kebanyakkan Komenwell dan bekas negara-negara komanwell, bermula dengan wilayah Kanada dan tanah jajahan Australia dalam abad pertengahan abad ke-19. Ada sistem parlimen lain yang prosedur-prosedurnya sangat berbeza dari sistem Westminster. Menurut pakar undang-undang perlembagaan, institusi raja dan Parlimen UK (yang dirujuk sebagai Induk kepada segala Parlimen dunia) merupakan sistem Raja Berperlembagaan yang Ideal dan Realistik yang harus diikuti sebagai contoh oleh dunia. Perakuan dari segi sejarah dengan jelas mengatakan Sistem Feudal beraja mutlak British berakhir setelah Magna Carta ditandatangani pada tahun 1215. Nama yang tepat untuk Magna Carta adalah Magna Carta Libertatum, Piagam Kemerdekaan. Dokumen ini biasanya disingkatkan sebagai Magna Carta atau Great Charter. Ini boleh dianggap sebagai bil hak untuk England abad pertengahan, walaupun tidak banyak diterapkan selama beberapa abad. Lebih penting lagi, ia menjadi asas yang menukar wajah pemerintahan England selamanya, dengan menetapkan bahawa raja tidak lagi berkuasa dalam pemerintahannya. Raja John dari England memeterai Magna Carta selepas tekanan besar dari pihak Gereja dan golongan Bangsawan meminta raja untuk mengeluarkan pertanyaan mengenai hak dan jaminan menguatkuasakannya. Sebelum ini pihak pemerintah (Raja) sering melakukan perkara

mengatasi undang-undang yang sedia ada dan ini telah menimbulkan kritikan dan kemarahan serta sering dikritik kerana dasar luar negeri dan tindakan didalam negara sendiri. Para bangsawan menyediakan rancangan, dan selepas beberapa rundingan, Raja John terpaksa menyetujui pemeteraian Magna Carta di Runnymede pada bulan jun 1215. Banyak daripada hak di Magna Carta sebenarnya muncul pada dokumen lama, seperti Piagam Kebebasan yang diterbitkan oleh Henry I. Namun, Magna Carta juga mengandungi beberapa fasal yang sangat berpengaruh terhadap perkembangan bil hak serupa, seperti pindaan terhadap 10 pertama Perlembagaan Amerika Syarikat. Diantara mereka ada hak untuk Habeas Corpus, sebuah klausa melindungi kebebasan gereja dan klausa yang mengenai Peraturan untuk sistem perundangan. Ciri-ciri penting sistem Westminster termasuk yang berikut, walaupun bukan semua aspekaspek berikut telah dikekalkan dalam setiap sistem asal Westminster. Ketua Negara yang adalah pemegang nominal atau teoretikal kuasa eksekutif, dan memegang pelbagai kuasa yang bertentangan, yang mana tugas-tugas seharian terdiri dari melakukan suatu peranan mengetuai upacara rasmi tertentu. Contoh-contoh termasuk raja British, Presiden-presiden dan Gabenor negeri/provinsi dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan. Seorang ketua kerajaan atau ketua eksekutif , dikenali sebagai Perdana Menteri, yang terutama atau menteri pertama, yang secara rasmi dilantik oleh ketua negara. Dalam amalan, ketua kerajaan adalah dilantik oleh parti yang terbesar dalam parlimen. Sebuah de fecto cabang eksekutif biasanya dibuat dari ahli-ahli legislature dengan ahli-ahli lbih tua dalam sebuah kabinet dipimpin oleh ketua kerajaan.ahli-ahli yang seperti dipimpin ileh ketua kerajaan, ahli seperti melaksanakan kuasa eksekutif atas nama ukuran dasar atau teori kuasa eksekutif mengetuai kerajaan, ahli-ahli berkuasa eksekutif.

Pembangkang parlimen (sebuah sistem pelbagai parti) Sebuah badan perundangan pilihan, selalunya dwidewan, di mana sekurang-kurangnya satu dewan dipilih, walaupun sistem dewan tunggal juga wujud, ahli-ahli legislatif biasanya dipilih oleh daerah pada pilihan first-past-the-post (bertentangan dengan perwakilan seimbang seluruh negara)

Sebuah dewan rendah parlimen dengan kebolehan untuk memecat sebuah kerajaan dari jawatan dengan menahan bekalan (menolak sesuatu belanjawan), meluluskan sesuatu usul tidak keyakinan atau menewas suatu usul keyakinan. Sistem Westminster membenarkan sebuah kerajaan untuk ditewas atau dipaksa untuk memasuki suatu pilihanraya umum, bebas dari suatu kerajaan baru yang dipilih.

Sebuah parlimen yang dapat dibubarkan dan pilihanraya dapat dipanggil pada bila-bila masa.

Hak istimewa parlimen, yang membenarkan Badan Perundangan untuk membincang mana-mana isu yang dianggap dari dirinya untuk menjadi berkaitan, tanpa ketakutan akibat-akibat berakar dari penyala fitnah atau merakam yang disebutkan.

Minit mensyuarat, dikenali sebagai Hansard, termasuk kebolehan untuk badan perundangan untuk mogok perbincangan dari minit-minit ini.

Kebanyakan tatacara sistem-sistem Westminster berasal dengan konvensyen, amalan dan duluan Parlimen United Kingdom, yang adalah sebahagian dari apa yang diketahui sebagai Perlmbagaan United Kingdom. Tidak seperti perlembagaan Brir=tish yang tidak di tulis, kebanyakan negara yang menggunakan sistem Westminster telah merekodkan sistem dalam suatu perlembagaan yang bertulis.

Meskipun konvensyen tidak dikodkan, amalan dan duluan bersambung untuk memainkan peranan penting dalam kebanyakan negara, oleh kerana banyak perlembagaan idak menetapkanelemen-elemen penting tatacara, contohnya, sesetengah perlembagaan lebih lama menggunakan sistem Westminster tidak menjelaskan kewujudan Kabinet dan/atau Perdana Menteri, kerana pegawai-pegawai ini telah diambil kesempatan oleh pengarang-pengarang perlembagaan ini. Seterusnya kita akan melurusi bagaimana sistem ini beroperasi dan dilaksanakan. Corak fungsi-fungsi eksekutif di dalam sistem Westminster adalah agak kompleks. Dalam intisari , ketua negara biasanya seorang raja atau presiden, adalah seorang ketua upacara yang adalah sumber kuasa eksekutif nominal yang teoretikal dalam sistem. Dalam amalan, suatu tokoh seperti itu tidak akan secara aktif melatihkan kuasa eksekutif, walaupun melalui pihak kuasa eksekutif boleh dilatihkan dengan namanya. Ketua kerajaan, biasanya digelar perdana menteri, akan secara bergagasan mendapatkan sokongan suatu majoriti dalam dewan bertanggungjawab, dan seharusnya dalam mana-mana khusus dapat memastikan kewujudan bukan majoriti keseluruhan terhadap kerajaan. Jika parlimen meluluskan suatu resolusi tidak keyakinan, atau menolak kelulusan suatu perkara penting seperti belanjawan, oleh itu kerajaan harus samada meletakkan jawatan supaya sebuah kerajaan berlainan dapat dilantik atau mencari suatu pembubaran parlimen supaya pilihanraya umum baru dapat dijalankan supaya dapat mengesahkan semula atau menolak mandat kerajaan.

Pihak berkuasa eksekutif dalam sebuah sistem Westminster adalah secara asas dilatih oleh kabinet, bersama dengan lebih menteri yang pangkat bawah, walaupun ketua kerajaan biasanya mempunyai peranan dominan dalam jabatan. Di United Kingdom, pemerintah beraja secara teori memegang pihak berkuasa eksekutif, walaupun Perdana Menteri United Kingdom dan kabinet secara berkesan mengenakan kuasa eksekutif. Sebagai satu contoh, Perdana Menteri dan kabinet secara umum harus meminta keizinan ketua negaraapabila menjalankan fungsi-fungsi eksekutif. Contohnya Perdana Menteri Britain meminta untuk membubarkan parlimen supaya suatu pilihanraya umum mengambil tempat, Perdana Menteri adalah secara perlembagaan terpaksa meminta keizinan dari raja supaya dapat mendapat suatu permintaan seperti itu. Kuasa ini dikenali sebagai Progatif Diraja, yang mana dalam zaman moden dilatihkan oleh raja hanya pada nasihat Perdana Menteri. Sejak raja British adalah seorangraja berperlembagaan, baginda perlu mematuhi nasihat menteri baginda, kecuali apabila melaksanakan kuasa simpanan dalam waktu krisis. Di United Kingdom, peruntukan mengatakan raja berhak melantik Perdana Menteri, sebagai contoh. Namun hak itu bergantung kepada parti politik yang menang dalam pilihanraya. Disinilah letaknya semantics bahawa perdana menteri hendaklah terdiri daripada ahli yang mendapat keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen atau badan demikian. Adat ini muncul dalam Sistm Westminster lain di dunia, dengan akibatnya dari pengaruh pemerintahan jajahan British. Di dunia Komenwel seperti Kanada, New Zealand atau Australia, Perdana Menteri diwajibkan untuk meminta keizinan dari Gabenor-Jendral apabila melaksanakan keputusan eksekutif, dengan satu cara yang mirip dengan amalan British. Suatu senario analog juga bermuncul dalam Republik Komanwel, seperti india atau Trinidad dan Tabago.

Ketua Negara akan sering mempengerusikan mensyuarat dengan ketua kerajaan dan kabinet, sebagai cara mengekalkan polisi kerajaan dan sebagai suatu cara menasihat dan memberi menteri amaran pada tindakan mereka. Suatu amalan seperti itu mengambil tempat di United Kingdom dan India. Di Unuted Kingdom, Ratu mempengerusikan mesyuarat mingguan rahsia dengan Perdana Menteri untuk membincangkan polisi kerajaan dan untuk memberikan pendapat baginda dan menasihatkan pada isu-isu hari ini. Di India, Perdana Menteri secara perlembagaan terpaksa memegang sesi lazim dengan Presiden, dalam cara yang mirip dengan amalan di British. Pada intisari, ketua negara, sebagai pihak berkuasa eksekutif yang teoretikal, pemerintah tetapi tidak memerintah.Frasa ini bermakna bahawa peranan ketua negara dalam kerajaan biasanya berupacara dan oleh itu tidak secara lanjut melembagakan kuasa eksekutif. Kuasa simpanan ketua negara adalah cukup untuk memastikan kerja sama dengan sesetengah permintaan mereka. Meskipun, perlanjutan kuasa-kuasa semacam itu berlainan dari satu negara ke satu negara dan ia sering adalah suatu hal yang berkontroversi. Suatu susunan eksekutif pertama seperti itu pertama kali timbul di United Kingdom. Dalam sejarah, raja British dipegang secara lanjut melatihkan pihak berkuasa eksekutif. George I dari Great Britain adalah raja British pertama untuk menugaskan sesetengah kuasa eksekutif ke seorang Perdana Menteri dan suatu kabinet menteri-menteri, secara besar kerana baginda juga adalah raja Hanover di jerman dan tidak fasih bertutur bahasa inggeris. Dari masa ke masa, susunan berlanjut untuk melatihkan kuasa eksekutif pada belah pihak diraja. Suatu konsep semacam itu telah diperteguhkan dalam Perlembagaan England (1876) oleh alter Bagehot, yang mengemfasiskan aspek-aspek kerajaan yang menimbulkan rasa hormat dan cekap. Dari segi ini Bagehot menyatakan bahawa raja harus menjadi satu sudut fokal untuk negara, sementara Perdana Menteri dan Kabinet sebenarnya menjalankan keputusan eksekutif.

Disini jelas kita lihat walaupun kedudukan raja perlembagaan untuk kedua-dua negara digunapakai tetapi perlaksanaannya adalah berbeza. Kesan daripada perjanjian dan pemeteraian perundangan yang dijalankan oleh golongan tertentu telah mengakibatkan kuasa raja hilang dan kuasa baru telah muncul iaitu kuasa rakyat. Penutup Demokrasi adalah bentuk atau mekanisme sistem pemerintahan suatu negara sebagai upaya mewujudkan kedaulatan rakyat (kekuasaan warganegara) atas negara untuk dijalankan oleh pemerintah negara tersebut. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan sistem Republik. Britain dan jepun telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak dulu lagi. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Beberapa pindaan perlembagaan di buat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.

Anda mungkin juga menyukai