Anda di halaman 1dari 14

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Subjek Tajuk Tahun Tarikh Masa Bilangan Murid Nilai Standard Kandungan : Pendidikan Moral

: Kita Perlu Jujur : 2 Bestari : 24 September 2013 (Selasa) : 60 minit (8.00 pagi-9.00 pagi) : 24 orang : Kejujuran : 10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam keluarga

Standard Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 10.1.1 10.1.2 10.1.3 10.1.4 Menceritakan perlakuan jujur dalam keluarga Menyenaraikan kepentingan bersikap jujur dalam keluarga Menyedari kesan bersikap jujur dalam keluarga Menunjukkan sikap jujur dalam keluarga

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. ii. iii. Menyenaraikan 3 contoh perlakuan jujur dalam keluarga. Menonton dan mengulas klip video yang bertajuk Kejujuran Dalam Keluarga. Mengamalkan sikap kejujuran dalam keluarga.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah bercakap bohong dengan ahli keluarga mereka. Strategi Pendekatan Kaedah EMK : Berpusatkan murid : Pendekatan Pemupukan Nilai : Kaedah Bercerita, Kaedah Nyanyian, Kaedah Perbincangan, Kaedah Bermain : i. ii. Kreativiti dan Inovatif - menjana idea Teknologi Maklumat dan Komunikasi - menggunakan persembahan elektronik (Ms Power Point) Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, Klip Video Kejujuran Dalam Keluarga, Lagu Kita Perlu Jujur, Cerita Si Gembala Pembohong, Komputer Riba, LCD Projektor, Skrin Tayangan, Telefon Ajaib, Kad Ayat, Lembaran Kerja

Langkah P&P / Masa Set Induksi (5 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

Tayangan Video Klip Kejujuran Dalam Keluarga

Guru menayangkan video klip Kejujuran Dalam Keluarga. Guru meminta murid

Bahan Bantu Mengajar: Klip Video Kejujuran Dalam Keluarga Komputer Riba LCD projektor Skrin Tayangan

Laman Web: http://www.youtube.com/watch ?v=obxqxG9ZjYM

menceritakan situasi yang berlaku dalam video tersebut. Melalui video, guru memperkenalkan nilai kejujuran kepada murid.

Memperkenalkan Nilai Kejujuran Nilai: Kejujuran Maksud: Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Langkah 1 (10 minit)

Cerita Si Gembala Pembohong

Guru menyampaikan cerita Si Gembala Pembohong. Murid mendengar cerita yang disampaikan oleh guru.

Bahan Bantu Mengajar: Cerita Si Gembala Pembohong Komputer Riba LCD Projektor Skrin Tayangan

( Rujuk Lampiran 1)

Guru bertanya kepada murid akibat yang berlaku kepada pengembala yang berbohong. Guru menyuruh murid menyenaraikan cerita tidak bersikap jujur yang pernah mereka dengar. EMK:

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Langkah 2 (15 minit)

Perbincangan Kumpulan

Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Guru menyuruh murid

Bahan Bantu Mengajar: Komputer Riba LCD Projektor Skrin Tayangan

(Rujuk Lampiran 2)

membincangkan soalan-soalan berikut: o Contoh bersikap jujur dalam keluarga. o Kesan tidak bersikap jujur dalam keluarga. o Kepentingan bersikap jujur dalam keluarga. Wakil dari setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan. Guru memaparkan jawapan untuk setiap soalan.

EMK:

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kreativiti dan Inovatif

Langkah 3 (15 minit)

Permainan Telefon Ajaib

Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan melantik

Bahan Bantu Mengajar: Telefon Ajaib Kad Ayat

(Rujuk Lampiran 3)

seorang ketua dan seorang pencatat. Ketua kumpulan menyampaikan ayat tersebut kepada pemain kedua menggunakan telefon ajaib. Permainan diteruskan sehingga pemain yang terakhir. Pemain terakhir akan menyampaikan ayat tersebut kepada pencatat. Pencatat menyerahkan ayat yang telah dicatatnya kepada guru. Pemenang dikira berdasarkan ketepatan ayat dalam masa yang singkat.

Langkah 4 (10 minit)

Lembaran Kerja

Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. Murid dikehendaki menyiapkan

Bahan Bantu Mengajar: Lembaran Kerja

(Rujuk Lampiran 4)

lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan. Guru dan murid membincang jawapan lembaran kerja bersama-sama.

Penutup (5 minit)

Nyanyian Lagu Kita Perlu Jujur

Guru membimbing murid menyanyi lagu Kita Perlu Jujur dengan mengikut rentak lagu Tiga Kupang. Guru membuat kesimpulan tentang nilai kejujuran.

Bahan Bantu Mengajar: Lagu Kita Perlu Jujur Komputer Riba LCD Projektor Skrin Tayangan

Laman Web: http://www.youtube.com/watch ?v+uOq8DCUdnqQ

Rumusan EMK:

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Lampiran 1 Si Gembala Pembohong Di suatu desa ada seorang anak gembala. Setiap hari dia menggembalakan kambingnya di padang rumput agak jauh dari desa. Si Gembala itu anak yang nakal. Dia suka berbuat usil dengan teman-temannya. Pada suatu hari yang panas, dia sedang menggembala kambing-kambingnya di sebuah padang rumput, tak jauh dari desanya. Di kelompok lain, kambing-kambing orang-orang desa digembalakan juga, meski tidak ada yang menjaganya. Tiba-tiba, dia mempunyai idea jahat untuk membohongi warga desa. Kemudian dia berteriak keras, "Ada serigala! Ada serigala! Tolong... tolong...tolong!" "Serigala mahu makan kambing-kambing kita." Dia berharap warga desa mendengar teriakannya dan segera berlari ke arah padang rumput. Warga desa yang mendengar teriakan anak itu segera berlari ke padang rumput untuk menyelamatkan kambingkambing mereka. Namun ketika mereka sampai, ternyata tidak ada serigala. Hanya anak gembala itu yang tertawa terpingkal-pingkal melihat warga desa yang telah dibohonginya. Keesokan harinya, anak gembala tersebut mengulangi tipuannya. Dia berteriak lebih keras dari sebelumnya, ada serigala. Ada serigala kambing-kambing kita mahu dimakan Warga desa kembali bergegas hendak menyelamatkan kambing-kambing mereka. Anak gembala itu kembali tertawa terpingkal-pingkal. Sampai pada suatu hari, segerombolan serigala benar-benar datang menghampiri kambing-kambing anak gembala itu. Si anak gembala begitu takut dan segera berteriak keras sekali, "Tolooong... toloooong, ada serigala mahu makan kambing kambing ku, tolong!" Para warga desa mendengar teriakan anak gembala itu. Namun mereka diam saja, dikira pasti itu tipuan anak gembala itu lagi. Maka mereka diam saja di desa meneruskan pekerjaan mereka. Malang si anak gembala, semua kambingnya habis dimakan serigala.

Begitulah nasib yang menimpa anak yang sering berbohong: bahkan berkata benar pun tidak ada orang yang akan percaya. Pesan Moral : Jangan suka berbohong pada orang lain, kerana jika sering berbohong maka orang lain akan menjadi tidak percaya dengan perkataan kita.

Lampiran 2 1) Contoh bersikap jujur dalam keluarga. Tidak bercakap bohong dengan ibu bapa. Ali dengan tidak sengaja merosakkan buku kakaknya dan dia meminta maaf dengan kakak. Ketika bercakap, Abu sering berterus terang dengan ibu bapa.

2) Kesan tidak bersikap jujur dalam keluarga. Dimarahi oleh ibu bapa. Tidak disayangi oleh ibu bapa Tidak dipercayai oleh ibu bapa.

3) Kepentingan bersikap jujur dalam keluarga. Disukai oleh ibu bapa. Disayangi oleh ibu bapa. Dipercayai oleh ibu bapa.

Lampiran 3 Ayat 1: Kita akan dipercayai keluarga, sekiranya kita menunaikan janji. Ayat 2: Apabila kita melakukan kesalahan, kita mestilah mengakuinya. Ayat 3: Apabila membantu keluarga, kita perlulah ikhlas. Ayat 4: Kita jangan suka bercakap bohong dengan ahli keluarga.

Lampiran 4 Lembaran Kerja Warnakan hijau pada jawapan yang betul dan merah pada jawapan yang salah. 1. Ibu bapa suka kepada anak-anak yang bercakap benar.

2. Ali suka bercakap bohong dengan ibu.

3. Ibu bapa percaya kepada orang yang jujur.

4. Sikap jujur adalah perkara yang baik.

5. Ibu bapa tidak marah apabila adik bercakap bohong.

6. Ibu bapa suka akan anak yang bercakap bohong.

7. Ali merosakkan buku kakaknya dan dia tidak bercakap benar.

8. Abu gagal dalam ujian Bahasa Melayu dan dia meminta maaf dengan bapanya.

Warnakan perkataan yang menunjukkan kebaikan bercakap benar dengan ahli keluarga.

dimarahi

disayangi

dipercayai

Kebaikan Bercakap Benar

dihormati

disukai

dibenci