Anda di halaman 1dari 3

Perkembangan Pendidikan pada zaman kerajaan Abbasiah

 Kota Baghdad muncul sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang terulung dan lahir ramai sarjana
muslim yang terkenal seperti Jabir Al-Hayan, Ibnu Haitham, Al-Battani, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi
dan Al-Idrisi..
 Perkembangan pendidikan pada masa ini lebih pesat berbanding zaman Bani Ummayyah kerana
disebabkan Kerajaan Bani Ummayyah sentiasa dilanda masalah pemberontakkan serta menumpukan
terhadap penyebaran Islam.

 Faktor Perkembangan Ilmu Pengetahuan :

1. Usaha dan Galakkan para Khalifah.


2. Aktiviti Penterjemahan dalam pelbagai bidang.
3. Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Abbasiah.
4. Dasar kerajaan Abbasiah yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan.
5. Kewujudan perasaan pendidikan yang baik.
6. Kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antarabangsa.
7. Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiah dengan Negara luar.
8. Islam menggalakkan umatnya supaya mengkaji alam sekitar.
9. Kreativiti para ulama.

 Institusi pendidikan :

1. Masjid - Dipenuhi dengan halaqah-halaqah ilmu.


- Contoh : Masjid Jami’ Al-Mansor pada 145 hijrah.

2. Istana Khalifah - Dijadikan tempat bermuzakarah dan menyampaikan ilmu pengetahuan.


- contoh : Khalifah Al-Mukthadid Billah yang menyedia sudut dan tempat tertentu di
Istananya untuk majlis ilmu.

3. Perpustakaan - Perpustakaan yang ulung antaranya ialah “Baitul Hikmah” di Baghdad yang bina
oleh Khalifah Harun Al-Rashid, dan “Darul Hikmah” yang terletak di Mesir.
- Khalifah Ma’mun telah banyak membawa masuk khazanah karya Yunani yang
diambil dari pulau Cyprus dan Istanbul.
- Antara kegiatan Baitul Hikmah :
o Tempat pertemuan para sarjana.
o Pusat penterjemahan.
o Pusat sumber.
o Pusat penyelidikan ilmiah.
o Pusat latihan para ilmuan.

4. Pusat Pengajian - Didirikan oleh para Khalifah, menteri dan orang kaya di atas tanah milik kerajaan ,
wakaf atau persendirian.
- Antara pusat pengajian yang terkenal ialah Madrasah Nizamiah yang dibina pada
tahun 457 hijrah ( 1065 M ) oleh seorang menteri berketurunan Saljuk iaitu Nizamul
Muluk.
 Bidang Ilmu yang diterokai :

Ilmu Berteraskan Wahyu Ilmu berteraskan Akal

1. Ilmu Tafsir : 1. Ilmu Matematik :

- Ilmu Tafsir Al-Quran pada awalnya - Beberapa formula telah lahir :


tidak tersusun.  Musallas ( Trigonometri )
- Mula disusun oleh Yahya bin Ziad Al-  Al-Jabr ( Al-gebra )
Farra’ di dalam kitabnya Maani fil  Al-Handasah ( Geometri )
Quran.  Al-Logharithma ( Logarithm )
- Pembaharuan diteruskan oleh Jarir At-  Sistem angka dalam abjad Arab.
Tabari di dalam kitabnya Tafsir Tabari.
 Memperkenalkan Bilangan Sifar (0) dalam sistem angka.

- Tokoh terkenal antaranya Muhammad bin Musa Al-


Khawarizmi yang telah merantau jauh ke India untuk
mempelajari ilmu matematik dan telah menghasilkan sebuah
karya “ Hisab Al-Jabr wal Muqabalah (Integration and
Equations).”Juga dilantik sebagai pengarah baitul Hikmah.

2. Ilmu Hadis : 2. Ilmu Falak (Astronomi) :

- Muncul pakar Hadis terkenal seperti : - Antara penemuan baru :


 Bukhari penyusun kitab Sahih  Mengukur jarak antara bumi dengan matahari.
Bukhari.  Membuat jadual pergerakkan bulan dan bintang.
 Muslim penyusun kitab Sahih  Menjelaskan sistem Geologi bumi serta pengaruh bulan
Muslim. dan matahari terhadap pertukaran musim.
 Mencipta alat pengukur sudut yang dikenali sebagai
“astrolabe”.

- Antara tokoh yang terkenal : Al-Batani yang telah berjaya


menemui cara mengukur jarak antara bumi dengan matahari dan
membuat jadual pergerakkan bulan dan bintang.

3. Ilmu Feqah : 3. Ilmu Kimia :

- Muncul tokoh ulama yang - Umat islam telah berjaya membetulkan beberapa teori kimia
mengasaskan mazhab : yang penting melalui uji kaji (eksperimen).
 Imam Abu Hanifah - Antara penemuan lain :
 Imam Malik  Penemuan asid galian seperti asid nitric, asid sulfurik dan
 Imam Syafie asid hidroklorik.
 Imam Ahmad bin Hanbal.  Teori penghasilan petroleum.
 Teori penghasilan Alkohol.
 Membaiki proses pembuatan kaca.

- Tokoh utama adalah Jabir bin Hayyan merupakan orang


pertama menemui asid sulfurik dan telah menghasilkan 8 buah
karya tentang kimia.
4. Ilmu Tauhid : 5. Ilmu Fizik :

- Umat Islam pada ini menganggap - Bentuk-bentuk pencapaian :


rujukan utama dalam masalah aqidah  Mencipta teori pergerakkan Jirim , daya graviti dan
ialah falsafah Yunani dan ini tidak pantulan cahaya.
disenangi oleh Ulama dan mereka  Menjelaskan tentang lapisan-lapisan mata serta proses
berjuang bermati-matian untuk penglihatan.
memurnikan Aqidah umat Islam dari  Menyukat kelajuan bunyi dan dan cahaya.
pengaruh Yunani yang menyesatkan.  Mencipta cermin mata.
-Antara tokoh yang lahir ialah Imam - Tokoh yang terkenal ialah Hasan bin Haitham yang telah
Abu Hasan Al-Ashari dan Imam menghuraikan proses penglihatan menerusi pembalikan cahaya
Ghazali. pada retina dan telah menghasilkan lebih daripada 200 karya
antaranya “Al-Manazir”, Maqalah fid daui”, Maqalah fi Tahlil
wat Tarkib”.

6. Geografi :

Antara penemuan baru :


 Memberi ukuran yang tepat tentang keluasan permukaan
bumi.
 Menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk Glob.
- Tokoh tersebut adalah Al-Syarif Al-Idrisi yang pernah
dijemput oleh King Roger II dari Sicily untuk menghasilkan peta
dunia terkini pada ketika itu. Antara karya agung beliau ialah
sebuah incyclopedia yang mempunyai peta yang lengkap
tengtang eropah berjudul “ Nuzhatul Mushtaq Fi Ihtiraki Afaq”.

7. Ilmu Perubatan :

-Khalifah Jaafar Al-Mansor pernah meminta nasihat pakar


perubatan dari Baghdad dan India dan telah membina 2 buah
hospital di Baghdad.
- Antara pencapaian :
 Menjelaskan kesan kuman dalam penyakit.
 Menjelaskan teori jangkitan Virus seperti TB.
 Menemui pelbagai jenis penyakit seperti Rubella ,
allergy (alahan), smallpox (cacar) dan penyakit jiwa.
 Mencipta ubat untuk pelbagai penyakit kronik
 Mencipta picagari , ubat bius dan benang yang khusus
untuk menjahit luka pembedahan

-Tokoh terkenal ialah Ibnu Sina yang telah menghasilkan 116


buah buku peruabatan anataranya ialah “ Al- Qanun Fit Tib”.