Anda di halaman 1dari 7

Berikan perbezaan di antara Main dan Sukan.

Bincangkan kepentingan main dan sukan untuk perkembangan individu dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif individu Forum 1: Salam sejahtera. Main ialah satu aktiviti bebas di luar kehidupan seharian yang melibatkan seseorang secara langsung. Ia merupakan satu aktiviti yang tidak mementingkan penghargaan material atau keuntungan. Masa dan ruang juga tidak dihadkan semasa bermain tetapi ditetapkan dengan peraturan-peraturan tertentu dan lebih teratur. Sukan pula ialah satu pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi individu. Ia mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi yang dinamik dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga merupakan satu perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran dan daya usaha fizikal. Malah, penglibatan murid adalah untuk keseronokan, pertandingan atau penghargaan dari segi kewangan dan lain-lain. Main dan sukan masing-masing adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Bermain dan sukan boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari berbagai aspek iaitu psikomotor, kognitif, mental, bahasa dan afektif. Dari segi psikomotor, main dan sukan dapat menyokong perkembangan kemahiran motor dan kecergasan fizikal kanak-kanak. Selain itu, melalui aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung dapat meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar. Ini juga Memberi peluang untuk mereka mengenali pesekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis. Dari aspek kognitif pula, aktiviti main dan sukan mampu membantu kanakkanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung. Ini dapat menjana

perkembangan fikiran yang positif serta memacu kebolehan kanak-kanak ini untuk mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam permainanserta sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan. Akhir sekali, dari aspek afektif, main dan sukan bukan sahaja dapat membantu pembentukan personaliti kanak-kanak melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan serta mampu mendorong kanak-kanak meniru tingkahlaku dan kelakuan yang baik .Malah, aktiviti ini juga amat bermanfaat bagi kanak-kanak dalam menjadi medium meluahkan perasaan sama ada gembira, sedih, suka dan sebagainya.

3.Meningkatkan keyakinan diri. 4. 6.Sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram. 7. 9.Sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi. 10.Meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

b)

d) Menggalakkan sifat ingin tahu dan ingin mencuba kepada diri anak

e)

f) Meningkatkan kemahiran bahasa

g) Memperkukuhkan semangat kerjasama, bantu membantu dan perkongsian

Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main.(Isenberg and Jolongo, 1997). Saya bersetuju dengan ulasan cikgu. Bermain dan sukan merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa, guru, pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. . Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Bagi tujuan ini Amat padat sekali ulasan cikgu itu. Sememangnya Huraian Kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah memberi penekanan tentang pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah khasnya di sekolah rendah berdasarkan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat ini yang lebih menekankan pendekatan Belajar Melalui Bermain kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari berbagai aspek iaitu fizikal, kognitif, mental, bahasa dan sosio emosi. Bagi tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlu memberi keutamaan kepada semua aspek perkembangan sebagai landasan bagi membantu mengembangkan aspek-aspek yang lainnya. (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003) di samping dalam masa yang sama kanak-kanak akan

menggunakan objek di sekitarnya sebagai lambang atau simbol sebenar mengikut pemerhatian mereka terhadap persekitaran ( Liszkowski, Carpenter, Striano & Tomasello, 2006; Tomasello& Haberl, 2003). Ya, saya mat bersetuju dengan pandangan cikgu. Aktiviti main dan sukan bukan sahaja amat bermanfaat dalam aspek fizikal kanak-kanak agar kanak-kanak menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui bermain. Kemahiran motor kasar yang dapat dikembangkan melalui aktiviti seperti berlari bebas, melompat, memanjat, menendang, mengangkat, membaling dan menyambut (bola). Ini juga dapat memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang fungsi badan sendiri, kegunaan ruang dan arah tujuannya.

Saya berpendapat main dan sukan juga dapat membantu memperkembangkan aspek sosioemosi kanak-kanak. Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain secara positif, mengajak kanak-kanak keluar daripada pola egosentrik, mengambil kira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Mereka dapat belajar untuk menangguh kehendak semerta diri (delayed gratification) untuk mencapai matlamat jangka panjang. Dengan itu main memberi peluang kepada kanakkanak membina konsep kendiri yang positif, keyakinan diri serta melahirkan sentimen dan menstabilkan emosi. Aktiviti main peranan seperti berpura-pura menjadi doktor dan pesakit atau menaiki bas olok-olok memberi latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai pengetahuan dari persekitaran serta membantu perkembangan kemahiran bersosialisasi. Permainan imaginatif seperti ini memberi latihan kepada kanakkanak mengenali alam dewasa. Mereka belajar bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.

Selain daripada itu, ciri-ciri lain yang perlu dipertimbangkan ketika membeli permainan untuk anak-anak adalah permainan tersebut haruslah:

a) Menyokong perkembangan kemahiran motor dan kecergasan fizikal kepada si anak

b) Menjana perkembangan fikiran yang positif

c) Memacu kebolehan anak untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

d) Menggalakkan sifat ingin tahu dan ingin mencuba kepada diri anak

e) Mendorong anak meniru tingkahlaku dan kelakuan yang baik

f) Meningkatkan kemahiran bahasa

g) Memperkukuhkan semangat kerjasama, bantu membantu dan perkongsian

h) Tidak menyerupai bentuk sebenar sesuatu makhluk (patung)

Justeru, belikanlah anak anda mainan dan biarkanlah mereka bermain dan berkembang! Jangan khuatir, permainan adalah sesuatu yang menyeronokkan dan ia juga memberi manfaat kepada anak-anak anda.

Anda mungkin juga menyukai